Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label yahudi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label yahudi. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Februari 2013

Ulamak Muda Masuk Umno VS Artis Masuk PAS

Ulama' muda Umno Fathul Bari dan artis yang menyertai Pas Abby Abadi

Oleh Subky Latif

Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.

Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato’ Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.

Quraisy VS Yahudi

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran Allah.

Jumaat, 28 Disember 2012

Peneroka Ditipu Gred Perahan Minyak Sawit


351 PENEROKA SAMAN FELDA



Seramai 351 peneroka Felda Mempaga 1, 2, dan 3 serta Felda Bukit Damar, Pahang hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi keseluruhan kira-kira RM200 juta terhadap Felda kerana menipu kadar perahan gred (KPG) sawit.

Saman difailkan melalui Tetuan Daim dan Gamany di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang pagi tadi menamakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan kedua.

Plaintif dalam writ saman antara lain mendakwa, Felda Palm Industries berniat jahat dan sengaja menurunkan KPG sehingga enam peratus bertentangan dengan kadar sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit.

Peneroka terbabit turut mendakwa wujud konspirasi antara defendan pertama dan kedua menyalahgunakan kaedah penggredan untuk memastikan KPG diturunkan, selain menjual buah sawit dibawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif.

Disebabkan itu, plaintif mendakwa setiap mereka mengalami kerugian sebanyak RM30,912 pada tahun 2008.

Manakala bagi buah yang ditahan tapi tak dilupuskan, setiap peneroka telah kehilangan pendapatan sebanyak RM1345.63 (RM560.

08 setan).

“Kerugian kesemua plaintif untuk tahun 2008 lebih kurang RM11.322 juta,” writ saman itu menyebut.

Ganti rugi

Sehubungan itu, plaintif memohon mahkamah untuk mendapatkan printah supaya Felda dan Felda Palm Industries membayar ganti rugi khas kepada plaintif berdasarkan jumlah keluaran dan harga sawit untuk setiap tahun bermula tahun 1995.

Selain itu, peneroka terbabit turut meminta ganti rugi am dan teladan untuk penipuan dan pecah amanah, kadar faedah empat peratus setahun dikenakan keatas jumlah ganti rugi khas bemula dari tahun 1995 serta empat peratus jumlah ganti rugi am dari tarikh pemfailan writ sehingga kes selesai sepenuhny dan lain-lain kos.

Saman difailkan wakil peneroka Abdul Rashid Abdul Wahab sebagai plaintif pertama dan Din Mohd Arif (plaintif ke-331).

Mereka diwakili Ketua Biro Guaman PKR Latheefa Koya dan Timbalan Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR T Kumar.

Turut hadir Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR Suhaimi Said serta timbalannya Bob Manolan. –FMT

Isnin, 17 Disember 2012

Orang Melayu Johor Dihalau Tanpa Disedari


Ini satu lagi maklumat yang perlu Najib Altantuya ambl peduli sesuai dengan slogannya Berubah Atau Rebah kerana tatkala beliau dan Timbalan Presiden Umno sedang berusaha dan hampir berjaya sepenuhnya memulihkan imej parti dan kerajaan, ada pula pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan mengaut keuntungan secara peribadi dan mungkin percuma tetapi meninggalkan kesan yang amat besar serta parah kepada rakyat.

Najib Altantuya dan Muhyiddin pasti yakin dan mengetahui bahawa Johor adalah kubu kuat ataupun benteng yang mempertahankan Umno selama ini dan rakyat Johor hidup mati mereka adalah sebagai orang Umno dan akan terus menyokong Umno sampai bila-bila tetapi kalau maklumat yang diterima ini benar dan Najib terus mempertahankan kepimpinan yang ada,kita bimbang kedegilan Wan Mokhtar Menteri Besar Terengganu satu ketika dulu berjangkit terhadap rakyat Johor.

Menjelang PRU13 nanti, Najib Altantuya tidak ada pilihan, beliau perlu berani membuat tindakan dan bukan sekadar tegas bercakap semata-mata, itupun kalau Najib Altantuya sayangkan rakyat Johor yang cinta serta kasih sayang mereka pada Umno dan Barisan Nasional tidak pernah pudar,

Saya harap maklumat ini tidak benar dan kalau ada kebenarannya, ada pihak yang perlu dipertanggungjawabkan terutama sekali mengenai isu pengambilan tanah untuk pembangunan di Danga Bay yang asalnya milik Kumpulan Prasana Rakyat Johor (KPRJ) telah dijual kepada Danga Bay Sdn Bhd dan dikecualikan daripada bayaran premium.

Sukar kita membayangkan andainya maklumat ini benar bahawa Danga A seluas 214 ekar dan Danga B seluas 135 ekar dijual dengan harga satu kaki persegi dengan RM13.12 sedangkan harga semasa bermula dari RM200-RM250 satu kaki persegi. 

Manakala Danga C seluas 524 ekar dikatakan telah dijual satu kaki persegi dengan harga RM1.50 sedangkan harga semasa RM80-RM120 satu kaki persegi. Danga D1 da Danga D2 192 ekar dijual dengan harga RM1.50 satu kaki persegi sedangkan harga semasa bermula dari RM80.00 ke RM 120.00. 

Danga D3 seluas 84 ekar dijual dengan harga RM1.50 satu kaki persegi, harga semasa bermula dari RM80.00 ke RM100.

Lebih malang lagi Danga E yang luasnya 154 ekar dijual hanya RM28 juta sedangkan nilai semasa RM500 juta manakala Danga D4 dan D5 seluas 485 ekar diberikan secara percuma manakal untuk pembangunan Iskandar Water Front, sekali lagi KPRJ telah memberikan tanah kepada Danga Bay seluas 1800 ekar tetapi KPRJ  hanya memegang saham sebanyak 12.30 %,Danga Bay 36.50 %,Iskandar Water Front Holding memegang saham sebanyak  51.20 %.

Selain itu KPRJ juga telah menyerahkan banyak tanahnya  untuk dibangunkan oleh Danga Bay dan apa istimewanya Danga Bay sehingga begitu banyak  kehendak syarikat ini dipenuhi oleh KPRJ  hinggakan dalam KPRJ. Lim Kang Hoo dikatakan memegang saham sebanyak 70 % manakala KPRJ  hanya 30 %. Siapa yang menguasai KPRJ ini sebenarnya?

Atau ada pemimpin Melayu yang menjadi barua ataupun tali barutnya sehingga dengan cukup wewenang tanah-tanah tersebut diserah untuk dibangunkan tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada rakyat Johor?

Cara pembangunan ini seolah-olah untuk menghalau orang-orang Melayu secara terhormat dari Johor Bharu. Rakyat Johor bukan menolak pembangunan tetapi pembangunan harus dibangunkan tanpa meminggirkan atau membunuh kepentingan orang-orang Melayu di negeri itu.

Saya amat berharap maklumat ini tidak benar dan kalau benar betapa bersimpatinya kita dengan Najib Altantuya yang bertungkus lumus menggerakan transforamsi namun dalam masa yang sama ada pihak-pihak tertentu berpakat dari dalam untuk menggulingkan kepimpinan Najib.mejahanamkan kepercayaan rakyat Johor terhadap Umno dan Barisan Nasional.

Kerakusan mereka ini jika tidak dihalang,kita bimbang ada kejutan ataupun tsunami pada PRU13 nanti dan ketika itu, sudah tiada erti lagi keramatnya sebuah negeri yang menjadi tapak penubuhan Umno yang akhirnya ada pemimpinnya menikam Umno dari belakang.

Menjelang PRU13, demi masa depan rakyat Johor yang sedang disumbat dengan serangan pembangkang, Najib Altantuya harus melaksanakan program transformasi politiknya dengan kadar paling segera. Andai kepimpinan negeri sumbang,tempang serta rakus mengejar kekayaan peribadi,mereka ini perlu diganti ataupun disingkirkan.

Johor terlalu ramai pemimpin yang berpotensi serta berkualiti dan rakyat Johor tidak akan menangis andainya keputusan yang Najib buat itu adalah untuk mempertahankan kepentingan mereka malah kita percaya rakyat Johor akan berdiri teguh menyokong Najib Altantuya dan Muhyiddin.

Kita tidak mahu nasib Terengganu satu ketika dulu tempiasnya menepis rakyat Johor. Mereka cukup sayangkan Umno tetapi mereka mula benci kepada pemimpin yang mengkhianati kesetiaan dan keyakinan mereka terhadap parti.

Bayangkanlah bagaimanakah kemampuan yang rakyat Johor harus ada untuk memiliki rumah baik banglo,teres ataupun kondominum di jajaran Danga Bay itu yang dijual melebihi harga setengah juta ringgit seunit itu?

Harga rumah melebih setengah juta...
Dan adakah ini yang disebut-sebut oleh pembangkang bahawa pimpinan kerajaan negeri berpakat dengan orang –orang tertentu untuk `makan’ tanah-tanah rakyat Johor terutamanya tanah orang-orang Melayu demi mengkayakan mereka dan krooni-kroni mereka.

Saya menyimpan banyak lagi maklumat-malumat ini dan saya percaya maklumat-maklumat ini sudah sampai ke pihak sepatutnya terutama sekali Perdana Menteri, SPRM serta pihak berkuasa lain dan saya amat berharap bahawa maklumat ini tidak benar.

Meskipun pembangkang telah mendedahkannya dan tidak ada penafian ataupun kenyataan dikeluarkan oleh oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab, kita bimbang maklumat-maklumat ini sahih dan benar.

Untuk peringkat ini saya tidak bersedia untuk mendedahkan berapa banyak syraikat yang menguasai pembangunan hartanah di Johor yang dimonopoli oleh seorang individu sahaja dan kita percaya Cina yang mendatangi Johor ini tidak berani bertindak sedemikian seandainya tidak ada tangan-tangan ghaib di belakang mereka.  -Jalan Pulang

Siapa tangan itu? 

Siapa dalangnya? 

Siapa exconya?
PRSB : Dulu tahah Palestin pun sama juga ceritanya dengan skandal ini. Mula-mula jual dulu, bisnespun rugi baik jual tanah, asal jadi duit, apa hairan, tanah pun dapat percuma atau gratis kata orang indon.
Inilah kelebihan melayu umno (baca kebodohan), dapat harta free tak pandai meniaga, dah rugi jual dengan harga murah kepada kapitalis, dapatlah topup hutang yang menggunung tu, hidup cara mewah, isap cerut mahal, berfoya-foya.
Tak peduli akhirnya orang melayu hilang tanah dan merempat. ingat kalau ada penduduk melayu yang mempertahankan tanah tumpah darah mereka warisan beratus tahun walhal dalam mahkamah dah isytihar bukan milik mereka sebab dah kena jual dengan pemimpin umno boleh ke mereka bertahan?
Jentolak akan memusnahkan rumah mereka masa mereka keluar bekerja, isteri dan anak-anak dalam ketakutan (sebab kena ugut dalam telefon) pujuk suami supaya tinggalkan rumah kerana banyak gangguan...ancaman...

Sebab dimusnahkan rumah dan tanah mereka tak ada sebab lain supaya mereka tak kembali semula ke rumah mereka, tak boleh balik kampung halaman mereka, rumah pun dah musnah, hidup semakin tertekan, desakan mencari tempat perlindungan baru, pemimpin yang diharapkan menjadi pagar, tetapi pagar makan padi, akhirnya lalu merempat jadi pelarian di negeri sendiri...tektik sama dengan regim zionis laknatullah...

Aku Malu Jadi Orang Malaysia Kalau Begini...


Kuala Lumpur 13 Dis: Badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) berkata, Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012, menurut laporan The Wall Street Journal 11 Disember lalu.

Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.

"Ia menggambarkan sikap syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan rasuah dalam sektor awam boleh jadi sistemik dan pada satu sisi diinstitusikan.

"Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah," kata Presiden TI-Malaysia, Paul Low dalam laporan itu.

Memetik laporan itu, di sebalik perang anti-rasuah yang berprofil tinggi, separuh dari eksekutif korporat yang terlibat dalam kajiselidik TI itu percaya bahawa pesaing mereka mendapatkan perniagaan melalui rasuah.

Menurut Pengarah Pencegahan Rasuah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Ravindran Devanugam dalam laporan itu, Datuk Seri Najib Razak sejak menjadi Perdana Menteri berikrar menghapuskan rasuah dan mendapatkan semula keyakinan umum.

"Beratus kes disiasat. Kerajaan menubuhkan mahkamah istimewa dan dalam langkah memperkenalkan hukuman yang lebih berat," kata Ravindran seperti dipetik.

Namun, markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut, kata laporan itu lagi.

Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.

Dalam kajiselidik itu, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.



PRSB : Negara lain terbaik dalam bolesepak ke, ekonomi ke, pendidikan ke, agama ke tetapi kita Terburuk dalam rasuah, walaupun kita tak buat, yang buat pemimpin yang memegang kuasa tampuk pemerintahan yang menganugerahkan kontrak dan tender kepada yang ada kabel (kabilah) dan nepotisma (suku sakat) dengan mereka...



Pekerja Bank VS Majikan Menghisap Darah



Kira-kira 1,000 pekerja bank berpiket depan Menara CIMB.

KUALA LUMPUR - Kira-Kira 1,000 pekerja bank berpiket di depan Menara CIMB di Jalan Raja Laut di sini bagi memperjuang dan mempertahan hak, maruah serta martabat mereka.

Dalam piket selama tiga jam bermula pukul 10 pagi tadi, pekerja dari seluruh Semenanjung memegang kain rentang serta sepanduk yang menuntut pihak pengurusan CIMB lebih peka dengan kehendak dan keperluan mereka.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) J. Solomon berkata piket itu bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap CIMB yang tidak memberi hak kebebasan untuk pekerja menyuarakan pendapat.

"Pada masa ini, di CIMB Bank, pekerja diganggu, didiskriminasi dan didera secara literal, pekerja dinafikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau juga mendakwa pihak CIMB tidak menjalankan tugas mereka sewajarnya dalam menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

"Sebanyak 27 aduan pekerja tidak dapat diselesaikan setakat ini, pihak tertinggi CIMB Bank enggan menyelesaikan aduan di peringkat yang paling rendah," katanya.

Solomon berkata seramai 100 pekerja kontrak sementara yang berkala turut dinafikan jaminan pekerjaan dan hak untuk kehidupan lebih baik seperti di bawah kontrak tetap.

"Pekerja ini tertakluk kepada diskriminasi yang melampau," katanya.

Anggota Exco Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) A. Sivananthan berkata kedua-dua pihak sepatutnya dapat menyelesaikan perkara ini secara baik.

"Saya harap Ketua Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Nazir Razak dapat duduk dan berbincang bersama-sama, jika dapat selesai, perkara seperti ini (piket) tidak akan berlaku," katanya yang mewakili Pengerusi MTUC Syed Shahir Syed Mohamud. - Bernama








 
PRSB : Tak hairan bank-bank yang ada di negara kita ini memang berideologi (baca bertuhankan) kapitalis, riba (intererst) , gharar (ketidaktentuan) dan maisir (judi) menjadi asas keuntungan..
 
oh tidak...kita dah berubah kepada prinsip islamik dalam urusan bank... memang urus niaganya cara islamik tapi prinsip menekan pelanggan masih bertunjangkan kapitalis ciptaan rejim zionis... itu pun sebab sistem kapitalis Eropah dan barat dah mula tumbang seperti krisis Zon Uuro di mana negara seperti Portugal, Itali, Greece, Sepanyol, Ireland dah muflis  jadi tercari-cari sistem Islam sebagai alternatif.
 
 

 

Isnin, 10 Disember 2012

Real Purnama Di Sambutan 25 Thn Hamas (Video)

Bendera Bulan yang agak besar saiznya jelas kelihatan dari jauh termasuk bendera Malaysia
Wajah Syeikh Ahmad Yassin dan replika Roket yang menakutkan Regim Zionis
Siapakah yang membawanya ke Gaza? gambar real bukan photoshop
Kibaran bersama-sama  bendera 2 kalimah syahadah
Video kibaran bendera Malaysia dan gadis penyokong perjuangan Hamas

Aflin Shauki Selamat Pulang Dari Gaza : Aqsa Syarif

Print 
Friendly

Alhamdulillah, delegasi A2G11-ER telah pun selamat berlepas menuju ke Malaysia pada jam 11.40 malam (waktu Mesir) tadi sejurus selepas program perkongsian bersama pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Doakan keselamatan dan kemudahan perjalanan mereka pulang ke tanah air. Semoga kepulangan mereka membawa impak yang besar hasil ibrah yang mereka kutip di Gaza. Untuk gambar-gambar lain, sila layari http://alturl.com/ptzcm


sumber 
Bront menolak troli

Ustazah Maznah Daud

Jurukemera TV Awani yang beragama Hindu turut serta

Aflin Shauki menceritakan pengalamannya di Gaza sebagai Duta Aqsa Syarif

Rupa paras Selebriti Zin Saidin dah macam raut wajah pemuda Gaza

Selasa, 4 Disember 2012

Skandal Seks punca lawan Mursi ...?




Siapa yang boleh lupa rupa paras Tzipi Livni? Beliau adalah ahli politik yang paling ditonjolkan Israel selama bertahun-tahun walaupun perdana menteri telah tamat berkhidmat.

Nah, Tzipi Livni kembali. Ia seolah-olah bahawa Livni, yang merupakan bekas ejen Mossad, mempunyai cara-cara untuk mendapatkan maklumat dan memeras ugut orang. Dan dengan sifat kewanitaannya dia sanggup menggunakan senjata sulit beliau untuk mendapatkan maklumat yang berguna kepada israel.

Livni nampaknya telah menggoda ramai ahli politik Arab dengan dia telah mendapat maklumat hal ehwal dalam usaha untuk memeras ugut mereka kemudiannya dengan ancaman akan mendedahkan skandal seks tersebut. Ia seolah-olah bahawa Tzipi tidak menentang menggunakan seks untuk mendapatkan maklumat yang boleh memberi manfaat Israel.

Tingkah lakunya juga telah diluluskan oleh Rabbi yang percaya wanita Israel harus dibenarkan untuk menggunakan tubuh badan mereka sebagai umpan dalam usaha untuk membantu Zionis. Livni, bagaimanapun, setakat ini tidak mendedahkan sebarang nama.

Soalan yang perlu ditanya sekarang ialah: Mempunyai mana-mana ahli politik arab yang masuk perangkap bawah kangkang dia? Dan jika ya, yang tidak adalah mustahil, maka siapakah?

Ibrahim Aldrawi melaporkan Mossad mengetuai Konspirasi bersama beberapa pemimpin Arab Mesir menjatuhkan Morsi

Penganalisis politik Ibrahim Al-Darawi menuduh Mossad untuk berkomplot untuk menggulingkan Presiden Morsi.

Satu bajet sebanyak USD 70 Juta dinaikkan untuk rancangan itu. Ahmed Shafik bekas calon Presiden mesir yang kalah, Khalfan Tamim Ketua Keselamatan Dubai dan Mohamed Dahlan X-Fatah pergerakan pemimpin Palestin telah bertemu di Dubai baru-baru ini dan melukis pelan.

Pelan ini termasuk fasa kebangkitan media terhadap Morsi, bermula dari Rancangan Talk dan lain-lain laporan Juga rancangan itu termasuk peningkatan protes, keganasan dan huru-hara.Ibrahim Aldrawi mendedahkan bahawa dalam Amr Moussa lawatan terakhir ke Nablus (Wilayah Palestin), dia bertemu dengan Tzipi Livni dalam Munib Almasri rumah.

Livni menasihatkan Moussa untuk membuat huru hara dalaman di Mesir dengan menarik diri daripada Perhimpunan Perlembagaan dan membuat sebuah gerakan menentang perlembagaan yang dicadangkan.

Dalam temu bual dengan London berasaskan satelit stesen televisyen, al-Hiwar, editor-in-chief daripada akhbar al-Quds al-Arabi, Abdel Bari Atwan, mendedahkan kewujudan laporan perisikan mendokumenkan satu mesyuarat rahsia antara bekas Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, dan Amr Mousa semasa lawatan yang tidak dijangka yang kedua itu ke Ramallah pada 4 November - sepuluh hari sebelum serangan ke atas Gaza.

Laporan menyebut bahawa Livni membuat permintaan langsung dari Amr Mousa untuk mengesahkan menduduki Presiden Mesir, Mohamed Morsi, sepanjang tempoh ini dengan hal ehwal dalaman.

Penulis percaya ini adalah apa yang di kesan berlaku sebagai Amr Mousa pulang dari lawatan beliau dan membawa pengeluaran dari Perhimpunan Perlembagaan Perlembagaan tanpa memberikan apa-apa sebab yang meyakinkan kepada pendapat umum. Sehinggakan beliau menjejaskan perbalahan dengan kepala Perhimpunan Perlembagaan dan disekat artikel perlembagaan yang dia sendiri telah mencadangkan.

Perkara ini menduduki Mesir pendapat awam dan program talk show dan dia meningkat serangannya terhadap Presiden Morsi sebagai serangan ke atas Gaza meningkat. Menurut ke Atwan, "laporan ini bertepatan dengan kenyataan yang dibuat oleh Israel pakar Timur Tengah, Binhas Anbari, semasa temu bual dengan 'Rusia Today' saluran TV satelit.

Anbari menegaskan bahawa Presiden Mesir, Mohammed Morsi, telah ditentang melalui media dan gerakan anti Mursi sebelum serangan operasi Israel di Gaza bermula bertujuan untuk menyibukkan Mursi dengan hal ehwal politik dan masalah ekonomi dalaman dalam masa yang sama lupa untuk membantu Hamas dan Gaza"

Khamis, 22 November 2012

Tindakan Mursi Menyebabkan Israel Tangguh 48jam Serangan

Presiden Mesir Mohammed Mursi
Seruu.Com - Presiden Mesir Mohammed Mursi mengatakan upaya mewujudkan gencatan senjata antara Israel dan Hamas akan membuahkan hasil positif hari Selasa ini, 20 November.

Presiden Mesir menyampaikan hal itu dalam pemakaman saudara perempuannya di Zagazig, Delta Nil, seperti dilaporkan kantor berita negara itu, MENA.

Mursi memimpin upaya mediasi antara Israel dan Hamas, kelompok Palestina yang menguasai Jalur Gaza.

"Presiden Mohamed Mursi mengumumkan bahwa pasukan agresi Israel terhadap Jalur Gaza akan berakhir Selasa," lapor MENA.

"Usaha untuk mewujudkan gencatan antara pihak Palestina dan Israel akan membuahkan hasil positif dalam waktu beberapa jam mendatang," tegas Mursi.

Mediasi dilakukan Mesir dengan bantuan Turki dan Qatar untuk mengakhiri pertempuran yang kini memasuki hari ketujuh.

Wartawan BBC di Kairo Jon Leyne melaporkan pernyataan Presiden Mursi hari ini merupakan salah satu dari serangkaian pernyataan positif yang disampaikan pemimpin Mesir itu.

Namun Mursi tidak merinci pernyataannya.

Seorang pejabat Israel mengatakan operasi darat militer Israel ditunda selama 48 jam untuk memberikan kesempatan bagi perundingan yang sedang berlangsung di Kairo.

Perundingan dihadiri antara lain oleh Sekjen PBB Ban Ki-moon dan Sekjen Liga Arab General Nabil al-Araby.

Ban Ki-moon menyerukan kepada pihak-pihak yang bertikai untuk segera mengakhiri pertempuran.

Sementara itu Israel telah menyebarkan selebaran di Kota Gaza untuk memperingatkan kepada penduduk agar menjauh dari fasilitas-fasilitas dan aktivitas Hamas. [bbc]

Sabtu, 3 November 2012

Tulah Menyerang Afganistan, Malapetaka Terpanjang Amerika

Afghanistan telah menjadi konflik yang terpanjang dalam sejarah Amerika, bahkan melebihi perang Vietnam. Kemarin perang Afghanistan memasuki bulan ke-104, dengan 30,000 tentera Amerika yang diberangkat pada semester pertama tahun ini saja.

Para perajurit AS pulang kembali dari Vietnam selepas 103 bulan pertempuran. Sokongan awam terhadap perang ini turun drastik seiring jumlah korban tewas yang terus meningkat, seperti yang juga berlaku di Vietnam.

Lebih daripada setengah orang Amerika sekarang percaya bahawa pertempuran di Afghanistan sangat tidak sepadan dengan bayaran yang sudah dikeluarkan. Pada tahun 1961, Presiden AS yang baru dipilih, John F. Kennedy, menghantar 100 penasihat ketenteraan yang pertama bersama dengan satu unit khas dengan 400 tentera ke Vietnam.

Pada tahun berikutnya, AS menambah jumlah tenteranya di Vietnam menjadi 11.000 tentera. Pada tarikh 2 Ogos 1964, dua kapal pesiar Amerika di tembaki oleh kapal-kapal rondaan Vietnam Utara di Teluk Tonkin.

PRSB : Sekarang Amerika yang dasarnya untuk menjajah cara moden dunia melalui ekonomi kapitalis dan budaya hedonismenya sedang menghadapi sakarat berdepan dengan tentera Allah yang terdiri dari angin, air yang  bertukar menjadi taufan mega dasyat Sandy...ekonomi jatuh, hutang bertrillion-trillion dan malapetaka memusnahkan hartabenda...

Lebih Banyak Mayat Ditemui Akibat Taufan Super Sandy

A National Guard truck drives through high water on Newark Street 
in Hoboken, New Jersey in the wake of superstorm Sandy. (Craig Ruttle, 
AP)
A National Guard truck drives through high water on Newark Street in Hoboken, New Jersey in the wake of superstorm Sandy. (Craig Ruttle, AP)

Setakat ini lebih 90 mayat kembung membangkai ditemui di merata tempat akibat badai bertahap mega melanda Pantai Timur Amerika yang merupakan malapetaka yang dahsyat di abad ini. Keperluan asas seperti elektrik dan gas masih belum pulih sepenuhnya. Kerugian besar hartabenda dianggarkan mencecah US50 billion.
Berita Selanjutnya

Selasa, 30 Oktober 2012

Uncle Sam Dilanda Badai


Hurricane Sandy dubbed Frankenstorm has led to the cancellation of 
over 7,000 international flights. (AFP)50 juta menunggu maut, taufan bernama Sandy bersaiz mega akan memusnahkan banyak hartabenda malah dijangka jutaan akan jadi jenazah... sungguh menakutkan... segeralah bertaubat.

Image: Flooding in Battery Park
Andrew Kelly  /  Reuters
This stretch of New York City's Battery Park saw flooding Monday morning. In the background is the Statue of Liberty. 

Jumaat, 12 Oktober 2012

Pertemuan Ramah Mesra Najib Dengan Soros



Perdana Menteri, Najib Altantuya rupanya telah bertemu dengan spekulator matawang berbangsa Yahudi, George Soros dalam sebuah pertemuan tertutup di sebuah hotel mewah, Plaza Hotel (gambar bawah) di New York, Amerika Syarikat dua tahun lalu.Pertemuan rahsia tersebut diadakan semasa Najib Altantuya tiba untuk menyampaikan ucapan sulung sebagai perdana menteri di mesyuarat agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kotaraya yang sama.


Maklumat tersebut didedahkan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang memetik sumber yang rapat dengan pertemuanntersebut semasa berdebat dengan bekas ahli KEADILAN yang kini Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim minggu lalu.

Hotel tersebut yang terletak di pusat kewangan sibuk Manhattan merupakan tempat pertemuan pertama Najib Altantuya dengan Soros yang turut dihadiri beberapa menteri kanan kabinet, berlangsung pada 27 September 2010.Belum dapat dipastikan pertemuan tersebut diatur sebelum atau selepas Najib Altantuya menyampaikan ucapan bertajuk 'Global Movement of Moderates' di persidangan tahunan tersebut.


Tetapi sumber memberitahu bahawa selepas Najib Altantuya mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban ki-Moon, dia terus mengadakan pertemuan dengan penyangak matawang antarabangsa yang dituduh bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad sebagai dalang krisis kewangan Asia pada 1997-98.

Ini jelas membuktikan tuduhan Umno kononnya NGO yang pro-Pakatan Rakyat menerima bantuan kewangan dari spekulator tersebut meleset sama sekali seperti yang didakwa Mahathir beberapa hari lalu."Saya gembira bahawa pendapat anda tentang saya telah berubah," tulis Mahathir dalam sepucuk surat peribadi kepada spekulator matawang George Soros enam tahun lalu - 11 bulan sebelum beliau bertemu jutawan itu buat kali pertama.

Dalam surat tersebut, Mahathir merujuk kepada temubual New Straits Times dengan Soros pada 7 Januari 2006 apabila dermawan itu yang melawat Jakarta untuk menghadiri mesyuarat antara agama, di mana beliau berkata dia bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh perdana menteri Malaysia untuk menangani krisis kewangan serantau pada 1997-98.Empat hari kemudiannya, Mahathir menulis surat tiga halaman kepada Soros, menggesa spekulator matawang itu menyertai beliau dalam projek Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa. ~jalanpulang/mpr

Selasa, 9 Oktober 2012

Anroid Mendahului Di Pasaran Asia


android vs blackberry
Hingga akhir tahun ini persaingan pasaran telefon pintar (smartphone) antara BlackBerry, iPhone, dan telefon pintar berasaskan Android dan telefon pintar berasaskan Symbian yang dipelopori Nokia akan semakin sengit.

"Peranan pembekal telekomunikasi baik di dalam dan di luar negeri yang berlumba melancarkan telefon berasaskan Android akan mengancam telefon pintar seperti BlackBerry, iPhone, dan Nokia," kata penganalisa maklumat dan komunikasi, Okky Tri Hutomo, di Kuala Lumpur, Sabtu (8/10) .

Di Asia, menurut Okky, telefon bimbit Android sudah menjadi "market leader" mengatasi BlackBerry, Symbian dan iPhone.


PSRB : Sekiranya BB tak mahu berubah (Change) maka tak mustahil ia akan jadi seperti Nokia yang semakin hilang di pasaran.

Pada tahun 2006 Nokia melancarkan 25 model baru setiap 3 bulan, itu dahulu... sekarang syarikat gergasi telekomunikasi ini terpaksa berdepan dengan krisis pasaran sehingga terpaksa membuang 10 ribu
pekerja.  

Sumber dari Seberang 

Anriod VS BB

Jumaat, 14 September 2012

Filem Menghina Nabi Cetus Serangan Maut

Orang ramai di hadapan kedutaan AS di Kaherah semasa protes terhadap
apa yang mereka katakan adalah sebuah filem yang dihasilkan
di Amerika Syarikat yang menghina Nabi Muhammad

Duta AS ke Libya terbunuh, bersama-sama dengan 3 rakyat Amerika lain, dalam rusuhan ke atas konsulat di Libya

Pengeluar filem Israel yang berpengkalan di California terpaksa menyembunyikan diri selepas filemnya yang menghina Nabi Muhamad mencetuskan kemarahan orang-orang Islam yang merusuh dan menyebabkan kematian duta AS, Chris Stevens dan tiga yang lain.

Bacile, seorang lelaki misteri yang mengenal pasti dirinya sebagai Yahudi Israel memberitahu bahawa dia adalah seorang pemaju hartanah di California, menulis dan mengarahkan filem $ 5 juta, yang katanya telah dibiayai dengan bantuan lebih daripada 100 penderma Yahudi. Dia tidak mengenal pasti apa-apa daripada mereka.

Penunjuk perasaan bertindak balas membakar Konsulat AS di Benghazi

Bacile kini dalam ketakutan mengenai keselamatan keluarganya di Mesir, di mana kedutaan AS di Kaherah juga telah diserang oleh perusuh yang marah dengan filem tersebut.

Steve Klein, seorang perunding filem tersebut berkata mereka telah menjangka filem tersebut pasti akan membuat umat Islam marah.

Orang ramai merobek bendera Amerika di Kedutaan Amerika di Kaherah

Klein berkata beliau juga memberi amaran Bacile bahawa dia boleh menjadi "Theo seterusnya van Gogh," merujuk kepada pembikin filem Belanda yang telah dibunuh oleh pelampau Islam pada tahun 2004 selepas membuat sebuah filem yang telah dianggap sebagai menghina Islam. SUMBER

Selasa, 7 Ogos 2012

Sekarang ni musim kecurian khususnya di Masjid?



Honda EX5 Hitam dengan Jalur Emas

Kluang : Bulan Ramadan sepatutnya dipenuhi dengan amal ibadah seperti bertarawih dan bertadarus Al-Quran tetapi tidak kepada golongan ini.

Masjid dijadikan lubuk untuk mencuri dan merembat apa sahaja yang boleh dijadikan duit.

Kalau dulu zaman ana sekolah setakat curi selipar dan kasut, pantang kasut berjenama seperti Adidas atau Puma memang tak boleh bawa ke masjid. Kadangkala kalau sengkek sangat pencuri ni, selipar jepun pun disapu, pening kepala pak bilal terpaksa balik kaki ayam.

Sekarang tak main kasut tetapi kebas motosikal, pecahkan cermin curi barang berharga dalam kereta yang biasanya orang tinggal kononnya untuk khusyuk solat sebab tak mahu diganggu deringan seperti ipad, ipod, laptop, telefon, kamera dan sebagainya. Akhirnya menyesal tak sudah...

Motosikal paling panas kena curi ialah jenama Honda EX5, tak tahulah dalam banyak jenama motosikal dan dengan kemuncuulan model motosikal  yang terkini, pencopet ini masih mahu bawak lari EX5.

Mungkin sebab jentera EX5 ini mudah diubahsuai atau laris dipasaran gelap ataupun juga sebab ia lasak agaknya.

Semakin dekat nak menyambut Aidilfitri semakin galak mereka buat kerja overtime. Apa nak jadi dengan negara kita ini. Polis, Rela JPA sibuk jaga Pasaraya Kapitalis sedangkan keselamatan masjid di kampung halaman mereka tak ada siapa yang jaga...

PSB



Rabu, 1 Ogos 2012

Ramalan malapetaka di Sukan Olimpik 2012 dan Big Ben bakal musnah?

Rancangan Malapetaka Olimpik Kota London 2012? - [Bhg Pertama]

Peperangan yang menaikkan nama mustafa kamal Artartuk sehingga diangkat menjadi ketua negara kata orang satu konspirasi, tentera Greace yang menentang tentera Turki ketika itu memang sudah di jadikan "lauk" untuk mengangkat mustafa kamal artartuk. waris seorang yahudi Dunamah.

Kemudian bila berlangsung perang dingin Amerika dan Russia,konsirasi telah direka-reka untuk menggambarkan bahawa Ameria itu moden, dan berkuasa, cerita karut manusia naik ke bulan telah di ada-adakan.

2001, lebih 10 tahun lepas, 2 buah pesawat terbang rempuh world trade centre di amerika, ramai yang kata itu sudah dirancang awal bagi menghalalkan  peperangan terhadap negara islam ,menghalalkan juga pembunuhan pemimpin negara islam.

Kini 2012, benarkah akan berlaku sekali lagi tragedi yang dirancang?, khabarnya lebih besar dan lebih hebat.

Benarkah acara sukan olimpik di  kota london akan bertukar menjadi tapak  pembunuhan beramai - ramai? perkara ini bukan baru, ianya sudah terdedah lama dulu.


Lihat video dibawah.



Nak tahu lebih lanjut, nantikan pendedahan rancangan pembunuhan beramai-ramai ini, dari masa ke semasa secara bersiri sepanjang minggu ini... Kita harap ini hanya sekadar sebuah teori, kerana kita tak mahu ada tragedi besar seperti ini.

Sesungguhnya Hanya ALLAH mengetahui sesuatu yang akan berlaku, sedangkan mempercayai bulat-bulat ramalan itu boleh membawa kepada Syirik.... Wallaualam.

Bahagian ke 2, Pendedahan yang membawa maut. tunggu...

Selasa, 17 April 2012

AWAS! Jangan Cuba Tipu Kami : TG Haji Hadi

Awas cara Terengganu tawan Selangor 


KUALA LUMPUR, 17 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan peringatan, taktik Umno merampas Terengganu pada pilihan raya 2004 akan digunakan semula di Selangor dalam pilihan raya akan datang ini.

Beliau memberi peringatan ini dalam wawancara khas dengan Harakahdaily baru-baru ini.

"Di Terengganu, kita kalah dalam pilihan raya 2004 bukan kerana penolakan rakyat tetapi melalui pengundi yang diangkut masuk.

"Mereka akan ulang cara ini di Selangor dalam pilihan raya akan datang ini," kata anggota Parlimen Marang itu memberikan amaran kepada petugas Pakatan Rakyat di Selangor.

PAS telah menang dalam pilihan raya umum 1999 di Terengganu dengan mendapat 27 dari 32 kerusi DUN yang ada namun dalam pilihan raya 2004, kerusi PAS hanya tinggal lima sahaja.

Bagi beliau, pendekatan begini satu penipuan yang kotor lagi najis kalau ia dinilai dari perspektif demokrasi sebenar yang sepatutnya adil dan bersih.

Menurut beliau, dalam postmortem yang dibuat oleh PAS selepas pilihan raya umum 2004, beberapa kawasan di Terengganu didapati berlaku peningkatan sehingga 2 peratus undi kepada PAS.

Berlaku juga di sesetengah kawasan penurunan undi untuk PAS sehingga 2 peratus.

"Tetapi di negeri Kelantan, ada kawasan yang menurun undi PAS sehingga 6 peratus. Tetapi apa yang berlaku, Terengganu kerajaan PAS jatuh tetapi kita bertahan di Kelantan," kata beliau.

Untuk Parlimen Kemaman, kata beliau, berlaku pertambahan undi berlipat kali ganda yang di luar dari kadar kelahiran manusia di kawasan itu.

"Dianggarkan pertambahan pengundi di Kemaman adalah 17,000 pengundi baru (berbanding pilihan raya 1999).

"Kawasan lain pun ada juga fenomena yang sama," kata beliau dalam wawancara khas itu.

Bagi Abdul Hadi, jentera pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN) bukanlah kuat sangat tetapi mereka telah menggunakan jentera kerajaan.

"Mereka kuat dengan jentera kerajaan. Sepatut tak berlaku macam itu kerana  masa pilihan raya, ia hanya caretaker government (kerajaan sementara)," jelas beliau.

BN juga, katanya, menggunakan 100 peratus media yang ada dan menghalang parti lawan mereka menggunakan media itu yang bukannya milik BN.

"Saya yakin, jika pilihan raya akan datang ini berjalan dengan bersih, kita akan tawan semula Terengganu," beritahu beliau. -Hrkh

Sabtu, 7 April 2012

Rakyat Malaysia Tak Bahagia Berbanding Israel? Laporan PBB

Laporan Kebahagian Sedunia -Israel ke-14, Malaysia ke-51

Berita Oleh: laniismaa

"Tahniah kita berada di tangga 51 negara paling gembira di dunia berdasarkan kaji selidik terbaru oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Masih berada dalam lingkungan 1/3 negara yang dikaji selidik sebanyak 156 negara.

"Laporan Kebahagiaan Sedunia" berdasarkan beberapa petunjuk antaranya kemakmuran kebendaan, kecenderungan umum seseorang dan tahap kepuasan dengan aspirasi asas masing-masing. Ia maklum balas kaji seldik dari tahun 2005 hingga pertengahan 2011.

Malaysia menduduki ranking kedua di Asia Tenggara di belakang Singapura yang muncul sebagai negara paling gembira di rantau itu.

Mengikut senarai dunia itu, Denmark ditangga pertama, Finland ke-2 dan Norway ke-3. Singapura menghuni tangga ke-33, Thailand (52), Myanmar (72) dan Indonesia di ranking ke-83.

Paling menarik Israel mengalahkan kita paling bahagia dengan berada di tangga 14. Israel menjaga rakyatnya menjadi bahagia di tangga 14. Malaysia menjaga rakyatnya menjadi bahagia di tangga 51.

Malaysia di tangga 51 kerana soal selidik dijalankan ke atas orang BN. Kalau soal selidik dilakukan ke atas orang PR, entah ke tangga berapa kita berada. Senarai yang membuatkan kita tak bahagia amat banyak dari yang bahagia.

Senarai 20 Paling Gembira
1. Denmark
2. Finland
3. Norway
4. Netherlands
5. Canada
6. Switzerland
7. Sweden
8. New Zealand
9. Australia
10. Ireland
11. USA
12. Costa Rica
13. Austria
14. Israel
15. Belgium
16. Luxembourg
17. United Arab Emirates
18. United Kingdom
19. Venezuela
20. Iceland
Paling akhir ialah Togo
 
PS : Nak bahagia macamana kalau jenayah berleluasa, harga barang dan petrol semakin Naik, kemelut ekonomi, kezaliman terhadap pemimpin lawan, krisis makanan meruncing, krisis remaja sekolah, perkauman, rasuah, sentimen agama, tipu rakyat dan tolak islam sebagai cara hidup.