Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label haram lagi memudaratkan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label haram lagi memudaratkan. Papar semua catatan

Selasa, 5 Februari 2013

Jaga-jaga! Bangunan Hospital Kluang Berkualiti Rendah

Hospital Baru Kluang (Gambar Lama) yang bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar Parlimen Kluang, Sembrong, Simpang Renggam dan Air Hitam tetapi awas malang tidak berbau?

Projek Pembinaan Hospital Kluang, Johor (Laporan Audit)
KKM telah menandatangani perjanjian projek pembinaan Hospital Kluang, Johor berkapasiti 256 unit katil dengan Kluang Health Care Sdn. Bhd. (Kluang HC) bagi menggantikan hospital sedia ada. 
Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina. Ketua Setiausaha Kementerian telah bertindak sebagai Pengarah Projek manakala Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan dilantik sebagai Wakil Pengarah Projek. 
Projek ini telah siap dibina pada 12 Oktober 2011 dan mula beroperasi pada 30 Disember 2011. Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek pembinaan Hospital Kluang adalah kurang memuaskan
Kelemahan yang ditemui seperti berikut: 
  1. Pelantikan perunding yang tidak teratur sehingga mengambil masa 66 bulan.
  2. Yuran profesional perunding terlebih dinyatakan sejumlah RM0.74 juta dan RM0.62 juta telah dibayar.
  3. Bayaran perunding sejumlah RM0.75 juta dibayar sebelum kontrak ditandatangani.
  4. Asas kelulusan bagi Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) 2 dan EOT 3 adalah diragui.
  5. Kerja pembinaan yang berkualiti rendah.
  6. Perolehan 385 peralatan import bernilai RM11.64 juta telah dibuat tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri walaupun nilai perolehan yang diimport melebihi RM50,000.
Ulasan saya : Setiusaha pastinya orang yang paling berkredibiliti. Tapi, projek ini diselia oleh KSU KKM, namun masih punyai kesalahan yang sepatutnya tidak berlaku seperti ayaran sebelum tandatangan dan pembelian tanpa kelulusan. Kerugian minima RM 2.11 juta

Hospital Kluang Kini Dikenali Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom 
KLUANG: Penduduk daerah Kluang pada Rabu secara rasmi menerima hospital baharu dikenali sebagai Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, sempena nama bonda Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata hospital bernilai RM390 juta itu mula beroperasi 30 Disember tahun lepas, bagi menggantikan hospital lama berusia 80 tahun yang tidak mampu lagi menampung keperluan penduduk.

"Hospital baharu ini dibina di atas tapak seluas 16 hektar dan terletak kira-kira lapan kilometer dari hospital lama dan merupakan satu projek reka dan bina dengan dilengkapi 268 katil serta 220 unit kuarters untuk kediaman pelbagai kategori anggotanya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian hospital itu di sini. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Majlis perasmian hospital itu disempurnakan Enche' Besar Hajjah Khalsom Abdullah. Turut berangkat ke majlis tersebut Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Liow berkata hospital baharu itu mempunyai 798 anggota kesihatan terdiri daripada bahagian klinikal, sokongan klinikal dan sokongan bukan klinikal.

Hospital itu terdiri daripada dua blok bangunan utama yang menyediakan perkhimdatan sekunder dilengkapi dengan perkhidmatan teknikal, sokongan klinikal dan bukan klinikal.

Antara perkhidmatan yang ada di hospital baharu itu ialah unit rawatan pesakit luar yang meliputi klinik pakar, rehabilitasi dan hemodialisis; bahagian rawatan pesakit dalam termasuk unit ortopedik, unit pembedahan mulut dan pediatrik.

"Saya percaya yakin dan percaya dengan wujudnya hospital baharu ini status kesihatan penduduk Kluang akan terus meningkat, ditambah lagi dengan adanya kemudahan yang lebih canggih serta anggota kesihatan yang terlatih dan berdedikasi," katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan juga amat gembira kerana mendapat pekenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar untuk membuat pengisytiharan nama hospital itu kepada nama baharu iaitu Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom. -BERNAMA

PRSB : Inilah akibatnya bila projek dilaksanakan secara runding terus, terus masuk poket kroni, menyalahgunakan kuasa, membazirkan duit rakyat, lepas tu buat main cincai sahaja, dengan bahan binaan yang tak mengikut spec dan bermutu rendah ia pasti mengundang bahaya kepada kakitangan dan pesakit... 

Sumber 


Rabu, 30 Januari 2013

Mohon Penjelasan Ketua Polis Kajang dan Menteri KDN

Setelah gua baca laporan dari mk 
yang memetik berita dari Bernama rasanya macam TAK PERCAYA pun ada beb...

sebab kenyataan tersebut JELAS satu kenyataan yang gua rasa BUDAK BAWAH UMUR pun tahu yang Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab MENIPU...

 apa tidaknya beb kalau mengikut kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab tersebut bahawa MANGSA adalah seorang yang mempunyai PENYAKIT MENTAL...

 ok beb gua TERIMA kata-kata beliau yang ini... tetapi dengan mengatakan bahawa MANGSA telah MENGAMUK dengan menggunakan PALANG BESI untuk MEROSAKAN HARTA BENDA AWAM yang mula MENGAMUK dari Taman Sri Nanding di sini sebelum menuju ke Taman Desa Raya hingga ke Taman Lagenda Suria...

 dan pihak POLIS telah MENGEKORI SUSPEK sejauh DUA kilometer sebelum MANGSA tiba-tiba TERJATUH di bahu jalan... yang ni yang buat gua GELAK beb... kah kah kah !.

Tambah beliau lagi "Ketika itu POLIS dan ORANG AWAM menangkap lelaki itu yang BERTINDAK AGRESIF dan beliau didapati tidak sedarkan diri ketika berada dalam kenderaan polis... samasa dalam perjalanan ke Hospital Serdang... beliau disahkan meninggal dunia...

 Hasil BEDAH SIASAT menunjukkan beliau mengalami SALURAN JANTUNG TERSUMBAT dan TIADA SEBARANG KECEDERAAN lain... KEMATIANYA tiada KENA MENGENA dengan TINDAKAN POLIS ketika menahannya"... kah kah kah...

jangan lah macam itu TUAN... jangan lah buat RAKYAT BODOH sangat seperti ISI PERUT UMNO tu... sedangkan GAMBAR diatas sudah JELAS yang MANGSA telah MENINGGAL DUNIA ketika diatas TANAH lagi... apa cerita yang mengatakan MANGSA bertindak AGRESIF semasa DITAHAN... kah kah kah...

gua bukan nya nak BELA kalau betul MANGSA adalah seorang PENJENAYAH... tapi biar lah HUKUMAN setimpal dengan KESALAHAN dan ditentukan oleh KEADILAN... kah kah kah !.

 Ini lah HASIL nya kalau BERKETUA SEPUPU kepada PEMIMPIN DEMOKRASI TERBAIK beb... yang mana JENAYAH TUMBUH seperti CENDAWAN SELEPAS HUJAN... oleh itu PEMBETERASAN JENAYAH mesti dilakukan... cuma yang di PERTIKAIKAN ialah cara JENAYAH KECIL di TANGGANI dan cara JENAYAH BESAR DISELESAIKAN...

ya memang JENAYAH tetap JENAYAH walaupun KECIL atau BESAR... namun cara KEMATIAN MANGSA tetap jadi PERSOALAN serta JAWAPAN BALAS dari Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab yang boleh DIPERTIKAIKAN...

 kalau ya pun nak MENJAWAP biarlah dengan JAWAPAN yang LEBIH CERDIK beb... kalau gua yang PENYOKONG POLIS pun pasti gua tak boleh nak MENYOKONG POLIS dengan KENYATAAN beliau bila melihat kepada BUKTI BERGAMBAR yang telah disiarkan...

yang mana MANGSA telah MAUT terlebih dahulu sebelum lagi menaiki kereta Polis... j adi dimana yang dikatakan AGRESIFNYA MANGSA tersebut beb... kah kah kah !.

hemmmmm..... gua ni beb kalau nak dikirakan adalah keturunan polis... ayahanda gua seorang polis... pak saudara gua polis... pak gua mertua polis... abang ipar gua polis... kawan jangan cerita lah punya banyak nya polis... tapi tak kan kerana benda tak betul gua kena sokong polis gak... lebih-lebih lagi yang jadi ketuanya ialah YB Sembrong you... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

Ahad, 27 Januari 2013

Khutbah Jakim Ala Perkasa Semai Kebencian Agama


Teks khutbah Jumaat adalah percubaan wujudkan kebencian agama, kata pemimpin PAS

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Beberapa orang pemimpin PAS membidas penguatkuasa Islam Malaysia kerana pertuduhan menwujudkan kebencian agama semasa solat Jumaat semalam bagi umat Islam dengan menggelar mereka yang bertegas menggunakan kalimah “Allah” untuk merujuk kepada tuhan mereka sebagai “musuh Islam”.

Pemimpin PAS yang dihubungi The Malaysian Insider berkata tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menyediakan teks khutbah Jumaat tersebut tidak mencerminkan imej Islam sebagai sebuah agama keamanan dan memahami sebaliknya menggambarkannya sebagai tidak bertolak ansur.

“Langkah Jakim ini cubaan untuk mengapi-apikan sentimen benci kepada penganut Kristian.

“Sikap adu-domba mereka ini adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab,” kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Dalam teks khutbah Jakim semalam, penguatkuasa agama tersebut memberi amaran kepada umat Islam diseluruh negara tentang percubaan “musuh Islam” untuk menyesatkan mereka dengan memberi gambaran semua agama adalah sama.

Umat Islam juga diberitahu terlalu berminda terbuka dan membenarkan hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah tindakan “merbahaya”.

“Hari ini musuh-musuh Islam cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah.

“Mereka bersatu sesama mereka dan berusaha dengan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan membuat tuntutan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab mereka,” tulis teks tersebut.

Jakim semalam menegaskan kalimah “Allah” tidak terdapat dalam Injil mahupun Taurat, serta mengingatkan umat Islam supaya menolak tuntutan penganut Kristian yang mahu menggunakan perkataan Arab itu di dalam kitab mereka.

“Mereka percaya bahawa tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan ), God the Son (Anak Tuhan ) dan Holy Spirit (Roh kudus), dan ketiga eleman ini dirujuk sebagai satu tuhan dengan panggilan umum (The Lord),” tulis Jakim lagi.

Khalid juga menyelar Jakim kerana sikap melulu menunding jari dan berprasangka buruk kepada penganut Kristian seolah-olah agama tersebut mempunyai niat untuk memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

“Tuduhan Jakim ini tanpa bukti, mereka hanya menuduh sahaja.

“Kenapa nak burukkan semua orang Kristian, bukan semua penganut Kristian tidak baik.

Malahan Islam tidak menganjurkan sikap berprasangka buruk kepada agama lain,” tambah beliau.

Khalid sebaliknya menuduh Jakim sebagai punca umat Islam berada dalam keadaan keliru kerana gagal memainkan peranan dalam memantapkan fahaman Muslim di dalam negara.

“Merekalah (Jakim) punca umat Islam lemah kefahaman dan akidah.

“Sepatutnya Jakim melaksanakan tanggungjawab dan tugas memantapkan umat Islam di Malaysia, tapi apa yang saya lihat setakat ini mereka gagal lakukannya,” kata Khalid lagi.

Dalam pada itu, Khalid juga berkata tidak bersetuju dengan Jakim yang mengatakan tuntutan bukan Islam untuk menggunakan kalimah “Allah” adalah bertujuan untuk mencetuskan kekeliruan dikalangan umat Islam.

“Kalau Jakim berkata demikian, maka terbuktilah Jakim yang selama ini tidak melaksanakan kerja mereka dengan baik.

“Lebih baik khutbah itu menerangkan tentang perbezaan akidah umat Islam dan bukan Islam, supaya Muslim lebih memahami tentang Islam yang sebenarnya,” ujar beliau lagi.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga mendakwa tindakan Jakim tersebut hanya bertujuan untuk memanaskan keadaan yang sedia tegang ketika ini serta membidas agensi tersebut sebagai menjadi “alat” kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Sebelum itu saya mahu tanya, apakah peranan dan tanggungjawab Jakim dalam berdakwah kepada umat Islam.

“Jakim jangan jadi alat kepada BN, malahan mereka juga memutar-belit kenyataan yang diputuskan semasa Majlis Syura Ulama PAS pada awal Januari lalu,” katanya.

Salahuddin menentang tindakan Jakim yang mengeluarkan khutbah menyerang penganut Kristian sebaliknya agensi tersebut perlu menerangkan dan menjelaskan kepada bukan Islam tentang kemelut penggunaan kalimah suci tersebut.

Menurut Salahuddin, tindakan Jakim tersebut hanya mengundang rasa tidak puas hati dan rasa benci bukan Islam kepada orang Muslim kerana seolah-olah memberi gambaran yang tidak baik kepada bukan Islam di Malaysia.

“Jakim sepatutnya memainkan peranan proaktif dalam menerangkan dan menghuraikan dalam isu penggunaan kalimah Allah ini.

“Tetapi mereka tidak lakukan, sebaliknya langkah Jakim mengeluarkan teks khutbah ini hanya menambah rasa tidak puas hati dan benci bukan Islam kepada Muslim,” terang MP Kubang Kerian tersebut lagi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang dihubungi The Malaysian Insider enggan memberikan komen berkenaan teks khutbah dikeluarkan Jakim itu.

“Tiada komen, saya tidak dengar khutbah tersebut,” tulis Mustafa dalam satu teks pesanan ringkas.

Isu kalimah “Allah” kembali diperkatakan semula selepas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam perutusannya sempena Hari Natal menuntut agar Putrajaya membenarkan penggunaan kaimah Allah dalam kitab Injil bahasa Melayu.

Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin walaubagaimanapun mengatakan penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah “Allah” jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad dalam sebuah kuliah yang disiarkan di laman sosial YouTube -TMI

Khamis, 10 Januari 2013

Jangan Sekadar Kenduri Tahlil Berzanji Kenduri Aruah : Maza

Hanya Islam Tulen Yang Boleh Selamatkan Umno

Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.

Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.

Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.

Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah al-Nisa, ayat 136).

Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak!

Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: “Allah ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya”.

Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.

Islamisasi Program

Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik.

Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara ‘kampung’ sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit.

Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.

Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.

Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad.


berzanji songkok tinggi

Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar ‘kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim.

Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau ‘ada udang di sebaliknya mee’. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting.

Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin.

Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya.

Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.

Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan.

Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka.

Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.

Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit.

Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana.

Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO.

Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Ahad, 6 Januari 2013

PUSPAHANAS -SKANDAL GABAN UMNO SONGLAP?




SKANDAL PUSPAHANAS ? PROJEK BELUM SIAP TANAH DAH KENA SAPU-KONSEP PENSWASTAAN KERAJAAN UMNO


RINGKASAN PROJEK 
Puspahanas ialah Projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional  (ala Universiti) bagi menjadi pusat rujukan dan latihan ketenteraan di mana pelatih-pelatih yang lulus akan diberi ijazah apabila tamat pengajian. 
Projek Pusahanas adalah satu projek penswastaan. Bila kita sebut penswastaan maka ini bukan projek progress atau turnkey atau deferred payment ataupun projek PFI.  Pemaju yang menyiapkan projek tidak dibayar kos projek tetapi di anugerahkan tanah kerajaan sebagai balasan menyiapkan projek dengan kos atau modal sendiri.
PIHAK-PIHAK TERLIBAT :
( 1)  PROJEK OWNER : KERAJAAN MALAYSIA/MINDEF
( 2)  PEMAJU/KONTRAKTOR :  AWAN MEGAH S/B (KETUA WANITA UMNO SELANGOR -  RAJA ROPIAH 
( 3) DEEPAK (ASTA CANGGIH S/B) : RAKAN KONGSI ROPIAH (FUNDER KOT)
( 4)  LTAT (Boustead) (TERAKHIR TELIBAT)




PENSWASTAAN
PROJEK PENSWASTAAN PUSPAHANAS IALAH BERMAKSUD KERAJAAN MELANTIK PEMAJU UNTUK MEMBINA SEBUAH PUSAT PENGAJIAN PERTAHANAN NASIONAL (PUSPAHANAS) DENGAN KOS PEMBANGUNAN SEBANYAK RM100JUTA DENGAN BALASAN PEMAJU AKAN DIBERI TANAH KERAJAAN IAITU 3 PLOT TANAH SELUAS LEBIH KURANG 233 HA DI SELANGOR. PEMAJU HENDAKLAH MENGGUNAKAN KOS SENDIRI BAGI MEMBINA PUSPAHANAS TERSEBUT. APABILA  PUSPAHANAS SIAP DIBINA KELAK MAKA BARU 3 PLOT TANAH TADI AKAN MENJADI MILIK SAH PEMAJU.
KRONOLOGI PROJEK
JUNE 2005       – KERAJAAN AWARD PROJEK PUSPAHANAS KEPADA AWAN MEGAH S/B
MAY 2007       - DEEPAK BERCADANG UNTUK MEMBELI TANAH  233HA
NOV 2007         - PM PAK  LAH  ISTIHAR PROJEK PUSPAHANS BERNILAI RM100JUTA DIJANGKA SIAP PADA TAHUN 2011
Link : BACA NI
JULY 2010        – AWAN MEGAH SIGNED JV UNTUK MAJUKAN TANAH DENGAN PIHAK  
KETIGA
DEC 2011        – DEEPAK SAMAN AWAN MEGAH & DLL  TUNTUT  TANAH 233HA
NOV 2012        – DEEPAK ISTIHAR DITIPU OLEH ROPIAH DI MEDIA
DIS 2012          – LTAT(Boustead) BELI SYARIKAT DEEPAK + TANAH ROPIAH DENGAN NILAI     160JUTA
DIS 2012          - SAMAN KE ATAS AWAN MEGAH&DLL DITARIK BALIK OLEH DEEPAK
Nota :
·         12 tahun projek tak siap-siap.
·         Pak Lah Istihar projek Bulan Nov  2007, Bulan Mei 2007 Awan Megah dah nak jual tanah pada Deepak, projek belum buat tanah dah sapu dulu. Bijak2. Bijak merompak.
·         LTAT membayar 30 Juta untuk membeli syarikat Deepak, jumlah yang sama yang telah dibayar oleh Deepak untuk membeli tanah tersebut (ni nak tutup mulut Deepak tapi Deepak cakap : mana cukup)
·         Deepak dah tarik balik saman ke atas Awan Megah selepas pengumunan LTAT membeli syarikat depak dan tanah yang dikaitkan tersebut.
·         LTAT membayar 130 Juta untuk membeli tanah yang masih dimiliki oleh mindef mengikut undang-undang.
·         Kenapa kontrak tak dibatalkan apabila Awan Megah gagal menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan. Siap dapat untung dulu 130 Juta yang dibayar oleh LTAT . Pelik-pelik berbelit-belit transaksi, almaklumlah nak menipu kena canggih.
PENYELEWENGAN :
1)      PROJEK TAK SIAP, PEMAJU TAK MENGIKUT TERMA PERJANJIAN. PROJEK SEPATUTNYA SIAP 2011. –LANGGAR KONTRAK, KERUGIAN SIBIL OLEH KERAJAAN
2)      BAGAIMANA PROJEK KERAJAAN BERNILAI 100 JUTA DISERAH KEPADA KETUA WANITA UMNO, ADAKAH TENDER DIBUKA DIBUAT? –SALAHGUNA KUASA, RASUAH
3)      KENAPA TANAH BOLEH DIJUAL SEJAK 2007 (DEEPAK) WALAUPUN PROJEK BELUM SIAP-PENIPUAN 
4)      KENAPA LTAT (BOUSTEAD) MEMBELI SYARIKAT DEEPAK DENGAN NILAI 30JUTA SEDANGKAN SYARIKAT ITU TIDAK BERNILAI MALAH ADA HUTANG -SALAHGUNA  KUASA
5)      KENAPA LTAT MEMBELI BALIK TANAH YANG BELUM SEMPURNA HAKMILIK PENJUAL (AWAN MEGAH BELUM BERHAK KE ATAS TANAH TERSEBUT KERANA  BELUM MENYIAPKAN PROJEK PUSPAHANAH) –SALAHGUNA KUASA
6)      JIKA TANAH SUDAH DITUKARMILIK KEPADA PEMAJU BERMAKNA KERAJAAN RUGI RM100-KOS PEMBINAAN + RM160JUTA YG DIBAYAR OLEH LTAT. JUMLAH 260JUTA (LEBIH RM10 JUTA DARI SKANDAL NFC)-SALAHGUNA KUASA
KESIMPULAN
ORANG YANG PALING BERUNTUNG KAT PROJEK INI ADALAH RAJA ROPIAH : PROJEK TAK BUAT DAPAT 130 JUTA. BES KAN BISNES MACAM NI. (KAK IJAT MESTI TERSENYUM)
PENUTUP
KITA PUN TAK TAHU STATUS PROJEK TERSEBUT KERANA SEMUA PIHAK KECUALI DEEPAK  JADI PEKAK DAN BISU, PM SENYAP, MENTERI MINDEF SENYAP, MINDEF SENYAP, ROPIAH PUN SENYAP, JADI RAKYAT MENGANGGAP IANYA BELUM SIAP. JIKA PROJEK BELUM SIAP MAKA PERJANJIAN PENSWASTAAN INI MENJADI TERBATAL MAKA HAKMILIK TANAH MESTILAH BELUM BERTUKAR TANGAN KEPADA PEMAJU (AWAN MEGAH). KALAU PROJEK BELUM SIAP TANAH DAH DI BAGI KEPADA PEMAJU AWAL-AWAL ITU BUKAN PROJEK PENSWASTAAN, ITU PROJEK PENGKAYAAN. MENGKAYAKAN  KRONI. JANGAN CAKAP TOKEH KARPET JE NAK BUAT PROJEK, TOKEH BABI KHINZIR PUN TAK NAK JUAL BABI KHINZIR TAPI NAK BUAT PROJEK KALAU MACAM NI PUNYA UNTUNG. ‘WTF’ PUNYA UMNO (BAB MAKI HAMUN GUA SERAH KAT BRO ISA)
YANG MENJADI TANDATANYA ??? KENAPA LTAT BOLEH BELI TANAH DIA SENDIRI???  TAK RETI   KE ATAU BAHASA KASARNYA BODOH KE APE??ATAU ADA TANGAN GHAIB ARAHAN DARI MENTERI? INILAH DIA WAJAH UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA MEROMPAK DUIT RAKYAT.  
WAJIB UBAH KALAU TAK UBAH MEMANG BANKRAP MALAYSIA.
-unclemajid.com -

Jepun Bayar Tapi Umno Songlap Duit Buruh Paksa


Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu sudah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, mengesahkan bahawa Tokyo sudah menyerahkan wang tersebut dari awal 1990an hingga tahun 2004.

“Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

“Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut),” kata beliau, dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.

Menurut Suegami, pihaknya tidak mengetahui bagaimana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu.

Bagaimanapun, beliau berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak, yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Sekretariat itu ditubuhkan untuk mencari waris kepada mangsa yang dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan laluan kereta api dari Siam ke Burma semasa Jepun menjajah Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta Tokyo memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta Tokyo menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

“Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.

“Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami,” katanya ketika ditemui.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepun berkenaan.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, Tokyo membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.

“Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa.

“Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946,” katanya lagi.

Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar yang juga AJK PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

Umno Kelepet Duit Ehsan Kelantan


Siasat kehilangan Wang Ehsan

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan didesak agar menuntut pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), menyiasat dan membentangkan Laporan Kewangan Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan, kepada rakyat negeri ini.

Ini berikutan adanya laporan, sejumlah RM12.3 juta telah lesap dari akaunnya.

Justeru itu, satu memorandum telah dihantar oleh Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), kepada pihak JPP, tengah hari tadi, di bangunan JPP Kota Bharu.

“Ini memorandum kali ke dua dari pihak kami kepada JPP bagi membentangkan laporan kewangan wang ehsan yang lesap sebanyak RM12.3 juta,” kata Presiden Royalti, Nazri Deraman dalam sidang medianya, selepas menyampaikan memerandum kepada wakil JPP, di sini.

“Pihak kami juga dapat tahu, sebanyak RM2 juta dari wang royalti minyak yang dijadikan sebagai wang ehsan di negeri ini telah disalurkan kepada Umno bahagian negeri Kelantan.

“Walaupun menurut maklumat dari Kerajaan Persekutuan bahawa wang ehsan ini digunakan sebagai peruntukan membina kemudahan infra, namum begitu ianya digunakan oleh pihak JPP dan Umno bahagian sesuka hati mereka bagi kepentingan mereka,” ujarnya.

Bermula tahun 2010, jumlah sebenar wang ehsan yang disalurkan kepada JPP sentiasa berubah-rubah.

Perbezaan ini dapat dilihat melalui kenyataan dari Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, iaitu peruntukan sebanyak RM49.1 juta.

Manakala menurut kenyatan yang dibuat Datuk Mustapha Mohamed dan juga Perdana Menteri peruntukannya sebanyak RM61.4 juta.

“Telah terbukti jumlah sebenar wang ehsan berubah dan terdapat penyelewengan yang ketara yang berlaku kerana perbezaaan yang ketara iaitu sebanyak RM12.3 juta,” tegasnya.

Katanya lagi, pihak Royalti akan mengambil tindakan ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya JPP mengambil sikap mendiamkan diri sehingga ke peringkat antarbangsa.

Sementara itu, pihak Royalti juga meminta agar JPP ditutup kerana kerajaan negeri yang ada sekarang ini ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui demokrasi sejak tahun 1990.

Adalah satu percabulan kepada semangat persekutuan iaitu menghormati kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan apabila JPP ditubuhkan.

Dalam himpunan bagi menyampaikan memorandum berkenaan, beberapa pihak yang mewakili kumpulan masing-masing telah menyampaikan ucapan, antaranya wakil mahasiswa, wakil kaum wanita Kelantan dan wakil anak muda Kelantan.

Memorandum berkenaan telah disampaikan oleh Nazri Deraman sebagai Presiden Royalti kepada Penolong Pengarah (Khas) JPP, Mohd Hanif Aiman Mohd Anuar Musardar.

Isnin, 31 Disember 2012

Tragedi Tanah Runtuh Puncak Setiawangsa VS Jom Heboh


 
Tembok yang kukuh boleh rebak dan retak, deretan rumah mewah jenis banglo mengalami kemusnahan dan menggelogsor.
Puncak ini sudah tidak selamat untuk didiami, malahan kawasan bawah yang berhampiran juga diancam bahaya.
Hujan lebat yang turun tidak henti-henti adalah fenomena biasa musim tengkujuh yang kerapkali mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di Malaysia. 

Tak sangka tembok kongkrit yang kukuh dan kebanyakkan rumah di puncak ini yang telah dibina seawal 1987 atau 25 tahun yang lalu tiada sebarang masalah tetapi kali ini sebaliknya.

Antara rumah orang kenamaan (baca kaya) yang terlibat dalam tragedi ini ialah Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis & Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan lebih kurang 30 buah banglo lain yang anggaran harga sebuah rumah banglo ini mencecah jutaan ringgit.

Mujur setakat ini tiada melibatkan kematian.

Tapi tak sedar kita dan tak mahu insaf, disaat orang lain ditimpa musibah seperti banjir dan tanah runtuh, ada yang masih seronok membuat pesta hiburan yang melalai dan melekakan seperti Konsert Jom Heboh TV3 di Stadium Bukit Jalil.



    


Selasa, 25 Disember 2012

Air BN Tak Selamat

Janji dapat air mineral percuma, tak kira halal-haram, selamat atau racun.-Wanita Umno
 
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri mendedahkan, air mineral yang diedar BN Selangor semasa program-programnya menyalahi peraturan air mineral, malah logo halal yang dilekat di botol itu diragui kesahihannya.

Beliau berkata, pembekalan air mineral percuma berjenama ‘Nurani Rakyat’ dalam kempen Sayangi Selangor itu tidak pernah disahkan kualitinya mengikut piawaian yang ditentukan kerajaan.

Katanya, ia melanggari Akta Makanan 1983, Akta Perihal Dagangan 2011, dan Sijil Perakuan Halal Jakim.

“Sebab itu kita minta Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) siasat dan ambil tindakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Yahya membandingkan air mineral berbotol yang dikeluarkan syarikat komersil mematuhi sepenuhnya piawaian, sedangkan pembekalan produk yang dibuat syarikat BN langsung tidak tertera dibiar melanggari undang-undang.

“Sepatutnya pada botol ini tertulis jenis punca air dan lokasi diperolehi, kandungannya dan nama syarikat yang membotolkan, tapi langsung tak dinyatakan,” kata Yahya.

Beliau turut mempersoal kesahihan logo halal Jakim yang dipapar pada produk berkenaan.
Manakala jenis penutup botol air mineral itu berwarna biru, tanda kepada jenis air galian bawah tanah, namun diragui sumbernya.

“Bagaimana kalau saya katakan air ini berpunca dari air paip Syabas? (Syarikat Bekalan Air Selangor)” soal Yahya.

“Sendiri jadi menteri sendiri buat peraturan, sendiri yang langgar. BN tipu rakyat di program anjurannya. Ini penyalahgunaan logo yang jelas. Kita yakin dalam masa kempen pilihan raya, air ini akan dibekalkan secara meluas di program anjuran mereka,” katanya.

Menurut Yahya, melalui pemerhatiannya, pengeluaran produk tersebut menyalahi semua peraturan berkenaan.

“Bagi kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, syarikat atau institusi yang melakukan kesalahan boleh didenda sebanyak RM10 juta, manakala RM2 juta bagi kesalahan individu,” kata Yahya.

Manakala penyalahgunaan sijil dan logo halal Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri boleh didenda maksimum RM5 juta kerana kesalahan memperdaya atau mengelirukan pengguna. -KD

Isnin, 17 Disember 2012

Aku Malu Jadi Orang Malaysia Kalau Begini...


Kuala Lumpur 13 Dis: Badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) berkata, Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012, menurut laporan The Wall Street Journal 11 Disember lalu.

Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.

"Ia menggambarkan sikap syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan rasuah dalam sektor awam boleh jadi sistemik dan pada satu sisi diinstitusikan.

"Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah," kata Presiden TI-Malaysia, Paul Low dalam laporan itu.

Memetik laporan itu, di sebalik perang anti-rasuah yang berprofil tinggi, separuh dari eksekutif korporat yang terlibat dalam kajiselidik TI itu percaya bahawa pesaing mereka mendapatkan perniagaan melalui rasuah.

Menurut Pengarah Pencegahan Rasuah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Ravindran Devanugam dalam laporan itu, Datuk Seri Najib Razak sejak menjadi Perdana Menteri berikrar menghapuskan rasuah dan mendapatkan semula keyakinan umum.

"Beratus kes disiasat. Kerajaan menubuhkan mahkamah istimewa dan dalam langkah memperkenalkan hukuman yang lebih berat," kata Ravindran seperti dipetik.

Namun, markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut, kata laporan itu lagi.

Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.

Dalam kajiselidik itu, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.



PRSB : Negara lain terbaik dalam bolesepak ke, ekonomi ke, pendidikan ke, agama ke tetapi kita Terburuk dalam rasuah, walaupun kita tak buat, yang buat pemimpin yang memegang kuasa tampuk pemerintahan yang menganugerahkan kontrak dan tender kepada yang ada kabel (kabilah) dan nepotisma (suku sakat) dengan mereka...