Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron
Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL,
dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands
tapi dekat dengan KL.
Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di
Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1,800 kaki dari paras laut.
Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang.
Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua
negeri.
Tapi Lim Goh Tong bukan bodoh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli.
Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.
Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah
Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada
makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan
melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.

Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas
12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri
Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji
Mohamad Noah yang buat.
Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad
serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor
masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99
tahun kepada Genting Highlands Berhad.
Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan
hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi
pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak
yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk
Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.
Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah
seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh
Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak
payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau.. aku tak tau nak cakap
la.
Tun Razak pun aku tak payah cerita.. sebab kalau tak tau dia tu bapak
kepada Najib… tak tau nak kata apa la.
Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi
kuda tunggangan Lim Goh Tong?
Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk
Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila
(emak Hishamuddin).

Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong
untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat
perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat
menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua
kerajaan negeri.
Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala
di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan
Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik
kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.
Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang
menentang semua kena steamroll.
Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja
membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada
18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah
selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun
mengambil masa dua tahun.
 |
| Najib Razak
pewaris Genting |
Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands
melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran
pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.
Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah
non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.
Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum
tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih
generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau
campak saja depa kelaut.
Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan
diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela. ~msk