Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 11 Februari 2012

Maulid SAW PASTI T6 mendapat sambutan ibu bapa







Malam ini telah diadakan sambutan Maulidurrasul SAW di PASTI Al-Hikmah Taman Sri Lambak (T6).

Ibu bapa telah berkumpul bersama anak masing-masing selepas Maghrib dan menjalankan berbagai aktiviti berbentuk pertandingan gubahan bagi muslimat dan puisi bagi muslimin.

Majlis bermula selepasa Isyak, tazkirah Imam Fauzan dan ceramah Ustaz Muhammad Muhtaram. Ustaz ada menyebutkan tafsiran surah Al-Fil yang mana Abrah dan tenteranya menerima kekalahan akibat terkena bom batu sijjil, dari jet pejuang berbentuk burung Ababil yang mengakibatkan tenteranya habis musnah seperti dimakan ulat. Abrahah sempat balik ke san'aa Yaman dan terbarai satu-persatu anggota badannya seumpama penyakit cacar dan mati azab tak lama kemudian.

Semua Ibubapa dari 70 murid yang bersekolah di PASTI ini menberi kerjasama yang baik dengan hadir, alhamdulillah 11.00 malam majlis ditangguhkan. Dicampur semua yang datang, seramai 200 orang dianggarkan bersama majlis ini. Tahniah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan