Kelantan juara Piala Malaysia 2012
Noor
Hafiza Che Abdullah, Siti Fatimah Muhammad Ali & Nizam Zain
Penyokong Kelantan meraikan gol pasukan itu. -
Foto Sinar Harian
Asakan pemain ATM
di kawasan pintu gol Kelantan. - Foto Sinar Harian
Pengadilan kad
kuning ke atas pemain Kelantan. - Foto Sinar Harian
Suasana dalam
Stadium Shah Alam ketika perlawanan ATM-Kelantan bermula.
Sebahagian
daripada penyokong pasukan Kelantan. - Foto Sinar Harian Rosli Talib,
Safwan Mansor, Khiru Shaleh Abdullah dan Zulfadhli Mohd Saki
Sebahagian
daripada penyokong pasukan Kelantan. - Foto Sinar Harian Rosli Talib,
Safwan Mansor, Khiru Shaleh Abdullah dan Zulfadhli Mohd Saki
Sebahagian
daripada penyokong pasukan Angkatan Tentera Malaysia. - Foto Sinar
Harian
[DIKEMAS KINI] KELANTAN membuktikan kehebatan sebagai
gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan
treble
musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.
Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA. Pencapaian
Kelantan ini kali terakhir dilakukan oleh Kedah selama dua musim
berturut-turut pada 2007 dan 2008.
Indra Putra Mahayuddin menjadi wira pasukan Kelantan apabila
menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan Piala Malaysia menjadi
milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun lepas.
Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, tiga kali mendahului ATM sebelum
wisel penamat masa tambahan.
Tahun lalu, Kelantan kalah Negeri Sembilan.
Dalam perlawanan malam ini, ATM hampir mendapatkan jaringan awal pada
babak awal perlawanan menerusi pemain pertahanannya bagaimanapun,
sepakannya tersasar.
ATM sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan Kaptennya,
Hairuddin Omar berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.
Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun
percubaan Muhammad Afiq Azmi berjaya ditepis oleh Mohd Farizal Harun
pada minit keenam.
Pada minit ke-12, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi
tendangan Norshahrul Idlan Talaha sedikit melencong ke tepi tiang gol.
Susulan serangan pasukan Kelantan, ATM melakukan serangan balas. Kali
ini tandukan Hai-0 sekali lagi melambung tinggi pada minit ke-13.
Kelantan mula menemui rentak permainan apabila terus melakukan serangan
diketuai Kaptennya, Mohd Badhri Radzi.
Begitupun, serangan menerusi Indra Putra dan Afiq terus gagal membolosi
gawang lawan apabila berjaya didakap oleh Farizal Harun.
Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai
apabila rembatan kencang NorShahrul Idlan Talaha berjaya menewaskan
Farizal Harun pada minit ke-43.
Bersambung babak kedua, tidak sempat Kelantan mengatur rentak
permainan, ATM terlebih dahulu menjaringkan gol penyamaan menerusi Rezal
Zambery Yahya iaitu minit ke-48.
Selang satu minit kemudian, Kelantan memperkemaskan corak permainan
dengan aksi lebih tersusun dan Mat Yo sekali lagi menjadi wira apabila
menjaringkan gol kedua.
Kegembiraan Kelantan bagaimanapun tidak bertahan lama, apabila jaringan
Marlon Alex James pada minit ke-61 berjaya menyamakan kedudukan, sekali
gus menggegarkan stadium dengan sorokan penyokong ATM.
Setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2, perlawanan diteruskan di masa
tambahan selama 30 minit.
Umpama mendapat semangat dari gol kedua, anak didik B.Sathianathan
melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, Marlon
dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.
Sebaliknya, Kelantan yang mendapat sorokan lebih 60,000 penyokong nyata
menyuntik semangat dalam diri mereka.
Dengan itu, pada minit kelima masa tambahan, gerakan menarik Indra
Putra akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun sekali
gus memadam impian skuad The Army untuk menjulang Piala Malaysia buat
julung kali.
Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak
tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama
memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di
Stadium Nasional Bukit Jalil.
Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di
jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari
Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang
piala berprestij itu buat pertama kali.
Berikut kedudukan jaringan:
ATM (2) mln Kelantan (3)
Jaringan ATM:
Rezal Zambery Yahya minit ke-48
Marlon Alex James minit ke-61
Jaringan Kelantan:
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49
Indra Putra minit ke-95
Lagi sumber berita