Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 27 Februari 2011

Raja Brooke di Sarawak lebih kaya dari Sultan Brunei!!!



Clare Rewcastle Brown, adik ipar pada bekas Piem United Kingdom mendakwa KM Sarawak, si Taib Mahmud tu adalah antara orang terkaya di dunia malah melebihi kekayaan Sultan Brunei.

Ini bukan kecik anak punya dakwaan nih, SPRM tak boleh dok peluk tubuh lagi dan tengok rakyat Sarawak yang rata ratanya miskin, papa kedana tapi pemimpin mereka kaya meliana.

Clare, pengendali laman web Sarawak Report dan stesen radio bebas – Radio Free Sarawak, berkata demikian dalam artikel yang diterbitkan London Evening Standard pada 22 Februari lalu. Siasatannya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London melibatkan perusahaan hotel di tengah-tengah bandar ini. Mengikut artikel itu, beliau turut membongkar harta kekayaan Taib melibatkan Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang diperoleh hasil penjualan kawasan hutan di Sarawak melalui British Virgin Islands.

Dipetik artikel sama, Clare dilapor berkata, Sarawak yang dikelilingi 95 peratus hutan hujan dengan aktiviti pembalakan dan dipenuhi ladang kelapa sawit, sebenarnya mengkayakan Taib selama 30 tahun berkuasa di negeri itu.

Kira-kira 2.5 juta penduduk Sarawak selama ini ditindas Taib. Rakyat inginkan perubahan dalam pilihan raya akan datang, tetapi akibat amalan rasuah menjadikan beliau semakin kaya. Mengikut artikel itu, Clare dan rakannya, Peter John Jaban, seorang Dayak Sarawak mengendalikan siaran Radio Free Sarawak walaupun bimbang akan keselamatan mereka selepas Sarawak Report menerima ancaman bunuh.

Apatah lagi, artikel berkenaan turut menyatakan, seorang bekas pekerja Taib yang didakwa mendedahkan maklumat, dijumpai mati Oktober lalu dan kes itu masih dalam siasatan polis.- RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan