Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label felda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label felda. Papar semua catatan

Khamis, 17 Januari 2013

Gomoman VS Johoman, Siapa lebih miskin?



Pendedahan dibuat oleh Presiden Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas bahawa orang Melayu di Johor paling miskin mungkin tidak menjadi kudis gatal kepada pemimpin Umno Johor. Baik Abdul Ghani Othman, Muhyiddin Yassin apa lagi Ahmad Maslan, fakta itu tidak penting buat mereka asalkan saja mereka senang dan kaya raya. Peduli apa dengan nasib orang Melayu Johor. Lagi pun orang Melayu Johor versi lama cukup berpuas hati asalkan Umno memerintah negeri berkenaan. Bagi mereka sudah cukup Umno terus mentadbir Johor, jangan peduli apakah nasib mereka dan masa depan mereka, janji Umno masih terus hidup maka mereka juga akan hidup. Umno persis nyawa kepada orang Johor.

Kenapa saya kata begitu, sebab masalah kemiskinan dan keterhimpitan orang Melayu Johor ini bukan perkara baru, ia bukan berlaku sehari dua ini. Ia mulai merebak sejak zaman Muhyiddin Yassin menjadi MB Johor lagi. Ketika itu kerajaan Johor meluluskan dasar orang luar boleh memiliki tanah di Johor seberapa banyak yang mereka ingin. Dasar tanah Johor sangat rapuh berbanding dengan dasar tanah Kelantan yang ketat dan istimewa.


Muhyiddin sendiri menjadi dalang dalam membenarkan tanah-tanah rezab Melayu sekitar Johor dibangunkan kemudian dijual kepad orang asing, Singapura. Perpindahan beliau ke pusat menjadi menteri dan meninggalkan tampuk Johor salah satu faktornya ialah kelemahan dasar pentadbiran di bawahnya yang menyebabkan Johor banyak hilang tanah.

Pembangunan yang dikemukakan Muhyiddin memang untuk membantu mengembangkan ekonomi orang Johor. Tetapi matlamat itu tidak tercapai dan ia semacam ia tergadai apabila projek baik perumahan, gedung perniagaan yang dibangunkan nilai pasarannya tinggi menyebabkan orang Melayu tidak mampu memilikinya.

Akhirnya kesan dari itu bagi mengelakkan lambakan dan kebekuan aset, maka hartanah itu dibuka untuk dibeli oleh warga asing khasnya rakyat Singapura. Hari ini sudah lebih dari lima gedung perniagaan besar di Johor Bahru sudah bertukar tangan daripada "Mahmood Iskandar" kepada "Mah Hong Kong."

Demikin juga dengan rumah kediaman yang kononnya dibangunkan untuk orang Melayu atau rakyat Johor sudah menjadi milik orang asing. Salah satu ialah pembangunan di sekitar Danga Bay.


Singapura

PAS Johor yang kini sedang menunjukkan ghairah untuk memerintah Johor mungkin ada angka-angka mengenai berapa jumlah rumah, kedai dan berbagai premis yang menjadi milik Singapura. Kalau rajin anda boleh berdiri di Tambak Johor (cross way) kira sendiri berapa banyak kereta plat Singapura yang pagi-pagi sudah keluar ke Singapura atau duduk petang kira berapa banyak kereta plat Singapura masuk ke Johor untuk tidur dan membuat anak di Johor.

Mereka itu adalah rakyat Singapura yang mendapat manfaat dari dasar tanah dan pembangunan Johor.

Syed Ali juga membayangkan kadar atau jumlah kemiksinan orang Johor akan bertambah dengan ramainya orang asing datang ke kawasan pembangunan baru Iskandar Malaysia. Menurutnya 80% tanah di zon pembangunan Johor Selatan itu (Iskandar) adalah milik orang asing.

Menurutnya lagi pada tahun 1800 orang Melayu Johor paling kaya tetapi hari ini menjadi paling miskin. Tidak mustahil mungkin dalam tidak sampai 100 tahun lagi semua tanah di Johor baru akan menjadi milik orang asing. Johor akan menjadi Palestin yang terpaksa berpawah hidup dengan orang asing seperti mana rakyat Palestin berpawah tanah dengan Israel.


Melayu Kelantan lebih kaya 

Paling merujakan dan ini paling tidak disenangi oleh Umno ekoran pendedahan Syed Ali itu apabila beliau menyebut, orang Melayu di Kelantan lebih kaya dari di Johor. Beliau memberi contoh kekuatan (nilai ringgit) orang Kelantan mereka boleh membeli rumah sehingga bernilai RM200,000. Nilai rumah yang sama besar di Johor mencecah RM1.5 juta.

Songsang

Pendedahan Presiden DPMM itu menjelaskan bahawa dasar pembangunan di Kelantan lebih praktikal dalam memelihara hartanah orang Melayu serta memberi pembangunan kepada rakyat. Hakikat ini tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun kecuali Ahmad Maslan akan menafikan dengan sekeras-kerasnya seperti aksinya membela Felda walaupun saham FGVH ternyata merudum tetapi dia masih mengatakan saham itu naik kerana kaedah ukuran Mat Maslan ialah dari bawah ke atas. Songsang.

Perbandingan dibuat Syed Ali ini menjelaskan bahawa PAS yang menjadi pemerintah Kelantan ternyata lebih prihatin dan bersifat membela tanah air - al wataniah. Jadi terbuktilah kini bahawa Umno hanya pandai mendendangkan lagu 'anak kecil main api' tetapi tidak tahu bagaimana hendak memadamkan api yang sedang membakar hartanah Melayu di Johor.

Generasi Melayu Johor harus sedar apa yang berlaku itu, bahawa Umno bukan boat penyelamat lagi. Jangan anggap pendedahan Syed Ali itu hanya sekadar hendak menimbulkan kebimbangan Johor terus akan hanyut kalau kedatangan orang asing bertambah ramai ke negeri itu. Saya tidak fikir dia hendak bermain politik dengan kenyataan itu mahu menggambarkan kalau Pakatan Rakyat menang di Johor, bilangan orang asing akan bertambah dan Melayu Johor akan terhimpit.

Tidak. Generasi baru dan lama di Johor kena memberi keyakinan dan peluang kepada Pakatan Rakyat yang kini sedang dibimbing oleh Salahuddin Ayub bersama rakan-rakanya Suhaizan Kayat, Mazlan Aliman dan rakan-rakannya. Menghayati dan bandingkan dasar pemerintah yang bakal dilakukan sekiranya mereka menang. Yang pastinya PR tidak sesekali akan mengguna pakai sistem pentadbiran digunakan pakai Umno sejak 56 tahun lalau kerana ia ternyata gagal. PR akan tinggal sistem itu sebab ia korup. Sistem atau dasar PR sudah tentu akan mengelakkan rakyat Johor khasnya Melayu terus terjelus dalam lubang maut bikinan Umno.

Apa yang didedahkan oleh Syed Ali itu juga sekaligus menempelak  perdana menteri Ha Najib Razak yang begitu arif mengenai perangkaan, di mana sebelum ini mengatakan Kelantan sebagai negeri termiskin. Apakah dengan keadaan Johor yang rakyatnya disahkan sendiri oleh rakyatnya (Syed Ali) yang termiskin itu tidak memungkinkan yang rakyat termiskin adalah negeri sepupu Najib itu sendiri?

Najib kena perbetulkan fakta itu manakala rakyat Johor kena perbetulkan pemerintah. Pastikan sistem rintahan digunakan pakai Umno terbuang dari Johor barulah rakyat Johor akan terkeluar dari zon paling miskin yang dibimbangi itu. -
http://msomelayu.blogspot.com

Khamis, 27 Disember 2012

Kami Tak Akan Halau Pemuda Umno Jempol Kalau Masuk Negeri PR



Konvoi Jelajah Oren: 'Kami memang rancang sekatan'

JEMPOL - Pemuda Umno bahagian Jempol mendakwa, insiden kekecohan yang berlaku pada Jelajah Oren ‘Selamatkan Felda’ di Felda Bukit Rokan Utara Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi pihak berkenaan.

Ketuanya, Mohd Nizam Aman berkata, tidak timbul isu pemuda Barisan Nasional (BN) bersama penduduk bertindak agresif semasa kejadian seperti didakwa.

“Keadaan mula tegang ketika konvoi jelajah terbabit sampai ke persimpangan Felda Bukit Rokan Utara yang dicetuskan oleh kumpulan itu.

“Saya tidak berada di lokasi kerana mengadakan sekatan di Felda Bukit Rokan Barat. Tapi saya diberitahu penduduk yang juga terdiri daripada pemuda BN telah menghalang perjalanan mereka kerana sejak awal lagi kami semua tidak setuju kumpulan itu masuk ke Felda,” katanya.

Menurutnya, mereka sememangnya sejak awal lagi merancang mengadakan sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan di sana sebaik sahaja mengetahui kehadiran konvoi jelajah berkenaan.

Bagaimanapun katanya, tujuan sekatan bukan untuk mencetuskan huru-hara tetapi hanya untuk menghalang konvoi itu terus diadakan.

“Kami generasi kedua Felda menolak kehadiran mereka. Tiada sesiapa pun mengalu-alukannya.

“Tiada apa yang perlu diselamatkan kerana nasib peneroka semakin baik di bawah Felda. Lagipun selama ini tidak pernah mana-mana parti politik selain Barisan Nasional (BN) yang membantu peneroka,” katanya.

Mohd Nizam berkata, dia bagaimanapun kesal dengan insiden yang berlaku kerana dua pemuda BN juga turut mengalami cedera ringan.

Sementara itu, penganjur konvoi tersebut menyifatkan ia kejadian terburuk dan terhebat di Negeri Sembilan berbanding di negeri lain.

Pengarah Program Kembara Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli berkata, kekecohan yang tidak disangka-sangka itu turut memberi kesan kepada peserta konvoi apabila dua daripada mereka cedera.

Katanya, kejadian berlaku apabila rombongan konvoi itu tiba berdekatan persimpangan Felda Bukit Rokan Utara dan kemudiannya dihalang oleh beberapa individu.

“Semasa perbincangan sedang dijalankan, secara tiba-tiba kumpulan yang menghalang konvoi Oren ini bertindak agresif, dengan memukul kenderaan pacuan empat roda kami dan secara meluru ke arah Ketua Penerangan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Noraza Muda.

“Pada waktu yang sama, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Anak, Razali Rashad turut dipukul, sehingga mendatangkan kecederaan di kening, manakala Noraza cedera di kepala akibat dipukul dengan kayu.

“Melihatkan keadaan Noraza dalam keadaan separuh sedar, kami memberinya rawatan ringan sebelum pasukan polis membantu menghantarnya ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan pesakit luar,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas 2 berkata, keadaan Noraza bagaimanapun kini stabil. -SH

Sekarang mereka (UMNO BN) telah secara terang membuat pengakuan bahawa mereka menghalang konvoi oren berkenaan. Akibat dari "halangan" itu mereka bertindak liar dan ganas terhadap para peserta konvoi.

“Kami generasi kedua Felda menolak kehadiran mereka. Tiada sesiapa pun mengalu-alukannya." Fasal yang mana di dalam Undang-undang yang mereka gunakan boleh menghalang ornag lain untuk memasuki mana-mana kawasan di dalam negara ini?

Undang-undang ciptaan dan rekaan sendiri lantaran takut dengan konvoi berkenaan?

Kemudian setelah ada pengakuan sejelas itu, apa pula tindakan polis selanjutnya terhadap mereka yang mencabul undang-undang ni?

Bukankah sepatutnya mereka ditangkap dan ditahan kerana mencabuli perlembagaan dan undang-undang negara? -GB

Khamis, 6 September 2012

Jatuh merudum lagi saham Felda RM4.85


Harga saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) mengalami kejatuhan paling teruk petang ini dengan harga penutup RM4.85 berbanding RM5.00 semalam.

Ia semakin menghampiri harga penyenaraian awal (IPO) iaitu RM4.55.

Najib sebelum ini begitu megah mengumumkan IPO saham FGVH merupakan IPO kedua terbesar kedua terbesar di dunia selepas IPO Facebook dan telah menempelak "haramjadah" kepada pihak yang menentang usaha peneyeraian tersebut.

Namun apa yang jelas, semasa hari pertama IPO ditawarkan, tiada syarikat asing yang berminat kecuali dua syarikat yang membeli saham FGVH tersebut, iaitu Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd.

Walaupun digemparkan sebelumnya saham FGVH akan mendapat sambutan pelabur antarabangsa, tiba-tiba, dari ratuan ribu syarikat pelabur di dunia cuma dua syarikat yang berani melabur membeli saham FGVH.


FGVH terus merudum


(Gambar: Senarai pemegang saham utama FGVH beserta jumlah saham mereka)


Harga saham FGVH yang ditutup semalam mencatat penurunan, tinggal RM4.96. Jika peneroka menjualnya pada harga RM5.06 sewaktu Julai lalu setelah ditolak handling fee RM165.00, interest charged RM29.41dan lain2 cuma dapat lebihan RM212.37; kalau jual ketika ini, berapa yang tinggal?

Mengingati semula pesanan YAB Perdana Menteri (PM) ketika mengumumkan 'durian runtuh' pada 8 Mei lalu, peneroka jangan jual saham FGVH, jadikan pelaburan untuk simpanan masa depan...Apa jaminan buat peneroka jika ikut nasihat PM?

Barang diingat, mengikut penganalisis pasaran saham, jika saham FGVH turun ke paras RM4.70 maka pemegang saham FGVH mula menanggung rugi. Jika peneroka ikut nasihat PM, bertimpa-timpa beban peneroka.

Hutang Tanam Semula antara RM 50K-RM 157K dengan interest 6.25%, pinjaman rumah RM20K-RM40K dengan Kos Pengurusan 2.5% dan terkini hutang pinjaman saham FGVH RM3640 dengan interest 5%; kehidupan peneroka sesungguhnya diselubungi hari2 yang makin sukar!

Saya paparkan jumlah saham FGVH yang (Tan Sri) Isa Samad dan Ahli Lembaga Pengarah FGVH dapat. Ini belum mengambilkira proksi dan para kroni yang dapat. Saya tidak pasti samada mereka telah menjualnya atau belum bagi meraih keuntungan segera. Mereka tentu ada penasihat dan menghubungi remiser apa yang perlu dilakukan. Bagi staf Felda, mungkin juga mereka boleh berfikir nak bertindak macamana. Namun, bagi peneroka yang tak tau apa-apa, siapa yang nak menasihati mereka?

Saya berkongsi pengalaman pilu peneroka Felda Cahaya Baru, Sendayan, Labu Johnson, Bukit Cerakah dan Sg Buaya yang mula2 seronok dan gembiranya bukan kepalang tika dijanjikan pampasan jutaan ringgit. Akhirnya, bila tertipu...yang mereka tahu hanya menangis sahaja. Itulah bahasa mereka!

Peneroka Felda Bukit Rokan Utara menangis tersedu-sedu macam anak kecil tunjukkan kos Tanam Semula mereka mencecah RM157,000; bahkan dengan hutang sebesar itu, kebunnya tidak diselenggarakan dengan sempurna dan berusia 75 tahun....kepada siapa mereka mahu mengadu?

Sudahlah dibebankan dengan hutang yang kian menggunung, apa nak jawab depan Allah dosa riba' yg ditanggung peneroka puluhan tahun?

Penglibatan syarikat Yahudi dan judi dalam FGVH pula kita nak guna hujah apa?
407,005,000 saham Genting Bhd dlm FGVH sedangkan 97% peneroka Felda adalah orang Islam, mana mufti dan Ulama Muda Umno?

Kalau ye pun nak bodek Najib, Ahmad Maslan dan Isa Samad gunalah hujah intelek. Takkan hanya tahu meratib; syukur Umno bagi tanah, tak suka boleh keluar Felda, tak sedar diri makan hasil Felda tapi hentam Felda.... Skrip yang berulang dan saya dengar lebih 30 tahun dulu!

Terpulang, samada kita nak kata...'Ada aku kesah' atau 'Lu fikir la sendiri'.

*Penulis adalah Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merangkap AJK PAS Pusat



Jumaat, 31 Ogos 2012

Lagi jatuh merudum saham Felda - Peneroka tertipu


(Pagi ini jam 11.19 am, saham FGVH turun ke paras RM4.99 -GB

PM Najib buat hal lagi. Mahu menipu peneroka. Tapi mungkin jugak pemimpin UMNO bersangkaan peneroka amat mudah ditipu. Maklum sahajalah- peneroka. Habis kuat ada sijil SRP- Sijil Rendah Peneroka. Terror sikit ada STPM= Sijil Tinggi Peneroka Malaysia. Inilah peneroka yang dimuliakan. Barsian depan transformasi ekonomi Najib.

Kali ini dia kata Felda akan mebiayai keseluruhan pembelian saham oleh peneroka. Apa pasal sekarang baru hendak umumkan? Mengapa tidak ketika saham belum disenaraikan? Apa sebab boring pinjaman bank ketika itu diedarkan keseluruh kawasan Felda?

Sebab baru sekarang dia sedar peneroka bersungut. 810 unit saham rupa2 nya kena beli oleh mereka.

Borang pinjaman bank dalam Bahasa Inggeris diedarkan sebelum FGVH di senaraikan. Yuran pinjaman RM200. Setiap keluarga yang beli 810 unit kena bayar RM 4.55 x 810= 3685.50. takpe, sebab bank pinjam penuh 100%. Lagi pun setelah 6 bulan dijual, peneroka tak rugi apa apa.

Harga hari ini ialah RM 5.02. tak sampai 6 bulan pun. Najib dah panic. Hendak menyampai 6 bulan, takut saham turun rendah dari harga senarai RM 4.55 seunit.

Rupa2 nya peneroka dok pakat ramai2 jual saham. Mereka pun pandai dan bijak rupa nya. Baik jual sebelum harga jatuh. Nanti kena bayar RM 50 sebulan tak pasal pasal.

Pada harga RM5.02 bermakna premium sebanyak RM0.47. atau 47 sen. Banyak tu. Dengan 810 uni saham yang dia ada, peneroka dapat RM380.70 sen. Tolak RM200, dapat untung berseih sebanyak RM 180.70. Ya Rabbi. Ya Ampuun. Syukur kepada UMNO BN. Hidup Najib yang telah memberi kami RM180.70 kerana kami peneroka. Mana ada pemimpin murah hati macam ini dalam dunia. Malaysia boleh.

Gostan kata Najib. Mampuih aku macam ini. kalau peneroka hanya untung RM180, mereka akan bunuh kita. Sembunyikan C4 semua!

Elokah kita menipu mereka sekali lagi ya PM kata Isa Samad. Macam mana? Kita biayai pembelian saham tersebut. Kita suruh dia orang bayar RM50 je sebulan. Setahun baru RM600. Cara demikian, peneroka yang bodoh tu sangka, mereka dapat durian runtuh. Kita akan kata mereka dapat saham 810 percuma. Situ dah ada nilai RM 3645.50. campur untung hari ini sebanyak RM 380.70 , untung besar sebanyak RM 4026.

Kita buat gitu je. Peneroka bukan cerdik sangat. Dapat RM 4000 tentu mereka suka. Jilat bontot den pun dia oghang mau punya.


Jadi apa yang sudah Najib lakukan? Pertama rasuah pendahuluan sebanyak RM 15000 setiap keluarga. Ertinya, kerajaan berbelanja sebanyak RM15000 x 112, 635= RM1.6895 billion. Ketajaan tidak cop duit. Mereka kena pinjam dari bank. Mungkin ini yang meyebabkan kerajaan menanggung hutang yang sudah mencecah 55% dari KNK. Ini tahap yang dibenarkan oleh parlimen.

Kemudian, kerajaan Najib beri bonus raya sebanyak lebih kurang RM383 setiap keluarga peneroka. Ini bermakna kerajaan belanja lagi sebanayk RM380 x 112, 635= 43 juta.

Nah sekarang Pak Najib mahu biayai semua pembelian saham tersebut. Jumlah saham yang di keluarkan untuk penroka ialah 91.2 juta unit saham. Jika seunit harga nya RM 4.55, kerajaan terpaksa belanja 91.200,000 x 4.55= 414.960 juta. Wah banyak tu.

Jadi kita ulang sekali lagi. Najib terpaksa berbelanja sebanyak:-
· RM1,680 juta( rasuah pendahuluan).
· Bonus raya = 43 juta.
· Pembiayaan penuh RM 415 juta.

Haramjadah punya peneroka. Aku terpaksa belanja RM 2.138 billion semua nya. Kalau tak dapat undi jugak, terpaksa lah kita berhimpunan agong di Sungai Buloh nampak nya tahun hadapan.

Apa yang nak dirisaukan? Bukan kah Felda mendapat pulangan sebanyak RM 5.99 billion dari penjualan saham FGV?

Hmm. cuba lihat. Kalau tolak RM2.14 billion dari hasil ini, Felda tinggal baki sebanyak RM 3.85 billion. Bayar hutang EPF sebanyak RM 3 billion, baki nya 850 juta. Mampuih Felda. Kos menampung Felda setiap tahun ialah RM3 billion.

Sewa tanah 360,000 hektar kat FGV selama 99 tahun ialah RM698/hektar. Situ dah ada 251.2 juta. Ok lah tu. Kongsian tetap dari hasil perniagaan FGV. Juta juta. Biliun biliun, pasti cukup punya.

Celaka betul. Mengapa RM698/hektar? Boustead sewa lading pada harga RM3500/hektar.

Isa! Ekau tipu den yo. -sakmongkol

Sabtu, 7 April 2012

Blackout : Paksa Mahasiswa Pergi Ceramah

Blackout
Studio album by Scorpions
Released March 29, 1982
UTHM siasat insiden tutup lampu kolej kediaman
Pentadbiran Univerisiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menyiasat kejadian bekalan elektrik di dua kolej kediaman telah diputuskan pada malam berlangsungnya ceramah anjuran universiti itu pada 18 Mac lalu sempena Hari Belia Antarabangsa Unesco.

"Kita akan menyiasat siapa yang menutupnya," kata Penolong Naib Canselor UTHM Prof Amir Hashim Mohd Kassim ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat pihak yang bertanggungjawab "menutup lampu" di Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Tun Dr Ismail.

Semalam, jurucakap pro-Mahasiswa (Pro-M) mendakwa bekalan elektrik sengaja diputuskan untuk memaksa penghuni kedua-dua kolej kediaman itu menghadiri ceramah tersebut.

Mengulas lanjut, Prof Amir Hashim berkata: "Dalam perkara ini, saya tidak menafikan malam itu lampu ditutup. Saya tidak tahu yang tutup. Adakah pegawai saya atau pelajar (yang berbuat demikian). Kita akan siasat siapa yang menutupnya," katanya.

Mengenai tindakan universiti merujuk tiga mahasiswanya kepada jawatankuasa tatatertib universiti hari ini kerana membantah ceramah politik yang disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di majlis yang sama, Prof Amir Hashim berkata prosiding telah ditangguh ke tarikh baru.

Ketiga-tiga mahasiswa itu ialah Muhammad Saiful Farhan Mohamad Razi, Mohd Hidayatullah Masjud dan Ahmad Adam Samsudin.
Muhammad Saiful Farhan dan Mohd Hidayatullah adalah pelajar fakulti kejuruteraan mekanikal dan pembuatan. Manakala Ahmad Adam pula pelajar fakulti pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan.
Mereka didakwa membuat rakaman representasi video membantah ceramah tersebut, tanpa mendapat kebenaran daripada Naib Canselor Prof Datuk Dr Noh Dalimin. Video itu turut dimuat-naik dalam Youtube.

Prof Amir Hashim yang juga pengerusi jawatankuasa tatatertib itu berkata prosiding hari ini ditangguhkan kerana salah seorang anggota panel tidak dapat hadir.
"(Prosiding hari ini) kita tunda sebab korum tak cukup. Tarikh kita akan bincangkan semula. Salah seorang panel tak dapat hadir," katanya.

Katanya, panel tersebut dianggotai dua wakil fakulti mekanikal dan pembuatan serta seorang dari fakulti pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan.

Mengulas mengenai kehadiran timbalan menteri itu menyampaikan ceramah yang didakwa berbaur politik di program itu, Amir Hashim mengesahkan pihak universiti ada menjemput ketua penerangan Umno itu.

Bagaimanapun, tegas Prof Amir Hashim kandungan ucapan Ahmad yang didakwa berbaur politik itu adalah "luar kawalan" pihak universiti memandangkan beliau (Ahmad) merupakan ahli politik.

Prof Amir Hashim menjelaskan, pihaknya telahpun memaklumkan kepada Ahmad dan pegawainya supaya bercakap mengenai "kecemerlangan akademik" supaya pelajar mahu maju ke hadapan.

"Kita tidak tahu... (Bila) ahli politik bercakap kita tak boleh kawal. Jadi pada pandangan pelajar, ia (sudah) menimbulkan persepsi lain," katanya sambil menambah pihaknya tidak ada niat untuk memaksa pelajar datang ke program berkenaan.

Selasa, 27 Mac 2012

Siapa Nak Labur Modal Kalau Meniaga Asyik Rugi Saja?

bursa malaysia fgvh Bursa Malaysia : Senaraian IPO Felda Global  Ventures (FGVH). Nasib Peneroka Selepas Ini?

PAS dedah pelaburan FGVH di luar negara rugi

KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.

Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.

Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488.

"Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc (TRTH) dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.

"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 sesaham.

"Kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.

"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.

"RM235 bilion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?

"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya

Sumber-Harakah Daily

Selasa, 31 Januari 2012

Rasuah Terang-terangan Najib Menjelang PRU13

PRU 13 Akan Diadakan Jun 2012?


Oleh Shahbudin Husin
Meskipun Najib dan Muhyiddin kini sedang rancak turun ke negeri-negeri dalam siri program bertemu rakyat dan dalam masa yang sama desas-desus tarikh piliharaya umum masih menjadi teka-teki, gambaran yang jelas ialah Najib tidak akan berani membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat ini.

Najib dipercayai memerlukan masa beberapa bulan lagi untuk meyakinkan rakyat terhadap kerajaan BN yang dipimpinnya. Untuk itu, beliau dan timbalannya dipercayai akan mengadakan sekurang-kurangnya dua lagi pusingan untuk bertemu rakyat di setiap negeri sambil menghulurkan pelbagai jenis bantuan dan 'gula-gula'.

moral ahli umno jatuh bila Anwar dibebaskan

Ini berikutan dalam beberapa kunjungan beliau ke negeri-negeri ni sebelum, Najib dan Muhyiddin dikatakan mendapati sokongan rakyat yang diterima daripada rakyat belum benar-benar mantap selain persiapan jentera UMNO dan BN sendiri belum bersedia sepenuhnya.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar Ibrahim daripada kes liwat pada 9 Januari lalu juga ( meskipun pendakwa kemudian membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan) menyebabkan moral ahli-ahli UMNO kini berada di tahap sangat rendah. Ini tentunya memerlukan masa dan suntikan semangat untuk dipulihkan.

Dengan kemungkinan Najib dan Muhyiddin akan turun sekurang-kurangnya dua pusingan lagi ke negeri-negeri, barulah matlamat memulihkan moral, memantapkan lagi sokongan rakyat dan memperkemaskan jentera parti diyakini betul-betul dapat dilakukan.

Felda Global Venture

Selain itu modal paling besar bagi Najib untuk mempertaruhkan masa depan politiknya ialah dengan penyenaraian Felda Global Venture (FGV) di Bursa Saham. Najib, di sebalik adanya bantahan dan pertikaian terhadap langkah itu, tetap berkeras mahu menyenaraikan juga FGV dengan sedaya upaya meyakinkan para peneroka bahawa ia adalah suatu tindakan yang membawa keuntungan kepada masa depan mereka.

FGV akan mula disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada April tahun ini dan usaha ke arah itu kini sedang giat dilakukan.

Kerasnya hati Najib mahu menyenaraikan FGV sebenarnya ada kaitan dengan pilihanraya umum akan datang. Ini kerana didapati bahawa hampir 60 kerusi Parlimen sekarang ini mempunyai tanah rancangan Felda dan Najib benar-benar mahu menggunakan kedudukan itu sebagai sesuatu yang menguntungkan politiknya. Dengan menyenaraikan FGV di BSKL dan syarat wajib bahawa sekurang-kurangnya 25 peratus daripada sahamnya mesti dijual di pasaran terbuka, ia bermakna melalui penyenaraian itu Felda akan memperolehi banyak wang kerana FGV adalah sebuah syarikat yang besar dan menjadi perhatian ramai.

Adalah diyakini dengan wang yang diperolehi itu kemudiannya akan diagih-agihkan kepada peneroka sebagai keuntungan yag kononnya wajar mereka perolehi. Selain itu para peneroka juga akan diberikan saham yang bolah dijual bila-bila masa.

Jika mengikut jadual yang ditetapkan, FGV mula disenaraikan pada bulan April dan ini bermakna selewat-lewatnya sebulan selepas itu pengagihan "durian runtuh" kepada para peneroka akan dapat dilakukan.

Najib dalam hal ini benar-benar optimis bahawa dengan penyenaraian itu dan diikuti pula dengan perolehan wang yang akan masuk ke dalam kocek para peneroka, ia akan menyebabkan undi para peneroka akan tetap berpihak kepada BN. Dan kalaupun tidak semua, sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada hampir 60 kerusi Parlimen yang ada tanah rancangan Felda itu akan berpihak kepada BN.

Dengan sebelum ini Najib telah memberikan bantuan RM500 melalui BR1M, RM 100 untuk pelajar sekolah dan RM 200 baucer buku untuk pelajar universiti, durian runtuh daripada penyenaraian FGV ini adalah "gula-gula terbesar" kepada rakyat sebelum pilihanraya umum yag diyakini Najib mampu menjadikan terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Berdasarkan keadaan-keadaan ini, adalah munasabah bahawa pilihanraya umum akan diadakan selepas penyenaraian FGV itu dan masa yang sesuai adalah awal bulan Jun kerana cuti persekolahan penggal kedua selama dua minggu akan bermula pada 28 Mei.

Sama-samalah kita tunggu!

PS : Peneroka dapat duit alhamdulillah, tapi undilah PR untuk masa depan anak cucu yang lebih adil, dah lama dah BN memerintah, habis semua nanti mereka kebas...

Rabu, 18 Januari 2012

Felda Musuhi Peneroka Guna Polis Bantuan










Felda guna polis bantuan halang Anak ke Perasu

GUA MUSANG, 18 Jan: Peneroka di Felda Perasu dekat sini terkejut apabila melihat ramai anggota polis bantuan Felda dikerah berkawal di rancangan kemajuan tanah (RKT) terbabit.
Mereka mendakwa sejak kelmarin anggota polis bantuan terbabit dilihat berada di kawasan tersebut.

Malah kata peneroka ramai anggota polis bantuan berkenaan didatangkan khas dari Felda Kechau di Pahang bagi membantu anggota sedia ada di kawasan itu.

“Saya melihat ada lima kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki anggota polis bantuan terbabit termasuk yang mempunyai anjing pengesan.

“Seolah-olah rusuhan akan berlaku di sini,” kata sekumpulan peneroka ketika ditemui di sebuah kedai kopi di Felda Perasu petang semalam.

Rupa-rupanya tambahan anggota polis bantuan Felda didatangkan khas ke Felda Perasu bagi menghalang Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengadakan pertemuan dengan peneroka di kawasan itu.

Dua laluan utama ke Felda Perasu dikawal ketat oleh anggota polis bantuan Felda. Setiap kenderaan yang memasuki kawasan itu disekat dan menanyakan apa tujuan kedatangan mereka.

Lebih aneh lagi program Anak bersama peneroka Perasu sudah mendapat kelulusan polis melalui permit yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah.
Bagaimanapun hasil rundingan Pengerusi Badan Bertindak Pewaris Bumi Wilayah Kesedar (Waris), Hamdan Jusoh dan Penyelia Parlimen Gua Musang, Abdullah Hussin serta peneroka hanya beberapa kenderaan termasuk dinaiki Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dibenarkan masuk.

Sekatan tersebut menyebabkan perjumpaan dengan peneroka dan jamuan laksa yang sepatutnya diadakan jam 3 petang terlewat.
“Saya tidak pasti apa sebenarnya laporan dihantar pihak pengurusan Felda Perasu kepada pihak atasan sehingga dikerah begitu ramai anggota polis bantuan ke sini.

“Tidak pernah berlaku lagi kawalan yang begitu ketat dibuat, seolah-olah akan berlaku rusuhan di sini,” kata seorang peneroka yang enggan mendedahkan identitinya.

Mazlan berkata, beliau bersama rombongan Anak dan Waris datang sekadar untuk bertemu mata dengan peneroka bagi menyelami masalah dihadapi mereka.

Lagi pun kata beliau, perjumpaan itu mendapat kebenaran pihak polis melalui permit yang dikeluarkan, namun Felda pula cuba menghalangnya.

“Saya datang ke sini dijemput peneroka tempatan bagi berbincang dengan mereka. Ia tidak lebih daripada itu,” ujarnya.

Beliau juga mencadangkan kerajaan Kelantan mewujudkan pasukan khas (task force) yang diseliakan anggota Exco berkaitan Felda dan Kesedar.

Menurutnya pasukan khas seperti itu sudah diwujudkan di Selangor dipengerusikan seorang anggota Exco berperanan menangani masalah yang dihadapi peneroka Felda.

Kedatangan Mazlan dan rombongan Anak juga dikecam melalui beberapa sepanduk yang digantung di kawasan Felda terbabit dipercayai didalangi pihak tertentu.

Rabu, 21 Disember 2011

Mahasiswa Desak Felda Tarik Balik FGVH

Kemelut yang berlaku di dalam Federal Land Development Authority (FELDA) sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Makin banyak pendedahan tentang penyelewengan yang berlaku khususnya yang menjadi mangsa adalah warga peneroka. Isu penyelewengan gred sawit, bantuan penanaman semula dan pelbagai lagi isu yang tidak diselesaikan hingga membawa kepada perbicaraan di mahkamah. Mahasiswa cukup dekat dan prihatin dengan isu yang membelenggu warga FELDA, kerana mereka merupakan warga dan rakyat yang mencari hak dan keperluan hidup di tanah air mereka sendiri.

Isu yang melibatkan lebih 112,000 buah keluarga FELDA ini sangat mencuri tumpuan dan menagih simpati setiap inci rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang ideologi politik. Pengumuman yang dibuat oleh Najib Abdul Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 lalu untuk menyenaraikan FELDA Global Venture Holding Sdn. Bhd. (FGVHSB) sebuah anak syarikat milik penuh FELDA dalam Bursa Saham Malaysia baru-baru ini cukup merunsing kita. Cadangan ini secara langsung telah menggantikan hasrat Mahathir yang dibatalkan ekoran daripada bantahan peneroka FELDA pada tahun 2004 untuk menyenaraikan Felda Holding Berhad.

Kita melihat bahawa akan berlaku kesan manopoli dan wujudnya ruang untuk kapitalisme berleluasa. Apabila syarikat utama ini disenaraikan dalam bursa saham, ia bakal memperjudikan lebih 800,000 hektar tanah peneroka di seluruh Negara yang diuruskan oleh FELDA Global Venture Bhd. Tanah yang disebutkan ini sepatutnya menjadi hak milik rakyat yang bekerja untuk membangunkannya dan bukan untuk digadai kepada golongan kapitalis.

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) merasakan ada agenda yang tidak baik di atas cadangan penyenaraian syarikat berkenaan dalam Bursa Saham yang dijangka dibuat pada pertengahan tahun hadapan. Kita risau dan bimbangkan nasib peneroka dan generasi baru FELDA, di mana mereka ingin lari dan tinggal jika tanah mereka digadaikan di pasaran terbuka berkenaan. Apa yang cukup menyedihkan kita juga ialah, maklumat sebegini sengaja tidak disampaikan kepada seluruh warga peneroka menyebabkan ada yang masih tidak sedar akan hal ini.

Agenda yang tidak baik itu juga makin jelas bila keluarnya arahan bercuti keluar negara ke atas Pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF), Dzulkifli Abd Wahab yang telah berkhidmat selama 35 tahun oleh Perdana Menteri. KPF yang sebelum ini sangat cemerlang dengan integriti dan kemampuan memacu industri pertanian dan dapat menambahkan pendapatan Negara dibawah kepimpinan Dzulkifli dipercayai juga timbul usaha untuk menggantikan tempat beliau oleh individu yang bukan ahli.

KPF secara langsung melanggar undang-undang tubuh KPF itu sendiri. Ini sangat meragukan kita kerana ia seolah-olah dirancang bertepatan pula dengan pencapaian KPF yang cukup membanggakan juga dalam keadaan FELDA bakal digadaikan dengan pelbagai rancangan dan program yang akan dilaksanakan.

Mahasiswa dengan tegas mendesak agar ditarik balik cadangan penyenaraian FGVHSB di Bursa Saham Malaysia dengan kajian serta kesan mendatang secara terperinci. Kita juga mendesak supaya sebarang penyelewengan terhadap peneroka diperbetulkan dan dijalankan secara telus khusunya dalam soal potongan tabungan penanaman semula serta nilaian Grad hasil Sawit dan Getah. Pihak bertanggungjawab juga mesti memberikan penjelasan sekiranya benar berlaku penipuan melalui campuran pasir ke dalam Baja yang diimport dari German kepada peneroka sehingga membawa kesan kepada hasil tanaman. Masa depan generasi baru FELDA bergantung kepada bagaimana kita mempertahankan tanah-tanah yang dimiliki hari ini daripada agenda jahat yang bakal menghancurkan tempat tinggal kita pada masa hadapan.

*Kenyataan media oleh Akram Ikrami bin Taib Azamudden (gambar kanan) selaku Presiden GAMIS.

Ahad, 11 Disember 2011

Krisis Pengurusan Tertinggi Felda (Arahan Cuti 8 Bulan)


MalaysianInsider melaporkan:
GOMBAK, 11 Dis ? Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) mahu mengadakan protes besar-besaran, dijangka awal bulan depan, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menarik balik surat yang mengarahkan Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab bercuti selama lapan bulan.

Pengerusinya Mazlan Aliman (gambar) berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada Najib pada 20 Disember ini, menggesa agar proses penyenaraian Felda dibatalkan, selain menarik balik surat arahan bercuti yang dikeluarkan ke atas Dzulkifli, Jumaat lalu.

The Malaysian Insider difahamkan surat itu berkuat kuasa akhir bulan lalu.

“Kami akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dan meminta beliau mengambil tindakan-tindakan ini.

“Dan, jika tidak ada apa-apa kemajuan, kami akan menggerakkan perhimpunan besar-besar seperti yang diadakan sebelum ini,” kata beliau dengan merujuk kepada perhimpunan menentang dasar PPSMI dua tahun lalu dan Bersih 2.0 Julai tahun ini. - TMI .
Semalan Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Kemelut dalaman pengurusan tertinggi Felda dilihat semakin krtikal selepas pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa melalui 'pintu belakang'.
Terbaru, Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Wahab dikhabarkan menerima surat arahan bercuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama sembilan bulan.

Presiden Anak, Mazlan Aliman memberitahu, menurut sumber daripada Felda sendiri, Zulkifli menerima surat arahan bercuti itu daripada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri semalam.

Arahan itu dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Isa, 21 November lalu, meminta beliau mengeluarkan arahan tersebut dengan alasan memberi peluang kepada Zulkifli menyambung pengajian.

Arahan itu berkuatkuasa 25 November lalu sehingga Ogos tahun hadapan.

"Datuk Zulkifli sekarang tidak dibenarkan memasuki pejabat," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mazlan, beliau yakin arahan itu atas pengaruh Isa yang tidak senang dengan Zulkifli kerana mempunyai pandangan berbeza mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

"Datuk Zul mempunyai pandangan terbuka terhadap cadangan penyenaraian yang meliibatkan aset warga Felda kerana beliau sangat faham kerana mula berkhidmat dari bawah. - Hrkh .
Sebelum ni aku ada buat posting bertajuk "Felda bakal jadi jerangkap samar untuk Umno BN pada PRU13?". Nampak gayanya perkembangan terkini kali ni lebih hebat lagi.

Kalau hari tu Ketua Peneroka Felda Kebangsaan dihina kali ni lebih hebat lagi, Pengarah Besar Felda pulak dihina.

Kalau sebelum ni, ketua peneroka tu di hina oleh Isa Samad, kali ni lebih hebat lagi, katanya Najib sendiri yang arahkan supaya Pengarah Besar Felda tu bercuti. Khabar anginnya arahan cuti tu pasai banyak tindakan Pengarah Besar Felda tu yang tak setentang dengan Isa Samad. Maksudnya Najib gunakan kuasa dia untuk lindungi kepentingan isa Samad di Felda dan membelakangkan kepentingan peneroka Felda.

Aku yakin perkembangan terbaru ni akan lebih buka mata ramai warga peneroka Felda.

Jangan heran kalau PRU13 nanti berlaku Tsunami kecil di kawasan-kawasan Felda. Kalau sebelum ni Felda boleh dianggap kawasan hitam untuk pembangkang tapi untuk PRU13 nanti tak mustahil keadaan boleh berubah, tak mustahil boleh jadi 'terpaling hanjab'.

Dengan perkembangan teknologi media baru yang cukup hebat sekarang ni, tentu warga Felda lebih terdedah kepada maklumat alternatif. Kalau genesari pertana Felda mungkin masih lagi ada berasaan terhutang budi dengan Umno tapi generasi kedua dan ketiga yang semakin ramai yang boleh mengundi mungkin langsung tak rasa macam tu. Generasi kedua dan ketiga ni memang takdak masalah langsung untuk undi calon selain Umno.

Dengan 2 perkembangan terkini ni tak mustahil generasi pertama juga akan ramai yang akan berpaling tadah mengundi calon lain.

Selain tu Malaysiakini pula melaporkan:
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menasihatkan peneroka Felda agar mengabaikan surat layang daripada pihak tertentu yang mendakwa mereka akan kehilangan aset dan insentif yang diterima ketika ini, apabila Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia tahun depan.

Katanya, usaha kerajaan untuk menyenaraian FGVH di pasaran utama Bursa Malaysia itu merupakan transformasi fasa ke empat Felda yang menguntungkan golongan peneroka dan generasinya.

"Ini adalah kerja jahat pihak pembangkang berhubung surat layang ini, Felda tak akan buat sesuatu yang negatif, merosakkan serta merugikan peneroka dan generasinya," katanya kepada pemberita, di Melaka hari ini. - Mkini

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/12/tsunami-kecil-bakal-landa-kawasan-felda.html#ixzz1gFo03h5c

Jumaat, 9 Disember 2011

Peneroka Kahang Barat, Kahang Timur, Ulu Dengar Bangkit

Peneroka-Peneroka Felda Kahang Barat tubuh Jawatankuasa Bertindak untuk saman Felda

Lihatlah runtuhan batu-bata konkrit dibawah air hujan.
Dibawah runtuhan batu bata yang ditimbusi tanah inilah mayat Kak Yah dijumpai.
Saya bersama Sdr Salim Abdul Aziz, iaitu tuan rumah tempat saya dan isteri, Taminyin Paiman dan Siti Khalijah Hj Mohamad menginap selepas Majlis Dialog di Balai Raya Felda Kemahang Barat.
Dari kiri: Siti Khalijah, Rebin Birham, Haji Suhaimi, Sdr Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan Sdr Zabidie Abas.
Wak Rabidin Kasmawi sedang memberikan pandangan dan pengalamanya sebagai seorang peneroka Felda
Hadirin yang memenuhi Balai Raya Felda Kemahang Barat
Siti Khalijah, Rebin Birham, Suhaimi Said, Sdr Mohd Shah

Saya dan isteri bertolak dari Temerloh untuk pergi ke Felda Kemahang Barat jam 1.00 tengah hari, Wak Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin bersama-sama Sdr Rahim (bekas calon Parti S.46 DUN Muadzam Shah) menunggu kami di R&R Muadzam.

Sesampai di R&R Muadzam saya mengambil nasi kurang dari 1/4 pinggan, untuk beberapa suap sahaja, kerana saya masih belum berselera untuk makan. Saya ambil seekor udang dan seekor sotong.

Selepas makan perut saya mula memulas. Saya "melepas" dulu di tandas di R&R Muadzam. Wah lega rasanya.

Kemudian kami bertolak menuju Tanjung Gemuk, disana Sdr Nordin, Timbalan Ketua PKR Cabang Rompin sedang menunggu untuk ikut serta ke Kahang Barat. Tetapi perut saya mula buat hal sekali lagi.

Saya melepas sekali lagi di tandas Masjid Tanjung Gemuk, dan kemudian solat Zohor-Asar jamak. Selepas Solat perut saya meragam lagi, maka terpaksa pergi ke tandas sekali lagi.

Di pekan Endau, saya pergi ke Kedai Obatan Cina dan membeli 4 paket Teck-On, towkay kedai itu kata, kalau perut tidak selesa dalam keadaan berat, boleh ambil 2 paket sekali gus. Maka saya makanlah dua paket sekali gus.

Setelah itu, kami bertolak menuju Nitar 2 kerana disana Rahman Kaimi dan 2 orang lagi rakan mahu konvoi bersama kami ke Kahang Barat.

10 minit meninggalkan Endau, Sdr Zabidie menalipon saya melalui handset Kak Hendon, dia kata: "Haji, awak dah tertinggal hand phone kat kedai obat." Mana Zabidie tau ya? Saya tengok memang handphone saya tidak ada dan saya berpatah balik ke Pekan Endau dan bila sampai ke Kedai Obat tu, towkay kedai itu tersengih memandang saya, "Hah..awak tertinggal handphone, ya?" dan dia serahkan handphone itu kepada saya.

Sementara itu Wak Rabidin dan Cik Nordin meneruskan perjalanan ke Mersing. Rupa-rupanya dia menunggu kami di tepi jalan lebih kurang 5 batu lagi dari Mersing.

Saya talipon kepada Zabidie bertanya dia dimana dia tahu handphone saya tertinggal. Dia kata, dia talipon saya tapi yang jawab ialah seorang Cina dan Cina itu katakan bahawa tuan handphone itu tertinggal di kedainya.

Setelah bertemu semula dengan Wak Rabidin, kami meneruskan perjalanan kami ke Nitar 2, dan di sebuah warong di Nitar 2, Rahman sudah sedia menunggu.

Oleh kerana warong itu terlalu ramai, Rahman bawa kami ke warong yang di hadapan. Disana Sdr Roslan dan seorang lagi dari Nitar 2 menyertai kami.

Setelah ahli rombongan kami mengambil sedikit makanan, kami bersedia untuk berangkat ke Kahang Barat. Saya tak berani nak makan apa-apa takut purging lagi.

Rupa-rupanya, walaupun tak makan apa-apa, saya purging lagi, terus saya pergi ke Setesyen Minyak yang berdekatan dan melepas sekali lagi. Tidak ada apa-apa yang keluar kecuali air sahaja. Saya betul-betul tak selesa dengan perut yang meragam begitu.

Sementara itu Sdr Rebin Birham bertolak dari Kuala Lumpur melalui Highway menuju Kluang, dan dari Kluang ke Kahang Barat.

Didalam perjalanan ke Kahang Barat hujan turun tidak berhenti dengan lebatnya, saya betul-betul takut berada di jalanraya. Tak nampak dihadapan, dan di dalam perjalanan itu ada tempat-tempat sudah dinaiki air, banjir kilat.

Kami sampai ke Kahang Barat jam lelbihkurang 8.30 malam. Saya terus pergi ke Masjid, disana saya purging lagi. Kemudian kami pergi ke Balai Raya Kahang Barat yang terletak dihadapan klinik. Didalam hati saya berkata, "Bagus betul pengurus Kahang Barat ni membenarkan PKR mengadakan perjumpaan di Balai Raya." Rupa-rupanya dia tidak tahu akan tujuan perjumpaan itu, kalaulah dia tahu sudah pasti dia tidak benarkan.

Sampai di Balai Raya itu, saya sekali lagi purging, dan melepas didalam tandas di Balai Raya itu. Sepanjang dialog itu saya berasa amat tidak selesa dengan keadaan saya itu. Saya tidak seperti biasa, saya duduk diam-diam sahaja dan hanya bercakap apabila giliran saya untuk bercakap. Alhamdulillah, semasa saya berucap itu, perut saya macam "reti bahasa" dia tidak pruging.

Majlis ucapan dan dialog itu tamat lebih kurang 11.30 malam. Semasa itu Kak Hendon sudah mendapat berita dari Felda Jengka 22 bahawa seorang AJK PKR Wanita Cabang Kuala Krau, Pn Kamariah yang dikenali dengan Kak Yah baru meninggal dunia jam 10.00 malam.

Sdr Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Kahang Barat memberitahu bahawa lebih dari 300 orang peneroka di rancangan itu sudah bersetuju untuk menyaman Felda diatas isu perahan KPG yang telah dimanipulasikan oleh Felda.

Saya beritahu kepada Kak Hendon bahawa "Kita kena balik jugak, supaya sempat solat jenazah dan pengkebumian jenazah". Tetapi saya sendiri tidak berupaya untuk memandu kereta. Saya sangat lemah. Kak Hendon juga tidak berupaya kerana dia pun demam juga.

Sdr Salim Abdul Aziz menawarkan supaya kami tidur di rumahnya di Kahang Barat dan balik ke Temerloh pagi-pagi esuk.

Pagi ini, saya dan Kak Hendon meninggalkan Kahang Barat jam lebihkurang 8.00 pagi; jam 10.30 pagi kami sudah berada di Pekan Rompin, kami singgah untuk "perkena kopi tarik dan roti canai telur."

Kemudian kami meneruskan perjalan ke Felda Jengka 22 melalui Jalan ke Chini, dan melalui Jalan Kg Belimbing menuju Sri Jaya. Dari Sri Jaya kami ambil Highway Pantai Timur ke TOL Chenor, dan keluar dari Tol Chenor menuju ke Felda Jengka 22. Sebelum sampai ke TOL Chenor, kami menerima satu lagi perkhabaran sedih, seroang lagi di Jengka 22 meninggal dunia iaitu nenek kepada Sdr Fuad, seorang Pemuda yang aktif didalam AMK Kuala Krau.

Kami sampai di Felda Jengka 22 jam lebih kurang 2.00 petang. Kak Yah sudah di kebumikan, dan di rumahnya itu, Sdr Ibrahim, suami Kak Yah menunjukkan tempat kejadian dimana Kak Yah meninggal dunia.

Kata Ibrahim: "Pada masa itu hujan sangat lebat, saya berada diluar dan Yah tinggal seorang sahaja di rumah. Apabila saya balik ke rumah jam 10.00 malam, saya tidak berjumpa Kak Yah didalam rumah dan saya laung tetapi tidak ada jawapan. Saya menjangka Yah berada di rumah jiran kerana malam tadi hujan sangat lebat, tetapi dia tidak ada di rumah jiran. Saya cari dia di belakang rumah.

Saya lihat benteng batu-bata di belakang rumah runtuh dibawa air deras. Hati saya sudah tidak sedap, saya mula mengaut tanah-tanah yang menimbusi kawasan belakang rumah saya, tiba-tiba saya ternampak dua kaki, saya terus mengaut tanah-tanah itu, rupa-rupanya Yah telah tertimbus oleh tanah dibawah dua kepingan batu simen yang berat. Yah sudah tidak ada..dengan pertolongan jiran-jiran dapat saya mengeluarkan Yah."

Begitulah diceritakan oleh Ibrahim dengan linangan air mata.

Pemergian Yah ini memang tidak disangka-sangka. Baru hari Ahad lepas beliau menghadiri Mesyuarat bersama Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau dan sayap wanitanya.

Kak Hendon cukup teperanjat dengan pemergian Kak Yah, mereka sangat akrab. Semasa berada di DUN Jepak. Sarawak, Kak Yah berkempen bersama Kak Hendon di DUN itu di kawasan-kawasan Rumah Panjang. Semasa Kursus di Hulu Selangor anjuran Task Force Felda Selangor, Kak Yah juga turut hadir dan begitu juga semasa kursus Pilihanraya yang diadakan di Kelantan.

Kita merancang tetapi perancangan Allahlah yang mengatasi segala-galanya. Inna Lillah wainna Ilaihi Roji'un.

Selepas di rumah Yah, kami pergi pula ke rumah nenek Sdr Fuad, jenazahnya akan disempurnakan selepas solat Asar.

Setelah itu saya dan Kak Hendon kembali ke Kg Batu 4, Jalan Maran untuk menunggu panggilan talipon dari pejabat saya mengenai kematian ayah kepada Siti, iaitu peguam yang berkhidmat di pejabat saya di Temerloh. Dia meninggal di Bentong kerana kemalangan jalanraya. Tidak tahu samada jenazahnya akan disempurnakan di Temerloh atau Bentong kerana ayah kepada Siti menetap di Bentong.

Sehingga coretan ini ditulis, saya belum mendapat khabar berita dimanakah pengkebumian akan dilangsungkan.

Sementara itu saya balik ke rumah, berehat seketika kerana amat keletihan dengan perut yang tidak selesa dan saya sudah tidak makan nasi untuk beberapa hari kecuali di R&R Muadam itu saya mengambil sedikit nasi kerana amat terliur melihatkan udang dan sotong, dan kemungkinannya perut saya masih tidak boleh menerima makanan yang "kaya dan heavy" begitu.

Selasa, 22 November 2011

Benteng Umno di Felda dah bolos










Pakatan Rakyat Berjaya Tembusi Kubu Kuat Umno Di Felda


JEMPOL 22 Nov: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat kini semakin bertapak kukuh di pedalaman khasnya kawasan Felda yang sebelum ini dianggap kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

Dalam satu program ceramah di Gugusan Felda Palong di sini malam tadi, Anwar berkata, ia memberikan isyarat bahawa Pakatan Rakyat kini semakin hampir ke Putrajaya dan bakal menyingkirkan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Ceramah berkenaan yang diadakan di Felda Palong 6, berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka dari Gugusan Felda Palong.

Dalam ucapannya, Anwar melahirkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa dan kehadiran ribuan peneroka Felda di kawasan berkenaan yang menandakan bahawa kubu kuat Umno di Negeri Sembilan itu telah berjaya ditembusi Pakatan Rakyat.

“Saudara dan saudari pada malam ini berjaya membuktikan bahawa akhirnya antara kubu Umno yang terkuat di Negeri Sembilan berjaya juga ditembusi.

“Saya percaya kebangkitan warga peneroka pada malam ini khususnya anak muda akan memberikan kemenangan kepada calon PR di Palong, Jeram Padang, Serting dan Jempol,” katanya di hadapan kira-kira 2,000 peneroka Felda dari Gugusan Felda Palong.

Anwar dalam ucapan lebih sejam mengingatkan Umno-BN terhadap penyelewengan yang dilakukan Felda dan kegagalan parti itu membela nasib peneroka.

Felda kini berdepan saman dari ribuan peneroka dari Negeri Sembilan, Kelantan, Johor dan Pahang ekoran penyelewengan yang dilakukan agensi itu terhadap hasil pendapatan peneroka.
“Nasihat saya kepada Umno, jangan berdendam, jangan balas dendam, jangan hukum orang apabila menyedari sokongan warga Felda kini mula berpihak kepada PR.

“Anda (Umno) harus persalahkan diri anda sendiri kerana gagal membela nasib warga peneroka Felda,” kata Anwar dan disambut dengan sorakan gamat daripada para hadirin.

Dalam program berkenaan Anwar turut menerima penyerahan borang kemasukan seramai 412 ahli baru KEADILAN dari Ranting Felda Palong 6; 105 ahli dari Ranting Felda Palong 4 dan 257 ahli dari Ranting Felda Palong 2.

Untuk rekod Gugusan Felda Palong mempunyai 16 Tanah Rancangan Felda bermula dari Felda Palong 1 dan berakhir dengan Felda Palong 16.

Beliau juga menyempurnakan pemberian Geran ‘Pengisytiharan Tanah Berkelompok Persendirian’ kepada 32 peneroka Felda Palong 8 yang mengusahakan penanaman semula getah dan kelapa sawit secara persendirian dan bukan melalui Felda.

Ketua Pembangkang itu turut menerima kemasukan 80 peneroka Felda Palong 8 yang menyerahkan Borang Permohonan Peneroka Generasi Baru.Keadilandaily

Selasa, 15 November 2011

Peneroka, Kerajaan Negeri bakal disembelih Felda

Penyenaraian FGVH: 360,000 hektar tanah dikorban

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan membuktikan dakwaannya bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia tidak akan menjejaskan aset peneroka Felda.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihaknya mempunyai bukti bahawa penyenaraian itu akan menyebabkan 360,000 hektar tanah akan dicagar kepada FGVH bermula Januari tahun hadapan.

Ahad lalu, Ahmad turut mengakui kemungkinan tindakan itu akan dilakukan.

"Saya mencabar beliau (Ahmad Maslan) sebagai menteri yang bertanggungjawab, tolong nafikan sebab kita ada bukti bahawa antara aset yang dikorbankan ialah tanah Felda Plantation seluas 360,000 hektar," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Membidas kenyataan Ahmad bahawa "kerajaan tidak akan menyentuh walau segenggam pun tanah peneroka", Mazlan berkata, jika benar jaminan tersebut, kerajaan tidak perlu mencagarkan tanah Felda Plantation yang dibangunkan menggunakan modal daripada peneroka sendiri.

"Kalau kata tidak terjejas, kenapa tanah Felda Plantation ini yang modal pembangunan untuk membangunkan tanah datang daripada peneroka tiba-tiba ingin dipajakkan kepada FGVH?

"Bayangkan pendapatan daripada tanah ini tidak kurang daripada RM2,000 juta setahun tiba-tiba nilai pajakan hanya RM251 juta, ertinya Felda kehilangan lebih kurang 80 peratus daripada pendapatan sebenar daripada tanah ini," jelas beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Selain itu, Mazlan turut mempertikai keputusan untuk mencagarkan tanah itu sedangkan beberapa negeri tidak memberikan hak kepada kerajaan Persekutuan.

"Bagaimana pula dengan isu membabitkan kerajaan negeri kerana difahamkan FGVH tidak mendapat hak milik (tanah) daripada kerajaan negeri termasuk Terengganu dan beberapa negeri lain," katanya.

Keputusan untuk mencagarkan tanah itu juga dibuat dalam mesyuarat tanpa keehadiran Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab yang mengerjakan umrah ketika itu.

Serah bantahan kepada PM

Sementara itu, Mazlan Aliman memberitahu, pihaknya akan menyerahkan bantahan rasmi terhadap pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi Koperasi Felda (KPF) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 20 Disember depan.
Kempen Bantah Isa Samad yang bermula awal Oktober lalu telah mengumpul tandatangan peneroka di seluruh negara bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap Isa yang didakwa dilantik sebagai Pengerusi Felda melaui pintu belakang.

Isa juga didakwa tidak sah menjadi Pengerusi KPF kerana beliau bukan peneroka atau ahli keluarga peneroka.

Sedangkan menurut Undang-Undang Kecil Felda, untuk menjadi Pengerusi KPF, seseorang itu mestilah seorang peneroka, kakitangan Felda atau anak peneroka.

"Kita akan serahkan bantahan kepada Perdana Menteri meminta beliau segera menghentikankontrak Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan kita juga minta penyenaraian FFGVH dibatalkan," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, masing-masing Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Pokok Sena

Rabu, 17 Ogos 2011

Felda kalah lagi


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman fitnah RM200 juta yang dikemukakan oleh Felda ke atas seorang bekas timbalan menteri Datuk Dr Tan Kee Kwong (kanan), yang sekarang menaggotai PKR.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof berkata walaupun beliau berpendapat artikel berkenaan berbaur hasutan, Felda gagal membuktikan bahawa Tan yang membuat kenyataan itu.

Katanya, Felda telah gagal memanggil wartawan yang menulis artikel berkenaan.

"Berikutan ini, kes ditolak dengan kos,” katanya.

Hakim Zabariah mengarahkan kos sebanyak RM70,000 kepada Tan, meskipun peguamnya Razlan Hadri Zulkifli dan Ho Kok Yew meminta RM100,000.

Tan yang menitiskan air mata kegembiraan kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada hakim dan berkata tindakan itu tidak akan membantutkan usahanya memperjuangan keadilan dan kebenaran.

Pada 25 Januari lalu, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd menyaman Tan berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Kontroversi' yang didakwa memfitnah mereka.

Dan artikel lanjutan di muka tiga di bawah tajuk 'Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu'.

Mereka mendakwa artikel itu telah memfitnah mereka kerana kata-kata tersebut memberi makna tersirat bahawa pemerolehan dan pembinaan Menara Felda di Segitiga Emas di sini adalah untuk faedah kroni.

Jumaat, 29 Julai 2011

Felda Gagal Usir Peneroka - Mahkamah







Kisah menyayat hati peneroka Felda di N.Sembilan

Oleh: amkns


"SEREMBAN 28 Julai 2011 : Penderitaan seorang peneroka dari Felda Palong 9 sejak 13 April tahun lalu berakhir apabila Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Zulkifli Bakar memutuskan saman pemula yang dikemukakan oleh Felda untuk menyingkirkan seorang peneroka Che Hashim Che Long ditolak dengan kos sebanyak RM5,000.

Menurut peguam T. Kumar yang juga Naib Ketua Keadilan Jempol yang mewakili Che Hashim, alasan Felda untuk menyingkirkan Che Hashim ialah kerana anak Che Hashim telah mencederakan Pengurus Felda Palong 9 dalam satu pertengkaran di dalam kebun Che Hashim berhubung penjualan hasil getah di kebun tersebut.

“Justeru itu Felda menguatkuasakan perintah tersebut dimahkamah.Walau bagaimanapun hakim memutuskan untuk menolak saman pemula dengan kos RM5,000 atas alasan perintah yang dikeluarkan untuk menyingkir Che Hashim tidak mematuhi seksyen 22 Akta GSA 1960 dan Felda tidak boleh menggunakan Aku Janji sebagai asas pengusiran.
“Selain daripada itu Felda juga gagal mengemukakan notis kepada defendan (Che Hashim) sebelum perintah pengusiran dikeluarkan dan ini menafikan hak-hak defendan di bawah prinsip Undang-Undang Semulajadi”, kata Kumar yang juga Timbalan Setiausaha Agung Keadilan.

Sementara itu suasana hiba menyelubungi di luar mahkamah selepas hakim mengumumkan keputusan tersebut apabila Che Hashim yang tidak dapat menahan perasaan beliau apabila menangis secara terbuka dan memeluk isteri beliau Mazilah Mahat dan sahabat yang datang menyokong beliau.

Beberapa sahabat Che Hashim juga kelihatan tidak mampu menahan kesedihan dan kelihatan turut menangis dan sebak. Apabila ditemui Suara Keadilan, Che Hashim berkata sebenarnya penderitaan beliau bermula sejak Oktober 2000 apabila pengurusan Felda Palong 9 enggan menerima hasil getah beliau dan pada ketika itu sendiri pengurusan Felda cuba mengusir beliau atas alasan beliau tidak menetap di Felda Palong 9.

“Tetapi sebenarnya saya bekerja di luar Felda dan berulang alik ke rumah di Felda Palong 9 dan pada awal 2007 barulah mereka (Felda) menerima balik hasil saya. “Selepas itu sedia maklum pada 13 April tahun lalu, Felda mengeluarkan perintah mengusir dan saya melalui kesukaran hidup dan trauma yang amat sangat kerana tindakan Felda ini. Alhamdullillah penderitaan saya dan isteri bersama anak-anak kami berkahir pada hari ini. Saya amat berterima kasih kepada barisan peguam yang mempertahankan hak saya pada hari ini”, kata Che Hashim sambil mengesat air mata.

Rabu, 15 Jun 2011

Kes gred perahan felda kalah, kes taman semula felda kecundang lagi

Peneroka dan pasukan peguam gembira dan bersyukur

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 menerima berita gembira hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada mereka.

Kes tersebut difailkan peneroka yang gagal mendapat semula wang caruman mereka di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda melalui peguam Wan Rohaimi Wan Daud.

Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Mohd Azman Husin jam dan mengarahkan wang tabung tersebut ditaksirkan.

Menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sejumlah RM1.2 juta itu dikira daripada caruman pokok peneroka termasuk caruman yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun.

Manakala dividennya juga dikira dalam tempoh 20 tahun itu.

Mazlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat menggembirakan peneroka dan membuktikan perjuangan mereka menuntut keadilan semakin mendapat perhatian.

"Ini satu keputusan yang menggembirakan yang ditunggu-tunggu selama ini dan mengulang kes yang sama yang dibawa peguam Hanipa Maidin dalam kes saman peneroka Sungai Koyan terhadap Felda sebelum ini dan ini kemenangan buat kesekian kalinya.

"Ini menandakan bahawa perjuangan warga felda mendapat tempat dan kebenaran akhirnya memihak kepada peneroka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ogos tahun lalu, seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan, menerima ganti rugi berjumlah RM11 juta dari Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit.

Mazlan juga berkata, kemenangan kali ini sangat penting untuk menyuntik semangat peneroka agar terus berjuang menuntut hak mereka.

"Ini satu keputusan yang penting kerana melibatkan lebih kurang 10 ribu lagi peneroka yang tidak mendapat wang tanam semula dan ada kesnya yang sedang dibicarakan," katanya.

Mazlan turut memberitahu, lebih kurang 700 peneroka dari sekitar Felda Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh berhubung kadar perahan gred (kpg) sawit yang diterima mereka begitu rendah.

"Kes ini akan diketuai peguam Sivarasa Rasiah," katanya.

Sekretariat Task Force Felda

Sementara itu Mazlan turut memaklumkan bahawa satu diskusi mengenai akta penempatan berkelompok (GSA) 1960 berlangsung di Bangunan SUK Selangor hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Diskusi tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Task Force Felda yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor.

"Ahli panel terdiri daripada para peguam yang membentang dan menghurai tentang GSA dari sudut kelemahan,kepincangan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melakukan penambah baikan terhadap felda ini termasuk keadilan akta ini kepada peneroka," katanya.

Beliau berkata, hasil diskusi tersebut, mereka bersetuju untuk memperincikan semua kelemahan yang terdapat dalam GSA ini agar dilakukan semakan semula supaya dapat memberi keadilan kepada pemilik tanah.

Mazlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa task forc

Khamis, 9 Jun 2011

Peneroka menang, Felda kalah lagi (video)

TVSelangor09 08062011 Peneroka Felda Palong 9 Dibenar Lantik Syarikat Ko...
Peneroka Felda N.Sembilan menang kes mahkamah lagi
Posted on Wednesday, June 08 @ 06:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Oleh: amkns

"Keadilan Daily 8 Jun 2011, JEMPOL: Seramai 36 peneroka dari Felda Palong 9 dekat sini berjaya menghalang permohonan injunksi kontraktor lantikan Felda untuk kerja penebangan dan membeli pokok getah di tanah mereka. Peneroka tersebut memfailkan afidavit balas di Mahkamah Tinggi Seremban Januari lalu untuk mencabar permohonan injunksi berkenaan.



Menurut Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Berham, keputusan oleh Hakim Datuk Zulkifli Bakar itu semalam sangat bermakna dan bersejarah bagi semua peneroka di seluruh negara yang berjuang menuntut keadilan dan hak mereka yang ditindas selama ini.

“Felda yang bersikap angkuh dan sombong telah menafikan hak peneroka sebagai tuan tanah dan pemilik kayu getah untuk mengurus dan menjual kayu getah secara sendiri atau berkelompok (tidak melalui felda).

“Sikap felda yang tidak membenarkan peneroka berurusniaga atau menjual kayu sendiri menunjukkan tindakan yang tidak profesional dan menafikan hak asasi peneroka. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang GSA (Akta Penempatan Berkelompok) 1960,” katanya dalam satu kenyataan.

Rebin yang juga Penyelaras Warga Felda Prihatin berkata, sebelum ini Felda menjual kayu getah peneroka Felda Palong 9 hanya pada kadar RM33,000 sedangkan peneroka boleh menjual dengan harga RM46,000 setiap sepuluh ekar. “Kerugian RM13,000 setiap peneroka adalah perbezaan yang amat besar dan oleh itu mereka berhak untuk menentukan kepada siapa kayu hendak dijual.

“Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi di dalam perjuangan dan medan pertempuran menuntut hak peneroka di dalam PRU (pilihan raya umum) ke 13 nanti,” kata Exco Angkatan Muda KEADILAN itu lagi. http://www.keadilandaily.com/?p=14961 Felda settlers win again

Zefry Dahalan | June 8, 2011

Jumaat, 6 Mei 2011

Geran Tanah sendiri untuk peneroka Felda :MB Kedah





Felda sentiasa mengikat peneroka dengan hutang dan perjanjian berat sebelah, akhirnya peneroka terpaka menanggung hutang sampai mati, tanah tak boleh diwariskan dan menafikan hak generasi ke 2 felda.

ALOR SETAR: Seramai 1,249 peserta di empat buah Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan (Felda) di Kedah boleh tersenyum gembira apabila Kerajaan Negeri akan memberi geran kepada individu yang mengusahakan tanah dengan keluasan keseluruhan 3,026 hektar.

Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah setuju untuk memberikan geran tanah berkenaan kepada peserta Felda Teloi Timur (2482 hektar), Felda Bukit Tangga (1496.5 hektar), Felda Laka Selatan (378.2 hektar) dan Felda Gunung Bungsu (490.9 hektar).

“Kerajaan Negeri dalam mesyuarat telah putuskan untuk beri geran tanah kepada peserta Felda seluas 3026 hektar bagi peneroka felda. Geran sendiri,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini.

Katanya, Kerajaan Negeri akan keluarkan geran milik sendiri bagi setiap peserta Felda berkenaan berkuatkuasa sekarang.

Beliau memberitahu jumlah peserta yang akan menerima geran tanah berkenaan ialah seramai 610 orang (Felda Teloi Timur), 374 (Felda Bukit Tangga), 85 (Felda Laka Selatan dan seramai 180 dari Felda Gunung Bungsu dengan jumlah keseluruhan 1,249 orang.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan Kerajaan Negeri menghargai usaha mereka yang membantu kerajaan dalam meningkatkan bidang pertanian. -wartakedah.net

Jumaat, 28 Januari 2011

Ubah hati yang keras, Jom solat hajat

Memang tak dapat dinafikan felda kubu umnoBN, ahli pas cawangan felda di tempat ana pun tak berani bertugas di tenang takut kene teropong...itu ahli, kalau bukan ahli lagi...tak tau nak cakap.

Calon kita seorang muslimah pun tak penakut macam tu punya teruk. Ingat, jangan kita takut selain dari Allah yang maha
BERKUASA, bimbang tergelincir aqidah, nauzubillah...

tricky leaks - felda lubuk umno

sebut aje felda, mesti yang ramai mengatakan sukar untuk peneroka felda berubah menyokong pas, memang betullah.

peneroka yang dipilih pun kebanyakannya adalah ahli umno, bagaimana pas nak menang difelda jika hanya dipenuhi oleh ahli ahli umno.

pas hanya memperolehi 20 persen dari keseluruhan pengundi. 80% lagi dikuasai umno. umno tak perlu buat apa apa hanya perlu kenyit mata peneroka felda akan mengundi mereka.

peneroka banyak hutang

bawak le isu apa pun tak akan berkesan, masih akan menyokong umno walaupun umno buat mereka seperti hamba abdi. kesan daripada merasakan masih terhutang budi kepada umno.

umno sajalah dalam diri mereka dan mampu membela mereka. walaupun bergaji tidak tetap masih tetap meyokong umno. jangan lupa falsafah orang umno.

pergerakkan undi dikawasan felda masih bergerak perlahan, mungkin jauh dari jangkaun minda terbuka. umno boleh letak siapa saja calon.

peneroka felda akan tetap memangkah calon umno. sampaikan mereka tutup pintu terus kepada pengempen pas. ada yang nak berubah dah dijeling oleh pengurus felda terus diam.

mereka akan terus dijadikan abdi oleh felda sampai bila bila. tak apalah asalkan masih dikatakan mengenang budi.selagi calon umno boleh mengucap pasti akan disokong.

umnolah segalanya kepada peneroka. semua dah diselesaikan oleh umno. jual tanah felda pun tak apa asalkan boleh pangkah umno. kalau lemas barulah cari orang pas, sepatutnya pertugas biarkan aje yang mana nak lemas hanya pandang dan lihat aje.

tapi pertugas pas begitu prihatin tapi belum mampu menjinakkan hati mereka yang keras. mereka berkata pas menolong hanya untuk mendapat undi sahaja. umno tolong bukan untuk dapat undi gamaknya. bangang.

kepada seluruh penyokong dan ahli pakatan rakyat dan pas, solat hajat le untuk kemenangan islam di tenang. islam makin terhimpit disini.

semakin lama dibiarkan semakin banyak yang akan terhilang dari diri orang melayu. melayu terus hanyut bersama deras arus globalisasi.

soal haram halal sudah jauh ditinggalkan. malam ini tok guru akan memimpin solat hajat di tenang. semoga solat hajat dimalam jumaat ini membawa keberkatan. semoga doa malam ini dapat melembutkan hati hati yang keras.

semoga mereka memangkah pas untuk prk kali ini. cikgu mala perlu dihantar masuk kedewan undangan negeri johor yang sudah jadi rubber stamp. esok 2 hari sebelum berakhirnya waktu kempen. semoga ada sinar dibalik ufuk timur.