Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelajar. Papar semua catatan

Isnin, 14 Januari 2013

Guru BI inikah yang nak diimport? Eja pun tak betul



Ura-ura Kementrian Pelajaran Malaysia yang mahu mengambil guru Bahasa Inggeris dari Benua India bagi mengatasi kekurangan guru subjek tersebut  perlu dikaji semula malah sepatutnya dibantah kerana ramai anak kelahiran Malaysia yang masih mengganggur (tiada pekerjaan tetap) dari kalangan mahasiswa lulusan dalam dan luar negara yang lebih fasih dan lebih layak dari atas.

Kenapa mereka ni buntu sangat, orang yang duduk dalam kementerian kena kaji mengapagagal melahirkan guru BI ini, jangan berdiam diri, malas berfikir, yang pencen dilanjutkan tapi tak reti mengajar BI buat apa... sekat lagi kemasukan guru baru... menyusahkan pelajar dan ibubapa sahaja...

Apakah kerana kemelut ekonomi yang melanda menyebabkan terpaksa ambil guru luar sedangkan kosnya adalah mahal, sibuk yang luar, tak peduli yang dah ada sumber dari dalam negara.

Kalau begini cara TPM mentadbir, jika naik jadi PM maka akan lebih parah dan krisis guru sekolah akan bertambah kritikal.


Isnin, 7 Januari 2013

Secara Jujurnya Saya Lambat, Anwar Cepat : Najib



Akhirnya Najib akui PTPTN boleh dihapuskan dan Pendidikan percuma boleh diberikan

Beginilah keadaan manusia apabila terdesak baru mahu mengaku kebenaran. Pengakuan sebegini jika dilakukan ketika perdebatan isu pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN hangat di seluruh negara sebenarnya boleh meningkatkan kredibiliti Najib sebagai PM. Tetapi pengakuan yang lewat begini menunjukkan betapa BN sudah tidak relevan memerintah negara.

Penafian demi penafian BN terhadap tuduhan salah laku dan penyelewengan dalaman tanpa menunjukkan bukti membuatkan rakyat hilang kepercayaan. Keenganan menjawab isu kehilangan wang 207B yang sepatutnya diserah kepada buruh keretapi maut Burma-Thailand menjadikan BN akan dilihat sebagai sebuah parti yang mengkhianati anak watan sendiri

Rabu, 5 Disember 2012

Tazkirah Kepada Pemuda Skema

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2011/05/tantawi.jpg 

 

 

 

 

Tulahan : Ketua Pemuda tak perlu berlakon, turun ke medan realiti


Salam, Bila penulis menulis tentang anak muda di kawasan penulis, nampak bersifat tempatan. Namun, apa yang berlaku di kawasan itulah juga berlaku di seluruh negara.

Apabila penulis mengikuti secara live perbahasan pemuda jamaah. Pembahas juga menyentuh persoalan mendekati anak muda. Pemuda pusat dilihat tidak mendepani isu, tidak berada di tengah-tengah anak muda, tidak berada di medan realiti. Anak muda sekarang mahu pemimpin mereka bukan sekadar bercakap tapi berada di depan.

Mereka mahu pemimpin yang berani, pemimpin yang menjuarai isu rakyat. Pada masa sekarang , isu-isu rakyat dibawa dan dijuarai oleh parti lain dalam PR dan NGO tertentu. Tidak ada seperti Mazlan Aliman dalam pemuda dalam isu felda, tidak ada seperti Mahfuz Omar dalam pemuda dalam isu AES. Anak muda mahu pemimpin pemuda seperti Cikgu Bard.

Anak muda melihat bagaimana Cikgu Bard masuk lokap, dibelasah teruk polis , di maki hamun samseng UMNO. Anak muda mencari siapa pemimpin pemuda pusat yang sama seperti Cikgu Bard. Apabila Cikgu Bard dan NGO anak muda Samm mendedahkan isu demi isu, berdepan muka dengan pemimpin UMNO menyeleweng.

Anak muda bertanya di mana pemuda pusat? Tidak hairanlah ramai anak muda jamaah memilih untuk menyertai Samm. Jika pun tidak ada pemimpin pemuda seberani Cikgu Bard untuk berdepan fizikal memimpin anak muda. Anak muda mahu pemuda pusat menjuarai isu-isu rakyat seperti pemimpin muda PKR Rafizi Ramli. Sebenarnya, bukan tidak ada pemimpin pemuda pusat yang berani. Suatu ketika dulu, pemuda pusat juga banyak menjuarai isu-isu rakyat .

Nama Suhaizan Kayat memang dikenali banyak mendedahkan banyak isu-isu rakyat. Sekarang pun nama Suhaizan masih kedengaran tapi hanya di Johor . Bila kita mendengar rumah rakyat hendak diroboh, di situ ada Suhaizan Kayat. Penulis sangat bersetuju dengan pembahas Perak yang meminta pemimpin pemuda pusat bukan hanya menjadi pemimpin di pusat tetapi juga berada bersama anak muda di kawasan.

 Bila mereka di kawasan, barulah pemuda pusat memahami kehendak anak muda, menjadi ikon anak muda di kawasan sendiri. Pembahas Perak bukan bercakap kosong kerana beliau sekarang adalah ikon anak muda di kawasannya.

Pelbagai aktiviti, pelbagai usaha mendekati pemuda dari pelbagai tahap akademik, pekerjaan, taraf hidup. Benar juga pandangan pembahas NS bahawa Pemuda pusat sekarang dilihat lebih memberi penumpuan kepada anak muda kampus. Anak muda kampus diberi perhatian sedangkan mereka bukanlah mewakili majoriti anak muda . Masalah yang berlaku di kampus , pemuda pusat anggap perkara sama berlaku kepada pemuda di kawasan.

Persaingan jamaah yang hebat di kampus sehingga menwujudkan persaingan fikrah . Itulah juga yang dibawa Pemuda pusat ke kawasan sehingga menimbulkan masalah pimpinan jamaah di kawasan. Pemuda pusat kena faham, anak muda jamaah di kawasan jika ditanya mereka jamaah Jim, Ikram , Isma . Semua itu mereka tidak kenal jadi tak perlulah lakukan apa yang dilakukan di U dalam dan luar negara. Sekat pemimpin itu dan ini kerana kononnya fikrahnya songsang.

Sedangkan mereka yang disekat Ajk pusat dan negeri. Kawasan penulis sendiri, Ahli Parlimennya berlatar belakang Jim. Namun, sejak dia jadi Ahli Parlimen tidak ada seorangpun Ajk pemuda, muslimat, kawasan mahupun cawangan yang berubah fikrah menyokong Jim/Ikram. Penulis tahu , tumpuan Pemuda pusat kepada kampus kerana tahu pimpinan kampus inilah akan menjadi pemimpin jamaah pada masa depan.

Tapi, perlu ingat berapa peratus pemimpin jamaah kampus ini yang bergiat dengan jamaah. Pengalaman membuktikan, ramai yang keluar kampus tidak berani berjuang . Adakah fikrah mereka sudah jelas jika tidak berani berjuang?.

 Sepatutnya, pemuda pusat perlu selesaikan masalah kenapa pimpinan kampus ini jadi begitu takut. Masalah ini bukan sahaja melanda lulusan akademik biasa, malah lulusan al-Azhar dan lulusan agama U tempatan. Manakah lebih baik Kerani cabuk kerja di pejabat kerajaan yang berani berjuang dengan seorang ustaz sekolah kerajaan yang takut akujanji?

Pembahas Penang sama juga seperti pembahas Penang zaman Hafiz Nordin. Ucapannya, jamaah mesti mendominasi PR, perjuangan bukan hanya untuk Putrajaya tapi mencapai keredhaan Allah.

Jika zaman Hafiz Nordin, penulis tanya berapa kerusi jamaah menang di Penang. Jika hanya 1 kerusi bagaimana nak dominasi PR. Penulis kemukakan soalan kepada pembahas Penang. Berapa orang pemuda penang daftarkan sebagai pemilih untuk menang pilihanraya. Jika pemuda penang dah daftar ramai pengundi sehingga boleh menang banyak kerusi barulah boleh bercakap jamaah dominasi PR. Penulis kerap sekarang mendengar ucapan perjuangan mesti bertujuan mencapai redha Allah.

Kena ingat , anggota jamaah yang giat daftar pemilih baru, walaupun kerja itu namanya tak islamik namun kerja itu juga mampu capai keredhaan Allah. Bagi mencapai kemenangan banyak kerusi yang membolehkan jamaah mendominasi PR. Adakah pemuda penang sudah dekati anak muda di setiap Dun yang jamaah akan tandingi?.

 Bukan hanya bagi kuliah agama tetapi aktiviti yang menjiwai anak muda. Berdakwah bukan hanya kuliah tapi lebih dari itu. Anak muda di Penang dahagakan sentuhan dakwah Pemuda Penang jadi dekati mereka dengan hikmah.

 Menjiwai anak muda bukan menghukum mereka. Jika kita dekati anak muda yang merokok tak perlulah kita bawa hukum haram bagi perokok. Larilah mereka, kenapa kita sentiasa nampak yang negatif pada anak muda sehingga anak muda takut dengan pemuda jamaah. Pembahas Terengganu mungkin tidak menyelongkar sejarah apa yang dibuat oleh Dr Muhaimin semasa mendekati artis zaman Yb Salehudin sebagai Ketua Pemuda.

Selak balik sejarah pendekatan pemuda pusat dengan artis. Benar , semasa itu kurang artis tapi pendekatan bersama artis tetap ada. Sekarang, memang ramai artis bersama jamaah. Adakah itu peranan pemuda pusat sekarang ? Tahniahlah pemuda pusat terbitkan filem pendek Oley dengan pembabitan artis. Namun , untuk berlakon ini tak perlulah Ketua Pemuda, Timbalan dan Ajk nak berlakon juga.

Bagilah kepada artis dan anak muda lain yang boleh berlakon. Kepimpinan pemuda pusat kena turun ke medan realiti. Juarai isu rakyat, berdepan dengan polis, berdepan dengan penguasa zalim, dekati anak muda , dekati anak muda bermasalah juga pondan di Chow Kit. Percayalah anak muda akan menjadikan ketua pemuda dan mana-mana pemimpin pemuda sebagai ikon jika pemuda pusat mendepani isu rakyat dan menjiwai anak muda. Jika tidak , pemimpin pemuda pusat akan hanya menjadi ikon dalam kelompok sendiri.

Hanya menjadi sebutan, kekaguman anak muda kampus yang bergiat dengan jamaah. Kembalikanlah zaman Yb Mahfuz dan Yb Salaehudin yang menjiwai anak muda sehingga anak muda cukup kenal dengan bila disebut nama Mahfuz dan Salehuddin. Bukanlah maksud penulis mahu Ketua Pemuda dan ajknya kena masuk penjara seperti Mahfuz dan Salehudin.

Bukan maksud penulis mahu Ketua Pemuda dan ajknya dibelasah seperti yang terjadi kepada Cgu Bard. Itu bukan doa penulis. Namun, jika itu yang terjadi kerana keberanian Ketua Pemuda dan ajk berhadapan dengan regim zalim.

Bukankah itu menandakan kepimpinan pemuda jamaah yang benar-benar melaksanakan apa yang dicakapkan. Bukahkah dalam usrah, tamrin, ijtimak tarbawi anak muda disuntik semangat jihad untuk berani berhadapan dengan kezaliman pemerintah. Bukankah syahid menjadi cita-cita. Peranan kepimpinan pemuda sekarang adalah bersama anak muda semua tahap umur pemuda, tahap pendidikan, tahap pengetahuan agama, taraf hidup dan pekerjaan.

Bukan hanya menjurus kepada kelompok – kelompok tertentu sahaja. Berilah tugas penyatuan fikrah, pembersihan fikrah songsang kepada Dewan Ulama. Fahamilah ingatan seorang pembahas supaya kepimpinan pemuda jangan jadi ‘ Tua sebelum masanya’. Wassalam

Khamis, 22 November 2012

Budak Tioghua Dari Kluang Hilang Dijumpai Mati

Air terjun pelangi di Sungai Lembing Pahang yang menakjubkan pengunjung tetapi berhati-hatilah, malang tidak berbau. Sumber foto acham
 
KUANTAN: “Saya hairan bagaimana anak saya boleh hilang sedangkan dia berjalan di tengah-tengah antara kami lima beranak. Sebelum itu saya lihat dia begitu ceria berlari-lari bersama dua beradiknya yang lain.
“Sebaik menyedari kehilangannya, hati saya terus terdetik sesuatu yang buruk menimpanya dan cuba mencari di kawasan sekeliling namun gagal,” kata Chan Tah Jek, 45, bapa kepada murid tahun tiga yang ditemui mati dalam sebuah lubuk di kawasan perkelahan Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing, dekat sini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, Chan Pek Sheng, 9, hilang ketika dia bersama empat ahli keluarganya dan empat sanak saudara lain dalam perjalanan turun dari kawasan perkelahan itu.
Bagaimanapun, mayat kanak-kanak itu hanya ditemui jam 1.30 tengah hari semalam oleh pasukan mencari dan menyelamat membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan dibantu penduduk kampung berhampiran.

Tah Jek berkata, mereka pergi ke kawasan air terjun berkenaan pada jam 6.40 pagi kelmarin kerana tertarik dengan kisah keindahan pelangi selain mahu membawa tiga anaknya berseronok sempena cuti sekolah.

Katanya, sebelum kehilangan anak bongsunya itu disedari, dia melihat mangsa bergelak ketawa bersama dua beradiknya yang lain, namun tidak menyangka itu kali terakhir dia melihat anaknya.
“Salah seorang anak memaklumkan Pek Sheng berjalan bersama saya sedangkan saya langsung tidak melihatnya ketika itu.

“Saya hanya mampu berdoa agar Pek Sheng dijumpai dengan selamat walaupun saya tahu harapan itu agak tipis. Saya tidak sangka keseronokan kami berakhir dengan kejadian sedih ini,” katanya yang tinggal di Kluang, Johor.
Tah Jek membuat laporan kehilangan anaknya itu di Balai Polis Sungai Lembing sebelum gerakan mencari dan menyelamat dimulakan jam 2 petang kelmarin. Bagaimanapun, operasi dihentikan jam 6 petang berikutan cuaca gelap.

Sementara itu, Penguasa Kanan 1 Bomba di sini, Zulfahmi Sutaji berkata, mayat mangsa ditemui dalam sebuah lubuk oleh penduduk kampung kira-kira dua kilometer (km) dari lokasi kali terakhir mangsa dilihat.

“Selepas mendapat maklumat dari penduduk tempatan, anggota saya terus menyelam ke lubuk berkenaan dan menjumpai mayat mangsa di dasar lubuk itu dan dibawa keluar.

“Punca kejadian masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan mangsa tergelincir ke dalam lubuk berkenaan sebelum lemas,” katanya ketika di temui di Balai Polis Sungai Lembing selepas operasi berkenaan dihentikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, semakan mendapati keluarga itu tidak memaklumkan kepada mana-mana pihak berkuasa sebelum memasuki kawasan air terjun berkenaan.

“Kejadian ini boleh dielak jika mana-mana pihak yang ingin memasuki kawasan rekreasi bagi berkelah atau berkhemah memaklumkan terlebih dulu kepada pihak berkuasa. Ini bagi memudahkan kami merekodkan setiap butiran dan memberikan nasihat kepada mereka untuk tujuan keselamatan.

“Selain itu, kawasan rekreasi juga perlu dilengkapi papan tanda amaran mencukupi bagi memberi maklumat kepada pengunjung di samping menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk keselesaan pengunjung,” katanya.
metro/

Selasa, 20 November 2012

Pendaftaran Pelajar sesi 2013 Madrasah Al-Masriyah Dibuka Sekarang







Lencana Madrasah Masriyah, lambang menara seperti Logo Universiti Al-Azhar, 2 kubah, Al-Quran dan bulan sabit

Simpang Renggam : Madrasah Al Masriyah ataupun nama asalnya Darul Dakwah Wal Irsyad adalah sebuah Sekolah Menengah Arab swasta yang ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Tuan Guru Hj. Mohd Tahir Daeng Mengati.

Beliau adalah seorang bekas guru Madrasah Arabiah Kluang dan Madrasah Arabiah Bugisiah Tampok, Benut. Beliau menubuhkan Madrasah Al Masriyah bersama beberapa rakan.

Madrasah Al Masriyah terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit sejauh 2 kilometer dari jalan utama Batu 40 Jalan Johor - Air Hitam. Keluasannya merangkumi 5 ekar.

Sehingga sekarang, Madrasah ini telah berjaya melahirkan pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi, dalam dan luar negara seperti Mesir, Jordan, Pakistan dan lain-lain.

Menurut kata Pengerusi Madrasah Al-Masriyah Al-Fadzil Ustaz Abdullah Husin pendaftaran sesi persekolahan 2013 masih dibuka kepada pelajar. Ibu bapa dan penjaga yang berminat boleh datang sendiri ke Madrasah Masriyah ini bertemu dengan guru bertugas.

Kemudahan asrama pelajar muslimin dan muslimat disediakan untuk semua pelajar yang mendaftar dan sesi persekolahan sesi 2013, boleh dapatkan borang pendaftaran dengan menelefon dahulu nombor di bawah.

PS : Segera mendaftar, asrama terhad, aliran Tahfiz, Arab dan Akademik sebagai pilihan. No telefon Pengerusi 0137771700. 

PRSB bertugas di sana sebagai guru akademik.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Sekolah Agama Rakyat Tak Ada Dalam Kepala Najib


 Najib (baca YB UmnoBn) termasuk kelab penyokong kerajaan  (baca YB yang lompat dan YB ketuanan melayu) rela bertemu Soros daripada Rombongan SAR

PAS mempersoal sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin BN lain yang enggan bertemu dengan aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) yang datang ke parlimen hari ini.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, berkata amat malang apabila seorang Perdana Menteri lebih sanggup bertemu George Soros berbanding para pelajar sekolah agama yang juga rakyat sendiri.

"Kalau Najib dilaporkan sanggup memperuntukkan masanya untuk bertemu Soros di New York, mengapa tidak boleh jumpa aktivis dan pelajar tersebut? "Aktivis dan pelajar itu sudah datang ke hadapan Parlimen dan tidak perlu ke tempat-tempat mereka untuk berjumpa, mengapa tidak ada seorang pun pemimpin Umno BN yang turun bertemu mereka?" Salahuddin mempersoalkan.

Pagi tadi dianggarkan hampir 1,000 aktivis dan pelajar SAR berhimpun di hadapan bangunan Parlimen untuk menuntut peruntukan kepada sekolah mereka dalam Belanjawan 2013.

Mereka turut menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Salahuddin.

Salahuddin menyifatkan apa yang berlaku itu menceritakan dengan jelas tentang perbezaan layanan kerajaan Umno BN kepada rakyat berbanding dengan layanan kepada Soros.

Malaysiakini hari ini melaporkan, Najib telah mengadakan pertemuan peribadi dengan Soros kira-kira dua tahun lalu.

Menurut portal berita itu, pertemuan Najib-Soros itu telah disahkan dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan Perdana Menteri dengan Soros yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010 lalu, lapor Malaysiakini.

SAR: 1,000 guru, pelajar ke parlimen tuntut peruntukan

KUALA LUMPUR: Beberapa wakil pendidik dan NGO berkaitan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Malaysia ke Parlimen hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung pengabaian peruntukan kepada sekolah agama dalam pembentangan belanjawan 2013.

Memorandum tersebut menuntut Perdana Menteri dan Ahli Mesyuarat Jemaah Menteri memperuntukkan wang yang sewajarnya bagi pembangunan dan pengurusan untuk semua kategori sekolah agama.

Selain itu, tuntutan juga dibuat agar kerajaan menambah geran bantuan per kapita yang sedia ada, bantuan modal, buku teks, bantuan guru akademik dan bantuan-bantuan lain bagi melicinkan pentadbiran SAR.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, ketiadaan peruntukan untuk SAR membuktikan kefahaman Kerajaan BN terhadap pendidikan Islam masih terbatas dengan menganggap ia sebagai mata pelajaran sahaja, bukan sebagai institusi penting dan menyeluruh.

"Kerajaan BN sudah tidak layak untuk memerintah negara kerana selama 50 tahun tidak peduli terhadap Sekolah Agama Rakyat. Mereka tidak bersedia dan tidak mampu membangunkan pendidikan Islam.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh dan ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS untuk dipanjangkan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Exco Pendidikan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali menyatakan kekesalan terhadap pengabaian terhadap SAR sedangkan ia di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

"Di Selangor, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta peruntukan tahunan untuk Sekolah Agama Rakyat kerana kita faham keperluan SAR kepada rakyat," katanya.

Turut bersama, Exco-exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Abdul Rani Osman dan Ronnie Liu, Pengerusi Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman, Pengerusi Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (Mappis), Dr. Zainal Abidin Kidam dan beberapa wakil NGO lain.

Lebih 1,000 berkumpul hadapan Parlimen

Sementara itu, kira-kira 1,000 pelajar termasuk guru-guru SAR dari seluruh Malaysia berkumpul di hadapan bangunan parlimen seawal jam lapan pagi sebagai tanda solidariti mereka.

Mereka membawa kain rentang, sepanduk dan poster menuntut kerajaan memberi perhatian terhadap SAR.

Beberapa ahli Parlimen turut bersama iaitu Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr.

Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Muhammad Husin (Pasir Putih) dan beberapa ahli parlimen lain.
-Hrkh




Ahad, 7 Oktober 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR

PMR 2012
Bermula 9 Oktober Selasa sehingga 16 Oktober ada hari peperiksaan bagi calon-calon PMR, semoga diberi ketenangan dan mendapat A dalam semua mata pelajaran. Amin

Rabu, 26 September 2012

Pemimpin Pro Mahasiswa Tabah Walau Diancam, Dibelasah Samseng


Pengerusi kumpulan mahasiswa antikemapanan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) Edikoup Lakip Sediyanto membuat laporan polis mendakwa diserang sekumpulan individu tidak dikenali di Petaling Jaya awal pagi tadi.

NONEEdikoup berkata, kejadian pada jam 4 pagi di Seksyen 17 itu bermula apabila motosikal yang dipandunya dihadang sebuah kereta, sebelum beliau diheret dari motosikal ke bahu jalan dan diserang.

"Setelah itu, turun seorang yang berbadan besar menghayun topi keledar ke badan saya sehingga saya terjatuh dari motosikal.

"Setelah itu, mereka memukul saya, menghentak kepala saya dengan topi keledar sehinggalah saya dipukul, ditumbuk, diterajang di perut dan sebagainya.

"Setelah puas memukul saya mereka melarikan diri. Saya kesakitan di muka dan badan," laporan polisnya dipetik.

Edikoup berkata, lima individu terlibat memukulnya.

Sidang media di wad kecemasan

Dalam laporannya juga, Edikoup berkata, beliau sebelum itu, sekitar jam 12 tengah malam telah diugut tiga lelaki lain di Lebuh Raya Mahameru Kuala Lumpur.

"Mereka seramai 3 orang telah mengancam saya dan mendakwa saya seolah ada membuat masalah dengan mereka tetapi saya langsung tidak memahami apa yang mereka maksudkan," katanya dalam laporan itu lagi.

NONEBeliau kini sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan sama ada insiden itu berkaitan pilihan raya kampus atau tidak.

Proses pengundian hari ini berlangsung di lebih 15 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), termasuk universiti utama di Lembah Klang.

Pro-Mahasiswa UM dijadual mengadakan sidang media di wad kecemasan PPUM pagi ini.

Kesan lebam
Edikoup ketika ditemui di Pusat Perubatan Universti Malaya (PPUM) selepas menerima rawatan kira-kira jam 11.30 pagi ini, didapati berada dalam keadaan letih dan lemah.

Beliau yang berkerusi roda berkata, luka di bahagian pipi kanannya dipercayai ditumbuk dan terdapat kesan lebam di bahagian dahi.

"Setakat ini badan rasa sengal-sengal... Saya kena pukul oleh lima orang, seluruh badan sakit-sakit," katanya yang berkerusi roda.

Satu arahan perubatan yang dikeluarkan PPUM menyebut, beliau baru mengalami kecederaan di kepala dan memerlukan pemerhatian setiap dua jam selama 24 jam. -M'kini

Khamis, 30 Ogos 2012

Anda pelupa dalam kelas,7 Rahsia TIDAK LUPA apa Yang Cikgu Ajar


"Sempena dengan minggu peperiksaan yang tidak lama lagi. berikut merupakan '7 Rahsia TIDAK LUPA apa Yang Cikgu Ajar Di Dalam Kelas'

Mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada anda yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR,PMR dan SPM tidak lama lagi.


MAKLUMAT PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN SEBENAR 2012

(UPSR) Bertulis 11 – 13 September 2012 DOWNLOAD JADUAL
(PMR) Bertulis 9 – 16 Oktober 2012 DOWNLOAD JADUAL
(SPM) Bertulis 5 Nov – 6 Disember 2012 DOWNLOAD JADUAL

Soalan Percubaan Negeri YANG Dijangka Mampu membantu Calon UPSR,PMR & SPM 2012)

SOALAN PERCUBAAN NEGERI 2012 percuma

UPSR KLIK SINI

PMR KLIK SINI

SPM KLIK SINI

harap membantu

maths-catch.com/blog"

Rabu, 29 Ogos 2012

Apa yang tidak kena pada kartun Spongebob sampai diharamkan?

 
Kartun SpongeBob Squarepants merbahaya untuk Kanak-kanak

Sebilangan kartun dan filem kanak-kanak dianggap berbahaya dan dalam jangka panjang ia boleh merosakkan mental generasi muda. Untuk itulah kini kerajaan Ukraine sedang serius menilai beberapa filem kartun dan kemungkinan besar akan melarang penayangannya.

SpongeBob Squarepants, kartun yang berkisah tentang kehidupan lucu di dasar laut, termasuk dalam senarai kartun dan filem anak-anak yang akan dilarang tayang itu.

Kajian perihal ini dilakukan oleh Suruhanjaya Nasional Ahli untukPerlindungan Moral Awam Ukraine. Dalam laporan yang dikeluarkan Suruhanjaya itu baru-baru ini, ahli psikologi Irina Medvédeva mengatakan bahawa kartun-kartun itu membuatkan kanak-kanak Ukraine yang berusia 3-5 tahun jadi kerap berkelakuan pelik dan tidak pada tempatnya.
Selanjutnya Baca SINI

"(Mereka) menarik-narik muka dan membuat lelucon di depan orang dewasa yang tidak mereka kenal, ketawa dengan keras dan mengulangi ayat-ayat yang tidak masuk akal tanpa rasa segan dan malu sedikitpun," kata Medvédeva dalam laporan itu seperti dipetik Yahoo! News .

Akhbar Ukraínskaya Pravda hari Khamis lalu melaporkan, selain SpongeBob Squarepants, beberapa tayangan kanak-kanak lain yang akan dihentikan itu termasuk Family Guy, Futurama, Pokemon, The Simpsons, dan Teletubbies. Semuanya dianggap bertujuan merosakkan keluarga dan mempromosikan ubat-ubatan terlarang dan hal-hal berbahaya yang lain.
"

Sabtu, 16 Jun 2012

Dana Baikpulih Al-Masriyah Simpang Renggam

Pelancaran sumbangan Dana Mebaikpulih bangunan sekolah dan asrama Masriyah dilancarkan olef Ustaz Salleh Man.

Bagunan sekolah yang sudah lebih 25 tahun agak uzur untuk didiami khususnya bangunan masjid, asrama muslimin, asrama muslimat, rumah guru dan tandas.

Pembinaan bangunan ini lebih 20 tahun yang lalu pun banyak menggunakan kayu terpakai (sizen) bagi menjimatkan kosnya.

Akaun Masriyah Maybank 55191106753

Sumbangan saudara amat diperlukan. klik harakah

Rabu, 23 Mei 2012

Kebaikan dan Keburukan Tuisyen


 
Tuisyen sudah menjadi semacam wajib bagi murid sekolah di Malaysia, rasanya macam tak sempurna jika anak-anak kita tidak dihantar ke tuisyen tidak kira samada di sekolah ataupun di pusat tuisyen swasta. Malah ramai di kalangan ibubapa yang terlalu menekan anak masing-masing dengan memaksa supaya anak tadi mendapat keputusan akademik yang cemerlang.

Antara kebaikan tuisyen ialah
  1. Dapat memahami dengan lebih baik matapelajaran yang lemah dengan bantuan guru tuisyen.
  2. Boleh membuat banyak latih tubi
  3. Banyak masa lebih ditumpukan kepada belajar dari bermain
  4. Bertemu rakan yang sama tujuan dan boleh bekerjasama dalam 'study group'
  5. Soalan spot untuk peperiksaan

Manakala antara keburukan tuisyen ialah
  1. Masa tuisyen yang terlalu panjang selepas sekolah, meletihkan murid siang sudah ke sekolah, petang tuisyen, malam tuisyen lagi..
  2. Tak ada masa untuk membuat kerja sekolah yang disuruh siapkan oleh guru sekolah
  3. Tuisyen kadangkala tidak mengikut sukatan matapelajaran, masa musim peperiksaan pertengahan tahun pun ada tuisyen, lain subjek pula diajar pada malam tersebut, sepatutnya subjek mestilah sesuai dengan jadual peperiksaan
  4. Kos yuran yang tinggi terpaksa ditanggung ibubapa
  5. Tiada masa mengaji Al-Quran 
  6. Ibubapa terpaksa menghantar dan mengambil anak pada sebelah malam merencatkan jadual harian ibubapa
  7. Risiko keselamatan anak terutama waktu malam 
  8. Risiko kecewa apabila tidak mencapai keputusan cemerlang dan tidak dapat masuk asrama penuh
Akhir kata, sebagai ibubapa kita rancanglah sebaiknya, masa cuti ajaklah anak bersiar-siar mengelakkan kebosanan, jangan kita cari helah melepaskan diri dari bergaul bersama anak, kesian anak kita, siang di jaga oleh guru sekolah, petang dijaga oleh guru kelas tambahan, malam dijaga oleh guru tuisyen, soalnya bila masa kita bersama anak?


PSB

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru Dari PSB

Kepada semua guru dari guru Pasti, Taska, sehingga ke Guru Besar, dari Ustaz dan Ustazah sampai ke Murabbi, dari pensyarah meningkat ke Profesor, diucapkan Selamat Hari Guru.

Dalam keadaan berbagai cabaran dalam mendidik pelajar zaman sekarang yang terjal, tak sama pelajar zaman dulu, macam-macam kes dari buli sehingga ke ugut guru dan berbagai masalah sosial maka janganlah kita lupa jasa dan pengorbanan guru semua.

Esok rehat bagi sekolah yang meraikan Hari Guru setelah sepanjang minggu menghadapi peperiksaan pertengahan tahun...









Kepada guru yang bertungkus lumus menyediakan soalan dalaman, cetak, stepler dan susun harap bersabar dan selepas ni nak menanda pula, masuk markah dan nilaikan prestasi, masuk dalam kad penyata, serahkan kepada ibu bapa semasa hari terbuka.... memang amat meletihkan.

Moga usaha keras ini mendapat pahala dan ganjaran yang besar mendidik dan mentarbiyah generasi baru Islam dan menuju masyarakat madani.

PSB 

Selasa, 8 Mei 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan Setengah Tahun


Kepada semua pelajar didoakan supaya dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan tenag dan yakin, moga mendapat mumtaz dalam semua matapelajaran.

Kepada guru yang bertungkus lumus menyediakan soalan dalaman, cetak, stepler dan susun harap bersabar dan selepas ni nak menanda pula, masuk markah dan nilaikan prestasi, masuk dalam kad penyata, serahkan kepada ibu bapa semasa hari terbuka.... memang amat meletihkan.

Moga usaha keras ini mendapat pahala dan ganjaran yang besar mendidik dan mentarbiyah generasi baru Islam dan menuju masyarakat madani.

PSB

Sabtu, 7 April 2012

Blackout : Paksa Mahasiswa Pergi Ceramah

Blackout
Studio album by Scorpions
Released March 29, 1982
UTHM siasat insiden tutup lampu kolej kediaman
Pentadbiran Univerisiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menyiasat kejadian bekalan elektrik di dua kolej kediaman telah diputuskan pada malam berlangsungnya ceramah anjuran universiti itu pada 18 Mac lalu sempena Hari Belia Antarabangsa Unesco.

"Kita akan menyiasat siapa yang menutupnya," kata Penolong Naib Canselor UTHM Prof Amir Hashim Mohd Kassim ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat pihak yang bertanggungjawab "menutup lampu" di Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Tun Dr Ismail.

Semalam, jurucakap pro-Mahasiswa (Pro-M) mendakwa bekalan elektrik sengaja diputuskan untuk memaksa penghuni kedua-dua kolej kediaman itu menghadiri ceramah tersebut.

Mengulas lanjut, Prof Amir Hashim berkata: "Dalam perkara ini, saya tidak menafikan malam itu lampu ditutup. Saya tidak tahu yang tutup. Adakah pegawai saya atau pelajar (yang berbuat demikian). Kita akan siasat siapa yang menutupnya," katanya.

Mengenai tindakan universiti merujuk tiga mahasiswanya kepada jawatankuasa tatatertib universiti hari ini kerana membantah ceramah politik yang disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di majlis yang sama, Prof Amir Hashim berkata prosiding telah ditangguh ke tarikh baru.

Ketiga-tiga mahasiswa itu ialah Muhammad Saiful Farhan Mohamad Razi, Mohd Hidayatullah Masjud dan Ahmad Adam Samsudin.
Muhammad Saiful Farhan dan Mohd Hidayatullah adalah pelajar fakulti kejuruteraan mekanikal dan pembuatan. Manakala Ahmad Adam pula pelajar fakulti pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan.
Mereka didakwa membuat rakaman representasi video membantah ceramah tersebut, tanpa mendapat kebenaran daripada Naib Canselor Prof Datuk Dr Noh Dalimin. Video itu turut dimuat-naik dalam Youtube.

Prof Amir Hashim yang juga pengerusi jawatankuasa tatatertib itu berkata prosiding hari ini ditangguhkan kerana salah seorang anggota panel tidak dapat hadir.
"(Prosiding hari ini) kita tunda sebab korum tak cukup. Tarikh kita akan bincangkan semula. Salah seorang panel tak dapat hadir," katanya.

Katanya, panel tersebut dianggotai dua wakil fakulti mekanikal dan pembuatan serta seorang dari fakulti pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan.

Mengulas mengenai kehadiran timbalan menteri itu menyampaikan ceramah yang didakwa berbaur politik di program itu, Amir Hashim mengesahkan pihak universiti ada menjemput ketua penerangan Umno itu.

Bagaimanapun, tegas Prof Amir Hashim kandungan ucapan Ahmad yang didakwa berbaur politik itu adalah "luar kawalan" pihak universiti memandangkan beliau (Ahmad) merupakan ahli politik.

Prof Amir Hashim menjelaskan, pihaknya telahpun memaklumkan kepada Ahmad dan pegawainya supaya bercakap mengenai "kecemerlangan akademik" supaya pelajar mahu maju ke hadapan.

"Kita tidak tahu... (Bila) ahli politik bercakap kita tak boleh kawal. Jadi pada pandangan pelajar, ia (sudah) menimbulkan persepsi lain," katanya sambil menambah pihaknya tidak ada niat untuk memaksa pelajar datang ke program berkenaan.

Khamis, 5 April 2012

Tumbuk Adam Adli umpama baling batu sembunyi tangan

Mata Adam Adli Lebam Kena Tumbuk Di Kampung Kerinchi - updated 


Adam Adli ditumbuk ketika rundingan penduduk

Rundingan 34 penduduk pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk.

Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat.

Adam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata.

Adam ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan dikasari dan mengalami kecederaan yang kini sedang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu.

Adam sebelum ini popular kerana menurunkan bendera memuatkan bendera memuatkan wajah Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan mahasiswa di depan ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur. -mk


Insiden Kg Kerinchi: 3 mahasiswa dipukul


KUALA LUMPUR: Proses pembersihan penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terlibat bersama anggota yang didakwa dari NGO, Pekida.


Tiga aktivis mahasiswa terlibat ialah Adam Adli, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree.
Difahamkan Ekhsan ditahan di Balai Polis Lembah Pantai dan kemudian dibebaskan.


Insiden pergaduhan itu bermula apabila wujud provokasi dari kumpulan Pekida terbabit ketika ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di tingkat 3, iaitu salah satu flat yang akan dirobohkan.


Kedengaran kumpulan terbabit menjerit ‘turun Adam Adli’ dan apabila Adam dan tiga rakannya lain turun dari flat itu, mereka diserbu dan tercetusnya pergaduhan.


Adam ditumbuk di bahagian mata sebelah kiri dan keadaan mulai kecoh sehingga dileraikan anggota polis.


Keadaan yang mulai tegang dileraikan polis sehingga beberapa minit kemudian, FRU mulai kelihatan untuk mengawal keadaan sekitar.


Proses pembersihan flat Kerinchi ini sepatutnya dijalankan awal pagi ini, namun mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang masih enggan berpindah atas sebab tertentu.


Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai untuk mereka membuat persediaan untuk berpindah. -FMT







Jumaat, 2 Mac 2012

Tak habis-habis menyusahkan guru


Assalamualaikum

Sharing satu artikel ringkas. Satu pandangan sahaja. Teruskan perjuangan para2 guru sekelian. Don't give up.

Di Luar Tempurung – PIBG Sekolah-Sekolah berikan aje kpd....

Oleh Ahmad Tajdid

Entahlah... dari sehari ke sehari, guru-guru di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran bagai dijadikan orang suruhan U---. Dikerah ke sana, pergi; dikerah ke sini, pergi.

Kerahan tenaga itu dibuat tanpa mengira waktu. Kadang-kadang waktu guru-guru bercuti hujung minggu. Macam-macam bentuk arahan dikeluarkan. Paling popular adalah Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Pernah guru-guru sekolah menengah di Selangor diberi arahan melaksanakan LDP. Tugasnya adalah menampal pelekat pada beberapa perkataan yang dikategorikan sebagai sensitif dalam novel Interlok.

Interlok adalah salah satu novel dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan 5 yang digunakan di sekolah-sekolah menengah di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, dan Putrajaya. Beberapa perkataan dalam novel itu dianggap tidak sesuai kerana kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, khususnya kaum Melayu dan India.

Sudah penat menampal perkataan-perkataan yang dianggap sensitif itu, ada ura-ura novel itu akan dikeluarkan daripada senarai bacaan wajib bagi calon SPM.

Baru-baru ini diberitakan guru-guru di negeri Darul Iman diarahkan pula oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk menghadiri Majlis Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah yang berlangsung di Stadium Negeri, 25 Februari lalu dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Setiap sekolah di sekitar Kuala Terengganu diminta menghantar 10 orang guru/kakitangan ke majlis tersebut.

Di Kelantan, arahan lisan dibuat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kepada guru-guru agama yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu supaya menghadiri majlis ceramah menampilkan bekas Exco Kerajaan Negeri yang dipecat daripada P--, Dato' Dr HMA.

Guru agama yang diarah hadir termasuk guru-guru yang mengajar Jawi, Quran dan Fardhu Ain (J-QAF) dan kelas fardhu ain (Kafa).

Sumber juga memberitahu, sudah tiga kali guru-guru agama diarah hadir pada program anjuran Umno Kota Bharu. Guru-guru terbabit juga diarah hadir pada program anjuran wanita Umno.

Banyak lagi kejadian guru-guru diarah meramaikan program politik BN oleh Kementerian Pelajaran. Pelaksana kepada arahan politik ini adalah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Di Selangor, program sekolah kebiasaannya dirasmikan oleh wakil Menteri Pelajaran. Yang peliknya, wakil Menteri Pelajaran adalah Adun-Adun parti pembangkang daripada BN. Apabila Adun-Adun parti pembangkang ini gagal hadir, maka pada kebiasaannya pemimpin Umno cawangan atau bahagian pula diminta mewakilinya. Maka majlis itu akhirnya akan dirasmikan oleh wakil kepada wakil Menteri Pelajaran.

Pentadbir sekolah tidak dibenarkan menjemput pemimpin kerajaan negeri bagi merasmikan sebarang acara. Tetapi tidak menjadi kesalahan kepada sekolah-sekolah kementerian menerima sumbangan wakil rakyat Pakatan Rakyat. Peraturan baru itu dibuat setelah sekolah-sekolah menghadapi kekangan kewangan ekoran peruntukan untuk projek-projek infrastruktur sekolah sukar diperolehi daripada PPD.

Di musim mesyuarat agung PIBG sekarang, adalah lebih baik jika para penyokong Umno sahaja dilantik sebagai ahli jawatankuasa. Apatah lagi sekolah-sekolah dibawah kementerian sudah dijadikan 'markas politik U---'. Biarlah ahli-ahli U--- diberi tanggung jawab mengumpul dana bagi membantu melengkapkan infrastruktur dan peralatan sekolah. Paling kurang, jawatankuasa PIBG penyokong U--- ini boleh mendapatkan bantuan daripada wakil-wakil rakyat U---.

Daripada peruntukan jutaan ringgit yang diberikan Kerajaan Pusat kepada wakil rakyat U--- itu diselewengkan untuk tujuan politik, lebih baiklah ia disalurkan untuk pembangunan infrastruktur sekolah.

Tidak payahlah ibu bapa yang menyokong Pakatan Rakyat bersusah payah untuk menghadiri mesyuarat PIBG. Tidak payahlah nak berebut-rebut menjadi jawatankuasa PIBG jika kita akhirnya terpaksa mendengar celoteh wakil kepada wakil Menteri Pelajaran!


Wallahua'lam

M Jama'an & Keluarga

Selasa, 21 Februari 2012

Gambar Ceramah Maulid Rasul PASTI Seri Impian

Ceramah tanpa nota itulah kehebatan Ustaz Abdullah Husin
Ibu bersama anak masing-masing dalam pertandingan mewarna sempena Maulid Rasul.
YDP
kali ni ceramah PAS guna kerusi
Abg Norain jual cd memeriahkan suasana. Kehadiran 100 orang, sasaran kami lebih tumpu kepada ibu bapa murid Pasti, masyarakat sekitar satu taman boleh dengar melalui pembesar suara Pak Karim terbaik.

Syukur ceramah mendapat permit dan lancar tak ada insiden buruk berlaku seperti semalam di Bt 4 Jln Mersing. Sasaran mengena dan lebih kepada isu masyarakat tempatan mengenai masa depan Islam dan pendidikan generasi Al-Quran. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini. JZK

oleh PS

Selasa, 31 Januari 2012

AUTONOMI, AUKU, AUTAkan mahasiswa

Apa Erti Autonomi Jika AUKU Terus Berkuasa?


Kuala Lumpur, 31 Jan : Pengumuman yang dibuat Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa lima IPTA iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia yang diberikan autonomi akan membuatkan pejuang-pejuang pemansuhan AUKU semakin bersemangat.

Menurut Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul, selama ini AUKU telah terbukti sebagai penghalang utama autonomi universiti dan kebebasan akademik.

budaya ketakutan

“Keputusan kerajaan untuk meminda Seksyen 15 AUKU tidak membawa sebarang makna memandangkan pindaan ini tidak mengatasi budaya ketakutan dan pemusatan kuasa yang telah yang disebarkan oleh AUKU selama ini.

“Mahasiswa, masyarakat sivil dan pihak pembangkang telah secara konsisten menyatakan pendirian ini tetapi hanya selepas ditempelak mahkamah sendiri dalam keputusan UKM 4 barulah pihak kerajaan menerima hujah ini.

“Kami juga masih menunggu jawatankuasa dwi-parti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk menjadi realiti.

“Jawatankuasa tersebut, sekiranya menjadi realiti – akan meneliti akta alternatif kepada AUKU yang telah dicadangkan oleh pimpinan mahasiswa pada 2008.

Akta kekang aktivisma mahasiswa, kakitangan akademik
Tambahnya, kewujudan AUKU (akta 174 dan akta 555) sendiri telah diwujudkan dengan semangat ingin mengekang aktivisma di kalangan mahasiswa dan kakitangan akedemik di IPTA dan IPTS.

“Maka atas semangat ingin melihat IPT menjadi tempat melahirkan modal insan, maka undang-undang yang wujud atas semangat mengongkong ini seharusnya bukan dipinda tetapi dimansuhkan terus.

retorik

Menurutnya yang juga Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya, pihak Pro-Mahasiswa bertegas supaya undang-undang AUKU yang bersifat draconian terhadap mahasiswa serta merencat kebolehan sebenar mahasiswa ini harus ditamatkan segera tanpa berdolak-dalik.

“Saya lihat pengumuman pemberian autonomi oleh Menteri hanya bersifat retorik semata-mata, apa erti autonomi universiti jika AUKU terus berkuat-kuasa?

“Autonomi IPT dengan AUKU masih beroperasi memenjara hanyalah ibarat memberikan kereta tanpa enjin, hiasan kosmetik bagi meredakan luapan amarah mahasiswa.”

Isnin, 23 Januari 2012

Baucar Buku RM200 Mudah Disalahgunakan. Makanisma Bajet Gagal!








Baucar Buku 1M (BB1M) Dilelong Di Internet - Salah Siapa?

Lelong baucar buku di internet

PUTRAJAYA: Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet.

Tinjauan Berita Harian mendapati beberapa laman blog dan forum internet, termasuk Facebook dan mudah.com.my, digunakan pelajar untuk mengiklankan tawaran menjual BB1M yang sah laku selama tiga bulan sehingga 31 Mac ini.

Antara iklan ditemui adalah:

  • Saye tak menggunakan baucar ni... saye lebih memerlukan duit dari menggunakan baucar ini. so, kepada sesiapa yang berminat dengan Baucar Buku 1Malaysia yang berjumlah rm200, saye ingin menjual baucar ini dengan harga rm180 tunai. Harge boleh kurang lagi. Nego. Tarikh luput baucar adalah 31/3/2012... contact me 01X- XXX XXXX'.

  • Price: RM150. I don need the 1 Malaysia voucher, hereby I offer the 4 vouchers for only RM150. Voucher can be use at any bookstores include XXXXX bookstore. Price include postage delivery.

  • Want to sell book voucher worth RM200 for RM190.

Wartawan yang menghubungi tiga pelajar IPT tempatan semalam dengan alasan untuk membeli baucar yang diiklan, dimaklumkan sudah menjual baucar masing-masing, tetapi memberitahu ada ramai lagi rakan yang mahu menjual baucar jika ada yang masih berminat.

Ada juga pelajar yang sanggup menghantar baucar melalui pos selepas bayaran dibuat dengan mendeposit kadar yang dipersetujui ke dalam akaun bank mereka.

Dalam pada itu, dua pelajar yang dihubungi sanggup mengurangkan harga sehingga RM140 bagi empat baucar berbanding nilai keseluruhan RM200. Seorang daripadanya turut menawarkan potongan harga lebih menarik berdasarkan berapa banyak baucar yang mahu dibeli.

Ada antara mereka mendakwa pelajar tahun akhir pengajian dan tidak memerlukan sebarang buku lagi, manakala yang lain memberi alasan kerana sudah membeli semua buku diperlukan lebih awal.

Ditanya sama ada sebarang pengesahan diperlukan apabila menggunakan BB1M, pelajar terbabit berkata, seseorang hanya perlu mengisi butiran nama dan nombor kad pengenalan apabila mahu membeli buku di kedai terpilih.

Sebelum ini ada laporan pelajar menggunakan BB1M yang diberikan kerajaan yang sepatutnya untuk membeli buku ilmiah, membeli bahan bacaan lain selepas berkomplot dengan penjual buku.

Awal bulan ini, ketika BB1M mula diagihkan, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Rujhan Mustafa, berkata kerajaan memperuntukkan RM260 juta bagi pemberian baucar buku dicetak RM50 setiap satu. -BH



Ulasan GB

Kita sudah menjangkakan hal ini berlaku semenjak pengumuman BAJET 2012 lagi. Pemberian one-off tanpa mekanisma yang betul menyebabkan akan mudah berlaku penyelewengan dan penyalah-gunaan.

Sementelah lagi, "nawaitu" sebenar pemberian one-off ini bukan untuk membantu pelajar tetapi lebih bermotifkan pilihanraya.

Maka demikianlah jadinya.