Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label pilihanraya kecil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pilihanraya kecil. Papar semua catatan

Khamis, 17 Januari 2013

Kamu Pengkhianat, tangkap saja SPR kalau tipu macam ni!!!

Bekas pegawai JPN dakwa SPR arah beri IC

Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.

Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.

Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".

"Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya.

Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan.

Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama.

Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan.

Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR. mk

Ulasan GB

Pendedahan kes di atas membuktikan apa yang didedahkan oleh PAS sebelum ini adalah benar.

PAS sebelum ini pernah mendesak Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) menyiasat kewujudan sindiket dianggotai pegawai kerajaan yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk menjadi pengundi.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata RCI itu penting bukan sahaja di Sabah tapi seluruh negara bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing seterusnya didaftarkan menjadi pengundi pilihan raya.

Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa antara individu yang terlibat adalah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan diketuai Pegawai Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Othman Razak.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Jumaat, 12 Oktober 2012

Apa nak Jadi Dengan UTHM, Pen NC Kempen UmnoBN, TNC Rasuah

 
Johor Bahru - Dewan Pemuda Pas Johor mendesak pengurusan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membuat satu siasatan berhubung tersebarnya rakaman sebuah video di YouTube yang didakwa ada kaitannya dengan kakitangan pengurusan universiti berkenaan.

Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat berkata, desakan dibuat pihaknya kerana dalam rakaman berdurasi tiga minit 47 saat tersebut menunjukkan kakitangan berkenaan yang didakwa melakukan salah guna kuasa dalam mempengaruhi audiennya untuk menyokong kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) Beliau berkata, Peraturan 21 dalam Perintah Am Kerajaan Bab ‘D’ secara jelas menyebut bahawa kakitangan kerajaan dari Pegawai Kumpulan Pengurusan Tinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam politik atau memakai lambang parti politik.

“Video yang dimuat turun sejak dua minggu lalu kini sudah disaksikan kira-kira 66,000 orang,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Suhaizan berkata, satu memorandum juga akan diserahkan kepada Naib Canselor UTHM pada hari ini berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, pejabat pengurusan universiti ketika dihubungi mengakui sedia maklum berhubung video terbabit yang dimuat turun dalam YouTube sejak dua minggu lalu. -SH


Pemuda PAS Johor serah memo ke UTHM




BATU PAHAT: Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) semalam menghantar satu memorandum kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ekoran seorang pegawai kanan kampus itu didakwa menyuruh pelajar menyokong BN.

Delegasi seramai 50 orang yang diketuai oleh saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil selaku Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia dan saudara Suhaizan Kayat selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Pendaftar UTHM, Naim Maslan.

Dalam memorandum itu, mereka mendakwa Penolong Naib Canselor UTHM Prof Ir Dr Amir Hashim Mohd Kassim cuba mempengaruhi dan mengugut mahasiswa supaya menyokong BN dalam satu program pada 19 September lalu.

Program tersebut yang dinamakan Program Amanat Penolong Naib Canselor Bersama Jawatankuasa Kolej Kediaman Sesi 2012/2013 telah diadakan di Pejabat Hal Ehwal Pelajar kampus itu.

Rakaman ucapannya turut dimuat naik ke Youtube.

Petikan rakaman ucapan itu antara lain didakwa mereka berbunyi:

"Bila sebut penjawat awam ni, kami ini apa? Kerja dengan siapa?, kerajaan… Kerajaan kita siapa? Barisan Nasional lah.

Nak ke tidak kita menyokong kerajaan? Jadi saudara ni dilantik sebagai apa… jawatankuasa kolej kediaman sepatutnya menyokong kami, siapa tidak menyokong, saya boleh persilakan keluar dari bilik ini".

Menurut Suhaizan, tindakan Amir Hashim itu telah bercanggah dengan Peraturan 21 dalam Perintah Am Kerajaan.

Pada Bab D peraturan itu, secara jelas menyebut bahawa kakitangan kerajaan dari Pegawai Kumpulan Pengurusan tinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam politik atau memakai lambang parti politik.

Ianya juga termasuk tidak boleh membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik, mengedarkan atau menerbitkan bahan bercetak mengenai politik dan merayu undi.

"Dalam rakaman tersebut, pegawai terbabit secara jelas menggunakan kedudukannya sebagai pegawai kanan universiti untuk memberikan tekanan kepada pelajar di dalam majlis tersebut agar memberikan sokongan kepada parti Barisan Nasional.

"Ianya telah benar-benar memberi imej yang sangat tidak baik kepada UTHM khasnya dan sektor awam negara amnya," katanya.

Sehubungan itu, DPPNJ ujarnya memberi tempoh14 hari untuk pihak pentadbiran UTHM melakukan siasatan berhubung isu tersebut.

Mereka juga mendesak pentadbiran UTHM menggantung tugas Amir Hashim sepanjang tempoh siasatan untuk mengelakkan sebarang pengaruh yang boleh menjelaskan sisatan.

- HD


Rabu, 26 September 2012

Pemimpin Pro Mahasiswa Tabah Walau Diancam, Dibelasah Samseng


Pengerusi kumpulan mahasiswa antikemapanan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) Edikoup Lakip Sediyanto membuat laporan polis mendakwa diserang sekumpulan individu tidak dikenali di Petaling Jaya awal pagi tadi.

NONEEdikoup berkata, kejadian pada jam 4 pagi di Seksyen 17 itu bermula apabila motosikal yang dipandunya dihadang sebuah kereta, sebelum beliau diheret dari motosikal ke bahu jalan dan diserang.

"Setelah itu, turun seorang yang berbadan besar menghayun topi keledar ke badan saya sehingga saya terjatuh dari motosikal.

"Setelah itu, mereka memukul saya, menghentak kepala saya dengan topi keledar sehinggalah saya dipukul, ditumbuk, diterajang di perut dan sebagainya.

"Setelah puas memukul saya mereka melarikan diri. Saya kesakitan di muka dan badan," laporan polisnya dipetik.

Edikoup berkata, lima individu terlibat memukulnya.

Sidang media di wad kecemasan

Dalam laporannya juga, Edikoup berkata, beliau sebelum itu, sekitar jam 12 tengah malam telah diugut tiga lelaki lain di Lebuh Raya Mahameru Kuala Lumpur.

"Mereka seramai 3 orang telah mengancam saya dan mendakwa saya seolah ada membuat masalah dengan mereka tetapi saya langsung tidak memahami apa yang mereka maksudkan," katanya dalam laporan itu lagi.

NONEBeliau kini sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan sama ada insiden itu berkaitan pilihan raya kampus atau tidak.

Proses pengundian hari ini berlangsung di lebih 15 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), termasuk universiti utama di Lembah Klang.

Pro-Mahasiswa UM dijadual mengadakan sidang media di wad kecemasan PPUM pagi ini.

Kesan lebam
Edikoup ketika ditemui di Pusat Perubatan Universti Malaya (PPUM) selepas menerima rawatan kira-kira jam 11.30 pagi ini, didapati berada dalam keadaan letih dan lemah.

Beliau yang berkerusi roda berkata, luka di bahagian pipi kanannya dipercayai ditumbuk dan terdapat kesan lebam di bahagian dahi.

"Setakat ini badan rasa sengal-sengal... Saya kena pukul oleh lima orang, seluruh badan sakit-sakit," katanya yang berkerusi roda.

Satu arahan perubatan yang dikeluarkan PPUM menyebut, beliau baru mengalami kecederaan di kepala dan memerlukan pemerhatian setiap dua jam selama 24 jam. -M'kini

Jumaat, 6 April 2012

SPR mengulas macam dia pulak yang jadi PM

Himpunan Bersih 3.0 : SPR Tidak Perlu Merasa ‘Gelisah’


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar supaya jangan panik dengan pengumuman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April 2012. Bagi DPPM, kenyataan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang menyifatkan perhimpunan ini sebagai tindakan terburu-buru menunjukkan ‘kegelisahan beliau dalam melindungi sesuatu’.

Sepatutnya, Datuk Wan Ahmad tidak perlu mengulas Himpunan Bersih 3.0 kerana itu bukan kerja beliau. Tugas utama beliau, adalah memastikan perjalanan pilihnraya berlangsung dengan adil dan bersih. Beliau tidak perlu bertindak bagi pihak Perdana Menteri atau kerajaan Malaysia. Yang perlu mengulas isu himpunan Bersih 3.0 adalah kerajaan, sama ada Perdana Menteri, menteri terbabit atau pihak polis. Kenyataan beliau menyerlahkan lagi tahap kecondongannya kepada satu pihak.

Datuk Wan Ahmad tidak perlu merasa cemas kerana himpunan Bersih 3.0 adalah perhimpunan aman. Tujuannnya adalah untuk mengingatkan kerajaan dan SPR agar berlaku adil dalam PRU ke 13. Jangan menipu, jangan menyeleweng, jangan main wayang atau ‘silap mata’. SPR jangan bimbang kerana hasil himpunan ini rakyat sendiri akan memerhati setiap pergerakan SPR mahupun kerajaan dalam PRU ke 13 dan setiap penipuan pasti akan dapat dihidu dan dibongkarkan. Ini kerana sudah banyak hints oleh banyak pihak sebagai gambaran PRU ke 13 adalah pilihanraya yang paling kotor dan rakyat tidak bersedia mendengarnya.

Justeru, jika SPR yakin tidak ada unsur penipuan selama ini apa yang hendak ditakutkan? SPR patut ucap terima kasih kerana rakyat membantu melicinkan lagi usaha SPR mahu membersihkan sistem pilihanraya. Bersih 3.0 juga membantu PSC dalam mendesak kerajaan mempercepatkan pembersihan pilihanraya. Hanya dibimbangi rakyat usul PSC tidak sempat dilaksanakan kerana Perdana Menteri membubarkan parlimen mengikut hati beliau.

Himpunan Bersih 3.0 juga adalah sebagai ‘loceng amaran’ kepada rakyat supaya bersedia menghadapai PRU ke 13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa. Himpunan Bersih 3.0 akan mengingatkan rakyat supaya mengosongkan tarikh pada 2 bulan terakhir ini (Mei dan Jun) agar jangan menyusun jadual ke luar negara. Memandangkan Perdana Menteri tidak mahu mengumumkan tarikh awal pilihanraya, rakyat hidup dalam keadaan teraba-raba. Justeru, Bersih 3.0 terpaksa diadakan bagi membina momentum rakyat menghadapi PRU 13.


Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Isnin, 19 September 2011

PRU November





Kerajaan Mesir Bakal Mengadakan Pilihanraya Umum Pada Bulan November

18/09/2011, KAHERAH – Kerajaan Mesir akan mengadakan pilihanraya umum yang pertama sejak penyingkiran diktator Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir pada bulan Februari yang lalu melalui tiga peringkat.

Peringkat pertama akan bermula pada 21 November. Menurut edisi awal akhbar Al-Ahram (akhbar tempatan) yang memetik kata-kata Jawatankuasa pilihanraya, Abdel Muiz Ibrahim bahawa ia akan diikuti dengan pilihanraya senat pada 22 Januari manakala pilihan raya bagi peringkat terakhir akan diadakan pada 3 Januari depan.

Bagaimanapun pemerintahan Tentera masih belum mengesahkan tarikh berkenaan. Sumber menyatakan bahawa tarikh pilihanraya umum dijangka akan diumumkan pada minggu terakhir bulan ini.

Pilihanraya umum mesir kali terakhir telah diadakan pada bulan November 2010 dan ia dibayangi dengan tindakan kerajaan terhadap pembangkang yang diketuai oleh Ikhwanul Muslimin yang mana menyaksikan lebih daripada 1000 orang penyokong pergerakan itu ditahan sepanjang tempoh berkempen atas dakwaan kempen ikhwanul muslimin itu menggugat ketenteraman awam.

Malah media yang bersifat bebas dan cenderung mengkritik kerajaan juga dikenakan tindakan tegas. Tindakan inilah yang menjadi pencetus kepada protes anti-kerajaan sehingga berjaya menyingkirkan diktator Hosni Mubarak.

Selasa, 17 Mei 2011

Konvensyen PAS Johor berslogan PAS Teraju Johor

Sekalung tahniah kepada Badan Perhubungan PAS Johor kerana berjaya mengadakan Konvensyen PAS pada ahad yang lalu. ana turut serta sebagai perwakilan PAS Sembrong.

Turut hadir Pengerusi PKR Johor, DAP , wakil NGO dan media. Semua 26 kawasan hadir dan mendengar ucapan kertas dasar yang disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Johor Prof Dato Dr Mahfodz Mohamed yang insyaallah ditabalkan menjadi MB Johor sekiranya PAS memenangi PRU13 di Johor.

Orang melayu dan DYAM As-Sultan tak perlu risau kerana PAS sedia ganti Umno. MB tetap orang Islam melayu sebagaimana dalam undang-undang tubuh Johor.

Antara yang menarik dalam ucap Dato PJ ialah PAS Johor hendaklah membuang tahyul dan khurafat yang menyatakan orang melayu di johor payah untuk berubah. Sejarah PRaya telah menunjukkan orang melayu boleh berubah seperti yang berlaku di Dun Parit Bakar yang pernah dimenangi oleh S46 dan Parlimen JB yang pernah tumbang kepada calon bebas.

Sabtu, 19 Mac 2011

Berjuta BN belanja PRK Tenang

Tak apalah, kita yakin dengan jawapan ini, cuma pelik sikit lah. Mungkin SPRM boleh siasat," kata YB Firdaus

Kerajaan belanja RM5.9 juta kempen di Tenang
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kerajaan BN membelanjakan RM5.968 juta sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diadakan Januari lalu.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan melalui jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Firdaus dalam soalannya mahu Perdana Menteri menjelaskan jumlah perbelanjaan program kerajaan di Dun Tenang sepanjang Januari 2011 dan adakah ianya termasuk dalam Bajet 2011.

Jawapan itu turut memberitahu jumlah itu dibelanjakan bagi melaksanakan 85 program di bawah peruntukan khas Perdana Menteri dan termasuk dalam Bajet 2011.

Kelulusan peruntukan itu berdasarkan permohonan NGO, persatuan penduduk dan rukun tetangga, jawatankuasa masjid dan kuil.

Firdaus yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat ketika ditemui kemudiannya berkata tidak hairan BN menang pada PRK itu dengan 'menabur' wang sebesar itu.

"Saya difahamkan peruntukan untuk satu Dun hanya RM250,000 sahaja. Kalau Tenang dapat hampir RM6 juta, maknanya pembangunan di Tenang standard Kuala Lumpur la.

"Tapi habis sahaja PRK Tenang, penduduk ditimpa banjir juga. Jadi pembangunan apa yang dibuat," soalnya.

Katanya, jika mengambil kira jumlah itu, bermakna kerajaan telah membelanjakan lebih RM95 juta untuk 16 kali PRK sejak 2008 lalu.

Maka tambahnya, tidak hairanlah jika ada orang Umno menjadi kaya raya selepas habis pilihan raya kecil kerana mendapat projek sepanjang kempen.

"Biasanya kalau termasuk dalam bajet, bulan Mac baru mula, ini bulan Januari. Tak apalah, kita yakin dengan jawapan ini, cuma pelik sikit lah. Mungkin SPRM boleh siasat," katanya.

Pada PRK Tenang 31 Januari lalu, BN menang menerusi calonnya, Mohd Azahar Ibrahim, dengan majoriti 3,707.

Mohd Azahar mendapat undi 6,699 sementara calon PAS, Normala Sudirman memperolehi 2,992 undi.

Selasa, 8 Mac 2011

Analisis PRK Kerdau : Umno Kuat Atau Pas Lemah ?


Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Keputusan PRK DUN Kerdau telahpun diketahui, dan media telah melaporkan bagaimana BN meraikan kemenangan tersebut dengan penuh gaya. PAS merakamkan ucapan tahniah kepada calon BN yang telah berjaya.

Kini beliau menggalas amanah besar yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah; semoga dengan kuasa yang ada beliau mampu melaksanakan amanah ini. Rakyat akan menilai hal ini dan peranannya yang tentunya berbeza dengan wakil rakyat yang bukan dari aliran agama.

Kekalahan PAS dalam PRK Kerdau sememangnya telah dijangka, memandangkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk merampas kerusi yang telah dimenangi BN bilamana jentera kerajaan sepenuhnya diturunkan bagi memastikan kemenangan bergaya di negeri PM.

Hakikat ini dapat dilihat bilamana PM dan Isteri turut sama berkempen dengan peristiharan jutaan ringgit bakal diturunkan bagi kawasan DUN Kerdau.


Analisa Keputusan

Secara asasnya ada sesuatu yang agak menarik dalam keputusan PRK ini, bilamana undi PAS secara keseluruhannya merosot sebanyak 184 undi atau -7.3%, dan undi BN meningkat sebanyak 925 undi. Atau +22.4% Peningkatan undi BN hasil dari peningkatan peratus keluar mengundi sebanyak 3%.

PAS mendapat peningkatan undi di semua kawasan Felda, walaupun mereka dijanjikan dengan pelbagai wang MPOB, dan SES berjumlah RM13,000 dan RM4,000 seorang. Keadaan ini membayangkan PAS mempunyai masa depan yang agak baik di kawasan Felda, yang dianggap lubuk Umno.

Peningkatan undi di Felda Jengka 22 sebanyak 28.2%, di Jengka 23 meningkat sebanyak 8.0% dan di Jengka 25 pula meningkat 4.9%. Kejayaan ini boleh dianggap kemenangan bagi perjuangan Anak yang mula diterima oleh masyarakat Felda, walaupun sebahagian mereka bersama anak dalam membuat tuntutan tetapi mempunyai pandangan politik yang berbeza.


Hakikat ini dapat dilihat dari kehadiran ratusan pemuda khususnya generasi kedua dalam program anjuran Anak dan penyertaan mereka dalam Anak.

Penghargaan juga harus diberi kepada PKR yang menumpukan gerakerja mereka di kawasan Felda bersama dengan jentera PAS dari Kelantan, Kedah dan Pahang.

Di Kawasan Felcra Rumpun Makmur sokongan kepada PAS merosot sebanyak -4.2%. Hal ini berkemungkinan dari tumpuan jentera Felca seluruh negara dengan pelbagai ugutan kepada peserta Felcra.

Walau bagaimana pun PAS perlu melihat kemerosotan ini sebagai satu cabaran besar dalam PRU yang hampir tiba. Kelemahan yang ketara di Unit Peti Undi berpunca dari kelemahan jentera di cawagan yang gagal berfungsi dengan baik, sehingga ada cawangan yang tidak bergerak dan terpaksa dibantu oleh tenaga luar.

Kelemahan ini akan dapat diatasi dalam PRK, namum bilamana menghadapi PRU, suasananya tentu berbeza bila tenaga tempatan adalah penggerak utama. Diharap dengan PRK ini beberapa kelemahan dapat dikenalpasti dan di ambil tindakan segera, bagi menghadapi PRU akan datang.

Kini Kerdau mulai sunyi sepi, dan jalan-jalan yang diturap separuh siap, terus menanti curahan tar bagi menyiapkannya; Namur apakah ianya akan terus kekal begini. Rumah-rumah buruk, kedai yang terbiar, projek perumahan yang terbengkalai dan sekolah agama yang tidak mendapat perhatian dan pelbagai gambaran tertinggalnya Kerdau dari pembangunan.
Apakah bandar Kerdau akan terus menjadi “bandar Kerbau”. Sama-sama kita tunggu.
---------------------------------------------------
Penulis adalah Naib Presiden PAS yang dilantik menjadi Pengarah pilihan kecil Kerdau

Isnin, 7 Mac 2011

Sukar menang di kubu BN, SPR gagal

Kekalahan di Kerdau kerana kegagalan SPR membanteras rasuah, pembelian undi, penggunaan jentera kerajaan dan ugutan oleh BN.

KERDAU: PAS kini mengaku sukar untuk menang di kawasan yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PAS dan juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kawasan Felda dan kampung tradisi masih menyokong kuat BN.

Bagaimanapun kekalahan di Kerdau menurutnya disebabkan kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membanteras rasuah, pembelian undi, penggunaan jentera kerajaan dan ugutan oleh BN.
“Tetapi ini kekalahan sementara. Keputusan keseluruhan Kerdau menunjukkan peningkatan undi yang diperolehi PAS. Ia sama dengan Ijok, PAS kalah pada pilihan raya kecil tetapi menang dalam pilihan raya umum 2008.

“PAS juga mendapat peningkatan undi di tiga kawasan Felda di Kerdau,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini.

Calon PAS Hasanuddin Salim pula berkata, beliau kecewa tetapi hanya sementara. Malah Ketua Penerangan PAS Pahang itu bersedia untuk bertanding sekali lagi jika parti memilihnya.
Manakala Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah berkata kekalahan PAS kerana politik wang yang melampau di Kerdau

Ahad, 6 Mac 2011

Kerdau p'raya 'paling melampau', kata Tuan Ibrahim -Mkini

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, parti itu tewas dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau disebabkan peningkatan jumlah para pemilih.

"Bagaimanapun daripada sudut jumlah undi di tiga kawasan Felda, ada peningkatan," katanya dalam sidang media di markaz PAS di Kerdau malam ini selepas keputusan rasmi diumumkan.

Ditanya sama ada keputusan hari ini menunjukkan PAS kehilangan undi Melayu, Tuan Ibrahim menafikannya kerana Kerdau merupakan kubu kuat BN.

azlan"Dengan segala jenteranya, agak sukar bagi kita. Bagi saya ini cuma kemerosotan kecil," katanya lagi.

Tuan Ibrahim juga terus menyatakan perasaan tidak puas hati kepada perjalanan proses pilihan raya kali ini sebagai "pilihan raya paling melampau".

Justeru, tambahnya, PAS akan menyarankan supaya dilakukan reformasi melalui program pemutihan pilihan raya Bersih 2.0.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menafikan dakwaan Pakatan gagal menterjemahkan kandungan Buku Jingga dalam pilihan raya kali ini.

Beliau memberi alasan, pilihan raya Kerdau lebih tertumpu kepada isu tempatan.

Sementara itu, exco kerajaan tempatan Selangor Ronnie Liu pula berkata Pakatan tidak perlu susah hati kerana ujian sebenar adalah dalam pilihan raya umum.

Ditanya tentang sokongan undi Cina di Kerdau kali ini, Ronnie berkata perkara itu tidak dapat diukur kerana bercampur dengan kaum lain dalam satu daerah mengundi.

Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi kemenangan besar dengan majoriti 2,724 undi, menewaskan Hassanuddin yang mendapat 2,336 undi.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira 8.20 malam ini.

Majoriti kemenangan BN itu menunjukkan parti itu berjaya mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi.

Ia juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008.

Pilihan raya kecil itu turut mencatatkan jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus atau 7,480 orang pemilih keluar mengundi selepas semua 13 pusat mengundi ditutup 5 petang tadi.

Sabtu, 5 Mac 2011

Negara aman, tak perlu undi POS



SHAH ALAM 5 MAC : 'Undi Pos' bukan lagi isu baru di setiap kali pilihan raya berlangsung namun ia sering menjadi talian hayat dan dimanipulasi pihak Umno-BN untuk kebelangsungan politik mereka.

Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil atau ringkasnya MAFREL Syed Ibrahim Syed Noh berkata sungguhpun undi pos ini termaktub dalam undang-undang namun ia seharusnya digunakan berdasarkan keadaan semasa bukannya disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

"Memang ada peruntukan undang-undang bahawa, suami ataupun isteri anggota keselamatan boleh membuat undi pos, tetapi dalam keadaan suasana negara kita yang aman dengan kemudahan awam yang banyak, mereka boleh mambuat undi biasa tanpa memerlukan undi pos," katanya.[ lagi ]

Yuhaizad optimis pengundi buat perubahan


Hazayani Zakaria

JASIN, 5 Mac: Menjelang hari pengundian esok, calon PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah membuat rayuan terakhir agar pengundi-pengundi memilih beliau agar dapat membawa suara mereka ke Dun Melaka.

Yuhaizad berkata, beliau optimis pengundi-pengundi akan membuat perubahan di Dun berkenaan.

"Setelah tujuh hari berjumpa dengan seluruh pengundi Dun Merlimau ini harapan saya begitu tinggi hasil reaksi yang diberikan oleh seluruh pengundi.

"Kita begitu yakin pengundi-pengundi Dun Merlimau ini memberi satu kejutan untuk membuat perubahan dalam pilihan raya yang akan berlangsung esok.

"Kita harap supaya pengundi-pengundi kepercayaan kepada saya untuk saya memberikan khidmat terbaik kepada mereka," kata beliau ketika ditemui di program kelab bermotor ARC Melaka di Merlimau Baru, petang tadi (gambar).

Beliau juga mengingatkan pengundi-pengundi agar dapat keluar awal pagi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Saya harap pengundi dapat keluar dengan lebih awal dan tak terlalu tergopoh gapah," katanya.

Beliau juga berkata, kehadiran pihak polis dapat membantu menjaga keselamatan pengundi-pengundi dan sebarang provokasi yang mungkin berlaku.

"Kita yakin keselamatan semua terjamin dengan pasukan polis yang mencukupi dan saya harap pengundi-pengundi dapat membuat pilihan yang bijak," katanya.

Kerdau: Ahli UMNO Dari FELDA Jengka 22 & 23 Sertai PAS

PAS dapat lonjakan politik di Kerdau

PAS terus mendapat lonjakan politik dengan penyertaan ahli-ahli Umno dari kawasan Felda Jengka 22 dan Jengka 23.

Dalam satu majlis bersama Persatuan Anak Peneroka Feda Kebangsaan (Anak) di Jengka 23, PAS menerima kemasukan 18 orang keahlian baru yang kebanyakannya ahli Umno yang kecewa dengan pretasi Barisan Nasional selama ini.

Dalam majlis tersebut, borang keahlian PAS mereka diserahkan kepada Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, PAS terus mendapat sokongan daripada penghuni di Jengka 22 apabila 30 ahli baru yang kebanyakannya bekas ahli Umno juga mengambil keputusan menyertai perjuangan PAS.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan Tantawi dalam satu mesej di Twitter mengumumkan bahawa Anak menerima 176 penyertaan ahli baru dari Felda Jengka 23, 22, 25, 16 dan 18 semasa Majlis Pelancaran Anak di Felda Jengka 23, malam tadi.

Perkembangan terbaru ini menggambarkan harapan baik bagi PAS untuk pilihan raya kecil Kerdau kali ini.

Hari ini, dijangkakan akan berlaku lebih ramai kemasukan ahli baru di beberapa peti undi lagi.

Namun, Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden PAS mengingatkan para petugas PAS untuk PRK Kerdau untuk berwaspada dengan strategi akhir yang digunakan oleh BN bagi mengugut pengundi dengan pelbagai tawaran kewangan yang telah dan akan diumumkan.

Ahad, 27 Februari 2011

Tak Percaya : Ini Ijazah Al-Azhar Saya..





3.jpg (300×200) 2.jpg (300×229)

TEMERLOH, 26 Feb -- BUKTI...Inilah ijazah daripada Universiti Al Azhar yang diterima oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang yang mendakwa beliau menipu kononnya mempunyai ijazah dari universiti itu. Syed Ibrahim akan ditentang oleh calon Pas Hasanuddin Salim.

Sumber : Bernama


Tolong la percaya...korang ni. Dah kesian dah aku tengok Ustaz ni, siap korek Ijazah dari fail. Kalau ada yang tuduh dia kahwin dekat siam.... mau aku ingat dia keluar sijil nikah dia, siap bawak saksi-saksi nikah sekali.
Tapi yang hairannya...siapa yang persoalkan Ijazah dia??? Hmm.

Berita beli sijil keluar dari Bernama.

Jumaat, 18 Februari 2011

PRK serentak

Kerdau serentak dengan Merlimau


P'raya Kerdau serentak dengan Merlimau

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari, yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof malam ini dalam sidang media di Kuching.

Pilihan raya Kerdau diadakan ekoran penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Ia merupakan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Dalam pilihan raya umum lalu Zaharuddin menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.- Malaysiakini

Jangan fobia dengan melayu merlimau


apakah kempen yang diterima dimerlimau

Merlimau satu kawasan di jasin melaka. ada pelbagai kempen yang akan dibuat oleh pas, dan bagi aku analisa aku kepada merlimau menjurus kepada satu benda yang berlainan dari tempat lain. merlimau satu kawasan melayu. umno menang dikawasan melayu. sebut aje melayu sekarang pasti menakutkan pembangkang. selama ini pas menang pun dengan undi melayu. melayu akan beri kemenangan kepada pembangkang. melayu tak akan mudah melupakan apa yang berlaku. sejarah yang panjang kekalahan tanah melayu kepada portugis, belanda inggeris akan terus menjadi history. apakah melayu tak mahu berubah seiring dengan kemajuan dunia dan peredaran zaman. retorik ini dimainkan oleh pembangkang sendiri. tanpa undi melayu pembangkang tak akan kemana mana pun. sedar dan insaf undi melayu amat diperlukan oleh pembangkang.

jangan dilayan sangat tulisan blogger yang mengatakan melayu sukar berubah. menulis dan bekerja dilapangan adalah satu benda yang berbeza, berkempen dari rumah ke rumah bukan best duduk depan pc taip kesalahan pertugas. datang ke prk saja untuk menyusahkan jemaah. berwatak warak tapi menyusahkan pertugas. semua nak tahu macamlah hebat sangat. kalau aku maki nanti ada orang marah lak. dah le penat berkempen tampal poster datang pulak macam celaka ajar macam macam. kenapa tak buat sebab rasa hebat sangat. ambik pas wakil calon pergi berkempen kalau rasa hebat sangat. kalau aku siku kat perut nanti ada yang marah marah. kalau aku terajang mesti lagi marah. ayat yang paling best sesama jemaah pun berlaku kurang ajar. dah yang datang kurang ajaq sangat apasalahnya aku berkurang ajar. aku bukan penyabar macam dia jugak. dia baca ayat aku peduli apa. dah le umno maki pertugas datang lak bawak masalah bukan menyenangkan tapi menambahkan lagi masalah kepada pertugas. celaka sungguh.

nampaknya ada dah sumber luar mengatakan pas datang hanya untuk mempertahankan undi saja. nak menambah kata susah sangat. susah ke senang ke kena buat baru puashati. pas jasin dah bersemangat gila kenapa orang lain takut nak datang berperang disini. pas jasin dah bersiap sedia. di tenang lagi mereka dan bersiap sedia untuk bertempur dengan ali rostam. mungkin pas jasin nampak apa yang pertugas pas tak nampak. pas diluar susah nampak apa isu isu yang boleh dimainkan. pas jasin sudah mempunyai senjata canggih yang tak dimata umum. pendemo pendemo yang berhati waja berani bertempur dengan polis fru tolong lah datang ke merlimau. di sini pentas paling hebat. semua digaul menjadi satu suasana dan pengalaman yang tak pernah digambarkan dikepala. marilah bantu pas jasin untuk menang di merlimau. jangan biarkan pas melaka terus kempunan. bantulah mereka agar sejarah pas disini akan lebih bersinar terang.

Selasa, 15 Februari 2011

Dia sengaja buat sistem membazir

RM10 Juta Habis Pada 15 PRK Sejak PRU-12 Lalu !!!


Pengerusi SPR
SPR umumkan negara dah belanja RM10 juta untuk kendalikan pilihan raya kecil bermula dengan PRK Permatang Paut pada Ogos 2008. Selepas itu satu demi satu PRK terpaksa dijalankan dengan berbagai sebab, antaranya ialah kematian penyandang kerusi.

Ada saranan dari penulis di Berita Harian untuk mengikuti jejak langkah Indonesia yang tidak ada PRK. Kerusi yang dimenangi adalah hak milik parti. Jika meninggal atau letak jawatan penyandangnya, parti akan ganti dengan orang lain.

Ramai pimpinan yang menolak sistem seperti Indonesia tersebut dengan berbagai alasan. Tapi alasan bukanlah sebab kita tak perlu memikirkannya untuk dilaksanakan di sini memandangkan faedahnya jauh lebih baik untuk rakyat.


Jika ia dapat dibuat, Perak sudah tentu tak akan jatuh ke tangan BN. Tak akan ada beli dan jual maruah dengan lompat parti kerana sesiapa yang lompat parti secara automatik kerusinya digantikan oleh parti yang menang dengan orang lain.

Tumpuan selepas PRU akan lebih mantap dan berkesan untuk menunaikan janji-janji sebelum Pilihan Raya. Ini lebih bermanafaat untuk rakyat keseluruhannya. Negara dapat menjimatkan masa dan wang untuk membangunkan negara.

Mungkin kita perlu melihat semula sistem ini dan mendesak kerajaan menimbangkannya. Baca laporannya di sini

Isnin, 14 Februari 2011

PRK : Dari Merlimau menuju ke Kerdau

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN akan mencari pengganti yang sesuai untuk meneruskan perjuangan membela nasib rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau.

Beliau berkata mengikut perlembagaan, pilihan raya kecil DUN Kerdau perlu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

NONE"Masa depan tempat ini akan terus dimajukan, kami akan cari pengganti untuk teruskan perjuangan Allahyarham," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham Zaharuddin di Temerloh hari ini.

Perdana Menteri turut menunaikan solat sunat jenazah di rumah Allahyarham di Kerdau.

Allahyarham dilaporkan terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di kediamannya sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) pada 7.15 petang semalam.

Sebelum ini, Zaharuddin pernah dua kali dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung serta tekanan darah tidak stabil pada Mei dan November tahun lepas.

Zaharuddin juga pernah menerima rawatan lebih dua bulan di Institut Jantung Negara kerana komplikasi buah pinggang dan jantung selepas menjalani pembedahan ulser usus di HOSHAS pada Mei tahun lepas.

Perdana Menteri berkata tarikh pilihan raya kecil DUN itu akan ditentukan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kita akan hadapi pilihan raya itu secara terbuka dan kita akan mencari calon yang sesuai untuk memberikan khidmat yang berkesan di kawasan ini,"
katanya.

Dalam perkembangan sama, perdana menteri berkata beliau secara peribadi menyifatkan kematian Zaharuddin sebagai satu kehilangan besar bagi dirinya.

"Allahyarham merupakan sahabat saya selama 30 tahun, beliau amat rapat dengan saya, secara peribadi saya kehilangan sahabat yang akrab," katanya.

azlanNajib berkata, Allahyarham banyak membantunya ketika beliau (Najib) menjadi Menteri Besar Pahang dari segi pemikiran, idea, dan bertukar-tukar pandangan dalam membangunkan negeri Pahang.

Allahyarham sebelum ini pernah menjadi jurulatih Biro Tata Negara, penolong pegawai daerah di Bentong, sebelum dipilih menjadi wakil rakyat kawasan DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008.

Dalam pilihan raya umum itu, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Allahyarham adalah, bagi beliau, kehilangan besar seorang rakan peribadi setia.

Adnan berkata beliau sudah mengenali Zaharuddin selama 40 tahun.

"Saya kehilangan seorang rakan yang baik dan setia, semoga Allah merahmati rohnya," kata beliau dalam satu kenyataan di Kuantan hari ini.

Adnan mengucapkan takziah kepada keluarga Zaharuddin.

"Buat ketika ini, sebagai menghormati Allahyarham, saya tidak berhasrat mengulas mengenai pilihan raya kecil yang bakal diadakan berikutan kematiannya," kata Adnan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Zaharuddin.

"Allahyarham adalah seorang pemimpin yang telah banyak berjasa kepada negeri Pahang khususnya di DUN Kerdau. Saya yakin pemergian beliau bukan sahaja dialami oleh kaum keluarga beliau malah juga turut dirasai oleh para penduduk," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin dan isteri berharap anggota keluarga Allahyarham akan bersabar menghadapi kehilangan insan tersayang.

"Doa kami semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan para solihin," katanya.

- Bernama

Selasa, 1 Februari 2011

Tenangkah sekarang penduduk Tenang?


Teringat kata-kata seorang pengerusi masjid Tenang yang mencebik kepada petugas PAS yang musafir untuk solat dan berehat di masjid Tenang

"lepas ni tenang jadi betul-betul tenang, jauh dari hiruk pikuk" petugas PAS tersebut hanya tersenyum tanpa menjawab dan membantah.

Gayanya macam tak suka orang PAS datang penuhkan dan guna kemudahan masjid.

Tak lama kemudian datang berbondong-bondong mangsa banjir dari kawasan sekitar untuk menyelamatkan diri ke masjid, rata-rata memakai kemeja t logo 1Malaysia warna biru ingin menginap di masjid...pengerusi tersebut tak boleh berkata apa-apa.

Keadaan benar-benar hiruk pikuk kerana yang datang termasuk anak kecil dan anak dara dan maknya yang tak tahu menutup aurat, dengan pakaian yang basah kuyup...makanan tak ada, sekolah yang biasa dibuat penempatan banjir pun jalan masuknya banjir dan dijadikan pusat pengundian yang tak dibenarkan masuk kecuali SPR dan pengundi, mereka tak ada pilihan selain ke Masjid.

Ana ada masa kejadian tersebut insaf bahawa inilah sebenarnya kebesaran Allah SWT. Apa guna masjid kalau tidak di makmurkan, waktu solat di masjid ini tak ramai jemaah tempatan yang datang, sunyi, hanya beberapa kerat...masjid bukan main besar tapi masyarakatnya jauh...

Apakah ini petanda kemurkaan Allah SWT terhadap penipuan UmnoBn di PRK Tenang. Pengundi yang dapat duit ribu-ribu pun tak berbaloi berbanding dengan kemusnahan harta benda dan nyawa yang melayang.

Ini dikatakan oleh petugas MIC sendiri di UPU Ladang Bukit Datok yang menyesal melawan PAS apabila meluahkan perasaannya tatkala hampir tutup masa pengundian lalu menyatakan `Saya sokong BN kerana dapat duit, dalam hati memang mahu pangkah PAS tapi sekarang Tuhan sudah marah sama kita, habis kampung dan estat tempat saya tinggal tenggelam '.

pengundi cina

Pengundi cina rata-rata tak keluar mengundi bila hujan. Keadaan ini agak menjejaskan pola keputusan undi kaum cina khususnya di UPU Tenang Stesen dan UPU Ladang Bukit Datok, Kami sebagai petugas begitu hampa dengan sikap mereka, apakah kerana dapat duit ang pau sudah menggelapkan prinsip mereka!

Seorang petugas PKR berbangsa cina dari Batu Pahat ada mencatat setiap kehadiran pengundi cina di UPU Ladang Bukit Dato amat kecewa dengan ketidak hadiran pengundi cina. "kata mau sokong tetapi dengan hujan pun takut dan tak mau datang, pundek!".

Akibatnya Allah timpakan banjir dan duit yang diperolehi tak dapat menampung kemusnakan harta benda bila banjir besar menenggelamkan pekan Tenang.

Bancana akan tiba bila kita lawan Islam

Kelmarin Azeez Putera Umno (padahal dah tua) mengunjungi pelajar Malaysia di Brisbane Aistralia, buat kerje memburukkan Islam, lepastu berlaku ribut taufan di sana.

Kini Ezam pula menyusul minta diselamatkan dari mangsa demontrasi apabila tujuannya ke Mesir tak lain tak bukan hanya menjual fitnah kepada pelajar Malaysia di bumi ambiaya ini.

Tarbiyah

Sebab besar rakyat Tunisia bangkit adalah kerana kenaikan harga barang, itu sahaja... tetapi sebelum itu sudah ada beberapa isu dibangkitkan tetapi tak berjaya menghalau presiden dan isterinya yang boros dan zalim. Mungkin sebelum itu belum kena suisnya.

Begitu juga di Mesir, isu kezaliman Hosni Mubarak khususnya terhadap Ikhwan Muslimin tidak boleh diketepikan, beribu-ribu akh merengkok dalam ISA sejak kezaliman zaman-berzaman tetapi mereka sabar sejak penubuhan IM 83 tahun yang lalu oleh pengasasnya Imam Al-Banna. Bagi ana sebab utama ialah tarbiyah yang telah membuahkan hasil. Akhirnya rakyat berani bangkit...

balik redah banjir

Semua jalan ditutup, arah Segamat, ke Labis, ke Muar pun juga. Ana terperangkap di Tenang. Alhamdulillah, Pukul 12 malam sahabat ana sdr Kor9 mengajak konvoi balik ke Kluang, dapat info jalan ke Labis sudah boleh dilalui kereta, lalu memulakan perjalanan.

Gelap malam, hujan lebat berterusan, mata pula rabun, tapi tawakal saja... setelah melalui beberapa halangan air dan ada dikhabarkan sebuah kereta dah hanyut... tetapi halangan paling teruk ialah di pekan Chaah yang tenggelam akibat dari sungai Chaah yang melimpah. tetapi syukur lepas juga.

Lepas daerah Labis masuk pekan Yong Peng sudah tak ada banyak lalaun banjir, masuk Plus Yong peng sampai tol Air Hitam (takut banjir kalau jalan biasa) sudah tiada banjir. Solat subuh 6.20 pagi di Tol Air Hitam.

Perut terasa lapar sangat, al-maklum tak menjamah sebarang makanan sejak 4.00 petang semalam.

6.45 sampai T6, pagi ni 31 Jan adalah hari persekolahan di Madrasah Al-Masriyah, dapat telefon dari Haji Dolah Lakasauk supaya ambil anaknya sekali di rumahnya untuk dibawa balik asrama kerana keretanya rosak, Ok ana kata, kesian orang PAS asyik kereta rosak saja.

Kemudian dapat telefon dari Ustaz Abdullah, Mudir Masriyah bahawa jalan masuk ke masriyah tak boleh dilalui, macam bubur katanya. Jadi hari ini isytihar cuti, syukur alhamdulillah dapat juga berehat hari ini setelah beberapa hari tak boleh tidur kerana bertugas di Tenang.

Jumaat, 28 Januari 2011

Dr Haron Din turut kempen

UPU SAWAH BARU - RAKYAT MESTI BERUBAH

Satu majlis ceramah umum telah diadakan di UPU Kg Sawah Baru. Semasa majlis berjalan pihak UMNO Bangang mengganggu kami dengan pertandingan karaoke. Inilah budaya yang diterapkan UMNO..Hiburan dan majlis suka ria yang digalakkan agar anak muda leka dan lalai...
pak tam selaku tuan rumah menceritakan bagaimana nama Kampung Sawah Baru di beri nama. Al Kisahnya kampung ini telah wujud 200 tahun yang lalu. Seorang petani datang ke kampung ini. dan jirannya bertanya hendak kemana? beliau menjawab hendak bertanam padi di "Sawah Baru". Maka kekallah hingga hari ni nama Sawah Baru itu...


Cikgu Mala mengharabkan pengundi Kg Sawah Baru membuat perubahan dan beliau akan membangkitkan persoalan wanita di DUN Johor..InsyaAllah




YB Nurul Izzah
Dato' Harun Din - " PAS tidak menghalang muslimat menjadi calon"...