Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 31 Ogos 2012

Tahniah, Janji Bersih Menguasai KL

Kuning merata-rata

Penyelaras serta aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim mengatakan bahawa seluruh jalan menuju Dataran Merdeka kini sudah dikepung polis!

Beliau yang memberitahu perkara tersebut menerusi laman sosial Twitter berkata, laluan masuk dari Masjid Negara menuju dataran tersebut sudah ditutup dan hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki sahaja.

Haris juga memberitahu kehadiran anggota polis diperhatikan lebih ramai daripada biasa, petanda jelas bahawa sekali lagi polis diperalatkan pemimpin Umno-APCO untuk menghalang sambutan 'Janji Demokrasi' yang dijadualkan jam 11 malam nanti.

Sementara iru, jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, berkata perhimpunan “Janji Demokrasi” akan tetap diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka.

Katanya, pihaknya tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya berkata mereka akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur dengan baju kuning.

“Jika perjalanan ke Dataran Merdeka tersekat dan hanya sampai di Chinatown (Jalan Petaling), kita akan sambut hari kemerdekaan di Chinatown,” katanya lagi.

“Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi.”

Menurutnya, pihaknya sudah menjangka bahawa pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan Janji Demokrasi berlangsung di Dataran Merdeka.

Sementara itu, menurut pengerusi komuniti Selamatkan Jalan Sultan, Stanley Yong, berkata, mereka tidak menerima apa-apa amaran dari pihak polis berkenaan acara mereka.

“OCPD telah jumpa saya dua kali, dan kami menerangkan bahawa kami akan berarak di Jalan Sultan dan Jalan Petaling sahaja,” katanya. “Kita tidak akan berjalan hingga Dataran Merdeka. Dan kami akan bergerak secara berasingan (dengan Gabungan Bersih).

“Pihak polis berkata mereka akan menghantar kira-kira 10-15 anggota polis untuk mengawal laluan trafik di sekitar Jalan Sultan agar tidak terganggu, dan kami berterima kasih kepada pihak polis kerana memudahkan perarakan kami,” kata Stanley lagi.

Yong, yang juga pengerusi dewan perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), berkata, acara mereka akan bermula pada jam 8.00 malam di Gospel Hall, Jalan Hang Jebat, sebelum mula berarak pada jam 8.30 malam, melalui Jalan Sultan dan Jalan Petaling sebelum berakhir di bekas perhentian bas Klang, yang kini merupakan tapak pembinaan stesen MRT Pasar Seni.

Polis mengumumkan perhimpunan Janji Demokrasi malam ini bertentangan dengan undang-undang.

Anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Zainuddin Ahmad, hari ini mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya. -jalanpulang

Janji Demokrasi: Berhimpunlah di mana sahaja

KUALA LUMPUR: Gabungan Janji akan tetap merayakan sambutan ambang merdeka 'Janji Demokrasi' malam ini meskipun tidak berhimpun di Dataran Merdeka seperti perancangan asal.

Jurucakapnya, Hishammuddin Rais berkata, Gabungan Janji tetap menyeru rakyat turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur dengan memakai pakaian kuning dan menyambut detik 12 tengah malam di mana-mana sahaja.

"Apa yang penting, Gabungan Janji mengajak seluruh rakyat beramai-ramai ke Kuala Lumpur, pakai baju kuning, keluar untuk bersantai, bukan untuk membuat kacau. Tak boleh masuk Dataran Merdeka, beradalah di kawasan sekitar.

"Jadi berkumpullah di mana-mana yang sempat untuk kita menyambut merdeka," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Polis hari ini menyerahkan surat rasmi kepada anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah memberitahu perhimpunan 'Janji Demokrasi' di Dataran Merdeka malam ini menyalahi undang-undang negara.

Alasan yang diberikan polis kepada penganjur adalah kerana gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Selain itu, pihak polis juga membertahu, Gabungan Janji gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos.

Justeru Hishamuddin berkata, dalam mesyuaratnya malam tadi, plan alternatif telah ditetapkan jika perhimpunan tidak dibenarkan.

Namun katanya, bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan tetap diteruskan walaupun tiada tempat yang spesifik.

"Kita tetapkan juga pembacaann puisi oleh Pak Samad tapi bergantung kepada beliaulah nak baca di mana. Kalau dalam LRT, dalam LRT lah bacaan puisi itu,"
katanya.- HD


Vuvuzela mula berbunyi di Kuala Lumpur

LANGSUNG Tidak cukup dengan larangan polis, Dataran Merdeka malam ini ditutup untuk sebarang aktiviti, sekali gus menyukarkan rancangan sekumpulan aktivis menjayakan himpunan "Janji Demokrasi" mereka.

Bagaimanapun, tidak jauh daripada itu, di Jalan Sultan, sekumpulan aktivis dan penduduk yang menentang pembinaan MRT di kawasan mereka sudah mula berkumpul.

Di Shah Alam pula, kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat juga berkumpul untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dengan cara mereka tersendiri dengan tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

Berikut laporan langsung berkaitan:

12.20am DATARAN Pak Samad isytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta.

Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan.

"Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting.

"Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya.

Malaysiakini menganggarkan sebanyak 10,000 orang hadir.

11.45pm DATARAN Sambil menunggu detik 12 tengah malam. Peserta menyanyikan lagu "Janji Ditepati" dengan lirik sinikal kepada "Janji Dicapati".

11.30pm DATARAN Kumpulan baju kuning, diketuai Pak Samad bergerak dari Dataran menghala ke bangunan DBKL di mana beliau akan membacakan sajak.

11.25pm DATARAN Makin ramai peserta membajiri Dataran. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga kelihatan. Tiada sebarang campur tangan oleh pihak polis.

11:05pm SHAH ALAM Menteri besar membacakan sajak sasterawan negara Usman Awang berjudul 'Merdeka'. Orang ramai ketika ini dianggarkan kira-kira 2,000 memenuhi padang di Dataran Shah Alam sambil mendengar ucapan.

10.54pm DATARAN A Samad Said, Hishamuddin Rais dan Maria Chin Abdullah sampai ke Dataran diiringi 500 orang daripada Jalan Sultan. Hishamuddin umumkan A Samad akan membacakan puisi pada jam 11.45pm sebelum bersurai.

10:48pm SHAH ALAM Anwar berucap. Katanya, Selangor di bawah pentadbiran Khalid menekankan idea merakyatkan ekonomi supaya khazanah negeri dipulangkan kepada rakyat.

10.40pm DATARAN Ketika ini dianggarkan hadirin bertambah mencecah ke angka 5,000 apabila ramai hadirin yang rata-ratanya memakai baju kuning membanjiri persimpangan jalan TAR-Tun Perak. Mereka meniupkan Vuvuzela tanpa henti.

Kenderaan mula bergerak perlahan-lahan. Penyokong tidak menggangu laluan. Mereka berada di kri kanan persimpangan tersebut.

10.05pm SHAH ALAM Perbarisan dan perarakan bermula. Perbarisan ini disertai oleh 53 kumpulan perbarisan antaranya pihak berkuasa tempatan dan tujuh kumpulan pancaragam.

Selain Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi SelangorDatuk Seri Anwar Ibrahim, turut kelihatan barisan exco dan pemimpin Pakatan Rakyat.

9.50pm DATARAN Dianggarkan 1,500 hadirin telah memasuki kawasan Dataran Merdeka. Ketika ini masih belum kelihatan pemimpin politik atau penganjur. Manakala DBKL pula telah memasang selapis lagi pagar merentangi jalan berdekatan pentas sambutan merdeka.

9.40pm DATARAN Orang ramai mula berpusu-pusu menghampiri dan kelihatan ceria sambil meniup vuvuzela.

9.45pm JALAN SULTAN Peserta yang hadir semakin ramai. Mereka berbaris membuat perisai manusia sepanjang jalan daripada Lok Ann Hotel ke tapak bekas Stesen Bas Klang yang dirobohkan baru-baru ini.

9.10pm SHAH ALAM Kira-kira 500 orang sudah memasuki kawasan Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang diwarnai mood karnival apabila aktiviti nyanyian oleh artis kebudayaan sebuah majlis perbandaran dimulakan.

8.55pm DATARAN Orang ramai mula memasuki kawasan berdekatan dengan dataran merdeka. Di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad berdekatan pentas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memasang pagar merintangi menutup jalan di hadapan bangunan itu.

DBKL melalui arahan Datuk Bandar juga meletakkan papan tanda berbunyi "Kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti" . -mk




Jalan ke Dataran Merdeka disekat
Pemuda India yang berani
Sediakan payung sebelum kena water cannon


Aktviti santai sambil makan-makan



Jangan lupa doa moga urusan dimudahkan Allah SWT
Kanak-kanak turut serta tanpa rasa takut














Srikandi Royalti Cek Mek Klate

Abg Mat steady



SN A Samad Said

Artis?




DI LUAR LEMBAH KELANG


PERTH AUSTRALIA

IPOH PERAK

JOHOR BHARU

RUMAH MERAH MELAKA

SHAH ALAM

Utusan : Sumber berita yang selalu melaga-lagakan orang PAS

 

 

Utusan : Haron Din Pertahanan Nasaruddin. No komen, no komen

Ahli Jalur Sosialis Peluk Islam



Seorang anak muda berasal dari Sabah, saudari Afzan Komrad Jingga 13 hari ini telah secara rasmi melafazkan kalimah shahadah memeluk Islam. Nama Islamnya kini adalah Rayyan Khairiyah. Alhamdulillah...

Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmud turut menjadi saksi peristiwa bersejarah ini bersama Abby Abadi.

Rayyan Khairiyah boleh bertutur 11 bahasa, Sharpshooter banyak kali bertemu dengannya dalam banyak program Jingga 13 di Shah Alam. Kali terakhir bertemu dengannya ketika berbuka puasa bersama Cikgu Fariz Musa di Klang.

Ketika itu beliau sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam. Sharpshooter juga tidak pernah lupa tentang keakraban persahabatan dalam Jingga 13 hingga semua komrad Jingga 13 yang hadir di Mahkamah menitiskan air mata termasuklan Rayyan Khairiyah bila Sharpshooter di jatuhkan hukuman penjara 3 bulan. Alhamdulillah Allah beri kekuatan luar biasa berkat doa anda semua.. .sharpshooter masih mampu tersenyum...


Seorang lagi iaitu Setiausaha Jingga 13, saudara Vicky juga telah menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam, sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan...amin..

Jingga 13 dipimpin oleh Cikgu Fariz Musa yang juga merupakan seorang MPP Keadilan, kehadiran Jingga 13 amat dirasai dalam arena politik Malaysia apabila Jingga 13 berjaya membongkar banyak skandal negara terutamanya skandal NFC. Tahniah teruskan perjuangan... -sharpshooter

Bas Double Dacker saya sponsor dengan duit poket saya - MB Khalid


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kos sewa bas dua tingkat, yang akan digunakan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya beliau sendiri tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

“Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.

“Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Ketua Umum PKR, Seri Anwar Ibrahim. -SH


PRSB : Cara kempen yang terkini dan menarik khalayak, jangan BN tiru sudah, sebab mereka ni memang malas dan tandus idea, tau nak ciplak jer... duit habis tapi idea tak ada...dasar pemalas

Isu plate www 1 : Nizar menang Utusan Kalah

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutari hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

"Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, Utusan tidak lagi berhak untuk merayu keputusan tersebut namun masih berpeluang untuk mengenepikan keputusan hari ini yang dibuat tanpa kehadirannya itu.

Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa memfitnahnya itu.

"Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi.


Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Sementara itu, satu lagi saman Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.

"TV3 baru kemuka pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3 cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian itu.

ADUN Pasir Panjang itu mendakwa TV3 pada 30 Mei lalu mengeluarkan berita melalui rancangan Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung satu kenyataannya di Twitter. -mk

Ulasan GB

Alhamdulillah, akhirnya Allah memperkenankan doa GB dan kita semua. Sebelum ini GB pernah menulis:

Kini episod WWW1 melibatkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Kumpulan akhbar yang sama memainkan peranan untuk memburukkan pimpinan PAS.

Digendangkan secukup-cukupnya untuk menghasut rakyat Johor supaya membuat laporan polis dan hasilnya terdapat 49 laporan polis dibuat. Diberitakan 30,000 berhimpun (itu angka BERNAMA, GB kata dulu jika perhimpunan itu melibatkan UMNO, ia perlu dibahagikan 10, iaitu 3,000) di istana Johor untuk menunjukkan kesetiaaan kepada Sultan Johor.

Demikian jeleknya kewartawanan longkang amalan kumpulan akhbar Utusan. Mencari makan dengan menulis berita berunsur fitnah, bergambar lucah dan seumpamanya sudah menjadi resam mereka.

Dari pemerhatian GB, hukum kebenaran dan keadilan akan menghantar Utusan ke tong najis akhirnya.

Kita akan sentiasa berdoa agar Allah memberikan pengajaran kepada kumpulan akhbar ini.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kau tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Amin Ya Allah Amin Ya Rabbail 'alamin.
PRSB : Dasar penipu Utusan menjerut leher sendiri, isu sebenar dijadikan sentimen,



Laporan sebelum ini
klik untuk baca