Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

Selasa, 29 Januari 2013

Cikgu Tak Akan Maafkan Hishamudin?


Rumah yang sepatutnya siap 2004 di Taman Sri Lambak sampai sekarang masih gagal untuk siap, pemaju tak pernah ditangkap untuk dibicarakan, Ahli Parlimen Sembrong sebenarnya kamu GAGAL

Sungguh jelek pemandangan yang boleh dilihat setiap kali nak ke sekolah, nampak projek rumah sendiri yang semakin semak samun. Sebahagian yang dah siap tak pernah dapat CF sebenar pula, yang ada CF sementara...porah

KLUANG: Menteri Dalam Negeri dan Sembrong MP Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mendedahkan bahawa calon-calon untuk dua kerusi negeri dan satu kerusi parlimen di kawasan Parlimen Sembrong akan mempertahankan kedudukan mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata bahawa beliau akan bertanding dalam pilihan raya untuk mengekalkan tempat beliau sebagai Sembrong MP, manakala Datuk Hoo Seong Chang dan R. Vidyanathan akan melakukan perkara yang sama untuk Paloh dan Kahang kerusi negeri masing-masing.

"Orang dalam Sembrong tahu bahawa kita telah dilakukan tugas dan perkhidmatan kami denganbaik.(Perasan..Pigidah)

"Mereka harus terus menyokong dan mengundi bagi kami bertiga untuk memberi kita peluang untuk pergi," katanya dalam satu sidang akhbar di sini Sabtu.

Hishammuddin menghadiri bahagian pilihan raya Sembrong penyelarasan mesyuarat di bangunan MCA Paloh.

Isnin, 7 Januari 2013

Secara Jujurnya Saya Lambat, Anwar Cepat : Najib



Akhirnya Najib akui PTPTN boleh dihapuskan dan Pendidikan percuma boleh diberikan

Beginilah keadaan manusia apabila terdesak baru mahu mengaku kebenaran. Pengakuan sebegini jika dilakukan ketika perdebatan isu pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN hangat di seluruh negara sebenarnya boleh meningkatkan kredibiliti Najib sebagai PM. Tetapi pengakuan yang lewat begini menunjukkan betapa BN sudah tidak relevan memerintah negara.

Penafian demi penafian BN terhadap tuduhan salah laku dan penyelewengan dalaman tanpa menunjukkan bukti membuatkan rakyat hilang kepercayaan. Keenganan menjawab isu kehilangan wang 207B yang sepatutnya diserah kepada buruh keretapi maut Burma-Thailand menjadikan BN akan dilihat sebagai sebuah parti yang mengkhianati anak watan sendiri

Isnin, 31 Disember 2012

Beg Sekolah Untuk Pelajar


Rabu, 26 Disember 2012

Program Back To School di Kluang

Hj Sarif & Ustaz Hamdan

Hamdan Basiran menyampaikan sumbangan Back To School
Uniform sekolah & begProses memilih barang keperluan penting persekolahan

Pilih kasutMemilih kasut berjenama

Alhamdulillah semalam IKRAM Kluang telah mengadakan program Back to School di Dewan Seminar MARDI Kluang.

Program dimulai dengan ucapan oleh YDP Kluang, Hj Sarif Mohyin dan diikuti dengan persembahan multimedia.

Tarbiyatul Aulad 

Akh Hamdan Basiran telah menyampaikan tazkirah 'Tarbiyatul Aulad'.

Penerima sumbangan seramai 25 orang telah memilih 8 jenis barangan yang disediakan pembekal.

Antara barangan yang disumbang ialah uniform sekolah lelaki dan perempuan berjenama, beg galas Kronos Italy, kasut GA Blue, setokin, tudung dan tali pinggang.

 Tuan Haji Sarif telah berusaha mencari pembekal yang boleh memberi diskaun harga yang rendah kepada kami walaupun barangan yang disediakan ialah yang bermutu tinggi dan berkualiti.

Kos bagi seorang pelajar hanyalah RM80 sahaja. Penerima-penerima adalah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah yang tinggal di Taman Sri Lambak, kuarters MARDI (Ladang ARB) dan sekitarnya.

Majlis diakhiri dengan jamuan nasi ayam Faizal Kaslan.

Hashimy SU Kluang

Khamis, 22 November 2012

Budak Tioghua Dari Kluang Hilang Dijumpai Mati

Air terjun pelangi di Sungai Lembing Pahang yang menakjubkan pengunjung tetapi berhati-hatilah, malang tidak berbau. Sumber foto acham
 
KUANTAN: “Saya hairan bagaimana anak saya boleh hilang sedangkan dia berjalan di tengah-tengah antara kami lima beranak. Sebelum itu saya lihat dia begitu ceria berlari-lari bersama dua beradiknya yang lain.
“Sebaik menyedari kehilangannya, hati saya terus terdetik sesuatu yang buruk menimpanya dan cuba mencari di kawasan sekeliling namun gagal,” kata Chan Tah Jek, 45, bapa kepada murid tahun tiga yang ditemui mati dalam sebuah lubuk di kawasan perkelahan Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing, dekat sini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, Chan Pek Sheng, 9, hilang ketika dia bersama empat ahli keluarganya dan empat sanak saudara lain dalam perjalanan turun dari kawasan perkelahan itu.
Bagaimanapun, mayat kanak-kanak itu hanya ditemui jam 1.30 tengah hari semalam oleh pasukan mencari dan menyelamat membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan dibantu penduduk kampung berhampiran.

Tah Jek berkata, mereka pergi ke kawasan air terjun berkenaan pada jam 6.40 pagi kelmarin kerana tertarik dengan kisah keindahan pelangi selain mahu membawa tiga anaknya berseronok sempena cuti sekolah.

Katanya, sebelum kehilangan anak bongsunya itu disedari, dia melihat mangsa bergelak ketawa bersama dua beradiknya yang lain, namun tidak menyangka itu kali terakhir dia melihat anaknya.
“Salah seorang anak memaklumkan Pek Sheng berjalan bersama saya sedangkan saya langsung tidak melihatnya ketika itu.

“Saya hanya mampu berdoa agar Pek Sheng dijumpai dengan selamat walaupun saya tahu harapan itu agak tipis. Saya tidak sangka keseronokan kami berakhir dengan kejadian sedih ini,” katanya yang tinggal di Kluang, Johor.
Tah Jek membuat laporan kehilangan anaknya itu di Balai Polis Sungai Lembing sebelum gerakan mencari dan menyelamat dimulakan jam 2 petang kelmarin. Bagaimanapun, operasi dihentikan jam 6 petang berikutan cuaca gelap.

Sementara itu, Penguasa Kanan 1 Bomba di sini, Zulfahmi Sutaji berkata, mayat mangsa ditemui dalam sebuah lubuk oleh penduduk kampung kira-kira dua kilometer (km) dari lokasi kali terakhir mangsa dilihat.

“Selepas mendapat maklumat dari penduduk tempatan, anggota saya terus menyelam ke lubuk berkenaan dan menjumpai mayat mangsa di dasar lubuk itu dan dibawa keluar.

“Punca kejadian masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan mangsa tergelincir ke dalam lubuk berkenaan sebelum lemas,” katanya ketika di temui di Balai Polis Sungai Lembing selepas operasi berkenaan dihentikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, semakan mendapati keluarga itu tidak memaklumkan kepada mana-mana pihak berkuasa sebelum memasuki kawasan air terjun berkenaan.

“Kejadian ini boleh dielak jika mana-mana pihak yang ingin memasuki kawasan rekreasi bagi berkelah atau berkhemah memaklumkan terlebih dulu kepada pihak berkuasa. Ini bagi memudahkan kami merekodkan setiap butiran dan memberikan nasihat kepada mereka untuk tujuan keselamatan.

“Selain itu, kawasan rekreasi juga perlu dilengkapi papan tanda amaran mencukupi bagi memberi maklumat kepada pengunjung di samping menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk keselesaan pengunjung,” katanya.
metro/

Selasa, 20 November 2012

Pendaftaran Pelajar sesi 2013 Madrasah Al-Masriyah Dibuka Sekarang







Lencana Madrasah Masriyah, lambang menara seperti Logo Universiti Al-Azhar, 2 kubah, Al-Quran dan bulan sabit

Simpang Renggam : Madrasah Al Masriyah ataupun nama asalnya Darul Dakwah Wal Irsyad adalah sebuah Sekolah Menengah Arab swasta yang ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Tuan Guru Hj. Mohd Tahir Daeng Mengati.

Beliau adalah seorang bekas guru Madrasah Arabiah Kluang dan Madrasah Arabiah Bugisiah Tampok, Benut. Beliau menubuhkan Madrasah Al Masriyah bersama beberapa rakan.

Madrasah Al Masriyah terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit sejauh 2 kilometer dari jalan utama Batu 40 Jalan Johor - Air Hitam. Keluasannya merangkumi 5 ekar.

Sehingga sekarang, Madrasah ini telah berjaya melahirkan pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi, dalam dan luar negara seperti Mesir, Jordan, Pakistan dan lain-lain.

Menurut kata Pengerusi Madrasah Al-Masriyah Al-Fadzil Ustaz Abdullah Husin pendaftaran sesi persekolahan 2013 masih dibuka kepada pelajar. Ibu bapa dan penjaga yang berminat boleh datang sendiri ke Madrasah Masriyah ini bertemu dengan guru bertugas.

Kemudahan asrama pelajar muslimin dan muslimat disediakan untuk semua pelajar yang mendaftar dan sesi persekolahan sesi 2013, boleh dapatkan borang pendaftaran dengan menelefon dahulu nombor di bawah.

PS : Segera mendaftar, asrama terhad, aliran Tahfiz, Arab dan Akademik sebagai pilihan. No telefon Pengerusi 0137771700. 

PRSB bertugas di sana sebagai guru akademik.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Apa nak Jadi Dengan UTHM, Pen NC Kempen UmnoBN, TNC Rasuah

 
Johor Bahru - Dewan Pemuda Pas Johor mendesak pengurusan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membuat satu siasatan berhubung tersebarnya rakaman sebuah video di YouTube yang didakwa ada kaitannya dengan kakitangan pengurusan universiti berkenaan.

Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat berkata, desakan dibuat pihaknya kerana dalam rakaman berdurasi tiga minit 47 saat tersebut menunjukkan kakitangan berkenaan yang didakwa melakukan salah guna kuasa dalam mempengaruhi audiennya untuk menyokong kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) Beliau berkata, Peraturan 21 dalam Perintah Am Kerajaan Bab ‘D’ secara jelas menyebut bahawa kakitangan kerajaan dari Pegawai Kumpulan Pengurusan Tinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam politik atau memakai lambang parti politik.

“Video yang dimuat turun sejak dua minggu lalu kini sudah disaksikan kira-kira 66,000 orang,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Suhaizan berkata, satu memorandum juga akan diserahkan kepada Naib Canselor UTHM pada hari ini berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, pejabat pengurusan universiti ketika dihubungi mengakui sedia maklum berhubung video terbabit yang dimuat turun dalam YouTube sejak dua minggu lalu. -SH


Pemuda PAS Johor serah memo ke UTHM




BATU PAHAT: Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) semalam menghantar satu memorandum kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ekoran seorang pegawai kanan kampus itu didakwa menyuruh pelajar menyokong BN.

Delegasi seramai 50 orang yang diketuai oleh saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil selaku Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia dan saudara Suhaizan Kayat selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Pendaftar UTHM, Naim Maslan.

Dalam memorandum itu, mereka mendakwa Penolong Naib Canselor UTHM Prof Ir Dr Amir Hashim Mohd Kassim cuba mempengaruhi dan mengugut mahasiswa supaya menyokong BN dalam satu program pada 19 September lalu.

Program tersebut yang dinamakan Program Amanat Penolong Naib Canselor Bersama Jawatankuasa Kolej Kediaman Sesi 2012/2013 telah diadakan di Pejabat Hal Ehwal Pelajar kampus itu.

Rakaman ucapannya turut dimuat naik ke Youtube.

Petikan rakaman ucapan itu antara lain didakwa mereka berbunyi:

"Bila sebut penjawat awam ni, kami ini apa? Kerja dengan siapa?, kerajaan… Kerajaan kita siapa? Barisan Nasional lah.

Nak ke tidak kita menyokong kerajaan? Jadi saudara ni dilantik sebagai apa… jawatankuasa kolej kediaman sepatutnya menyokong kami, siapa tidak menyokong, saya boleh persilakan keluar dari bilik ini".

Menurut Suhaizan, tindakan Amir Hashim itu telah bercanggah dengan Peraturan 21 dalam Perintah Am Kerajaan.

Pada Bab D peraturan itu, secara jelas menyebut bahawa kakitangan kerajaan dari Pegawai Kumpulan Pengurusan tinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam politik atau memakai lambang parti politik.

Ianya juga termasuk tidak boleh membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik, mengedarkan atau menerbitkan bahan bercetak mengenai politik dan merayu undi.

"Dalam rakaman tersebut, pegawai terbabit secara jelas menggunakan kedudukannya sebagai pegawai kanan universiti untuk memberikan tekanan kepada pelajar di dalam majlis tersebut agar memberikan sokongan kepada parti Barisan Nasional.

"Ianya telah benar-benar memberi imej yang sangat tidak baik kepada UTHM khasnya dan sektor awam negara amnya," katanya.

Sehubungan itu, DPPNJ ujarnya memberi tempoh14 hari untuk pihak pentadbiran UTHM melakukan siasatan berhubung isu tersebut.

Mereka juga mendesak pentadbiran UTHM menggantung tugas Amir Hashim sepanjang tempoh siasatan untuk mengelakkan sebarang pengaruh yang boleh menjelaskan sisatan.

- HD


Ahad, 7 Oktober 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR

PMR 2012
Bermula 9 Oktober Selasa sehingga 16 Oktober ada hari peperiksaan bagi calon-calon PMR, semoga diberi ketenangan dan mendapat A dalam semua mata pelajaran. Amin

Khamis, 30 Ogos 2012

Anda pelupa dalam kelas,7 Rahsia TIDAK LUPA apa Yang Cikgu Ajar


"Sempena dengan minggu peperiksaan yang tidak lama lagi. berikut merupakan '7 Rahsia TIDAK LUPA apa Yang Cikgu Ajar Di Dalam Kelas'

Mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada anda yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR,PMR dan SPM tidak lama lagi.


MAKLUMAT PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN SEBENAR 2012

(UPSR) Bertulis 11 – 13 September 2012 DOWNLOAD JADUAL
(PMR) Bertulis 9 – 16 Oktober 2012 DOWNLOAD JADUAL
(SPM) Bertulis 5 Nov – 6 Disember 2012 DOWNLOAD JADUAL

Soalan Percubaan Negeri YANG Dijangka Mampu membantu Calon UPSR,PMR & SPM 2012)

SOALAN PERCUBAAN NEGERI 2012 percuma

UPSR KLIK SINI

PMR KLIK SINI

SPM KLIK SINI

harap membantu

maths-catch.com/blog"

Rabu, 29 Ogos 2012

Apa yang tidak kena pada kartun Spongebob sampai diharamkan?

 
Kartun SpongeBob Squarepants merbahaya untuk Kanak-kanak

Sebilangan kartun dan filem kanak-kanak dianggap berbahaya dan dalam jangka panjang ia boleh merosakkan mental generasi muda. Untuk itulah kini kerajaan Ukraine sedang serius menilai beberapa filem kartun dan kemungkinan besar akan melarang penayangannya.

SpongeBob Squarepants, kartun yang berkisah tentang kehidupan lucu di dasar laut, termasuk dalam senarai kartun dan filem anak-anak yang akan dilarang tayang itu.

Kajian perihal ini dilakukan oleh Suruhanjaya Nasional Ahli untukPerlindungan Moral Awam Ukraine. Dalam laporan yang dikeluarkan Suruhanjaya itu baru-baru ini, ahli psikologi Irina Medvédeva mengatakan bahawa kartun-kartun itu membuatkan kanak-kanak Ukraine yang berusia 3-5 tahun jadi kerap berkelakuan pelik dan tidak pada tempatnya.
Selanjutnya Baca SINI

"(Mereka) menarik-narik muka dan membuat lelucon di depan orang dewasa yang tidak mereka kenal, ketawa dengan keras dan mengulangi ayat-ayat yang tidak masuk akal tanpa rasa segan dan malu sedikitpun," kata Medvédeva dalam laporan itu seperti dipetik Yahoo! News .

Akhbar Ukraínskaya Pravda hari Khamis lalu melaporkan, selain SpongeBob Squarepants, beberapa tayangan kanak-kanak lain yang akan dihentikan itu termasuk Family Guy, Futurama, Pokemon, The Simpsons, dan Teletubbies. Semuanya dianggap bertujuan merosakkan keluarga dan mempromosikan ubat-ubatan terlarang dan hal-hal berbahaya yang lain.
"

Isnin, 23 Julai 2012

Krisis Air di Johor Meruncing, Biar Rakyat Mati


Macam tak percaya negeri kuat UMNO ada masalah air. Negeri Timbalan Perdana Menteri pulak tu.

Sebelum ini cukup bising pom pang pom pang dari golongan UMNO/BN hebohkan masalah air di Selangor dan Kelantan.

Sekarang betul-betul kena kat batang hidung. Tak nak pulak bising.

Ulasan dari FB:

JOHOR hadapi krisis air, wow!!! aku tak percaya, bro.... memang tak percaya!! mana boleh Johor hadapi krisis air, yang hadapi krisis air ialah Selangor, apa pasal Johor pula yang jadi 'mangsa'??

Itulah kerja Allah namanya. Buat jahat, aniaya kerajaan negeri yang berkhidmat untuk rakyat, Allah bayar cash.... akhirnya Johor berdepan dengan krisis air. Insaflah.... marilah kita kembali berpolitik secara bersih kerana Allah, bukan berpolitik ala 'yahudi' seperti yang diamalkan oleh UMNO Barisan Nasional.
- Apek


Yang ni lagi teruk, tengoklah airnya warna apa. Kat negeri mana tu?

Simpang Renggam, bermula hari Khamis 19 Julai 2012 sudah terputus bekalan air di Madrasah Masriyah Batu 40 Jalan Johor Simpang Renggam.

Pelajar lelaki terpaksa mencari sumber air di parit bersempadan dengan kebun dan ladang sawit yang sebahagiannya tercemar akibat kawasan tersebut diresapi dengan sisa racun dan baja sawit. 

Pelajar perempuan lagi susah, tak ada jalan keluar, bayangkan bagaimana nak mencuci kotoran rutin bulanan sekiranya tanpa bekalan air.

Ada juga lori bekalan air SAJ sampai tetapi dengan bilangan pelajar yang ramai bekalan tersebut tidak mencukupi dan bakal mengundang masalah berkaitan penyakit berjangkit sekiranya tandas tidak dapat dicuci dengan sempurna....

PSB : Mereka nak biar rakyat mati agaknya...
 




Khamis, 28 Jun 2012

Pejabat HEP macam cawangan Umno


Benarlah kata aktivis pelajar Sdr Adam Adli dalam siri ceramah baru-baru ini sebagaimana tajuk atas. Dari TNC dan pegawai atasan sampai makcik tukang sapu dalam pejabat HEP di mana-mana universiti adalah kebanyakannya tegar Umno.

Tak ada kerja yang lebih utama dari menyekat dan mengongkong gerakan mahasiswa melalui berbagai cara yang menakut-nakutkan, mengancam tindakan tatatertib, menyibukkan pelajar dengan aktiviti mereka sampai keperingkat menggantung pengajian.

Akhirnya mahasiswa jadi beku, takut, bisu dan kaku dalam memperjuangkan hak mereka dan isu sejagat dan politik kerana bercanggah dengan akta zalim AUKU.

Baca Komplot Halang Kebangkitan PRO Mahasiswa

Isnin, 11 Jun 2012

Percuma tapi jangan ambil duit cukai rakyat


Jika benar mahu Kerajaan Negeri membiayai pendidikan percuma di negeri Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat tidak mengambil wang cukai daripada Selangor.

Menurut Abdul Khalid, pendidikan percuma pasti dapat dilaksanakan jika segala sumber Kerajaan Negeri tidak disalurkan kepada Kerajaan Pusat seterusnya diuruskan dengan lebih baik oleh Kerajaan Negeri.


“Jika dilihat, Kerajaan Negeri Selangor menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan Kerajaan Pusat.

“Walaupun urusan universiti ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun jika kita diberi peluang mengurus sumber dan hasil yang diperolehi sendiri, maka kita dengan senang hati akan melaksanakan dasar pendidikan percuma di negeri ini,”
sindir beliau.

Beliau yang ditemui pada Kejohanan Etiqa Selangor International Junior Masters 2012 di Kelab Golf Seri Selangor petang tadi turut mengulas mengenai rancangan mencairkan aset Universiti Selangor (Unisel) yang diumumkan sebelum ini.

“Sebelum isu ini ditimbulkan, kita memang sudah ada rancangan untuk menggunakan aset-aset Unisel bagi tujuan penambahbaikan prasarana, pembesaran dan sebagainya.

“Sebab itu kita pantas menyediakan pelan tindakan jangka pendek bagi membantu ibubapa dan pelajar jika PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) meneruskan rancangan pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Unisel kerana kita mempunyai aset yang cukup untuk tujuan itu.

“Bagaimanapun, dengan pengumuman terbaru penarikan pinjaman itu, kita rasakan adalah lebih baik aset yang ada digunakan untuk pelan jangka panjang pembangunan Unisel dengan harapan lebih ramai lagi pelajar dapat kita beri tempat di masa hadapan,” jelasnya lagi.

Enggan mengulas lanjut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk Kerajaan Negeri menyediakan dana RM30 juta seperti diumumkan, beliau dengan sinis meminta pimpinan Umno-BN belajar dahulu cara menguruskan dana rakyat.

“Barangkali Kerajaan Pusat tidak mengajar mereka untuk menguruskan dana rakyat dengan betul dan amanah serta berintegriti.

“Jadi adalah lebih baik mereka diam sahaja dan cubalah belajar untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam memastikan setiap dana yang dibelanjakan itu berbaloi bagi setiap sen dan bukan disia-siakan seperti yang sering dilakukan mereka,” kata beliau. -selangorku


PSB : Kelantan dah kena sekat duit royalti petroleum, dulu Terengganu semasa PAS memerintah, sekarang Selangor pula kena anyianya melalui Unisel dan Kuis... mujur tarik balik pembekuan, Pusat buat macam duit tu mak bapak dia yang punya! podah

Baca Komen 

Rabu, 23 Mei 2012

Kebaikan dan Keburukan Tuisyen


 
Tuisyen sudah menjadi semacam wajib bagi murid sekolah di Malaysia, rasanya macam tak sempurna jika anak-anak kita tidak dihantar ke tuisyen tidak kira samada di sekolah ataupun di pusat tuisyen swasta. Malah ramai di kalangan ibubapa yang terlalu menekan anak masing-masing dengan memaksa supaya anak tadi mendapat keputusan akademik yang cemerlang.

Antara kebaikan tuisyen ialah
  1. Dapat memahami dengan lebih baik matapelajaran yang lemah dengan bantuan guru tuisyen.
  2. Boleh membuat banyak latih tubi
  3. Banyak masa lebih ditumpukan kepada belajar dari bermain
  4. Bertemu rakan yang sama tujuan dan boleh bekerjasama dalam 'study group'
  5. Soalan spot untuk peperiksaan

Manakala antara keburukan tuisyen ialah
  1. Masa tuisyen yang terlalu panjang selepas sekolah, meletihkan murid siang sudah ke sekolah, petang tuisyen, malam tuisyen lagi..
  2. Tak ada masa untuk membuat kerja sekolah yang disuruh siapkan oleh guru sekolah
  3. Tuisyen kadangkala tidak mengikut sukatan matapelajaran, masa musim peperiksaan pertengahan tahun pun ada tuisyen, lain subjek pula diajar pada malam tersebut, sepatutnya subjek mestilah sesuai dengan jadual peperiksaan
  4. Kos yuran yang tinggi terpaksa ditanggung ibubapa
  5. Tiada masa mengaji Al-Quran 
  6. Ibubapa terpaksa menghantar dan mengambil anak pada sebelah malam merencatkan jadual harian ibubapa
  7. Risiko keselamatan anak terutama waktu malam 
  8. Risiko kecewa apabila tidak mencapai keputusan cemerlang dan tidak dapat masuk asrama penuh
Akhir kata, sebagai ibubapa kita rancanglah sebaiknya, masa cuti ajaklah anak bersiar-siar mengelakkan kebosanan, jangan kita cari helah melepaskan diri dari bergaul bersama anak, kesian anak kita, siang di jaga oleh guru sekolah, petang dijaga oleh guru kelas tambahan, malam dijaga oleh guru tuisyen, soalnya bila masa kita bersama anak?


PSB

Selasa, 8 Mei 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan Setengah Tahun


Kepada semua pelajar didoakan supaya dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan tenag dan yakin, moga mendapat mumtaz dalam semua matapelajaran.

Kepada guru yang bertungkus lumus menyediakan soalan dalaman, cetak, stepler dan susun harap bersabar dan selepas ni nak menanda pula, masuk markah dan nilaikan prestasi, masuk dalam kad penyata, serahkan kepada ibu bapa semasa hari terbuka.... memang amat meletihkan.

Moga usaha keras ini mendapat pahala dan ganjaran yang besar mendidik dan mentarbiyah generasi baru Islam dan menuju masyarakat madani.

PSB

Khamis, 5 April 2012

Tumbuk Adam Adli umpama baling batu sembunyi tangan

Mata Adam Adli Lebam Kena Tumbuk Di Kampung Kerinchi - updated 


Adam Adli ditumbuk ketika rundingan penduduk

Rundingan 34 penduduk pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk.

Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat.

Adam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata.

Adam ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan dikasari dan mengalami kecederaan yang kini sedang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu.

Adam sebelum ini popular kerana menurunkan bendera memuatkan bendera memuatkan wajah Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan mahasiswa di depan ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur. -mk


Insiden Kg Kerinchi: 3 mahasiswa dipukul


KUALA LUMPUR: Proses pembersihan penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terlibat bersama anggota yang didakwa dari NGO, Pekida.


Tiga aktivis mahasiswa terlibat ialah Adam Adli, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree.
Difahamkan Ekhsan ditahan di Balai Polis Lembah Pantai dan kemudian dibebaskan.


Insiden pergaduhan itu bermula apabila wujud provokasi dari kumpulan Pekida terbabit ketika ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di tingkat 3, iaitu salah satu flat yang akan dirobohkan.


Kedengaran kumpulan terbabit menjerit ‘turun Adam Adli’ dan apabila Adam dan tiga rakannya lain turun dari flat itu, mereka diserbu dan tercetusnya pergaduhan.


Adam ditumbuk di bahagian mata sebelah kiri dan keadaan mulai kecoh sehingga dileraikan anggota polis.


Keadaan yang mulai tegang dileraikan polis sehingga beberapa minit kemudian, FRU mulai kelihatan untuk mengawal keadaan sekitar.


Proses pembersihan flat Kerinchi ini sepatutnya dijalankan awal pagi ini, namun mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang masih enggan berpindah atas sebab tertentu.


Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai untuk mereka membuat persediaan untuk berpindah. -FMT







Jumaat, 2 Mac 2012

Tak habis-habis menyusahkan guru


Assalamualaikum

Sharing satu artikel ringkas. Satu pandangan sahaja. Teruskan perjuangan para2 guru sekelian. Don't give up.

Di Luar Tempurung – PIBG Sekolah-Sekolah berikan aje kpd....

Oleh Ahmad Tajdid

Entahlah... dari sehari ke sehari, guru-guru di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran bagai dijadikan orang suruhan U---. Dikerah ke sana, pergi; dikerah ke sini, pergi.

Kerahan tenaga itu dibuat tanpa mengira waktu. Kadang-kadang waktu guru-guru bercuti hujung minggu. Macam-macam bentuk arahan dikeluarkan. Paling popular adalah Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Pernah guru-guru sekolah menengah di Selangor diberi arahan melaksanakan LDP. Tugasnya adalah menampal pelekat pada beberapa perkataan yang dikategorikan sebagai sensitif dalam novel Interlok.

Interlok adalah salah satu novel dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan 5 yang digunakan di sekolah-sekolah menengah di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, dan Putrajaya. Beberapa perkataan dalam novel itu dianggap tidak sesuai kerana kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, khususnya kaum Melayu dan India.

Sudah penat menampal perkataan-perkataan yang dianggap sensitif itu, ada ura-ura novel itu akan dikeluarkan daripada senarai bacaan wajib bagi calon SPM.

Baru-baru ini diberitakan guru-guru di negeri Darul Iman diarahkan pula oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk menghadiri Majlis Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah yang berlangsung di Stadium Negeri, 25 Februari lalu dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Setiap sekolah di sekitar Kuala Terengganu diminta menghantar 10 orang guru/kakitangan ke majlis tersebut.

Di Kelantan, arahan lisan dibuat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kepada guru-guru agama yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu supaya menghadiri majlis ceramah menampilkan bekas Exco Kerajaan Negeri yang dipecat daripada P--, Dato' Dr HMA.

Guru agama yang diarah hadir termasuk guru-guru yang mengajar Jawi, Quran dan Fardhu Ain (J-QAF) dan kelas fardhu ain (Kafa).

Sumber juga memberitahu, sudah tiga kali guru-guru agama diarah hadir pada program anjuran Umno Kota Bharu. Guru-guru terbabit juga diarah hadir pada program anjuran wanita Umno.

Banyak lagi kejadian guru-guru diarah meramaikan program politik BN oleh Kementerian Pelajaran. Pelaksana kepada arahan politik ini adalah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Di Selangor, program sekolah kebiasaannya dirasmikan oleh wakil Menteri Pelajaran. Yang peliknya, wakil Menteri Pelajaran adalah Adun-Adun parti pembangkang daripada BN. Apabila Adun-Adun parti pembangkang ini gagal hadir, maka pada kebiasaannya pemimpin Umno cawangan atau bahagian pula diminta mewakilinya. Maka majlis itu akhirnya akan dirasmikan oleh wakil kepada wakil Menteri Pelajaran.

Pentadbir sekolah tidak dibenarkan menjemput pemimpin kerajaan negeri bagi merasmikan sebarang acara. Tetapi tidak menjadi kesalahan kepada sekolah-sekolah kementerian menerima sumbangan wakil rakyat Pakatan Rakyat. Peraturan baru itu dibuat setelah sekolah-sekolah menghadapi kekangan kewangan ekoran peruntukan untuk projek-projek infrastruktur sekolah sukar diperolehi daripada PPD.

Di musim mesyuarat agung PIBG sekarang, adalah lebih baik jika para penyokong Umno sahaja dilantik sebagai ahli jawatankuasa. Apatah lagi sekolah-sekolah dibawah kementerian sudah dijadikan 'markas politik U---'. Biarlah ahli-ahli U--- diberi tanggung jawab mengumpul dana bagi membantu melengkapkan infrastruktur dan peralatan sekolah. Paling kurang, jawatankuasa PIBG penyokong U--- ini boleh mendapatkan bantuan daripada wakil-wakil rakyat U---.

Daripada peruntukan jutaan ringgit yang diberikan Kerajaan Pusat kepada wakil rakyat U--- itu diselewengkan untuk tujuan politik, lebih baiklah ia disalurkan untuk pembangunan infrastruktur sekolah.

Tidak payahlah ibu bapa yang menyokong Pakatan Rakyat bersusah payah untuk menghadiri mesyuarat PIBG. Tidak payahlah nak berebut-rebut menjadi jawatankuasa PIBG jika kita akhirnya terpaksa mendengar celoteh wakil kepada wakil Menteri Pelajaran!


Wallahua'lam

M Jama'an & Keluarga

Selasa, 21 Februari 2012

Gambar Ceramah Maulid Rasul PASTI Seri Impian

Ceramah tanpa nota itulah kehebatan Ustaz Abdullah Husin
Ibu bersama anak masing-masing dalam pertandingan mewarna sempena Maulid Rasul.
YDP
kali ni ceramah PAS guna kerusi
Abg Norain jual cd memeriahkan suasana. Kehadiran 100 orang, sasaran kami lebih tumpu kepada ibu bapa murid Pasti, masyarakat sekitar satu taman boleh dengar melalui pembesar suara Pak Karim terbaik.

Syukur ceramah mendapat permit dan lancar tak ada insiden buruk berlaku seperti semalam di Bt 4 Jln Mersing. Sasaran mengena dan lebih kepada isu masyarakat tempatan mengenai masa depan Islam dan pendidikan generasi Al-Quran. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini. JZK

oleh PS

Ahad, 22 Januari 2012

Anak Muda Ganu kite Bersama PAS (foto)

Gambar : Konvoi Mengiringi Ust Azhar Idrus Sempena Sambutan Jubli Emas Pemuda PAS Terengganu












Sumber gambar : Facebook Wan Nasiruddin
Konvoi mengiringi Ust Azhar Idrus ke tapak Program Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu di Alor Tempoyak Dungun Terengganu.

Sambutan Jubli Emas diadakan selama tiga hari pada 19, 20 dan 21 Januari, sempena peringatan penubuhan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu pada tahun 1961.

Sepanjang tempoh tersebut DPPNT telah diterajui oleh 13 orang ketua, termasuk Haji Mohd Abdul Wahid yang kini Pesuruhjaya Pas Terengganu dari tahun 1993 hingga 1997.

Rabu, 18 Januari 2012

Sejarah reka-rekaan tanpa bukti tak boleh dipakai










Ada Berani : Tunjuk bukti Hang Tuah wujud, kata Khoo Kay Kim


Matlamat menjadi tamadun moderat tidak akan tercapai jika subjek sejarah terus dipinggirkan oleh pelajar di negara ini, kata tokoh sejarawan negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau juga berasa bingung dengan situasi yang berlaku di negara ini sekarang apabila ramai pelajar tidak tahu sejarah negara, sedangkan subjek itu merupakan ibu kepada segala bidang.

"Memang amat menyedihkan, ketika kita menjadi semakin moden kita menjadi bertambah jahil, tetapi kita amat bagus berkonfrontasi. Tanya mereka tentang Malaysia...siapa orang Melayu pertama menjadi doktor, siapa yang pertama menjadi penjawat awam, mereka tidak tahu...90 daripada 100 kali ditanya mereka tidak dapat jawab," katanya di Kuala Lumpur hari ini.


Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Peranan Pendidikan dalam Menyuburkan Kesederhanaan" di Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global (ICGMM).

Khoo juga mendedahkan bilangan pelajar yang mengambil subjek sejarah semakin merosot, di mana Jabatan Sejarah di Universiti Malaysia yang sebelum ini menerima 1,300 pelajar setahun kini hanya disertai tidak lebih 300 penuntut.

Pada masa yang sama, Khoo berkata adalah penting bagi subjek itu diberi penekanan daripada segi fakta bukan unsur mistik.

"Saya banyak dikritik kebelakangan ini kerana saya mengatakan tidak wujud manusia seperti Hang Tuah, Hang Jebat yang mereka fikir amat penting. Jika anda tidak bersetuju tunjukkan bukti kepada saya, padahal bagi saya mereka sekadar unsur mistik dan anda tidak boleh memberi penekanan kepada unsur mistik.

"Di Kuala Lumpur misalnya, ada Jalan Hang Tuah, Jalan Hang Jebat tetapi tidak ada Jalan Sutan Puasa (dan) beliau pemimpin Mandailing, yang pertama membuka KL (Kuala Lumpur)," katanya yang menyarankan kajian semula subjek sejarah.

Ditemui selepas itu, Khoo berkata bagi menghasilkan masyarakat moderat, sistem pendidikan harus memberi lebih penekanan kepada nilai murni bagi mengelakkan pelajar menjadi bangsa materialistik.

"...kalau kita sebut perkara itu (nilai murni) kepada mereka di universiti, mereka akan ketawa, yang mereka mahu ialah cara yang paling cepat untuk jadi kaya, materialisme sudah begitu penting dalam masyarakat kita," katanya.

Ditanya sama ada konsep kesederhanaan dapat dilaksanakan dalam sistem pendidikan, Khoo berkata perkara itu boleh dilakukan dengan syarat pelajar sentiasa diberi nasihat yang sewajarnya sepanjang masa.

"Kalau kita nak mengutamakan aspek itu kita perlu meyakinkan murid-murid kita supaya mereka seharusnya lebih sabar, jangan nak bergaduh sahaja," katanya.

- Bernama