Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 1 Februari 2011

Sanator Ezam terperangkap di Mesir?


Revolusi Mesir : Selamatkan Ezam segera!!

Korang baca betul-betul petikan berita-berita dibawah, aku yakin ramai yang terlepas pandang bahawa ada seorang Senator yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bersumpah telah terperangkap di Mesir..


Semalam 30 Jan - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, buat masa ini tiada keperluan untuk membawa balik kesemua pelajar terbabit ke tanah air kerana situasi kesemua pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas berlakunya demonstrasi bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan sejak 25 Januari lalu.


31 Jan (petang)- Pemuda BN mendesak Wisma Putra agar pelan kontingensi yang telah dirancang untuk memindahkan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir ke Jordan, Arab Saudi dan Libya dapat dilaksanakan dengan segera bagi mengelakkan risiko lebih buruk.

31 Jan (malam)- Timbalan Menteri Luar A. Kohilan akan berlepas ke Kaherah malam ini mengetuai sepasukan lima orang untuk menilai keadaan semasa di sana serta melihat keperluan memindah lebih 11,300 pelajar serta rakyat Malaysia, berikutan krisis politik dan hura-hara yang semakin memuncak di negara itu.

Kohilan berkata bergantung kepada keadaan, antara penilaian dan pilihan yang akan dibuat ialah mengenai sama ada pelajar dan rakyat Malaysia perlu dibawa keluar terus ke Malaysia mahupun dipindahkan ke negara berhampiran seperti Arab Saudi dan Libya.


Pemuda BN: Pindahkan pelajar Malaysia di Mesir dalam 24 jam
January 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Jan — Pemuda BN mendesak Wisma Putra agar pelan kontingensi yang telah dirancang untuk memindahkan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir ke Jordan, Arab Saudi dan Libya dapat dilaksanakan dengan segera bagi mengelakkan risiko lebih buruk.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu penting apatah lagi apabila pergolakan politik di Mesir yang sudah masuk hari ketujuh itu telah mengorbankan lebih 100 nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada ribuan yang terlibat.

Sehubungan itu kata beliau, Pemuda Umno mahu Kementerian Luar memindahkan mereka dalam tempoh 24 jam.

Katanya, Pemuda BN amat prihatin dan bimbang tentang keselamatan dan kebajikan kira-kira 11,000 pelajar Malaysia di Mesir berikutan demonstrasi dan protes besar-besaran di negara (gambar) tersebut yang telah berlarutan sejak dari 25 Januari lalu.

Justeru kata beliau, Pemuda BN gusar sekiranya kejayaan pelan kontingensi yang telah dirangka terjejas akibat kelewatan tindakan dan dengan itu, mendesak agar Wisma Putra dapat segera menghubungi dan memaklumkan kesemua pelajar Malaysia di Mesir tentang pelan tersebut.

“Kami melihat keperluan untuk tindakan segera ini amat penting lanjutan daripada kemaraan pihak tentera di beberapa lokasi strategik dan risiko sekiranya lokasi perhimpunan tidak lagi selamat.

“Malah, ada di antara pelajar kita yang dilaporkan terkandas, lantaran penerbangan pulang yang dibatalkan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata Khairy, pada masa yang sama perlu diakui bahawa kebanyakan pelajar tidak mempunyai kemampuan kewangan mahupun kenderaan peribadi untuk bergerak sendiri sekiranya situasi semakin meruncing.

“Krisis dalaman yang tidak menampakkan sebarang isyarat surutnya kini juga telah membuahkan kekacauan dan jenayah, termasuklah serangan ke atas balai polis. Bahkan ribuan banduan juga telah dilaporkan bolos dari penjara.

Dalam pada itu, Senator Ezam Mohd Nor juga meminta kerajaan menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar Malaysia walaupun keadaan mereka “selamat dan terkawal.”

“Keadaan pelajar selamat dan terkawal tetapi sebaiknya ada pelan untuk membawa mereka keluar sebab Amerika Syarikat mula membawa rakyat mereka keluar hari ini... bimbang keadaan memburuk selepas tindakan Amerika Syarikat,” kata beliau yang turut terkandas bersama ratusan pelajar Malaysia di lapangan terbang antarabangsa di Kaherah.

Dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider, Ezam berada di Mesir untuk mempromosikan buku Islam dan rasuah tulisannya.

Laporan Bernama semalam menyebut, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah mengesahkan bahawa semua pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir selamat dan menasihati ibu bapa dan anggota keluarga agar tidak terlalu bimbang kerana kedutaan serta Jabatan Penuntut Malaysia sentiasa memantau perkembangan terkini, selain berhubung dengan pelajar dan rakyat Malaysia berkenaan.

Selain itu, dua bilik operasi telah ditubuhkan iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.

Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Menteri Penasihat Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.

The Malaysian Insider

Nota : Kata si Blogger UmnoBn Flying Kick pelajar Malaysia ada yang kene rogol bercanggah dengan kenyataan Muhyiddin.

Kelmarin Azeez Putera Umno(padahal dah tua) mengunjungi pelajar Malaysia di Brisbane Aistralia, buat kerje memburukkan Islam, lepastu berlaku ribut taufan di sana. Kini Ezam pula menyusul minta diselamatkan bila tujuan ke sana tak lain tak bukan hanya menjual fitnah kepada pelajar Malaysia di Mesir bumi ambiaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan