Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label Kelantan Serambi Mekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelantan Serambi Mekah. Papar semua catatan

Khamis, 17 Januari 2013

Gomoman VS Johoman, Siapa lebih miskin?



Pendedahan dibuat oleh Presiden Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas bahawa orang Melayu di Johor paling miskin mungkin tidak menjadi kudis gatal kepada pemimpin Umno Johor. Baik Abdul Ghani Othman, Muhyiddin Yassin apa lagi Ahmad Maslan, fakta itu tidak penting buat mereka asalkan saja mereka senang dan kaya raya. Peduli apa dengan nasib orang Melayu Johor. Lagi pun orang Melayu Johor versi lama cukup berpuas hati asalkan Umno memerintah negeri berkenaan. Bagi mereka sudah cukup Umno terus mentadbir Johor, jangan peduli apakah nasib mereka dan masa depan mereka, janji Umno masih terus hidup maka mereka juga akan hidup. Umno persis nyawa kepada orang Johor.

Kenapa saya kata begitu, sebab masalah kemiskinan dan keterhimpitan orang Melayu Johor ini bukan perkara baru, ia bukan berlaku sehari dua ini. Ia mulai merebak sejak zaman Muhyiddin Yassin menjadi MB Johor lagi. Ketika itu kerajaan Johor meluluskan dasar orang luar boleh memiliki tanah di Johor seberapa banyak yang mereka ingin. Dasar tanah Johor sangat rapuh berbanding dengan dasar tanah Kelantan yang ketat dan istimewa.


Muhyiddin sendiri menjadi dalang dalam membenarkan tanah-tanah rezab Melayu sekitar Johor dibangunkan kemudian dijual kepad orang asing, Singapura. Perpindahan beliau ke pusat menjadi menteri dan meninggalkan tampuk Johor salah satu faktornya ialah kelemahan dasar pentadbiran di bawahnya yang menyebabkan Johor banyak hilang tanah.

Pembangunan yang dikemukakan Muhyiddin memang untuk membantu mengembangkan ekonomi orang Johor. Tetapi matlamat itu tidak tercapai dan ia semacam ia tergadai apabila projek baik perumahan, gedung perniagaan yang dibangunkan nilai pasarannya tinggi menyebabkan orang Melayu tidak mampu memilikinya.

Akhirnya kesan dari itu bagi mengelakkan lambakan dan kebekuan aset, maka hartanah itu dibuka untuk dibeli oleh warga asing khasnya rakyat Singapura. Hari ini sudah lebih dari lima gedung perniagaan besar di Johor Bahru sudah bertukar tangan daripada "Mahmood Iskandar" kepada "Mah Hong Kong."

Demikin juga dengan rumah kediaman yang kononnya dibangunkan untuk orang Melayu atau rakyat Johor sudah menjadi milik orang asing. Salah satu ialah pembangunan di sekitar Danga Bay.


Singapura

PAS Johor yang kini sedang menunjukkan ghairah untuk memerintah Johor mungkin ada angka-angka mengenai berapa jumlah rumah, kedai dan berbagai premis yang menjadi milik Singapura. Kalau rajin anda boleh berdiri di Tambak Johor (cross way) kira sendiri berapa banyak kereta plat Singapura yang pagi-pagi sudah keluar ke Singapura atau duduk petang kira berapa banyak kereta plat Singapura masuk ke Johor untuk tidur dan membuat anak di Johor.

Mereka itu adalah rakyat Singapura yang mendapat manfaat dari dasar tanah dan pembangunan Johor.

Syed Ali juga membayangkan kadar atau jumlah kemiksinan orang Johor akan bertambah dengan ramainya orang asing datang ke kawasan pembangunan baru Iskandar Malaysia. Menurutnya 80% tanah di zon pembangunan Johor Selatan itu (Iskandar) adalah milik orang asing.

Menurutnya lagi pada tahun 1800 orang Melayu Johor paling kaya tetapi hari ini menjadi paling miskin. Tidak mustahil mungkin dalam tidak sampai 100 tahun lagi semua tanah di Johor baru akan menjadi milik orang asing. Johor akan menjadi Palestin yang terpaksa berpawah hidup dengan orang asing seperti mana rakyat Palestin berpawah tanah dengan Israel.


Melayu Kelantan lebih kaya 

Paling merujakan dan ini paling tidak disenangi oleh Umno ekoran pendedahan Syed Ali itu apabila beliau menyebut, orang Melayu di Kelantan lebih kaya dari di Johor. Beliau memberi contoh kekuatan (nilai ringgit) orang Kelantan mereka boleh membeli rumah sehingga bernilai RM200,000. Nilai rumah yang sama besar di Johor mencecah RM1.5 juta.

Songsang

Pendedahan Presiden DPMM itu menjelaskan bahawa dasar pembangunan di Kelantan lebih praktikal dalam memelihara hartanah orang Melayu serta memberi pembangunan kepada rakyat. Hakikat ini tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun kecuali Ahmad Maslan akan menafikan dengan sekeras-kerasnya seperti aksinya membela Felda walaupun saham FGVH ternyata merudum tetapi dia masih mengatakan saham itu naik kerana kaedah ukuran Mat Maslan ialah dari bawah ke atas. Songsang.

Perbandingan dibuat Syed Ali ini menjelaskan bahawa PAS yang menjadi pemerintah Kelantan ternyata lebih prihatin dan bersifat membela tanah air - al wataniah. Jadi terbuktilah kini bahawa Umno hanya pandai mendendangkan lagu 'anak kecil main api' tetapi tidak tahu bagaimana hendak memadamkan api yang sedang membakar hartanah Melayu di Johor.

Generasi Melayu Johor harus sedar apa yang berlaku itu, bahawa Umno bukan boat penyelamat lagi. Jangan anggap pendedahan Syed Ali itu hanya sekadar hendak menimbulkan kebimbangan Johor terus akan hanyut kalau kedatangan orang asing bertambah ramai ke negeri itu. Saya tidak fikir dia hendak bermain politik dengan kenyataan itu mahu menggambarkan kalau Pakatan Rakyat menang di Johor, bilangan orang asing akan bertambah dan Melayu Johor akan terhimpit.

Tidak. Generasi baru dan lama di Johor kena memberi keyakinan dan peluang kepada Pakatan Rakyat yang kini sedang dibimbing oleh Salahuddin Ayub bersama rakan-rakanya Suhaizan Kayat, Mazlan Aliman dan rakan-rakannya. Menghayati dan bandingkan dasar pemerintah yang bakal dilakukan sekiranya mereka menang. Yang pastinya PR tidak sesekali akan mengguna pakai sistem pentadbiran digunakan pakai Umno sejak 56 tahun lalau kerana ia ternyata gagal. PR akan tinggal sistem itu sebab ia korup. Sistem atau dasar PR sudah tentu akan mengelakkan rakyat Johor khasnya Melayu terus terjelus dalam lubang maut bikinan Umno.

Apa yang didedahkan oleh Syed Ali itu juga sekaligus menempelak  perdana menteri Ha Najib Razak yang begitu arif mengenai perangkaan, di mana sebelum ini mengatakan Kelantan sebagai negeri termiskin. Apakah dengan keadaan Johor yang rakyatnya disahkan sendiri oleh rakyatnya (Syed Ali) yang termiskin itu tidak memungkinkan yang rakyat termiskin adalah negeri sepupu Najib itu sendiri?

Najib kena perbetulkan fakta itu manakala rakyat Johor kena perbetulkan pemerintah. Pastikan sistem rintahan digunakan pakai Umno terbuang dari Johor barulah rakyat Johor akan terkeluar dari zon paling miskin yang dibimbangi itu. -
http://msomelayu.blogspot.com

Isnin, 14 Januari 2013

Cina Mulia Kerana Islam : Hafizah dari Negara Tionghua



Wanita-wanita Cina Hafidzah 30 Juzuk Al-Quran

 Gambar di atas menunjukkan wanita-wanita Cina yang baru sahaja lulus menjadi seorang hafidzah Al-Quran. Seseorang yang hafal Al-Quran selalu istimewa.

Wanita-wanita Cina yang telah mendapat predikat HAFIDZAH AL-QUR'AN telah melalui masa-masa sukar. Mereka tidak mampu bercakap Bahasa Arab secara FASIH kerana loghat bicara yang berbeza.

Akan tetapi mereka menunjukkan bahawa walaupun demikian, terbukti mereka mampu mendapat gelaran Hafidzah-hafidzah Al-Quran, mendapat sanad, Ijazah dengan berjaya menamatkan pengajian. Subhanallah

Terbukti Islam tidak dimiliki oleh bangsa Arab dan Melayu (baca Melayu Umno) sahaja. Iman dan auratnya terpelihara walaupun mereka adalah manoriti di Tanah besar China, Persaudaraan yang terjalin berasaskan aqidah bukan atas dasar bangsa dan suku kaum. Takbir!

Jumaat, 28 Disember 2012

Saya Sebak Jumpa Tok Guru : Diana

KOTA BHARU: Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi. Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.
Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya  apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.
“Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…” ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.
Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.
“Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua,” ujarnya.
Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.
Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz.
“Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut,” ujarnya.
Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian.
Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.
“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari,” ujarnya ketika ditemui.
Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.
Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak ‘kasar’.
Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan ‘penghijrahan’ kini. ~harakahdaily

Jumaat, 9 November 2012

Pendekatan PAS Kelantan & Johor Sama?


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan mengalu-alukan rancangan PAS Johor untuk 'menjohorkan' PAS di negeri itu.

Bagi mereka, ianya bersesuaian dengan ‘mood’  pelbagai lapisan masyarakat terhadap perjuangan parti itu yang dilihat semakin hebat.

Ketua Dewan Pemudanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (gambar), ketika ditemui selepas mesyuarat Dewan Harian dewan berkenaan memberitahu, rakyat akan lebih mudah memahami dasar dan matlamat perjuangan PAS menerusi cara itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berhubung program baru parti itu yang mahu menjohorkan PAS di negeri itu.
 
pendekatan yang sama

PAS di Kelantan juga mengambil pendekatan yang sama iaitu mendekati rakyat negeri itu melalui program sosiobudaya mereka untuk memenangi hati mereka.

Ia termasuklah menjadikan kesukaan rakyat Kelantan sebagai program PAS termasuklah dikir barat, bola sepak, memperkasakan makanan tradisi Kelantan termasuk budu dan sebagainya.

Dr Mahfodz ketika memberikan ucaptama dalam Konvensyen PAS Johor Ahad lepas menggariskan program 'menjohorkan' PAS di negeri itu.

Pendekatan tujuh perkara itu bertujuan untuk membolehkan PAS dapat masuk ke dalam sosiobudaya rakyat Johor sehingga ke akarnya.

Antara nama penting dalam tradisi Johor adalah majlis yasinan, marhaban, berzanji, merewang, memakai songkok tinggi, nasi embeng, laksa Johor dan sebagainya.

(Peserta konvensyen PAS Johor makan nasi dalam talam antara program 'menjohorkan' PAS di negeri itu)

PAS Johor juga mengkaji untuk mengaitkan PAS dengan tarian tradisional Johor iaitu kuda kepang dan zapin serta muzik ghazal asalkan tidak bertentangan dengan Islam.


Mendapat sambutan



“Lebih membanggakan kita mana-mana program Pakatan Rakyat yang dianjurkan di negeri ini mendapat sambutan rakyat termasuk jualan meja untuk makan malam baru-baru ini.

“Untuk itu PAS perlu memperlengkapkan diri untuk menerima keluarga besar yang bakal menyertai parti itu,”ujar Abdul Latif ketika menyokong cadangan Johor itu.

, Abdul Latif turut mencadangkan program memasyarakatkan PAS di setiap negeri termasuk di Kelantan perlu digerakkan dengan lebih agresif.

“PAS dilihat bukan hanya sebuah wadah perjuangan Islam, sebaliknya membawa masyarakat ke arah keharmonian dan kasih sayang,”ujarnya. -Hrkh
   
PRSB : Gaya orang PAS dengan kopiah putih sudah menjadi budaya dan identiti, malah ramai Pak Imam dan Pak Haji kalangan tegar Umno pun selesa dengan pakaian ala PAS, nampak lebih islamik dan dapat pahala kerana ia pakaian sunnah.
 
Di Johor, kalau di kampung anak muda tak mau langsung pakai kopiah, lebih-lebih lagi warna putih, takut dan ditakut-takutkan kalau hadir majlis kenduri Yasinan nanti kena baca doa... 
 
Inilah doktrin Umno yang ditanam dalam kepala mereka bahawa hanya yang dah pergi haji sahaja yang boleh pakai kopiah putih. 
 
Jadi sampai usia pencenlah songkok hitam baldu yang dah jadi kuning yang mereka pakai. Dah macam lepat buruk kata Allayarham A R Tompel kepada A K Jalani Kengkang  Do Re Mi


Jom Ke Himpunan Kebangkitan Rakyat 16 Nov.12


Himpunan Kebangkitan Rakyat 16 
Nov.12

Ahad, 21 Oktober 2012

Siapa Suruh Dia Serang Nik Aziz? Umno Bingung

Harakahdaily, 21 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.
“Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.

Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai agamawan.

“MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh Nik Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini. Video yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik Aziz sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam.

“Undi bukan Islam dah hilang. MCA berkata apapun tiada guna. Tapi sekarang MCA sedang menghalau undi Melayu kepada PAS. Orang Umno seperti saya pun terasa tidak tergamak untuk mengundi MCA, malah terasa kesian kat PAS.

“Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz tanpa berkata apa-apa. Betullah, hanya syaitan yang dikenali yang sanggup membiarkan keadaan sedemikian berlaku,”  tambah beliau.

Ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, sumber dalaman itu memberitahu Harakahdaily, Pakatan Rakyat kini di depan dengan simple majority seperti yang dikatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

“Tapi selepas bom Chua dan MCA, Najib rasanya terpaksa saja meneruskan lakonan ini dan bertukar serangan kepada DAP. MCA serang PAS tak akan diberi liputan di berita bahasa Melayu, Umno pula serang DAP tidak diliputi di berita bahasa Cina. Perang di Facebook dan internet rasanya boleh diucapkan selamat tinggal,” kata beliau

PRSB : Umno boleh main sentimen perkauman dan agama selama ini, tak pelik kalau MCA juga guna isu mencetuskan sentimen agama... kalau yang cakap ni non muslim samada orang Cina atau India dari DAP atau PKR dah lama kena tangkap ISA... atau kena belasah dengan Perkasa... harap DPP buatlah sesuatu.


Kelantan Juara Berganda, Askar Jangan Berputus Asa...

penyokong pasukan Kelantan 

Kelantan juara Piala Malaysia 2012

Noor Hafiza Che Abdullah, Siti Fatimah Muhammad Ali & Nizam Zain

Piala Malaysia
Penyokong Kelantan meraikan gol pasukan itu. - Foto Sinar Harian
Piala Malaysia
Asakan pemain ATM di kawasan pintu gol Kelantan. - Foto Sinar Harian
Piala Malaysia
Pengadilan kad kuning ke atas pemain Kelantan. - Foto Sinar Harian
Piala Malaysia
Suasana dalam Stadium Shah Alam ketika perlawanan ATM-Kelantan bermula.
penyokong pasukan Kelantan
Sebahagian daripada penyokong pasukan Kelantan. - Foto Sinar Harian Rosli Talib, Safwan Mansor, Khiru Shaleh Abdullah dan Zulfadhli Mohd Saki
penyokong pasukan Kelantan
Sebahagian daripada penyokong pasukan Kelantan. - Foto Sinar Harian Rosli Talib, Safwan Mansor, Khiru Shaleh Abdullah dan Zulfadhli Mohd Saki
Angkatan Tentera Malaysia
Sebahagian daripada penyokong pasukan Angkatan Tentera Malaysia. - Foto Sinar Harian
 
[DIKEMAS KINI] KELANTAN membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA. Pencapaian Kelantan ini kali terakhir dilakukan oleh Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Indra Putra Mahayuddin menjadi wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan Piala Malaysia menjadi milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun lepas.

Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, tiga kali mendahului ATM sebelum wisel penamat masa tambahan.

Tahun lalu, Kelantan kalah Negeri Sembilan.

Dalam perlawanan malam ini, ATM  hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi pemain pertahanannya bagaimanapun, sepakannya tersasar.

ATM sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan Kaptennya, Hairuddin Omar berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.

Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun percubaan Muhammad Afiq Azmi berjaya ditepis oleh Mohd Farizal Harun pada minit keenam.

Pada minit ke-12, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi tendangan Norshahrul Idlan Talaha sedikit melencong ke tepi tiang gol.

Susulan serangan pasukan Kelantan, ATM melakukan serangan balas. Kali ini tandukan Hai-0 sekali lagi melambung tinggi pada minit ke-13.

Kelantan mula menemui rentak permainan apabila terus melakukan serangan diketuai Kaptennya, Mohd Badhri Radzi.

Begitupun, serangan menerusi Indra Putra dan Afiq terus gagal membolosi gawang lawan apabila berjaya didakap oleh Farizal Harun.

Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang NorShahrul Idlan Talaha berjaya menewaskan Farizal Harun pada minit ke-43.

Bersambung babak kedua, tidak sempat Kelantan mengatur rentak permainan, ATM terlebih dahulu menjaringkan gol penyamaan menerusi Rezal Zambery Yahya iaitu minit ke-48.

Selang satu minit kemudian, Kelantan memperkemaskan corak permainan dengan aksi lebih tersusun dan Mat Yo sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kedua.

Kegembiraan Kelantan bagaimanapun tidak bertahan lama, apabila jaringan Marlon Alex James pada minit ke-61 berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus menggegarkan stadium dengan sorokan penyokong ATM.

Setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2, perlawanan diteruskan di masa tambahan selama 30 minit.

Umpama mendapat semangat dari gol kedua, anak didik B.Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, Marlon dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.

Sebaliknya, Kelantan yang mendapat sorokan lebih 60,000 penyokong nyata menyuntik semangat dalam diri mereka.

Dengan itu, pada minit kelima masa tambahan, gerakan menarik Indra Putra akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun sekali gus memadam impian skuad The Army untuk menjulang Piala Malaysia buat julung kali.

Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.
Berikut kedudukan jaringan:
ATM (2) mln Kelantan (3)

Jaringan ATM:
Rezal Zambery Yahya minit ke-48
Marlon Alex James minit ke-61

Jaringan Kelantan:
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49
Indra Putra minit ke-95


Lagi sumber berita

Isnin, 8 Oktober 2012

Selatan Filipina Di Ambang Keamanan, Autonomi Kepada MILF

Philippines make peace deal with Muslims Kerajaan Filipina dan kumpulan pejuang terbesar Muslim di negara ini telah bersetuju untuk rancangan untuk menamatkan pemberontakan dekad-panjang pemisah yang membunuh lebih daripada 150-ribu orang.

Perjanjian itu akan menyaksikan penubuhan sebuah kawasan baru semi-autonomi Islam di wilayah selatan Filipina yang kaya dengan sumber Mindanao, yang 12-seribu-kuat Barisan Pembebasan Islam Moro menganggap sebagai tanah air nenek moyang mereka.

Dalam ucapan nasional televisyen, Presiden Benigno Aquino berkata perjanjian rangka kerja itu membuka jalan bagi keamanan akhir dan berkekalan di Mindanao dan membawa bekas semua kumpulan puak pemisah ke dalam lipatan.

MILF telah memuji kejayaan yang telah dicapai dalam pusingan terbaru rundingan damai di Malaysia yang berakhir pada hari Sabtu, sebagai permulaan keamanan.

Kedua-dua pihak mengatakan berhasrat untuk perjanjian damai akhir sebelum hujung panjang Aquino dalam pertengahan 2016, tetapi juga mengatakan halangan utama perlu diatasi, termasuk kelulusan oleh pungutan suara, yang tidak menentu dalam negara rasminya beragama Katolik.Sumber Rasmi

Jumaat, 27 Julai 2012

Sejuk mata memandang! Stadium bola bertukar jadi masjid


Ramadhan di Kelantan adalah satu anugerah. Jika sebelum ini, Stadium Sultan Muhamad IV mencatat kehadiran penonton bolasepak paling tinggi di Malaysia, sempena bulan Ramadhan. kegiatan sukan dan aktiviti seakangkatannya dibekukan di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Malah, Stadium Sultan Muhamad IV telah berubah wajah menjadi persis seperti Padang Arafah dimana muslimim dan muslimat sesak solat berjemaah dengan khusyuk.

PSB : Masjid yang ada tidak dapat menampung kebanjiran umat Islam untuk beribadat, idea menjadikan stadium bola sebagai tempat solat adalah sangat baik.

Kelantan boleh membangun satu masjid besar yang boleh menampung ratusan ribu jemaah dengan selesa seperti Masjid Istiqlal Indonesia atau Masjid Jame Lahore Pakistan Klik Masjid Istiqlal dan Jame Lahore

Bimbang jadi fitnah jemaah kerap guna stadium akan merosakan rumput stadium yang ditanam, kos baipulih tentulah mahal.

Jumaat, 22 Jun 2012

Dr Asri: Pilihan raya waktu haji satu kesalahan



 
Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berpendapat mengadakan pilihan raya umum (PRU) sewaktu musim haji adalah satu kesalahan.

"Mengadakan PRU semasa musim haji seakan-akan sengaja solat di tempat orang lalulintas.

NONE"Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.

"Orang yang sengaja memilih tempat lalulintas itu yang berdosa," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi, perkara itu sebenarnya pernah diulas ramai ulama, termasuk Ibn Hajar dalam bukunya berjudul Fathul Bari yang mengulas hadis-hadis sahih Bukhari.

Asri juga menggesa agar ulama yang mengkaji perkara itu agar "memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas".

Polemik pilihan raya umum sewaktu musim haji mula timbul apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru anggota parti itu yang terlibat langsung menangguhkan ibadah tersebut jika pilihan raya
berlangsung pada tempoh masa sama.

Mufti Perlis sependapat, S'gor sedikit berbeza

Seruan itu dibuatnya kerana PAS memerlukan ahli-ahlinya untuk
menggerakkan jentera kempen sewaktu pilihan raya.

Turut mengulas perkara itu sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang berpendapat pilihan raya pada musim haji tidak wajar kerana ia bakal melemahkan umat Islam.

Menurutnya, langkah itu jika dilaksanakan adalah satu tindakan tidak adil kepada umat Islam dan akan menyebabkan umat Islam lemah dari segi politik.

“Janganlah mewujudkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam dalam soal ibadat mereka kerana kecelaruan dan perangai kurang cerdik orang politik,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pula mengambil pendirian sedikit berbeza apabila berpendapat haram bagi mereka yang pertama kali berpeluang menunaikan haji menangguhkannya demi mengundi dalam pilihan raya.

"Bagi mereka yang berniat untuk mengerjakan haji dan ini adalah kali pertama, di mana cukup bekalannya sepanjang berada di sana dan cukup bekalan yang ditinggalkan untuk ahli keluarganya di sini dan aman perjalanannya, maka hukumnya wajib.

“Jika dibatalkan niat itu hanya kerana perkara duniawi... sekiranya dia meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji maka matinya dalam keadaan jahiliah," beliau dipetik sebagai berkata.
 
PSB : Najib tak habis-habis sengaja mahu meyusahkan rakyat, bari tahu saja tarikh pilihanraya, tak perlu berteka-teki, negara lain dah tahu bila tarikh pilihanraya akan datang...

Ahad, 18 Mac 2012

Aziz Desa Cari Makan Di Negeri Tok Guru

TG Nik Aziz produk istimewa negeri Kelantan - Aziz Desa




KOTA BHARU, 15 Mac: Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah produk istimewa di negeri itu.

Katanya, kerana keistimewaan yang ada pada Tuan Guru, masyarakat di negara ini termasuk luar negara datang khusus ke negeri Tadahan Wahyu itu semata-mata untuk bertemu dengan Tuan Guru dari dekat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ceramah keibubapaan ‘Zuriat Kita Tanggungjawab Kita’ anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam tadi.

Aziz Desa, personaliti TV adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid ketika Kedah diperintah oleh BN sebelum ini.

Pada masa yang sama beliau berkata, hasrat kerajaan Kelantan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) seramai 6 juta orang akan berjaya.

Jelasnya, ini kerana pelbagai keunikan yang tersendiri dapat dinikmati oleh pelancong termasuk mengikuti kuliah seorang Menteri Besar di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

“KTC akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat itu dan insyaallah, esok seramai 40 orang rombongan para guru dari Kedah akan menginap di sini dalam rangka lawatan mereka selama dua hari,”ujarnya.

Isnin, 13 Februari 2012

Highway KB-Kuala Krai Sendiri Bikin








Kelantan terpaksa bina sendiri lebuh raya


KOTA BHARU, 12 Feb: Memandangkan Kerajaan Persekutuan masih gagal melaksanakan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai telah dicadangkan oleh Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990), kerajaan negeri terpaksa mengambil insiatifnya sendiri untuk menjayakannya.

Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R & R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 hingga RM1.8 billion.

Dalam kenyataan media hari ini anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, berkata Kelantan telah membuka tawaran bagi cadangan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari 2012.

“Alhamdulillah Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Lebuhraya ini telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari 5 syarikat.

“Kita terpaksa merancang sendiri pembinaan jalan raya ini berikutan kegagalan Kerajaan Pusat menjalankan tanggungjawabnya hingga ke hari ini walaupun ianya telah diluluskan sekali lagi dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan sebuah syarikat pemaju telah dilantik untuk melaksanakan pembinaan projek tersebut.

Sambungnya, kerajaan negeri terpaksa berbuat demikian memandangkan lebuh raya berkenaan amat diperlukan oleh rakyat di negeri ini termasuk pelancong luar terutama waktu menyambut hari raya atau sewaktu musim cuti sekolah.

Tegasnya, pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan selepas Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat.

“Penelitian awal terhadap cadangan-cadangan tersebut pada hari ini iaitu 11 Februari 2012 dan pada umumnya Jawatankuasa ini berkeyakinan cadangan yang dikemukakan adalah berdaya maju.

“Insya Allah harapan rakyat Kelantan untuk mempunyai jaringan pengangkutan yang moden dan selesa akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat,” ujarnya.

Rabu, 4 Januari 2012

Apex dapat rumah (Foto)

Panas!!! Gambar2: Penjaga Gol Kebangsaan, Mr Apek Menerima Kunci Rumah Baru Hadiah Dari Menteri Besar Negeri Kelantan




Khairul Fahmi @ Apek menerima replika kunci rumah dari Datuk Nik Abdul Aziz




Rumah berharga RM200,000 ribu hadiah dari kerajaan negeri Kelantan untuk Khairul Fahmi


Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menerima kunci rumah daripada Kerajaan Negeri Kelantan sebagai penghargaannya membantu negara menjulang Piala AFF Suzuki hujung tahun 2010.


Majlis penyerahan kunci rumah baru yang bernilai RM200,000 disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Taman Kurnia,Pengkalan Chepa,di sini, tengahari tadi.



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna.

Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.

“Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah.

“Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Kerajaan negeri Kelantan kata beliau, memberi hadiah kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan.

“Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh baik, bebas salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan,” katanya.

Khairul Fahmi yang mesra dikenali sebagai Apex berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Soal jodoh ni kena tengok 'rezeki' la, kalau tahun ni (kahwin) maka tahun ni la, kalau tahun depan atau tiga tahun lagi pun saya terima,” katanya.

Sementara itu, bapa Apex, Che Mat Hussin, 59, ketika ditemui berkata, dia menyerahkan soal perkahwinan sepenuhnya kepada penjaga gol Kelantan itu.

Katanya, Apex mungkin mahu menumpukan perhatian kepada karier terlebih dauhulu.

“Saya sedia menerima siapa saja wanita pilihan dia, yang penting ialah matlamatnya dalam bidang sukan tidak terganggu kerana dia masih muda,” katanya.

Jumaat, 30 Disember 2011

Harakahdaily pertahan berita, siar transkrip sumbernya



KUALA LUMPUR — Harakahdaily mempertahan berita kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Ali.

Demikian menurut posting yang dibuat Harakahdaily awal petang ini, sebagaimana yang disiarkan laman web milik PAS itu.

Untuk membuktikan pihaknya tidak memutarbelitkan berita sebagaimana yang didakwa Hasan, laman web itu menyiarkan transkrip penuh kenyataan Nik Aziz (gambar) semalam.

Turut disiarkan Harakahdaily adalah video kenyataan Nik Aziz kepada wartawan semasa beliau melawat hakisan pantai Irama, Bachok semalam.

Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali semalam membuat satu kenyataan kepada media membantah laporan yang dibuat Harakahdaily semalam.

Hasan Ali mendakwa, “Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” jelasnya.

Dalam transkrip sidang media yang disiarkan oleh Harakahdaily itu, Nik Aziz jelas berkata, Hasan Ali datang ke Kota Bharu dan meminta maaf dari pemimpin PAS di samping menarik balik kenyataannya.

Nik Aziz pula memuji tindakan Hasan itu dengan menyifatkannya sebagai anak jantan.

Berikut adalah transkrip penuh sidang media Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember:

Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.

Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.

Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah?

Nik Aziz: Terimalah.

Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru?

Nik Aziz: JKR 10

Wartawan: Ustaz Nasha ...

Nik Aziz: Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai.

Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut “kalimah Arab” — “Hari ini Hari Perang”. Nabi kata tidak, “kalimah Arab” — “Hari ini hari kasihan belas”. Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap.

Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru?

Nik Aziz: Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah.

Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini?

Nik Aziz: Ada peluang apa lagi lah ... baik.


THE MALAYSIAN INSIDER

Sabtu, 24 Disember 2011

Al Fatihah : Adun PAS Tendong meninggal dunia



PASIR MAS, 24 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS) Tendong, Dr Muhammad Md Daud (Gambar) telah pulang kerahmatullah jam 12.55 malam tadi.

Menurut Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Haji Hanifa Ahmad, Dr Muhammad dipercayai mendapat serangan jantung.

Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan tengah hari ini iaitu selepas solat zohor.

Hanifa yang juga Adun Pengkalan Pasir berkata, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dimaklumkan dan dijangka akan hadir sama untuk menyolatkan jenazah tersebut.

Jenazah Adun berkenaan kini berada di rumah di Lorong Haji Daud, Kampung Perakap, Bunut Susu.

Hanifa berkata, pagi kelmarin allahyarham sempat hadir ke Pasti Pasir Mas untuk mengambil bekalan banjir yang akan diagihkan untuk penduduk dalam Dun Tendong yang mengalami banjir baru-baru ini.

Khamis, 17 November 2011

Sabah, Sarawak dan Terengganu boleh dapat royalti, Kelantan dinafi

Nik Aziz: Daratkan minyak di Kelantan

Kata Mursyidul Am PAS itu, minyak dan gas ditemui di kawasan perairan Kelantan.

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membenarkan minyak dan gas didaratkan di negeri itu.

“Saya bercadang untuk menghantar sendiri surat tersebut kepada Perdana Menteri,” kata Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu.

Katanya, penemuan minyak dan gas itu di kawasan perairan Kelantan. Kosnya tentu lebih ekonomik kerana lebih dekat dengan Kelantan.

Telaga Surya dan Telaga Bumi dari Blok PM 301, North Malay Basin mengeluarkan 60,000 tong sehari atau 21.6 juta tong setahun.

Ia akan memberi pendapatan keseluruhan sebanyak RM5.24 bilion setahun mengikut harga pasaran minyak mentah dunia dengan andaian harga minima USD80.00 setong.

Sekiranya lima peratus royalti bermakna lebih RM262 juta setahun adalah hak rakyat dan negeri Kelantan.

Kerajaan Pusat sebelum ini dilapurkan akan membina paip di lautan berharga RM15 bilion untuk mendaratkan minyak dan gas ini di Kerteh, Terengganu.

Sebelum ini rombongan kerajaan negeri yang diketuai Exco Kanan, Datuk Husam Musa telah menghantar memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memohon royalti minyak diberikan kepada kerajaan Kelantan.

Isnin, 1 Ogos 2011

Kerabat Raja yang menjadi beban kepada Umno

Utusan Mulakan Usaha Singkirkan Ku Li Dari Umno



USAHA untuk menendang keluar Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memang sudah lama dijangka. Ini berikutan Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li itu sering kali dilihat tidak sependapat dengan pemimpin atasan Umno.

Contohnya berhubung isu royalti minyak Kelantan, Ku Li sanggup mengadakan "road show" seluruh negara bagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa pimpinan Umno bertindak zalim ke atas negeri Kelantan yang mempunyai 95% penduduk berbangsa Melayu apabila menafikan hak royalti negeri itu.
Baca seterunya disini