Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

Ahad, 6 Januari 2013

Gendut Selepas Walimatul Urus

Untuk dimuhasabah.
Contoh gambar lelaki sebelum berkahwin.  Dan 11 tahun selepas berkahwin.  Membesar dan melebar.  Perut pula kedepan.  Lebih 30kg naik. Gambar ini untuk dimuhasabah kita semua.
Ramai di kalangan masyarakat, apabila zaman bujangnya, tubuhnya tidaklah sebesar atau selebar selepas berkahwin.  Mungkin lebih kecil kelebarannya berbanding sekarang.  Namun, selepas berkahwin, keadaan tersebut berubah.
“Muka kau sekarang ni bagai di pam-pamlah.  Bulat sungguh!”
“Bulatnya kau sekarang ni!”
“Uit, dah nampak dah perut tu.  Makin ke depan dah tu…”
Itulah antara komen-komen yang diberi.
Kenapa boleh jadi begitu?  Kenapa lelaki mudah menjadi gemuk selepas berkahwin?
Sebelum berkahwin, seseorang lelaki yang muda dan bujang kebiasaannya:
  1. Basuh, jemur dan lipat pakaian sendiri.
  2. Semua kerja harian dilakukan sendiri.
  3. Bersukan di padang atau trek hampir setiap hari.
  4. Menjaga makanan dan minum.  Malah ada yang berpantang.
Tetapi selepas berkahwin, ada beberapa perubahan yang berlaku secara mendadak atau sedikit demi sedikit kepada mereka.  Antaranya:
  1. Isterinyalah yang membasuh, menjemur dan melipat pakaian-pakaiannya.  Jika lelaki itu membantu pun, bantuannya sangat minima.  Banyak diperbuat oleh isterinya dengan ikhlas dan kasih sayang.
  2. Jika semasa bujang dulu semuanya dilakukan secara manual.  Contohnya jika membasuh pakaian, pakaian-pakaian itu disental dan diperah dengan tangan.  Kini bukan sahaja menggunakan mesin basuh, malah banyak dilakukan oleh isteri pula.  Lain-lain aktiviti juga banyak dibuat mesin berbanding dengan keringat sendiri.
  3. Jarang sudah bersukan, malah ada yang tidak langsung bersukan lantaran sayang untuk meninggalkan isteri di rumah.  Atau mungkin sibuk dengan melayan manja si isteri.  Kadang-kadang disebabkan oleh kekangan waktu kerja, contohnya balik lewat, tak sempat hendak bersukan pada petangnya atau kebiasaannya sudah letih.
  4. Dalam bab makanan pula, kadang-kadang si suami bukan sahaja makan makanan yang disediakan oleh isteri untuknya, tetapi turut juga menghabiskan makanan yang tidak dapat dihabiskan oleh si isteri dengan alasan tidak mahu membazir.  Bahkan makanan lebihan di dalam kuali atau periuk turut juga dihabiskan oleh si suami dengan alasan yang sama.
  5. Dalam bab makanan juga, jika semasa bujang dulu tiada makanan atau minuman semasa santai-santai.  Tetapi, apabila sudah berkahwin, si isteri dengan ikhlas dan kasih-sayang selalu menjamu si suami dengan makanan dan minuman ketika sedang duduk santai-santai.
  6. Lebih tragis apabila selepas makan, kadang-kadang tu si suami meletakkan kepala atas ribaan isteri sambil tonton TV.  Akibat dibelai-belai manja si isteri, langsung tertidur.  Bukan 1 atau 2 kali, tapi banyak kali.  Banyak dipesan oleh orang-orang tua kita bahawa tidur sejurus lepas makan adalah suatu tabiat yang tidak elok untuk kesihatan.
  7. Dan lebih memburukkan keadaan lagi apabila si lelaki tersebut sudah mempunyai anak yang sudah agak besar yang boleh diminta tolong mengambil barang itu dan ini, tanpa perlu mengambilnya sendiri lagi.
  8. Faktor kewangan yang semakin baik juga menjadi faktor barangkali.  Dulu semasa bujang, kebiasaannya gaji biasa-biasa sahaja.  Makan dan minum kadang-kadang dijamakkan.  Bukan sahaja ‘dijamakkan’, bahkan ‘diqasarkan’ pula.  Catu situ, catu sini.  Tetapi apabila berkahwin, apabila rezeki semakin bertambah, makan pun semakin kerap, bahkan sedap dan banyak pula.  Selera makan orang berkahwin pun kebiasaannya lebih kuat berbanding orang bujang.
Itulah antara yang dapat saya lihat.  Itu sekadar faktor luaran.  Mungkin tuan/puan boleh tambah lagi sebab-sebabnya.  Saya tidak mampu memberi komen dari sudut saintifik yang mungkin turut menyumbang kepada faktor mengapa lelaki mudah menjadi gemuk selepas berkahwin.  Mungkin apa yang saya tulis ini tidak benar 100%, tapi ia ditulis berdasarkan pengalaman sendiri, hehe…
Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam adalah lelaki contoh yang kita semua patut dan mesti ikut.  Dada dan perut Baginda sama ‘level’.  Dadanya bidang dan sendinya kelihatan gagah dan kuat.  Jalannya laju.  Makannya sedikit.  Tidurnya sedikit.  Apabila di rumah, kerja-kerja rumah diperbuat sendiri oleh Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam dan Baginda bantu juga isteri-isterinya apabila di rumah.
Kita bagaimana?
Seorang sifu martial art berkata kepada saya yang lebih kurang maksudnya:
“Kita patut sentiasa fit.  Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sangat fit.  Pada umurnya 50an, Baginda di kemuncak fit sebab masa tu berlaku hijrah dan banyak peperangan berlaku pada masa tu.  Nabi berhijrah dan berperang ketika umur 50an.  Kita tak sampai 40, dah tak fit.”
Saya terkedu…
Semoga ia dimuhasabah oleh semua lelaki.  Saya terutamanya.  Mungkin patut jadi azam kepada kita semua untuk sama-sama berubah menjadi lelaki yang menghampiri ciri-ciri lelaki unggul sebagaimana yang ada pada diri Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.
Buat lelaki yang belum berumahtangga, cetusan ini dapat dijadikan sebagai cetusan untuk kalian berhati-hati dan berwaspada.  Buat yang sudah berumahtangga dan sudah mengalami kegemukan, maka cetusan ini untuk kita sama-sama (saya sebut ‘kita sama-sama’) muhasabah dan berubah.
Itu lelaki.  Bagaimana pula perempuan?  Kenapa mereka juga mudah menjadi gemuk selepas berkahwin?  Itu kena tanya kaum perempuan…
Allahu A`lam.

Jumaat, 13 Julai 2012

Negara Siam Jaguh Honda Ubahsuai


Smart exhaust,  

PSB : Honda CG yang klasik telah dimodify dengan ekzoz lumba, tapi sayang hanya seorang saja yang boleh tunggang.

Apakah JPJ dan polis trafik membenarkan ubahsuai melampau sebegini di negara kita? atau bakal kena saman minima RM300?
.sumber blog yang sudah lama tidak di kemaskini

Isnin, 2 Julai 2012

Adidas(Sepanyol) rancang untuk meyerang Puma (Itali)




KIEV, Ukraine - Sepanyol akan bermain serara menyerang dalam final Euro 2012 bola sepak menentang Itali . Juara bertahan itu hanya berharap perlawanan menentang Itali memihak kepada mereka.

Kedua-dua pasukan masuk ke akhir Ahad ini di Stadium Olimpik berjanji untuk mengekalkan taktik yang telah membawa mereka ke sini. Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque menjanjikan barisan penyerang yang terdiri daripada tiga sebelah hadapan, yang tidak banyak untuk membersihkan sama ada Sepanyol akan menggunakan kekuatan midfeild bahagian tengah atau seorang striker.

Beliau juga menolak kritikan bahawa serangan Sepanyol kurang menyengat semasa Euro 2008 dan 2010 dalam kejohanna Piala Dunia.

Rabu, 4 Januari 2012

Apex dapat rumah (Foto)

Panas!!! Gambar2: Penjaga Gol Kebangsaan, Mr Apek Menerima Kunci Rumah Baru Hadiah Dari Menteri Besar Negeri Kelantan




Khairul Fahmi @ Apek menerima replika kunci rumah dari Datuk Nik Abdul Aziz




Rumah berharga RM200,000 ribu hadiah dari kerajaan negeri Kelantan untuk Khairul Fahmi


Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menerima kunci rumah daripada Kerajaan Negeri Kelantan sebagai penghargaannya membantu negara menjulang Piala AFF Suzuki hujung tahun 2010.


Majlis penyerahan kunci rumah baru yang bernilai RM200,000 disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Taman Kurnia,Pengkalan Chepa,di sini, tengahari tadi.



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna.

Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.

“Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah.

“Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Kerajaan negeri Kelantan kata beliau, memberi hadiah kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan.

“Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh baik, bebas salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan,” katanya.

Khairul Fahmi yang mesra dikenali sebagai Apex berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Soal jodoh ni kena tengok 'rezeki' la, kalau tahun ni (kahwin) maka tahun ni la, kalau tahun depan atau tiga tahun lagi pun saya terima,” katanya.

Sementara itu, bapa Apex, Che Mat Hussin, 59, ketika ditemui berkata, dia menyerahkan soal perkahwinan sepenuhnya kepada penjaga gol Kelantan itu.

Katanya, Apex mungkin mahu menumpukan perhatian kepada karier terlebih dauhulu.

“Saya sedia menerima siapa saja wanita pilihan dia, yang penting ialah matlamatnya dalam bidang sukan tidak terganggu kerana dia masih muda,” katanya.

kemudahan Sukan Di NS Kritikal

Oleh: amkns

"



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

Pusat sukan terbiar - BANGUNAN yang menempatkan gelanggang sukan boling di Pusat Sukan Paroi, Seremban yang terletak berhampiran dengan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi kini sudah lama ditutup dan terbiar begitu sahaja. Kemungkinan ia sudah menjadi tempat penagih dadah lepaskan gian mereka serta untuk muda-mudi melakukan maksiat di situ.

Pusat yang suatu ketika dahulu diuruskan oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) kini sudah tidak terurus lagi, berkemungkinan kurangnya sambutan atau pengurusan kurang cekap dan memuaskan kepada peminat sukan tersebut.

Dicadangkan sama ada bangunan yang menempatkan sukan boling ini diswastakan kepada syarikat yang berpotensi dapat memajukan sukan tersebut ataupun ditukarkan dan diubahsuaikan menjadi gelanggang sukan yang lain seperti gelanggang badminton, futsal atau trek lumba basikal yang moden dan lengkap.

Sudah sampai masanya Pusat Sukan Paroi ini diberi nafas baru di mana semua latihan sukan untuk atlet Negeri Sembilan yang berbakat dilakukan di situ, lengkap dengan asrama serta kelengkapan moden.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL

Paroi, Seremban

Utusan Malaysia, 4 Jan 2012

Isnin, 24 Oktober 2011

Syaitan Merah kecundang


MANCHESTER CITY LIBAS MANCHESTER UNITED 6-1 DALAM AKSI DERBY MANCHESTER


Manchester City berjaya membuktikan mereka terbaik kali ini dalam perlawanan 'derby Manchester" apabila membelasah Manchester United 6-1 di Stadium Old Trafford sebentar tadi.

Kekalahan itu juga membuatkan Manchester United menelan kekalajan pertama mereka musim 2011/2012. Kini hanya City dan Newcaste merupakan dua pasukan yang masih belum tewas setakat ini. Dengan kemenangan ini, City meninggalkan Manchester United lima mata untuk mengungguli carta Liga Perdana Inggeris. Syabas Manchester City.

Senarai penjaring gol Manchester United :

Darren Fletcher (81')

Senarai penjaring gol Manchester City :

Mario Balotelli (22' dan 60')
Kun Aguerro (69')
Edin Dzeko (90' dan 92')
David Silva (91')

KEPUTUSAN

MANCHESTER UNITED (1)

vs

MANCHESTER CITY (6)

Pemilik Manchester City adalah jutawan muda Sheikh Mansour Bin Zayed An-Nahyan tentu tersenyum kerana pelaburannya berbaloi.

Ahad, 23 Oktober 2011

Litar Sepang litar maut

marco-simoncelli-rip

Pelumba yang dimaksudkan itu adalah pelumba dari Italy, Marco Simoncelli yang menunggang jentera honda. Dalam tragedi kemalangan itu Simoncelli terjatuh dengan sendirinya pada satu selekoh sebelum kepalanya dilanggar oleh dua motosikal lain iaitu Colin Edwards dan Valentino Rossi.

Akibat daripada kemalangan maut itu perlumbaan terpaksa dibatalkan. Tragedi ini merupakan sejarah terburuk yang pernah dialami oleh arena Moto GP.

Sedikit petikan dari tragedi perlumbaan ini:

“Penunggang Honda, Marco Simoncelli disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.

Sebelum itu, perlumbaan kategori berkenaan dibatalkan berikutan kemalangan yang menimpa pelumba Itali berkenaan yang terjatuh dan dilanggar Colin Edwards dan Valentino Rossi pada pusingan kedua perlumbaan terbabit.

Topi keledar Simoncelli tercabut ketika kemalangan di selekoh 11 apabila beliau tergelincir dengan motosikalnya melintang di atas litar dan ketika itu menjadi laluan Edwards dan Rossi.

Perlumbaan itu terus diberikan bendera merah dan Simoncelli yang kaku di atas litar terus dibawa ke pusat perubatan menggunakan ambulans.

Edwards yang menunggang Yamaha turut terjatuh tetapi terselamat daripada sebarang kecederaan serius manakala Rossi berupaya dapat menunggang motosikalnya balik ke pit. – REUTERS”

Ahad, 24 Julai 2011

Harimau tak menang lawan singa 3-5


Malaysia Tewas 3-5 Kepada Singapura Dalam Perlawanan Pertama Pusingan Kelayakan Piala Dunia


SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Malaysia terpaksa bekerja keras pada perlawanan timbal balik nanti setelah tewas 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia di Stadium Jalan Besar di sini Sabtu malam.

Pasukan Harimau Malaya seakan-akan melangkah dengan gahnya apabila penyerang Mohd Safee Mohd Sali berjaya menjaringkan gol hanya dalam tempoh 24 saat selepas perlawanan bermula.

Namun pemain Singa Singapura Aleksandar Duric menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti Malaysia pada minit ke-7 untuk Singapura menyamakan kedudukan 1-1.

Pasukan Malaysia cuba menyerang namun pertahanan Singapura dapat menangkis serangan demi serangan yang dilakukan oleh Harimau Malaya.

Bayangan penyerang Shi Jiayi sering mengucar-kacirkan pertahanan Harimau Malaya. Singapura memperolehi satu lagi sepakan percuma pada minit ke-21 apabila ketua pasukannya Sharil Ishak dijatuhkan di luar kotak penalti Malaysia yang sepakannya disempurnakan oleh Qiu Li.

Mustafic Fahrudin menjaringkan gol ketiga Singapura pada minit ke-43 manakala Shi Jiayi menjaringkan gol keempat pada minit ke-45.

Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila ketua pasukan Shafiq Rahim dilayangkan kad merah kerana mengasari Qiu Li pada minit ke-50.

Namun ia tidak menyekat semangat pemain Malaysia untuk terus menghasilkan gol apabila Abdul Hadi Yahaya dan Safee Sali masing-masing menjaringkan gol kedua dan ketiga pada minit ke-68 dan ke-69 bagi merapatkan jurang gol.

Namun Duric menghasilkan gol kelima Singapura pada minit ke-80 bagi memberikan kemenangan Singapura 5-3 ke atas Malaysia.

-- BERNAMA

Sabtu, 11 Jun 2011

Terengganu kalahkan Kelantan dalam masa tambahan


Bukit Jalil : Terkini Terengganu 2 Kelantan 1, Terengganu memperolehi gol pertama dalam minit ke 97 sebagaimana jam yang tertera dalam stadium akibat kesilapan gol sendiri gawang Kelantan oleh Daudsu.

Harap penyokong Kelantan bersabar dan balik dengan tenang tak perlu terburu-buru kerana esok cuti peristiwa di Kelantan.

Rabu, 18 Mei 2011

Berita gembira buat peminat red warrior



Peminat Red Worrior sedang mengerjakan Solat sebelum sepak mula di Stadium

Harakahdaily

KOTA BHARU, 18 Mei: Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.

Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya.

Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

"Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," katanya.

Jumaat, 21 Januari 2011

Khas kepada peminat honda klasik

C70 Harley Chopper (klik)

C70 Harley Chopper. Kreativiti seseorang bergantung kepada bagaimana mereka membuat sesuati yang berbeza. Inilah hasil kreatif pemilik Honda c70. Sekarang lebih cantik dan lebih bergaya.





Rabu, 19 Januari 2011

Sukantara : Tak sedap hati ustazah, ustaz bagaimana?






Bila Bersukan....



Bermulanya hari ini...18/1/2011 dan esok hari 19/1/2011...sukantara antara rumah sukan ...rancak berjalan.

Namun...dalam ke"ghairah"an mengejar "takwim" sekolah...kadang-kadang dan terkadang-kadang kita terlepas pandang.

Andai yang berlari itu anak-anak kecil seusia 6 - 12 tahun (perempuan)...mungkin tiada permasalahannya...

remaja perempuan

Tapi bila yang berlari itu...remaja perempuan (13-17 tahun) pastinya...ada sesuatu yang perlu dirisaukan dan pastinya sesuatu yang amat "memalukan".

Sayugia selepas...sukantara...memulakan P&P di kelas anak-anak Tingkatan 4...belajar adab "Berhias Diri"

Pelajar 1 : "apa hukum kita melihat perempuan?"

Ustazah : "sekilas pandang diharuskan...2 kali pandang haram..."

Pelajar 2: "kalau pandang sekali..tapi lama macam na pulak?"

Ustazah : "lagi haram...tak kelip biji mata"

Pelajar 3: "Habis..kalau budak perempuan lari...masa kat padang macam mana pulak?"

Ustazah : "tunduklah..tutup pandangan"

Pelajar 3 : "tak kan asyik nak tengok rumpuuut je..ustazah..tak syoklah"

Ustazah : "kira-kira tengok "wayang"freelah ye"...cubalah kawal sikit..."

Asingkan acara lelaki perempuan

Pengajarannya...apa salahnya dan rasanya tidak menjadi kesalahan besar jika kita mengasingkan "acara sukan" dengan mengasingkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Apa pun yang kita lakukan jika mengikut apa yang digariskan dalam Islam..pasti ada keberkatannya...


Bermula dengan usia remaja inilah..yang sepatut dan sewajarnya kita didik anak-anak remaja ini ke arah kebaikan...

Agar apabila mereka "dewasa" mereka lebih arif tentang hikmah...segala apa yang telah disyariatkan .

Pengasingan semasa acara sukan sebenar-benarnya membawa 1000 kebaikan...maka fikir-fikirkanlah.

Moga rohmu dicucuri rahmat




Mustapha sempat sertai konvoi PAS Ganti Umno
Harakahdaily


DUNGUN, 18 Jan: Hasrat Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan Jalan Lembah, Mustapha Kamal Man, 35, untuk menyertai konvoi bermotosikal Pemuda Dun Sura ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga, Kemaman pada 15 Januari lalu tercapai sebelum meninggal dunia di kediaman ibunya pagi tadi.

Menurut blog Pemuda Bersamamu, allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan Dun Sura itu meluahkan kesungguhan untuk menyertai konvoi tersebut ketika mendaftar diri bersama rakan-rakan di Cawangan Jalan Lembah baru-baru ini.

Beliau yang bekerja kontrak di sebuah bengkel perabot di Jalan Abdul Jalil, di sini meninggalkan isteri, Che Wan Aniza Che Wan Rani, 30, dan tiga orang anak yang masih kecil iaitu Mohamad Shahrizal, 6, Siti Nur Aishah, 5, dan Siti Nur Athirah, 3 tahun.

Anak sulung dan kedua beliau merupakan pelajar Pasti As-Syakirin, Tanah Lot.

Jenazah allahyarham disembahyangkan di Surau Tuan Guru Haji Abdul Jalil, Jalan Lembah selepas solat zohor yang turut disertai Adun Sura yang juga Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Wan Hassan Ramli dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syed Yahya, Jalan Nibong kira-kira jam 2.15 petang.

Allahyarham sekeluarga menetap bersama ibunya di Kampung Sungai Buaya yang juga penerima bantuan zakat dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Namun sejak kemenangan PAS di Dun Sura pada 2008, ibu beliau itu telah mula dinafikan hak daripada menerima bantuan tersebut akibat campurtangan politik pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan keaktifan allahyarham dalam gerak kerja parti.

[Gambar: Anak sulung Allahyarham (berbaju merah tanpa songkok) pada pengebumian bapanya.]

Pemuda PAS Dun Sura mengharapkan sedikit bantuan atau sumbangan daripada orang ramai untuk meringankan beban keluarga allahyarham dalam membesarkan tiga orang anak yang masih kecil.

Semoga anak-anak allahyarham dibesarkan menjadi insan yang memperjuangkan agama Allah sepertimana yang telah diperjuangkankan oleh bapa mereka.
Sebarang bentuk sumbangan bolehlah diserahkan dengan menghubungi Ketua Pemuda PAS Cawangan Jalan Lembah, Ridhuan Mohd Noor (012-9665536) atau Ketua Kebajikan Pemuda PAS Dun Sura, Shaikh Salmin (013-9328211).

Pihak Pemuda PAS Dun Sura mengucapkan takziah kepada isteri dan keluarga allahyarham serta mendoakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan diberi pengampunan dan diredhai-Nya.

Khamis, 13 Januari 2011

LAGI WAKIL RAKYAT SAKIT JANTUNG



MELAKA 13 Jan. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dimasukkan ke Hospital Putra di sini hari ini selepas mengalami serangan jantung.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri kini ditempatkan Unit Rawatan Kardiologi (CCU) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pemandu peribadinya, Hassan Rahim berkata, Mohamad Hidhir mengadu sakit dada ketika berada di Japerun Merlimau kira-kira pukul 1 petang ini.

“Sebaik beliau mengadu sakit dada, saya terus membawanya ke Hospital Putra untuk membuat rawatan tetapi doktor terpaksa menahannya untuk rawatan lanjut,'' katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, beliau sering mengadu sakit dada sejak pulang dari Taiwan baru-baru ini.

Sementara itu menurut jurucakap Hospital Putra, keadaan Mohamad Hidhir dilaporkan stabil sejak dimasukkan ke ICU petang ini. - Utusan

Isnin, 3 Januari 2011

Kemelut FAM

Chong Wei ikut jejak Misbun keluar BAM



KUALA LUMPUR: Selepas dikejutkan dengan keputusan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan kelmarin, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima tamparan terbaru apabila anak emas jurulatih itu, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan akan keluar daripada badan induk itu.

“Saya akan ikut dia. Dalam tempoh dua tahun yang tinggal, sudah tentu sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan sistem dan teknik latihan jurulatih baru. Jadi, saya akan keluar daripada BAM untuk bersamanya,” kata pemain nombor satu dunia itu ketika dihubungi semalam.

Chong Wei berpendapat beliau yang kini berusia 28 tahun hanya mempunyai kira-kira dua tahun lagi untuk berada di puncak bagi mencapai lebih banyak kejayaan.

Misbun membuat kejutan kelmarin apabila menghantar surat peletakan kepada BAM melalui e-mel tanpa memberi sebarang alasan.

Chong Wei yang menjuarai sembilan kejuaraan, tahun lalu dan akan beraksi pada final Grand Prix (GP) di Taiwan, pada Rabu ini menuntut BAM menyelesaikan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu sebelum memburu gelaran kali ketujuh di Terbuka Malaysia yang akan bermula 18 Januari ini.

“Saya tetap mahu Misbun membimbing saya pada Terbuka Malaysia nanti,” katanya yang akan ditemani penolong Misbun, Teh Seu Bock untuk membimbingnya ketika di Taiwan.

Ditanya antara faktor utama Misbun meletak jawatan, Chong Wei tidak menolak kemungkinan disebabkan jurulatih itu memendam perasaan kurang senang dengan keputusan dan tindakan pegawai BAM.

“Bukan saja Misbun, tetapi saya dan pemain lain juga kurang senang dengan pegawai BAM. Mereka tidak menjaga kami dengan baik walaupun saya dan pasangan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong adalah pemain nombor satu dunia.

“Bila kami menang dipuji, tetapi apabila kalah dikeji. Siapa pemain yang mahu kalah dan kami sentiasa berlatih keras untuk mengharumkan nama negara.

Adakah mereka tidak nampak pengorbanan kami selama ini?,” katanya.

Chong Wei berkata, beliau hanya mengetahui Misbun meletak jawatan ketika menghadiri latihan Khamis lalu apabila jurulatih itu memanggil dan memberitahunya serta rakan lain akan meletak jawatan.

“Kami semua terkejut dan sebelum pergi, dia berkata kepada saya dan rakan lain bahawa dia menyayangi kami semua dan meminta kami jaga diri sambil mengalirkan air mata,” katanya.

Bergetah sungguh tangan budak ni - TG Nik Aziiz


Gambar : Penjaga Gol Kebangsaan Khairul Fahmi BersamaTok Guru Nik Aziz















Kelantan hadiah rumah untuk Khairul Fahmi

KOTA BHARU, 3 Jan:
Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan kepulangan beliau ke Kelantan di Chabang 4, Cherang dekat sini hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah nilai rumah berkenaan. Pengumuman itu dibuat di majlis yang dianjurkan oleh pejabat Anggota Parlimen Kota Bharu dan juga kerajaan negeri Kelantan.

Tuan Guru ketika berucap pada majlis menyambut kepulangan Wira Negara itu berkata beliau yang turut menyaksikan perlawanan akhir kedua di Indonesia mengakui aksi Fahmi memang hebat.

bergetah

"Saya memang kagum, saya tengok dia beraksi begitu hebat bergetah sungguh tangan budak ni," ujarnya sambil disambut laungan takbir oleh orang ramai.

Khairul Fahmi berjaya mempertahankan gawang Malaysia dari ditembusi semasa Indonesia bertandang ke Malaysia yang membawa Malaysia menang 3-0 dalam pusingan pertama perlawanan akhir piala itu di Bukit Jalil.

Beliau juga berjaya menjaga gawang Malaysia dengan baik apabila pasukan negara itu berkunjung ke Jakarta termasuk menyekat sepakan penalti oleh Indonesia.

Malaysia menang dengan agregat 4-2 walaupun kalah di Jakarta dengan 2-1.

MU

Media hari ini melaporkan, sebuah laman web menyiarkan berita kononnya Mancester United berminat dengan Khairul Fahmi apabila pengurusnya, Sir Alex Ferguson mengarahkan lamaran ke atas Khairul dibuat selepas dua jam perlawanan akhir di Jakarta itu.

Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan pernah menghadiahkan rumah kepada Nik Madihah, pelajar Kelantan yang berjaya menjadi pelajar terbaik Malaysia dalam peperiksaan SPM.Hrkh

Safee laris!!!

Baru Menjamah Juara, Skuad Harimau Malaya Bakal Kehilangan Safee

Susulan Piala Suzuki, Safee diburu empat kelab asing

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Penyerang sensasi bola sepak negara Mohd Safee Mohd Sali kini dipikat sekurang-kurangnya empat tawaran kontrak untuk menyertai kelab di luar negara.

Tiga tawaran datangnya dari Indonesia manakala satu lagi Vietnam.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Hamidin Mohd Amin pada majlis taklimat serta undian Liga Malaysia 2011 di Bukit Jalil.

“Setakat ini, empat kelab bola sepak telah menawarkan diri membeli kontrak Safee Sali dengan Selangor,” katanya kepada pemberita tanpa menamakan kelab berkenaan.

Hamidin yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata pegawai kelab bola sepak Vietnam itu telah menemuinya berhubung “pembelian” Mohd Safee, manakala wakil tiga kelab terkemuka Indonesia pula menelefon beliau mengenai perkara yang sama.

Beliau berkata perbincangan mengenai tawaran itu telah dilakukan dengan Mohd Safee di pejabat FAS semalam, sebelum pasukan Selangor berangkat ke Australia pagi semalam untuk beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan bersama kelab di negara tersebut esok, 5 serta 7 Januari ini, dan dijadualkan pulang dua hari kemudian.

“Ketika perbincangan semalam, dia seolah-olah macam tidak percaya dengan apa yang saya katakan.

“Saya akan ke Australia petang ini, dan akan berbincang dengan beliau di sana agar dia mampu berfikir secara terbuka, kerana saya telah memberitahu risiko dan kekangan yang bakal ditempuhi nanti,” katanya.

Hamidin berkata keputusan sama ada Mohd Safee beraksi di luar negara atau tidak, akan ditentukan oleh Ahli Tertinggi Jawatankuasa FAS.

“Saya akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco Selangor. Kita akan ikut prosedur yang betul sebelum melepaskan beliau pergi,” katanya.

Pada pertandingan Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini, Mohd Safee muncul sebagai penjaring terbanyak, yang melayakkan beliau memperoleh kasut emas di edisi tersebut. — Bernama

Jumaat, 31 Disember 2010

Blog Pas Sembrong kena Hacked (Klik)


Rasa kesal bila buka blog dah kena ceroboh. Blog tu bukanlah popular sangat berbanding dengan blog dari blogger otai. Apakah dalamnya terdapat entri yang menyakitkan hati mereka? Sepatutnya dalam dunia siber ni kita lebih terbuka akan pendapat dan pandangan orang lain walaupun tidak sehaluan dengan pendirian kita.

Semacam ada kebencian bagi pihak yang menceroboh dengan memaparkan bendera Malaysia (kononnya berbintang lima) kita dibakar. Kitakan serumpun dan sedulur (bersaudara), rata-ratanya muslim, adalah tak manis hal kecil pasal bolasepak dijadikan sebab untuk membangkitkan rasa kebencian sesama kita.