Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 7 Februari 2011

Mangsa banjir di Melaka, Johor semakin kurang

Banjir yang melanda Melaka dan Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan kian berkurangan.

NONEDi Melaka, jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan di daerah Jasin sehingga 6 petang ini, dilaporkan menurun kepada 219 orang berbanding 227 orang pagi tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, seramai 189 orang daripada 40 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu manakala 30 orang daripada sembilan keluarga di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat.

Semua mangsa tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, katanya ketika dihubungi.

masih ramai

Di Johor, seramai 25,296 mangsa melibatkan 6,218 keluarga masih berada di pusat pemindahan banjir di empat daerah sehingga 6 petang.

NONEMenurut laporan portal rasmi kerajaan negeri Johor, www.johordt.gov.my, seramai 10,167 mangsa melibatkan 2,550 keluarga direkodkan di Muar.

Ini diikuti 8,227 mangsa daripada 1,900 keluarga di Batu Pahat, 6,017 mangsa melibatkan 1,541 keluarga di Ledang dan 885 mangsa daripada 227 keluarga di Segamat.

Mereka ditempatkan di 94 pusat pemindahan iaitu 27 di Muar, Batu Pahat (37), Ledang (18) dan Segamat (12).

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan