Banjir yang bertambah buruk mengorbankan tiga nyawa hari ini serta turut merosakkan harta benda dan menyebabkan beribu-ribu orang dipindahkan.
Pusat-pusat pemindahan mangsa banjir dibuka hari ini di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah.
Dua mangsa yang terkorban melibatkan kejadian banjir di Johor manakala satu lagi kes kematian akibat banjir berlaku di Melaka.
Di Johor Bahru, Rohani Ismail, 51, meninggal dunia apabila kereta yang dipandu mangsa itu dihanyutkan air di kawasan ladang sawit Chaah di Km 145 Jalan Johor Bahru-Seremban pada kira-kira jam 7 petang semalam.
Dalam kejadian berasingan, Aw Yoke Lin, 53, dari Taman Pelangi terbunuh apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihanyutkan air ke dalam sebuah sungai di Kampung Rahmat, Kulaijaya pada kira-kira jam 9 malam semalam.
Di Melaka, seorang pengawal keselamatan sebuah loji rawatan air di Kampung Chinchin, Jasin menjadi korban pertama banjir di negeri itu.
Ketua polis Jasin DSP Che Suza Che Hitam berkata mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam loji itu pada jam 10 pagi ini.
Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat pada kira-kira jam 1.30 petang.
Sementara itu, lebih 40,000 terpaksa meninggalkan kediaman mereka manakala jalan-jalan utama ditutup apabila sungai melimpah di negeri-negeri berkenaan.
Beberapa perkhidmatan tren ke selatan dan timur Semenanjung turut dibatalkan hari ini akibat banjir dan tanah runtuh antara Bahau dan Tampin di Negeri Sembilan hingga ke Kluang, Johor.
Jabatan Meteorologi meramalkan hujan akan berterusan sehingga Selasa.
- Agensi
Nota : Apakah ini petanda kemurkaan Allah SWT terhadap penipuan UmnoBn di PRK Tenang. Pengundi yang dapat duit ribu-ribu pun tak berbaloi berbanding dengan kemusnahan harta benda dan nyawa yang melayang.
Ini dikatakan oleh petugas MIC sendiri di UPU Ladang Bukit Datok yang menyesal melawan PAS selepas hampir tutup masa pengundian lalu menyatakan `Tuhan sudah marah sama kita, habis kampung dan estat tempat saya tinggal tenggelam '.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan