UMNO raya sakan kerana mereka dapat pertahankan Tenang dengan majoriti yang selesa. Tapi adakah kemenangan UMNO itu berbaloi? Apa yang UMNO/BN buat bagi meraih undi sebanyak 6699 undi untuk calonnya....
1. 119 kertas undi pos UMNO dapat 115 manakala PAS dapat 3 undi. Satu undi pos ditolak.Ini adalah undi fixed deposit UMNO/BN.
2. UMNO/BN membelanjakan lebih daripada RM3 bilion wang rakyat sebagai rasuah politiknya di Tenang. Najib Tun Razak sendiri telah mengumumkan rasuah politik awalnya kepada peneroka Felda sejumlah RM1.6 bilion dua hari sebelum hari penamaan calon. Felda ada lebih kurang 4000 pengundi. Satu lagi undi fixed deposit UMNO/BN.
3. Sepanjang masa kempen ramaipak menteri membuat tawaran, janji projek mee segera yang bernilai RM 1.4 bilion.
4. Rakyat Tenang dari golongan pendapatan rendah dan warga emas pula disogok dengan duit antara RM50- RM300 dan cek RM3000, perkakas dapur, kain batik dan pelekat,beras dan gula dan bermacam2 janji untuk memenangi calon UMNO. Ini tak kira lagi jutaan RM yang ditaburkan oleh MCA melalui majlis makan malam,karoke dan tarian penari separuh bogel. UMNO,Najib dan menteri2nya pun suka acara tarian bogel ini. Sogokkan duit oleh NGO 1Malaysia menghangatkan lagi suasana.
Sepatutnya dengan taburan duit yang sebegitu banyak UMNO patut meraih 99.99% undi, biar calon PAS seorang saja yang tak pangkah BN. Tapi sekadar memperolehi 6699 undi! daripad a jumlah 9091 pengundi yang keluar mengundi memang tak berbaloi berbanding jumlah wang yang ditaburkan itu.
Bagi pengundi dari Felda mungkin sogokkan berjuta RM itu sudah cukup untuk memberi keselesaan hidup tak kisahlah walaupun harga barang kian melambung naik setiap hari. Mereka fikir duit yang bakal diterima daripada Najib boleh tahan sampai mati.
Rasuah politik berlaku terang-terang tapi sayang sekali SPR menjadi buta dan pekak kerana yang buat semua ini adalah bos mereka dari Putrajaya....
cheers.
Selasa, 1 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan