Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label guru. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Jun 2012

Dana Baikpulih Al-Masriyah Simpang Renggam

Pelancaran sumbangan Dana Mebaikpulih bangunan sekolah dan asrama Masriyah dilancarkan olef Ustaz Salleh Man.

Bagunan sekolah yang sudah lebih 25 tahun agak uzur untuk didiami khususnya bangunan masjid, asrama muslimin, asrama muslimat, rumah guru dan tandas.

Pembinaan bangunan ini lebih 20 tahun yang lalu pun banyak menggunakan kayu terpakai (sizen) bagi menjimatkan kosnya.

Akaun Masriyah Maybank 55191106753

Sumbangan saudara amat diperlukan. klik harakah

Sabtu, 7 April 2012

Blackout : Paksa Mahasiswa Pergi Ceramah

Blackout
Studio album by Scorpions
Released March 29, 1982
UTHM siasat insiden tutup lampu kolej kediaman
Pentadbiran Univerisiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menyiasat kejadian bekalan elektrik di dua kolej kediaman telah diputuskan pada malam berlangsungnya ceramah anjuran universiti itu pada 18 Mac lalu sempena Hari Belia Antarabangsa Unesco.

"Kita akan menyiasat siapa yang menutupnya," kata Penolong Naib Canselor UTHM Prof Amir Hashim Mohd Kassim ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat pihak yang bertanggungjawab "menutup lampu" di Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Tun Dr Ismail.

Semalam, jurucakap pro-Mahasiswa (Pro-M) mendakwa bekalan elektrik sengaja diputuskan untuk memaksa penghuni kedua-dua kolej kediaman itu menghadiri ceramah tersebut.

Mengulas lanjut, Prof Amir Hashim berkata: "Dalam perkara ini, saya tidak menafikan malam itu lampu ditutup. Saya tidak tahu yang tutup. Adakah pegawai saya atau pelajar (yang berbuat demikian). Kita akan siasat siapa yang menutupnya," katanya.

Mengenai tindakan universiti merujuk tiga mahasiswanya kepada jawatankuasa tatatertib universiti hari ini kerana membantah ceramah politik yang disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di majlis yang sama, Prof Amir Hashim berkata prosiding telah ditangguh ke tarikh baru.

Ketiga-tiga mahasiswa itu ialah Muhammad Saiful Farhan Mohamad Razi, Mohd Hidayatullah Masjud dan Ahmad Adam Samsudin.
Muhammad Saiful Farhan dan Mohd Hidayatullah adalah pelajar fakulti kejuruteraan mekanikal dan pembuatan. Manakala Ahmad Adam pula pelajar fakulti pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan.
Mereka didakwa membuat rakaman representasi video membantah ceramah tersebut, tanpa mendapat kebenaran daripada Naib Canselor Prof Datuk Dr Noh Dalimin. Video itu turut dimuat-naik dalam Youtube.

Prof Amir Hashim yang juga pengerusi jawatankuasa tatatertib itu berkata prosiding hari ini ditangguhkan kerana salah seorang anggota panel tidak dapat hadir.
"(Prosiding hari ini) kita tunda sebab korum tak cukup. Tarikh kita akan bincangkan semula. Salah seorang panel tak dapat hadir," katanya.

Katanya, panel tersebut dianggotai dua wakil fakulti mekanikal dan pembuatan serta seorang dari fakulti pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan.

Mengulas mengenai kehadiran timbalan menteri itu menyampaikan ceramah yang didakwa berbaur politik di program itu, Amir Hashim mengesahkan pihak universiti ada menjemput ketua penerangan Umno itu.

Bagaimanapun, tegas Prof Amir Hashim kandungan ucapan Ahmad yang didakwa berbaur politik itu adalah "luar kawalan" pihak universiti memandangkan beliau (Ahmad) merupakan ahli politik.

Prof Amir Hashim menjelaskan, pihaknya telahpun memaklumkan kepada Ahmad dan pegawainya supaya bercakap mengenai "kecemerlangan akademik" supaya pelajar mahu maju ke hadapan.

"Kita tidak tahu... (Bila) ahli politik bercakap kita tak boleh kawal. Jadi pada pandangan pelajar, ia (sudah) menimbulkan persepsi lain," katanya sambil menambah pihaknya tidak ada niat untuk memaksa pelajar datang ke program berkenaan.

Jumaat, 20 Januari 2012

Rayuan sumbangan guru PASTI terlibat kemalangan


Dalam kejadian kemalangan jalanraya pada 15 Januari 2012 di Simpang Renggam, antara yang terlibat adalah seperti berikut :

Zainun Maas - Meninggal
Siti Rauddah Ab Rahman - Parah
Besek Dillong Abdul Samat - Patah tangan
Siti Rafeah Haron - Patah tangan
Azrita Bakri - Cedera ringan
Norhana Hassann - Cedera Ringan

Semoga sumbangan dan derma tuan akan dapat meringankan sedikit beban keluarga mereka.

Sila hubungi 07-7555198 waktu pejabat

Isnin, 16 Januari 2012

5 guru Pasti kemalangan, seorang meninggal dunia


Harakahdaily,












GELANG PATAH, 15 Jan: Seorang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Simpang Renggam kira-kira jam 3 petang tadi.

Mangsa, Zainon Maas, 30, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan MPV jenis Honda Wish yang dinaikinya bersama lima lagi rakan guru Pasti yang lain, dirempuh dari arah belakang.

Akibat rempuhan itu, mangsa yang duduk di tempat duduk bahagian belakang didakwa tercampak keluar melalui bonet belakang yang terbuka, dan kemudian dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang mengakibatkan beliau cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu juga, seorang lagi rakannya juga dilapor turut cedara parah, manakala yang lain hanya mengalami cedera ringan.

Jenazah Zainon dan rakannya difahamkan kemudiannya dibawa ke Hospital Kluang.

Difahamkan juga, kesemua mereka ketika itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri Usrah Perdana Pasti Negeri Johor di Parit Raja tengah hari tadi.

Guru berdedikasi

Allahyarhamuha Zainon adalah seorang anak peneroka Felda Pasir Raja yang mengajar di Pasti Siswa 2 di Gelang Patah dan telah berkhidmat di sana lebih empat tahun.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Mazlan Aliman ketika menghubungi Harakahdaily merakamkan takziah buat keluarga allahyarhamuha.

Katanya, pemergian allahyarhamuha bagi PAS Johor disifatkan sebagai satu kehilangan besar, lebih-lebih lagi beliau seorang guru yang sangat berdedikasi.

"Saya mewakili PAS negeri dan kawasan merakamkan takziah kepada keluarga beliau.

"Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," katanya yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Tenggara.

Jenazah Allahyarhamuha menurut Mazlan akan dikebumikan pagi esok.

Rabu, 4 Januari 2012

Siti Yang Berani


siti nurul piteriah abd halim UPSI sacked student Inilah Siti Nurul Piteriah Abdul Halim yang menyertai demonstrasi mahasiswa di luar UPSI di Tanjung Malim pada 1 Jan.


Siti Nurul Piteriah ,anak muda.Beliau seperti anak muda di seluruh dunia berjuang untuk keadilan.


Beliau bukan berjuang zaman kerajaan Inggeris atau zaman baru merdeka.Beliau berjuang bukan zaman senang.Beliau berjuang zaman Muhyiddin Yassin suruh lulusan UPSI cari kerja lain.


Siti Nurul,jika ada orang benci dengan perjuanganmu ,itu menandakan, perjuanganmu ,sudah mula berjaya.Syabas dan tahniah,Siti Nurul .

Khamis, 29 Disember 2011

Umno Musuhi Mahasiswa









Tekanan kepada mahasiswa atas kehendak Umno

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menggesa kerajaan menghentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa.
Ini, katanya kerana jelas ia merupakan kehendak politik pimpinan Umno yang terdesak.

“Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Auku serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.

“Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan Umno semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan itu serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.

Katanya, komitmen pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong.

Menurutnya, perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah Auku sememangnya menzahirkan ketakutan Umno terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa.

Tambah beliau, tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.

“Insiden remeh di depan ibu pejabat Umno di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik Umno seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata, tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan Auku terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

Khamis, 1 Disember 2011

Tabika Kemas terkeluar dari arus - Kata Perwakilan Pemuda Umno


Akhirnya UMNO tetap mengakui Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah yang terbaik dan mengikut 'market' pembelajaran terkini.

Tabika Kemas yang gurunya kebanyakan petugas wanita Umno dalam pilihanraya tak fokus dalam mengajar, asyik mesyuarat saja, sebok bersidang sehingga abaikan murid,

Kelulusan tak seberapa, balik-balik ajar menyanyi saja, lalu terkeluar dari senarai pilihan ibubapa masakini.

Sabtu, 19 November 2011

Kerja guru 9 jam dimansuh, TPM elak musuhi guru



Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan projek rintis pengajaran sembilan jam yang sepatutnya bermula di empat negeri, tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada.

Katanya, ketetapan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah).

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Labuan di sini, sebentar tadi.

Rabu, 17 Ogos 2011

Kemelut lepasan UPSI membarah


Malang nasib graduan UPSI

Saya adalah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim. Perak. Pada 26 hingga 30 Julai 2011, UPSI telah mengadakan Istiadat Konvokesyen ke-13 dan saya adalah salah seorang pelajar yang menerima ijazah pada hari itu.

Malangnya, kegembiraan saya dan kebanyakan rakan lain pada hari itu tidak seberapa kerana UPSI tidak telus dengan kami, ibu bapa kami dan juga masyarakat luar. Sepanjang istiadat berlangsung, kesemua ucapan yang diberikan oleh pihak pengurusan UPSI membayangkan seolah-olah kesemua kami akan keluar dan menjadi guru seperti kebiasaannya.

Hakikatnya, hanya pelajar-pelajar di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja yang akan ditawarkan jawatan guru. Kami yang selebihnya dikategorikan sebagai graduan UPSI Pasaran Terbuka. Dengan lain perkataan, kami tidak akan ditawarkan secara terus menjadi guru tetapi perlu mencari pekerjaan lain di luar sana selain guru.

Rata-rata kami belajar dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasioanl (PTPTN) dan bukannya tajaan KPM. Setelah bertahun-tahun belajar dan ribuan wang dihabiskan untuk belajar di UPSI sebagai bakal guru, kami disuruh mencari pekerjaan lain.

Tambah buruk lagi UPSI sendiri ingin lepas tangan dan menyembunyikan hal ini daripada ibu bapa yang hadir pada istiadat konvokesyen yang lalu. Perbuatan sebegini, sungguh tidak bertanggungjawab. Ternyata UPSI seperti bermain wayang dan membuat kami serta masyarakat percaya bahawa setiap pelajar mereka adalah bakal guru.

Perasmian Muzium Pendidikan Nasional di dalam kampus UPSI baru-baru ini juga adalah helah UPSI untuk membuat masyarakat terus percaya bahawa UPSI masih merupakan tempat latihan bakal guru sedangkan sebenarnya pelajarnya disuruh mencari pekerjaan lain di pasaran terbuka.

Jika dilihat dari sudut utama pameran ketika pelancaran, ia tidak langsung berfokus kepada tokoh-tokoh guru dan pendidik nasional. Perasmian Muzium Pendidikan Nasional UPSI sekadar gimik supaya orang awam menyangka bahawa UPSI masih lagi melatih bakal guru.

Kenyataannya, UPSI gagal membuat sebarang perjanjian muktamad dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjamin tempat kesemua graduannya sebagai bakal guru. Wajarkah kami yang belajar dengan sukatan pelajaran menjadi seorang bakal guru di UPSI disuruh mencari kerja lain sedangkan wang kami telah habis dibelanjakan untuk UPSI? Masanya sudah tiba untuk masyarakat perlu sedar bahawa UPSI tidak lagi seperti dahulu.

Setidak-tidaknya, kami mengharapkan ada sedikit rasa tanggung-jawab di pihak UPSI khususnya Naib Canselor UPSI, menjelaskan hal ini kepada ibu-bapa kami ketika berucap dalam istiadat konvokesyen yang lalu.

Kecewa rasanya bila beliau juga berucap seolah-olah kami sudah dijamin untuk mendapat jawatan guru. Tidakkah ibu-bapa kami perlu tahu akan hal ini setelah mereka juga membelanjakan banyak wang kepada UPSI? Kebanyakan mereka adalah orang kampung yang masih percaya bahawa bila anak mereka masuk UPSI, pasti akan jadi guru.

Kesal rasanya menjadi graduan UPSI. Lebih baik jika kami belajar di universiti lain yang sememangnya khusus untuk pasaran terbuka dengan peluang mendapat pekerjaan bukan guru yang lebih cerah.

Jika masih berminat untuk jadi guru, graduan universiti lain masih boleh memohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) tajaan KPM dengan masa depan lebih terjamin. Takkan UPSI mahu kami graduan UPSI mengikuti kursus DPLI juga semata-mata untuk dapat jawatan guru? Apa faedahnya kami belajar di UPSI jika itu yang perlu kami lakukan nanti?

Apapun, kami sudah tamat belajar di UPSI tanpa sebarang jaminan untuk jadi guru. Nasi sudah jadi bubur. Kami sudah tidak dapat menebus kembali wang dan masa pengajian kami yang telah hilang. Untuk mencari kerja lain dengan hanya kemahiran menjadi guru yang kami ada, bukan satu perkara mudah.

Kepada semua pelajar UPSI amnya dah Majlis Perwakilan Pelajar UPSI khususnya, harap bangun daripada mimpi anda.

Kepada bakal lepasan sekolah yang berminat untuk jadi guru, ingatlah bahawa UPSI tidak lagi menjanjikan sebarang jawatan guru untuk graduannya seperti dulu. Anda adalah bakal graduan untuk pasaran terbuka. Jangan keliru UPSI dengan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Untuk UPSI pula, gugurkan saja perkataan "Pendidikan" pada namanya supaya masyarakat sedia maklum bahawa graduan UPSI adalah graduan pasaran terbuka seperti lain-lain universiti. Itu lebih bagus daripada terus mengelirukan masyarakat.

Utusan Malaysia Online: 10 Ogos 2011

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Institut Pendidikan Guru (IPG) dah tandatangan kontrak PEMBEKAL UTAMA guru kepada KPM.
UPSI? - graduan untuk pasaran terbuka.

Tanyalah Menteri KPTM ...

guru lama berkata...

Sejarah UPSI
1. Bermula Maktab Perguruan Sultan
Idris(MPSI)

2. Ditukar ke Institiut Perguruan
Sultan Idris ( IPSI )

3. Ditingkatkan martabat ke
Universiti Perguruan Sultan Idris
(UPSI)

kalau sejarah dan matlamat penubuhan institiut tersebut dilupakan maka sia-sialah nama institiusi tersebut yang sinonim dengan SULTAN IDRIS sudah melahirkan ramai guru, pensyarah dan orang politik terkenal hari ini.

Selasa, 12 Julai 2011

Tolong, Jangan Guna Bahasa Budak Tecik!!!

Aku pernah dis-able satu blog dari sisipan semata-mata kerana bloggernya menggunakan bahasa sms hampir 50% dalam hampir semua tulisannya. Otak aku letih dalam memahami barisan perkataan yang ditulis secara short form. Aku selalu skip perenggan bila membaca dan akhirnya komen ala kadar sahaja.


Kini, ada satu lagi trend yang aku perhatikan iatu bahasa budak kecik. Itu jadi ittew, actually jadi ekcelli, kecil jadi tecik. Huu... rasa berbulu aje telinga aku membacanya. Yang lebih menyedihkan profesion blogger itu adalah guru.

Tak fahamlah aku bagaimana carafikir mereka dalam menghayati dunia penulisan. Sedangkan aku yang sedari sekolah menengah belajar dalam Aliran Sains dan kerja pula dalam bidang Teknikal, semampu boleh mahu menulis menggunakan bahasa Melayu yang indah.

Kalau setakat sesekali itu keluar sikit dari taman Bahasa Standard tu masih ok. Terlalu dikongkong oleh etika Bahasa BAKU pun tak meriah dan terpenjara pula minda. Kita bukannya penulis makallah tetapi penulis kreatif. Cumanya janganlah kretiviti membunuh jatidiri.

Dalam banyak-banyak penulis mutakhir ini yang aku suka membaca artikelnya ialah Ahmad Lutfi Othman.

Rabu, 18 Mei 2011

Guru Besar dan GPK dapat kenaikan tapi 400,000 guru biasa kecewa

Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

lok yim pheng nutp sec gen 060905Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.

education school science class 040405Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.

Ramai tak puas hati

Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

sekolah menengah high school girls uniform"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.

the antidote article sarawak native logging school children 280409  01"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.

Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.

"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya.

Malaysiakini

Isnin, 17 Januari 2011

Sahih muslimat calon PRK Tenang


Labis : Malam tadi diumumkan Cikgu Normala Sudirman sebagai calon PRK N05 Dun Tenang oleh TG Haji Hadi Presiden PAS.

Beliau yang juga ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Labis berumur 37 tahun. Sudah berkahwin dengan Sdr Makrof bin Mutalib dan mempunyai 3 orang cahayamata.

Turut bersama majlis memperkenalkan calon ialah penasihat DAP YB Lim Kit Siang, Presiden PKR Kak Wan Azizah, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, PJ PAS Johor Dr Mahfodz Muhammad, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Dewan Muslimat pusat Ustazah Nuridah, YB Fauziah Salleh dan banyak lagi pimpinan Pakatan.

Lebih meriah dengan deretan gerai yang menjual berbagai barangan sempena PRK Tenang macam cendawan tumbuh di jalan bersetentangan dengan Markaz Besar PAS. Suasana dah macam muktamar pulak.

Sama-sama kita doakan kejayaan Pakatan di Dun Tenang.

Jumaat, 7 Januari 2011

Cikgu Markom bin Giran terang-terang kempen

PENGARAH PENDIDIKAN TURUN BERKEMPEN DI TENANG


Pengarah Pendidikan Negeri Johor turun ke sekolah di Tenang untuk merayu guru-guru kounseling membantu jentera UmnoBN di dalam menghadapi Pilihanraya Kecil N.05 Tenang. Saksikan.... kepincangan demokrasi didalam negara ini.

Senang senang nak tekan ppd dan guru-guru kalau tak sokong kena tindakan pindah. Dia ingat semua guru bodoh. Kipiye ki, uwong Jowo nyandang jawatan pengarah wes eksen banget.

Isnin, 12 Julai 2010

Tahniah mencapai hajat jadi BIOMASTER


Salam perjuangan,

Syabas kepada Ustaz Ahmad Selamat Jono dari Madrasah Al-Masriyah kerana berjaya mencapai status BIOMASTER (BM) pada 10 Julai 2010 yang lalu.

Sudah bermacam jenis perniagaan, termasuk dari berbagai jenama MLM telah diceburi oleh beliau, tetapi beliau yakin dengan Bioshop kerana kualiti produknya dan sistem pelan perniagaannya yang mudah dan membantu usahawan kecil seperti beliau.

Beliau yang bertugas sebagai guru di Madrasah Al-Masriyah Simpang Renggam Johor berharap dapat meluaskan jaringan perniagaan ini demi untuk menambah pendapatan sampingan, al-maklumlah sekolah agama rakyat ni tidak seperti sekolah bantuan kerajaan, yang mana sumber kewangan, tenaga guru dan kakitangannya di sini sangat terhad dan perlukan banyak sumbangan luar, pengorbanan dan kesabaran. "Doakan saya berjaya dalam perniagaan ini." Katanya.

Semoga diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus berusaha menaja dan menjual produk Bioshop dengan jualan dan tajaan yang lebih banyak di masa akan datang.

Selamat Maju Jaya