Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 1 Februari 2011

Betulkah MCA dah tawan pengundi Cina


Chua Soi Lek Tak Tenang..


MCA semestinya tidak merasai kemanisan di sebalik kemenangan Barisan Nasional dalam PRK Tenang, semalam. Meskipun Timbalan Pengerusi, Muhyiddin Yassin mendakwa BN "menang dua daripada tiga peti undi majoriti Cina", namun ia gagal menutup realiti bahawa Chua Soi Lek gagal mengembalikan sokongan pengundi Cina di kubunya sendiri.

Pertikaian berlaku di antara MCA dan DAP, yang masing-masing mendakwa dirinya meraih sokongan pengundi Cina yang lebih tinggi. Biar kita merujuk kepada statistik dalam PRU ke-12 untuk mengetahui gambaran sebenarnya. PAS berjaya menewaskan UMNO-BN di tiga peti undi majoriti Cina, iaitu Labis (421vs411 undi), Labis Timur (740vs669 undi) dan Labis Tengah (1013vs504 undi) pada tahun 2008.

Dalam PRK semalam, BN menang tipis di peti undi Labis (majoriti 64 undi) dan Labis Timur (37 undi), tetapi tewas dengan majoriti 486 undi di Labis Tengah. Perlu diingatkan bahawa nisbah pengundi Cina di Labis dan Labis Timur adalah sekitar 60%, namun Labis Tengah mencatat 95.7% pengundi Cina. Justeru itu, DAP mengambil keputusan di Labis Tengah sebagai kayu ukur untuk menyukat sokongan pengundi Cina.

Realitinya...

Demikianlah senarionnya jikalau dilihat kepada statistik. Apapun tafsiran yang diberikan semata-mata untuk menyuntik semangat mahupun menutup parut di muka, gagal membohongi diri sendiri. Realitinya berbunyi, BN tetap gagal menawan hati pengundi Cina, sungguhpun menawarkan hampir segala-galanya untuk memikat undi pengundi mereka.

Kecenderungan ini telahpun diperlihatkan dalam beberapa PRK yang lalu. Dalam PRK Hulu Selangor, janji peruntukan RM3 juta untuk SRJK (c) Rasa gagal merasuah pengundi Cina; malah, ungkapan "You help me, I help you" yang terkenal dari bibir seorang Perdana Menteri bersama tawaran RM5 juta (untuk menyelesaikan masalah banjir) gagal memancing undi Cina di Rejang Park, PRK Sibu yang lalu.

Jadi, apa yang istimewa di PRK Tenang? Jika dilihat kepada kesungguhan yang ada pada Presiden MCA, Chua Soi Lek, maka kita akan menemui jawapannya. DUN Tenang terletak di bawah kerusi parlimen Labis, yang pada asalnya diwarisi Chua Soi Lek daripada mantan Presiden MCA Ling Liong Sik pada tahun 2004, sebelum diserahkan kepada anaknya Chua Tee Yong pada tahun 2008, lantaran skandal seks yang memalit dirinya.

Chua Soi Lek memikul misi untuk membuktikan kepada Pengerusi BN, Najib Razak bahawa beliau diterima masyarakat Cina, dan cukup berwibawa untuk mewakili kaum Cina di Malaysia, apatah lagi di kawasan kubu sendiri. Maka Chua Soi Lek perlu sekurang-kurangnya memahami keperluan komuniti Cina, kalaupun masih gagal untuk menggarap imaginasi komuniti Cina dengan gagasan MCA-BN. Baca seterusnya..

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Nota : Pengundi cina rata-rata tak keluar mengundi bila hujan. Keadaan ini agak menjejaskan pola keputusan undi kaum cina khususnya di UPU Tenang Stesen dan UPU Ladang Bukit Datok, Kami sebagai petugas begitu hampa dengan sikap mereka, apakah kerana dapat duit ang pau sudah menggelapkan prinsip mereka! Akibatnya duit yang diperolehi tak dapat menampung kemusnakan harta benda bila banjir besar menenggelamkan pekan Tenang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan