Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label johor. Papar semua catatan

Selasa, 5 Februari 2013

Jaga-jaga! Bangunan Hospital Kluang Berkualiti Rendah

Hospital Baru Kluang (Gambar Lama) yang bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar Parlimen Kluang, Sembrong, Simpang Renggam dan Air Hitam tetapi awas malang tidak berbau?

Projek Pembinaan Hospital Kluang, Johor (Laporan Audit)
KKM telah menandatangani perjanjian projek pembinaan Hospital Kluang, Johor berkapasiti 256 unit katil dengan Kluang Health Care Sdn. Bhd. (Kluang HC) bagi menggantikan hospital sedia ada. 
Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina. Ketua Setiausaha Kementerian telah bertindak sebagai Pengarah Projek manakala Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan dilantik sebagai Wakil Pengarah Projek. 
Projek ini telah siap dibina pada 12 Oktober 2011 dan mula beroperasi pada 30 Disember 2011. Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek pembinaan Hospital Kluang adalah kurang memuaskan
Kelemahan yang ditemui seperti berikut: 
  1. Pelantikan perunding yang tidak teratur sehingga mengambil masa 66 bulan.
  2. Yuran profesional perunding terlebih dinyatakan sejumlah RM0.74 juta dan RM0.62 juta telah dibayar.
  3. Bayaran perunding sejumlah RM0.75 juta dibayar sebelum kontrak ditandatangani.
  4. Asas kelulusan bagi Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) 2 dan EOT 3 adalah diragui.
  5. Kerja pembinaan yang berkualiti rendah.
  6. Perolehan 385 peralatan import bernilai RM11.64 juta telah dibuat tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri walaupun nilai perolehan yang diimport melebihi RM50,000.
Ulasan saya : Setiusaha pastinya orang yang paling berkredibiliti. Tapi, projek ini diselia oleh KSU KKM, namun masih punyai kesalahan yang sepatutnya tidak berlaku seperti ayaran sebelum tandatangan dan pembelian tanpa kelulusan. Kerugian minima RM 2.11 juta

Hospital Kluang Kini Dikenali Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom 
KLUANG: Penduduk daerah Kluang pada Rabu secara rasmi menerima hospital baharu dikenali sebagai Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, sempena nama bonda Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata hospital bernilai RM390 juta itu mula beroperasi 30 Disember tahun lepas, bagi menggantikan hospital lama berusia 80 tahun yang tidak mampu lagi menampung keperluan penduduk.

"Hospital baharu ini dibina di atas tapak seluas 16 hektar dan terletak kira-kira lapan kilometer dari hospital lama dan merupakan satu projek reka dan bina dengan dilengkapi 268 katil serta 220 unit kuarters untuk kediaman pelbagai kategori anggotanya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian hospital itu di sini. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Majlis perasmian hospital itu disempurnakan Enche' Besar Hajjah Khalsom Abdullah. Turut berangkat ke majlis tersebut Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Liow berkata hospital baharu itu mempunyai 798 anggota kesihatan terdiri daripada bahagian klinikal, sokongan klinikal dan sokongan bukan klinikal.

Hospital itu terdiri daripada dua blok bangunan utama yang menyediakan perkhimdatan sekunder dilengkapi dengan perkhidmatan teknikal, sokongan klinikal dan bukan klinikal.

Antara perkhidmatan yang ada di hospital baharu itu ialah unit rawatan pesakit luar yang meliputi klinik pakar, rehabilitasi dan hemodialisis; bahagian rawatan pesakit dalam termasuk unit ortopedik, unit pembedahan mulut dan pediatrik.

"Saya percaya yakin dan percaya dengan wujudnya hospital baharu ini status kesihatan penduduk Kluang akan terus meningkat, ditambah lagi dengan adanya kemudahan yang lebih canggih serta anggota kesihatan yang terlatih dan berdedikasi," katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan juga amat gembira kerana mendapat pekenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar untuk membuat pengisytiharan nama hospital itu kepada nama baharu iaitu Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom. -BERNAMA

PRSB : Inilah akibatnya bila projek dilaksanakan secara runding terus, terus masuk poket kroni, menyalahgunakan kuasa, membazirkan duit rakyat, lepas tu buat main cincai sahaja, dengan bahan binaan yang tak mengikut spec dan bermutu rendah ia pasti mengundang bahaya kepada kakitangan dan pesakit... 

Sumber 


Khamis, 17 Januari 2013

Gomoman VS Johoman, Siapa lebih miskin?



Pendedahan dibuat oleh Presiden Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas bahawa orang Melayu di Johor paling miskin mungkin tidak menjadi kudis gatal kepada pemimpin Umno Johor. Baik Abdul Ghani Othman, Muhyiddin Yassin apa lagi Ahmad Maslan, fakta itu tidak penting buat mereka asalkan saja mereka senang dan kaya raya. Peduli apa dengan nasib orang Melayu Johor. Lagi pun orang Melayu Johor versi lama cukup berpuas hati asalkan Umno memerintah negeri berkenaan. Bagi mereka sudah cukup Umno terus mentadbir Johor, jangan peduli apakah nasib mereka dan masa depan mereka, janji Umno masih terus hidup maka mereka juga akan hidup. Umno persis nyawa kepada orang Johor.

Kenapa saya kata begitu, sebab masalah kemiskinan dan keterhimpitan orang Melayu Johor ini bukan perkara baru, ia bukan berlaku sehari dua ini. Ia mulai merebak sejak zaman Muhyiddin Yassin menjadi MB Johor lagi. Ketika itu kerajaan Johor meluluskan dasar orang luar boleh memiliki tanah di Johor seberapa banyak yang mereka ingin. Dasar tanah Johor sangat rapuh berbanding dengan dasar tanah Kelantan yang ketat dan istimewa.


Muhyiddin sendiri menjadi dalang dalam membenarkan tanah-tanah rezab Melayu sekitar Johor dibangunkan kemudian dijual kepad orang asing, Singapura. Perpindahan beliau ke pusat menjadi menteri dan meninggalkan tampuk Johor salah satu faktornya ialah kelemahan dasar pentadbiran di bawahnya yang menyebabkan Johor banyak hilang tanah.

Pembangunan yang dikemukakan Muhyiddin memang untuk membantu mengembangkan ekonomi orang Johor. Tetapi matlamat itu tidak tercapai dan ia semacam ia tergadai apabila projek baik perumahan, gedung perniagaan yang dibangunkan nilai pasarannya tinggi menyebabkan orang Melayu tidak mampu memilikinya.

Akhirnya kesan dari itu bagi mengelakkan lambakan dan kebekuan aset, maka hartanah itu dibuka untuk dibeli oleh warga asing khasnya rakyat Singapura. Hari ini sudah lebih dari lima gedung perniagaan besar di Johor Bahru sudah bertukar tangan daripada "Mahmood Iskandar" kepada "Mah Hong Kong."

Demikin juga dengan rumah kediaman yang kononnya dibangunkan untuk orang Melayu atau rakyat Johor sudah menjadi milik orang asing. Salah satu ialah pembangunan di sekitar Danga Bay.


Singapura

PAS Johor yang kini sedang menunjukkan ghairah untuk memerintah Johor mungkin ada angka-angka mengenai berapa jumlah rumah, kedai dan berbagai premis yang menjadi milik Singapura. Kalau rajin anda boleh berdiri di Tambak Johor (cross way) kira sendiri berapa banyak kereta plat Singapura yang pagi-pagi sudah keluar ke Singapura atau duduk petang kira berapa banyak kereta plat Singapura masuk ke Johor untuk tidur dan membuat anak di Johor.

Mereka itu adalah rakyat Singapura yang mendapat manfaat dari dasar tanah dan pembangunan Johor.

Syed Ali juga membayangkan kadar atau jumlah kemiksinan orang Johor akan bertambah dengan ramainya orang asing datang ke kawasan pembangunan baru Iskandar Malaysia. Menurutnya 80% tanah di zon pembangunan Johor Selatan itu (Iskandar) adalah milik orang asing.

Menurutnya lagi pada tahun 1800 orang Melayu Johor paling kaya tetapi hari ini menjadi paling miskin. Tidak mustahil mungkin dalam tidak sampai 100 tahun lagi semua tanah di Johor baru akan menjadi milik orang asing. Johor akan menjadi Palestin yang terpaksa berpawah hidup dengan orang asing seperti mana rakyat Palestin berpawah tanah dengan Israel.


Melayu Kelantan lebih kaya 

Paling merujakan dan ini paling tidak disenangi oleh Umno ekoran pendedahan Syed Ali itu apabila beliau menyebut, orang Melayu di Kelantan lebih kaya dari di Johor. Beliau memberi contoh kekuatan (nilai ringgit) orang Kelantan mereka boleh membeli rumah sehingga bernilai RM200,000. Nilai rumah yang sama besar di Johor mencecah RM1.5 juta.

Songsang

Pendedahan Presiden DPMM itu menjelaskan bahawa dasar pembangunan di Kelantan lebih praktikal dalam memelihara hartanah orang Melayu serta memberi pembangunan kepada rakyat. Hakikat ini tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun kecuali Ahmad Maslan akan menafikan dengan sekeras-kerasnya seperti aksinya membela Felda walaupun saham FGVH ternyata merudum tetapi dia masih mengatakan saham itu naik kerana kaedah ukuran Mat Maslan ialah dari bawah ke atas. Songsang.

Perbandingan dibuat Syed Ali ini menjelaskan bahawa PAS yang menjadi pemerintah Kelantan ternyata lebih prihatin dan bersifat membela tanah air - al wataniah. Jadi terbuktilah kini bahawa Umno hanya pandai mendendangkan lagu 'anak kecil main api' tetapi tidak tahu bagaimana hendak memadamkan api yang sedang membakar hartanah Melayu di Johor.

Generasi Melayu Johor harus sedar apa yang berlaku itu, bahawa Umno bukan boat penyelamat lagi. Jangan anggap pendedahan Syed Ali itu hanya sekadar hendak menimbulkan kebimbangan Johor terus akan hanyut kalau kedatangan orang asing bertambah ramai ke negeri itu. Saya tidak fikir dia hendak bermain politik dengan kenyataan itu mahu menggambarkan kalau Pakatan Rakyat menang di Johor, bilangan orang asing akan bertambah dan Melayu Johor akan terhimpit.

Tidak. Generasi baru dan lama di Johor kena memberi keyakinan dan peluang kepada Pakatan Rakyat yang kini sedang dibimbing oleh Salahuddin Ayub bersama rakan-rakanya Suhaizan Kayat, Mazlan Aliman dan rakan-rakannya. Menghayati dan bandingkan dasar pemerintah yang bakal dilakukan sekiranya mereka menang. Yang pastinya PR tidak sesekali akan mengguna pakai sistem pentadbiran digunakan pakai Umno sejak 56 tahun lalau kerana ia ternyata gagal. PR akan tinggal sistem itu sebab ia korup. Sistem atau dasar PR sudah tentu akan mengelakkan rakyat Johor khasnya Melayu terus terjelus dalam lubang maut bikinan Umno.

Apa yang didedahkan oleh Syed Ali itu juga sekaligus menempelak  perdana menteri Ha Najib Razak yang begitu arif mengenai perangkaan, di mana sebelum ini mengatakan Kelantan sebagai negeri termiskin. Apakah dengan keadaan Johor yang rakyatnya disahkan sendiri oleh rakyatnya (Syed Ali) yang termiskin itu tidak memungkinkan yang rakyat termiskin adalah negeri sepupu Najib itu sendiri?

Najib kena perbetulkan fakta itu manakala rakyat Johor kena perbetulkan pemerintah. Pastikan sistem rintahan digunakan pakai Umno terbuang dari Johor barulah rakyat Johor akan terkeluar dari zon paling miskin yang dibimbangi itu. -
http://msomelayu.blogspot.com

Isnin, 17 Disember 2012

Orang Melayu Johor Dihalau Tanpa Disedari


Ini satu lagi maklumat yang perlu Najib Altantuya ambl peduli sesuai dengan slogannya Berubah Atau Rebah kerana tatkala beliau dan Timbalan Presiden Umno sedang berusaha dan hampir berjaya sepenuhnya memulihkan imej parti dan kerajaan, ada pula pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan mengaut keuntungan secara peribadi dan mungkin percuma tetapi meninggalkan kesan yang amat besar serta parah kepada rakyat.

Najib Altantuya dan Muhyiddin pasti yakin dan mengetahui bahawa Johor adalah kubu kuat ataupun benteng yang mempertahankan Umno selama ini dan rakyat Johor hidup mati mereka adalah sebagai orang Umno dan akan terus menyokong Umno sampai bila-bila tetapi kalau maklumat yang diterima ini benar dan Najib terus mempertahankan kepimpinan yang ada,kita bimbang kedegilan Wan Mokhtar Menteri Besar Terengganu satu ketika dulu berjangkit terhadap rakyat Johor.

Menjelang PRU13 nanti, Najib Altantuya tidak ada pilihan, beliau perlu berani membuat tindakan dan bukan sekadar tegas bercakap semata-mata, itupun kalau Najib Altantuya sayangkan rakyat Johor yang cinta serta kasih sayang mereka pada Umno dan Barisan Nasional tidak pernah pudar,

Saya harap maklumat ini tidak benar dan kalau ada kebenarannya, ada pihak yang perlu dipertanggungjawabkan terutama sekali mengenai isu pengambilan tanah untuk pembangunan di Danga Bay yang asalnya milik Kumpulan Prasana Rakyat Johor (KPRJ) telah dijual kepada Danga Bay Sdn Bhd dan dikecualikan daripada bayaran premium.

Sukar kita membayangkan andainya maklumat ini benar bahawa Danga A seluas 214 ekar dan Danga B seluas 135 ekar dijual dengan harga satu kaki persegi dengan RM13.12 sedangkan harga semasa bermula dari RM200-RM250 satu kaki persegi. 

Manakala Danga C seluas 524 ekar dikatakan telah dijual satu kaki persegi dengan harga RM1.50 sedangkan harga semasa RM80-RM120 satu kaki persegi. Danga D1 da Danga D2 192 ekar dijual dengan harga RM1.50 satu kaki persegi sedangkan harga semasa bermula dari RM80.00 ke RM 120.00. 

Danga D3 seluas 84 ekar dijual dengan harga RM1.50 satu kaki persegi, harga semasa bermula dari RM80.00 ke RM100.

Lebih malang lagi Danga E yang luasnya 154 ekar dijual hanya RM28 juta sedangkan nilai semasa RM500 juta manakala Danga D4 dan D5 seluas 485 ekar diberikan secara percuma manakal untuk pembangunan Iskandar Water Front, sekali lagi KPRJ telah memberikan tanah kepada Danga Bay seluas 1800 ekar tetapi KPRJ  hanya memegang saham sebanyak 12.30 %,Danga Bay 36.50 %,Iskandar Water Front Holding memegang saham sebanyak  51.20 %.

Selain itu KPRJ juga telah menyerahkan banyak tanahnya  untuk dibangunkan oleh Danga Bay dan apa istimewanya Danga Bay sehingga begitu banyak  kehendak syarikat ini dipenuhi oleh KPRJ  hinggakan dalam KPRJ. Lim Kang Hoo dikatakan memegang saham sebanyak 70 % manakala KPRJ  hanya 30 %. Siapa yang menguasai KPRJ ini sebenarnya?

Atau ada pemimpin Melayu yang menjadi barua ataupun tali barutnya sehingga dengan cukup wewenang tanah-tanah tersebut diserah untuk dibangunkan tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada rakyat Johor?

Cara pembangunan ini seolah-olah untuk menghalau orang-orang Melayu secara terhormat dari Johor Bharu. Rakyat Johor bukan menolak pembangunan tetapi pembangunan harus dibangunkan tanpa meminggirkan atau membunuh kepentingan orang-orang Melayu di negeri itu.

Saya amat berharap maklumat ini tidak benar dan kalau benar betapa bersimpatinya kita dengan Najib Altantuya yang bertungkus lumus menggerakan transforamsi namun dalam masa yang sama ada pihak-pihak tertentu berpakat dari dalam untuk menggulingkan kepimpinan Najib.mejahanamkan kepercayaan rakyat Johor terhadap Umno dan Barisan Nasional.

Kerakusan mereka ini jika tidak dihalang,kita bimbang ada kejutan ataupun tsunami pada PRU13 nanti dan ketika itu, sudah tiada erti lagi keramatnya sebuah negeri yang menjadi tapak penubuhan Umno yang akhirnya ada pemimpinnya menikam Umno dari belakang.

Menjelang PRU13, demi masa depan rakyat Johor yang sedang disumbat dengan serangan pembangkang, Najib Altantuya harus melaksanakan program transformasi politiknya dengan kadar paling segera. Andai kepimpinan negeri sumbang,tempang serta rakus mengejar kekayaan peribadi,mereka ini perlu diganti ataupun disingkirkan.

Johor terlalu ramai pemimpin yang berpotensi serta berkualiti dan rakyat Johor tidak akan menangis andainya keputusan yang Najib buat itu adalah untuk mempertahankan kepentingan mereka malah kita percaya rakyat Johor akan berdiri teguh menyokong Najib Altantuya dan Muhyiddin.

Kita tidak mahu nasib Terengganu satu ketika dulu tempiasnya menepis rakyat Johor. Mereka cukup sayangkan Umno tetapi mereka mula benci kepada pemimpin yang mengkhianati kesetiaan dan keyakinan mereka terhadap parti.

Bayangkanlah bagaimanakah kemampuan yang rakyat Johor harus ada untuk memiliki rumah baik banglo,teres ataupun kondominum di jajaran Danga Bay itu yang dijual melebihi harga setengah juta ringgit seunit itu?

Harga rumah melebih setengah juta...
Dan adakah ini yang disebut-sebut oleh pembangkang bahawa pimpinan kerajaan negeri berpakat dengan orang –orang tertentu untuk `makan’ tanah-tanah rakyat Johor terutamanya tanah orang-orang Melayu demi mengkayakan mereka dan krooni-kroni mereka.

Saya menyimpan banyak lagi maklumat-malumat ini dan saya percaya maklumat-maklumat ini sudah sampai ke pihak sepatutnya terutama sekali Perdana Menteri, SPRM serta pihak berkuasa lain dan saya amat berharap bahawa maklumat ini tidak benar.

Meskipun pembangkang telah mendedahkannya dan tidak ada penafian ataupun kenyataan dikeluarkan oleh oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab, kita bimbang maklumat-maklumat ini sahih dan benar.

Untuk peringkat ini saya tidak bersedia untuk mendedahkan berapa banyak syraikat yang menguasai pembangunan hartanah di Johor yang dimonopoli oleh seorang individu sahaja dan kita percaya Cina yang mendatangi Johor ini tidak berani bertindak sedemikian seandainya tidak ada tangan-tangan ghaib di belakang mereka.  -Jalan Pulang

Siapa tangan itu? 

Siapa dalangnya? 

Siapa exconya?
PRSB : Dulu tahah Palestin pun sama juga ceritanya dengan skandal ini. Mula-mula jual dulu, bisnespun rugi baik jual tanah, asal jadi duit, apa hairan, tanah pun dapat percuma atau gratis kata orang indon.
Inilah kelebihan melayu umno (baca kebodohan), dapat harta free tak pandai meniaga, dah rugi jual dengan harga murah kepada kapitalis, dapatlah topup hutang yang menggunung tu, hidup cara mewah, isap cerut mahal, berfoya-foya.
Tak peduli akhirnya orang melayu hilang tanah dan merempat. ingat kalau ada penduduk melayu yang mempertahankan tanah tumpah darah mereka warisan beratus tahun walhal dalam mahkamah dah isytihar bukan milik mereka sebab dah kena jual dengan pemimpin umno boleh ke mereka bertahan?
Jentolak akan memusnahkan rumah mereka masa mereka keluar bekerja, isteri dan anak-anak dalam ketakutan (sebab kena ugut dalam telefon) pujuk suami supaya tinggalkan rumah kerana banyak gangguan...ancaman...

Sebab dimusnahkan rumah dan tanah mereka tak ada sebab lain supaya mereka tak kembali semula ke rumah mereka, tak boleh balik kampung halaman mereka, rumah pun dah musnah, hidup semakin tertekan, desakan mencari tempat perlindungan baru, pemimpin yang diharapkan menjadi pagar, tetapi pagar makan padi, akhirnya lalu merempat jadi pelarian di negeri sendiri...tektik sama dengan regim zionis laknatullah...

Selasa, 4 Disember 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor Meriah


Lautan rakyat Johor kelmarin membanjiri Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam kelmarin.

Walaupun pada awalnya disebelah petang terdapat sedikit hujan, namun kehadiran luar biasa ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.

Program pada sebelah malamnya bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang membawa agenda perjuangan hak rakyat.

Antaranya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

Turut berucap menyemarakkan lagi himpunan kebangkitan rakyat malam tadi ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tuan Haji Muhammad Sabu yang merupakan Timbalan Presedin PAS.

Mereka telah memberi ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan - tuduhan songsang yang dikemukakan oleh Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu.




Oleh : Umar /nusajayakini
Main sentimen Melayu tapi tanah dipijak milik ‘Umno’ – Anwar

BATU PAHAT 3 Dis: Orang Melayu usah terpedaya dengan jarum politik Umno yang cuba menyalakan api perkauman melalui bait-bait lagu ‘Warisan’.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata lagu ‘popular’ Biro Tata Negara (BTN) sengaja diputar pada Perhimpunan Agung Umno untuk meraih simpati orang Melayu.

“Menyanyi lagu ‘anak kecil main api. Kemudian, (ada bait lagu) ‘tanah dipijak milik orang”. Milik orang mana? Milik pemimpin Umno!

“Cuba tanya. Berapa harta Daim (Zainuddin). Berapa harta Najib Razak. Berapa harta keluarga Dr Mahathir?

“Kemudian mahu cakap soal Melayu. Ini cakap pembohong dan penjilat,” katanya depan lebih 15,000 rakyat pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat, Johor kelmarin.

Umno memperalat bait-bait lagu itu untuk dimomok kepada perwakilan parti itu hingga ada mereka menyangka hak Melayu terhakis jika Pakatan memerintah.

Sedangkan, kekayaan negara dibolot segelintir pemimpin Umno dan kroni mereka.

Anwar kesal kerana Umno sejak Perhimpunan Agung 1998 hingga kini hanya memaki dan memfitnah beliau tetapi mengabai isu dasar untuk kepentingan negara.

“Sampai sekarang maki saya. Kenapa tak bincang ekonomi, kenapa tak kritik isu kontrak, balak dan tanah yang hilang? Mana Pemuda Umno?

“Kamu fitnahlah banyak mana pun. Sekarang Umno sudah jadi parti yang tak relevan, yang hidup dalam penafian. Kasihan…” sindir Anwar.

Selasa, 20 November 2012

Pendaftaran Pelajar sesi 2013 Madrasah Al-Masriyah Dibuka Sekarang







Lencana Madrasah Masriyah, lambang menara seperti Logo Universiti Al-Azhar, 2 kubah, Al-Quran dan bulan sabit

Simpang Renggam : Madrasah Al Masriyah ataupun nama asalnya Darul Dakwah Wal Irsyad adalah sebuah Sekolah Menengah Arab swasta yang ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Tuan Guru Hj. Mohd Tahir Daeng Mengati.

Beliau adalah seorang bekas guru Madrasah Arabiah Kluang dan Madrasah Arabiah Bugisiah Tampok, Benut. Beliau menubuhkan Madrasah Al Masriyah bersama beberapa rakan.

Madrasah Al Masriyah terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit sejauh 2 kilometer dari jalan utama Batu 40 Jalan Johor - Air Hitam. Keluasannya merangkumi 5 ekar.

Sehingga sekarang, Madrasah ini telah berjaya melahirkan pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi, dalam dan luar negara seperti Mesir, Jordan, Pakistan dan lain-lain.

Menurut kata Pengerusi Madrasah Al-Masriyah Al-Fadzil Ustaz Abdullah Husin pendaftaran sesi persekolahan 2013 masih dibuka kepada pelajar. Ibu bapa dan penjaga yang berminat boleh datang sendiri ke Madrasah Masriyah ini bertemu dengan guru bertugas.

Kemudahan asrama pelajar muslimin dan muslimat disediakan untuk semua pelajar yang mendaftar dan sesi persekolahan sesi 2013, boleh dapatkan borang pendaftaran dengan menelefon dahulu nombor di bawah.

PS : Segera mendaftar, asrama terhad, aliran Tahfiz, Arab dan Akademik sebagai pilihan. No telefon Pengerusi 0137771700. 

PRSB bertugas di sana sebagai guru akademik.

Jumaat, 9 November 2012

Asal Songkok Dari India ke Brunei, Kopiah Warisan Nabi



Sejarah Kopiah 

Dalam Islam, kopiah atau Kufi atau juga dikenali sebagai ketayap merujuk kepada sejenis penutup kepala. Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, dan memakai kopiah adalah salah satu cara yang mudah.

 Ia adalah sunat dan juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Selalu juga pemakaian kopiah dikenakan di dalam lilitan serban, iaitu dengan cara melilitkan serban pada kopiah.

Menurut Imam Sayuti Rahimahullah bahawa yang dipakai oleh Nabi SAW dan sahabat RA di bawah serban ialah al-Qalansuah atau kopiah.

Oleh kerana ia adalah satu sunnah, pemakaian kopiah merupakan amalan yang meluas yang terdapat di kesemua negara-negara Islam.

Dengan ini, pemakaian kopiah adalah berbeza dengan penutup kepala yang lain seperti songkok, bandana, topi dan penutup kepala yang lain yang hanyalah dianggap sunat, tetapi bukannya satu sunnah.

Lagi Mengenai Kopiah

Sejarah Songkok

Sukarno memakai songkok
Terdapat berbagai-bagai andaian mengenai asal songkok. Ada yang berpendapat songkok itu berasal dari India dan Pakistan dan di popularkan oleh orang Indonesia yang berugama Islam dalam bentuk ‘tarbus’ atau fez yang dipakai di Ottoman Turki.

Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi terkenal menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam melayu. Songkok mula menjadi antara pakaian pengikat kepala di dalam dunia peradaban Melayu nusantara sewal abad ke 20 kerana lebih selesa berbanding setanjak, semutar dan tengkolok.

Lagi Mengenai Songkok

Pendekatan PAS Kelantan & Johor Sama?


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan mengalu-alukan rancangan PAS Johor untuk 'menjohorkan' PAS di negeri itu.

Bagi mereka, ianya bersesuaian dengan ‘mood’  pelbagai lapisan masyarakat terhadap perjuangan parti itu yang dilihat semakin hebat.

Ketua Dewan Pemudanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (gambar), ketika ditemui selepas mesyuarat Dewan Harian dewan berkenaan memberitahu, rakyat akan lebih mudah memahami dasar dan matlamat perjuangan PAS menerusi cara itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berhubung program baru parti itu yang mahu menjohorkan PAS di negeri itu.
 
pendekatan yang sama

PAS di Kelantan juga mengambil pendekatan yang sama iaitu mendekati rakyat negeri itu melalui program sosiobudaya mereka untuk memenangi hati mereka.

Ia termasuklah menjadikan kesukaan rakyat Kelantan sebagai program PAS termasuklah dikir barat, bola sepak, memperkasakan makanan tradisi Kelantan termasuk budu dan sebagainya.

Dr Mahfodz ketika memberikan ucaptama dalam Konvensyen PAS Johor Ahad lepas menggariskan program 'menjohorkan' PAS di negeri itu.

Pendekatan tujuh perkara itu bertujuan untuk membolehkan PAS dapat masuk ke dalam sosiobudaya rakyat Johor sehingga ke akarnya.

Antara nama penting dalam tradisi Johor adalah majlis yasinan, marhaban, berzanji, merewang, memakai songkok tinggi, nasi embeng, laksa Johor dan sebagainya.

(Peserta konvensyen PAS Johor makan nasi dalam talam antara program 'menjohorkan' PAS di negeri itu)

PAS Johor juga mengkaji untuk mengaitkan PAS dengan tarian tradisional Johor iaitu kuda kepang dan zapin serta muzik ghazal asalkan tidak bertentangan dengan Islam.


Mendapat sambutan



“Lebih membanggakan kita mana-mana program Pakatan Rakyat yang dianjurkan di negeri ini mendapat sambutan rakyat termasuk jualan meja untuk makan malam baru-baru ini.

“Untuk itu PAS perlu memperlengkapkan diri untuk menerima keluarga besar yang bakal menyertai parti itu,”ujar Abdul Latif ketika menyokong cadangan Johor itu.

, Abdul Latif turut mencadangkan program memasyarakatkan PAS di setiap negeri termasuk di Kelantan perlu digerakkan dengan lebih agresif.

“PAS dilihat bukan hanya sebuah wadah perjuangan Islam, sebaliknya membawa masyarakat ke arah keharmonian dan kasih sayang,”ujarnya. -Hrkh
   
PRSB : Gaya orang PAS dengan kopiah putih sudah menjadi budaya dan identiti, malah ramai Pak Imam dan Pak Haji kalangan tegar Umno pun selesa dengan pakaian ala PAS, nampak lebih islamik dan dapat pahala kerana ia pakaian sunnah.
 
Di Johor, kalau di kampung anak muda tak mau langsung pakai kopiah, lebih-lebih lagi warna putih, takut dan ditakut-takutkan kalau hadir majlis kenduri Yasinan nanti kena baca doa... 
 
Inilah doktrin Umno yang ditanam dalam kepala mereka bahawa hanya yang dah pergi haji sahaja yang boleh pakai kopiah putih. 
 
Jadi sampai usia pencenlah songkok hitam baldu yang dah jadi kuning yang mereka pakai. Dah macam lepat buruk kata Allayarham A R Tompel kepada A K Jalani Kengkang  Do Re Mi


Blog P153 Sembrong Dilancarkan




Lagi mengenai berita blog terkini

Selasa, 6 November 2012

Anak pemimpin Umno ada saham dalam Syarikat Kapitalis AES?

Salmiyah Harun,
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa syarikat anak bekas pimpinan Umno Johor antara yang mengendalikan saman Sistem Peguatkuasaan Automatik (AES).

Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Chang Lih Kang berkata salah satu syarikat yang mendapat projek AES adalah Beta Tegap Sdn Bhd dimana pemegang saham terbesar syarikat itu adalah anak bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong.

Katanya, ibu pemilik saham syarikat berkenaan merupakan bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.

Manakala katanya, pemegang saham kedua terbesar dikatakan pernah mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

"Apakah ini secara kebetulan? Kedua-dua kementerian ini di bawah menteri MCA. Apakah ada hubungan rahsia antara pemegang saham kedua terbesar dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini,” soal beliau dalam sidang media di lobi Parlimen.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.

Beliau turut menunjukkan salinan maklumat berkenaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Maklumat tersebut menyatakan, Rozana Redzuan adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, ternyata melalui maklumat ini menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.

Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.

Jumaat, 31 Ogos 2012

Isu plate www 1 : Nizar menang Utusan Kalah

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutari hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

"Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, Utusan tidak lagi berhak untuk merayu keputusan tersebut namun masih berpeluang untuk mengenepikan keputusan hari ini yang dibuat tanpa kehadirannya itu.

Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa memfitnahnya itu.

"Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi.


Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Sementara itu, satu lagi saman Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.

"TV3 baru kemuka pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3 cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian itu.

ADUN Pasir Panjang itu mendakwa TV3 pada 30 Mei lalu mengeluarkan berita melalui rancangan Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung satu kenyataannya di Twitter. -mk

Ulasan GB

Alhamdulillah, akhirnya Allah memperkenankan doa GB dan kita semua. Sebelum ini GB pernah menulis:

Kini episod WWW1 melibatkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Kumpulan akhbar yang sama memainkan peranan untuk memburukkan pimpinan PAS.

Digendangkan secukup-cukupnya untuk menghasut rakyat Johor supaya membuat laporan polis dan hasilnya terdapat 49 laporan polis dibuat. Diberitakan 30,000 berhimpun (itu angka BERNAMA, GB kata dulu jika perhimpunan itu melibatkan UMNO, ia perlu dibahagikan 10, iaitu 3,000) di istana Johor untuk menunjukkan kesetiaaan kepada Sultan Johor.

Demikian jeleknya kewartawanan longkang amalan kumpulan akhbar Utusan. Mencari makan dengan menulis berita berunsur fitnah, bergambar lucah dan seumpamanya sudah menjadi resam mereka.

Dari pemerhatian GB, hukum kebenaran dan keadilan akan menghantar Utusan ke tong najis akhirnya.

Kita akan sentiasa berdoa agar Allah memberikan pengajaran kepada kumpulan akhbar ini.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kau tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Amin Ya Allah Amin Ya Rabbail 'alamin.
PRSB : Dasar penipu Utusan menjerut leher sendiri, isu sebenar dijadikan sentimen,



Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Ahad, 1 Julai 2012

Foto Himpunan Hijau Ke Putrajaya Johor Fasa 2






Rakyat Johor Menjadi Saksi... Pelakon Leftenan Adnan, Hairie Othman kini sah menjadi ahli PAS pada Majlis Khas Penyerahan Borang Kepada TG Nik Aziz Nik Mat dihadapan puluhan ribu rakyat Johor malam tadi sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya.....


Himpunan Hijau Johor momentum Pakatan ke Putrajaya

JOHOR BAHRU: Puluhan ribu rakyat Johor membanjiri Dataran Dahlia malam tadi bagi menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya yang turut membariskan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sambutan ini disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai kesediaan PAS untuk membentuk kezahiran bermakna parti Islam itu di Johor dan membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Majlis yang bermula 7 malam dengan solat Maghrib dan solat Munajat dan Tahlil itu turut menyaksikan penyerahan borang menyertai PAS oleh Hairie Othman, pelakun filem Bukit Kepong.

Majlis ini menjadi tumpuan kerana sebelum ini isu Bukit Kepong menjadi momokan Umno di Johor kononnya timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyokong Komunis apabila beliau memuji peranan Mat Indera dalam satu ceramahnya.

Ia menjadi sebaliknya apabila pihak yang membuat laporan polis terhadap kes ini memohon maaf kepada Mohamad di mahkamah dan mengaku laporan polis yang beliau buat berdasarkan laporan media Umno iaitu Utusan Malaysia semata-mata.

Himpunan Hijau kali ini disertai juga Jamuan Anak Kelantan di Perantauan yang diadakan di Taman Kempas Permai.

Turut diadakan adalah jamuan makan malam bersama masyarakat Cina yang diadakan di sebuah restoran terkenal di Danga Bay dekat sini.

Di pentas utama di Dataran Dahlia, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub secara rasmi diserahkan kepada Johor kembali apabila Tuan Guru NIk Aziz melakukan upacara penyerahan rasmi itu.

Dengan ini, segala berita-berita angin menjadi sahih, Salahudin akan bertanding di Johor dalam pilihan raya umum akan datang dengan diserahkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan kepada Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Para pemerhati politik berpendapat, dengan lambatnya pilihan raya umum membolehkan mementum PAS malam tadi dikembangkan ke seluruh Johor.

Ini kerana, jika Pakatan Rakyat mahu ke Putrajaya, sumbangan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen diperlukan Pakatan dari Johor. -HD

Salahuddin: Tanding di Johor bukan 'bunuh diri'


JOHOR BAHRU - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, keputusan meninggalkan Parlimen Kubang Kerian, yang dilihat sebagai kawasan selamat untuknya dan bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), bukan satu tindakan "membunuh diri."

Beliau menegaskan, keputusan itu adalah muktamad walaupun ada pihak yang menyifatkan tindakannya itu sebagai satu keputusan mahu membunuh diri.

“Saya tidak akan berpatah balik daripada keputusan untuk meninggalkan Kubang Kerian, seterusnya membawa balik apa yang saya belajar ke Johor walaupun ada yang mengatakan saya cuba membunuh diri.

“Kita akan lihat siapa yang akan dibunuh dan siapa akan terbunuh? Menang atau kalah dalam pilihan raya adalah adat bertanding dan kita akan tetap meneruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam dan orang Melayu," katanya.

Salahuddin berkata demikian dalam ucapannya bersempena Jamuan Makan Bersama Tok Guru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas, Tampoi di sini, semalam.

Bagaimanapun Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak dapat hadir pada majlis itu.

Beliau turut menyifatkan Kelantan sebagai sebuah universiti politik buatnya, selain bertekad mahu menghapuskan politik samseng, fitnah dan tidak sihat yang diamalkan oleh pihak tertentu.

Walaupun berhijrah untuk bertanding di negeri kelahirannya, Salahuddin berjanji akan terus berjuang menuntut hak rakyat Kelantan terutamanya mengenai isu royalti minyak.

Pada program anjuran Persatuan Anak Kelantan PPR Kempas itu, beliau memberitahu, sokongan terhadap Pas semakin meningkat termasuk daripada golongan artis.

Selain Bob Lokman dan Hairie Othman, beliau turut menyebut beberapa nama lain yang dikatakan bakal menjadi ahli Pas seperti Abby Abadi, Syarifah Aini dan Ning Baizura, namun beliau tidak mengulas lanjut mengenai pengumumannya itu.
-SH












Sabtu, 16 Jun 2012

Dana Baikpulih Al-Masriyah Simpang Renggam

Pelancaran sumbangan Dana Mebaikpulih bangunan sekolah dan asrama Masriyah dilancarkan olef Ustaz Salleh Man.

Bagunan sekolah yang sudah lebih 25 tahun agak uzur untuk didiami khususnya bangunan masjid, asrama muslimin, asrama muslimat, rumah guru dan tandas.

Pembinaan bangunan ini lebih 20 tahun yang lalu pun banyak menggunakan kayu terpakai (sizen) bagi menjimatkan kosnya.

Akaun Masriyah Maybank 55191106753

Sumbangan saudara amat diperlukan. klik harakah

Khamis, 10 Mei 2012

Akibat dipanah petir

Gambar di Jalan Lingkaran / Cekal, Taman Sri Lambak Kluang, dahan pokok pinang hiasan yang jatuh menghempap gerai ice blended yang sudah lama terbiar dan memburukkan pandangan.


PSB 


Rabu, 9 Mei 2012

Al Badrul Munir di T6

 Takbir!!!




Kibaran bendera Purnama di Taman Sri lambak (T6) Kluang, Pasti ianya sangat menaikkan semangat ahli saf PAS.

Kalimah takbir dilaungkan oleh orang ramai yang lalu dihadapan markaz semasa usaha menaikkan bendera ini.

Satu Perang Saraf kerana bendera besar ini dari jauh sudah kelihatan berbanding dengan bendera dacing yang kecil pudar sudah mula koyak rabak kerana sudah berbulan-bulan digantung menunggu PRU13 yang tak kunjung tiba.

PSB

Johor Dilanda Wabak TB yang merungsingkan rakyat

Oleh: amkns "MUAR 7 Mei 2012 -

Penyakit tibi yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dipanggil Mycobacterium tuberculosis telah meragut 53 nyawa sejak awal tahun ini hingga kelmarin di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, hingga kelmarin sebanyak 563 kes dicatatkan dengan 91 peratus adalah pesakit baru dan 52 peratus menghidap tibi berjangkit.

Menurutnya, daerah Johor Bahru mencatat rekod tertinggi dengan 246 kes diikuti Muar (91), Batu Pahat (56), Kluang (33), Kulaijaya (32), Segamat (32), Kota Tinggi (25), Pontian (20), Ledang (19) dan Mersing (9). "Perkembangan terbaru ini agak serius apabila dua pesakit tibi di daerah Muar meninggal dunia kelmarin," katanya semasa ditemui selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 213 penerima di Sungai Balang di sini kelmarin.

PSB : Tadika di Johor di serang wabak kuku dan mulut, TB menyerang orang dewasa pula, lepas ini apa pulak penyakit... mohon perlindungan Allah dari penyakit dan wabak khususnya wabak menolak Islam. 

Tibi meningkat ketara di Johor

Isnin, 7 Mei 2012

Himpunan Tanah Johor Berjaya Walaupun Disekat



Polis Trafik Halang Kenderaan Masuk Plaza Angsana

Johor Bahru : Pengunjung yang hendak membali belah di Plaza Angsana terpaksa membatalkan hasrat  pada hari Sabtu lalu  bermula sebelah petang selepas PDRM menghalang semua laluan masuk bagi kenderaan samada kereta, lori, bas atau motosikal ke Plaza Angsana.

Ada juga kelihatan beberapa lelaki sasa berpakaian serba hitam ala komando swat turut serta bersama Polis Trafik di laluan masuk tersebut. Tidak dapat dipastikan pasukan apakah itu dan dengar khabar mungkin dari Askar Timbalan Setia atau JMF.

Mungkin alasan yang diberikan ialah tidak mahu dan tidak suka sekiranya Himpunan Tanah Rakyat yang berlangsung di tempat letak kereta Plaza Angsana anjuran Pakatan Rakyat berjaya mengumpul ramai hadirin.

Kon dan blok sekatan terdapat di pintu masuk plaza dan bangunan Hasil menyebabkan kesesakan lalulintas dan amat menyusahkan pengguna yang berhasrat membeli belah bersama keluarga sempena cuti hujung minggu.

Ana tiba bersama keluarga lebih kurang pukul 2.15petang hendak terus masuk bersama kenderaan lain yang sesak tetapi dilencongkan terus ke jalan menuju Kempas.

Niat jahat untuk menggagalkan perhimpunan ini dari mendapat kunjungan hadirin adalah silap kerana  tujuan himpunan ini adalah untuk membela masalah tanah yang membelenggu rakyat Johor.

Sekiranya kita berdiam diri,  ianya mungkin menjadi ancaman bahaya kepada rakyat yang kehilangan hak dan tertipu dan mengelami kerugian dengan berbagai karenah birokrasi Pejabat Tanah di setiap daerah.

Tetapi bagi kerajaan UmnoBN ianya bakal menjadi ancaman bahaya kepada kepimpinan ala kapitalis mereka akibat keGAGALan mereka menagani kes ini dan selama ini mereka angkuh dengan kuasa yang mereka perolehi lalu senang-senang menindas rakyat marhaen.

Ana fikir sekiranya laluan masuk tidak dihalang mungkin himpunan ini akan menjadi himpunan terbesar dalam sejarah pakatan rakyat di Johor.

Rakyat tak mahu ditipu kali ini, Melayu, Cina dan India bersatu untuk menentang kezaliman UmnoBN dan bangun menegak keadilan selaras dengan tuntutan Islam, 'amar maaruf nahi mungkar.'
Ramai yang rela meletak kenderaan jauh dan terpaksa berjalan kaki ke tapak himpunan bagi menyatakan tuntutan rakyat supaya kerajaan pimpinan MB Ghani Othman segera menyelesaikan kemelut masalah tanah yang terdapat dimerata-rata Johor.
PSB
Ribuan Sertai Himpunan Tanah Johor
JOHOR BAHRU: Himpunan Tanah Rakyat (Tanah) yang diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru semalam berjaya menarik kehadiran ribuan rakyat khususnya dari negeri Johor dan juga dari seluruh negara.

Program yang bermula kira-kira jam 2 petang itu berjalan lancar tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana pihak.

Menurut Setiausaha Tanah, Suhaizan Bin Kaiat, himpunan semalam diadakan sebagai menyatakan solidariti dari penduduk negeri Johor yang banyak menghadapi masalah tanah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Johor dibawah pimpinan Datuk Abdul Ghani Othman selaku Menteri Besar Johor.
"Kita menganjurkan himpunan hari ini untuk membantu rakyat negeri Johor terutamanya yang banyak dizalimi atas isu tanah. Mesej yang ingin disampaikan jelas bahawa kerajaan negeri Johor harus segera menyelesaikan tuntutan yang diminta oleh Tanah untuk dilaksanakan.

"Kehadiran ribuan rakyat hari ini menghantar mesej yang cukup jelas kepada Menteri Besar Johor agar menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh penduduk negeri ini. Kita bawakan mangsa-mangsa yang dizalimi untuk mereka memberi mesej kepada kerajaan negeri agar mendengar rintihan mereka," katanya semasa berucap memulakan himpunan tersebut semalam.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dalam ucapannya turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan membantu penduduk negeri ini menyelesaikan masalah tanah yang dihadapi.

"Saya dan pimpinan Pakatan Rakyat berjanji kepada penduduk negeri Johor bahawa kami akan membantu penduduk negeri ini menyelesaikan masalah tanah yang mereka hadapi.

"Kami akan turun selepas ini ke segenap penjuru negeri Johor untuk mendengar rintihan rakyat seterusnya membantu rakyat menyelesaikan masalah rakyat berkenaan isu tanah ini," tegas beliau.
mencabar pimpinan Umno BN agar bersemuka dengan beliau di negeri Johor secara anak jantan.

Terdahulu, himpunan Tanah semalam turut membuat 10 tuntutan untuk diserahkan kepada Menteri Besar Johor.

Tuntutan itu antara lain mahu kerajaan Johor menuntut semula Pulau Batu Puteh, siasat penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, hentikan pengurniaan tanah KPRJ/kroni, rampas tanah penyeleweng serta selamatkan tanah rizab Melayu.

Selain itu mereka juga mahu kerajaan negeri mewartakan tanah rizab orang asal, memastikan ketelusan pengurniaan tanah, pemilik tanah miliki ekuiti projek mega, selesaikan projek rumah terbengkalai dan hentikan manipulasi dan kurangkan birokrasi. -Hrkh





http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/392394_10150750572267312_303331692311_10014851_1018121352_n.jpg




http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/578982_10150749648472312_303331692311_10014671_187757286_n.jpg




http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/545986_406391072727351_197667700266357_1212494_1594834896_n.jpg

Selasa, 24 April 2012

Ziarah Medic Di Felda Kahang Barat












Pada 22 April 2012 Program Ziarah Medic anjuran Pusat Aduan Rakyat Zon Kahang telah dilaksanakan bagi memberi khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada peneroka felda yang sakit kuat.

Kami datangkan doktor muslimat dibantu oleh suami beliau melawat terus ke rumah pesakit yang telah dipandu arah oleh Sdr Mail yang merupakan anak peneroka tempatan.

Senarai pesakit yang menuggu agak ramai untuk dilawati dan tidak sempat untuk kami melawat semua pesakit yang sebahagiannya menderita penyakit seperti lumpuh, mata kabur, kanser payudara, buah pinggang, parkinson dan lumpuh anggota akibat kemalangan.

Akibat dari penyakit yang menimpa maka tidaklah dapat mereka keluar bekerja mencari rezeki dan terpaksa terperap di rumah sahaja. Tahniah kepada pasangan yang tabah menjaga dan menguruskan suami atau isteri masing-masing yang sakit terlantar dengan sabar.

Terdetik rasa simpati dan sempat kami hulurkan sedikit oleh-oleh atau buah tangan yang tak seberapa seperti sekampit beras, gula, susu pekat manis, tepung dan telur sepapan.

Tidak lupa juga kita mohon doa semoga cepat sembuh dari penyakit dan dilembutkan hati untuk bersama menyokong kita dalam melaksanakan kerja kebajikan dan dakwah.

Semoga program sebegini dapat dilaksanakan berterusan dan mendapat sokongan dari orang ramai yang simpati dengan perjuangan kami bagi membela kebajikan rakyat.

PSB