Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label usahawan muslim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label usahawan muslim. Papar semua catatan

Isnin, 17 Disember 2012

Pekerja Bank VS Majikan Menghisap Darah



Kira-kira 1,000 pekerja bank berpiket depan Menara CIMB.

KUALA LUMPUR - Kira-Kira 1,000 pekerja bank berpiket di depan Menara CIMB di Jalan Raja Laut di sini bagi memperjuang dan mempertahan hak, maruah serta martabat mereka.

Dalam piket selama tiga jam bermula pukul 10 pagi tadi, pekerja dari seluruh Semenanjung memegang kain rentang serta sepanduk yang menuntut pihak pengurusan CIMB lebih peka dengan kehendak dan keperluan mereka.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) J. Solomon berkata piket itu bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap CIMB yang tidak memberi hak kebebasan untuk pekerja menyuarakan pendapat.

"Pada masa ini, di CIMB Bank, pekerja diganggu, didiskriminasi dan didera secara literal, pekerja dinafikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau juga mendakwa pihak CIMB tidak menjalankan tugas mereka sewajarnya dalam menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

"Sebanyak 27 aduan pekerja tidak dapat diselesaikan setakat ini, pihak tertinggi CIMB Bank enggan menyelesaikan aduan di peringkat yang paling rendah," katanya.

Solomon berkata seramai 100 pekerja kontrak sementara yang berkala turut dinafikan jaminan pekerjaan dan hak untuk kehidupan lebih baik seperti di bawah kontrak tetap.

"Pekerja ini tertakluk kepada diskriminasi yang melampau," katanya.

Anggota Exco Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) A. Sivananthan berkata kedua-dua pihak sepatutnya dapat menyelesaikan perkara ini secara baik.

"Saya harap Ketua Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Nazir Razak dapat duduk dan berbincang bersama-sama, jika dapat selesai, perkara seperti ini (piket) tidak akan berlaku," katanya yang mewakili Pengerusi MTUC Syed Shahir Syed Mohamud. - Bernama








 
PRSB : Tak hairan bank-bank yang ada di negara kita ini memang berideologi (baca bertuhankan) kapitalis, riba (intererst) , gharar (ketidaktentuan) dan maisir (judi) menjadi asas keuntungan..
 
oh tidak...kita dah berubah kepada prinsip islamik dalam urusan bank... memang urus niaganya cara islamik tapi prinsip menekan pelanggan masih bertunjangkan kapitalis ciptaan rejim zionis... itu pun sebab sistem kapitalis Eropah dan barat dah mula tumbang seperti krisis Zon Uuro di mana negara seperti Portugal, Itali, Greece, Sepanyol, Ireland dah muflis  jadi tercari-cari sistem Islam sebagai alternatif.
 
 

 

Rabu, 5 Disember 2012

Ketandusan Pisang Nipah Menyusahkan Peniaga Goreng Pisang


Photo Sharing and Video 
Hosting at Photobucket

Malu bila pelanggan datang ke gerai kami, tulis besar PISANG GORENG tetapi kami sebenarnya kehabisan bekalan pisang untuk dijual. Untuk meneruskan kelangsungan rezeki kami walaupun tak ada pisang, terpaksa jual benda lain seperti keropok lekor, karipap, popia dan cekodok atau di Johor kami panggil jemput-jemput.

Sempena pameran pertanian MAHA 2012 ada persoalan yang mesti dibangkitkan mengenai ketandusan bekalan pisang nipah dan kelapa.

Para peniaga pisang goreng mengeluh kerana susah nak dapatkan bekalan pisang ni, paniaga IKS kerepek pisang lagi pening bagaimana nak dapatkan sumber pisang. Di Johor kebanyakan pisang dijangkiti penyakit, pisang tak berapa menjadi, keropos dan rompong...tak sesuai digoreng.

Sebelum buat pameran yang bertaraf gadang pastikan nasib pekebun dan nasib mereka yang terlibat dalam industri ini terbela. ini termasuk nasib peniaga goreng pisang dan nasib pembuat kerepek.

kelapa tak ada

Kelapa juga susah dapat sekarang ni. Memang ada kelapa impot dari tanah seberang, berkapal-kapal tongkang banyaknya mendarat di Batu pahat, tetapi isinya nipis dan kurang santannya. Tak caya tanya peniaga santan kelapa kat pasar.

Tuan Guru

Janganlah hebat dari aspek penganjuran sahaja tetapi lokek memberi peruntukan dan subsidi untuk memajukan industri pertanian asas ini.

Kata Tuan Guru Presiden PAS, Ustaz Hadi "Sebagai contoh, dalam sektor penanaman padi di Jepun, kerajaannya memberi subsidi 99 peratus mengalakkan pertanian ini dalam persediaan mereka membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya.

"Malangnya negara membangun seperti Malaysia hanya mengejar kemajuan dalam bidang teknologi yang lebih canggih, berbanding sektor pertanian yang sebenarnya perlu diperkasakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Justeru, beliau mengharapkan agar Maha tidak hanya sekadar berhenti di peringkat pameran sahaja, sebaliknya sebagai satu lapangan awal untuk memajukan sektor pertanian negara.

"Yang penting tindakan susulan oleh kementerian, jabatan atau agensi kerajaan," kata beliau

Selasa, 30 Oktober 2012

Dua Tokoh Selamba Je Makan Nasi Bungkus

(Datuk Ismail Kamus makan tengahari bersama TG Nik Aziz di Kota Darul Naim hari ini)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menerima kunjungan hormat, Ustaz Datuk Ismail Kamus di pejabatnya.

Mereka berdua kemudiannya makan tengahari bersama di pejabat itu dengan hidangan nasi bungkus yang dibeli oleh kakitangan pejabat MB.

Ustaz Ismail Kamus adalah tokoh agama terkenal yang pernah menjadi Adun Gombak Setia setelah menang dalam pilihan raya umum 1999.

Namun beliau kemudiannya kalah dalam pilihan raya umum 2004 di kerui yang sama.

Ustaz Ismail terkenal dengan ilmunya dan popular dalam siri ceramah dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

Beliau juga terkenal dengn rawatan As Syifa' dan mempunyai ramai anak murid dalam bidang perubatan ini. -Hrkh

Selasa, 16 Oktober 2012

Ekonomi Selangor DiBawah PR Terus Meneggelamkan BN


Laporan Audit : Hasil Selangor Meningkat 114.3 Peratus

Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.

Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010.

Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus.

Kerajaan Negeri memungut tiga jenis hasil meliputi Hasil Cukai sebanyak RM 534.32 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 791.18 dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 308.50 juta.

Analisis Audit menunjukkan Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai mencatatkan peningkatan sejumlah RM 62.50 juta walaupun Terimaan Bukan Hasil mengalami sedikit penurunan.

Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Premium Geran Tanah, Cukai Tanah Semasa dan Pemberian Jalan Raya/Lorong.

Jumlah hasil yang meningkat ini membolehkan Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan surplus berjumlah RM 180.50 juta iaitu peningkatan berjumlah RM 56.26 juta atau 45.3 peratus berbanding 2010.

Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri hanya mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM 1, 571.50 juta dengan catatan surplus RM 124.24 juta.
 
PRSB : Dalam keadaan Ekonomi dunia mengalami krisis akibat dari krisis Zon Eropah, Kerajaan Msia, mengalami defisit,  negeri di bawah BN berhutang keliling pingang,...negeri Selangor mencatat pulangan hasil yang memeranjatkan... MB Khalid terbukti pandai mentadbir urus kewangan dengan baik dan meraih keuntung an yang lumayan

Jumaat, 14 September 2012

Tutup Aurat Fenomena Baru Peramugari Arab Mesir



Pertemuan antara wakil dari pihak pramugari-pramugara dengan Menteri Pengangkutan Samir Imbabi pada hari Ahad mengasilkan keputusan bolehnya mengenakan jilbab bagi para pramugari ketika mereka bertugas, demikian disiarkan Bawwabah Al Ahram (9/9/2012).

Selain membincangkan mengenai sahnya memakai tudung, pertemuan itu juga membincangkan masalah-masalah teknikal berkenaan pengambilan pramugari serta badan yang menaunginya.

Wakil dari para pramugari-pramugara juga mengumumkan bahawa tuntutan mereka disampaikan dalam rangka menjaga kemaslahatan syarikat penerbangan Mesir.

Sabtu, 1 September 2012

Negeri PR Terima Pelaburan Tertinggi berbanding Negeri BN


Selangor mencatat kedudukan pertama dari segi pelaburan perindustrian di Malaysia setakat Mei 2012 dengan mencapai jumlah pelaburan keseluruhan RM5.125 bilion daripada 106 projek yang diluluskan.

Teresa Kok berkata sebanyak 10,522 potensi peluang pekerjaan diwujudkan iaitu 28.94 peratus daripada jumlah potensi peluang pekerjaan yang diwujudkan di seluruh negara.

Ia adalah 6,187 daripada projek baru dan sebanyak 4,335 adalah projek pembesaran dan pelbagaian.

Ujar beliau lagi, jumlah nilai pelaburan tempatan adalah sebanyak RM3,950,571,745 iaitu 77.08 peratus adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah nilai pelaburan asing sebanyak RM1,174,548,498 atau 22.9 peratus di Selangor.


“Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan menaruh keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor,” kata Teresa yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan.

Jelas Teresa, daripada 106 projek yang diluluskan sebanyak 63 buah merupakan projek baru yang membawa pelaburan sebanyak RM3.3 bilion manakala 43 merupakan projek pembesaran dan pelbagai.

Di kalangan pelabur asing, Switzerland menanam pelaburan asing yang paling besar dengan nilai pelaburan sebanyak RM246 juta, diikuti Jerman dengan RM196 juta dan Singapura dengan RM139 juta.

“Indusrti Pembuatan Barangan Peralatan Kenderaan mencatatkan bilangan kelulusan projek tertinggi dengan 19 projek.

“Ini diikuti Industri Pembuatan Kimia dan Barangan Kimia sebanyak 17 projek.

“Manakala, Industri Pembuatan Mesin dan Peralatan mencatatkan 11 projek,” katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Beliau juga memaklumkan industri pembuatan barangan peralatan kenderaan mencatatkan nilai pelaburan tertinggi berjumlah RM2.2 bilion.

Ini diikuti industri pembuatan mesin dan peralatan sebanyak RM448 juta.

Manakala industri pembuatan barangan logam asas mencatatkan pelaburan ketiga tertinggi bernilai RM422 juta.

“Industri pembuatan peralatan kenderaan mencatatkan potensi peluang pekerjaan tertinggi dengan 3,056 pekerjaan.

“Ini diikuti industri pembuatan mesin dan peralatan sebanyak 994 dan industri pembuatan barangan minuman dan tembakau sebanyak 876 peluang pekerjaan,” katanya. -selangorku

Khamis, 30 Ogos 2012

Anda pelupa dalam kelas,7 Rahsia TIDAK LUPA apa Yang Cikgu Ajar


"Sempena dengan minggu peperiksaan yang tidak lama lagi. berikut merupakan '7 Rahsia TIDAK LUPA apa Yang Cikgu Ajar Di Dalam Kelas'

Mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada anda yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR,PMR dan SPM tidak lama lagi.


MAKLUMAT PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN SEBENAR 2012

(UPSR) Bertulis 11 – 13 September 2012 DOWNLOAD JADUAL
(PMR) Bertulis 9 – 16 Oktober 2012 DOWNLOAD JADUAL
(SPM) Bertulis 5 Nov – 6 Disember 2012 DOWNLOAD JADUAL

Soalan Percubaan Negeri YANG Dijangka Mampu membantu Calon UPSR,PMR & SPM 2012)

SOALAN PERCUBAAN NEGERI 2012 percuma

UPSR KLIK SINI

PMR KLIK SINI

SPM KLIK SINI

harap membantu

maths-catch.com/blog"

Selasa, 15 Mei 2012

Cara Buka Akaun Semasa Pertubuhan

Buku Perlembagaan PAS (Pindaan 
2011)
Alhamdulillah dapat juga membuka akaun semasa untuk PAS Kawasan Sembrong, tujuan tak lain tak bukan untuk memudahkan urusan kewangan dengan berbagai pihak seperti pihak bank, perhubungan negeri, penyumbang atau penderma serta megelakkan dari berlaku salahguna wang jemaah.

Sebagai Jamaah Islam kenalah buka akaun dalam bank yang patuh syariah, supaya berkat. Elakkan dari buka di bank riba. Allah dan rasul perangi orang yang amalkan riba tetapi tak semestinya bank Islam sahaja kerana kebanyakan bank lain di Malaysia ada dilengkapi dengan sistem kewangan Islam yang menepati kehendak syariah.

Antara syarat yang Bank Islam minta ialah
1. Minit menyuarat hasrat membuka akaun semasa,
2. Surat permohonan membuka akaun dengan nama-nama penama,
3. Sijil Pndaftaran Pertubuhan salinan dan yang asli kena bawa sekali sebagai bukti
4. Buku Perlembagaan PAS

Pastikan penama tidak disenaraihitamkan (blacklist) oleh bank bagi mengelakkan sebarang kesulitan,

Nanti kena isi borang-borang,  ketiga-tiga penama isi maklumat dan tandatangan penama sehingga selesai.

Isnyaallah kami akan paparkan nombor akaunnya sedikit masa lagi.

Kepada semua penyumbang dan penderma dari kalangan ahli dan penyokong serta para simpatis, kami mengucapkan jazakallah khairan kathira, syukran jazilan. Moga amal tuan di beri ganjaran pahala Jihad di Jalan Allah. Amin..

PSB

Rabu, 22 Jun 2011

Usrah bincang menuju negara berkebajikan


Usrah malam tadi bincang ucapan dasar presiden TG Haji Hadi dalam muktamar baru-baru ini. Teks ucapan ana fotostat dan cuba hadamkan, baru sampai muka 3. Anak usrah seronok bincang dan tak mengantuk walau masing-masing agak keletihan.

Lepas usrah terasa perut keroncong, Abang Malik pulak sudi belanja makan di gerai Mus nasi goreng paprik yang lazat. Syukur alhamdulillah moga bertambah luas rezeki beliau. Sampai rumah pukul 12.30.

Jumaat, 21 Januari 2011

Khas kepada peminat honda klasik

C70 Harley Chopper (klik)

C70 Harley Chopper. Kreativiti seseorang bergantung kepada bagaimana mereka membuat sesuati yang berbeza. Inilah hasil kreatif pemilik Honda c70. Sekarang lebih cantik dan lebih bergaya.





Selasa, 18 Januari 2011

Jejak wira muslim juara


Simpang Renggam : Kumpulan jejak wira muslim telah merangkul gelaran juara keseluruhan dalam acara yang dipertandingkan di minggu orentasi dan silatarrahim SMA (Arab) Al-Masriyah Simpang Renggam.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Al-Mudir Ust Abdullah Husin, barangan hadiah tajaan stokis HPA dan HR Marketing. Peserta terbaik muslim dan muslimat jatuh kepada bin dan binti Kasim Maidin yang juga anak saudara Hanipa Maidin. Tahniah.

Tak lupa ucapan terima kasih kepada semua ustaz khususnya pengarah program Ustaz Mohd Taufiq Tube dan para ustazah yang terlibat menjayakan program kali ini.

Rabu, 12 Januari 2011

Usrah terus walaupun sibuk kempen


Spg renggam : Usrah di kalangan ushawan iks jalan terus, tugasan di Tenang ikut giliran, Huraian Quran surah Al-Falaq dan hadis merujuk kitab Riadus Salihin bab mengutamakan ulama.

Bincang masalah sihir dari makhluk yang hasad dengki dari tafsiran surah Al-Falaq. Kehadiran 6 orang. Ada Tengku ahli baru ikut usrah sekali, alhamdulillah makan mee hoon goreng dan minum air biocafe.

Selasa, 11 Januari 2011

Nama pun baWANG, jangan tunduk kepada kapitalis makanan



MELAKA 9 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Melaka hari ini meminta orang ramai mengurangkan pengunaan bawang ekoran harganya yang naik sehingga sekali ganda sejak empat minggu lalu. Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abd. Hafidz A. Rahim berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan ke atas pemborong kerana bawang adalah barang makanan yang diimport.

''Apabila bekalan kurang, harga akan naik mendadak dan soal pemborong menyorok bekalan adalah tidak logik kerana jika mereka sorok bawang akan cepat rosak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kenaikan harga bawang turut dirasai penduduk di negeri ini apabila tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati harga bawang besar naik antara RM5 dan RM6 sekilo berbanding RM3 sekilogram bulan lalu. Manakala bawang kecil pula pada harga RM9 sekilogram.

Selasa, 27 Julai 2010

Makan gaji VS bekerja sendiri



Tahukah anda lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan makan gaji. Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat tersebut. Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka.

Antara kebaikan kerja makan gaji:-

• Memperoleh gaji secara tetap setiap bulan
• Mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya
• Kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai
• Berpeluang mendapat bonus tahunan
• Peluang kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya

Selain makan gaji, ada yang menjalankan perniagaan, sama ada kecil, sederhana atau besar. Perniagaan kecil-kecilan adalah seperti menjual nasi lemak, cendol atau goreng pisang di gerai-gerai. (Awas! Walaupun dipanggil perniagaan kecil-kecilan, jangan pandang rendah terhadap mereka kerana pendapatan mereka berkemungkinan jauh lebih besar dari gaji bulanan anda!)

Perniagaan yang bersaiz kecil, jika diusahakan dengan betul akan membuahkan hasil yang lumayan dan mampu berkembang menjadi sebuah konglomerat yang besar dan disegani. Perniagaan yang melibatkan ratusan ringgit pada mulanya boleh mencapai nilai jutaan ringgit. Sebagai contoh, lihat sahaja Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang bermula sebagai peniaga pasar dan akhirnya mencapai status antara orang terkaya di Malaysia.

Antara kebaikan menjalankan bisnes ialah:-

• Jika bisnes maju, hasil pendapatan boleh mencecah angka yang jauh lebih lumayan daripada kerja makan gaji.
• Bisnes maju yang dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang cekap boleh dijalankan dengan penglibatan minimum oleh pemilik bisnes tersebut. (boleh goyang kaki)
• Tiada kerenah birokrasi untuk mendapat cuti atau naik pangkat.
• Boleh membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.
• Berpeluang untuk menjadi jutawan dan merasai Kebebasan Kewangan dan Kebebasan Masa.

Apa-apapun, keputusan sama ada nak makan gaji atau buat bisnes bergantung kepada anda sendiri. Bisnes kena bermula dengan minat. Sekiranya anda langsung tiada minat dalam bisnes, saya cadangkan anda makan gaji lagi bagus… Kepada yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan, saya nasihatkan anda bertanyakan dulu dari orang yang pakar dalam bisnes tersebut. “Belajar dari yang Pakar” atau “Belajar Dari Pengalaman…” Orang yang berjaya dalam bisnes ialah orang yang jatuh dan terus bangun semula… Sekian dari saya…

Pendedahan Kebebasan Perniagaan Yang Sebenar

Saban hari kita melihat sudah ramai rakan-rakan yang lain terlibat dengan perniagaan konvensional. Paling menyeronokkan individu ini memiliki kuasa "kebebasan" sepenuhnya terhadap perniagaan tersebut. Menjadi pemilik perniagaan hakikatnya jauh berbeza dengan bekerja sendiri. Kata orang kitalah 'Taukey'.

Matlamat utama saya ialah ingin menjadikan Tuan dan Cik Puan seorang usahawan atau pemilik perniagaan. Sebagai pemilik perniagaan Tuan dan Cik Puan bukan sahaja mempunyai kuasa "kebebasan" 100% malahan mempunyai potensi kewangan yang tidak terhad! Selamat berjaya dan semoga berani untuk menceburi bisnes yang menjadikan kita usahawan yang memiliki perniagaan sendiri.

Hilang pening ketika membaca dari kanan



Foto Akhbar Utusan Melayu yang telah pupus

Pakar-pakar yang mengkaji ruang angkasa telah menjumpai sebuah planet yang dinamakan Planet X atau NIBIRU yang mempunyai pusingan dalam dua orbit. Dua belas buah planet dalam galaksi Bima Sakti mempunyai satu orbit sahaja sedangkan planet ini (yang ke12) mempunyai dua orbit. Memang dia ganjil dari yang lain. Bukan itu sahaja. Untuk pengetahuan kita semua bahawa semua planet berpusing mengikut pusingan lawan jam. Sama seperti pusingan jemaah haji di Makkah al Muqarammah mengelilingi Kaabah. Tetapi keganjilan Planet Nibiru ialah berpusing mengikut pusingan jam.

Pernah tak, bila naik kenderaan bergerak, kita membaca dan tak sampai beberapa perenggan pun dah rasa pening? Khususnya naik kereta. Saya sendiri memang mengalami masalah tu bila membaca dalam kereta yang sedang bergerak. Baca tak sampai seminit pun kepala akan mula pening dan lambat nak hilang rasa pening tu.

2 minggu yang lalu saya ke Penang. Singgah di sebuah kedai jual borong kitab dan Al-Quran, bila beli banyak, dapat percuma buku kecil bertulisan jawi. Teruja dengan kandungan buku tu, naik je kereta, terus baca..

Baca, baca, baca dan baca lagi sampai hampir separuh buku tu. Tetiba terpikir , eh.. tak pening pulak kepala ni. Pelik, tak macam biasa. Andaian saya sendiri agaknya kerana buku yang saya baca itu bertulisan jawi. Bezanya dengan tulisan rumi bukan sahaja jenis tulisan, tetapi cara bacaan. Tulisan jawi dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan rumi yang dibaca dan ditulis dari kiri ke kanan.

Bila berlaku hal ni, saya teringat salah satu wawancara di televisyen dengan seorang chef tersohor(saya lupa nama dia). Beliau memberi beberapa petua, dan antaranya kalau membancuh atau mengacau adunan, beliau nasihatkan supaya mengacau mengikut putaran arah lawan jam@ikut pusingan kaabah. Adunan akan lebih cepat sebati.

Nampak tak kaitan disini? Apa yang saya fikirkan dan nak jelaskan ialah fitrah pusingan/aturan sebenar manusia adalah seperti mana kaabah di Tanah Suci tu kita perlu tawaf/keliling. Bukankah dari kanan ke kiri pusingannya@ pusingan arah lawan jam.

Mungkin inilah sebabnya bila saya membaca tulisan jawi, kepala saya tidak perlu melawan pusingan arah tawaf kaabah. Tapi sebaliknya bila baca tulisan rumi.

Cuba kita perhatikan pula kenapa Al-Quran dibaca dari kanan ke kiri? Lihat juga bahasa Jepun yang juga mengamalkan bacaan dari kanan ke kiri. Tadi saya ada google cara tulisan Jepun di baca, dan terjumpa satu artikel di satu blog yang menceritakan mengenai Al-Quran dan Otak Kanan.

Artikel yang menarik dalam bahasa Indonesia. Mengupas mengenai Al-Quran dan kesan ke atas otak kanan. Pasti ramai juga mengetahui, tulisan rumi kita yang diamalkan sekarang hasil dari penjajah juga kan.

Panjang lagi kalau nak huraikan mengenai ini. Mungkin di lain entry pula. Tajuk asal entry ni sebenarnya hanya nak cerita pengalaman saya membaca tanpa rasa pening bila naik kereta.

Prof Dr Nohisyam kaji pusingan lawan jam


Prof. Dr Nohisyam

Merujuk kepada prinsip keabadian tenaga, tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan namun ia boleh dipindahkan. Dalam proses transformasi, sebahagian tenaga ditukar menjadi haba bagi mengekalkan keseimbangannya. Haba yang terhasil perlu disebarkan melalui proses seperti pancaran atau radiasi dan sebahagiannya ditukar menjadi tenaga.

Tubuh manusia yang terdiri lebih daripada 50 trilion sel membentuk kesempurnaan suatu kehidupan dengan berbagai tingkah dan geraklaku. Kesemuanya memerlukan tenaga dan sumber terbesar bagi tenaga ialah tenaga yang dihasilkan melalui proses ATP di dalam air selular. Tenaga yang bersih dijana daripada tubuh yang sihat meminimakan sebarang bentuk bahan buangan yang berlebihan keracunan dan normal umpamanya nafas yang segar, urin bersih dan tidak berbau sehinggalah najis yang normal.

CVT memperkenalkan jam QuantumXcel sebagai satu-satunya rekaan sebagai medium yang menggunakan mekanisma pusingan arah ke kanan (lawan arah jam biasa) dan rakaman getaran tenaga magnetik daripada sumber suci dan murni yang mampu mengimbangi berbagai tahap ketidakseimbangan tubuh. Ia secara bio-fizik berupaya menyerap tenaga haba dan dengan pantas mengubah tenaga kepada 8-14 nanometer jarak gelombang bio-fizik yang boleh meningkatkan aktiviti molekular bagi molekul air di dalam organ tubuh. Ini amat berkesan untuk fungsi metabolisma tubuh, melancarkan sistem peredaran darah malah sehingga merangsang sistem imun, antibodi dan hormon seseorang yang mewakili tahap semangat, emosi dan minda.

Dengan menggunakan bahan daripada tungsten, bahan yang dikenalpasti mempunyai kaitan dengan sebatian kalsium dan ini ia amat relevan dengan rahsia tulang. Tungsten adalah 19.3 kali lebih berat daripada air pada jumlah isipadu yang sama maka ini memberi suatu signifikan kepada jisim yang mempunyai berat dalam frekuensi merah hati.

Sinar Ultra Violet adalah satu-satunya tenaga semula jadi yang mampu diserap oleh tubuh manusia menerusi tisu kulit sebelum menukarnya kepada vitamin D. Jadi tenaga kosmik pada spektrum tertentu hanya boleh diserap melalui medium/bahantara lain.

Melalui keupayaan dan kesan magnetik pada jam QuantumXcel, gelombang magnetik berukuran 3-14 nanometer secara bio-fizik dapat dihasilkan. Ujian R&D membuktikan tenaga ini berkeupayaan menyusun struktur molekul air (cecair tubuh – darah) kepada juzuk (molekul) yang lebih kecil, yang meningkatkan fungsi bio-kimia dalam berbagai aktiviti berkaitan air di dalam tubuh sehingga mendorong fungsi metabolik pada semua unsur hidup.

Ciri-ciri Tenaga QuantumXcel

* Gelombang dalam skala gema, dengan kecepatan melalui medium berkali-kali ganda berbanding melalui udara
* Gelombang yang bergerak ke semua arah
* Juga diertikan sebagai gelombang mekanikal yang mengisi segala ruang
* Dipindahkan dari satu zarah ke zarah yang lain tanpa mengalami kehilangan tenaga, malah semakin kuat
* Semakin jauh jarak yang perlu diambil, semakin cepat malah tiada nilai halaju dapat diukur
* Getaran yang terakam dalam sesuatu objek merupakan getaran asli sebagai rakaman memori atau maklumat asal
* Mampu melakukan pembetulan dengan sendirinya apabila ada gangguan dari luar
* Meningkatkan magnetisma tubuh dengan rangsangan sistem deria dalam mengesan berbagai bentuk maklumat dari luar
* Membentuk struktur kristal cecair tubuh (darah)
* Meningkatkan tekanan di sekitar tubuh bagi mengawal dan mengimbangi aura/cahaya pelindung diri
* Melerai radiasi bebas dengan frekuensi tinggi (>20Hz)
* Meningkatkan tahap tenaga sel-sel tubuh pada ukuran yang paling seimbang
* Melindungi DNA melalui pengukuhan ikatan kovalen hydrogen yang memegang DNA (Maksudnya : Maklumat asal tubuh tersimpan secara kekal dan harmoni)
* Menyingkirkan keracunan di dalam sel-sel secara detoksifikasi
* Melancarkan aliran elektrik melalui darah sebelum ditukar menjadi tenaga gema
* Memperbaiki dan memantapkan fungsi hipotalamus

Manfaat Yang Diperolehi:

* Membersihkan darah daripada ion-ion positif berlebihan daripada radiasi luar yang terperangkap
* Meningkatkan fungsi sistem imun, antibodi dan hormon tubuh
* Merangsang daya tumpuan
* Mengekalkan potensi diri yang optima
* Mengimbangi kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan
* Mengawal depresi/tekanan perasaan
* Meningkatkan daya vital/semangat
* Mengawal, mengimbangi, mencegah dan merawat kanser

Tingkatkan Tenaganya Berkali-kali Ganda

Redha – Ikhlas – Sabar – Tenang dengan konsisten diiringi kepercayaan yang sepenuhnya kepada Maha Pencipta akan meningkatkan lagi tenaga QuantumXcel berkali-kali ganda.

Penggunaan Jam QuantumXcel

* Bagi lelaki – di pergelangan tangan kanan.
* Bagi wanita – di pergelangan tangan kir

Rekaan jam QuantumXcel bukan sekadar untuk mengukur waktu, tetapi amat besar manfaat kepada pemakainya. Apabila anda melihat pergerakan jarum jam dalam gerakan ke kanan, persepsi anda akan mengalami suatu daya/kesan magnetisma pertama yang dikawal oleh hipotalamus. Isyarat yang diterima akan dihantar ke kelenjar pineal untuk rangsangan tenaga vital yang amat penting untuk sistem imun tubuh. Bagaimana pun, kesan atau impak bukanlah dapat dilihat secara terus melainkan dengan arahan-arahan tertentu yang diterima dan diproses oleh otak sebelum memberikan isyarat kepada bahagian yang lain untuk tindakan (respons).

Kelebihan pusingan lawan jam (Khusus untuk Aura Sir)


Di antara kebaikan anti clockwise adalah :

Pergerakkan ke Kanan adalah pergerakkan semulajadi alam. Dalam agama Islam, semua perkara yang baik di sunatkan dimulakan dengan sebelah kanan. Dalam Quran, golongan yang akan dimasukkan kedalam syurga dipanggil 'As-habul Yamin' atau golongan Kanan.

Pergerakkan tawaf adalah pergerakkan ke kanan. Elektron yang mengelilingi nucleus dalam atom juga bergerak ke kanan. Kanan melambangkan kebaikan sejagat.

Jam Ke Kanan menggunakan konsep ke Kanan ini bagi mengembalikan keseimbangan fikiran dan peredaran darah dalam tubuh secara semulajadi.
Kelebihan dan khasiat Jam Tangan Ke Kanan

* Sebagai pengimbang semulajadi setiap detik/saat
* Menjadikan fikiran lebih tenang dengan penghantaran
mesej tenaga secara tetap dan sekata
* Membantu mengawal rentak jantung
* Mengharmonikan sistem kesemua kelenjar
* Memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga

Mengukuhkan 7 Keadaan

* Kebenaran mengatasi Kesilapan
* Kelajuan mengatasi Kelewatan
* Kemudahan mengatasi Rintangan
* Kestabilan mengatasi Kucar-kacir
* Kekuatan mengatasi Kelemahan
* Keuntungan mengatasi Kerugian
* Kejayaan mengatasi Kegagalan

Isnin, 12 Julai 2010

Tahniah mencapai hajat jadi BIOMASTER


Salam perjuangan,

Syabas kepada Ustaz Ahmad Selamat Jono dari Madrasah Al-Masriyah kerana berjaya mencapai status BIOMASTER (BM) pada 10 Julai 2010 yang lalu.

Sudah bermacam jenis perniagaan, termasuk dari berbagai jenama MLM telah diceburi oleh beliau, tetapi beliau yakin dengan Bioshop kerana kualiti produknya dan sistem pelan perniagaannya yang mudah dan membantu usahawan kecil seperti beliau.

Beliau yang bertugas sebagai guru di Madrasah Al-Masriyah Simpang Renggam Johor berharap dapat meluaskan jaringan perniagaan ini demi untuk menambah pendapatan sampingan, al-maklumlah sekolah agama rakyat ni tidak seperti sekolah bantuan kerajaan, yang mana sumber kewangan, tenaga guru dan kakitangannya di sini sangat terhad dan perlukan banyak sumbangan luar, pengorbanan dan kesabaran. "Doakan saya berjaya dalam perniagaan ini." Katanya.

Semoga diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus berusaha menaja dan menjual produk Bioshop dengan jualan dan tajaan yang lebih banyak di masa akan datang.

Selamat Maju Jaya

Rabu, 30 Jun 2010

Tahniah kerana naik jadi BIOMASTER (BM)


Salam perjuangan,

Sekalung tahniah kepada Ustazah Mastura Ahmat dan Siti Hajar Basiran kerana berjaya menjadi BIOMASTER (BM), tak sampai dua bulan dengan bermula sebagai BIOAGEN (BA) seterusnya menjadi BIOdISTRIBUTOR (Bd) dan masuk akhir bulan Jun 2010 berjaya mencapai sasaran menjadi BM.

Semoga kedatangan Rejab, Syaaban dan Ramadan yang mulia akan merancakkan lagi usaha dan ikhtiar untuk meraih ganjaran pahala yang besar di bulan berkat ini dengan memperkenalkan produk halal lagi baik ini kepada masyarakat.

Ini juga adalah perjuangan jihad melalui ekonomi melawan ekonomi kapitalis yang mencengkam rakyat dengan produk yang diragui keHalalannya dan bukan dari yang sama bersyahadah dengan kita apatah lagi produk yang mempunyai saham dari yahudi laknatullah.

Tahniah dan syabas!

Penyembelih ayam tak tahu mengucap syahadah


KUALA LUMPUR: Seorang penyembelih ayam warga asing yang mendakwa dirinya beragama Islam tiba-tiba gagap dan terketar-ketar apabila diminta mengucap dua kalimah syahadah dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa jabatan dan agensi di sebuah pusat penyembelihan ayam, di sini, awal pagi semalam.

Tindak tanduknya yang mencurigakan menimbulkan persoalan sama ada ayam disembelihnya halal dimakan umat Islam.

Dalam operasi itu sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan dan pegawai Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan mengejut di beberapa lokasi yang menjadi pusat penyembelihan ayam sekitar ibu kota.

Sumber berkata, operasi terlebih dulu disasarkan kepada kilang penyembelihan dan pemprosesan ayam di Segambut yang didapati mengikut syarat dan kaedah penyembelihan ditetapkan oleh syarak.

Menurutnya, pihak berkuasa yang berpuas hati dengan aspek penyelenggaraan kilang terbabit kemudian menuju pula ke pusat penyembelihan ayam sekitar Pasar Pudu.

“Ketika pemeriksaan dilakukan itu, pegawai agama yang terbabit sengaja ‘menemuduga’ beberapa pekerja asing yang ditemui sebelum seorang daripada mereka gagal mengucap bagi membuktikan dia penganut Islam.

“Lelaki terbabit didapati sukar mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan yang turut disertai peserta program Iman Muda Astro Oasis turut ke kawasan penyembelihan ayam di Pasar Chow Kit, yang kerap mencetuskan kegusaran berikutan tahap kebersihannya mengecewakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan ayam disembelih diselenggarakan di premis yang tidak sempurna selain keadaan lantai kotor dan berlumut.

“Pegawai agama yang menjalankan pemeriksaan secara rambang turut tidak berpuas hati apabila seekor daripada puluhan ayam yang disembelih tidak mengikut hukum syarak berikutan urat pada leher tidak terputus sepenuhnya,” katanya.

Malah, lebih menjijikkan apabila ada ayam yang disembelih dibiar berteraburan di lantai bertakung yang dibimbangi boleh merebakkan kuman.

“Agak mengejutkan apabila seorang pekerja pusat penyembelihan secara selamba memijak ayam yang siap diproses, namun dibiarkan di lantai. Perbuatan terbabit mendukacitakan berikutan pekerja terbabit seolah-olah tidak mementingkan soal kebersihan.

“Berikutan itu pegawai Jabatan Kesihatan bertindak mengeluarkan kompaun terhadap pemilik premis terbabit atas kesalahan tidak mematuhi syarat kebersihan ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, operasi pemeriksaan pusat penyembelihan ayam terbabit bukan kali pertama dilakukan pihak Jawi dan Jakim, namun peniaga dan pemilik pusat pemerosesan ayam seolah-olah tidak menganggapnya penting, terutama aspek kebersihan.