Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label bro anwar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bro anwar. Papar semua catatan

Selasa, 4 Disember 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor Meriah


Lautan rakyat Johor kelmarin membanjiri Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam kelmarin.

Walaupun pada awalnya disebelah petang terdapat sedikit hujan, namun kehadiran luar biasa ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.

Program pada sebelah malamnya bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang membawa agenda perjuangan hak rakyat.

Antaranya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

Turut berucap menyemarakkan lagi himpunan kebangkitan rakyat malam tadi ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tuan Haji Muhammad Sabu yang merupakan Timbalan Presedin PAS.

Mereka telah memberi ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan - tuduhan songsang yang dikemukakan oleh Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu.




Oleh : Umar /nusajayakini
Main sentimen Melayu tapi tanah dipijak milik ‘Umno’ – Anwar

BATU PAHAT 3 Dis: Orang Melayu usah terpedaya dengan jarum politik Umno yang cuba menyalakan api perkauman melalui bait-bait lagu ‘Warisan’.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata lagu ‘popular’ Biro Tata Negara (BTN) sengaja diputar pada Perhimpunan Agung Umno untuk meraih simpati orang Melayu.

“Menyanyi lagu ‘anak kecil main api. Kemudian, (ada bait lagu) ‘tanah dipijak milik orang”. Milik orang mana? Milik pemimpin Umno!

“Cuba tanya. Berapa harta Daim (Zainuddin). Berapa harta Najib Razak. Berapa harta keluarga Dr Mahathir?

“Kemudian mahu cakap soal Melayu. Ini cakap pembohong dan penjilat,” katanya depan lebih 15,000 rakyat pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat, Johor kelmarin.

Umno memperalat bait-bait lagu itu untuk dimomok kepada perwakilan parti itu hingga ada mereka menyangka hak Melayu terhakis jika Pakatan memerintah.

Sedangkan, kekayaan negara dibolot segelintir pemimpin Umno dan kroni mereka.

Anwar kesal kerana Umno sejak Perhimpunan Agung 1998 hingga kini hanya memaki dan memfitnah beliau tetapi mengabai isu dasar untuk kepentingan negara.

“Sampai sekarang maki saya. Kenapa tak bincang ekonomi, kenapa tak kritik isu kontrak, balak dan tanah yang hilang? Mana Pemuda Umno?

“Kamu fitnahlah banyak mana pun. Sekarang Umno sudah jadi parti yang tak relevan, yang hidup dalam penafian. Kasihan…” sindir Anwar.

Sabtu, 1 September 2012

Double Dacker yang menjelajah ke seluruh tanahair


Mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-55, KEADILAN melancarkan siri Jelajah ‘Merdeka Rakyat’.

“Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar,” katanya pada pelancaran Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Turut hadir, Presiden Keadilan, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli.

“Walaupun permit bas dilengahkan, kita akan teruskan dan mengiringi bas ini. Semoga perjalanan kita baik,” kata Anwar.


Sementara itu, dilokasi pertama di Taman Meranti, Bentong, kira-kira 300 hadir pada jamuan Hari Raya KEADILAN Bentong.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Suhaimi Said.

Penduduk pelbagai bangsa yang tinggal di perumahan berhampiran pekan Bentong tidak melepaskan peluang untuk bergambar di bas jelajah ‘Merdeka Rakyat’

Mereka gembira apabila dimaklumkan bahawa daerah mereka menjadi lokasi pertama jelajah ‘Merdeka Rakyat’

Jelajah ‘Merdeka Rakyat’ akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi..

Antara lokasi yang bakal disinggahi petang ini antaranya ialah Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut. -KD


TERKINI

Macang, Kelantan




Khamis, 21 Jun 2012

Ugutan Umno menakutkan Murad, terpaksa berdusta



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid (gambar) telah diugut untuk membuat akuan bersumpah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan RM3 bilion, lapor KeadilanDaily.

“Murad ini kita tahu, dua tiga hari lepas telah didatangi oleh ejen-ejen kerajaan, ugut dia lagi. Kita tahu nama pegawai ini, ugut dia jangan sesekali membuat kenyataan penafian.

“Walaupun dia (Murad) telah mengunjungi Permatang Pauh (Anwar) ketika menerima rawatan di Munich dan minta maaf kerana dia telah dipaksa, keluarganya diugut..kita tahu semuanya. Tapi tak mengapa, teruskan permainan,” kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian dalam Dewan Rakyat ketika memohon laluan semasa perbahasan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh di Parlimen hari ini.

“Saya minta izin kepada Permatang Pauh, terima kasih. Oleh kerana sebelah sana (Ahli Parlimen BN MP BN) tak berani bangun, maka saya bangun. Kerana ia cabaran terbuka,” katanya selepas MP BN gagal berdiri apabila dicabar Anwar membangkitkan isu tersebut.

“Saya berpendapat, kita harus tunggu cabaran daripada Pekan (Datuk Seri Najib Razak) dan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk kita dedahkan pula. Berani tak mereka membuat cabaran terbuka seperti ini?" soal Saifuddin.

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mencabar MP BN berdiri membangkitkan isu tuduhan kononnya beliau menyorokkan RM3 bilion.

Berikutan kegagalan kesemua MP BN menyambut cabaran Anwar itu menyebabkan Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN menyambung hujah menangkis tuduhan tersebut dengan membacakan pengakuan bersumpah bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris.

Isnin, 11 Jun 2012

Ahli Parlimen Hijrah ke PKR, DSAI dilencongkan ke Tawau!!!

TERKINI: Dua MP BN Sertai PKR


Sekurang-kurangnya dua ahli parlimen dari Sabah sudah mengesahkan keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Perkara ini disahkan sendiri Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini yang mengesahkan perkara itu sebentar tadi.

Dua pemimpin yang dimaksudkan ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran.

Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno, Lajim Ukin.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan samada pengumuman rasmi dapat dibuat malam ini, ekoran penerbangan pesawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur tergendala petang tadi.

"Dua MP ini Confirmed (pasti) akan sertai (KEADILAN). Cuma (tunggu) waktu sahaja, kita tunggu saja lah," katanya kepada Keadilan Daily.

Anwar dijadual tiba di Sabah pada jam 1.40 petang dan dijadual menghadiri dua majlis di Sabah iaitu sambutan perayaan Kaamatan di Kota Belud dan satu Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun penerbangan pesawat beliau ke Kota Belud ditangguh ekoran hujan lebat, sebelum menaiki pesawat ke Labuan untuk tiba ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang.

Beliau kini berada di Kompleks Star City, Jalan Asia City untuk menghadiri satu program anjuran Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA).

Jam 10 malam nanti, Anwar dijadual bertemu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah di lokasi yang sama.

Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional kini hilang lagi dua kerusi, pertambahan kepada pakatan pembangkang setelah satu lagi parti komponennya, Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mengisytiharkan keluar dari BN dua tahun lalu.

Ia juga menguatkan spekulasi bahawa khidmat Musa Aman sebagai ketua menteri kini terumbang-ambing ekoran gagal memujuk kedua-dua pemimpin berpengaruh yang dikatakan tersingkir dari dicalonkan di parlimen masing-masing.

Sabah mempunyai 25 buah kerusi parlimen yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat dalam hasrat menumbangkan Barisan Nasional dari kekuasaan di Putrajaya.

Najib Altantuya sudah tentunya akan lebih tertekan dengan perkembangan terbaru ini kerana belum pernah dalam sejarah Umno-APCO dimalukan sebegitu rupa ekoran tindakan Lajim menyertai Anwar Ibrahim memandangkan beliau salah seorang ahli majlis tertinggi (MT) parti reput itu sehingga kini. -jalanpulang

PSB : Yang ribut taufan ialah BN, tu yang paksa pilot lencongkan kapaltebang...



akan dikemaskinikan

Rabu, 21 Mac 2012

Nalla dan Utusan disaman RM100 Juta

.. amek kau!!



Kerana menyiarkan kenyatan fitnah si Nallakaruppan yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual dan tidak layak menjadi pemimpin pembangkang, Lidah Rasmi UMNO kini berhadapan saman RM100 Juta pula..


Sebelum ini Lidah Rasmi UMNO ini telah disaman sebanyak RM150 Juta oleh Anwar kerana menyiarkan laporan berbentuk fitnah yang mendakwa Anwar Ibrahim mahu menghalalkan homosek.. (baca di SINI)

Saman yang pertama berjumlah RM150Juta itu belum bermula lagi prosidingnya tapi Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd penerbit akhbar Utusan Malayisa, Kosmos dan beberapa buah majalah dilaporkan sudah menjual peralatan mencetaknya (baca di SINI)

Akhirnya apa yang tinggal dalam Lidah Rasmi UMNO ni agaknya..

Yang disiarkan fitnah si Nallakarupan tu buat apa?? Takkan lah Editor Lidah Rasmi UMNO itu tak tahu bagi Nallakarupan tu tak ada dosa dan pahala..

Bloger Pro UMNO yang turut menyebarkan fitnah kononya Anwar Biseksual ni.. buat masa sekarang tak perlu risau, pasal aku tak dengar sebarang tindakan akan diambil Anwar terhadap mereka..

Nak saman buat apa.. buang masa saja sebabnya depa tu bukan ada berjuta-juta RM macam Utusan tu..

***********************************************

Biseksual: Anwar tuntut ganti rugi RM100j dari Nalla

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar notis tuntutan sebanyak RM100 juta kepada senator Datuk S Nallakarupan kerana mendakwanya seorang biseksual dan tidak memimpin pembangkang.

NONENaib Presiden PKR N Surendran berkata, dalam notis yang turut dihantar kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu, Anwar juga menuntut permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan itu.

"Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur," kata Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran berkata, dakwaan yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu jelas bersifat dusta, bermotif politik dan mencerminkan "kewartawanan yang menjijikkan".

Ini kenyataan Media dari Surendran..

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan S. Nallakarupan

Saya merujuk kepada laporan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual dan tidak layak menjadi pemimpin pembangkang. Dakwaan yang dikeluarkan oleh S Nallakaruppan ini jelas bersifat dusta dan bermotif politik dan mencerminkan kewartawanan akhbar Utusan yang menjijikkan.

Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Najib Razak perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan jahat yang dilakukan oleh akhbar milik UMNO terhadap Anwar Ibrahim. Manakala beliau berdolak-dalih dalam menerima tawaran berdebat dengan Anwar berkaitan isu dasar dan ekonomi, Najib mengambil kaedah keji dengan melakukan serangan peribadi menerusi Utusan Malaysia.

Kejelekan laporan Utusan Malaysia ini menzahirkan wajah sebenar UMNO dan Najib serta melekehkan retorik Najib terhadap agenda kesederhanaan dan perubahan. Ketidakjujuran dan ketidakadilan dalam laporan melibatkan isu politik adalah kebiasaan buat media yang dikawal oleh BN.

Walaubagaimanapun, tindakan UMNO yang berterusan menabur fitnah, pembohongan dan memainkan sentimen perkauman tidak dapat dinafikan lagi sepanjang sejarah kewartawanan Malaysia.

Dalam isu ini, Anwar Ibrahim telah mengarahkan tindakan perundangan diambil. Menerusi pasukan guamannya, beliau telah mengemukakan notis kepada Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. yang memiliki akhbar Utusan Malaysia serta editor akhbar tersebut supaya menarik balik laporan dan dakwaan yang dilemparkan serta mengemukakan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM 100 juta. Notis sama turut dikemukakan kepada S Nallakaruppan. Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur.

N. SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

Selasa, 20 Mac 2012

Sokong Yahudi sekiranya mereka menghormati rakyat Palestin

Anwar Tidak Sokong Israel Secara Membuta Tuli

Oleh: ruhan

Saya telah membaca satu analisis yang dibuat oleh blog Pencacai Minda Intelek Melayu tentang isu Anwar sokong Yahudi. Penganalisisan yang dibuat oleh blog itu telah menjadi pegangan semua pihak yang selama ini cenderung menggunakannya untuk menghentam ketua pembangkang itu, termasuk Menteri Luar Malaysia. Namun demikian, setelah diteliti dan dinilai secara saksama, saya mengambil keputusan untuk menyatakan perkara-perkara di bawah.

PETIKAN ASAL

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the inspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.

TERJEMAHAN BLOK MINDA INTELEK MELAYU

“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel,” kata Encik Anwar, walaupun dia berhenti pendek berkata beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu, satu langkah yang katanya kekal luar jangka ke atas Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin. Malaysia secara konsisten tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, walaupun terhad hubungan perdagangan yang wujud di antara syarikat-syarikat swasta di kedua-dua negara.

ANALISIS BLOK MINDA INTELEK MELAYU

Sebenarnya, ada dua perkara yang diterangkan di dalam perenggan tersebut yang tidak semestinya bersangkutan di antara satu sama lain.

1 Anwar Ibrahim menyokong segala usaha demi melindungi keselamatan Negara Israel.

2. Anwar berhasrat mahu membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel bergantung kepada aspirasi rakyat Palestin.

Lumrahnya, ayat 'menyokong segala usaha demi melindungi keselamatan negara Israel' merupakan satu kenyataan ganjil yang keluar daripada mulut individu yang mengakui dirinya umat Islam.

Sama ada anda ahli UMNO atau PAS atau PKR atau pun atas pagar, ayat tersebut tidak mungkin terfikir di otak filiran kita ini kerana 'menyokong segala usaha demi melindungi keselamatan negara Israel' juga boleh dimaksudkan menyetujui tindakan Israel menyerang negara Palestin yang dianggap mengganggu-gugat keselamatan negara tersebut.

Israel boleh buat apa sahaja untuk melindungi negara mereka dan Anwar Ibrahim akan menyokongmereka?

Tidakkah janggal dan sungguh pelik tetapi dalam masa yang sama menimbulkan rasa mual terhadap ketua pembangkang tersebut?

Anwar Ibrahim jangan salahkan media perdana atau pemimpin lain jika mahukan penjelasan tentang kenyataan beliauitu.

Dan beranikah suspek liwat itu menyaman The Wall Street Journal atau menegur mereka?

ANALISIS SAYA

Secara keseluruhannya, terjemahan di atas amat rendah mutunya. Buktinya, proses itu dilakukan dengan menterjemah perkataan demi perkataan.

Oleh sebab itu, bunyinya canggung. Orang Melayu tidak kata berhenti pendek, sebaliknya berhenti seketika. Begitu juga halnya dengan ungkapan kekal luar jangka ke atas. Inilah kelemahan menterjemah perkataan demi perkataan.

Sepatutnya anak ayat dalam keseluruhan ayat itu difahami maksudnya dahulu sebelum menterjemah. Kita semua tahu bahawa untuk melihat Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin berada di luar jangkaan masyarakat dunia.

Fakta inilah yang lebih menepati maksud anak ayat itu.

Ayat yang kedua dalam petikan itu diabaikan dalam analisis ini kerana tidak menimbulkan apa-apa kontroversi, sekurang-kurangnya dalam kes ini.

Sehubungan itu, apakah terjemahan yang lebih tepat kepada ayat pertama dalam petikan itu?

“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel,” kata Encik Anwar, walaupun dia berhenti seketika (sebelum menyambung) dengan berkata beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu, satu langkah yang dianggapnya kekal di luar jangka terhadap (kesediaan) Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Oleh sebab itu, saya tidak boleh terima ungkapan tidak semestinya bersangkutan dalam analisis tersebut. Sesiapa pun sepatutnya mengetahui bahawa ayat yang dibina dalam petikan itu ialah ayat majmuk.

Menurut hukum tatabahasa, dalam tiap-tiap ayat majmuk ada lebih daripada satu ayat yang berhubung antara sama lain bagi melengkapkan maksudnya. Untuk menyatakannya tiada bersangkutan adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Dalam agama Islam pun kita tidak boleh menyebut La ilah untuk kalimat La ilah haillallah kerana maksudnya ialah tiada Allah.

Mengapa penganalisis memilih untuk mentafsir ayat tersebut mengikut acuan ini menjadi tanda tanya saya pada mulanya.

Namun, tanda tanya saya terjawab setelah bertemu dengan dua fakta yang dinyatakan oleh penganalisis selepas terjemahan itu. Saya terkejut membaca fakta pertama itu.

Mana mungkin fakta itu dianggap sebagai inti maksud sedangkan ada berjela-jela lagi pernyataan yang mengikutinya.

Sekali lagi saya menemui jawapan terhadap pilihan yang dibuat oleh penganalisis. Mind setnya yang sedia ada adalah bukan sahaja untuk menghunjam si penutur malahan juga mengharapkan pembaca mempercayai kata-katanya dan timbul syak wasangka terhadap penuturnya.

Perbuatan ini tidak dianjurkan oleh Islam. Tidak wajar sama sekali membuat kesimpulan di pertengahan jalan.

Saya lebih tergamam apabila membaca ungkapan ‘mahu membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel bergantung kepada aspirasi rakyat Palestin’.

Penganalisis tidak memberikan apa-apa alasan untuk berpegang kepada kesimpulan yang dibuatnya.

Ini satu tindakan yang berbahaya dalam penulisan, kecualilah dia benar-benar ada niat untuk mengelirukan pembaca! Kemungkinan itu tidak boleh ditolak dalam analisis ini jika kita memberi tumpuan kepada terjemahan longgar yang dibuatnya.

Cara dia menyorokkan ungkapan ‘Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin’ menyerlahkan niat sebenar penganalisis. Atas maksud itulah penutur dilanyak habis-habisan. Keadilan telah dinafikan.

Subahat yang diutamakan. Ini pegangan orang yang taksub kepada sekularisme dan tidak hiraukan adab yang diajarkan oleh agama suci kita, Islam.

Berdasarkan kesimpulan di atas, tidaklah begitu menghairankan jika penganalisis dengan angkuh dan sombongnya mengungkapkan semua ayat selepas mengutarakan dua perkara itu.

Riak dan ujub terpancar dengan jelas dalam semua pernyataan yang dicatatkannya. Saya sesungguhnya berasa amat sedih kerana penganalisis memilih teknik dan taktik yang sumbang dalam menyampaikan hujah-hujah separuh masaknya.

Di samping itu, penganalisis telah menyerlahkan sikap berpihak dalam penulisannya. Apabila sikap itu dipraktikkan dalam penulisan, maka penuhlah isi kandungannya dengan prasangka dan niat buruk. Bukankah Islam mengatakan sikap-sikap negatif itu amalan syaitan?

KESIMPULAN

Tidak ada isu sebenarnya dalam laporan media yang dimaksudkan. Isu hanya timbul setelah kandungannya diputarbelitkan oleh pihak yang nampaknya tidak bertanggungjawab.

Walau apa-apa pun yang berlaku, sesuatu yang pasti menurut ketentuan Allah ialah kebenaran pasti mengatasi kebatilan. Isu ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada umat Islam tentang peri pentingnya menyebarkan maklumat yang bukan sahaja betul tetapi benar.

Kebatilan tidak akan berjaya walau secanggih mana sekalipun sesuatu itu diolah atau digubah. Fakta sebenarnya ialah Anwar hanya menyokong Israel sekiranya negara itu menghormati aspirasi rakyat Palestin. Wallahu’aklam!!!

Rabu, 14 Mac 2012

PRU 13 berasingan antara pusat dengan negeri Pakatan

Pilihan raya berasingan selepas bincang dengan MB



(Sidang media Pakatan Rakyat di Parlimen)

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, langkah mengadakan pilihan raya berasingan antara negeri dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Pakatan Rakyat akan membuat keputusan sama ada melaksanakan PRU-13 berasingan dengan kerajaan persekutuan selepas berbincang dengan semua menteri besar negeri yang ditadbirnya.

Keputusan bersama itu diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang berlangsung di Parlimen tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menyelaraskan mesyuarat bersama semua menteri besar Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kata sepakat.

"Mesyuarat itu akan dihadiri pemimpin negeri Pakatan Rakyat untuk mendapat kata sepakat tentang keputusan sama ada hendak ada pilihan raya berasingan dengan persekutuan," katanya.


Rakyat asing mengundi





(Abdul Hadi berkata sesuatu kepada Anwar dalam sidang media mereka)

Sementara itu, Anwar turut melahirkan kebimbangan apabila rakyat asing diberi hak warganegara dimasukkan dalam senarai pengundi baru kemudian diberikan hak mengundi.

Tambahnya, berdasarkan maklumat terkini selepas Mimos membuat kajian akhirnya menunjukkan kecelaruan tentang ketelusan proses daftar pemilih.

Hasil daripada itu, tegas Anwar sebanyak 106,000 nama pemilih dipotong dan setakat ini seramai 100 nama pengundi diletakkan dalam satu alamat sebanyak 522 kes telah dikesan.

"Kita bimbang perkara ini tidak dibersihkan, maka daftar pemilih akan terus dipertikaikan,"katanya.

Turut sama menghadiri mesyuarat itu termasuklah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya Dr Siti Mariah Mahmud. -Hrkh

Isnin, 20 Februari 2012

Surat Pertubuhan Hindu Sangam Bukti Jelas Anwar Tak Jejas Akidah







Surat dari Pertubuhan Hindu Sangam menjelaskan upacara Aarathi, yang membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tempoh hari sekadar upacara tradisi BUKAN agama.

Sejak seminggu lalu, blogger Umno-APCO memainkan isu ini sebagai membalas isu kehadrian Najib Altantuya pada sambutan Thaipusam (perayaan keagamaan menghormati Dewa Hindu, Dewa Murugan) pada 7 Februari lalu sedangkan Anwar hanya menghadiri perayaan kebudayaan Ponggal di Batu Gajah, Perak, pada 29 Januari lalu.

Berikut adalah inti pati surat yang dikeluarkan bertarikh semalam.





18 Februari 2012

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,

Salam Sejahtera,

Upacara mengambil 'Aarathi' merupakan satu istiadat yang diamalkan oleh Kaum India sejak turun temurun. Adat ini mempunyai maksud saintifik dan sehingga kini masih diamalkan oleh Kaum India di seluruh dunia.

Oleh yang demikian, Malaysia Hindu Sangam ingin menegasakan bahawa mengambil 'Aarathi' merupakan satu upacara tradisi dan tidak patut dikaitkan dengan agama. Malah upacara ini diamalkan untuk menyambut pengantin-pengantin baru, kelahiran anak, menyambut orang-orang kebesaran dan juga pelbagai upacara mulia.

Sekian,

Salam Satu Malaysia.

(Tandatangan)

RS MOHAN SHAN,
PRESIDEN
MALAYSIA HINDU SANGAM

Cubaan UmnoBN Ganggu Ceramah DSAI Dengan 4 Letupan GAGAL





7.45 mlm ceramah kat markas PAS Rompin berjalan lancar
9.30 DSAI ke Endau Mersing Dewan Cina pun lancar
11.15 Sembrong kecoh

Sembrong (Kluang) : Cubaan berbentuk provokasi UmnoBn dalam Ceramah Umum DS Anwar Ibrahim dengan insiden 4 letupan malam tadi gagal mengugat ribuan hadirin pada rapat umum tersebut.

Dalang kepada kejadian ini dipercayai dari pemuda UmnoBN dan menjerit dan melolong dengan hella sejak dari awal ceramah bermula dari ucapan pengerusi majlis Sdr Zabidie, Syed Husin Ali Timbalan Presiden PKR, Hasan Karim, Adun DAP Mengkibol, AP Kapar Manikavasagam, mereka macam kena rasuk hantu sebagaimana filem seram yang kerap ditayangkan di kaca TV dan layar perak. Nampaknya yang ramai macam pemuda Kluang tidak mustahil sebab Perlimen Sembrong memang dalam daerah Kluang.

Ada juga kemungkinan Perkasa Kluang terlibat sebab kelihatan Pengerusi Perkasa Kluang Cikgu Haji Ghazali Alwi yang juga merupakan cikgu PJ ana semasa belajar di SMDHHY Renggam mundar mandir sekejap kawasan ceramah, olok-olok makan sup, sekejap ke tempat pemuda Umno...macam tak senang duduk.

Kejadian bertambah kecoh bila rombongan DSAI datang, bermula dengan ejek mengejek walaupun tak di layan oleh penyokong PR, kini baling membaling botol air mineral pula, kemudian baling bendera beserta dengan batang tiangnya sekali, kemudian kayu bendera yang tajam, dan ketulan batu mengakibatkan seorang hadirin tercedera. Kayu dan botol beterbangan di udara yang jaraknya begitu hampir, hanya dipisahkan oleh jalan utama Kluang-Mersing dan longkang besar.

Kuasa Allah, mujur ada Bas Ekspres dan Bas Persiaran dan Lori Treler Panjang yang lalu lalang dan kebetulan trafik tersekat yang meredakan sedikit kejadian balingan objek. Nak baling tidak lepas, bas 2 tingkat tinggi malah ada yang melantun balik kena muka mereka sendiri.

DSAI berceramah dengan tenang walaupun sudah terlewat tiba akibat dihalang oleh 200 budak-budak bermotosikal tak pakai topi keledar di Taman Puteri dekat Kilang Kimberly Jalan Mersing, lalu semasa beliau berceramah, tercetusnya kejadian 4 kali letupan kuat macam bom nak halau buaya di sungai. Letusan BOM mengejutkan hadirin.

Harta awam pun dirosakkan bila Paip Bomba pecah besebelahan tempat pemuda UmnoBN buat onar menyebabkan mereka basah kuyup dan habis lenjun. Nampaknya barisan anggota keselamatan yang berunifom dan yang memakai jaket pantul cahaya berkawal di sebelah mereka, pelik juga kerana permit ceramah lulus, sepatutnya mereka kawal keselamatan penyokong PR bukan UmnoBN...mungkin ada arahan Menteri KDN agaknya yang juga AP Sembrong Dato Hisham.

Walaupun kecoh, ia tak menjejaskan kelancaran ceramah. Peniaga tersenyum sebab dagangan laris, sistem siaraya pun terbaik, corong boleh dengar sampai Kg Baru Kluang, Melayu, Cina dan India hadir berpusu-pusu, tak ada perasaan takut, terang-terang, dan yang hadir 80 peratus orang yang baru berjinak-jinak dengan ceramah, sebab mereka berdiri dari mula sampai habis ceramah, berbanding dengan yang dah biasa dengar ceramah biasanya mereka duduk dengan selesa.

Kelihatan juga wartawan Lemang Berita Harian yang datang membuat liputan siap dengan kemera dengan hasrat bila UmnoBn melakukan provokasi dan penyokong PR pula layan dan tercetus pergaduhan, maka Polis akan membatalkan ceramah dan esok keluar berita Hairan tajuk utama 'Penyokong Anwar bertindak ganas..'.

Syukur program tamat tepat 12.00 malam dan terkejut dapat berita kereta DSAI pecah cermin hadapan akibat perbuatan khianat. Inikah agaknya petanda PR akan menumbangkan UmnoBn dengan pukulan maut pada PRU13...kita tunggu.


oleh PS

TT- JAM 12.30 MALAM - KERETA ANWAR DI SERANG GEROMBOLAN

cermin kereta anwar ibrahim
telah diserang oleh gerombolan
ketia program ceramah di semberong johor

300 orang pemuda gerombolan datang
menggangu ceramah

polis untuk pertama kalinya
telah menjalankan tugas dengan sopan
dengan tidak melakukan apa apa!


CERMIN KERETA ANWAR PECAH















CERAMAH HEBAT DI SEMBERONG JOHOR

seramai lebih dari 5000 warga semberong
telah datang mendengar ceramah anwar ibrahim

pemimpin pakatan :
syed hamid ali, hasan karim,
yb mike dari kapar
telah juga berceramah sama

semberong ialah tempat hishamudin husein
sokongan hebat dari warga semberong ini
semakin ramai peneroka felda di wilayah semberong
telah menakutkan menteri dalam negeri ini
yang kini dikatakan akan berpindah ke pengerang


NOTA:

hari hari akhir
untuk gerombolan

Selasa, 14 Februari 2012

Tarik balik kenyataan atau saman WSJ : TG Nik Aziz









Israel: Anwar tarik balik kenyataan atau saman WSJ


KUALA LUMPUR, 13 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel seperti dilaporkan di Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman majalah itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau,” ujarnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.

Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433H

Ahad, 12 Februari 2012

Tuduhan Anwar Pro Israel TERTOLAK

Anwar bertemu Yusuf Qaradawi & pemimpin Hamas di Qatar
QATAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Sheikh Yusuf al-Qaraqawi di Doha, untuk berbincang pelbagai isu khususnya perjuangan rakyat Palestin dan cabaran umat Islam di dunia termasuk Malaysia, baru-baru ini.

Anwar memberi pandangannya kepada Sheikh Yusuf al-Qaradawi
(tengah) dan tokoh ilmuan, Sarjana Jaser Audah

Ketua Pembangkang Malaysia itu terharu dengan sokongan peribadi dan perhatian khusus Sheikh Yusuf al-Qaradawi terhadapnya dan rakyat Malaysia yang bergelut dengan nilai keadilan dan kebebasan.

Katanya, ulama terkenal itu bersyukur kerana beliau dibebaskan dari fitnah dan mendoakan kejayaan rakyat Malaysia untuk mencapai kebebasan dan keadilan.

Malah, beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden KEADILAN turut makan tengah hari bersama Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan keluarga.

Keakraban Anwar dan pemimpin Hamas, Khalid Mash'ad

Anwar ketika ini berdepan fitnah media kawalan Umno yang melabel beliau sebagai pro-Israel dan pertemuan dengan ulama Islam itu sekaligus menangkis tohmahan liar parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Mengikut paparan twitter Anwar, perbincangan itu turut disertai pemimpin Hamas, Khalid Mash’ad dan Menteri Kebudayaan Qatar.

Pandangan Anwar sentiasa diberi perhatian pemimpin Islam dunia

Anwar berkata, Khalid bersyukur atas kebangkitan rakyat Arab dan mendoakan kejayaan serta berkirim salam buat rakyat Malaysia.

Selain mereka, Anwar juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Bank Pembangunan Islam, Ahmad Muhd Ali di Jeddah dan mereka sepakat menolak penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Selain itu, Anwar ketika dalam perjalanan pula ke Malaysia sempat mentelaah buku terbaru Sheikh Yusuf al-Qardawi berjudul Thaurah Masr (Revolusi Mesir), malah mencadangkan buku itu diterjemah.

http://www.keadilandaily.com/26451/

ABU:Jika dilihat pada paparan media arus perdana dan tulisan blogger pro UMNO seolah-olah orang palestin dan umat Islam marah benar dengan kenyataan Anwar kononnya membela Israel dalam temu bual yang dipaparkan da;am WSJ beberapa minggu lalu.Hakikat sebenarnya tidaklah seperti yang digembar-gemburkan kerana wakil palestin masih lagi sudi bertemu dan berbincang dengan Dato Sri Anwar Ibrahim.Betapa Islamiknya Umno dan blogger-bloggernya sejak akhir-akhir ini.

Sabtu, 11 Februari 2012

Anwar Berjumpa Erdogan

TERKINI!! Video Perjumpaan Anwar Ibrahim Di Doha, Qatar!

Selepas selesai mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Abdullah Gul (gambar, tengah) dan Perdana Menteri, Recip Tayyip Erdogan di Ankara, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berlepas ke Jeddah dan seterusnya ke Makkah, Arab Saudi untuk menunaikan umrah bersama Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail.

Setelah selesai, kedua-dua pemimpin PKR tersebut kemudiannya terbang ke Doha, Qatar bertemu dengan ulama terkenal, Dr Sheikh Yusof al-Qardhawi membincangkan pelbagai isu semasa termasuk pembebasan Anwar dari tuduhan fitnah liwat pada 9 Januari lalu.

Dalam mesejnya di Twitter, Anwar memberitahu:

@anwaribrahim Doha: Sh Qardawi turut bersyukur krn sy bebas dari fitnah mahkamah;dan mendoakan kejayaan rakyat Malaysia utk kebebasan dan keadilan.

Beliau juga sempat mengadakan pertemuan dengan pemimpin HAMAS, Khalid Mish'al yang antara lain membincangkan masalah rakyat Palestin dan kebangkitan dunia Arab (Arab Spring).

Manakala buat rakyat Malaysia yang berada di sana, satu sesi perjumpaan antara Anwar Ibrahim dengan warga Malaysia di Qatar telah diadakan pada hari Rabu, 8 Februari 2012 jam 9 hingga 11 malam waktu tempatan (Khamis,9 Februari 2012 jam 2 pagi waktu Malaysia).

Sesi perjumpaan tersebut telah diadakan di Club House, Green Village Compound, Doha, Qatar.

Saksikan rakaman video yang memakan masa kira-kira sejam 41 minit ini.

JALAN PULANG

Selasa, 31 Januari 2012

Anwar Ibrahim Jawab Tuduhan Umno!!



Isu Sokong Israel (video rakyat wajib tonton)


28012012 Petikan Ceramah DSAI Di Program Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Dengkil Malam Tadi

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

Jumaat, 20 Januari 2012

Fahami maksud sebenar Anwar mengenai undang2 lapok

Anwar: Pinda undang-undang aib musuh politik

malaysiakini

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya undang-undang yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, dipinda termasuk peruntukan dalam seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan.

Katanya, pindaan tersebut perlu dibuat bagi memastikan supaya ianya tidak digunakan untuk menghina seseorang khususnya terhadap musuh dalam politik.

"Memang undang-undang yang ada 377(B) ka, C ka, ini memang archaic (lapok). Digunakan untuk aibkan orang. Digunakan untuk musuh politik.

"Ada saya sebut undang-undang Islam, undang-undang syariah. Ada saya sebut pertahankan sodomy, tidak. Saya kata, undang-undang yang ada.

"(Orang) tanya saya, bila kita berkuasa, boleh kita pinda. Ya, saya akan pinda. Apa pasal tidak boleh pinda undang-undang yang ada sekarang. Kita pinda supaya pastikan ia tidak bermaksud untuk menghina orang," katanya.

Anwar turut menempelak pihak tertentu yang mempertahankan undang-undang yang didakwanya "jumud" digunakan untuk memfitnah seseorang.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya malam tadi bagi mengulas kontroversi wawancaranya dengan rangkaian penyiaran British (BBC) yang dilaporkan minggu lalu sehingga beliau dituduh menyokong homoseksual.

Rangkaian itu meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi’ terhadap kumpulan itu dan menegaskan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

NONE“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,” kata Anwar dalam temubual dengan BBC itu.

Bercakap di majlis kesyukuran sempenan pembebasannya daripada tuduhan liwat pada 9 Januari lalu, Anwar menegaskan kenyataannya bahawa Islam dan bukan Islam menyokong perkahwinan lelaki dan perempuan menjawab perbuatan seks bebas, homoseksual dan lesbian.

Anwar yang juga bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan "perselingkuhan" kecuali ianya dilakukannya di hadapan umum.

"Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?... Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh," tegasnya di hadapan tetamu yang hadir di kediamannya di Segambut Dalam, malam tadi.

Selain beberapa pemimpin PKR, turut hadir di majlis itu ialah bekas menteri kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, yang turut serta bersolat maghrib, solat hajat, solat Isyak serta majlis bacaan Yassin sebagai tanda kesyukuran di atas pembebasan Anwar daripada tuduhan tersebut.

NONEMengimbau kisah pada hari keputusan liwat II diumumkan, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh sempat bersarapan bersama-sama ahli keluarganya selepas bersolat subuh.

Bahkan, beliau juga sempat memeluk dan mencium ahli keluarganya kerana berkemungkinan beliau mungkin tidak balik sekiranya didapati bersalah, walaupun jauh di sudut hatinya, beliau merasa akan dilepaskan.

"Paling tidak, mungkin dibenarkan diikat jamin. Tetapi berlaku sebaliknya. Jika bersalah, mungkin riuh dalam negara dan menjadi fokus di luar negara.

"(Tetapi) saya lepas. Saya tidak tahu (sebabnya). Mungkin hakim tahu, sebab (penghakiman) dibaca cepat, beliau keluar pun cepat, tak sempat (saya) nak angkat tangan," katanya diiringi dengan gelak ketawa hadirin.

"Yang saya pasti, the power of prayer. (Kuasa doa) ini adalah luar daripada pertimbangan politik," katanya sambil memaklumkan masyarakat tempatan dan antarabangsa turut mendoakan agar beliau dibebaskan.

Katanya, dengan keputusan itu juga menyebabkan media arus perdana "meroyan macam orang gila" dengan mencari apa-apa sahaja" untuk menyerangnya, bahkan ada pihak yang terkejut dan kesal dengan pembebasan beliau itu.

Dalam kesempatan itu juga, Anwar turut menceritakan pengalaman beliau bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertemu dengan cucu bekas perdana menteri India, Rajmohan Gandhi, yang mana temujanji itu telah lama diatur sebelum keputusan liwat II ditetapkan.

Katanya, Rajmohan memperuntukkan masa selama lima jam berbincang dengan Anwar secara peribadi, berhubung usaha memartabatkan perjuangan demokrasi.

NONEMenurutnya dalam perjalanan menuju kediaman Rajmohan yang terletak di atas bukit di Panchgani - yang memakan masa selama lima jam dari Mumbai - Anwar singgah minum sejenis air teh yang menyebabkan beliau teringat akan kelazatannya.

Anwar juga berkata selepas berada di India, beliau bertolak ke Turki untuk memenuhi undangan bertemu dengan Perdana Menteri Raceb Tayyib Erdogan.

Bagaimanapun beliau terpaksa menangguh untuk bertemu Presiden Turki Abdullah Gul kerana terpaksa pulang ke tanah air bagi menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar, Kedah.

Dalam ucapannya selama 45 minit itu juga, Anwar turut memberitahu bahawa beliau menerima banyak ucapan tahniah melalui emel, SMS dan panggilan telefon daripada pelbagai pihak berhubung keputusan tersebut.

Antaranya bekas naib presiden Amerika Syarikat Al-Gore, bekas perdana menteri Kanada Paul Martin dan ulama tersohor Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr Wahbah Al-Zuhaili.

Sebelum itu, orang ramai termasuk penyokong memenuhi halaman rumahnya bagi menghadiri majlis kenduri kesyukuran sempena pembebasan beliau daripada tuduhan liwat II.

Sebanyak empat khemah besar dipasang di halaman rumah tokoh pemimpin PKR itu dan dihamparkan tikar bagi membolehkan hadirin yang hadir duduk bersolat dan duduk mendengar tazkirah ringkas yang disampaikan ketua penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty.

Bro Anwar saman RM150 000 000 terhadap Utusan Malaysia

Anwar Ibrahim sues Utusan for RM150 million

Anwar Ibrahim has filed a RM150 million defamation suit against Umno-owned Utusan Malaysia, claiming the newspaper has been "concocting lies" about him wanting to legalise homosexuality. In the statement of claim issues by M/s Daim & Gamany, the opposition leader is demanding RM50 million in damages, as well as other costs to be determined by the court.

PS : Akhbar lidah bercabang milik umno ni patut diharamkan sahaja. Fitnahnya menyusahkan rakyat dan mencetuskan kacau bilau, menimbulkan kerisauan masyarakat, timbulkan permusuhan antara agama, mengancam institusi sultan dan menabur kebencian bersifat perkauman. Akhbar paling tak laku di pasaran sebagaimana dimaklumkan oleh si penjual suratkhabar tapi tetap di takuk lama tak nak berubah....dasar penipu.

Ahad, 15 Januari 2012

Konvensyen Pakatan kononya hambar...Foto membuktikan segalanya

Ceramah Pakatan Rakyat di Konvensyen juga hambar? (Video Inside)

Video ucapan DSAI diakhir entry..


Sinar Harian melaporkan Pakatan Rakyat (PR) menyasarkan kira-kira 70,000 orang hadir pada program Rapat Rakyat sempenan Konvensyen PR di sini malam ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kehadiran ini berdasarkan kepada tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dekat.

Malangnya gambar yang disiarkan (bawah) kelihatan seperti ceramah DSAi di Jeniang, Kedah suatu masa yang lalu jadi kehadiran dalam ceramah tersebut memanglah bukan seperti apa yang dilaporkan itu.

Dan ini telah mengundang kritikan pencacai UMNO yang meninggalkan komen seperti berikut “Haha.. nampak sgt kamera trick..kawasan dewan kecik memang la nampak penuh..cuba kira matematik.. row =20.. column = rasa dalam 23 orang...darapkan.. x sampai 500 orang yg sampai..aduh.. kalo BN buat program...kawasan besar..haha lawak tul =).

Gambar yang aku siarkan diatas adalah sekeping gambar dari tapak ceramah sebenar, kehadiran dilaporkan mencecah 100,000 orang atau korang silalah kira sendiri dari gambar diatas dan juga di bawah ni.. kira juga yang dalam video tu sekali..



Sabtu, 14 Januari 2012

Qaradawi Menyebelahi Anwar

LAMAN web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyiarkan ucapan tahniah daripada Ulama kotemporari terkenal dunia Islam itu kepada Anwar Ibrahim berhubung pembebasannya terhadap tuduhan liwat baru-baru ini.

Ulama yang menjadi rujukan dan begitu dihormati oleh dunia Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web itu menyampaikan mesej tahniah kepada Anwar Ibrahim yang juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat.

"Kami kirimkan kepada anda hati yang dipenuhi dengan kegembiraan, mulut yang tersenyum kerana telah ditunjukkan oleh Allah bahawa anda tidak bersalah melalui kuasa mahkamah, dan kerana Allah bersama anda disertai kasih dan hormat dari rakyat"

(diterjemah dari google translate).

Sebelum orang tuduh aku sesat baik aku sesatkan mereka dulu ?


Mat Sabu, Anwar, Nik Aziz Dan Ustaz Azhar Sesat Kata Ulama Muda Umno

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/395653_173324139434560_100002709240862_217567_1716722069_n.jpg

Rabu, 11 Januari 2012

Suasana keliling sudah berubah buat Mahathir

Pembebasan Anwar : Mahathir dah beli tiket ....?

Oleh: tokpepijat


Anwar Ibrahim di bebaskan semasa PMNajib berada di angkasaraya menuju Kuala Lumpur dari Afrika Selatan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana kepulangan PMNajib sebaik menjejak kaki di bumi Malaysia sekiranya Anwar di hantar ke Penjara Sungai Buloh. Barangkali kapalterbang yang membawa PMNajib terpaksa berpatah balik ke Afrika Selatan akibat tidak dapat mendarat kerana bantahan rakyat di lapangan terbang. Pelbagai lapisan rakyat menyambut gembira pembebasan Anwar sehinggakan MB Kelantan TG Nik Aziz berpuasa sunat kesyukuran.

Pembebasan Anwar amat bermakna bagi rakyat yang cintakan keadilan. Ianya satu langkah ke depan daripada 1000 langkah menuju Putrajaya. Perjalanan masih jauh lagi.

Banyak lagi kerja yang belum selesai untuk membersihkan sistem keadilan dan kehakiman negara ini.

Kes Anwar ini "menyangkut" beberapa individu. Antaranya :
1) Penggunaan wang zakat oleh Menteri Jamil Khir.
2) Pendakwaan ke atas Saiful atas tuduhan palsu.
3) Pemecatan Hasan Ali dari PAS kerana ulasan kes ini.

Apapun, barangkali Mahathirlah agaknya manusia yang paling kecewa dengan pembebasan Anwar. Mahathir masih tidak lena tidur bahkan dalam tidurnya diganggu mimpi-mimpi yang menggerunkan seperti melihat Hosni Mubarak di usung turun naik masuk mahkamah. Itu belum lagi kisah nasib Marcos dan Suharto.

Barangkali Mahathir juga teringat ramai "kawan-kawan" nya sudah tiada seperti Hakim Hacks, Hakim Ariffin Jaka dan AG Mokhtar.

Apakah Mahathir tidak sedar lagi keadaan sekelilingnya ? Adakah Mahathir belum sedar lagi mengapa Tuhan masih memberinya peluang untuk hidup ?"

Luahan hati Kak Wan








Pilu hati seorang isteri menanti keputusan 'Anwar Bebas' - luahan DS W

Oleh: AnakSgDerhaka

"Bagi yang menghadiri pelancaran ‘LANG-GAR 901’ di Cheruk Tok Kun pada Sabtu 7 Jan lalu mungkin telah melihat akan sayu dan pilu hati seorang isteri mengenangkan untung nasib suaminya yang akan ditetapkan dalam masa satu hari lagi..

Dalam ucapannya yang pendek dan ringkas Presiden KeAdilan yang juga merupakan seorang Isteri dan Ibu, DS Wan Azizah telah bertukar hiba hingga menitiskan air matanya bila menyentuh tentang untung nasib suaminya..

Dengan air mata yang berlinang tegasnya walau apapun keputusan mahkamah.. beliau redha..

Bersamalah kita menyelami rasa hatinya dalam wawancara eksklusif ini..

Wan Azizah: KAU makbulkan munajat kami


SHAH ALAM - Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada petuduhan liwat sudah diketahui umum. Bagaimana pula dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apa cerita di sebalik khabar gembira tersebut.

ABANG Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Sila sambung bacaan anda di SINI