Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label mangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mangsa. Papar semua catatan

Ahad, 3 Februari 2013

Demokrasi Membuat Pilihan Tiada Dalam Dunia Perguruan


BERA: Seorang guru terpaksa bermalam dalam kereta akibat ditukarkan secara tergesa-gesa dari sebuah sekolah di Temerloh ke sini oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang yang didakwanya tidak berperikemanusiaan.

Azman Mohd Nazir, 40, berkata beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Felda Mayam dari Sekolah Kebangsaan Paya Pulai, Temerloh dan diminta mendaftar diri ke sekolah barunya pada 16 Januari tapi surat arahan dari JPN itu hanya dapat ke tangannya pada 18 Januari.

“Akibat pertukaran secara tergesa-gesa dan tidak berperikemanusiaan ini, saya terpaksa tidur dalam kereta kerana belum ada kediaman. Tak larat kalau nak berulang-alik dari rumah sejauh 140 kilometer sehari,” katanya ketika ditemui setelah menerima laporan orang ramai.

Katanya, beliau kesal arahan pertukaran dibuat dalam keadaan tergopoh-gapah sehingga guru di sekolah barunya yang sepatut digantikannya, belum berpindah lagi kerana belum mendapat surat tukar. Tambahnya, sedangkan guru di sekolah lama tempat beliau mengajar masih belum diganti guru baru.

 “Yang ruginya ialah murid-murid yang sepatutnya dapat pelajaran yang sempurna. Tetapi oleh kerana saya menjadi seperti kambing hitam, murid-murid pula terbabit sama menjadi mangsa,” katanya yang merupakan guru prasekolah. Katanya, di sekolah Paya Pulai (sekolah lamanya) selama dua tahun, beliau telah menyiapkan banyak bahan bantu mengajar.

 “Saya juga banyak peranan dan sumbangan sebagai guru aset sekolah, guru penyelaras kelas prasekolah, jurulatih catur, guru pembimbing pelatih praktikal, AJK projek perintis I-Think sekolah dan AJK PIBG,” ujarnya.

Ditanya sebab pertukaran, Azman beliau tidak menolak disebabkan faktor politik memandangkan beliau tidak mempunyai masalah moral tetapi mengakui aktif bersama program-program PAS. Baginya, pertukaran secara tergesa-gesa itu satu penganiayaan dan salah guna kuasa kerana diarah berpindah secara tidak bertamadun.

“Saya masih pegang keratan akhbar kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran (Datuk Fuad Zarkashi) yang mengatakan pertukaran mengejut akan dikaji semula dan akan pastikan lebih jelas supaya prosedur difahami lebih jelas.

 “Prosedur biasa pertukaran hanya dua kali setahun iaitu bulan Jun dan Disember,” katanya. Beliau mengakui banyak kali ditukar sekolah sejak berkhidmat sebagai guru dipercayai atas sebab politik.

Tetapi baginya, aktiviti politik dilakukannya di luar waktu bertugas dan beliau tahu sempadan antara tugas berkhidmat sebagai guru dan tugas sebagai ahli parti.

“Sekarang saya terpaksa tidur dalam kereta. Mujurlah PAS Cawangan Mayam bermurah hati mempelawa saya tidur di markas pada masa akan datang,” katanya.

 Azman yang belum berumah tangga, berkata beliau menjaga ayahnya yang tinggal bersendirian di Taman Sri Semantan Temerloh.

Apabila ditukarkan, jiwanya merasa sedikit tertekan. Turut sama menziarahi Azman ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bera Musaniff Abdul Rahman dan Setiausaha PAS Kawasan, Mohd Wali Ahmad. sumber sini


Jumaat, 1 Februari 2013

Nasib Mangsa Roboh Rumah Di Kahang Barat

PAR JOHOR PERIHATIN



KHAMIS 31.1.2013



Apa yang paling menyayat hati yang menimpa 5 keluarga di kahang barat 
ini adalah segala perkasa rumah,pakaian serta  kelengkapan sekolah 
anak-anak mereka turut dimusnahkan oleh pihak berkuasa gara-gara mahu 
menghalau mereka berpindah daripada tapak penempatan yang telah 
diranapkan itu.Yang lebih malang sehingga ke hari ini mereka masih tidak
 mampu untuk menyekolahkan anak mereka kerana tidak mempunyai wang.



Penderitaan yang ditanggung saat ini oleh 5 keluarga di kahang barat 
kluang  itu mendapat perhatian PAR Negeri Johor.Hasil sumbangan NGO 
Islam yang perihatin maka Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor sebagai 
wakilnya telah menyampaikan sumbangan berupa peralatan sekolah dan wang 
ringgit kepada anak-anak 5 keluarga malang ini.Seramai 7 orang anak-anak
 mereka masih belum menjejaki kaki ke sekolah lagi walaupun sekolah 
sudah lama bermula.Selain daripada sumbangan peralatan sekolah,5 
keluarga tersebut juga menerima sumbangan berupa keperluan Asas.Majlis 
Simbolik penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Penyelia pusat 
Aduan Rakyat bukit gambir Prof Dr Mahfoz Mohammad yang juga pesuruhjaya 
PAS negeri Johor.



Seusai majlis ringkas yang diadakan ditapak rumah mereka yang diroboh 
itu,anak-anak mereka telah di bawa ke bandar kluang  oleh Pengerusi PAR 
Negeri Johor Syed Othman Abdullah untuk membeli pakaian dan kasut 
sekolah.



Saudara Nordin Ali,salah seorang dari 5 keluarga itu berkata beliau amat
 terharu dan berterima kasih kepada PAR Negeri Johor kerana perihatin 
dan mengambil berat terhadap masalah yang mereka

hadapi.Beliau berkata lagi PAR Johor tidak jemu-jemu menghulurkan 
sumbangan sejak awal lagi.Hadir sama dalam majlis pagi tadi adalah 
khairul Faizi PAR Mahkota dan Oon Jaffar Setiausaha BPPNJ.



ketika ini 5 keluarga ini telah dibenarkan menumpang  sementara di dewan
 serbaguna kahang barat sejak seminggu lalu oleh ketua UMNO cawangan 
Kahang barat.Baru-baru ini mereka sudah dimaklumkan oleh UMNO supaya 
mengosongkan dewan sebelum 4 hb Feb ini kerana dewan tersebut akan 
digunakan sebagai bilik gerakan pilihanraya UMNO.



Dimanakan arah dan nasib mereka selepas ini?Mereka ini orang miskin dan 
tidak berkemampuan apatah lagi mengeluarkan duit muka untuk menyewa 
rumah. Beginilah contoh bertapa malangnya nasib Melayu merempat di tanah
 air sendiri tanpa pembelaan daripada parti ketuanan Melayu yang menjadi
 teras pemerintahan negara.Merempatnya orang melayu bereti gagalnya UMNO
 dalam pemerintahan.Tidak ada maknanya negara maju tetapi rakyat miskin 
dan derita.



Dimana Melayu merempat disitulah UMNO berkuasa.



abusiraj almuner

setiausaha PAR permas

http://syed-othman.blogspot.com/2013/01/par-johor-perihatin.html
PAR JOHOR PERIHATIN

KHAMIS 31.1.2013

Apa yang paling menyayat hati yang menimpa 5 keluarga di kahang barat ini adalah segala perkasa rumah,pakaian serta kele...ngkapan sekolah anak-anak mereka turut dimusnahkan oleh pihak berkuasa gara-gara mahu menghalau mereka berpindah daripada tapak penempatan yang telah diranapkan itu.Yang lebih malang sehingga ke hari ini mereka masih tidak mampu untuk menyekolahkan anak mereka kerana tidak mempunyai wang.

Penderitaan yang ditanggung saat ini oleh 5 keluarga di kahang barat kluang itu mendapat perhatian PAR Negeri Johor.Hasil sumbangan NGO Islam yang perihatin maka Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor sebagai wakilnya telah menyampaikan sumbangan berupa peralatan sekolah dan wang ringgit kepada anak-anak 5 keluarga malang ini.Seramai 7 orang anak-anak mereka masih belum menjejaki kaki ke sekolah lagi walaupun sekolah sudah lama bermula.Selain daripada sumbangan peralatan sekolah,5 keluarga tersebut juga menerima sumbangan berupa keperluan Asas.
 
Majlis Simbolik penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Penyelia pusat Aduan Rakyat bukit gambir Prof Dr Mahfoz Mohammad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Johor.

Seusai majlis ringkas yang diadakan ditapak rumah mereka yang diroboh itu,anak-anak mereka telah di bawa ke bandar kluang oleh Pengerusi PAR Negeri Johor Syed Othman Abdullah untuk membeli pakaian dan kasut sekolah.

Saudara Nordin Ali,salah seorang dari 5 keluarga itu berkata beliau amat terharu dan berterima kasih kepada PAR Negeri Johor kerana perihatin dan mengambil berat terhadap masalah yang mereka
hadapi.Beliau berkata lagi PAR Johor tidak jemu-jemu menghulurkan sumbangan sejak awal lagi.

ketika ini 5 keluarga ini telah dibenarkan menumpang sementara di dewan serbaguna kahang barat sejak seminggu lalu oleh ketua UMNO cawangan Kahang barat.Baru-baru ini mereka sudah dimaklumkan oleh UMNO supaya mengosongkan dewan sebelum 4 hb Feb ini kerana dewan tersebut akan digunakan sebagai bilik gerakan pilihanraya UMNO.

Dimanakan arah dan nasib mereka selepas ini?Mereka ini orang miskin dan tidak berkemampuan apatah lagi mengeluarkan duit muka untuk menyewa rumah. Beginilah contoh bertapa malangnya nasib Melayu merempat di tanah air sendiri tanpa pembelaan daripada parti ketuanan Melayu yang menjadi teras pemerintahan negara.Merempatnya orang melayu bereti gagalnya UMNO dalam pemerintahan.Tidak ada maknanya negara maju tetapi rakyat miskin dan derita.

Dimana Melayu merempat disitulah UMNO berkuasa.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas
http://syed-othman.blogspot.com/2013/01/par-johor-perihatin.html

Khamis, 17 Januari 2013

Saksikan Jabeen (ras apa ni) Yang Berhujah Sasau


Penganjur Jabeen (bangsa apa ini) Mengaku Sikapnya Melampau


Akhirnya Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM Bertindak.

 karatijau.blogspot.com

Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai.

1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.

2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi “haiwan bermasalah” yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.

3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.

 4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi teruhan.

5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar

Isnin, 31 Disember 2012

Tragedi Tanah Runtuh Puncak Setiawangsa VS Jom Heboh


 
Tembok yang kukuh boleh rebak dan retak, deretan rumah mewah jenis banglo mengalami kemusnahan dan menggelogsor.
Puncak ini sudah tidak selamat untuk didiami, malahan kawasan bawah yang berhampiran juga diancam bahaya.
Hujan lebat yang turun tidak henti-henti adalah fenomena biasa musim tengkujuh yang kerapkali mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di Malaysia. 

Tak sangka tembok kongkrit yang kukuh dan kebanyakkan rumah di puncak ini yang telah dibina seawal 1987 atau 25 tahun yang lalu tiada sebarang masalah tetapi kali ini sebaliknya.

Antara rumah orang kenamaan (baca kaya) yang terlibat dalam tragedi ini ialah Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis & Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan lebih kurang 30 buah banglo lain yang anggaran harga sebuah rumah banglo ini mencecah jutaan ringgit.

Mujur setakat ini tiada melibatkan kematian.

Tapi tak sedar kita dan tak mahu insaf, disaat orang lain ditimpa musibah seperti banjir dan tanah runtuh, ada yang masih seronok membuat pesta hiburan yang melalai dan melekakan seperti Konsert Jom Heboh TV3 di Stadium Bukit Jalil.



    


Rabu, 26 Disember 2012

Pemuda Ini Bertarung Nyawa Selamatkan Diri dan Motosikal Kesayangan

Hanyut dibawa arus
 
Dibawa arus... Seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di Setiu, Terengganu, Selasa Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu.

Kejadian berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada dikawasan itu yang menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa.

Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu.

Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal. Foto ihsan: BERNAMA

berusaha menyelamatkan motosikal dari arus deras

Khamis, 6 Disember 2012

Memberhentikan Kereta Dengan Menembak Sehingga Membunuh Ikut Prosedur Polis?

"Cuba kalau ada orang tembak anak dia, adakah dia mahu lepaskan.?"
Keluarga kepada Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh anggota polis dua tahun lalu tidak berpuas jati dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membebaskan tertuduh, Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun pada ketika itu.

“Keputusan mahkamah tidak adil.

Saya pun tengah duduk baca berita tentang ini.

“Memang saya tengok keputusan yang diberikan ini, memang sangat tidak adil kepada pihak kami,” kata Azura Amzah, kakak kepada Aminulrasyid apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Semasa mahkamah mengumumkan keputusan pagi ini, Azura dan keluarganya tidak pergi sendiri untuk mendengar akan tetapi mengikuti perkembangan melalui internet.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan keputusan tersebut selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Abdul Rahman juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.

Pada 13 Sept tahun lepas, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.

Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Apabila ditanya apakah tindakan seterusnya yang akan diambil oleh pihak keluarga Aminulrasyid, sambil menangis dengan teresak-esak, Azura menjawab, “Kami akan bincang balik dengan peguam kami untuk tindakan seterusnya”.

Kes kematian Aminulrasyid, mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan beliau memberhentikan kereta Proton Iswara yang dipandunya. -TMI


Keadilan untuk Aminulrashid: Peguam Negara didesak fail rayuan

KUALA LUMPUR 5 Dis: KEADILAN gesa Peguam Negara segera failkan rayuan berhubung kes kematian remaja lelaki 15 tahun, Aminulrashid Amzah yang ditembak polis dua tahun lepas.

Naib Presidennya, N Surendran mahu rayuan itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang membebaskan Koperal Jenain Subi dari tuduhan menyebabkan kematian Aminulrashid.

“Keputusan tersebut amat mengecewakan keluarga mangsa dan peguam. Ia adalah keputusan yang tidak betul,” kata Surendran, wakil peguam kes itu.

“Kita menggesa Peguam Negara agar fail rayuan secepat mungkin untuk dapatkan keadilan bagi pihak Aminulrashid. Itu tugas Peguam Negara, kita tak boleh fail rayuan sebab ia adalah kes jenayah,” jelasnya ketika dihubungi.

Aminulrashid mati ditembak polis berhampiran rumahnya di Shah Alam pada awal pagi, 26 April 2010. Sebanyak 21 das tembakan mengenai tubuh remaja itu.

“Kita juga tak puas hati dengan cara polis kendalikan kes tersebut. Dari awal, polis cuba tutup kes. Kemudian buat cerita tak betul tentang mangsa dan sekarang polis yang menembak mati itu pula dilepaskan,” kata Surendran .

Ibu Aminulrashid, Norsiah Ahmad sebelum ini menuntut janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kononnya mahu memastikan siasatan kes itu dijalankan secara telus dan adil.
-KD

Khamis, 22 November 2012

Budak Tioghua Dari Kluang Hilang Dijumpai Mati

Air terjun pelangi di Sungai Lembing Pahang yang menakjubkan pengunjung tetapi berhati-hatilah, malang tidak berbau. Sumber foto acham
 
KUANTAN: “Saya hairan bagaimana anak saya boleh hilang sedangkan dia berjalan di tengah-tengah antara kami lima beranak. Sebelum itu saya lihat dia begitu ceria berlari-lari bersama dua beradiknya yang lain.
“Sebaik menyedari kehilangannya, hati saya terus terdetik sesuatu yang buruk menimpanya dan cuba mencari di kawasan sekeliling namun gagal,” kata Chan Tah Jek, 45, bapa kepada murid tahun tiga yang ditemui mati dalam sebuah lubuk di kawasan perkelahan Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing, dekat sini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, Chan Pek Sheng, 9, hilang ketika dia bersama empat ahli keluarganya dan empat sanak saudara lain dalam perjalanan turun dari kawasan perkelahan itu.
Bagaimanapun, mayat kanak-kanak itu hanya ditemui jam 1.30 tengah hari semalam oleh pasukan mencari dan menyelamat membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan dibantu penduduk kampung berhampiran.

Tah Jek berkata, mereka pergi ke kawasan air terjun berkenaan pada jam 6.40 pagi kelmarin kerana tertarik dengan kisah keindahan pelangi selain mahu membawa tiga anaknya berseronok sempena cuti sekolah.

Katanya, sebelum kehilangan anak bongsunya itu disedari, dia melihat mangsa bergelak ketawa bersama dua beradiknya yang lain, namun tidak menyangka itu kali terakhir dia melihat anaknya.
“Salah seorang anak memaklumkan Pek Sheng berjalan bersama saya sedangkan saya langsung tidak melihatnya ketika itu.

“Saya hanya mampu berdoa agar Pek Sheng dijumpai dengan selamat walaupun saya tahu harapan itu agak tipis. Saya tidak sangka keseronokan kami berakhir dengan kejadian sedih ini,” katanya yang tinggal di Kluang, Johor.
Tah Jek membuat laporan kehilangan anaknya itu di Balai Polis Sungai Lembing sebelum gerakan mencari dan menyelamat dimulakan jam 2 petang kelmarin. Bagaimanapun, operasi dihentikan jam 6 petang berikutan cuaca gelap.

Sementara itu, Penguasa Kanan 1 Bomba di sini, Zulfahmi Sutaji berkata, mayat mangsa ditemui dalam sebuah lubuk oleh penduduk kampung kira-kira dua kilometer (km) dari lokasi kali terakhir mangsa dilihat.

“Selepas mendapat maklumat dari penduduk tempatan, anggota saya terus menyelam ke lubuk berkenaan dan menjumpai mayat mangsa di dasar lubuk itu dan dibawa keluar.

“Punca kejadian masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan mangsa tergelincir ke dalam lubuk berkenaan sebelum lemas,” katanya ketika di temui di Balai Polis Sungai Lembing selepas operasi berkenaan dihentikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, semakan mendapati keluarga itu tidak memaklumkan kepada mana-mana pihak berkuasa sebelum memasuki kawasan air terjun berkenaan.

“Kejadian ini boleh dielak jika mana-mana pihak yang ingin memasuki kawasan rekreasi bagi berkelah atau berkhemah memaklumkan terlebih dulu kepada pihak berkuasa. Ini bagi memudahkan kami merekodkan setiap butiran dan memberikan nasihat kepada mereka untuk tujuan keselamatan.

“Selain itu, kawasan rekreasi juga perlu dilengkapi papan tanda amaran mencukupi bagi memberi maklumat kepada pengunjung di samping menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk keselesaan pengunjung,” katanya.
metro/

Rabu, 14 November 2012

Krisis Air Di Negeri Najib Meruncing, Menyusahkan Rakyat Nak Berak Dan Kencing


42 hari tanpa bekalan air

Temerloh - Seramai 250 penduduk Kampung Teris, dekat sini, mengalami masalah terputus bekalan air selama 42 hari.

Penduduk, Zulkifli Mahmud, 48, berkata, masalah tersebut sudah dilaporkan kepada pihak berkenaan namun hingga kini masalah paip pecah itu masih belum dibaiki.

Menurutnya, penduduk terutama yang tinggal di kawasan tinggi tidak mendapat bekalan air dan itu menimbulkan masalah kepada penduduk untuk mencuci pinggan mangkuk, membasuh pakaian, mandi, solat dan sebagainya.

“Air sungai pula jauh terletak kira-kira lima kilometer dan kami tidak akan mengambil air sungai itu kerana ia tercemar dengan aktiviti pertanian.

“Untuk mendapatkan bekalan air bersih kami beramai-ramai terpaksa berkongsi mengambil air di tiga perigi milik penduduk kampung ini. Itulah air yang selamat untuk kami gunakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi penduduk, Mohd Syuhadi Shamsuddin, 28, berkata, air di kawasan paip pecah itu terbiar begitu sahaja mengalir masuk ke dalam paya berdekatan tanpa dibaiki dan ia sangat membazir serta merugikan kerana penduduk tidak dapat menggunakan air bersih itu.

Menurutnya, apa yang lebih menimbulkan kemarahan penduduk apabila bil air mereka turut melambung kerana terpaksa menanggung kos air yang tidak digunakan mereka.

“Kampung ini kerap mengalami masalah paip pecah. Sebelum ini terdapat dua paip pecah dan pihak berkenaan membaiki salah satunya. Namun, paip di kawasan ini tidak dibaiki menyebabkan penduduk tidak dapat bekalan air yang sempurna,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd Hashim Mahusin berkata, pihaknya sudah melaporkan masalah itu kepada pihak berkenaan.

Bagaimanapun katanya, pihak berkenaan memberitahu mereka tidak dapat melepaskan air dalam tekanan yang kuat kerana akan berlaku banyak paip pecah.

“Kalau itu masalahnya sampai bila penduduk di sini akan terus mengalami masalah terputus bekalan air.

Saya juga sudah pergi ke pejabat Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Temerloh untuk melaporkan masalah itu.

“Kami di sini bukan membayar bil air tetapi bil angin. Ini kerana angin lebih banyak daripada air dan ia membebankan penduduk,” katanya.
 
PRSB : Bayangkan sekarang musim cuti sekolah, banyak kenduri kahwin, air tak ada, tentu tuan rumah malu dan menyusahkan rakyat. Minta Najib atasi segera....jangan tunggu lama-lama nanti bau hancing merata-rata

Isnin, 12 November 2012

Kerap Barlaku Kematian Di Taman Sri Lambak, Insafkah Kita?

Tanah perkuburan Tmn Sri Lambak walaupun baru masuk 2 tahun di gazetkan sudah menerima ramai penghuni terdiri dari almarhum dan almarhumah ahlil kubur. Hari ini wakil dari Jalan Yakin 2 dijemput Allah SWT. Baru lepas dikebumikan sebentar tadi.

Sesekali imam baca talkin berderau hati memandangkan amal kita yang sedikit dan dosa yang banyak, bagaimana nak menghadap tuhan dalam keadaan belum bersedia.

Talkin itu bagus juga tetapi macam seolah-olah ia ditujukan kepada si mati saja, sepatutnya tujuan ialah untuk mengingatkan yang hidup, yang dah meninggal dah lah, terputus amalannya, kecuali doa anak yang soleh, amal jariah dan ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada manusia semasa hayatnya.

Sesekali imam kenalah tazkirahkan orang yang hadir, bagi ingatan bahawa si mati telah meninggalkan kita, apa yang dibawa olehnya?

Apakah pangkat darjah kebesaran yang dibawa mati, jawatan yang tinggi, rumah besar, kereta mewah, isteri-isteri yang cantik, anak-anak kesayangan, kawan-kawan minum teh tarik, masyarakat rewang, geng kenduri, ketua yasinan, baju sutera, kasut buaya?....

Tak ada apa yang di bawa, hanya 3 lapis kain kapan sahaja yang yang dibawa bersama... jadi janganlah terpesona dengan nafsu dunia yang tak pernah puas, kembali kita memperbanyak amal, solat berjamaah, membaca Al-Quran, rajin ke ceramah mencari ilmu, menyokong pemimpin dan jamaah yang memperjuangkan Islam, pemimpin yang isterinya menutup aurat, hantar anak ke sekolah Pasti dan Sekolah aliran agama, biar jadi ulamak yang bakal mendoakan kita bila kita tiada...

PRSB


Selasa, 6 November 2012

Kebimbangan Peneroka Menjadi Kenyataan


Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) hari ini menyaksikan kejatuhan di paras paling rendah sejak ia dilancarkan. Harga saham FGVH ditutup pada RM4.65 petang ini.

Saham FGVH telah dilancarkan pada 5 Julai tahun ini pada harga RM4.55 sebelum ia kemudiannya meningkat di paras tertinggi RM5.55. Selepas daripada itu, harga itu terus jatuh dan jatuh ke paras terrendah pada RM4.69 pada 10 September lalu.

Kemudian harga menjadi tidak stabil selepas itu, sehinggalah rekod paras paling minima itu telah dipecahkan petang ini untuk berada di kedudukan RM4.65.

Sementara itu, sebelum ini, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob telah berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.

Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli.

Nampaknya apa yang dibimbangi oleh ANAK kini telah menjadi kenyataan.

Sabtu, 3 November 2012

Lagi Anak Beranak Menteri Kaki Skandal


SKANDAL WANG RM40 JUTA:
BUKTI HUBUNGAN DATO’ SERI NAZRI AZIZ DAN MICHAEL CHIA, “CONFLICT OF INTEREST” DALAM PENYIASATAN TUDUHAN RASUAH RM40 JUTA


Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.

Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta. Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.


Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG. (Sila rujuk Lampiran A) Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 (Gambar A1) mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Melalui kerjasama dengan Sarawak Report, KEADILAN telah menjalankan siasatan kami sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah Hummer itu benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz. Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:

1. Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz.

Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato’ Seri Nazri Aziz). Lampiran B (Gambar B1 – B6) menunjukkan gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.

 2. Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence Lampiran C menunjukkan 4 gambar. Gambar C1 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Nedim Nazri Aziz @nednazri mengajak rakan-rakannya bersantai di kolam renang di unit kondominium mewahnya di Clearwater Residence, berlatar belakangkan Kuala Lumpur.

Gambar C2 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Alwi Kamaruddin @alwi77 yang mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di satu unit di Clearwater Residence. Gambar C3 menunjukkan gambar kolam renang di satu unit di Clearwater Residence berlatarbelakangkan Kuala Lumpur seperti yang diambil oleh petugas KEADILAN yang berjaya memasuki unit di situ. Gambar ini mengesahkan bahawa kolam renang di kediaman Nedim Nazri Aziz adalah salah satu kolam renang di Clearwater Residence.

 Gambar C4 menunjukkan petikan skrin (screen shot) dari laman www.clearwaterresidence.com yang mengesahkan mengenai kolam renang seperti yang dirujuk oleh Nedim Nazri Aziz. Lampiran C mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence. 3. Bukti-bukti yang mengesahkan keluarga Nedim Nazri Aziz menggunakan Hummer WNX 9776 Lampiran D menunjukkan 5 gambar.

Gambar D1 adalah petikan skrin (screen shot) dari laman Twitter Bee Khan @BeeKhan yang mengesahkan bahawa akaun Twitter itu adalah milik isteri kepada Nedim Nazri Aziz (rujuk twit yang merujuk kepada @nednazri sebagai “daddy”). Gambar D2 adalah petikan skrin (screen shot) dari akaun Twitter @BeeKhan yang menunjukkan gambar bayi mereka di dalam sebuah Toyota Vellfire, iaitu satu lagi kenderaan yang digunakan keluarga mereka.

Gambar-gambar D3 hingga D6 adalah petikan dari pemantauan yang menunjukkan dua individu yang mengendalikan Hummer WNX 9776 (seperti yang dibuktikan dalam Lampiran B) adalah individu-individu sama yang memandu Toyota Vellfire yang berulang alik ke Clearwater Residence.

Ini membuktikan bahawa dua individu tersebut adalah pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz yang turut memandu Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

KEADILAN mempunyai bukti-bukti lain yang cukup untuk membuktikan bahawa Nedim Nazri Aziz, anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz mendapat manfaat kewangan melalui penggunaan kereta mewah Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia. Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato’ Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz yang bermati-matian mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan (conflict of interest).

Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato’ Seri Nazri Aziz yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato’ Seri Nazri Aziz). KEADILAN mengalu-alukan maklumbalas Dato’ Seri Nazri Aziz yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan yang selanjutnya.

Beliau juga harus sedar bahawa penafian membabi buta kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak boleh diterima rakyat. RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 1 NOVEMBER 2012 nak tengok semua gambar sila masuk:

Syarikat Kroni AES Tipu Rakyat Lebih Berlagak Dari JPJ


Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kejadian penyamaran sebagai pihak berkuasa oleh syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES).

Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata, berdasarkan sumber yang diperolehi, Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd mewarnakan kenderaan mereka seakan-akan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik JPJ.

“Apa yang berlaku sekarang, maklumat yang kami terima, ATES dan Beta Tegap mewarnakan kenderaan milik syarikat sebagai warna seakan-akan warna JPJ.

“Letak logo JPJ, nama ‘Automated Enforcement System’ sedangkan kenderaan tersebut bukan kenderaan JPJ. Ini apa cerita?” katanya di lobi Parlimen.

Tegasnya, penyamaran sebagai pihak berkuasa ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam sidang media sama, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar menggesa semua penerima saman AES agar tidak membuat bayaran kompaun sebaliknya hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

Ini kerana KASE akan menyediakan peguam kepada mereka selain penggunaan peruntukkan undang-undang yang salah seperti dinyatakan dalam surat saman.

Tegasnya, kerajaan sepatutnya membatalkan semua saman yang mula dikeluarkan pada 13 Oktober lalu dan penangguhkan perlaksanaan AES seperti yang didesak sebelum ini.

“Kalau kerajaan masih tidak menarik balik saman ini, KASE menyeru kepada semua penerima saman ini agar tidak membayar kompaun.

“Sebaliknya ikut arahan ini (dalam surat saman) ke mahkamah. Kami bersedia menyediakan beberapa peguam bagi membantu mereka yang bersedia ke mahkamah.

“Peguam ini hanya untuk saman AES dan bukannya saman trafik,” katanya.

Surat saman AES yang dikeluarkan menyatakan kesalahan melanggar had kelajuan berada di bawah Seksyen 79 (2).

Seksyen berkenaan sebenarnya bukan berkaitan perlanggaran had kelajuan sebaliknya merujuk pada perlanggaran kepada mengabaikan terhadap arahan dan isyarat lalu lintas.

Dari segi hukuman pula, tidak ada kompaun minimum RM300 sebaliknya tidak melebihi RM 500.

“Undang-undang disini (dalam surat saman) yang digunakan pun pelik. Dia (surat saman) kata miinta kita hadir ke mahkamah sendiri atau diwakil peguam.

“Mana boleh pertuduhan yang ingin disebut di mahkamah diwakili peguam,” jelasnya.

Ujar beliau lagi, kesalahan AES ini tidak akan melibatkan kesan disenarai hitam sebaliknya penerima boleh membuat saman balas seandainya mereka dikenakan tindakan sedemikian.

Beliau menambah, langkah penyelesaian di mahkamah ini dapat mengurangkan peluang kepada syarikat konsesi memperoleh keuntungan RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan. -selangorku

PAS, DAP Sudah Lama Menderita Kerana Kezaliman Mahathir


Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui dalam memoirnya, "Doktor Umum" (2012), bahawa Operasi Lalang, Oktober 1987 "menjadi titik hitam dalam sejarah pentadbiran Malaysia dan sepanjang tempoh saya menjadi Perdana Menteri".

Mahathir, yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, turut menarik balik lesen penerbitan tiga akhbar berpengaruh, dalam tiga bahasa utama, The Star (muka depannya pada hari pertama tangkapan yang membawa kepada pengharamannya, simple tapi menarik dan mudah diingati), Sin Chew Jit Poh dan Watan, atas alasan menyemarakkan api perkauman (yang sebenarnya didalangi Umno-MCA).

Serentak dengan itu, majlis ceramah politik tidak dibenarkan dan Malaysia bagaikan bertukar menjadi sebuah "negara polis".

Saya, yang baru memulakan kerjaya -- pada Mac 1987 -- sebagai pemberita Harakah (dan turut terbabit dalam edisi sulungnya) di bawah tunjuk ajar tokoh wartawan tersohor, Subky Abd Latiff, merasai sendiri situasi sulit cemas-takut sehingga setiap orang gelisah menjangkakan mereka juga boleh diserkup bila-bila masa.

Mendengar nama-nama tahanan yang tidak begitu dikenali dicekup dari hari ke hari (tangkapan tidak dibuat serentak tapi berperingkat-peringkat) membuatkan hampir semua yang pernah "berseteru" dengan pemerintah gerun dan merasakan gerak-geri mereka diintip serta menjadi target.

Bakal disumbat

Bersama hampir 20 rakan serumah yang masih bujang di Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kami menanti khabar dengan penuh debar tahanan-tahanan baru yang bakal disumbat. Sepuluh hari sebelum itu, pada 18 Oktober, kejadian amuk Prebet Adam menggunakan senjata M16 di Chow Kit dan Kg Baru mengemparkan tanahair, selain merancakkan lagi pasaran berita angin terutama mengaitkan dengan isu-isu perkauman.

Umno pula memukul gendang mahu mengadakan perhimpunan raksasa sebagai tindak balas terhadap isu-isu pendidikan Cina. Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai beraksi garang memanipulasinya. DAP, MCA dan Gerakan digambarkan bersatu menangani isu berkenaan.

Kebetulan saya baru saja menyiapkan satu makalah khas mengenai Peristiwa Memali, diusahakan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat, yang juga menerbitkan Harakah, dengan judul "Percikan Darah Syuhada".

Saya bermalam di kampung penuh bersejarah itu, dan mendapat layanan istimewa penduduk setempat, kunjungan kedua saya selepas menziarahinya dua bulan selepas tragedi berdarah pada hujung 1985.

Bimbang turut sama menjadi mangsa ISA yang menggila, helaian pertama majalah tanpa permit itu, terpaksa digunting dan dibuang sebelum diedarkan, dengan penuh hati-hati. Memang benar-benar terasa suasana takut, risau dan penuh curiga.

Tidak pencetak berani

Saya juga merakamkan getar Ops Lalang dalam makalah one-off, berjudul "Demokrasi Zaman Mahathir", diusahakan syarikat sendiri, Penerbitan Pemuda. Tidak pencetak berani mengambil risiko menyebabkan saya -- yang berhutang modal pembelian kertas -- berpindah-randah mencari rakan-rakan yang bersimpati.

Bayangkan, proses binding makalah berkenaan dijalankan di rumah sewa secara manual, dengan bantuan lebih 12 rakan-rakan!

Tragedi penahanan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membabitkan lebih 100 aktivis masyarakat, pemimpin parti politik, penggerak pertubuhan alam sekitar dan tokoh pendidikan Cina itu kerap dikaitkan dengan "era kediktatoran melalui undang-undang" Mahathir.

Antara tokoh-tokoh yang dikurung ialah Mohamad Sabu, Ustaz Halim Arshat, Khalid Samad, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Dr Chandra Muzaffar, Dr Nasir Hashim dan Dr Kua Kia Soong.

Ramai lagi tahanan yang tidak pernah dikenali menjadikan Ops Lalang itu bagaikan lembaga hitam yang cukup menakutkan.

Kini genap 25 tahun

Hujung November lalu, genap 25 tahun peristiwa itu berlalu. Biarpun jelas ia sarat dengan motif politik, terutama bagi menyelamatkan kedudukannya yang cukup terancam, termasuk cabaran dalaman Umno yang begitu sengit dan tajam, namun hingga kini, Mahathir masih cuba untuk merasionalkan tindakan zalimnya itu dengan daleh-daleh longgar.

Beliau juga dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa bersalahnya terhadap satu lagi aksi brutalnya, iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan dua Hakim Mahkamah Agung serta satu kempen terancang untuk memusnahkan kebebasan badan kehakiman.

Sampai saat ini, kewibawaan dan integriti hakim-hakim di Malaysia tetap dipersoal, manakala cabang eksekutif masih dilihat campur tangan dalam kes-kes kritikal mahkamah.

PAS, DAP saling mengenal di Kamunting

Apa pun, saya tertarik dengan komentar beberapa pemimpin kanan DAP, khususnya Lim Guan Eng, terhadap episod gelita suku abad yang lalu itu: "Pemimpin PAS dan DAP mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan Umno untuk memomokkan masyarakat bukan Melayu tentang PAS dan masyarakat Melayu tentang DAP.

"Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti itu pada hari ini."

Ya, isu dan krisis yang menyelubungi Umno waktu itu begitu kritikal dan cukup dahsyat sekali. Cabaran Tengku Razaleigh bersama Musa Hitam pada April 1987, yang kemudiannya membawa kes ke mahkamah, sehingga Hakim Harun Hashim tida pilihan lain dan "terpaksa" mengharamkan Umno (atas kemahuan Presidennya, Mahathir sendiri) seterusnya mengakibatkan Tun Salleh dipecat bagi mengelak keputusan Mahkamah Agung yang boleh "menjahanamkan" kerjaya politik Mahathir.

Bagaimanapun, disebabkan parti-parti pembangkang, khususnya PAS dan DAP, gagal membentuk persefahaman politik dan seringkali bercanggah pendapat -- meskipun mempunyai tujuan murni yang sama -- elit Umno telah menyambar kesempatan itu untuk terus bertakhta, merampok harta rakyat dan mencuri khazanah negara.

Dalam keadaan serba sulit diasak segenap penjuru itu, Mahathir terselamatkan disebabkan saingan politiknya turut berpecah.

Laluan bentuk kerajaan alternatif dirintis

Azab di Kamunting 25 tahun lalu itu rupanya cukup berbaloi. Kesengsaraan dipisahkan daripada anak isteri memang pedih tetapi ia berupaya mendekatkan diri sesama pejuang keadilan, daripada pelbagai kumpulan dan berjaya meletakkan asas persefahaman yang kukuh serta mantap untuk satu proses agak panjang membebaskan negara daripada cengkaman sebuah parti dominan.

Pengalaman di saat sukar itu mahal harganya. Pemimpin muda DAP, Liew Chin Tong, yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera, merumuskan: "Keakraban yang terbentuk dalam kesusahan akan berterusan mengukuhkan pergerakan bagi mendirikan Malaysia yang baru dan lebih baik untuk semua."

Mohamad Sabu yang dikurung satu kawasan dengan Guan Eng mengingati "detik-detik manis" itu: "Kami yang duduk bersama-sama di Kamunting berpeluang bertukar pandangan mengenai pendirian parti masing-masing terhadap isu-isu rejim Mahathir. Ini termasuklah prinsip DAP yang tidak menolak usaha membantu Bumiputera miskin sebaliknya menentang kecenderungan nasionalisme Melayu yang dieksploitasi hanya untuk mengkayakan pemimpin dan kroni Melayu tertentu sahaja."

Ketika budaya politik baru -- yang menolak sentimen perkauman dan memandang tinggi isu-isu good governance -- makin tumbuh subur di kalangan rakyat Malaysia, Umno dan kerabatnya dalam BN seperti MCA masih ghairah memainkan lagu lama bagi melaga-lagakan parti pembangkang.

Pelbagai jerat cuba dipasang, misalnya melalui kontroversi Hudud mutakhir ini, namun banyak pihak yakin, persefahaman PAS-DAP yang menempuh jalan berliku dan onak berduri tidak semudah itu dapat digoyang.

Perangkap Umno-MCA hanya akan memakan tuan sendiri!

Membilang hari-hari akhir

Umno-BN yang hampir kehilangan kuasa dan mungkin membilang hari-hari akhirnya masih tidak berputus asa untuk mengadu-domba parti-parti dalam Pakatan, khususnya PAS dan DAP.

Jika kedua-dua parti pembangkang yang berkongsi kepedihan dan keperitan panjang itu dapat dipisahkan, seperti Barisan Alternatif pernah dihancurkan selepas pilihan raya 1999, ekoran isu Negara Islam, nescaya Najib tidak ragu-ragu lagi untuk menghadap Agong bagi membubarkan Parlimen.

Ops Lalang 1987 merakamkan sejarah hitam yang pastinya terus menganggu hari-hari tua Mahathir, namun ia menjadi penyambung ikatan berpanjangan buat PAS dan DAP melakarkan sejarah gemilang dalam PRU13 nanti, dibantu KeADILan, dengan teraju utamanya, Anwar Ibrahim, yang turut menerima pendidikan terbaik, bukan saja dari Kamunting di usia mudanya tetapi juga mendekam dalam lokap dan penjara. -Ahmad Lutfi Othman

Menteri Rasuah Ni 2 X 5 Kak Ijat, Pencen Lagi Baik

Jadi seperti Shahrizat, nasihat Rafizi kepada Nazri Rafizi Ramli hari ini mencabar Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk bersikap “gentleman” dan mengikut jejak langkah rakan Kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan mengambil cuti berikutan dengan hubungannya dengan peniaga balak Sabah, Michael Chia.

Menurut Rafizi, satu laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Nazri dan keluarganya pada Isnin ini, dengan tuduhan Chia memberi anak menteri tersebut kenderaan mewah bagi membebaskan dirinya dari tuduhan rasuah.

“Saya rasa ia hanya memalukan pada Nazri jika Shahrizat dilihat lebih berani dan bertanggungjawab.

“Jadi jika dia (Nazri) seorang pemimpin, jadi seorang “gentleman” dan ikut jejak Shahrizat, ambil cuti sementara siasatan sedang dibuat,” kata pengarah strategi PKR itu di sidang media hari ini, kali kedua semenjak semalam.

Chia baru-baru ini dibersihkan namanya dari tuduhan rasuah melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman selepas badan pencegahan rasuah Hong Kong mendapati beliau cuba untuk menyeludup wang ke Malaysia, adalah “dana politik” untuk Umno Sabah dan bukan wang peribadi Musa.

Rafizi memberitahu Nazri, yang baru-baru ini menggelarkan dirinya sendiri sebagai “menteri undang-undang nombor satu”, mungkin akan didapati bersalah kerana beliau adalah menteri yang memberitahu Parlimen bahawa Musa telah dibebaskan dari tuduhan rasuah.

Dengan mengumumkan Musa bebas dari tuduhan rasuah, Rafizi menambah, Nazri secara tidak langsung membebaskan Chia juga, walaupun gagal mengemukakan siasatan kepada kedua-dua individu berikut, sama ada dari SPRM atau dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC).

“Jika apa yang kami katakan tidak benar, dedahkan semuanya, Nazri, Jabatan Peguam Negara dan SPRM, semua harus dedahkan kertas siasatan mereka bahawa mereka mendakwa Chia tidak melakukan kesalahan tersebut,” kata Rafizi lagi.

“Kami tidak akan hanya ikut kata Nazri bulat-bulat, kami juga mengalami pengalaman yang sama sebelum ini semasa kes NFC. Kita mesti buktikan bahawa ICAC telah membersihkan Chia, dari Hong Kong sendiri.

” Rafizi tidak bersetuju dengan kenyataan Nazri semalam bahawa tidak ada perselisihan kepentingan apabila anaknya menggunakan Hummer milik Chia, dengan mengatakan Nazri mempunyai pengaruh yang kuat dalam Parlimen.

“Dengan kenyataannya di Parlimen, yang membersihkan nama Chia ke atas pertuduhan tersebut, ia membawa pengaruh dalam kenyataannya, lebih dari SPRM sendiri,” katanya lagi.

Dengan Nazri mengisytiharkan kes Musa-Chia telah ditutup, ia bagaimanapun tidak ada kenyataan dari SPRM atau ICAC.

Apabila ditanya tentang tuduhan Rafizi semalam, Nazri semalam tidak menafikan atau mengatakan bahawa anaknya menggunakan Hummer milik Chia, sebaliknya beliau berkata tidak ada salahnya jika ianya betul.

Menteri senior itu juga berkata tidak perselisihan kepentingan dalam hal ini, dan mengatakan beliau tidak menyiasat atau membersihkan nama Chia dalam kes rasuah itu.

“Keterangan Nazri tidak masuk akal langsung, dan saya lebih ‘gentleman’ dari dia kerana saya berani memilih jalan ini dan bersuara, dan tidak berlindung di sebalik imuniti ahli Parlimen.

“Dan saya rela untuk dihadapkan ke mahkamah,” kata Rafizi yang kini menghadapi dua kes dalam pendedahannya terhadap NFC — kerana tuduhan fitnah Shahrizat, dan melanggar undang-undang bank.

Pada awal sidang media, Rafizi memaparkan tujuh video pengintipan sebagai bukti tambahan dengan video semalam yang menunjukkan keluarga Nedim menggunakan kenderaan mewah Chia.

Video itu menunjukkan perjalanan Hummer tersebut dari kediaman kondominium mewah di Damansara Heights itu, di mana Nedim dan keluarganya dikatakan tinggal di rumah tersebut.

Rafizi juga menunjukkan dalam video tersebut kereta Audi hijau, yang didakwa dipandu oleh Nedim, dan Toyota Vellfire hitam yang dipandu oleh isterinya.

Menurut Rafizi, kenderaan Hummer tersebut selalunya digunakan oleh pemandu peribadi keluarga dan pengawal peribadi mereka dan digunakan untuk kenderaan ‘menyimpan barang’.

Bagaimanapun, tidak ada satu video memaparkan Nedim atau ahli keluarganya. -TMI

Rafizi: Nazri Perlu Bercuti Hingga Selesai Di Siasat SPRM PETALING JAYA, 2 NOV – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz bercuti buat sementara waktu dari jawatannya sementara menunggu sisatan SPRM berhubung dakwaan keluarganya mendapat habuan dari ahli perniagaan, Michael Chia.
Saranan ini dibuat Rafizi ekoran Nazri Aziz lantang mengkritik Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang pernah dikaitkan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) dan menyaksikan penglibatan keluarganya.
“Mengambil kira pendekatan yang telahpun diambil oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak bila berdepan dengan seorang menteri yang dituduh di dalam rasuah yang melibatkan keluarga beliau seperti mana kes NFC dan Datuk Seri Shahrizat Jalil, maka wajarlah Datuk Seri Nazri Aziz bercuti dari jawatan beliau sementara menunggu siasatan dijalankan untuk membersihkan nama beliau,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Rafizi juga turut merujuk Akta SPRM 2009 Bahagian IV, (Kesalahan dan Penalti) kesalahan menerima rasuah yang menakrifkan pelakuan rasuah mengikut Seksyen 16(a) dan 16(B). Seksyen 16(a) menetapkan bahawa perlakuan rasuah dikira berlaku walaupun suapan itu diterima oleh orang lain dan manfaatnya dinikmati orang lain. Seksyen 16(B) menguatkan lagi dakwaan yang didedahkan PKR dengan menetapkan bahawa perlakuan rasuah dikira berlaku walaupun tiada suapan sebenar yang diterima.
Kenyataan Rafizi tersebut ekoran pendedahan beliau berhubung dakwaan penggunaan kereta mewah Hummer dengan nombor pendaftaran WNX 9776 milik Michael Chia oleh Nedim Nazri Aziz dan keluarganya. Ahli perniagaan Michael Chia telah didakwa dikaitkan dengan dengan pendedahan mengenai wang berjumlah RM40 juta yang dipercayai mempunyai kaitan ‘rapat’ dan ‘mempunyai hubungan baik’dengan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Umno Sabah.
Menurut Rafizi lagi, beliau menyambut baik reaksi pantas yang dibuat Nazri meskipun banyak menghamburkan kata nista terhadapnya yang bersifat peribadi. Beliau yang sebelum ini seorang akauntan berkata, beliau tidak mahu terlibat dalam pertelingkahan peribadi dengan sesiapa sebaliknya memberikan fokus kepada persoalan rasuah dan salahguna kuasa yang mungkin berlaku.
Sehubungan itu, PKR akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegaha Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin hadapan pada jam 3 petang.
Sebelum ini, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang turut menggesa kerajaan agar sebuah suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung “sumbangan politik” RM40 juta yang juga dikaitkan dengan Michael Chia.

Rabu, 24 Oktober 2012

MISC Sedut Darah Buruh Paksa Jepun & Warisnya


Berkatalah dengan penuh mengharap Presiden Persatuan Bekas dan Warisan Buruh Paksa Ke Burma "Kami hanya menunggu masa saja. InsyaAllah, pampasan itu akan dibayar oleh kerajaan Jepun tidak lama lagi."

"Jika segala-galanya berjalan lancar, buruh paksa atau waris mereka dijangka mendapat durian runtuh hasil perjuangan persatuan ini,'' katanya.

"Ayah pernah mengeluh kepada saya dulu. Walaupun kerap kali menghadiri mesyuarat, namun, dia masih belum sempat merasa wang pampasan yang dijanjikan oleh pihak yang berkenaan.

"Ayah cakap, kalau dapat duit tu, kami tak akan hidup susah lagi," kata Mariam anak kepada seorang Buruh paksa yang kini sudah uzur dan tak mampu menguruskan dirinya lagi.. (baca di SINI )

Harapan yang mereka letakkan setinggi langit terhadap Kerajaan UMNO/BN supaya membayar kepada mereka pampasan itu kini mungkin tinggal harapan.

Ini kerana manusia-manusia yang diamanahkan untuk menyerahkan wang pampasan tersebut telah menggunakannya seolah-olah wang tersebut milik mak bapak mereka..

Bayaran pampasan yang telah dipersetujui antara Kerajaan Malaysia dan Jepun pada 21 Sept 1967.. tersebut telah digunakan bagi membiayai penubuhan Malaysia International Shipping Corporation...


Itu pampasan yang dipersetujui pada 1967.. bagaimana pula dengan tuntutan Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 yang telah berbincang dengan Kerajaan Jepun di Narita pada Disember 2005?

Dengar cerita ianya telah dibayar (sila baca di SINI ) kemana pula ia menghilang agaknya..

PRSB : Ramai dah meninggal dunia tak merasa langsung pampasan dari kerajaan Jepun

Balik-balik dalam filem nak salahkan Jepun macam dalam filem Sargent Hassan sedangkan yang salah adalah UmnoBn yang menerima pampasan tapi pecah amanah dan curang  tehadap pekerja dan waris buruh paksa

Jumaat, 12 Oktober 2012

Sekolah Agama Rakyat Tak Ada Dalam Kepala Najib


 Najib (baca YB UmnoBn) termasuk kelab penyokong kerajaan  (baca YB yang lompat dan YB ketuanan melayu) rela bertemu Soros daripada Rombongan SAR

PAS mempersoal sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin BN lain yang enggan bertemu dengan aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) yang datang ke parlimen hari ini.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, berkata amat malang apabila seorang Perdana Menteri lebih sanggup bertemu George Soros berbanding para pelajar sekolah agama yang juga rakyat sendiri.

"Kalau Najib dilaporkan sanggup memperuntukkan masanya untuk bertemu Soros di New York, mengapa tidak boleh jumpa aktivis dan pelajar tersebut? "Aktivis dan pelajar itu sudah datang ke hadapan Parlimen dan tidak perlu ke tempat-tempat mereka untuk berjumpa, mengapa tidak ada seorang pun pemimpin Umno BN yang turun bertemu mereka?" Salahuddin mempersoalkan.

Pagi tadi dianggarkan hampir 1,000 aktivis dan pelajar SAR berhimpun di hadapan bangunan Parlimen untuk menuntut peruntukan kepada sekolah mereka dalam Belanjawan 2013.

Mereka turut menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Salahuddin.

Salahuddin menyifatkan apa yang berlaku itu menceritakan dengan jelas tentang perbezaan layanan kerajaan Umno BN kepada rakyat berbanding dengan layanan kepada Soros.

Malaysiakini hari ini melaporkan, Najib telah mengadakan pertemuan peribadi dengan Soros kira-kira dua tahun lalu.

Menurut portal berita itu, pertemuan Najib-Soros itu telah disahkan dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan Perdana Menteri dengan Soros yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010 lalu, lapor Malaysiakini.

SAR: 1,000 guru, pelajar ke parlimen tuntut peruntukan

KUALA LUMPUR: Beberapa wakil pendidik dan NGO berkaitan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Malaysia ke Parlimen hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung pengabaian peruntukan kepada sekolah agama dalam pembentangan belanjawan 2013.

Memorandum tersebut menuntut Perdana Menteri dan Ahli Mesyuarat Jemaah Menteri memperuntukkan wang yang sewajarnya bagi pembangunan dan pengurusan untuk semua kategori sekolah agama.

Selain itu, tuntutan juga dibuat agar kerajaan menambah geran bantuan per kapita yang sedia ada, bantuan modal, buku teks, bantuan guru akademik dan bantuan-bantuan lain bagi melicinkan pentadbiran SAR.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, ketiadaan peruntukan untuk SAR membuktikan kefahaman Kerajaan BN terhadap pendidikan Islam masih terbatas dengan menganggap ia sebagai mata pelajaran sahaja, bukan sebagai institusi penting dan menyeluruh.

"Kerajaan BN sudah tidak layak untuk memerintah negara kerana selama 50 tahun tidak peduli terhadap Sekolah Agama Rakyat. Mereka tidak bersedia dan tidak mampu membangunkan pendidikan Islam.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh dan ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS untuk dipanjangkan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Exco Pendidikan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali menyatakan kekesalan terhadap pengabaian terhadap SAR sedangkan ia di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

"Di Selangor, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta peruntukan tahunan untuk Sekolah Agama Rakyat kerana kita faham keperluan SAR kepada rakyat," katanya.

Turut bersama, Exco-exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Abdul Rani Osman dan Ronnie Liu, Pengerusi Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman, Pengerusi Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (Mappis), Dr. Zainal Abidin Kidam dan beberapa wakil NGO lain.

Lebih 1,000 berkumpul hadapan Parlimen

Sementara itu, kira-kira 1,000 pelajar termasuk guru-guru SAR dari seluruh Malaysia berkumpul di hadapan bangunan parlimen seawal jam lapan pagi sebagai tanda solidariti mereka.

Mereka membawa kain rentang, sepanduk dan poster menuntut kerajaan memberi perhatian terhadap SAR.

Beberapa ahli Parlimen turut bersama iaitu Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr.

Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Muhammad Husin (Pasir Putih) dan beberapa ahli parlimen lain.
-Hrkh




Rabu, 10 Oktober 2012

Bangkai Ikan Mati Di Pengerang... Tanda Tsunami, Nauzubillah?



Pengerang, 8 Oktober - Pada lebih kurang pukul 3 petang semalam, AJK Gabungan NGO Pengerang, Hong Thian Hwa telah menerima panggilan dari penduduk Sungai Buntu, bahawa terdapat sebilangan besar bangkai ikan bertaburan di persisiran pantai.

Salah seorang nelayan Melayu berkata, lebih kurang pukul 1 petang, ketika mereka sedang menjalani aktiviti perikanan, didapati sekelompok besar bangkai ikan terapung di laut. Para nelayan kebingungan kerana situasi ini tidak pernah berlaku.

Hari ini, Hong Thian Hwa membuat pemerhatian di persisiran Sungai Buntu dan Sungai Kapal dan mendapati bangkai ikan yang terapung semalam telah hanyut ke persisiran pantai. Hong Thian Hwa juga terjumpa bangkai seekor anjing di pantai Sungai Kapal. Menurut penduduk, anjing tersebut masih bekeliaran di tepi pantai pada sebelah pagi. Penduduk mengesyaki anjing tersebut mati selepas termakan bangkai ikan.



"Fenomena ini amatlah ganjil. Pada tahun 2010, pernah berlaku kumpulan ikan mati disebabkan oleh tumpahan minyak di lautan berdekatan, tetapi jika dibandingkan dengan kejadian kumpulan ikan mati kali ini, kejadian kali ini jauh lebih serius!" kata Hong Thian Hwa.

Berdasarkan maklumat daripada nelayan, Pegawai Jabatan Perikanan telah membuat pemeriksaan terhadap tempat kejadian petang tadi.

Setakat ini, Hong Thian Hwa masih menerima panggilan berkenaan kumpulan bangkai ikan di pantai sekitar kawasan penambakan Sungai Buntu yang belum hanyut ke persisiran.

Gabungan NGO Pengerang berharap pihak Jabatan Perikanan boleh mengemukakan hasil penyiasatan kejadian ini, supaya nelayan tempatan boleh mengetahui sebab kematian kumpulan ikan, dan mebolehkan mereka mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya. -nusajayakini
 
PRSB : Sebelum berlaku tsunami dahsyat di Aceh, memang ada fenomena bertaburan bangkai ikan  mati di Pantai Barat dan Timur Semenanjung... Apakah dosa dan maksiat serta kezaliman menganyiaya penduduk Pengerang menjadikan ikan-ikan ini mati atau sebagai petanda alam ini sudah tidak tahan dengan perangai manusia yang zalim, merosakkan dengan tangan-tangan mereka.. Allah SWT yang maha mengetahui...