Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label halal lagi baik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label halal lagi baik. Papar semua catatan

Isnin, 4 Februari 2013

Fenomena Ustaz Azhar Idrus Diakui TV3


Akhirnya kebenaran itu tetapmenang dan mengatasi kebatilan.

Jika sebelum ini fenomena Ustadz Azhar Idrus cuba disembunyi dan dinafikan oleh media massa arus perdana, tetapi tiba-tiba malam tadi, ada slot berita di dalam Buletin Utama TV3 untuk Ustadz Azhar Idrus.

Malah pembaca berita TV3 turut menyebut Wacana yang diadakan di Stadium Darul Makmur Kuantan itu dihadiri oleh 100,000 orang terutama anak muda. Rasanya ini kali pertama TV3 menyebut angka yang betul di dalam laporannya untuk aktiviti dan majlis yang bukan dianjurkan UMNO-BN.

Saksikan beritanya:

Ahad, 3 Februari 2013

Kak Wan Berbelanja Di Pasar Malam



Gambar ni di ambil di Pasar Malam Guar Perahu semalam, Kelihatan Dr. Wan Azizah Wan Ismail berbelanja di pasar malam.

Bagai langit dengan bumi cara isteri pemimpin Umno dengan isteri pemimpin Pakatan Rakyat ini dalam berbelanja..
Sama-sama kita renung dan nilaikan..



Foto ~ media rakyat

Isnin, 14 Januari 2013

Cina Mulia Kerana Islam : Hafizah dari Negara Tionghua



Wanita-wanita Cina Hafidzah 30 Juzuk Al-Quran

 Gambar di atas menunjukkan wanita-wanita Cina yang baru sahaja lulus menjadi seorang hafidzah Al-Quran. Seseorang yang hafal Al-Quran selalu istimewa.

Wanita-wanita Cina yang telah mendapat predikat HAFIDZAH AL-QUR'AN telah melalui masa-masa sukar. Mereka tidak mampu bercakap Bahasa Arab secara FASIH kerana loghat bicara yang berbeza.

Akan tetapi mereka menunjukkan bahawa walaupun demikian, terbukti mereka mampu mendapat gelaran Hafidzah-hafidzah Al-Quran, mendapat sanad, Ijazah dengan berjaya menamatkan pengajian. Subhanallah

Terbukti Islam tidak dimiliki oleh bangsa Arab dan Melayu (baca Melayu Umno) sahaja. Iman dan auratnya terpelihara walaupun mereka adalah manoriti di Tanah besar China, Persaudaraan yang terjalin berasaskan aqidah bukan atas dasar bangsa dan suku kaum. Takbir!

Khamis, 10 Januari 2013

Jangan Sekadar Kenduri Tahlil Berzanji Kenduri Aruah : Maza

Hanya Islam Tulen Yang Boleh Selamatkan Umno

Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.

Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.

Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.

Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah al-Nisa, ayat 136).

Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak!

Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: “Allah ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya”.

Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.

Islamisasi Program

Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik.

Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara ‘kampung’ sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit.

Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.

Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.

Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad.


berzanji songkok tinggi

Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar ‘kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim.

Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau ‘ada udang di sebaliknya mee’. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting.

Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin.

Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya.

Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.

Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan.

Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka.

Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.

Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit.

Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana.

Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO.

Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Ahad, 6 Januari 2013

Dakwah Ustaz Azhar Idrus Ditiru Zizan (Video)


 Heboh dikataka Zizan meniru gaya dan cara Ust Azhar Idrus dirancangan Raja Lawak.Bagaimana pula respon Ust Azhar ? Berikut komen Ust Azhar di Facebook.Untuk besarkan KLIK IMEJ :







Saksikan video aksi Zizan di Rancangan Raja Lawak yang dikatakan meniru gaya Ust Azhar :

Isnin, 31 Disember 2012

Non Muslim Hadiri Kuliah PAS di Sembrong



Rabu, 5 Disember 2012

Ketandusan Pisang Nipah Menyusahkan Peniaga Goreng Pisang


Photo Sharing and Video 
Hosting at Photobucket

Malu bila pelanggan datang ke gerai kami, tulis besar PISANG GORENG tetapi kami sebenarnya kehabisan bekalan pisang untuk dijual. Untuk meneruskan kelangsungan rezeki kami walaupun tak ada pisang, terpaksa jual benda lain seperti keropok lekor, karipap, popia dan cekodok atau di Johor kami panggil jemput-jemput.

Sempena pameran pertanian MAHA 2012 ada persoalan yang mesti dibangkitkan mengenai ketandusan bekalan pisang nipah dan kelapa.

Para peniaga pisang goreng mengeluh kerana susah nak dapatkan bekalan pisang ni, paniaga IKS kerepek pisang lagi pening bagaimana nak dapatkan sumber pisang. Di Johor kebanyakan pisang dijangkiti penyakit, pisang tak berapa menjadi, keropos dan rompong...tak sesuai digoreng.

Sebelum buat pameran yang bertaraf gadang pastikan nasib pekebun dan nasib mereka yang terlibat dalam industri ini terbela. ini termasuk nasib peniaga goreng pisang dan nasib pembuat kerepek.

kelapa tak ada

Kelapa juga susah dapat sekarang ni. Memang ada kelapa impot dari tanah seberang, berkapal-kapal tongkang banyaknya mendarat di Batu pahat, tetapi isinya nipis dan kurang santannya. Tak caya tanya peniaga santan kelapa kat pasar.

Tuan Guru

Janganlah hebat dari aspek penganjuran sahaja tetapi lokek memberi peruntukan dan subsidi untuk memajukan industri pertanian asas ini.

Kata Tuan Guru Presiden PAS, Ustaz Hadi "Sebagai contoh, dalam sektor penanaman padi di Jepun, kerajaannya memberi subsidi 99 peratus mengalakkan pertanian ini dalam persediaan mereka membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya.

"Malangnya negara membangun seperti Malaysia hanya mengejar kemajuan dalam bidang teknologi yang lebih canggih, berbanding sektor pertanian yang sebenarnya perlu diperkasakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Justeru, beliau mengharapkan agar Maha tidak hanya sekadar berhenti di peringkat pameran sahaja, sebaliknya sebagai satu lapangan awal untuk memajukan sektor pertanian negara.

"Yang penting tindakan susulan oleh kementerian, jabatan atau agensi kerajaan," kata beliau

Selasa, 30 Oktober 2012

Dua Tokoh Selamba Je Makan Nasi Bungkus

(Datuk Ismail Kamus makan tengahari bersama TG Nik Aziz di Kota Darul Naim hari ini)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menerima kunjungan hormat, Ustaz Datuk Ismail Kamus di pejabatnya.

Mereka berdua kemudiannya makan tengahari bersama di pejabat itu dengan hidangan nasi bungkus yang dibeli oleh kakitangan pejabat MB.

Ustaz Ismail Kamus adalah tokoh agama terkenal yang pernah menjadi Adun Gombak Setia setelah menang dalam pilihan raya umum 1999.

Namun beliau kemudiannya kalah dalam pilihan raya umum 2004 di kerui yang sama.

Ustaz Ismail terkenal dengan ilmunya dan popular dalam siri ceramah dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

Beliau juga terkenal dengn rawatan As Syifa' dan mempunyai ramai anak murid dalam bidang perubatan ini. -Hrkh

Khamis, 25 Oktober 2012

Esok 9 Zulhijjah Puasa Sunat Hari Arafah


Puasa Arafah adalah puasa yang  jatuh pada tanggal 9 Dzulhijjah. Puasa Arafah dinamakan demikian karena saat itu jamaah haji sedang wukuf di terik matahari di padang Arafah. Puasa Arafah ini dianjurkan bagi mereka yang tidak berhaji. Sedangkan yang berhaji tidak disyariatkan puasa ini.

Mengenai hari Arofah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ

Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arofah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” (HR. Muslim)

Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, “Hari Arofah adalah hari pembebasan dari api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan siapa saja yang sedang wukuf di Arofah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh karena itu, hari setelah hari Arofah –yaitu hari Idul Adha- adalah hari ‘ied bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Baik yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya sama-sama akan mendapatkan pembebasan dari api neraka dan ampunan pada hari Arofah.” (Lathoif Al Ma’arif, 482)

Mengenai keutamaan puasa Arafah disebutkan dalam hadits Abu Qotadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ

Puasa Arofah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyuro (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (HR. Muslim).

Ini menunjukkan bahwa puasa Arafah adalah di antara jalan untuk mendapatkan pengampunan di hari Arafah. Hanya sehari puasa, bisa mendapatkan pengampunan dosa untuk dua tahun. Luar biasa fadhilahnya ...
Hari Arafah pun merupakan waktu mustajabnya do’a sebagaimana disebutkan dalam hadits,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arofah. Dan sebaik-baik yang kuucapkan, begitu pula diucapkan oleh para Nabi sebelumku adalah ucapan “Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘ala kulli sya-in qodiir (Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Miliki-Nya segala kerajaan, segala pujian dan Allah yang menguasai segala sesuatu)”.” (HR. Tirmidzi, hasan)

Semoga kita termasuk orang yang dimudahkan oleh Allah untuk melakukan puasa tersebut dan meraih keutamaan di dalamnya.
Hanya Allah yang memberi taufik.

@ Ummul Hamam, Riyadh-KSA

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel www.remajaislam.com

Lembu Qurban Sudah Mula Diserahkan Ke Cawangan/Ranting


Alhamdulillah 7 lembu Qurban PR Sembrong dah sampai daripada 13 ekor. Semoga dimudahkan urusan kami Ya Allah 

Jumaat, 12 Oktober 2012

Masalah Qurban, Potong Rambut & Kuku

.
hajmecca.jpg
KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..
Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.
Disebutkan oleh Nabi SAW : 

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). 

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).
Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain : 

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :- 

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. 

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua. 

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah : 

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. 

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT. 

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini. 

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata. 

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq. 

f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut  :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan ) 

POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN
Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a,  Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]
 
Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-
من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي
Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 ) 

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya. 

Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. 

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban. 
 
TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha. 
 
Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.  [2]
Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.
Firman Allah :
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ
Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37) 

KONGSI LEMBU 
 
Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. [3]
 
Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan. 

Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban :
احضري أضحيتك، يغفر لك بأول قطر من دمها

Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama" 

BINATANG TERBAIK UNTUK KURBAN
 
Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau. 

Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya. 

PEMBAHAGIAN DAGING
 
Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :
1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,
1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.
Ia berdasarkan firman Allah SWT :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir." (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ
Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36) 

Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA. [4]
 
Bagaimanapun DILARANG untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah. 

TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya.
Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan. [5]
 
DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim. 

MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR
Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib. [6]
 
Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini. 

Khamis, 11 Oktober 2012

Datuk Bandar Wanita Pertama Di Eropah Berpakaian Muslimah

Amra Babic, the newly elected mayor of the central Bosnian town of Visoko (AFP, Elvis Barukcic)

Dengan Rusmir Smajilhodzic (AFP) 


Visoko, Bosnia-Herzegovina - Seorang wanita memenagi jawatan Datuk Bandar baru di Bosnia yang pertama di negara dan benua Eropah memakai tudung kepala, beliau hari ini berkata kemenangan itu adalah "model untuk Eropah dan Islam."


"Ini adalah satu kemenangan besar demokrasi. Warga senegara saya menunjukkan semangat terbuka yang besar kerana mereka memilih saya pertama sebagai wanita tetapi juga sebagai seorang wanita yang memakai tudung," menghormati Islam, kata Amra Babic, dipilih Ahad di bandar Visoko .


"Ini adalah satu model untuk Eropah tetapi juga di luar, untuk Timur dan Barat yang bertemu di sini di Bosnia," katanya kepada AFP di cawangan tempatan parti beliau, masih ditampal dengan poster kempen beliau.Babic, 43, yang sering memakai hijab, memenangi 30 peratus undi dalam pilihanraya datuk bandar di Visoko, sebuah bandar kira-kira 40,000 orang-orang yang berhampiran Pusat Bandar Sarajevo.Dua hari selepas undi, Babic, memakai tudung menutup rambut, telinga dan lehernya, sibuk menerima panggilan melalui telefon ucapan tahniah untuk kemenangan beliau. yang lain telah datang untuk membawa jambangan bunga."Islam adalah sangat jelas mengenai wanita. Ia berhak untuk dia berada dalam kehidupan masyarakat awam dan semua orang-orang yang mentafsir ia membetulkan tahu bahawa ini adalah cara hidup," kata Babic, yang tergolong kepada parti Muslim utama di Bosnia, Parti Tindakan Demokratik (SDA).Bagaimanapun, beliau yakin bahawa tempat bagi negara itu adalah "di kalangan negara-negara Eropah moden.""Saya percaya bahawa tudung saya tidak harus menjadi penghalang .... Eropah akan memahami bahawa ia mempunyai kaitan dengan orang-orang yang menghormati identiti mereka sendiri, tetapi yang toleran cukup untuk menghormati hak orang lain," katanya.


Babic, ibu kepada tiga orang dan seorang ahli ekonomi, berkhidmat sebagai menteri kewangan di Canton pusat Zenica sebelum bertanding bagi Datuk Bandar.


Islam adalah kumpulan terbesar agama di Bosnia, membuat sehingga kira-kira 40 peratus daripada penduduk 3800000. Ortodoks Kristian Bosnia Serb akaun untuk 31 peratus manakala Katolik tradisional Rom Croat mewakili 10 peratus.


Umat ​​Islam Bosnia adalah Sunni Hanafi dan kebanyakannya penyokong Islam sederhana, diperkenalkan di Balkan pada abad ke-15 oleh Uthmaniyyah.


Tudung telah diharamkan di bawah komunisme apabila Bosnia adalah sebahagian daripada persekutuan Yugoslavia dari 1945 sehingga awal tahun 1990-an. Sebilangan umat Islam di Bosnia kini memakai tudung, walaupun kebanyakan wanita tidak menutup kepala mereka.


"Saya tidak akan menyalahgunakan politik untuk agama. Jika saya mempunyai kekuatan untuk melindungi hak-hak saya sendiri, saya akan mencari kekuatan untuk melindungi hak orang lain," katanya.


Setelah kehilangan suaminya dalam perang antara etnik 1992-1995 di Bosnia, Babic telah selama bertahun-tahun mengetuai sebuah persatuan keluarga pejuang Islam terbunuh dalam konflik itu."Saya meletakkan pada tudung selepas kematian suami saya," katanya mengimbas kembali, sambil menambah bahawa agama telah membantu beliau untuk mengatasi derita kehilangan.


"Agama saya memberitahu saya bahawa segala-galanya yang berlaku adalah kehendak Allah. Ia membantu saya untuk menumpukan tenaga saya dan hidup anak-anak saya adalah motivasi terbesar saya," katanya.


Copyright © 2012 AFP. All rights reserved. Lagi »


Sumber berita 

Rabu, 10 Oktober 2012

Kerajaan Selangor Ambilalih Tol Percuma



Ini berita yang dterima dari sumber yang dekat dengan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Kerajaan Selangor khabarnya akan membuat pengumuman untuk mengambil alih beberapa syarikat konsesi lebuhraya (tidak dinamakan) yang beroperasi dalam negeri Selangor, minggu hadapan.

Sumber yang sama juga memaklumkan bahawa pengambilalihan ini akan membuka satu jalan kepada perlaksanaan salah satu janji begitu ditekankan dalam Buku Jingga iaitu tol percuma di laluan yang dikendalikan semua syarikat konsesi terbabit, bermula pada Januari 2013.

Sama seperti orang lain, maklumat ini agak mengejutkan dan nampak tidak masuk akal pada mulanya.

Tapi dengan mengambil kira pegangan kerajaan negeri dalam beberapa syarikat konsesi pengendali lebuhraya sekarang, tidak nampak kenapa kita perlu menolak kesahihan maklumat ini.

Untuk makluman, setakat yang dimaklumkan, kerajaan negeri mempunyai kepentingan melebihi 30% dalam syarikat pengendali lebuhraya KESAS (melalui PKNS), Grand Saga (Taliworks, Kumpulan Peransang Selangor - KPS) dan SPRINT (KPS).

Ditambah dengan syarat baru yang ditetapkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Mei lalu, agar semua projek lebuhraya yang mahu dijalankan di Selangor pada masa hadapan memerlukan exit clause, keyakinan ini bertambah.

Exit clause yang dimaksudkan adalah, pengurusan lebuhraya akan diserah semula kepada kerajaan negeri setelah syarikat pengendali konsesi mencapai keuntungan, tanpa mengambil kira tempoh keseluruhan konsesi. Sumber boleh dirujuk disini
Tanpa dapat disangkal sesiapa, berita ini mampu melonjakkan semula sokongan penduduk Selangor terhadap Pakatan Rakyat.

Tol dalam bandar adalah kos tambahan yang diketahui sangat membebankan rakyat bandar, Tidak kira peringkat, berbanding tol antara negeri yang dikendalikan PLUS sekarang. Sudahlah dibebankan dengan bayaran meletak kereta yang tinggi, terpaksa pula membayar tol untuk sampai ke tempat kerja.

Semua inilah yang meningkatkan kos kehidupan rakyat dan Pakatan Rakyat kelihatannya sangat faham dengan keadaan tersebut.

Cuma yang sedikit menimbulkan persoalan ialah kenapa sekarang, kenapa tidak 3 atau 4 tahun dahulu? Bukankah kalau dilaksanakan lebih awal, ia akan memudahkan lagi kehidupan rakyat dan seterusnya mengesahkan peluang untuk berkuasa semula, bukan sahaja di Selangor tapi silap-silap menawan Putrajaya.

Tak perlulah kita berceramah hampir di setiap ceruk tempat meyakinkan rakyat untuk menerima dasar dan polisi baru Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari BN sekarang.

Bagaimanapun, yang penting ia dapat dilakukan, bak kata peribasa Mat Salleh, better late than never. ~pemudacheh

Rabu, 1 Ogos 2012

Pengusaha IKS Mengeluh Ketandusan Bekalan Ubi, Pisang


Pisang, ubi kayu susah dapat bekalan


Kluang : Sempena Ramadan dan persiapan menyambut Syawal tahun ini ada persoalan yang mesti dibangkitkan mengenai ketandusan bekalan pisang dan ubi.

Para peniaga goreng pisang mengeluh kerana susah nak dapatkan bekalan pisang nipah, paniaga IKS yang membuat produk berasaskan pisang seperti kerepek pisang lagi pening bagaimana nak dapatkan sumber pisang.

Kerepek Jawa

Di Johor kebanyakan pisang dijangkiti penyakit, pisang tak berapa menjadi, keropos dan rompong...tak sesuai digoreng dijadikan kerepek. Kerepek salah satu makanan ringan tetapi berkhasiat di negeri Johor sangat popular terutama menjelang Aidilfitri sebagai juadah yang dihidangkan kepada tetamu di rumah orang Jawa khususnya.


Salah seorang pengusaha kerepek ubi pedas di Simpang Renggam mengeluh mengenai bekalan ubi yang tidak mencukupi malahan tidak dapat menampung permintaan kerepek ubi. Saudara Sabetu Bin Daan mengatakan pada tahun lepas sebanyak 6 tan ubi diperlukan untuk menampung pasaran sekitar Johor dan seberang tambak tetapi tahun ini hanya mendapat 1 tan sahaja.


Beliau terpaksa menghadkan bilangan pekerja malahan menggorang sendiri ubi bersama keluarganya akibat kekurangan bekalan yang biasanya kerja-kerja  tersebut dilakukan oleh pekerjanya yang terdiri dari kaum hawa kalangan jiran tetangganya sebagai salah satu sumber menambah pendapatan.

Sebelum Pak Meteri Pertanian sibuk dengan perkara besar seperti agenda hendak rampas Selangor dari Pakatan Rakyat lebih baik beliau pastikan nasib pekebun dan nasib mereka yang terlibat dalam industri ini terbela. Ini termasuk nasib peniaga goreng pisang dan nasib pembuat kerepek.

Kelapa tak ada

Kelapa juga susah dapat sekarang ni. Memang ada kelapa impot dari tanah seberang, berkapal-kapal tongkang banyaknya mendarat di Batu pahat, tetapi isinya nipis dan kurang santannya. Tidak percaya tanya peniaga santan kelapa di pasar.

Tuan Guru

Teringat kata-kata TG Haji Hadi sempena Pameran Maha 2010 yang lalu , Janganlah hebat dari aspek penganjuran sahaja tetapi lokek memberi peruntukan dan subsidi untuk memajukan industri pertanian asas ini.

"Sebagai contoh, dalam sektor penanaman padi di Jepun, kerajaannya memberi subsidi 99 peratus mengalakkan pertanian ini dalam persediaan mereka membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya.

"Malangnya negara membangun seperti Malaysia hanya mengejar kemajuan dalam bidang teknologi yang lebih canggih, berbanding sektor pertanian yang sebenarnya perlu diperkasakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang kepada media selepas melawat Maha 2010.

Justeru, beliau mengharapkan agar Maha tidak hanya sekadar berhenti di peringkat pameran sahaja, sebaliknya sebagai satu lapangan awal untuk memajukan sektor pertanian negara.

"Yang penting tindakan susulan oleh kementerian, jabatan atau agensi kerajaan," kata beliau yang turut disertai isteri, Toh Puan Seri Zainab Awang Ngah.

Selasa, 31 Julai 2012

Henpon Pak Imam Asyik Bercinta?


BlackBerry Bold 9900.jpg

Pak Imam Sedang Hangat Bercinta ?

Saya telefon seorang Pak Imam ada hal sikit. Tak berjawab panggilan tu, mungkin pak imam sedang sibuk.

Wahhh....bila saya telefon, nada dail dia ada lagu cinta. Lebih kurang beginilah...

"Embun pun takkan mampu, menjunjung sekuntummm.....bunga yang layuuuu pada musim luruhhh.... Yang dulu tak pernahhh disinar suria, temu kebahgiaan, dalam perpisahannnnn......"

Wahhh.. pak imam ni, lagu cintan tu. Sedang bercinta ke pak imam ni ?

baik sangka
Tapi tak lah, bergurau jer pak imam. Kita sangka baik saja, ramai orang sekarang termasuk pak imam tak pandai sangat pasal telefon ni. Apa yang dah ada kat telefon tu, itu jer le yang dipakainya.

Ada juga yang cuma pandai telefon dan jawab saja, laain-lain tak pandai. Mungkin juga anak pak imam tu yang masukkan ataupun perkhidmatan telefon tu yang masukkan. Bukanlah pak imam sedang bercinta.
PSB : Ramai yang masih takut nak godek henpon terutama warga emas, sebenarnya bukan sahaja henpon , juga peralatan elektronik yang lain tetapi ramai juga yang mahir dan cekap balas sms, biasanya smsnya panjang dan tak ada shortform, itu sebab agaknya orang dulu budi bahasanya bagus dan sopan.
  

Selasa, 26 Jun 2012

Madu Ubat Demam

Demam 3 hari, alhamdulillah dah sihat sikit, badan seram sejuk, tulang bisa-bisa, panas, tapi tak boleh kena kipas nanti batuk pula.

Alhamdulillah dengan minum madu bersama air masak dapat melegakan demam, badan kembali berpeluh dan boleh pergi kerja.

Madu biasa je, bukan yang berjenama yang selalu keluar iklan, alah madu buat masak tu pun ok dan menjimatkan...

Jumaat, 22 Jun 2012

Sebenarnya anda laparkah atau dahaga?


"Imej dipinjam dari http://rlv.zcache.comTahukah anda bahawa kajian menunjukkan bahawa 75% rasa lapar sebenarnya datang daripada sensasi dahaga? Kita selalunya keliru dengan rasa lapar dan rasa dahaga. Jadi tips berikut boleh digunakan bagi memastikan apa yang badan kita inginkan. Sama ada makanan atau air.

Apabila kita tiba-tiba berasa lapar, langkah pertama yang kita perlu lakukan ialah meminum segelas air. Minum air akan dapat membuktikan sama ada kita benar-benar lapar ataupun cuma dahaga.

Cuba minum segelas besar air 30 minit sebelum kita duduk makan dan jangan sesekali minum air semasa makan. Pastikan hidangan anda hanyalah makanan semata-mata. Kita sepatutnya tidak berasa dahaga semasa makan. Jadi, kita mungkin tidak lapar sebenarnya, cuma terlalu dahaga.

Setiap makanan akan masuk ke hati untuk diproses. Bahan-bahan yang hati kita tidak kenali akan disingkirkan keluar, dengan diselaputi lemak dan kolestrol. Tujuan lemak dan kolestrol adalah untuk melindungi sistem vaskular perut. Secara tidak langsung, toksin jikalau berkumpul akan mengakibatkan masalah kegemukkan.

Semoga tips ini akan membantu kita dalam mengawal permakanan sekaligus dapat menguruskan berat badan dengan baik. "The more you drink, the more you shrink".

Diolah dari sumber asal Mohamed (2011).

Dipetik dari:mynutrivalley.com"

Sabtu, 7 April 2012

UmnoBN Musuhi Golongan Lembut?

'Larangan' pondan di TV cetus kekeliruan
Isu berhubung larangan watak pondan dan lelaki lembut di kaca televisyen ekoran percanggahannya dengan norma masyarakat beragama mengundang kekeliruan orang ramai.

Di sebalik laporan yang sama sekali bertentangan sebelum ini, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim akhirnya berkata perkara itu tidak benar sama sekali - penjelasan yang dibuat untuk kesekian kalinya.

"Tiada sama sekali pengharaman terhadap apa saja bentuk persembahan seni oleh mana-mana kelompok masyarakat termasuk pihak yang disebut sebagai 'lelaki lembut'," kata Rais.

Menulis di laman Twitter, menteri itu bagaimanapun berkata, kementeriannya tetap mempunyai hak untuk memilih kandungan untuk tayangan umum.

PS : Mereka juga makhluk Allah, tak salah kalau tak melakukan dosa seperti liwat dan zina, kalau sekadar lembut tapi pandai menjahit baju langsir, andaman dan solekan artis, memasak dan  menguabhsuai hiasan dalaman, salon, spa... yang kita lihat hari ini rata-rata memang dikuasai oleh golongan lembut...itu pekerjaan halal dan insyaalah mendapat keberkatan Allah...yang menteri ni benci sangat kenapa???

Selasa, 6 Mac 2012

Exco: Phahrolrazi, Ismail akur keputusan PAS Pusat


KUALA LUMPUR, 5 Mac:&Isu pergolakan kerajaan negeri Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh akan menyertai semula barisan Exco kerajaan negeri. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Setar awal pagi semalam.Meyuarat itu diadakan selepas pertemuan muhibbah PAS Pusat dan PAS Kedah yang diadakan sebelum itu iaitu mulai jam 10 malam Sabtu hingga jam 3.00 pagi semalam.


"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula Exco," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya, apa matlamat itu, Phahrolrazi berkata, beliau mahu pentadbiran negeri Kedah dijalankan secara berjamaah.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.

Dr Ismail Salleh pula ketika dihubungi berkata, beliau juga menerima baik keputusan PAS Pusat dan akan menyertai semula exco sebagaimana yang diarahkan.

"Kami buat baru-baru ini macam kamikaze untuk meminta pimpinan memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di Kedah ini. Sekarang semua dah beri perhatian dan mekanisma pentadbiran juga dibentuk melalui Jawatankuasa Pemandu, kami akan sertai semula exco selepas diarahkan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau memberi jaminan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkuatkan PAS dan menjatuhkan Umno di negara ini.

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah. Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," kata Dr Ismail yang bersama Phahrolrazi tidak mengangkat sumpah exco baru-baru ini.

Kedua-dua mereka mengulas keputusan PAS Pusat yang menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau semua kerajaan negeri yang ditadbir dan disertai PAS.

Pagi ini, di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan mesyuarat JK Pusat di Alor Setar semalam.

"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah.

"PAS akan menubuhkan satu JK Pemandu untuk membantu negeri-negeri yang PAS tadbir dan negeri yang PAS sertai," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Ahad, 4 Disember 2011

Ramly Halal lagi selamat dimakan

logo syarikat  ramly

Setelah saya post kan entri bertajuk “AWAS! Hot Dog Ramly Ada DNA Babi??” dalam blog ini semalam, saya menerima banyak email dan komen dari para pembaca. Ramai yang ingin mengetahui kesahihannya.

Ada pembaca yang begitu emosional dalam hal ini. Tapi tak kurang juga yang bijak dan berhemah dalam memberikan pandangan. Apapun, saya hormati pandangan dan komen anda semua.

Saya melihat respon yang diberikan dalam isu ini dari sudut yang positif. Ini menunjukkan masyarakat dan pengguna sekarang ini semakin prihatin tentang soal halal haram ni. Alhamdulillah, pada saya ini satu perkembangan yang baik.

Pada awalnya, sebelum saya post kan entri AWAS! Hot Dog Ramly Ada DNA Babi?? semalam, saya berasa ragu-ragu juga. Saya bimbang ianya akan menjadi fitnah dan mengakibatkan ada pihak yang akan teraniaya.


Tapi atas dasar prihatin dan memikirkan hak-hak pengguna, maka saya post kan juga artikel tersebut. Demi Allah, tidak terdetik pun di hati saya untuk memburuk-burukkan atau memfitnah syarikat Ramly. Tapi tujuan artikel tersebut ditulis ialah supaya pihak yang berkenaan dapat ambil perhatian dan memberikan penjelasan tentang perkara ini. Saya lihat begitu banyak kecelaruan yang timbul dikalangan rakan-rakan facebook saya mengenai isu DNA babi ini disebabkan tiadanya penjelasan daripada pihak yang berkenaan.

Beberapa ketika, setelah artikel tersebut di ‘publish’ kan, akhirnya PakarHowTo.Com telah mendapat maklumbalas dari pihak Syarikat Ramly. Saya juga telah menelefon pihak Syarikat Ramly dan bercakap sendiri dengan Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (Bahagian Hal Ehwal Islam & Halal, Ramly Food Processing Sdn Bhd) bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Alhamdulillah, Ustaz Rafizie telah memberikan penerangan dengan jelas berkenaan perkara ini. Beliau juga telah menghantar beberapa dokumen sokongan (melalui email) kepada saya sebagai rujukan lanjut.

Anda boleh DOWNLOAD jawapan berserta dokumen sokongan yang diberikan oleh Syarikat Ramly berkenaan isu ini DI SINI.

penjelasan dari syarikat ramly

Saya harap dengan penjelasan yang diberikan itu, dapat merungkaikan kekusutan dan mencerahkan kekeliruan yang timbul tentang isu DNA babi ini.

Baca , teliti dan buatlah penilaian dengan adil dan bijaksana. Download penjelasan di sini.