Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label demo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label demo. Papar semua catatan

Khamis, 17 Januari 2013

Kamu Pengkhianat, tangkap saja SPR kalau tipu macam ni!!!

Bekas pegawai JPN dakwa SPR arah beri IC

Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.

Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.

Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".

"Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya.

Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan.

Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama.

Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan.

Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR. mk

Ulasan GB

Pendedahan kes di atas membuktikan apa yang didedahkan oleh PAS sebelum ini adalah benar.

PAS sebelum ini pernah mendesak Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) menyiasat kewujudan sindiket dianggotai pegawai kerajaan yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk menjadi pengundi.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata RCI itu penting bukan sahaja di Sabah tapi seluruh negara bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing seterusnya didaftarkan menjadi pengundi pilihan raya.

Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa antara individu yang terlibat adalah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan diketuai Pegawai Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Othman Razak.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Rabu, 20 Jun 2012

Debat : 81% Sokong Salahuddin

Debat - Salahuddin VS Saifuddin

Keputusan undian sinar harian menunjukkan YB Salahuddin Ayub menang besar dalam debat malam ini. tahniah bakal MB Johor

DEBAT SINAR: Hujah siapa yang anda lihat konstruktif:

Saifuddin Abdullah 14 % (140)
Salahuddin Ayub 81 % (803)
Kedua-dua pendebat 5 % (54)
Jumlah Undian: 997


Salahuddin: 'Tiada demo jika kerajaan beri cukup ruang'


SHAH ALAM - Salahuddin Ayub menegaskan bahawa demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya parti atau pembangkang diberi ruang yang secukupnya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Pas berkata pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan yang memerintah terpaksa mengambil tindakan seumpama itu apabila ruang untuk bersuara secara aman dan teratur disekat dan dihalang.

"Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam Debat Sinar di Auditorium Kompleks Media Karangkraf di sini, malam ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian berkatal, pemimpin negara tidak sewajarnya berfikiran sempit, sebaliknya perlu melihat demonstrasi jalanan sebagai hak peluang rakyat untuk bersuara.

"Ini setiap kali ada perhimpunan, mesti ada gas, tu yang jadi huru hara," katanya lagi.

Salahuddin berkata, hak asasi manusia tidak boleh dibunuh dalam demokrasi.
Justeru, katanya pemimpin harus urus dan pimpin tangan anak muda tidak secara sempit tetapi secara adil dan seimbang seperti di negara Korea.

Katanya, sekiranya cukup ruang,tidak perlu demonstrasi jalanan dan tidak perlu menyatakan secara jalanan.

Dalam perbahasan ilmiahnya katanya, bagi negara yang berpura-pura dengan keadilan demokrasi, demonstrasi jalanan itulah yang melahirkan demokrasi.

Salahuddin berkata, demonstrasi secara aman boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi.

“Jika ada pengasingan kuasa, kerajaan tidak akan jatuh sebaliknya kerajaan penakut sahaja yang takut kepada demonstrasi jalanan.

“ Masalahnya, kami tidak dapat secara lembut (kebebasan bersuara) jadi demontrasi jalanan adalah cara terbaik untuk kukuhkan demokrasi,”
katanya.

Salahuddin berkata, perlu diingat ketika zaman Nabi Muhammad SAW, sewaktu perang Badar dan Qubra juga bermula daripada protes.

Maka dalam konteks Bersih 3 katanya, ia perlu dilihat dengan niat yang betul dan diterjemahkan secara jelas.

Sehubungan itu katanya, perlunya ditubuhkan suruhanjaya diraja yang benar-benar bebas untuk menyiasat secara jelas pihak yang mencetuskan provokasi.

"Polis kata ada video, tetapi sampai sekarang tidak juga ditayang. Jika begitu, kami juga ada video dakwaan polis mengasari peserta perhimpunan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/salahuddin-tiada-demo-jika-kerajaan-beri-cukup-ruang-1.58155

Selasa, 17 April 2012

AWAS! Jangan Cuba Tipu Kami : TG Haji Hadi

Awas cara Terengganu tawan Selangor 


KUALA LUMPUR, 17 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan peringatan, taktik Umno merampas Terengganu pada pilihan raya 2004 akan digunakan semula di Selangor dalam pilihan raya akan datang ini.

Beliau memberi peringatan ini dalam wawancara khas dengan Harakahdaily baru-baru ini.

"Di Terengganu, kita kalah dalam pilihan raya 2004 bukan kerana penolakan rakyat tetapi melalui pengundi yang diangkut masuk.

"Mereka akan ulang cara ini di Selangor dalam pilihan raya akan datang ini," kata anggota Parlimen Marang itu memberikan amaran kepada petugas Pakatan Rakyat di Selangor.

PAS telah menang dalam pilihan raya umum 1999 di Terengganu dengan mendapat 27 dari 32 kerusi DUN yang ada namun dalam pilihan raya 2004, kerusi PAS hanya tinggal lima sahaja.

Bagi beliau, pendekatan begini satu penipuan yang kotor lagi najis kalau ia dinilai dari perspektif demokrasi sebenar yang sepatutnya adil dan bersih.

Menurut beliau, dalam postmortem yang dibuat oleh PAS selepas pilihan raya umum 2004, beberapa kawasan di Terengganu didapati berlaku peningkatan sehingga 2 peratus undi kepada PAS.

Berlaku juga di sesetengah kawasan penurunan undi untuk PAS sehingga 2 peratus.

"Tetapi di negeri Kelantan, ada kawasan yang menurun undi PAS sehingga 6 peratus. Tetapi apa yang berlaku, Terengganu kerajaan PAS jatuh tetapi kita bertahan di Kelantan," kata beliau.

Untuk Parlimen Kemaman, kata beliau, berlaku pertambahan undi berlipat kali ganda yang di luar dari kadar kelahiran manusia di kawasan itu.

"Dianggarkan pertambahan pengundi di Kemaman adalah 17,000 pengundi baru (berbanding pilihan raya 1999).

"Kawasan lain pun ada juga fenomena yang sama," kata beliau dalam wawancara khas itu.

Bagi Abdul Hadi, jentera pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN) bukanlah kuat sangat tetapi mereka telah menggunakan jentera kerajaan.

"Mereka kuat dengan jentera kerajaan. Sepatut tak berlaku macam itu kerana  masa pilihan raya, ia hanya caretaker government (kerajaan sementara)," jelas beliau.

BN juga, katanya, menggunakan 100 peratus media yang ada dan menghalang parti lawan mereka menggunakan media itu yang bukannya milik BN.

"Saya yakin, jika pilihan raya akan datang ini berjalan dengan bersih, kita akan tawan semula Terengganu," beritahu beliau. -Hrkh

Khamis, 5 April 2012

Jom Ikut Serta Pada 28 April 2012 Bersih 3.0

 

 

 

 

 

 

Tarikh BERS✔H 3.0 : 28 April 2012 (Sabtu) Jam 2 PM Di Dataran Merdeka


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini mengumumkan bahawa akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April ini. Demikian lapor malaysiakini dan harakahdaily

Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perkara itu diumumkan jawatan kuasa pemandu NGO itu pada satu sidang media di sini, pagi ini.

Perhimpunan dengan slogan "Duduk Bantah" itu akan dijalankan bersama 84 NGO lain.

Semalam blog ini telah memetik laporan themalaysianinsider yang memetik sumber dari jawatankuasa Bersih bahawa Bersih 3.0 tidak dapat dielakkan akibat daripada kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan pilihan raya (PSC) menyelesaikan isu pokok dan menunaikan tuntutan Bersih sebelum ini.

PSC adalah sekadar hiasan pentadbiran Najib untuk menunjukkan keikhlasannya melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Kami telah menemui bukti penipuan sistem pilihan raya yang lebih banyak dan menimbulkan tanda tanya sama ada keseluruhan PSC itu hanyalah sekadar satu penipuan,”

Selain itu, tiga ahli PR dalam PSC sejak minggu lalu sering mengkritik panel kerana dikatakan gagal menyelesaikan isu utama bagi membersihkan pilihan raya, terutamanya dakwaan kurangnya komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan sistem pilihan raya.

SPR, yang mana ahli PR telah berulangkali mendedahkan terdapatnya kehadiran 42,000 pengundi hantu di dalam daftar sistem mereka, namun mereka tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sementara itu harakahdaily melaporkan penolakan usul berkenaan laporan minoriti dan juga meluluskan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa perbahasan merupakan pemangkin kepada perlaksanaan himpunan Bersih 3.0.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pakatan Rakyat mempunyai hujah serta bukti apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka mengemukakan bukti amalan laporan minoriti yang dilakukan di mana-mana negara Komanwel.

"Bila Speaker meminta kita kemukakan bukti amalan mana-mana negara komanwel yang melaksanakan laporan minoriti dalam Parlimen mereka.

"Kita mempunyai hujah serta fakta berasaskan apa yang berlaku dalam Parlimen di New Zealand, Australia mahupun negara-negara kecil seperti Jamaica yang ada keutamaan tentang laporan minoriti dimasukkan atau dibahaskan bersama dengan laporan yang dikemukakan," jelasnya.

Tambahnya lagi, adalah tidak munasabah Pakatan Rakyat dilayan sedemikian, yang mana hujah-hujah mereka langsung tidak mahu didengari di Parlimen.

"Saya merasakan dengan penolakkan ini rakyat diluar sana dapat melihat bagaimana proses penyuburan demokrasi." ujar Salahuddin.

Pak Samad jangka 500,000 sertai Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 4 April: Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk A.Samad Said atau Pak Samad menjangkakan seramai 500,000 rakyat akan menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April nanti.

Bercakap pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor hari ini saterawan negara itu berkata, ianya berdasarkan maklum balas banyak pihak yang bertanya kepadanya bila Bersih 3.0 akan diadakan.

"Saya sendiri berada dimana-mana dan orang tanya bila Bersih 3.0.

"Daripada interaksi, berjumpa dalam majlis atau dalam facebook, saya mengkhayalkan setidak tidanknya kita akan mengumpulkan seramai 500,000 (akan hadir)," katanya.

Menurut Sasterawan Negara itu juga, jumlah itu tidak mustahil kerana ianya akan berlangsung serentak di seluruh negara malah seluruh dunia.

"Jadi dengan apa yang diwawarkan kalau tidak melakukan ini dengan penuh ghairah, kita tidak akan dapat merubah pemerintahan yang menggunakan semua cara untuk kekal selama 54 tahun," tambahnya lagi.

Terdahulu beliau mengumumkan bahawa himpunan besar-besaran Bersih 3.0 akan diadakan pada hari Sabtu 28 April ini.

Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Himpunan itu juga akan diadakan serentak seluruh negara dan lebih 32 negara lain di seluruh dunia.

"Jawatankuasa pilihan khas dan kerajaan tidak mengambilserius terhadap tuduhan penipuan.

"Justeru, Bersih 2.0 akan berkumpul duduk bantah secara aman di seluruh negara dan diseluruh dunia. Sabtu 28 April jam 2 hingga 4 petang...ini adalah Bersih 3.0," katanya. -HD


Sidang media Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil pagi ini




Ahad, 18 Disember 2011

Berahsia sampai tercabut aqidah dan kahwin sejenis



Ariff Alfian Rosli
Utusan, Petronas, MSD dah tahu kisah pelajar yang menghilangkan diri ini, lalu lepas tangan?

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfiandi negara itu sejak beliau masih dalam pengajian di UCD lagi.

Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.”

Kerana itu juga Ibu Pejabat Imigresen Republik Ireland tidak boleh memberi maklumat berkaitan Ariff Alfian kepada ibu bapanya,ini kerana kita terikat dengan akta tersebut dan bukan seperti yang dilaporkan oleh ibu bapanya semalam.



Pelajar perubatan hilang di Dublin
Oleh SHARILFUDDIN SAARI
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
> "Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.
> Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.

Ariff Alfian Rosli, Pelajar Tajaan PETRONAS Kahwini Teman Lelaki

Posted by ~C-K-K~

Pelajar tajaan Petronas, Ariff Alfian Rosli kahwin dengan kaum sejenis iaitu Jonathan di Dublin.

Assalamualaikum & salam sejahtera
Ariff Alfian Rosli
Satu kenyataan dan gambar yang di’hantar ke Twitter oleh Aysha Ridzuan telah mencetuskan kontroversi kerana mendedahkan seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS yang telah berkahwin.



Berkahwin bukan masalah, tetapi Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang dikhabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland. Ariff Alfian Rosli yang sedang belajar di University College Dublin sebelum ini telah di’khabarkan hilang oleh ahli keluarga. Hilang dalam dunia gay.

P/s: Berita ini sangat memalukan negara dan agama.. Harap dia kan segera bertaubat.

Rabu, 9 November 2011

Misteri mencanak naik bilangan pengundi


Jumlah pengundi naik mendadak, timbul tanda tanya

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Jumlah pertambahn mendadak pengundi baru seramai 1.35 juta orang yang telah berdaftar sejak pilihan raya umum ke-12 menimbulkan tanda Tanya.

Naib Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata, sehingga 31 Ogos 2011, jumlah pengundi yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan layak untuk mengundi pada PRU13 adalah seramai 12.27 juta.

Peningkatan ini dilihat terlalu mendadak berbanding jumlah pengundi baru pada PRU11 dan PRU12 iaitu di antara 600,000 dan 700,000 sahaja, katanya.

Justeru itu, Tan yang juga Ahli Parlimen Cheras mengaitkan pertambahan ini dengan kes-kes pengundi hantu yang telah dibongkar oleh Pakatan Rakyat.

“Selain itu, pendatang tanpa izin yang diberikan status warganegara dan dilayakkan untuk mengundi juga banyak dibongkar,” katanya.

Dalam pada itu Tan turut memberi contoh pertambahan pengundi baru di Selangor seramai 246,000 menjadikan jumlah pengundi sekarang seramai 1.8 juta.

“Peningkatan ini juga merupakan rekod baru bagi Selangor,” katanya merujuk jumlah pengundi pada PRU12 di negeri itu cuma 1.57 juta.

Beliau berharap Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) yang ditubuhkan untuk memulihkan sistem pilihan raya akan diberikan kuasa yang lebih mendalam dari Kementerian Dalam Negeri.

“Masalahnya, adakah pilihan raya akan diadakan sebelum PSC menyiapkan laporannya yang dijangka siap awal April depan?” katanya.

Jumlah Pertambahan Pengundi di Malaysia
Tahun Jumlah keseluruhan pengundi Jumlah pengundi baru Peratus peningkatan
1999 9.564 juta 552,898 6.12%
2004 10.285 juta 725,200 7.53%
2008 10.922 juta 637,548 6.00%
2011 (sehingga 31 Ogos) 12.268 juta 1,345,861 1

Sabtu, 5 Mac 2011

Negara aman, tak perlu undi POS



SHAH ALAM 5 MAC : 'Undi Pos' bukan lagi isu baru di setiap kali pilihan raya berlangsung namun ia sering menjadi talian hayat dan dimanipulasi pihak Umno-BN untuk kebelangsungan politik mereka.

Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil atau ringkasnya MAFREL Syed Ibrahim Syed Noh berkata sungguhpun undi pos ini termaktub dalam undang-undang namun ia seharusnya digunakan berdasarkan keadaan semasa bukannya disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

"Memang ada peruntukan undang-undang bahawa, suami ataupun isteri anggota keselamatan boleh membuat undi pos, tetapi dalam keadaan suasana negara kita yang aman dengan kemudahan awam yang banyak, mereka boleh mambuat undi biasa tanpa memerlukan undi pos," katanya.[ lagi ]

Sabtu, 26 Februari 2011

Bulu dan tuala vs kebangkitan rakyat


Ketika Malaysia sibuk dengan air mani Mr. Y, bulu dan tuala Good Morning, dunia Arab sedang menyaksikan kebangkitan. Rakyat bersatu dan mengharap sinar baharu menyinari tanah air yang tercinta. Angin yang bertiup telah membawa khabar gembira untuk mereka.

Dari Sahara yang kontang, mula bercambah benih-benih demokrasi yang dibajai semangat, keberanian dan kesanggupan untuk berubah. Ketika dunia Arab menyaksikan perubahan mentaliti dan fizikal yang hebat, Malaysia masih jauh ketinggalan dan sibuk dengan urusan liwat dan dubur Saiful yang katanya tidak dicuci selama tiga hari!

"Revolusi tidak pernah gagal kerana tidak ada revolusi yang menghancurkan negara. Negara hancur hanya apabila rakyat hilang kesanggupan untuk memastikan ia ditadbir dengan baik melalui prinsip kebebasan dan keadilan," Mantan Mejar Jeneral tentera Filipina, Jose T. Almonte. Kata-kata ini saya petik dari tulisan Amin Ahmad dalam JalanTelawi.com. Secara peribadi saya berpendapat bahawa revolusi di Timur Tengah ini sangat menggusarkan kerajaan pimpinan Najib Razak disebabkan kepemimpinan beliau langsung tidak mencerminkan integriti dan akauntabiliti. Pembaziran berlaku sewenangnya dan Malaysia tidak ditadbir dengan baik.

Lihat sahajalah bagaimana manusia yang terpalit dengan najis rasuah seperti Isa Samad boleh dilantik sebagai Pengerusi FELDA manakala pendedahan kekayaan Taib Mahmud dan keluarganya tidak mendapat respon SPRM seperti yang sepatutnya. Adakah Najib terfikir bahawa hati rakyat Malaysia masih lunak dengan pengukuhan nilai ringgit kemudian menyuapkan lagi peruntukan-peruntukan tertentu dalam Belanjawan 2011 yang lalu? Peruntukan RM114 juta kepada pembangunan infrastruktur di Kelantan misalnya dilihat cuma gula-gula politik. Akhirnya yang untung adalah kroni yang mendapat projek.

Telahan Anwar Ibrahim bahawa revolusi di Tunisia sebagai keping domino pertama telah dan sedang menjadi kenyataan. Kebangkitan hampir menyeluruh rakyat di negara-negara Arab pada saat ini seperti sudah tidak tertahankan lagi. Kebejatan pemimpin sudah mencapai klimaksnya. Mereka telah lama berada dalam cengkaman pemerintah yang zalim dan bersifat otoritarian. Dari pengamatan yang dibuat, isunya tetap sama; salah guna kuasa, kemiskinan, penggangguran, sekatan hak bersuara, penyelewengan harta negara, kronisme dan pencabulan hak asasi manusia. Soalan saya, apakah isu-isu tersebut begitu asing dengan Malaysia?

Selesainya urusan terpenting: Kejayaan Revolusi!

Sekali imbas, dunia boleh mengatakan urusan "terpenting" rakyat di Tunisia dan Mesir telah hampir selesai. Kemenangan kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir semestinya memberi solidariti moral dan motivasi kepada tempat-tempat lain. Kini, Bahrain yang pernah menjadi taklukan Empayar Parsi dan pernah berada di bawah jajahan British pula menyaksikan bagaimana rakyat sedang bangkit untuk menggulingkan pentadbiran monarki keluarga al-Khalifa. Jabal ad-Duklan bakal menjadi saksi kebangkitan rakyat Bahrain! Benar kata pujangga Melayu; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah.

Begitu juga apa yang berlaku di Libya. Bumi Umar Mokhtar ini telah menyaksikan lebih 400 rakyat Libya menjadi syahid atas keberahian Muamar Ghadafi yang telah memegang tampuk pemerintahan lebih empat dekad lamanya. Rakyat Libya diugut sedemikian rupa dan menjanjikan maut untuk penentangnya. Semua ini merupakan sebuah fenomena yang dahsyat dan menakutkan sesetengah pihak. Menurut Anwar dalam tulisannya di Wall Street Journal bertarikh 26 Januari 2011; apa yang berlaku di Tunisia merupakan fajar baru bagi demokrasi di dunia Arab dan Islam.

Melihat perkembangan di Tripoli. Ghaddafi berucap penuh emosi sambil melaungkan sentimen patrotisme, penuh ego dan dilihat desperado. Beliau meletakkan penentang beliau sebagai pengkhianat negara manakala anaknya Saif al-Islam menuduh protes besar-besaran ini berpunca dari pihak asing untuk menjatuhkan pemerintahan Islam. Saif juga mengancam untuk memerangi penentang sehingga peluru yang terakhir!

Di sini kita dapat melihat hikmah terbesar kebangkitan yang berlangsung di dunia Arab. Semakin lama sesebuah kerajaan itu memerintah, semakin banyak penyelewengan dan penindasan berlaku terhadap rakyat dan negara. Akhirnya, rejim tersebut dijatuhkan oleh tangan-tangan rakyatnya sendiri. Semakin rakyat ditekan dan ditakut-takutkan, semakin mereka bangkit menuntut pembebasan! Saya ingin bersoal, apakah BN mengambil pengajaran dari situasi ini? Apakah BN masih tidak sedar bahawa semakin lama mereka memerintah, harta negara semakin dikikis, salah guna kuasa semakin berleluasa, integriti terhakis, malah kebebasan bersuara juga dirasakan semakin sempit?

Penyelewengan nilai dan makna patriotisme

Saya tertarik dengan apa yang telah diucapkan Ghadafi dan anaknya Saif. Kata-kata sebegini seperti selalu sahaja kita dengari. Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional. UMNO sebagai tulang belakang BN sering sahaja menuduh Anwar Ibrahim dan PKR sebagai pengkhianat negara dan agen asing. PAS pula dicop sebagai pemecah belah "orang Melayu" dan Islam, manakala DAP dianggap sebagai golongan yang memusuhi Islam - Perjuangan parti-parti ini harus ditolak kerana ia berbahaya dan akan memporak-perandakan negara. "Teks" yang diulang saban waktu dan ketika ini adalah 100% tidakpun 99% sama seperti apa yang telah diucapkan oleh Ghaddafi.

Dalam konteks Malaysia, makna dan nilai patriotisme telah diseleweng dan disempitkan. Patriotisme telah dimaknakan seolah-olah mencintai tanah air itu dengan mencintai pemimpin, mencintai parti, mencintai kaum masing-masing. Maka, minda rakyat sedikit sebanyak telah menyimpang dari semangat dan makna patriotisme sebenar. Sepatutnya patriotisme sebenar bermaksud membebaskan tanah air ini dari cengkaman pemerintah yang zalim dan buas. Mengembalikan hak dan maruah negara yang telah lama cacat.

Demokrasi dan Revolusi di Malaysia?

Nilai dan semangat demokrasi telah lama pudar. Lihat sahaja laporan Economist Intelligence Unit yang mencatatkan status Malaysia dalam indeks demokrasi 2010 berada pada tangga ke 71 daripada 167 buah negara berbanding tangga ke 68 tahun 2008. Malaysia telah lama menanti saat baru kebangkitan rakyat. Sama ada melalui pilihanraya mahupun jalan raya, kemenangan rakyat harus difokuskan kepada pembaikan sistem demokrasi dan urus tadbir yang telah lama diperkosa. Kita tidak boleh membiarkan kekayaan negara ini berada dalam kawalan manusia tertentu sahaja. Kekayaan negara adalah hak milik kita yang harus dituntut. Lihat sahaja isu minyak yang semakin naik. Rakyat Malaysia dibebani dengan apa yang mereka ada yang sepatutnya bukan menjadi isu.

Ini merupakan sebuah soalan popular. Akankah Malaysia direvolusikan? Saya pernah bertanyakan soalan ini kepada beberapa orang sahabat saya. Ada yang sinis dan ada yang optimis. Antara lain jawapan mereka ialah tidak mungkin berlaku revolusi di Malaysia kerana rakyat di Malaysia tidak terlalu tertekan seperti di tempat lain. Ada yang berkata mungkin boleh; mungkin tidak kerana rakyat Malaysia telah dipecahkan dengan beberapa kumpulan kaum dan kelas manakala ada pula yang optimis bahawa rakyat akan turun ke jalan raya; cuma menunggu masa. Sambil berlawak beliau berkata, "Orang Melayu khususnya telah lama diArabkan...sedikit masa lagi negara ini akan jadi negara Arab! Revolusi akan bermula di Ain Arabia Bukit Bintang!" Ujarnya tersengih. Apapun pendapat yang dilontarkan, kita boleh simpulkan bahawa revolusi adalah tekad dan kesungguhan, keberanian dan kesanggupan untuk berubah.

Semangat Dataran Tinanmen dan Mahasiswa Malaysia

Kebangkitan mahasiswa memberi makna besar bagi sesebuah negara. Kebangkitan mahasiswa bererti mungkin atau telah berlaku sebuah anjakan mahupun revolusi minda. Minda yang telah direvolusikan beerti pencerahan, pemahaman dan pengukuhan nilai telah berlangsung.

Mari kita imbau kembali apa yang telah pada April 1989. Dataran Tiananmen di Beijing menyaksikan kebangkitan lebih 100,000 mahasiswa dan golongan intelektual bersama rakyat menuntut pembaharuan demokrasi di China. Kebangkitan ini tercetus akibat kematian Hu Yaobang; Setiausaha Agung Parti Komunis China ketika itu yang dikenali sebagai susuk yang menyokong reformasi politik dan ekonomi China. Mereka berhimpun secara aman di dataran tersebut selama hampir tujuh minggu sehinggalah tragedi berdarah berlaku. Sehingga saat ini, tiada angka kematian rasmi yang dicatatkan dan dipercayai ribuan demonstran telah terbunuh. Saya terkesan dengan keberanian mereka. Ternyata perjuangan mereka ini sedikit sebanyak membuka lembaran baru dalam liberalisasi politik dan ekonomi di China.

Apabila pintu bangunan pejabat TNC UPM pecah dirempuh pelajar; ia membawa erti yang sangat besar kepada gerakan mahasiswa keseluruhannya. Tekanan yang diberikan pentadbiran universiti bukan semata-mata bersifat mental malah fizikal. Titisan darah yang mengalir adalah saksi kezaliman pentadbiran universiti dalam mengekalkan monopoli kekuasaan mereka. Gerakan pelajar dilihat sebagai gerakan pembangkang yang harus disekat manakala gerakan pelajar Pro Aspirasi pula dilihat sebagai memenuhi tuntutan pentadbiran? Ini merupakan pencabulan asasi kepada mahasiswa. Ke manakah hilangnya kewarasan dan kebijakan pentadbiran universiti? Mungkinkah juga berada dalam seluar dalam Saiful Bukhari Azlan?

Rakyat perlu berbangga dalam kejayaan besar gerakan Pro Mahasiswa memenangi pilihanraya kampus di universiti-universiti utama. Kemenangan ini merupakan gelombang awal saat-saat kebangkitan rakyat. Kita belum lagi menyaksikan malah menanti bagaimana, bentuk dan rupa perubahan yang bakal terhasil.

Mahasiswa harus bertindak sebagai agen perubahan pada minda dan struktur masyarakat umumnya. Kurang pendedahan terhadap isu-kekangan kebebasan bersuara dan malas berfikir merupakan barah kepada masyarakat kita hari ini. Masyarakat harus disedarkan-dan ramai yang mula sedar. Peranan mahasiswa haruslah menyeluruh dan mampu mendidik masyarakat untuk Malaysia yang diidamkan. Tanyalah sama pokok apa sebab goyang....Tanyalah sama hati kenapa kita harus menang! -MR

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Ahad, 6 Februari 2011

Demo anti Mubarak di Malaysia


Thousands of protestors gathered in front of the U.S embassy to  show their solidarity with the Egyptian anti-government protestors.  Kuala Lumpur, Malaysia. 04/02/2011

Berpuluh ribu para pemperotes berarak ke kedutaan US untuk menunjukkan perfahaman dalam memperjuangkan bersama pendemo anti kerajaan Mubarak, Mesir. Kuala Lumpur, Malaysia.

Protesters clash with riot police during a rally in front of U.S.  Embassy in Kuala Lumpur, Malaysia, Friday, Feb. 4, 2011. Malaysian  police fired water canon on protesters who were calling for Egyptian  President Hosni Mubarak to step down.

Tarik Kerbau..

Malaysian police officer piushes away protestors during a clash  near the US embassy in a protest against Egyptian President Hosni  Mubarak in Kuala Lumpur on February 4, 2011. Hundreds of protestors  gathered in front of the US embassy to show their solidarity with the  Egyptian anti-government protestors. Later protestors were dispearsed by  police using water cannon.

Hey bangang,kalu kamu tak berambus juga aku akan tembakk.. Berambusss

Malaysian Riot police fires water canon on protesters near U.S.  Embassy in Kuala Lumpur, Malaysia, Friday, Feb. 4, 2011. More than 1,000  people protested outside the embassy, calling for Egyptian President  Hosni Mubarak to step down.

Malaysian Riot police fires water canon on protesters near U.S. Embassy in Kuala Lumpur, Malaysia, Friday, Feb. 4, 2011. More than 1,000 people protested outside the embassy, calling for Egyptian President Hosni Mubarak to step down.

Thousands of protestors gathered in front of the U.S embassy to  show their solidarity with the Egyptian anti-government protestors.  Kuala Lumpur, Malaysia. 04/02/2011

al-Qaradhawi menegaskan bahawa “doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, “demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika”.

Malaysian Muslim protestors march towards the US embassy in Kuala  Lumpur on February 4, 2011. Hundreds of protestors gathered in front of  the US embassy to show their solidarity with the Egyptian  anti-government protestors. Later protestors were dispearsed by police  using water cannon.

Bila depa sampai depan kita kejap lagi kita terajang,kita sepak,kita pukul dg cota… kalu tak berganjak juga,kita semburrrr…. confirm depa cabut lari..ha ha

A  Malaysian police officer try to push away protestors during a clash near  the US embassy in a protest against Egyptian President Hosni Mubarak in  Kuala Lumpur on February 4, 2011. Hundreds of protestors gathered in  front of the US embassy to show their solidarity with the Egyptian  anti-government protestors. Later protestors were dispearsed by police  using water cannon.

Jangan bincang dg aku,berambus dari sini atau aku pukul kamu… berambussss

Malaysian Muslim protesters are dispersed by water canon near the  US embassy in Kuala Lumpur on February 4, 2011. Hundreds of protestors  gathered in front of the US embassy to show their solidarity with the  Egyptian anti-government protestors. Later protestors were dispearsed by  police using water cannon.

Semburrrr… jgn bagi mereka peluang berdemo..kita buat mcm kat mesir tu ..

Malaysian Muslim protesters are dispersed by water canon near the  US embassy in Kuala Lumpur on February 4, 2011. Hundreds of protestors  gathered in front of the US embassy to show their solidarity with the  Egyptian anti-government protestors. Later protestors were dispearsed by  police using water cannon.

Kan aku dah kata tadi berambussss… kamu tak nak.. Rasakanlah mandian air Dettol.. Padan muka! nak tunjuk perasaan konon… lagi aku berkuasa,jangan harap laaa..

Malaysian Muslim protesters challenge police near the US embassy in  Kuala Lumpur on February 4, 2011. Hundreds of protestors gathered in  front of the US embassy to show their solidarity with the Egyptian  anti-government protestors. Later protestors were dispearsed by police  using water cannon.

Sabar dulu pak!!, kita demo ni secara aman je,jgn la nak pukul kami… apa sabar2,berambus dari sini.. mana boleh berdemo , kita kan negara demokrasi! mana boleh nak buat demo2 ni… berambusss, kalu tidak aku terajang!!

Thousands of protestors gathered in front of the U.S embassy to  show their solidarity with the Egyptian anti-government protestors.  Kuala Lumpur, Malaysia. 04/02/2011

Pedihnya mata tak terkata…air mata saja yg mengambarkannya,minta disimpati pada hati yang mati tiada bererti…Ya Allah!! Kami Di ZALIMI, Kami Di ZALIMI Kami Di ZALIMI