Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label saudara baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saudara baru. Papar semua catatan

Isnin, 10 Disember 2012

Aflin Shauki Selamat Pulang Dari Gaza : Aqsa Syarif

Print 
Friendly

Alhamdulillah, delegasi A2G11-ER telah pun selamat berlepas menuju ke Malaysia pada jam 11.40 malam (waktu Mesir) tadi sejurus selepas program perkongsian bersama pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Doakan keselamatan dan kemudahan perjalanan mereka pulang ke tanah air. Semoga kepulangan mereka membawa impak yang besar hasil ibrah yang mereka kutip di Gaza. Untuk gambar-gambar lain, sila layari http://alturl.com/ptzcm


sumber 
Bront menolak troli

Ustazah Maznah Daud

Jurukemera TV Awani yang beragama Hindu turut serta

Aflin Shauki menceritakan pengalamannya di Gaza sebagai Duta Aqsa Syarif

Rupa paras Selebriti Zin Saidin dah macam raut wajah pemuda Gaza

Selasa, 30 Oktober 2012

Lori Truck DAP Yang Mencetus Fenomena

DAP pula lancar treler 'perang' PRU



SELEPES PKR dengan bas jelajahnya, DAP pula semalam melancarkan jentera kempen serbagunanya semalam untuk memudahkan kempen pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. Treler merah yang dilancarkan di Seremban oleh setiausaha agungnya Lim Guan Eng itu dihiasi gambar enggang besar - UBAH- yang juga maskot DAP berserta tulisan "Ubah! Bersihkan Malaysia".

NONE"Secara asasnya, treler ini akan menjadi pentas ceramah mudah alih yang dilengkapi latar belakang besar dan sedikit tata cahaya," kata Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke kepada Malaysiakini.

Loke yang juga ketua Pemuda DAP negeri berkata, treler yang diberi nama "Dream Machine" (Jentera Impian) itu juga bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai apabila melalui jalan raya terutamanya semasa tempoh berkempen pilihan raya.

Ditanya mengenai nama jentera itu, Loke menjawab: "Nama ini dicipta oleh setiausaha agung kami. Ia membawa maksud trak ini akan memberi kami harapan dan akan membantu merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk mengubah kerajaan." (MK)

Khamis, 12 Julai 2012

Wilders anti Islam di Amerika gesa haramkan pembangunan masjid



"Memberi mesej Islamophobia di negeri Colorado, politik dan ahli-ahli parlimen, Geert Wilders, telah meminta penggubal undang-undang Amerika untuk melarang pembangunan masjid bagi membantu menghentikan apa yang disebut sebagai 'Islamisasi' di Barat.

"Jika kita tidak menghentikan Islamisasi, kita akan kehilangan segalanya: identiti kita, budaya kita, negara demokrasi berperlembagaan kita, kebebasan kita, dan peradaban kita," Wilders mengatakan dalam Sidang Kemuncak Konservatif Barat di Colorado.

Wilders, pemimpin Parti Kebebasan sayap kanan, mengatakan bahawa pengharaman terhadap masjid akan membantu menghentikan Islamisasi Eropah dan Amerika Syarikat.

"Kita harus melarang pembangunan masjid baru. Cukup sudah Islam di barat."

Wilders terkenal kerana aksi anti Islam. Dia pernah menyeru larangan Al-Quran dan menyebutkan kitab suci umat Islam tersebut sebagai kitab yang "fasis". Pada tahun 2008, Wilders mengeluarkan filem dokumentari berjudul 'Fitna' selama 15 minit yang menuduh Al-Qur'an menghasut kekerasan.





PSB : Demokrasi dalam menjamin kebebasan beragama sudah tidak dipakai oleh Wilders si mat saleh bodoh ini.

Selanjutnya Baca SINI"

Jumaat, 16 Mac 2012

Institusi Zakat Diragui Rakyat

Pelaburan Zakat di Malaysia Perlu dinilai Kembali

Oleh: DrTakiri

"Bangi 15hb Mac 2012. Pelaburan harta zakat di Malaysia perlu dinilai kembali. Hal ini kerana zakat adalah hak mutlak 8 golongan yang digelar Asnaf Zakat iaitu orang faqir, miskin, amil zakat, golongan muallaf, hamba yang membebaskan dirinya daripada perhambaan, golongan yang berhutang, fi sabilillah dan ibn sabil sebagaimana disebut oleh Allah dalam surah Taubat ayat 60. Selagi mana 8 golongan ini wujud maka yang wajibnya ialah mengagihkan zakat kepada mereka.

Melaburkan harta zakat akan mendedahkan harta zakat kepada 3 keadaan, iaitu samada menangguhkan agihan zakat kepada mereka, atau menghalang zakat sampai kepada mereka sepenuhnya, atau mendedahkan harta zakat kepada kerugian perniagaan menyebabkan hilangnya wang zakat yang sepatutnya menjadi milik mereka.

Kerana itu kebanyakan ulama semasa tidak membenarkan pelaburan wang zakat. Malah Ulama yang mengharuskan pelaburan wang zakat mensyaratkan bahawa pelaburan hanya boleh dibuat selepas keperluan Asnaf Zakat telah dilunaskan. Keputusan Lembaga Fiqh menyebut; harus secara dasarnya menggunakan wang zakat dalam projek-projek pelaburan yang berakhir kepada memberikan pemilikan kepada Asnaf Zakat atau pelaburan oleh agensi agama yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpul dan mengagihkan zakat dengan syarat ianya berlaku selepas dilunaskan keperluan yang mendesak lagi segera bagi golongan yang berhak dan juga dengan syarat adanya jaminan-jaminan sepenuhnya tidak berlaku kerugian"

Ada dua persoalan yang perlu dirungkai di sini dalam konteks pengurusan zakat di Malaysia.

Pertamanya, adakah segala keperluan Asnaf Zakat telah ditunaikan, sehingga segala orang faqir dan miskin sebagai contoh telah terbela?

Kedua, adakah di sana terdapat perniagaan dan pelaburan yang tidak terdedah kepada kerugian?

Praktik semasa agensi zakat di Malaysia telah mendedahkan beberapa kegagalan pelaburan zakat seperti yang berlaku paa beberapa negeri.

Oleh itu, Lajnah Penyelidikan Dewan Ulama PAS Pusat yang bermesyuarat semalam pada 14hb Mac 2012 mencadangkan agar:-
  1. Fatwa yang membolehkan zakat dilaburkan dinilai semula dalam konteks Malaysia. Memastikan semua Asnaf Zakat telah mendapat hak mereka.

  2. Menilai kembali pengurusan institusi zakat sedia ada untuk dilihat sejauh mana ia benar-benar telus dan amanah.

  3. Menilai kembali ketelusan agihan harta zakat di semua negeri-negeri di Malaysia.

  4. Meletakkan pengurusan zakat seluruh Malaysia di bawah pemantauan sebuah Kementerian baru iaitu Kementerian Wakaf, Haji dan Zakat tanpa menafikan hak setiap negeri untuk memungut dan mengagihkan zakat.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat

http://ulamak.pas.org.my"

Jumaat, 7 Januari 2011

Islam yang telah berkembang


Britain alami proses Islamisasi?


LONDON: Jumlah warga Britain yang memeluk Islam di Britain mengatasi 100,000 orang, hampir sekali ganda berbanding 10 tahun lalu.

Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita kulit putih berusia 27 tahun yang bosan dengan budaya konsumerisme dan tidak berakhlak masyarakat Britain.

Jumlah itu, yang didedahkan oleh kumpulan pelbagai kepercayaan, Faith Matters, menyebabkan terdapat dakwaan bahawa negara itu kini dalam proses pengIslaman.

Bagaimanapun, laporan pertubuhan itu menyatakan, kebanyakan mereka yang memeluk Islam itu melihat agama itu sesuai dengan kehidupan di Britain.


Ia menganggarkan, kira-kira 5,200 lelaki dan wanita memeluk Islam sejak 12 bulan lalu, termasuk 1,400 orang di London. Hampir dua pertiga adalah wanita, lebih 70 peratus berkulit putih dan usia purata yang berbuat demikian ialah 27 tahun.


Pada 2001, seramai 60,000 memeluk Islam di Britain. Keadaan itu didakwa memenyebabkan perkembangan fahaman pelampau Islam dan serangan ganas, termasuk pengeboman 7 Julai.

Antara saudara baru yang beralih kepada keganasan ialah Nicky Reilly yang cuba meletupkan sebuah restoran di Bristol dengan bom paku dan pengebom kasut, Richard Reid serta pengebom 7 Julai, Germaine Lindsay.

Namun, menurut laporan itu, jumlah saudara baru yang terbabit dalam keganasan adalah kecil.

Kajian yang dijalankan oleh Kevin Brice dari Universiti Swansea menyoal saudara baru mengenai pandangan mereka terhadap aspek buruk budaya Britain.


Antara lain mereka menyebut arak, sikap masyarakat setempat yang sering mabuk, kekurangan moral dan seks bebas.

Sembilan daripada 10 wanita yang memeluk Islam berkata, perubahan agama mereka mendorong mereka berpakaian lebih konservatif.

Lebih separuh mula bertudung dan lima peratus memakai purdah.

Lebih separuh juga mengaku berdepan dengan masalah dengan keluarga masing-masing selepas memeluk Islam.

Tahun lalu, Lauren Booth, adik ipar bekas Perdana Menteri, Tony Blair, menarik perhatian meluas apabila mengumumkan dia memeluk Islam. - Agensi