Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 11 Februari 2011

IKhwan lebih tahu keadaan di Mesir


Semua orang luar sibuk mengatakan Mesir bakal diperintah oleh sebuah organisasi agama yang bakal menukarkan mesir menjadi seperti negara Iran. Orang mengapi-apikan bahawa Ikhwan adalah kumpulan fanatik yang bahaya, terutamanya negara Israel sentiasa membesarkan kemungkinan Mesir akan menjadi Iran.

Ketakutan yang cuba ditimbulkan oleh semua musuh Ikhwan dari luar dan dalam membuatkan mereka berada di dalam dilema dan akhirnya mereka membuat kenyataan demi kenyataan bahawa mereka tak inginkan sebuah negara Islam, mereka hanya mahu sertai demokrasi dan menjadi sebahagian daripada kerajaan.


Itu saja yang mereka mahu, malah mereka tidak ada hasrat untuk meletakkan calon presidenpun. Mereka seboleh-bolehnya cuba meyakinkan rakyat bahawa jangan takut dengan Ikhwan.

Cuba fikirkan jika Ikhwan terus mengambil langkah nekad untuk menguasai negara Mesir dan melancarkan kempen besar-besaran mengajak semua orang Mesir kembali kepada pemerintahan Islam. Sudah pasti serangan datang bertubi-tubi dari luar dan juga dalam.

Saya ada melihat gesaan dari luar yang mahu Ikhwan bertegas dengan falsafah negara Islam. Ada juga dikalangan mereka daripada negara kita yang berkata Ikhwan tak ada pendirian dan lembik.

Nampak macam mudah nak suruh Ikhwan hijack demontrasi, tapi hanya Ikhwan yang lebih arif dan faham betapa sukarnya mahu mengambil pengaruh secara demokrasi. Mungkin demokrasi itulah landasan perjuangan Ikhwan yang dijadikan alat untuk mereka menegakkan Islam. Wallhu'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan