Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 8 Februari 2011

Pelajar nak ikut balik


Selepas loceng berbunyi ana terus menuju arah kereta nak keluar dari Madrasah Masriyah tiba-tiba ditahan oleh pelajar tingkatan 2, Ya, namanya Hafizudin, nak apa? Ustaz saya nak balik ikut ustaz, kenapa nak balik pulak?, saya tak sihat, tadi saya dah minta izin Mudir dan dibenarkan balik ikut ustaz ke T6...eh macamana ni, mudir tak bagi tau apa-apa pun pada ustaz! betul ustaz...katanya bersungguh.

Bila sampai depan asrama, tak semena-mena lalu Ustaz Abdullah, mudir Madrasah Al-Masriyah naik kereta kancil.

Beliau baru masuk semula ke madrasah mengambil anakndanya Mohd Fadzil dari SMK Dato Onn Jaafar Simpan Renggam, katanya, kalau demam bukannya balik tetapi pergi klinik, bila diajak ke klinik, pelajar berkenaan tak mahu pula, rasa kat dahi sejuk jer dan tak panas sebagaimana orang demam, kata mudir.

Jadi buat keputusan tangguhkan. tak boleh balik...dah nak masuk 40 tahun ana hampir tertipu dengan drama lakonan pelajar...

Dalam perjalanan keluar dari Masriyah, terfikir juga kenapa budak ni beria-ia nak balik, seolah-olah macam dikejar hantu, seorang lagi budak T6 satu taman dengan pelajar ini juga deman? misteri...mungkin ada benda yang tak kena, lehernya nampak macam luka...agaknya macam kena buli? suspen betul, rasa tak sedap hati pulak, ana mesti siasat...dan kalau betul ada pelajar yang buli, tiada maaf, hukumannya buang sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan