Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label barang NAIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label barang NAIK. Papar semua catatan

Khamis, 27 Disember 2012

Kami Macam Hamba Yang Tidak Dibayar Gaji


INGATKAH WARGA FELDA... SIAPA YANG MEMUNGUT BIJI SAWIT @ KUTIP GETAH SEKERAP DI LADANG AYAH KITA DULU-DULU TAPI TIADA UPAH DARI MAJIKAN PUN,

 DAN KINI LADANG ITU AKAN DI KONGSIKAN DENGAN ORANG BANGSAWAN YANG KAYA RAYA ATAS DASAR SAHAM UNTUK SEMUA GOLONGAN...

Sama macam rumah aku dulu, 1968... rumah ini harganya RM13,777.30... untuk tapak rumah dan rumah papan... berhutang selama hampir 20 tahun, baru selesai bayar...

Harga sebuah banglo kampong yang nilainya sama dengan banglo batu di Petaling Jaya pada tahun 1968, lengkap dengan api dan air bersih...

Kami, hanya rumah papan, jalan tanah liat dan batu krekil merah, pelita lampu minyak gas, ditengah hutan yang tiada apa-apa... berkawan dengan binatang buas...

Kita, generasi kedua adalah hamba yang tidak dibayar gaji (Unpaid slave) untuk bantu FELDA sehingga ketahap ini... tapi kenapa kami dianggap "haramajadah "oleh pimpinan rakus yang tak pernah faham erti tanah dan air yang kami pertahankan demi kasihkan negara dan wasiat orang tua.

Kebun kami, kami bayar beransur-ansur, walhal kamilah yang mengusahakannya, hasilnya dimajukan untuk pelaburan Felda dan koperasi kami yang di kenali dunia... namanya KPF yang sekarang nak di jaja kepada yang bukan selayaknya... Bangsa asing yang kaya-raya dengan bantuan orang kuat BN,,,

Kami tak rela... Jalan raya dalam Felda bukan pakai duit Kerajaan pun, tapi duit kami. Pembangunan infra dan selenggaraan, semua pakai duit peneroka... bukan duit kerajaan BN... jadi Kerajaan BN jangan sewenang-wenangnya cuba nak mejahanamkan segala yang kami dan bapa kami telah usahakan sejak 50 tahun yg lalu...

Kami tetap pertahankan dengan cara apa sekalipun kerana majoriti 98% kami adalah ORANG MELAYU yang menguasi Tanah Melayu melalui Felda... Orang Bangsawan dah jadi Pimpinan Hebat.. tapi jangan ganggu kami dengan umpan-umpan yang memperbodohkan kami...

Kami ada otak dan berpelajaran hasil usaha susah payah ibu bapa kami.. Izinkan kami yang bangunkan semula FELDA cara terbaik...

Bukan penghinaan dan kata nista mahluk yang tak pernah duduk dalam Felda dan terlantik hasil dari politik wang yang datang masa pilihan raya... FELDA untuk kami,

bukan Pimpinan BN, ISA SAMAD @ Ahmad Maslam serta kroni FGVB yang ada agenda licik... cukup kami di buli lagi:

Warga FELDA kita pertahankan hak kita.

Nazari Mokhtar
P/S : Luahan generasi kedua...

Rabu, 26 Disember 2012

Program Back To School di Kluang

Hj Sarif & Ustaz Hamdan

Hamdan Basiran menyampaikan sumbangan Back To School
Uniform sekolah & begProses memilih barang keperluan penting persekolahan

Pilih kasutMemilih kasut berjenama

Alhamdulillah semalam IKRAM Kluang telah mengadakan program Back to School di Dewan Seminar MARDI Kluang.

Program dimulai dengan ucapan oleh YDP Kluang, Hj Sarif Mohyin dan diikuti dengan persembahan multimedia.

Tarbiyatul Aulad 

Akh Hamdan Basiran telah menyampaikan tazkirah 'Tarbiyatul Aulad'.

Penerima sumbangan seramai 25 orang telah memilih 8 jenis barangan yang disediakan pembekal.

Antara barangan yang disumbang ialah uniform sekolah lelaki dan perempuan berjenama, beg galas Kronos Italy, kasut GA Blue, setokin, tudung dan tali pinggang.

 Tuan Haji Sarif telah berusaha mencari pembekal yang boleh memberi diskaun harga yang rendah kepada kami walaupun barangan yang disediakan ialah yang bermutu tinggi dan berkualiti.

Kos bagi seorang pelajar hanyalah RM80 sahaja. Penerima-penerima adalah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah yang tinggal di Taman Sri Lambak, kuarters MARDI (Ladang ARB) dan sekitarnya.

Majlis diakhiri dengan jamuan nasi ayam Faizal Kaslan.

Hashimy SU Kluang

Sabtu, 3 November 2012

PAS, DAP Sudah Lama Menderita Kerana Kezaliman Mahathir


Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui dalam memoirnya, "Doktor Umum" (2012), bahawa Operasi Lalang, Oktober 1987 "menjadi titik hitam dalam sejarah pentadbiran Malaysia dan sepanjang tempoh saya menjadi Perdana Menteri".

Mahathir, yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, turut menarik balik lesen penerbitan tiga akhbar berpengaruh, dalam tiga bahasa utama, The Star (muka depannya pada hari pertama tangkapan yang membawa kepada pengharamannya, simple tapi menarik dan mudah diingati), Sin Chew Jit Poh dan Watan, atas alasan menyemarakkan api perkauman (yang sebenarnya didalangi Umno-MCA).

Serentak dengan itu, majlis ceramah politik tidak dibenarkan dan Malaysia bagaikan bertukar menjadi sebuah "negara polis".

Saya, yang baru memulakan kerjaya -- pada Mac 1987 -- sebagai pemberita Harakah (dan turut terbabit dalam edisi sulungnya) di bawah tunjuk ajar tokoh wartawan tersohor, Subky Abd Latiff, merasai sendiri situasi sulit cemas-takut sehingga setiap orang gelisah menjangkakan mereka juga boleh diserkup bila-bila masa.

Mendengar nama-nama tahanan yang tidak begitu dikenali dicekup dari hari ke hari (tangkapan tidak dibuat serentak tapi berperingkat-peringkat) membuatkan hampir semua yang pernah "berseteru" dengan pemerintah gerun dan merasakan gerak-geri mereka diintip serta menjadi target.

Bakal disumbat

Bersama hampir 20 rakan serumah yang masih bujang di Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kami menanti khabar dengan penuh debar tahanan-tahanan baru yang bakal disumbat. Sepuluh hari sebelum itu, pada 18 Oktober, kejadian amuk Prebet Adam menggunakan senjata M16 di Chow Kit dan Kg Baru mengemparkan tanahair, selain merancakkan lagi pasaran berita angin terutama mengaitkan dengan isu-isu perkauman.

Umno pula memukul gendang mahu mengadakan perhimpunan raksasa sebagai tindak balas terhadap isu-isu pendidikan Cina. Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai beraksi garang memanipulasinya. DAP, MCA dan Gerakan digambarkan bersatu menangani isu berkenaan.

Kebetulan saya baru saja menyiapkan satu makalah khas mengenai Peristiwa Memali, diusahakan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat, yang juga menerbitkan Harakah, dengan judul "Percikan Darah Syuhada".

Saya bermalam di kampung penuh bersejarah itu, dan mendapat layanan istimewa penduduk setempat, kunjungan kedua saya selepas menziarahinya dua bulan selepas tragedi berdarah pada hujung 1985.

Bimbang turut sama menjadi mangsa ISA yang menggila, helaian pertama majalah tanpa permit itu, terpaksa digunting dan dibuang sebelum diedarkan, dengan penuh hati-hati. Memang benar-benar terasa suasana takut, risau dan penuh curiga.

Tidak pencetak berani

Saya juga merakamkan getar Ops Lalang dalam makalah one-off, berjudul "Demokrasi Zaman Mahathir", diusahakan syarikat sendiri, Penerbitan Pemuda. Tidak pencetak berani mengambil risiko menyebabkan saya -- yang berhutang modal pembelian kertas -- berpindah-randah mencari rakan-rakan yang bersimpati.

Bayangkan, proses binding makalah berkenaan dijalankan di rumah sewa secara manual, dengan bantuan lebih 12 rakan-rakan!

Tragedi penahanan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membabitkan lebih 100 aktivis masyarakat, pemimpin parti politik, penggerak pertubuhan alam sekitar dan tokoh pendidikan Cina itu kerap dikaitkan dengan "era kediktatoran melalui undang-undang" Mahathir.

Antara tokoh-tokoh yang dikurung ialah Mohamad Sabu, Ustaz Halim Arshat, Khalid Samad, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Dr Chandra Muzaffar, Dr Nasir Hashim dan Dr Kua Kia Soong.

Ramai lagi tahanan yang tidak pernah dikenali menjadikan Ops Lalang itu bagaikan lembaga hitam yang cukup menakutkan.

Kini genap 25 tahun

Hujung November lalu, genap 25 tahun peristiwa itu berlalu. Biarpun jelas ia sarat dengan motif politik, terutama bagi menyelamatkan kedudukannya yang cukup terancam, termasuk cabaran dalaman Umno yang begitu sengit dan tajam, namun hingga kini, Mahathir masih cuba untuk merasionalkan tindakan zalimnya itu dengan daleh-daleh longgar.

Beliau juga dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa bersalahnya terhadap satu lagi aksi brutalnya, iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan dua Hakim Mahkamah Agung serta satu kempen terancang untuk memusnahkan kebebasan badan kehakiman.

Sampai saat ini, kewibawaan dan integriti hakim-hakim di Malaysia tetap dipersoal, manakala cabang eksekutif masih dilihat campur tangan dalam kes-kes kritikal mahkamah.

PAS, DAP saling mengenal di Kamunting

Apa pun, saya tertarik dengan komentar beberapa pemimpin kanan DAP, khususnya Lim Guan Eng, terhadap episod gelita suku abad yang lalu itu: "Pemimpin PAS dan DAP mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan Umno untuk memomokkan masyarakat bukan Melayu tentang PAS dan masyarakat Melayu tentang DAP.

"Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti itu pada hari ini."

Ya, isu dan krisis yang menyelubungi Umno waktu itu begitu kritikal dan cukup dahsyat sekali. Cabaran Tengku Razaleigh bersama Musa Hitam pada April 1987, yang kemudiannya membawa kes ke mahkamah, sehingga Hakim Harun Hashim tida pilihan lain dan "terpaksa" mengharamkan Umno (atas kemahuan Presidennya, Mahathir sendiri) seterusnya mengakibatkan Tun Salleh dipecat bagi mengelak keputusan Mahkamah Agung yang boleh "menjahanamkan" kerjaya politik Mahathir.

Bagaimanapun, disebabkan parti-parti pembangkang, khususnya PAS dan DAP, gagal membentuk persefahaman politik dan seringkali bercanggah pendapat -- meskipun mempunyai tujuan murni yang sama -- elit Umno telah menyambar kesempatan itu untuk terus bertakhta, merampok harta rakyat dan mencuri khazanah negara.

Dalam keadaan serba sulit diasak segenap penjuru itu, Mahathir terselamatkan disebabkan saingan politiknya turut berpecah.

Laluan bentuk kerajaan alternatif dirintis

Azab di Kamunting 25 tahun lalu itu rupanya cukup berbaloi. Kesengsaraan dipisahkan daripada anak isteri memang pedih tetapi ia berupaya mendekatkan diri sesama pejuang keadilan, daripada pelbagai kumpulan dan berjaya meletakkan asas persefahaman yang kukuh serta mantap untuk satu proses agak panjang membebaskan negara daripada cengkaman sebuah parti dominan.

Pengalaman di saat sukar itu mahal harganya. Pemimpin muda DAP, Liew Chin Tong, yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera, merumuskan: "Keakraban yang terbentuk dalam kesusahan akan berterusan mengukuhkan pergerakan bagi mendirikan Malaysia yang baru dan lebih baik untuk semua."

Mohamad Sabu yang dikurung satu kawasan dengan Guan Eng mengingati "detik-detik manis" itu: "Kami yang duduk bersama-sama di Kamunting berpeluang bertukar pandangan mengenai pendirian parti masing-masing terhadap isu-isu rejim Mahathir. Ini termasuklah prinsip DAP yang tidak menolak usaha membantu Bumiputera miskin sebaliknya menentang kecenderungan nasionalisme Melayu yang dieksploitasi hanya untuk mengkayakan pemimpin dan kroni Melayu tertentu sahaja."

Ketika budaya politik baru -- yang menolak sentimen perkauman dan memandang tinggi isu-isu good governance -- makin tumbuh subur di kalangan rakyat Malaysia, Umno dan kerabatnya dalam BN seperti MCA masih ghairah memainkan lagu lama bagi melaga-lagakan parti pembangkang.

Pelbagai jerat cuba dipasang, misalnya melalui kontroversi Hudud mutakhir ini, namun banyak pihak yakin, persefahaman PAS-DAP yang menempuh jalan berliku dan onak berduri tidak semudah itu dapat digoyang.

Perangkap Umno-MCA hanya akan memakan tuan sendiri!

Membilang hari-hari akhir

Umno-BN yang hampir kehilangan kuasa dan mungkin membilang hari-hari akhirnya masih tidak berputus asa untuk mengadu-domba parti-parti dalam Pakatan, khususnya PAS dan DAP.

Jika kedua-dua parti pembangkang yang berkongsi kepedihan dan keperitan panjang itu dapat dipisahkan, seperti Barisan Alternatif pernah dihancurkan selepas pilihan raya 1999, ekoran isu Negara Islam, nescaya Najib tidak ragu-ragu lagi untuk menghadap Agong bagi membubarkan Parlimen.

Ops Lalang 1987 merakamkan sejarah hitam yang pastinya terus menganggu hari-hari tua Mahathir, namun ia menjadi penyambung ikatan berpanjangan buat PAS dan DAP melakarkan sejarah gemilang dalam PRU13 nanti, dibantu KeADILan, dengan teraju utamanya, Anwar Ibrahim, yang turut menerima pendidikan terbaik, bukan saja dari Kamunting di usia mudanya tetapi juga mendekam dalam lokap dan penjara. -Ahmad Lutfi Othman

Selasa, 9 Oktober 2012

Anroid Mendahului Di Pasaran Asia


android vs blackberry
Hingga akhir tahun ini persaingan pasaran telefon pintar (smartphone) antara BlackBerry, iPhone, dan telefon pintar berasaskan Android dan telefon pintar berasaskan Symbian yang dipelopori Nokia akan semakin sengit.

"Peranan pembekal telekomunikasi baik di dalam dan di luar negeri yang berlumba melancarkan telefon berasaskan Android akan mengancam telefon pintar seperti BlackBerry, iPhone, dan Nokia," kata penganalisa maklumat dan komunikasi, Okky Tri Hutomo, di Kuala Lumpur, Sabtu (8/10) .

Di Asia, menurut Okky, telefon bimbit Android sudah menjadi "market leader" mengatasi BlackBerry, Symbian dan iPhone.


PSRB : Sekiranya BB tak mahu berubah (Change) maka tak mustahil ia akan jadi seperti Nokia yang semakin hilang di pasaran.

Pada tahun 2006 Nokia melancarkan 25 model baru setiap 3 bulan, itu dahulu... sekarang syarikat gergasi telekomunikasi ini terpaksa berdepan dengan krisis pasaran sehingga terpaksa membuang 10 ribu
pekerja.  

Sumber dari Seberang 

Anriod VS BB

Ahad, 7 Oktober 2012

Lambat PRU Menyebabkan Majalah A'bangsa Samakan Najib Dengan PM Britain Yang Kalah



Politik Malaysia tidak sama dengan negara luar, kata BN

Pemimpin Barisan Nasional (BN) mendakwa tindakan menyamakan perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dengan PM Britain Gordon Brown adalah tidak masuk akal memandangkan situasi politik Malaysia adalah berbeza dengan negara tersebut.

Dalam satu rencana dalam majalah The Economist hari ini, Najib telah disamakan dengan Brown yang memegang tampuk pemerintahan selepas diberikan oleh PM terdahulu, Tony Blair, namun kelewatannya mengadakan pilihan raya menyebabkan Parti Buruh tewas pada tahun 2010.

“Ia satu tindakan yang salah dan tidak masuk jika membuat perbandingan antara Malaysia dengan Britain,” kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

“Kerana situasi politik dan pilihan raya negara dengan mereka sama sekali tidak sama.

“Bagaimana mahu menyamakan Najib dengan Brown?”

Pandangan Tengku Adnan disokong Naib Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan, yang berkata corak pemerintahan dan politik Malaysia tidak sama dengan Britain kerana sejak merdeka negara hanya diperintah oleh BN dan tidak pernah bertukar tampuk kuasa banyak kali seperti di Britain.

“Di Malaysia, sejak merdeka hingga sekarang hanya BN yang menjadi kerajaan pusat,” kata Mugilan.

“Bagaimana nak bandingkan Malaysia dengan Britain yang sudah banyak kali bertukar kuasa selepas pilihan raya.”

The Economist juga menyatakan pemerintahan yang dipegang oleh Najib ketika ini bukan hasil daripada mandat yang diperoleh sepenuhnya tetapi sebaliknya hasil daripada pengambilalihan kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Justeru itu ia memberikan kebimbangan kepada Najib untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Keadaan Najib menurut The Economist semakin terdesak hingga terpaksa membuat pelbagai rombakan ke atas polisi kerajaannya dan pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini membuktikan ia bertujuan untuk menarik pengundi muda menyokong BN dalam pilihan raya nanti.

“PM tidak mengadakan pilihan raya bukan kerana takut tetapi kerajaan komited untuk menunaikan janji terlebih dahulu kepada rakyat untuk keselesaan dan kemudahan masa depan,” kata Tengku Adnan lagi.

“Bukan seperti pembangkang yang hanya menabur janji tetapi tidak ditunaikan. Lihat apa yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang.”

Mugilan turut menegaskan langkah Najib untuk tidak mengadakan pilihan raya bukan kerana takut kepada pembangkang tetapi sebaliknya mengatakan pembangkang yang takut untuk berdepan dalam PRU nanti.

“Kita lihat di Selangor, tindakan kerajaan negeri yang mahu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) berasingan dengan pusat membuktikan mereka yang takut untuk menghadapi PRU dan bukannya BN,” kata Mugilan.

“Najib sebagai PM mempunyai kekuatan sendiri.

No time like tomorrow

THE prime minister, Najib Razak, fancies himself as the Tony Blair of Malaysian politics.

Like the former British prime minister, Mr Najib purports to be a progressive reformer, on a mission to “modernise” his country. The British-educated Mr Najib also likes to pay as much attention to the spin on his policies as to their substance. He even hires former Blair advisers to make sure he gets it right.

For all that, Mr Najib increasingly resembles the hapless Gordon Brown, Mr Blair’s nemesis and successor. For years Mr Brown agitated to push his rival aside. When at last he succeeded, Mr Brown blew it by missing the chance to call an early election while he was still relatively popular. Rather than winning his own mandate, Mr Brown, unelected and indecisive, watched his authority drain away until he was boxed into calling an election right at the end of his term—which he then lost. Similarly, Mr Najib took over after an internal party coup in April 2009 against the then prime minister, Abdullah Badawi. Talk of an early election for Mr Najib to secure his own mandate first surfaced towards the end of 2010. He himself began to talk up his chances the following June. Then an election was expected towards the middle of this year. All along, Malaysia has been on an election footing, with the cautious Mr Najib ponderously cultivating the voters.

He has crafted new policies for Malaysia’s younger, unaligned citizens while giving away plenty of money to retain his party’s traditional supporters, especially among the ethnic-Malay (and Muslim) majority. In the budget in late September more cash handouts went to poorer households and a one-month salary bonus to all government workers. They usually vote for Mr Najib’s United Malays National Organisation (UMNO).

Would that there were more to show for all the shadow electioneering. Opinion polls conducted by the respected Merdeka Centre (the latest were for June) gave the prime minister an approval rating of 64%, down from the high point of his popularity in the middle of 2010. Still not bad, you might think, but the popularity of the ruling coalition, the Barisan Nasional (BN), is much lower than the prime minister’s own. So now Mr Najib’s options are diminishing fast. He is required to call an election by April at the latest. In the process he has acquired a reputation for dithering, and now has the regrettable distinction of being Malaysia’s second-longest-serving unelected prime minister, just behind his own father, the country’s second prime minister.

Given UMNO’s deep pockets and its practice of gerrymandering constituency boundaries, winning a simple majority has always looked relatively easy for Mr Najib. After all, the ruling coalition, made up of UMNO and several smaller parties, has achieved that in every election since independence in 1957. Yet Mr Najib’s real aim is to win back the two-thirds majority that the BN lost for the first time at the last election, in 2008. In so doing the BN lost its power, among other things, to tinker with the constitution. That failure led directly to the coup against Mr Badawi and the elevation of Mr Najib. The prime minister knows that if he fails to reverse the humiliation of 2008, a genuinely hard task, then he could go the same way as his predecessor (His chief protection is that personally he remains more popular than the BN.)

Mr Najib has also been spooked by a series of political setbacks. His government mishandled a couple of huge rallies by a coalition of NGOs called Bersih (meaning “clean” in Malay) campaigning for fair elections. And poring perhaps too closely over the minutiae of local-election results, the BN has fretted over a fall in support among Chinese voters. They form the largest minority in the country’s complex ethnic mosaic.

The problem for Malaysia is that the rival parties have been at such a high pitch of combat-readiness for such a long time that the resulting partisanship is poisoning national politics. Pretty murky at the best of times, politics is becoming dirtier by the day. UMNO and its friends in the press and television have been relentless in their assaults on any organisation, such as Bersih, that is deemed to be sympathetic to the opposition. Another target has been an excellent independent website called Malaysiakini. All the old canards about these sorts of groups being in the pay of Zionists, America or George Soros, a foreign financier, have been trotted out. It is not clear whether such slanders still impress Malaysia’s voters, especially its Muslims. They are certainly a sign of desperation.

Selasa, 31 Julai 2012

Tudung AlHumaira Contemporary Diboikot Akibat Halang Abby Sebagai Duta



Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan Syarikat Tudung Kapitalis

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.

"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

Sementara itu syarikat tudung berkenaan, AlHumaira Contemporary (AHC), dalam maklum balas segera dalam facebooknya berkata, kontrak itu ditamat kerana "tidak mencapai matlamat yang diharapkan".

Tanpa menyebut nama Abby, syarikat itu menegaskan bahawa pihaknya sebenarnya berhak mengikut undang-undang untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa yang dianggap sesuai mengikut situasi.

"Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect (hormat) keputusan ini," kata syarikat itu pada laman Facebooknya, merujuk kepada "seorang artis yang baru beberapa bulan bertudung yang juga merupakan bekas duta AHC".

Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama," kata Abby ringkas. -mk

Ulasan GB

Karut betul tindakan syarikat tudung (AlHumaira Contemporary) berkenaan.

Apakah PAS sebuah parti tidak berdaftar?

Tidak sedarkah syarikat itu bahawa kini sudah ramai yang menyokong dan menyertai PAS?

Pengeluar tudung bukan satu.

Rezeki itu di tangan Allah. Kita berharap Abby Abadi bersabar. Kebenaran dan keadilan bakal terjawab nanti.

Ramai yang bakal memboikot membeli tudung dari AlHumaira Contemporary!

kemaskini

Rupa-rupanya baru sebentar tadi, seperti yang GB jangkakan di atas, sudah muncul FB mengajak orangramai memboikot syarikat tudung berkenaan. Baru 1 jam dilancarkan sudah mendapat respons LIKE seramai 705 orang.


LINK: Kami Boikot Syarikat Al-Humaira' Contemporary

Selasa, 3 Julai 2012

Boikot Skinchan Ikan bakar mula terasa

ini cawangan kota damansara. sumber - FB
Hakikatnya selepas Bersih 4.0 - pengusaha restoran rugi, cawangan ditutup akibat demo [gambar kedai kena lelong]

ini cawangan sri segambut. sumber - FB

sumber : sekinchanikanbakar.com

Perniagaan Sekincan Ikan Bakar Saya Ok Jer!..Boikotlah Kalau Nak! - Datuk Jamal



Datuk Jamal Md. Yunus sebelum ini tidak begitu dikenali walaupun beliau mempunyai rangkaian restoran ikan bakar yang terkenal di ibu negara termasuk di Johor dan Melaka.

Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang diusahakannya kini mula menjadi sebutan apabila ia semakin hari dilihat semakin berkembang dan berjaya ‘menembusi’ pasaran makanan ikan bakar.


Namun tindakannya mengetuai Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur dan melancarkan ‘Bersih 4.0 Cintakan Keamanan’ ternyata mengundang ‘padah’ apabila satu gerakan besar-besaran dilancarkan termasuk melalui media sosial baru seperti Facebook untuk memboikot perniagaan yang diusahakannya itu.


Untuk rekod, antara aktiviti Jamal dan ahli-ahlinya dalam kempen tersebut termasuklah menjalankan perniagaan – sebagai tanda protes – di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga

Ketika diminta mengulas mengenai ‘reaksi balas’ mereka yang marah dengan tindakannya itu, Jamal berkata, tidak timbul soal beliau hendak mencari pasal atau bergaduh dengan sesiapa termasuklah penyokong Bersih 3.0.
”Saya berkawan dengan semua orang, termasuk dengan penyokong pembangkang, tetapi apa yang saya dan rakan-rakan buat ini adalah untuk mencari keadilan bagi kami golongan peniaga yang teruk terjejas apabila demonstrasi itu berulang-kali dilakukan di kawasan kami.

” Kami bukan ada agenda politik bila nak ‘buka gerai’ di depan rumah Ambiga, saya rasa sedih apabila ada pihak yang menggunakan kesempatan ini untuk menghentam saya secara peribadi termasuk nak memboikot perniagaan yang saya jalankan.

” Tak mengapalah, itu hak mereka, Alhamdulillah perniagaan saya bertambah baik walaupun saya tahu sudah ada gerakan yang semacam ini,” katanya.

Jamal juga sebelum ini menarik perhatian media apabila menawarkan hadiah dua buah kereta mewah bernilai kira-kira RM2 juta melalui kempen tersebut.


Beliau berkata, hadiah tersebut disediakan sebagai usaha memupuk dan mendapatkan sokongan warga Kuala Lumpur untuk menjadikan bandar raya itu bebas daripada perhimpunan haram dan rusuhan.

“Kita akan buka sebuah laman pengikut Bersih 4.0 di Facebook dan menyeru orang ramai supaya menyertai kempen ‘Cintakan Keamanan’ sebagai bantahan kepada Bersih yang satu lagi.

“Melalui usaha ini, kita berharap Bersih 4.0 akan menjadi penutup kepada perhimpunan Bersih yang menjadikan Kuala Lumpur huru-hara,” katanya.
~Sumber Blog Po umNO 
Hakikatnya selepas Bersih 4.0 - pengusaha restoran rugi, cawangan ditutup akibat demo [gambar kedai kena lelong]
ini cawangan kota damansara. sumber - FB

ini cawangan sri segambut. sumber - FB

sumber : sekinchanikanbakar.com

Dan dengarnya banyak lagi cawangan sekinchan ikan bakar turut akan mengalami nasib yang sama. baguslah. sebelum kena boikot pun memang dah banyak komplen yang kedai ni servis lembab, makan tak sedap, lepas tu harga mahal. daripada buat malu nama sekinchan, elok la bungkus awal awal.




Sepantas mana dia naik mendadak sepantas itu juga dia jatuh merudum, apa lagi  jika modal dari bersumberkan hasil "wang panas!!!"..

Rabu, 6 Jun 2012

Ron97 Turun 10sen pun dah lagak...

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/s480x480/542890_350137205051796_100001665593461_826329_1127958647_n.jpg

MINYAK TURUN HARGA: MALAS NAK CERITA BANYAK TENGOK JER GAMBAR NI:

Masih mahal, kemelut ekonomi masih membelengu Malaysia, jauh tinggi harga dari negara pengeluar minyak lain, kapitalis masih bermaharaja lela...

 


Jumaat, 4 Mei 2012

Petrol Ron95 kurang di pasaran?


Apakah kerana kemelut ekonomi kerajaan akan menaikkan harga minyak ron95 tak lama lagi? atau naik bukan sekarang tetapi selepas PRU13 sekiranya Umnobn kekal dalam tampuk kuasa.

Siang tadi sempat mengisi petrol di stesen minyak Esso Simpang Renggam, lengang, bila masuk pekerja kaunter yang mukanya masam mencuka tu kata ron95 habis, tinggal ron97 saja,!! patutlah lengang, siapa yang nak isi minyak mahal? ana pun alang-alang dah masuk kaunter terpaksalah beli ron97 tapi sekadar Rm10 sahaja, terpaksa.

Petanda naik harga petrol dah ada, cuba teka apakah Najib berani?.....

Bahayakah Ron95?

Ramai yang masih lagi samar-samar tentang apakah kebaikan atau keburukan menggunakan petrol RON95 ini dan masih ramai yang dihantui dengan berita-berita daripada surat khabar mengenai kemalangan yang diselangi dengan kebakaran dan berakhir dengan kematian. ProtonClub Blog kali ini menyingkap apakah kesan penggunaan petrol RON95 ke atas kenderaan.

Maklumat mengenai RON95:
  • RON bermaksud Research Octane Number
  • Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.
  • Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.
  • Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius
  • Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.
  • RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.
  • Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.
Begitulah serba sedikit maklumat yang berjaya kami dapat mengenai petrol RON95 ini, pendek kata tepuk dada, tanyalah selera. Utamakan keselamatan anda dan keluarga, sekian.

Selasa, 17 April 2012

Semua Nak Di Jual Termasuk Lebuhraya (Asal Jadi Duit)

Skandal MEX RM1.7 Billion: "Kapitalis Abu Juling" Buat Keuntungan Guna Duit Kerajaan 


Dr M: Jual lebuh raya MEX sama teruk jual AP

KUALA LUMPUR — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut Tan Sri Abu Sahid Mohamed menjelaskan tindakannya menjual Lebuh raya Maju Expressway (MEX) kepada umum kerana penjualan itu menyaksikan beliau memperolehi keuntungan.

Kenyataan itu dibuatnya selepas penjualan bernilai RM1.7 bilion bulan lalu menimbulkan tanda tanya terhadap perjanjian Abu Sahid Maju Holdings Sdn Bhd yang membuat keuntungan sebanyak RM660 juta dan RM1 bilion hanya selepas empat tahun beroperasi. Pembinaan konsesi lebuh raya bernilai RM1.3 bilion itu dibuat atas geran daripada kerajaan bernilai RM976 juta.

“Kamu jual milik kamu, bukan hak orang lain. Ia sama teruk seperti menjual permit untuk kereta import (AP),” kata Dr Mahathir kepada pemberita di sini, merujuk kepada amalan biasa ahli perniagaan Bumiputera membuat keuntungan mudah dengan menjual permit kereta import dengan lesen daripada kerajaan.

Bekas perdana menteri itu, yang masih lagi dilihat berpengaruh dalam kerajaan dan Umno berkata, Abu Sahid ada berjumpa untuk memberikan penjelasan kepada beliau.

“Beliau cuba memberi penjelasan kepada saya, tapi saya nasihatkan beliau untuk menjelaskan kepada umum kenapa lebuh raya itu dijual, dan kenapa beliau membuat keuntungan daripada kontrak kerajaan,” katanya.

EP Manufacturing Berhad bulan lalu telah membuat perjanjian dengan Maju Holdings untuk memiliki Maju Expressway (MEX) pada harga RM1.15 bilion, dan dengan anggaran hutang sebanyak RM550 juta, jumlah perjanjian itu bernilai RM1.7 bilion.

MEX yang 96.8 peratus milik Abu Sahid menguasai 91 peratus pegangan saham.

MEX adalah konsesi terbesar untuk lebuh raya 26km — menghubungkaan Kuala Lumpur ke Cyberjaya, dan Putrajaya.

Terdapat juga laporan Maju Holding telah memberikan projek pembinaan MEX kepada kumpulan Australia Leighton.

MEX siap dibina pada Disember 2007 dan mula beroperasi Januari berikutnya. -TMI

Tan Sri Abu Sahid Mohamed atau lebih dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai "Abu Juling" sepatutnya sudah diheret ke muka pengadilan kerana kes menjual Lebuh raya Maju Expressway (MEX) kepada umum dan penjualan itu menyaksikan beliau memperolehi keuntungan dengan penjualan dibuat atas geran daripada kerajaan bernilai RM976 juta.

Adalah amat tidak wajar wang rakyat digunakan untuk membuat keuntungan peribadi dan setakat ini tiada apa-apa kenyataan dari pihak SPRM dan kerajaan. -GB

PTPTN idea Kapitalis Najib dan Kroni


Najib yg Perkenalkan PTPTN, mengikut rekod Parlimen.


Tun Dr Mahathir telah bertitah bahawasanya PTPTN adalah angkara Dato Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Pelajaran.

Namun, hasil usaha gigih blogger AMENOWORLD, salinan Hansard Parlimen diberikan seperti di bawah:



Tulang Besi tidak sabar menunggu respon Dr Mahathir. Samada rakyat Malaysia terpaksa menerima hakikat dokumen hitam putih di atas ataupun menelan kata-kata Dr Mahathir bulat-bulat?

Hakikatnya, UMNO dan Barisan Nasional kepanasan di dalam isu PTPTN ini. Mereka sedar kewujudan PTPTN hanyalah untuk mengkayakan kroni2 mereka yang telah membuka banyak kolej2 swasta.

Tanpa PTPTN, ramai kroni UMNO akan bangkrap meniaga.

Yang lebih merisaukan UMNO/BN adalah isu PTPTN akan menyedarkan rakyat Malaysia betapa UMNO sanggup menyusahkan rakyat demi kekayaan segelintir rakyat UMNOPUTRA.

Bagi Tulang Besi, mudah sahaja. Kalau tidak mahu PTPTN, undi Pakatan Rakyat.

Tulang Besi

Sabtu, 7 April 2012

Kedekut Pada Manusia, Membazir Pada Binatang (Ganukite)

Ahmad Said Belanja RM1 juta Beli Badak Sumbu 

KEMAMAN – Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said dicabar menyatakan pendidiriannya samada beliau dan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mahu menjaga kebajikan rakyat atau pun mahu menjaga ‘binatang’.

Cabaran tersebut dilontarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Ahmad berikutan Ahmad yang didakwa berbelanja besar membina dan menguruskan Zoo Bukit Takal.

“…perbelanjaan nak beli bintang-binatang ni belaka, hampir RM10 juta, (hanya) nak beli ‘natang’ ni saja, dalam keadaan rakyat lapar, rakyat miskin, nelayan, petani, tukang kayuh beca, (susah) nak cari RM1, kita berbelanja nak beli binatang saja RM10 juta,

“maka malam ni saya cabar kepimpinan Menteri Besar, Ahmad Said, mu nak jaga rakyat, ke nak jaga binatang? Mu nak jaga rakyat Terengganu ke nak jaga natang hok ada kat zoo bukit takal?,”tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda Tolak Umno (Hamtu) yang diadakan di Dataran Tok Guru, Chukai dekat sini pada Khamis 5 April.

Sebelum itu, beliau mendedahkan kepada rakyat Teregganu khususnya penduduk daerah Kemaman, pembinaan Zoo tersebut dilaporkan mencecah RM100 juta.

“Saya nak bagi tau kepada orang Kemaman satu isu malam ni, depan mata ni (kita semua), iaitu pembinaan Zoo Bukit Takal Kemaman,

“tahu tak berapa kos nak beri makan ke binatang dalam zoo? Berapa kos nak buat zoo bukit takal tu? Ia mencecah hampir RM100,”jelasnya.

Menurutnya, kerajaan negeri Terengganu tidak wajar membina Zoo dengan begitu mahal dalam keadaan masih terdapat ramai rakyat yang miskin di kampong-kampung.

Beliau berkata dalam keadaan masih terdapat orang kampung lapar dan nelayan terpaksa mengerah seluruh tenaga untuk turun ke laut mencari rezeki, Menteri Besar Terengganu  belanja hampir RM100 juta buat Zoo.

Katanya, seekor badak sumbu yang akan dibeli adalah adalah berharga RM300,000 dan Zoo tersebut menghabiskan hamper RM1 juta untuk membeli tiga ekor badak tersebut.

“harga seekor badak sumbu yang dia nak beli, adik kakak tahu dok berapa harga seekor badak sumbu? Harga badak sumbu yang dia nak beli, harganya adalh 100 ribu (dollar) Amerika, bermakna seekor badak sumbu harganya RM300,000.

“Tiga ekor dia beli badak sumbu, bermakna RM1 juta beli badak sumbu saja dan dia beli zirafah, (seekor) harga zirafah ni 90 ribu (dollar) Amerika, dia beli 6 ekor bermakna dia belanja hampir RM2 juta nak beli zirafah ni saja,”katanya.

Majlis Perasmian Hamtu disempurnakan oleh Timbalan presiden PAS Haji Mohamad Sabu diiringi oleh T,balan Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat merangkap Pengarah MTD Chukai dan Yang Dipertua PAS Kemaman Haji Ismail Harun. -BO



Rakyat Malaysia Tak Bahagia Berbanding Israel? Laporan PBB

Laporan Kebahagian Sedunia -Israel ke-14, Malaysia ke-51

Berita Oleh: laniismaa

"Tahniah kita berada di tangga 51 negara paling gembira di dunia berdasarkan kaji selidik terbaru oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Masih berada dalam lingkungan 1/3 negara yang dikaji selidik sebanyak 156 negara.

"Laporan Kebahagiaan Sedunia" berdasarkan beberapa petunjuk antaranya kemakmuran kebendaan, kecenderungan umum seseorang dan tahap kepuasan dengan aspirasi asas masing-masing. Ia maklum balas kaji seldik dari tahun 2005 hingga pertengahan 2011.

Malaysia menduduki ranking kedua di Asia Tenggara di belakang Singapura yang muncul sebagai negara paling gembira di rantau itu.

Mengikut senarai dunia itu, Denmark ditangga pertama, Finland ke-2 dan Norway ke-3. Singapura menghuni tangga ke-33, Thailand (52), Myanmar (72) dan Indonesia di ranking ke-83.

Paling menarik Israel mengalahkan kita paling bahagia dengan berada di tangga 14. Israel menjaga rakyatnya menjadi bahagia di tangga 14. Malaysia menjaga rakyatnya menjadi bahagia di tangga 51.

Malaysia di tangga 51 kerana soal selidik dijalankan ke atas orang BN. Kalau soal selidik dilakukan ke atas orang PR, entah ke tangga berapa kita berada. Senarai yang membuatkan kita tak bahagia amat banyak dari yang bahagia.

Senarai 20 Paling Gembira
1. Denmark
2. Finland
3. Norway
4. Netherlands
5. Canada
6. Switzerland
7. Sweden
8. New Zealand
9. Australia
10. Ireland
11. USA
12. Costa Rica
13. Austria
14. Israel
15. Belgium
16. Luxembourg
17. United Arab Emirates
18. United Kingdom
19. Venezuela
20. Iceland
Paling akhir ialah Togo
 
PS : Nak bahagia macamana kalau jenayah berleluasa, harga barang dan petrol semakin Naik, kemelut ekonomi, kezaliman terhadap pemimpin lawan, krisis makanan meruncing, krisis remaja sekolah, perkauman, rasuah, sentimen agama, tipu rakyat dan tolak islam sebagai cara hidup.

Khamis, 5 April 2012

Tumbuk Adam Adli umpama baling batu sembunyi tangan

Mata Adam Adli Lebam Kena Tumbuk Di Kampung Kerinchi - updated 


Adam Adli ditumbuk ketika rundingan penduduk

Rundingan 34 penduduk pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk.

Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat.

Adam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata.

Adam ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan dikasari dan mengalami kecederaan yang kini sedang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu.

Adam sebelum ini popular kerana menurunkan bendera memuatkan bendera memuatkan wajah Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan mahasiswa di depan ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur. -mk


Insiden Kg Kerinchi: 3 mahasiswa dipukul


KUALA LUMPUR: Proses pembersihan penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terlibat bersama anggota yang didakwa dari NGO, Pekida.


Tiga aktivis mahasiswa terlibat ialah Adam Adli, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree.
Difahamkan Ekhsan ditahan di Balai Polis Lembah Pantai dan kemudian dibebaskan.


Insiden pergaduhan itu bermula apabila wujud provokasi dari kumpulan Pekida terbabit ketika ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di tingkat 3, iaitu salah satu flat yang akan dirobohkan.


Kedengaran kumpulan terbabit menjerit ‘turun Adam Adli’ dan apabila Adam dan tiga rakannya lain turun dari flat itu, mereka diserbu dan tercetusnya pergaduhan.


Adam ditumbuk di bahagian mata sebelah kiri dan keadaan mulai kecoh sehingga dileraikan anggota polis.


Keadaan yang mulai tegang dileraikan polis sehingga beberapa minit kemudian, FRU mulai kelihatan untuk mengawal keadaan sekitar.


Proses pembersihan flat Kerinchi ini sepatutnya dijalankan awal pagi ini, namun mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang masih enggan berpindah atas sebab tertentu.


Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai untuk mereka membuat persediaan untuk berpindah. -FMT







Kapitalis Syed Mokhtar Sapu Semua Projek Ulangi Kesilapan Renong


 












Syed Mokhtar dapat projek kereta perisai RM7.55b?

Berita Oleh Salmiyah Harun
 KUALA LUMPUR, 4 April: Kerajaan diminta menjelaskan adakah benar syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mendapat kontrak perolehan kereta perisai bernilai RM7.55 billion.


Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 bagi Kementerian Kewangan.

Beliau juga mendakwa, Syed Mokhtar turut mendapat kontrak projek double-tracking yang bernilai RM10 billion dan projek terowong MRT yang bernilai RM8.2 billion.

Bagaimanapun, dalam perbahasan itu, Tony meminta kerajaan memberikan satu laporan terperinci mengenai empayar milik individu terbabit yang dilihat tiada hadnya.

Katanya, individu terbabit juga telah menguasai pelbagai bidang industri termasuk Padi Beras Nasional Bhd, Tradewinds Bhd dalam sektor gula, Pos Malaysia, DRB Hicom, Proton Malaysia, Port of Tanjung Pelepas, Johor Port dan sekarang dikatakan Penang Port dan Northport.

"Hampir  kesemua pengambil-alihan saham melalui penswastaan dan projek ini dibiayai oleh pinjaman. Apakah jumlah pinjaman yang telah diambil oleh kumpulan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar dan apakah bank yang paling terdedah kepada pinjaman beliau?" soal Tony.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Bank Negara mengambil risiko sistematik yang ada atas pinjaman berpuluh-puluh billion kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan seorang sahaja.

Tegasnya, krisis kewangan 90-an sepatutnya memberi pengajaran kepada negara supaya tidak mengambil risiko yang terlampau tinggi kepada sebuah syarikat atau individu.

"Pada masa itu Renong yang menjadi 'darling' kepada Umno dan kerajaan BN lesap begitu sahaja dan menyebabkan kerugian bukan sahaja kerajaan tetapi juga rakyat biasa melalui pelaburan dalam syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia," katanya.

Justeru, beliau berharap menteri dapat memberikan jumlah pinjaman dengan angka-angka terperinci supaya perkara ini tidak lagi membimbangkan rakyat dan industri.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang pernah beberapa kali mempersoalkan di parlimen kenapa segelintir korporat Melayu yang mendapat projek mega kerajaan seperti Syed Mokhtar, anak Tun Mahathir, adik Datuk Seri Najib, bekas Ketua Hakim Negara dan peguam Umno.

Apa Ada Pada Nama Kereta?

 

(Gambar) Proton Preve Terbaru Dari Proton Dan Mana Identiti Kita?

Nama kereta model terbaru Proton yang sebelum ini menggunakan kod P3-21A akhirnya di beri nama Preve yang diambil daripada perkataan Inggeris, Proof (bukti) dan membawa mesej bahawa kereta itu adalah bukti kepada visi dan komitmen Proton yang berterusan. Ingatkan nama Proton Tuah atau Jebat yang akan diberikan?



Dengan berkonsepkan sedan keluarga yang elegan dan selesa, Proton Preve disasarkan untuk pengguna yang sudah berkahwin berusia di antara 20 hingga lewat 40 tahun serta untuk mereka yang ingin memiliki kereta buatan Malaysia  berkongsepkan "family car".
Menggunakan enjin 1.6 Liter, dan teknologi RESS  yang akan memastikan pemanduan dan pengendalian yang cemerlang dan selamat dan model ini turut direka bagi mencapai standard kualiti seperti kereta dari negara Jepun.
Didatangkan dengan tiga varian pada harga bermula daripada RM62,000 sehingga RM75,000, dan enam pilihan warna. Proton Preve akan dilancarkan sedikit masa lagi sebelum memasuki pasaran luar negara.
Ini kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sempena pelancaran nama model baru Proton ini:
 
“Jika ingin ke peringkat global, nama yang dipilih juga haruslah sesuai dan bersifat antarabangsa. Justeru itu, kami memilih Preve bagi membuktikan ianya lebih bermakna,”

INSPIRASI : Realitinya, kenapa nak bangga sangat dengan nama dari bahasa luar? Kenapa tidak digunakan nama tempatan yang sebegitu banyak? Dah tak sedap gamaknya nama yang ada dalam negara kita, sehingga terlalu mengagung-agungkan nama dari bahasa luar. Bukankah nama Tuah, Jebat dan pelbagai yang dicadang sebelum ini lebih menarik untuk ditonjolkan di luar negara, bahawa negara kita mempunyai nama yang baik dan sedap di dengar. Kalau kita sendiri malu dengan nama kita, bagaimana kita nak ada identiti sendiri sampai bila-bila? Kalau betul berkualiti, orang luar tahu menilainya dan bukan hanya pada nama. Nama itu pula sepatutnya, melambangkan identiti negara pengeluar dan sepatutnya kebanggaan kita.

Sabtu, 14 Januari 2012

Mydin Kroni Najib nak bertanding PRU?


Bos Mydin Nak Main Politik?

Alahai, boss Mydin pun nak main politik…

GEORGE TOWN, 13 JAN: Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Ameer Mydin dicabar menyerahkan bukti berkaitan tuduhannya yang menyatakan ada penipuan dalam pengisytiharan harta oleh Exco-exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong mencabar Ameer Mydin supaya menyerahkan bukti-bukti kukuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis.

“Jika tiada bukti, sebagai tokoh korporat yang bertanggungjawab, beliau harus menarik tuduhan beliau itu dengan segera dan meminta maaf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Liew yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata demikian mengulas kenyataan Ameer Mydin di Twitter semalam yang dipetik sebagai berkata:

“After 3 years so can trust (Selepas tiga tahun boleh percayakah?)” dan

“All done la transfers take time thats way after 3 yrs declaring (Semua pemindahan sudah siap lah sebab itu ambil masa tiga tahun).”

Liew yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat DAP menjelaskan bahawa kesemua 11 Exco kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri Lim Guan Eng telah mengumumkan aset mereka pada 8 Mac 2008 dan 31 Disember 2011.

“Pengisytiharan harta itu dinilai dan disahkan oleh firma akauntan antarabangsa, KPMG,” katanya, menambah ini adalah kali pertama semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan, ahli kerajaan secara terbuka mengisytiharkan harta masing-masing.

Mydin adalah satu-satunya pengendali monopoli Kedai Rakyat 1Malaysia. – Roketkini.com

Rabu, 4 Januari 2012

Foto PM Kita Isap Cerut

Gambar PM Najib Tengah Hisap Cerut


Gambar PM Najib Tengah Hisap Cerut

Gambar PM Najib Tengah Hisap Cerut

Gambar PM Najib Tengah Hisap Cerut

Gambar PM Najib Tengah Hisap Cerut



gambar ~ tawanmalaysia

Isnin, 28 November 2011

Kapitalis dan perkauman dalam bisnes KR1M

Menutup bangkai penyelewengan dengan isu perkauman

Kementerian Kesihatan telah pun mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana ia berbahaya kepada kesihatan dan melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Ini membuktikan kesahihan penemuan oleh Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang menyatakan sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang melanggar akta berkenaan.

Siasatan Pua mendapati label sos tiram keluaran syarikat lain menggunakan ekstrak tiram sedangkan produk di KR1M dibuat daripada perisa tiram yang sangat kurang protein dalam bahannya.

Adakah pihak-pihak yang mengecam dan mengutuk Pua serta para pemimpin Pakatan Rakyat lain yang telah mendedahkan kepincangan barangan dan iklan KR1M yang telah mengelirukan pengguna?

Sudah tentu tidak. Apabila disemak melalui internet, rata-rata hasil cariannya akan menjurus ke arah laman-laman web pecacai siber UMNO yang tetap menegakkan benang yang sabah. Malah bahasa kurang ajar mereka semakin menjadi-jadi.

Bahan makanan berbahaya dijadikan isu perkauman

Mereka cuba mempertahankan pengendali monopoli KR1M, iaitu Mydin, dengan kata-kata “DAPig ni dengki dengan orang Melayu!”, “Orang Cina tak habis habis nak dengki dengan perniagaan Melayu!”, “Nurul Izzah bodoh, ikut telunjuk Tony Puaka”. Ini sekadar beberapa komen dan analisis para bijak pandai di kalangan mereka yang tegar menyokong UMNO yang tidak lucah untuk siaran rencana ini.

Golongan ini percaya bulat-bulat apa yang disampaikan pemimpin parti mereka yang bagaikan maksum, tanpa mempedulikan kesan produk dan bahan makanan yang berbahaya kepada kesihatan, yang mungkin menjejaskan diri dan keluarga mereka sendiri. Kecualilah, jika mereka sendiri membeli-belah di Carrefour, Giant atau Tesco.

Politik mereka yang sudah jauh terbenam dalam kemelut perkauman menjadikan golongan itu seperti buta kepada isu yang sebenar, ia merupakan masalah ketulusan, ketelusan, keselamatan dan kesihatan rakyat.

Amat memalukan, malah mendukacitakan apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri cuba menutup kelemahan kerajaan dengan menjadikannya isu perkauman.

Dalam tulisannya di Facebook dan Twitter, beliau mendakwa: “tony phua DAP ni masih tk habis2 menfitnah KRIM… jelas agenda DAP yg ingin menguburkan KRIM yg rata2 supplier nya terdiri dari IKS bumiputra. Rata2 pembeli nya terdiri dari gol berpendapatan rendah bumiputra. Mydin pun bumiputra. malangnya ada bumiputra spt nurul izah & zulkifli ‘menyalak’ bagi pihak DAP”

Trend menolak kebenaran

Ini bagaikan sudah menjadi trend pemimpin UMNO masa kini. Kalau ada sebarang skandal di mana rakyat dipermainkan dan wang rakyat disalahgunakan, mereka cepat-cepat menuding jari, “ini serangan terhadap UMNO!”.

Kalau berlaku rasuah, ia dipertahankan dengan kata-kata keramat, “jangan dengki dengan dengan orang Melayu!”. Ia sungguh menjijikkan bahawa segala isu di negara kita, mereka mahu sempitkan ke arah isu kaum dan agama.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyaraka Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang terpalit dengan skandal lembu NFC, walau pun tidak membawanya sebagai isu perkauman, tetap cuba bersembunyi di sebalik kenyataan, “ia adalah serangan terhadap Wanita UMNO”. Tidak pasti pula sama ada ratusan juta wang rakyat yang diberi kepada keluarganya untuk menternak lembu tetapi digunakan untuk membeli kondominium mewah itu ada kena-mengena dengan perjuangan Wanita UMNO.

Dalam isu KR1M yang kadangkala dilihat sebagai Kedai rakyat 1Maydin, Pua dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah telah membongkar kepincangan program yang disubsidi oleh wang rakyat itu, termasuk status produk yang tidak menepati perihal dagangan dan kesihatan serta harga sesetengah barang di kedai tersebut lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Ini bertentangan dengan tujuan KR1M yang disubsidi demi menjamin harga yang paling murah dipasaran. Bukankah rakyat berhak diberi penjelasan tanpa perlu melibatkan soal kaum? Atau mungkin kerajaan UMNO dan Barisan Nasional merasakan tidak apa untuk menipu golongan berpendapatan rendah, khususnya orang Melayu.

Kuman dan penyakit tidak mengenal parti

Tetapi yang lagi penting ialah pendedahan pemimpin-pemimpin PR tehadap isu ini ialah kajian yang menunjukkan bahawa ada barangan di KR1M yang tidak selamat dan membahayakan kesihatan pengguna.

Walau pun Kementerian Kesihatan telah menolak kajian bahawa ada produk susu di kedai KR1M mengandung 8 kali ganda vitamin A lebih banyak daripada paras yang selamat serta terdapat juga susu yang mengandungi bakteria E.Coli, ramai pengguna mula sangsi dengan tindakan dan amalan kerajaan BN yang semakin sukar dipercayai.

Ini bukannya propaganda ciptaan UMNO-BN di mana semua benda adalah rekaan semata-mata. Ia sudah terbukti bahawa barangan bahaya dan tiada standard di KR1M boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Ini bukan soal politik, kaum atau agama. Kuman tidak mengenal mangsa. Penyakit tidak peduli siapa ahli UMNO, MCA, MIC, DAP, PAS atau PKR. Mungkin kerana kebanyakan keluarga menteri dan pemimpin UMNO tidak membeli barangan di KR1M, maka itu tidak menjadi masalah besar kepada mereka dan sanak-saudara serta keluarga mereka.

Jelas sekali, demi permainan politik, rakyat miskin menjadi mangsa. Selama kita berada di bawah telunjuk UMNO-BN, hanya polemik perkauman sempit sahaja akan terus dimainkan tanpa memikirkan nasib dan kesihatan rakyat. – Roketkini.com