Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label latar belakang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label latar belakang. Papar semua catatan

Sabtu, 29 September 2012

Taaruf MB Khalid dari penjual kelapa salai...



Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api.

Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa perkerja.

Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun.

Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat.

Akhirnya, hasil titik peluh anak kampung itu, beliau berjaya meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya.

Peristiwa kebakaran rumah kelapa salai itu memberi kesan sangat mendalam di hati kecil anak itu dan masih kekal dalam ingatannya.

Pada 1979, 21 Tahun selepas kejadian kebakaran rumah salai neneknya, anak kecil yang pernah menjual kelapa salai itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad.

Dua tahun kemudiannya, nama penjual kelapa salai itu menjadi sebutan masyarakat dan korporat antarabangsa.

Ini atas kejayaan mengetuai operasi ‘dawn raid’ di Bursa Saham London dengan ‘membawa pulang’ syarikat ladang kelapa sawit gergasi Malaysianized Guthrie (kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd).

Dua puluh tujuh tahun selepas kejayaan ‘dawn raid’, anak itu dinobatkan pula sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14.

Demikian antara liku-liku kehidupan pernah ditempuhi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sempat dirakamkan beliau dalam buku sulongnya, ‘Fearless: From Kampung Boy To CEO’.

Buku tersebut dilancarkan oleh isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Sunway Pyramid hari ini.

Selain menceritakan pengalaman beliau ketika meningkat dewasa, Abdul Khalid turut menyelitkan tips-tips berguna dalam mengejar impiannya untuk dikongsikan bersama masyarakat.

Antara pengajaran penting yang dikongsikan Khalid dalam buku setebal 76 halaman ini, beliau amat menitikberatkan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Selain isi kandungan yang padat dengan pengalaman perit dan lucu buku ini bertambah menarik kerana dipersembahkan dengan gaya penyampaian seolah-olah Abdul Khalid berkomunikasi secara intim dan mesra dengan pembaca.

Ketika ditemui semasa pelancaran, Abdul Khalid memberitahu, buku yang dihasilkannya ini merupakan perintis kepada penulisan bacaan yang lebih berat.
“Banyak kali rakan-rakan saya minta saya tulis buku pengalaman saya sebagai ahli korporat.
“Jadi saya hasilkan buku ini dahulu sebagai permulaan kepada penulisan yang lebih berat, lebih bersifat akademik,” katanya kepada media Selangorku selepas pelancaran buku tersebut.
Menurut Abdul Khalid, hasil jualan buku yang berharga RM25 senaskhah ini akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan dan ia boleh didapati di kedai-kedai terkemuka.- KD

Selasa, 17 April 2012

Fahami Spesis Raman Kader

[Video] Isu Persenda Raja: Fitnah Karut Yang Sengaja Direka Oleh UMNO


Kuala Lumpur – Tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa terlibat mempersendakan pemimpin negara dan Raja-raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Rabu lalu enggan menjawab secara jelas atau setidak-tidaknya menafikan yang mereka terlibat dalam insiden itu.

Azmin Ali dan Tian Chua dari PKR serta Khalid Samad dari Pas sebaliknya mempersoalkan kesahihan dakwaan serta kredibiliti Dr Rahman Kadir, seorang pegawai perubatan yang mendedahkan mengenai kejadian pada hari Rabu lalu itu.

Malah, Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR seperti biasa terus menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya bertanggungjawab dalam menyebarkan perkara berkenaan.

"Pertama saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat oleh mereka namun daripada maklum balas yang saya terima, ini jelas satu propaganda yang amat jelik oleh Umno dan BN.

"Siapa doktor ini? Bagaimana pegawai perubatan boleh duduk dalam Balairong Seri Istana Negara?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Rahman melalui akaun Facebook mendakwa Azmin, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khaled terlibat dalam kejadian pada pagi hari Rabu itu.

Berikutan itu, Utusan Malaysia yang memuatkan berita tersebut di muka depan dua hari kemudian mengundang reaksi pelbagai pihak, antaranya mahu tindakan tegas diambil ke atas individu terlibat serta mencadangkan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuh bagi menyiasat insiden berkenaan.

Sementara itu, Tian Chua menolak hasrat pihak tertentu berhubung penubuhan Suruhanjaya Diraja kerana mendakwa Dr Rahman tidak mempunyai bukti kukuh atau saksi berkaitan kejadian tersebut.

"Bagaimana apabila seorang tuduh, tidak ada saksi, tidak ada `substance' dalam tuduhan mereka dan tiba-tiba nak buat Suruhanjaya Diraja, buat apa?" katanya, yang bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia kerana menerbitkan berita itu tanpa memeriksa kesahihannya.

Khaled pula mendakwa Dr Rahman mempunyai imaginasi tinggi apabila berupaya "membayangkan" perbualan anggota Parlimen pembangkang di majlis itu kerana kedudukan dalam Balairong Seri tidak membolehkan sebarang individu biasa mendengar butiran perbualan.

"... atau mungkin juga Dr Rahman ini terkeliru kerana sebelum Raja-raja Melayu dan pembesar negara masuk ke Balairong Seri, anggota Parlimen pembangkang yang telah menunggu selama dua jam ada berbual mengenai perkara lain," katanya. -SH

Azmin, Tian Chua nafi persenda Raja ketika pertabalan Seri Paduka

TIMBALAN Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presiden parti itu, Tian Chua menafikan dakwaan mereka mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Rabu lalu.

Mereka mendakwa, tuduhan itu serangan peribadi oleh pihak tertentu demi kepentingan politik.

Azmin mempersoalkan bagaimana Dr Rahman Kadir yang dikatakan bertugas sebagai pegawai perubatan pada majlis berkenaan boleh duduk di Balairong Seri dan mendakwa melihat sendiri kejadian itu.

“Saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat dan ini jelas propaganda UMNO serta Barisan Nasional yang gagal menjawab isu rakyat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan Dr Rahman mendakwa melihat Ahli Parlimen pembangkang mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Sementara itu, Tian Chua, mendakwa penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu seperti yang dicadangkan beberapa pihak tidak berasas kerana ia tuduhan tanpa saksi.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar yang menyiarkan berita itu yang didakwa beliau ditulis berdasarkan blog tanpa menyiasat sumber sebenar berita.
-BH






Ulasan GB

GB sudah ulas semalam. Petikan:

Pertama, GB melihat gesaan pemimpin UMNO untuk tubuhkan Suruhanjaya Diraja kononnya untuk menyiasat pemimpin pembangkang yang mempersendakan Raja-raja Melayu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong minggu lalu hanyalah mainan UMNO untuk meburukkan Pakatan.

Tiada ada satu pun yang jelas dari dakwaan itu. Siapa yang bercakap, apa yang diperkatakan, dan perkara apa yang dipersendakan. Ia hanya hanya rekaan semata-mata berdasarkan kepada tulisan seorang pro-UMNO yang bernama Dr Rahman Kadir dalam facebook yang mendakwa "berada berhampiran beberapa Ahli Parlimen pembangkang sebelum mendengar perbualan­ mereka yang mempersendakan pemimpin negara dan raja-raja Melayu."



Itu saja yang menjadi asas kepada tuduhan mereka. Tetapi mendesak sehingga Suruhanya Diraja ditubuhkan.


Sedang umum mengetahui siapa sebenarnya sebelum ini yang bukan saja telah mempersenda raja-raja, malah menghina mereka dengan perlakuan dan perkataan yang dasyat?






Kedua, GB juga melihat tindakan Ahmad Zahid Hamidi yang disokong oleh Hishamuddin Tun Hussein berkenaan dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu hanyalah helah daripada desakan PAS supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes pemberian IC kepada warga asing.


Jika di dalam kes dakwaan kononnya pemimpin pembangkang mempersenda raja lansung tiada bukti, tetapi didalam kes pemberian IC kepada warga asing amat jelas bukti yang diberikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dengan menderetkan nama-nama mereka yang terlibat termasuk pegawai kanan Najib dan Timbalan pengerusi SPR Malah Mahfuz berkata lebih banyak bukti akan diserahkan kepada Suruhanjaya Diraja tentang isu berkenaan. Mengapa takut untuk memberi respons terhad

Sabtu, 23 Julai 2011

Tak perasan yahudi masuk

Sukan alat propaganda mereka. Hampir tak perasan aku yang perlawanan malaysia vs chelsea,ada kehadiran zionis ni...yossi benayoun juga adalah merupakan kapten pasukan israel.

Jumaat, 1 April 2011

Surat hajat jawatan bagi yang nak pergi temuduga

Tip percuma resume penting untuk graduan mencari pekerjaan

Oleh: rozmal

"Kebelakangan ini ramai jiran dan kenalan bertanyakan saya ada tak kerja kosong di tempat saya, anak mereka yang tamat pengajian di IPT dan kolej telah lama menganggur walaupun banyak tempat mencuba. Memang diakui pasaran kerja sekarang amat terhad dan kompetitif.

Akan tetapi masih ramai graduan kita gagal peringkat pertama memohon pekerjaan apabila gagal mempersembahkan surat permohonan kerja dan resume yang baik, iaitu short and sharp, lebih-lebih lagi kalau memohon di syarikat swasta atau multinasional.

Saya minta pada jiran saya berikan resume anaknya, ringkas, tak perlu sertakan semua sijil-sijil. Resume 2 ke 3 mukasurat cukup dengan surat permohonan. Dia hanya beri resume tanpa surat permohonan. Lalu saya beri penjelasan kepada dia surat permohonan ini penting, perlu dinyatakan jawatan apa yang dipohon dan berapa jangkaan gaji.

Sekiranya syarikat tiada kekosongan, jika surat permohonan dan resume menarik mereka akan simpan KIV atau hantar surat tersebut ke jabatan atau syarikat lain.

Anak jiran saya tadi mempunyai keputusan yang cemerlang, tetapi boleh dikatakan gagal dari segi surat permohonan dan membuat resume.

Kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan, dapatkanlah tip-tip yang berkesan untuk memohon pekerjaan. Ijazah, sijil dan keputusan peperiksaan yang cemerlang tidak menjanjikan seseorang itu mendapat pekerjaan.

Yang penting usaha, doa dan tawakal.

Kepada para graduan kolej, IPT dan lain-lain yang ingin bertanya lanjut mengenai cara membuat surat permohonan dan resume boleh e-mel kepada saya rozmal@yahoo.com , insyaAllah saya akan cuba berikan maklumbalas mengikut kemampuan saya.

Artikel saya sebelum ini : IPTA kita gagal lahir graduan buru kerjaya di Blog waghih.blogspot.com

"

Rabu, 12 Januari 2011

Tahniah UPM

Senarai 20 Universiti Paling Mesra Alam Dunia - UPM Di Tangga Ke-6!


UPM, nombor 6 paling "mesra alam sekitar" di dunia
Universiti Indonesia yang merupakansalah satu dari universiti terbaik Asia telah menjalankan satu kajian terhadap seluruh universiti dunia bagi mengukur tahap "mesra alam sekitar" bagi tiap-tiap universiti. Ukuran diambil berdasarkan 6 kriteria yang mempunyai tahap ukuran masing-masing.

Universiti yang paling mesra alam sekitar di dunia ini di gondol oleh University of California, Berkeley. Ini bermakna universiti tersebut mendapat tahap yang tinggi dalam usaha serta kejayaan mereka menyediakan persekitaran yang paling mesra alam sekitar di sekitar kampus.


Yang boleh kita banggakan ialah Universiti Putra Malaysia menduduki tangga ke-6 dalam senarai top 20 universiti dunia. Syabas kita ucapkan kepada UPM, perbanyakkan lagi ladang serta kandang ternakan di sekeliling persekitaran universiti dan selenggarkan ia dengan baik dan yang lebih penting pastikan para graduan yang keluar dari UPM mampu mencari makan untuk menyara kehidupan mereka seterusnya.

Lihat laporan serta senarai penuh di sini.

Ahad, 2 Januari 2011

Pelakon Adamaya, Tiramisu kembali kerahmatullah

Al Fatihah

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di ibunegara akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusrawi, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves pukul 10 pagi esok.

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.

Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3.

- Bernama

Isnin, 3 Mei 2010

Taklimat Bioshop di KLUANG

Kluang : 2 Mei 2010 Satu taklimat mengenai kepentingan mengguna barangan yang diyakini halal lagi baik (mengikut makanan sunnah)telah berjaya diadakan di wisma Al-Umm, Jalan Penghulu Kassim, Kluang.

Tuan rumah yang juga pemilik bangunan tiga tingkat tersebut, Tuan Haji Faudzi Bin Jalil, yang juga seorang kontraktor, telah sudi membenarkan kami mengadakan taklimat di bangunan beliau dan beliau sendiri pada malam itu terus menjadi ahli dan berhajat untuk membangun bersama Bioshop. Produk pertama pilihan beliau ialah Bioflush.

Sdr Shamsudin Jaafar dan Cikgu Haji Abd Karim selaku Ahli Lembaga Pengarah Bioshop turut sama hadir dan memeberi penerangan mengenai latar belakang syarikat, peluang maju bersama Bioshop dan cara-cara menguna dan keistimewaan barangan Bioshop. Turut hadir leader dari Pontian, Sdr Supyan dan rakan-rakan seperjuangan.

Ahad, 18 April 2010

Latar Belakang Syarikat

BIOSHOP CORPORATION SDN BHD

Bioshop Corporation Sdn Bhd telah diperbadankan dengan modal berbayar RM500,000 modal diluluskan dengan status 100% Bumiputera.

MISI & VISI

Bioshop memiliki Misi & Visi yang melangkaui batas perniagaan semata-mata. Ia memiliki MIsi & Visi yang istimewa. Antaranya untuk:

1. Menyahut seruan Kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu mengurangkan jurang ekonomi antara kaum di Negra ini yang telah bermula sejak tahun 1971.

2. Memasarkan produk-produk “Halal lagi Baik” khususnya bagi pengguna Muslim yang ketandusan produk tersebut.

3. Membantu golongan IKS Bumiputera memasarkan produk-produk mereka di pasaran terbuka tempatan/antarabangsa kerana sejak lebih 30 tahun pengalaman kami menunjukkan golongan ini terus menderita dihimpit masalah pemasaran yang ‘kritikal.’

4. Membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada golongan yang kurang berkelayakan atau kemampuan terutama di kawasan luar Bandar.

5. Melalui ‘Program Pembangunan Insan’ dan latihan yang disediakan sudah pasti ramai yang akan lebih mampu berdikari untuk Berjaya dalam membangunkan ekonomi tanpa mengharapkan bantuan Kerajaan atau subsidi.

6. Mewujudkan seberapa banyak ‘KEDAI BIOSHOP’ di setiap kawasan DUN/PARLIMEN di seluruh negeri yang diterajui oleh ‘Pembekal’ yang telah melayakkan diri.

7. Menerusi Program ‘Pasar Tani Organik’ (PTO) Bioshop berhasrat bekerjasama dengan Jabatan Pertanian dan pihak berkuasa tempatan untuk mewujudkan pasar tani mingguan di setiap kedai Bioshop kawasan bagi menjual dan memasarkan hasil pertanian organic secara terus dari petani yang bebas racun kimia yang memudaratkan kesihatan dan dikelolakan sendiri oleh Ahli/Pengedar Bioshop.

8. Melalui ‘Program Kumpulan Sasar’ (PKS) Bioshop dijangka akan dapat memainkan peranannya tersendiri bagi:

· Menurangkan taraf kemiskinan rakyat

· Mengurangkan masalah pengangguran graduan

· Mengurangkan beban ibu tunggal Negara

· Mengurangkan masalah pemulihan bekas penagih dadah

· Menawarkan peluang pekerjaan/perniagaan bagi bekas tentera/polis/kakitangan Kerajaan.

Dengan pertolongan dan pimpinan Allah S.W.T. Bioshop akan terus mengungguli slogan MIsi dan Visinya BERNIAGA UNTUK BERKHIDMAT…

MENGAPA BIOSHOP JADI PILIHAN?

1. Bioshop HANYA memasarkan produk –produk HALAL dan BAIK SAHAJA (berasaskan Syari’at dan kesihatan)

2. Bioshop meamstikan produk dijual dengan HARGA SEDERHANA dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat walaupun BERKHASIAT DAN BERKUALITI TINGGI (Pengguna didahulukan)

3. Bioshop mengamalkan PELAN NIAGA Konvensional yang BERDAYA TAHAN dan ADIL tanpa ‘jerangkap-jerangkap samar’ yang mengelirukan. (Pengedar diutamakan)

4. Bioshop mengamalkan kaedah pembahagian Bonus dan Imbuhan yang Adil & TELUS untuk semua peringkat dengan syarat-syarat mudah tanpa unsure-unsur tekanan dan paksaan. (Berniaga dengan tenang)

5. Bioshop tidak memerlukan pembabitan modal kewangan yang tinggi yang menyebabkan terbabit dengan hutang yang memudaratkan pengedar-pengedarnya.

6. Bioshop menawarkan peluang niaga yang luas sehingga ke tahap Penaja & Pembekal produk-produk yang dipasarkan.

7. Keunikan Bioshop ialah semua pengedar yang terlibat berpotensi menjadi ‘Rakan NIaga’ demi sukses bersama.

8. Bioshop BUKAN ‘PELAN KAYA SEGERA’ bagi ‘Si Jahil’ menjadi Mangsa dan ‘Si Tamak’ sebagai Pemangsa.

9. Bioshop adalah ‘Pelan Niaga’ yang berlandaskan kepada KEYAKINAN, KERAJINAN & KETEKUNAN yang berkekalan demi kejayaan bersama dan semua.

10. Bioshop mementingkan ILMU! Latihan Profesional secara berterusan diberi kepada semua pangkat oleh jurulatuh-jurulatih yang berwibawa yang mencakupi Motivasi/Pembangunan Insan, Kejurujuan, Pelan Niaga, Jurusan Kecantikan/Kesihatan alternative dan sebagainya.

11. Bioshop YAKIN! Bagi rakyat Malaysia yang inginkan medan membangun ekonomi yang ampuh lagi berintergriti dengan modal RM yang terhad dan pengalaman yang sedikit namun memiliki cita-cita yang tinggi dan sanggup merealisasikannya…

BIOSHOP ADALAH PILIHAN ANDA…!

“Bioshop Corporation Sdn Bhd adalah sebuah syarikat 100% Bumiputera (Muslim) yang memasarkan HANYA produk-produk HALAL dan BAIK untuk semua pengguna, tidak kira Muslim atau non-Muslim di Malaysia dan di seluruh dunia…!”

Anda bertuah kerana anda adalah PERINTIS kepada syarikat jualan langsung kami, sekiranya anda mendaftar sebelum pelancarannya pada bulan Jun nanti. Apa tunggu lagi… Jom daftar sekarang! ;)

Berminat untuk menjadi ‘ahli keluarga’ Bioshop?

Hubungi ;

Hamdan Bin Hj. Basiran 013-7185278,

Siti Hajar Binti Hj. Basiran 019-3863233, u_ayyash@yahoo.com, Facebook: Ummu Ayyash