Memaparkan catatan dengan label sentimen agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sentimen agama. Papar semua catatan
Sabtu, 9 Februari 2013
Isnin, 21 Januari 2013
Dia Tipu IC, Dia Menghasut, Bila Nak Tangkap?
Bekas Pensyarah Universiti Islam
Antarabangsa (UIAM) Profesor Dr Abdul Aziz Bari, berkata, Akta Hasutan
boleh dikenakan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mempersoal
kedudukan orang Cina dan India yang diakui perlembagaan.
Beliau mengulas syor Mahathir agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat pemberian kerakyatan kepada sejuta ‘pendatang asing’ di Persekutuan Tanah Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.
“MCA dan MIC patut kutuk Mahathir sebab bekas PM itu mempertikaikan kedudukan orang Cina dan India. Mereka juga boleh buat laporan polis sebab Mahathir seperti berkata kedudukan warganegara mereka didapati secara tidak sah
“Mahathir boleh disiasat di bawah Akta Hasutan sebab ini mempertikai kedudukan bangsa lain dan boleh menimbulkan rasa tak selesa (pelbagai kaum),” ujar pakar undang-undang ini.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bahawa media cuba mensensasikan prosiding RCI berhubung pemberian kewarganegeraan di Sabah.
“Apakah Musa merasa kedudukan Umno dalam bahaya maka dia mengatakan isu itu telah disensasikan? “Tujuan suruhanjaya diraja itu sendiri adalah untuk menyiasat sesuatu isu penting. Prosidingnya sama seperti prosiding mahkamah, boleh dilaporkan dalam media tanpa sekatan,” tegas beliau.
“Apa guna sebuah RCI, yang dibiayai oleh wang rakyat, jika prosidingnya disembunyikan?,” tambah beliau.
Malah katanya, Musa boleh diheret ke depan RCI atas tuduhan menghina suruhanjaya itu, sekiranya tidak berhenti membuat sebarang kenyataan.
Terdahulu, Aziz berkata, pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj adalah berdasarkan kepada kontrak sosial yang dipersetujui Umno sendiri.
“Ia adalah asas kepada penerimaan mereka terhadap kedudukan istimewa Melayu di bawah perkara 153 di bawah Perlembagaan Persekutuan,” .
“Mana dia MCA, MIC dan Gerakan? Mereka patut kecam Mahathir dan tinggalkan BN sekiranya pimpinan Umno tidak menegur kebiadaban Tun Dr Mahathir itu,” tegasnya.
Beliau mengulas syor Mahathir agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat pemberian kerakyatan kepada sejuta ‘pendatang asing’ di Persekutuan Tanah Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.
“MCA dan MIC patut kutuk Mahathir sebab bekas PM itu mempertikaikan kedudukan orang Cina dan India. Mereka juga boleh buat laporan polis sebab Mahathir seperti berkata kedudukan warganegara mereka didapati secara tidak sah
“Mahathir boleh disiasat di bawah Akta Hasutan sebab ini mempertikai kedudukan bangsa lain dan boleh menimbulkan rasa tak selesa (pelbagai kaum),” ujar pakar undang-undang ini.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bahawa media cuba mensensasikan prosiding RCI berhubung pemberian kewarganegeraan di Sabah.
“Apakah Musa merasa kedudukan Umno dalam bahaya maka dia mengatakan isu itu telah disensasikan? “Tujuan suruhanjaya diraja itu sendiri adalah untuk menyiasat sesuatu isu penting. Prosidingnya sama seperti prosiding mahkamah, boleh dilaporkan dalam media tanpa sekatan,” tegas beliau.
“Apa guna sebuah RCI, yang dibiayai oleh wang rakyat, jika prosidingnya disembunyikan?,” tambah beliau.
Malah katanya, Musa boleh diheret ke depan RCI atas tuduhan menghina suruhanjaya itu, sekiranya tidak berhenti membuat sebarang kenyataan.
Terdahulu, Aziz berkata, pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj adalah berdasarkan kepada kontrak sosial yang dipersetujui Umno sendiri.
“Ia adalah asas kepada penerimaan mereka terhadap kedudukan istimewa Melayu di bawah perkara 153 di bawah Perlembagaan Persekutuan,” .
“Mana dia MCA, MIC dan Gerakan? Mereka patut kecam Mahathir dan tinggalkan BN sekiranya pimpinan Umno tidak menegur kebiadaban Tun Dr Mahathir itu,” tegasnya.
Mahathir biadap, buta sejarah- Prof Dr Aziz Bari
KUALA LUMPUR 20 Jan: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.
“Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,”
“Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku,” katanya.
Menurutnya, prinsip Jus soli yang digunapakai pada masa itu membenarkan seseorang mendapat status warga negara di tempat mereka dilahirkan.
“Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam peruntukan perlembagaan. Ia dilakukan secara terbuka, bukan mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir,” ujarnya dalam satu kiriman emel kepada Keadilan Daily.
“Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan,” tambah beliau.
Menurut pakar undang-undang ini, berbeza di zaman Tunku, kerakyatan diberi berasaskan kontrak sosial, dan syarat kewarganegaraan pula menjamin kedudukan istimewa orang Melayu.
“Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja juga diperkuatkan oleh isu tersebut. Ertinya, tolak ansur antara Melayu dan bangsa lain ketika kemerdekaan dirundingkan.
“Ia diperincikan dengan jelas oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan jadual yang berkenaan. Perkara ini juga perlu dipantau oleh Majlis Raja-Raja,” tambah bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ini.
Ketika ditanya sama ada kerakyatan diberi Tunku selepas merdeka sah mengikut perlembagaan, beliau berkata “Soal lama atau baru tak timbul; ia boleh diberi kepada sesiapa pun. Yang penting ia mengikut prosedur ditetapkan perlembagaan.
“Tidak timbul ia diberi selepas merdeka asalkan ia mengikut prosedur berkenaan dan telus. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim (seorang ahli politik Singapura) sendiri pun jadi warga Malaysia selepas merdeka. Beliau orang Singapura. Perkara ini berlaku di seluruh dunia,” tegas Aziz.
“Namun apa yang menjadi masalah dengan Mahathir adalah kewarganegaraan diberi secara borong, ribuan dan secara sembunyi.
“Seperti yang kita tahu dia sendiri nafikan sebelum ini. Baru sekarang setelah semua orang bercakap dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan, baru lah Mahathir mengaku. Tetapi seperti biasa, dia akan seret orang lain seperti Tunku,” ujarnya yang turut menyentuh isu itu dalam bukunya, Malaysian Constitution: A Critical Introduction.
- KD
Dr M syor s'jaya siasat pemberian kerakyataan sebelum merdeka
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.
"Saya hanya mencadangkan sahaja, dan tidak serius tentang itu(melaksanakannya) tetapi jika mahu menjalankan siasatan mestilah secara menyeluruh, ia tidak adil sekiranya hanya fokus kepada satu perkara sahaja dan tidak perkara lain.
"Terdapat perkara yang sama, saya hanya mahu menunjukkan perbandingan, saya bukan serius mengenainya tetapi saya memang menekankan apabila melakukan sesuatu perkara ia mesti adil," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan dan menyampaikan ucaptama pada konvensyen 'Transformasi Ekonomi dan Pelajaran Melayu Pulau Pinang 2013' anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang di Dewan Utama, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan terhadap tindakannya memberikan taraf kerakyatan kepada 200,000 pendatang asing di Sabah ketika beliau menjadi perdana menteri.
Katanya 200,000 pendatang asing itu telah berada di Sabah untuk satu tempoh yang lama iaitu lebih 20 tahun dan menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi serta mengamalkan budaya setempat.
"Dari segi perundangan mereka memang layak untuk mendapat taraf kerakyatan," katanya.
Selain itu, katanya, pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka dilakukan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj walaupun ia tidak termaktub dalam undang-undang ketika itu.
"Hal ini berlaku disebabkan orang Melayu pemurah dan bersedia untuk mengurangkan kuasa mereka, ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di Sabah kerana mereka memang berhak untuk mendapat taraf kerakyatan," katanya.
Konvensyen sehari anjuran PERKASA Pulau Pinang itu bertujuan membangkitkan motivasi dan kesedaran di kalangan orang Melayu Pulau Pinang, khusus mengenai ekonomi dan pendidikan.
Antara objektif utama konvensyen sehari ini ialah menjadi salah satu platform utama percambahan minda membincangkan isu serta peluang ekonomi dan pelajaran orang Melayu Pulau Pinang dan menghasilkan resolusi dan pelan tindakan strategik hala tuju transformasi ekonomi dan pelajaran secara dinamik dan holistik yang sentiasa relevan dan kemaskini ke arah pembangunan dan kemajuan ekonomi serta pelajaran orang Melayu.
Tiga kertas kerja dibentangkan pada konvensyen itu.
Yang turut hadir ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Yang Dipertua Perkasa Negeri Pulau Pinang Yusof Suhaimi Mohd Yatim.
- Bernama
Khamis, 10 Januari 2013
Rintihan Ahli Umno Kaki Surau
ana sangat tertarik dan sangat setuju dgn artikel diatas. bagaimana nak puluhkan Umno Ana dulu adalah AJK Cawangan UMNO. Tetapi apabila ana mula berjinak dgn Surau/ Masjid, ana mula tawar hati dgn perjuangan UMNO.
Ambil lah contoh yg kecil; disetiap perjumpaan UMNO, percampuran diantara lelaki dan perempuan tidak ada batasan. Lelaki dan perempuan bersalaman sesama satu sama lain tanpa segan silu.
Ana terasa sangat tertekan apabila menghadiri majlis seperti berikut. Kalau tak bersalaman, dianggap kurang sopan. Kalau bersalaman, haram.
Apabila ada program UMNO, solat yang ditunaikan oleh peserta hanya jika ada tertulis dalam aturcara majlis. Kalau tak ada dalam aturcara, maka tak bersolat lah peserta termasuk pemimpim-pemimpinnya tuang solat.
Kalau ada yang bersolat pun bilangannya sangat kecil lebih kurang 5% saja. Jika ada masaalah yang harus diselesaikan, maka pendekatan Islam adalah “the last resort”.
Seperti dalam ayat Inggeris “as time goes by” ana pun tinggalkan perjuangan UMNO
Langkah yang menyekat kebebasan mengamalkan agama : Penganut Sikh
oleh:
al-Husseyn
Sultan Sharafuddin, Sultan Selangor, sebagai Ketua Agama Islam
ingin membuktikan bahawa beliau adalah benar-benar penyelamat agama
Islam di Selangor lalu mengumumkan pengharaman orang bukan Islam di
negeri ini daripada menggunakan perkataan “Allah”.
Langkah itu diambil kerana baginda merasakan, Islam terancam bila
penganut agama lain mahu menggunakan kalimah Allah sebagai tuhan mereka.
Apakah Baginda selama ini tidak tahu bahawa Agama Sikh menggunakan
kalimah Allah sebagai merujuk kepada tuhan mereka?
Ramai yang tidak percaya bahawa Baginda tidak menyedari hakikat
mengenai penggunaan ‘Allah’ dalam agama Sikh ini memandangkan Baginda
diketahui agak rapat dengan Kavita Kaur.
Tidak mungkin, Baginda sebagai ketua agama Islam tidak pernah
berbual-bual atau bertanya tentang tuhan, agama anutan kenalan baiknya,
Kavita Kaur itu.
Dalam satu kenyataan, Presiden Majlis Gurdwara Malaysia (MGC),
Jagir Singh berkata bahawa langkah untuk menghalang orang bukan Islam
daripada menggunakan perkataan “Allah” dalam teks agama akan menjadi
sekatan ke atas Sikh daripada mengamalkan agama mereka.
Bahawa perkataan ‘Allah’ adalah merupakan sebahagian daripada teks
asal Suci Sikh Sri Guru Granth Sahib Ji dan Allah telah digunakan
berkali-kali dalam teks asal untuk merujuk kepada maha kuasa, kehadiran,
belas kasihan dan berbelas kasihan satu Tuhan, kata Jagir.
Kita harap, Kavita Kaur boleh tolong jelaskan perkara ini kepada
Ketua Agama Islam negeri Selangor ini dan maklumkan juga bahawa :
Sebuah Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 telah membenarkan
perkataan “Allah” tidak terhad kepada orang Islam sahaja dan Gereja
Katolik mempunyai hak perkataan itu untuk diterbitkan dalam seksyen
Melayu akhbar mingguan, Herald mereka. Sumber
Rabu, 9 Januari 2013
Serangan Stroke Najib Satu helah?
Pemimpin
PKR telah menggesa kerajaan persekutuan untuk
menjelaskan khabar angin yang hangat menyatakan bahawa Perdana Menteri
Datuk Seri NajibTun Razak yang sedang dilanda beberapa masalah
kebelakangan ini telah mengalami strok kecil supaya rakyat dan pelabur
maklum akan apa yang telah berlaku kepada kepimpinan tertinggi negara.
"Ya, saya telah dengar khabar itu
sejak Jumaat. Kami diberitahu dia
mengalami strok kecil dan sedang berehat di Singapura.Ini adalah apa
yang kita dengar. Ini merupakan spekulasi yang serius justeru perlu
dijelaskan. Orang yang terbaik untuk berbuat demikian adalah Najib ,"
Rafizi memberitahu sidang akhbar pada Isnin.
Betul-betul
sakit atau helah pesaing Umno memaksanya berhenti?
Malaysia dijangka akan mengadakan
pilihanraya umum pada tahun ini
yang yang diramalkan bersejarah kerana bakal menyaksikan perubahan rejim
yang pertama di negara ini sejak 1957. Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dijangka akan memenangi pilihanraya dan
menggantikan parti rasuah Umno-BN yang sedang berpecah-belah.
Terdapat spekulasi bahawa parti
Najib sendiri mahu dia digantikan
menjelang pilihanrayaumum ke-13, untuk memberi laluan kepada Yassin
Muhyiddin, timbalannya untuk menggantikannnya. Muhyiddin dipercayai
telah mendapat sokongan daripada bekas Perdana Menteri, Mahathir
Mohamad, yang masih mempunyai pengaruh besar dalam parti Umno itu.
Menurut Sarawak Report, para
doktor Najib sedang berada dalam keadaan berjaga-jaga sepanjang hujung
minggu lalu.
muslihat
Pemerhati Umno berbelah-bagi
dalam memberi pandangan mereka terhadap
apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam parti. Ada yang percaya Najib
telah benar-benar jatuh sakit, yang lain pula percaya bahawa ia
merupakan satu muslihat bagi membolehkan Najib meninggalkan parti dalam
keadaan yang terhormat. Ada juga yang berpendapat bahawa berita itu
disebarkan oleh pihak Muhyiddin dan Mahathir untuk memberi tekanan
kepada Najib agar meletak jawatan.
“Ini bukan kali pertama Najib
mengalami masalah kesihatan. Dahulu dia
juga telah menjalani pembedahan pada lututnya,” kata Rafizi lagi.
Tekanan yang kuat
Ia bukanlah suatu yang
mengejutkan jika berita strok Najib ternyata
benar kerana dia telah menyepi dari rakyat selama beberapa minggu. Dia
juga telah diberi tekanan yang hebat untuk menjawab dakwaan rasuah yang
dibuat oleh Deepak, seorang ahli perniagaan penuh kontroversi yang juga
merupakan bekas rakan karib Rosmah Mansor isterinya.
Rupa-rupanya, lebih banyak
pendedahan akan dilakukan tidak lama lagi
dan ia sedang dinantikan dengan penuh minat oleh pemerhati-pemerhati
politik akan tanda-tanafa bahawa Najib akan meletak jawatan. Deepak
telah berjanji untuk meneruskan dengan pendedahannya terhadap pasangan
pertama itu walaupun telah menerima RM30 juta dari firma Boustead
Holdings Bhd dalam perjanjian yang telah dikritik hebat kerana tidak
telus.
Deepak telah mendedahkan bahawa
dia telah membayar keluargaNajib
"berjuta-juta" ringgit untuk mendapatkan kelulusan kontrak tanah
Kementerian Pertahanan yang melibatkan ketua Wanita Umno Selangor Raja
Ropiaah. Rafizi juga telah menuduh Najib menyalahgunakan kuasa dan
memaksa Boustead, dimana 61% kepentingannya dimiliki oleh Dana Pencen
Angkatan Tentera LTAT, ke dalam perjanjian untuk mendiamkan Deepak
sekaligus menutup skandal itu.
"Ini umpama merompak
terang-terangan Ia adalah rasuah yang nyata
(menggunakan wang pencen Angkatan Tentera) untuk mendiamkan Deepak dan
menutup skandal itu," kata Rafizi.
Berlian Rosmah dan membantu Deepak
Minggu lepas, Rafizi membuat
pendedahan awam akan beberapa siri
invois dari dua toko barang kemas di Hong Kong yang ternama menunjukkan
bahawa firma Deepak telah membeli 19 item barang kemas eksklusif
bernilai RM13 juta yang dikatakan untuk Rosmah, dalam tempoh tiga bulan
pada tahun 2009.
"Setakat ini, saya belum lagi
bercakap dengan Deepak. Kami berhubung melalui pihak ketiga," kata
Rafizi kepada pemberita.
Rafizi telah berjanji untuk
membantu Deepak mendedahkan beberapa
perjanjian penuh korupsi yang didakwanya diterima ketika dia masih
merupakan sebahagian daripada rakan rapat Rosmah.
Najib Tun Razak A Prime Minister so helpless!
Rabu, 26 Disember 2012
Melawan Sistem Ciptaan Penipu
MELAWAN SISTEM SPR


Tulisan ini bertujuan untuk mencerahkan lagi pembaca jika kurang faham dengan apa yang saya maksudkan dengan ayat: Dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat sedang melawan sistem SPR dan bukan menentang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional.
Justeru : Apakah dianya sistem pilihanraya SPR itu? Mari kita fahami dahulu lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lembaga ini ditubuhkan oleh Parlimen sebagai sebuah lembaga bebas. Pengerusi dan pegawainya dilantik oleh Agong.
Ini sebenarnya hanya sandiwara. Hakikatnya SPR ini adalah lembaga yang dilantik dan dipilih oleh United Malays National Organisation. Memang betul Agung melantik Pengerusi SPR. Bunyinya cukup indah. Cukup molek. Tetapi hakikatnya yang memberi nama kepada Agung untuk mengepali SPR ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri ialah Najib Razak.
Najib Razak ialah Presiden United Malays National Organisation. Period. Justeru mustahil nama Karpal Singh atau nama Saifudduin Nasution akan dicadangkan oleh Najib Razak kepada Agung untuk menjadi Pengerusi SPR.
Apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Bukti telah ditemui bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR hari ini adalah ahli United Malays National Organisation. Pada ketika ini Parti United Malaya National Organisation sedang bernafas dalam lumpur. Presidennya Najib Razak dikatakan terlibat dalam kes bunuh. Presiden parti ini juga akan disapina oleh mahkamah Peranchis untuk kes rasuah jula beli kapal selam Scorpene.
Awal bulan Disember ini, Deepak - adik angkat kepada Isteri Presiden Parti ini telah membuka mulut. Terhambur pelbagai rahsia termasuk keterlibatan kakak angkatnya dimalam Altantuya dibunuh. Kesah-kesah ‘ngeri’ dari Deepak Jaikishan ini telah menjadi induk perbualan rakyat Malaysia Dalam masa yang sama - budaya tikam menikam dan sobotaj - sedang menjadi-jadi dalam United Malays National Organisation.
Orang ramai telah melihat poster dan kain rentang yang mahu menobatkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Malah direncanakan agar Najib Razak tidak bertanding lagi pada PRU13. Ini sebagai jalan untuk memenangi hati pengundi yang amat-amat membenci isteri Najib.
Perbincangan dan rancangan ‘mengundurkan Najib’ sedang hangat dibincangakan dalam alam siber dan juga dalam media baru. Malah ada berita yang telah melaporkan strateji ‘ undurkan Najib ‘ ini telah sampai ke tahap perbincangan dikalangan ahli Majlis Tertinggi parti ini. Parti United Malays National Organisation sedang nazak ini bukan cerita dongeng.
Perebutan untuk menjadi bakal calon dikatakan sedang menjadi-jadi. Pertempuran Najib dengan Muhyiddin hanya menunggu masa untuk terbarai.
Bayangkan dari India Najib Razak telah menembak ‘ peluru berpandu’ ke dada Muhyiddin. Najib mahu nama bakal calon ditapis oleh SPRM. Muhyiddin dengan tangkas membaca bahawa arahan ini bertujuan untuk meminggirkan calon-calon yang dianggap kurang setia kepada Najib dan Rosmah. Atau lebih tepat pagi calon-calon pro-Muhyiddin. Kalau semua ini fakta dan bukan fitnah – apa pula sangkut pautnya dengan SPR dan PRU13?
Apa pertalian parti yang sedang nazak dengan PRU13? Untuk saya United Malays National Organisation sebagai sebuah parti politik telah lama terkambus. Dalam PRU12 yang lalu – Pakatan Rakyat telah mendapat lebih banyak undi keseluruhan berbanding dengan Barisan Nasional.
Hari ini orang ramai melihat dan sedar bahawa ombak rakyat menyokong Pakatan Rakyat bukan sahaja memuncak malah kini ampoh membanjiri seluruh negara. Jika PRU13 dijalankan minggu hadapan , pasti Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Awas! Mustahil? Mustahil untuk Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya. Biar saya terangkan dari mana kemustahilan ini muncul. Dalam satu segi saya membuktikan bahawa sokongan melimpah ruah. Dari segi yang lain saya berani pula berkata yang Pakatan akan gagal ke Putrajaya.
Ini satu ayat yang bercanggah. Sebenarnya kemustahilan Pakatan Rakyat untuk sampai ke Putrajaya ini tidak ada sangkut paut dengan sokongan pengundi. Kerana dari kiraan undi, Pakatan seharusnya telah berkuasa bermula dari tahun 2008 dahulu.
Pakatan Rakyat gagal dihalang. Siapa yang menghalang? Yang menjadi batu penghalang untuk Pakatan mencapai kemenangan hakiki ialah SPR. Lembaga SPR ini sedang menjadi tembok besar untuk memastikan tidak ada parti-parti politik lain yang boleh menang dan mengambil alih kuasa dari United Malays National Organisation.
SPR ini adalah tembok pertahanan akhir yang memustahilkan pilihan raya dimenangi dengan cara mengundi. SPR telah mewujudkan satu sistem yang lengkap dimana musuh United Malays National Organisation tidak mungkin akan dapat mengambilalih kuasa.
Lihat tarikh pilihan raya – ianya hanya diketahui oleh Presiden United Malysa National Organisation. Ini untuk memastikan parti-parti lain boleh diperanjatkan dengan tarikh pilihanraya. Warga asing dalam dunia ini semua tahu bila pilihan raya akan diadakan dalam negara mereka.
Pakistan, walau pun sedang diserang oleh ‘drone’ setiap hari tetapi rakyatnya tahu bulan May tahun hadapan ialah bulan pilihan raya. Warga Iraq dan Afghanistan yang sedang berperang tahu berbulan-bulan lebih awal tarikh mereka keluar mengundi. Ini TIDAK pernah belaku di Malaysia. Ini yang saya maksudkan dengan sistem SPR yang diwujudkan untuk menipu. Lihat pula pengunaaan dakwat kekal.
Di Malaysia ini pengunaannya amat pelik dan memeranjatkan. Dalam dunia ini warga mengundi dahulu kemudian sesudah mengundi baru dicelup jari dengan dakwat kekal. Dakwat hitam membuktikan Si Polan dan Si Polan telah mengundi.
Ini tidak berlaku di Malaysia. Dalam negara ini satelah ada dakwat di jari baru dapat kertas undi. Celup dakwat dahulu baru dapat kertas undi. Ini melanggar lojik penggunakan dawat kekal.
Dakwat kekal dijari bertujuan untuk menafikan dapat kertas undi sekali lagi. Di Malaysia semuanya terbalik. Jari yang ada dakwat kekal boleh dapat kertas undi. Bayangkan berapa ramai hantu-hantu yang telah disusun oleh SPR akan datang mengundi. Mereka yang telah dihitamkan jarinya akan berpusing-pusing mengundi berkali-kali.
Justeru, inilah sistem yang telah diwujudkan oleh SPR bertujuan untuk menipu undi. Orang ramai tahu bahawa ramai Mat Indon, Mat Bangla dan pendatang haram yang telah diberi kad pengenalan segera untuk membolehkan mereka mengundi. Untuk memastikan ‘ pengundi haram’ ini selamat SPR telah membuat peraturan bahawa tidak ada sesiapa boleh menghampiri tempat mengundi.
Wakil parti atau Pondok Panas wajib diletakkan sejauh 100 meter dari tempat mengundi. Apa maknanya ini? Ini adalah satu lagi contoh sistem yang diwujudkan oleh SPR untuk memastikan pekerja parti dan aktivis Pakatan tidak akan dapat melihat muka Mat Bangla dan Mat Indon yang datang menyamar sebagai pengundi. Seratus meter mustahil dapat dikenali muka pengundi – kecuali dengan teropong jarak jauh. Didalam bilik mengundi ada PACABA ( Polling Agent, Counting Agent dan Barong Agent) dari Pakatan Rakyat.
Kali ini SPR telah membuat undang-unadng kecil untuk memastikan pekerja PACABA ini hanya dapat melihat bahagian belakang Si Pengundi.
Meja PACABA diletakkan bukan untuk mengadap muka pengundi tetapi untuk memerhatikan punggung dan belakang si Pengundi. Inilah yang saya maksudkan dengan sistem menipu yang diwujudkan untuk mengalahkan Pakatan Raklyat.
Saya berani berkata bahawa niat sistem ini bukan untuk mengurus pilihan raya dengan lancar, teratur dan baik. Ini bukan akidah SPR. Sebagai tembok pertahanan akhir lembaga SPR ini telah menyususn pelbagai peraturan dan undang-undang kecil untuk memastikan United Malays National Organsiatgion akan menang.
Apa yang saya paparkan ini belum merangkumi lagi 8 Tuntutan Bersih yang tidak dipedulikan. Bagaimana pula dengan pertambahan pengundi mendadak dipelbagai kawasan seolah-olah ada perumahan baru yang muncul setiap satu bulan.
Bagaimana pula dengan nama-nama bakal pengundi yang pelik lagi lawak – Proton Saga bin Superman – ini tidak saya huraikan. Saya juga juga belum menyentuh ilmu ghaib yang dipakai oleh bakal Pengundi yang lahir pada tahun 1974 tetapi mendaftar pada tahun 1972. Atau Pengundi yang lahir tahun 2004 tetapi mendaftar tahun 2009.
Atau pengundi yang telah mati pada tahun 1975 tetapi masih datang mengundi pada tahun 2008. Semua ini adalah sebahagian dari sistem SPR. Semua yang saya tulis ini bukan pekara baru. Berkali-kali saya tunjukan bahawa inilah yang saya takrifkan sebagai satu sistem.
Justeru saya katakan bahawa dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat bukan menentang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional tetapi menentang sistem yang telah diwujudkan oleh lembaga SPR.
Dari sekarang saya berani berkata – jika sistem SPR ini wujud – mustahil Pakatan Rakyat akan dapat mengambil alih pentabiran negara. Sistem ini cukup kebal kerana ianya tidak diketahui ramai. Ianya juga bertopengkan Parlimen. Orang ramai hanya tahu memangkah. Satelah memangkah mereka menganggap diri mereka telah mengamalkan demokrasi.
SPR dan United Malays National Organisation wujud bantu membantu. SPR hidup kerana United Malays National Organisation. Dan parti ini masih wujud kerana sistem pilihan raya yang diwujudkan oleh SPR.
Justeru untuk sampai ke Putrajaya SPR wajib dihapuskan dahulu. Menghapuskan SPR yang wujud hari ini adalah juga Bersih. Untuk memastikan PRU13 berjalan bersih dan adil orang ramai wajib memberi amaran kepada United Malaya National Organisation dan SPR.
Amaran ini ialah – jangan menipu di PRU13. Amaran ini datang dari satu juta orang ramai yang akan turun pada Hari Kebangkitan Rakyat. Satu juta ke Stadium Negara pada 12 Januari hanyalah amaran awal.(TT)
NOTA: tulisan inin telah disiarkan dalam akhbar SUARA KEADILAN terbaru sesiapa yang ingin melanggan akhbar minggun ini sila pukul talipon 03- 22-72-40-45
Isnin, 19 November 2012
Cubaan Lagakan DSAI Dengan TGHH Isu Jawatan PM Gagal
|
"Tiada masalah... tiada masalah. Tak ada apa. Kita boleh bincang dengan baik," kata Anwar ringkas ketika ditanya pemberita selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor (Unisel) Shah Alam hari ini.
Bagaimanapun, pada sidang medianya, Abdul Hadi berkata seorang pemimpin diajar dalam Islam bahawa tidak boleh minta untuk menjadi pemimpin.
"Kita anggap (jawatan itu) satu amanah berat dan besar. (Ia) satu tanggungjawab. Apa yang penting kita ambil alih Putrajaya dulu.
"Siapa jadi PM, diterima oleh rakyat. Yang menyatukan rakyat. Tegakkan keadilan untuk rakyat, kita terima... Saya sanggup jadi nelayan balik," kata Hadi.
Bagaimanapun, menurut Sinar Harian, pada
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad
ke-IV Jumaat lalu, Penasihat DAP Lim Kit Siang mengumumkan dan melantik
Anwar menjadi perdana menteri kerana, katanya, beliau merupakan calon
yang paling layak.
Lim berkata, pendirian itu dibuat untuk menyelamatkan negara daripada amalan rasuah yang semakin berleluasa.
PRSB : DAP anggap DSAI yang juga ketua pembangkang calon paling layak mengikut kacamata mereka, wajar sebab PKR menang banyak kerusi parlimen berbanding DAP dan PAS, kalau PAS nak TGHH jadi PM kenalah menang majoriti kerusi PR dalam PRU13 nanti.
Jawapan DSAI melegakan semua pihak khususnya dalam PAS dan ianya tidak boleh diambil kesempatan oleh Utusan, TV3 dan media UmnoBn untuk melaga-lagakan perasaan ahli di bawah.
Wakil Dewan Ulama Ust Hairun dan wakil PAS Wilayah dan Pahang yang juga seorang ustaz yang memperkecilkan peranan Ikhwan Muslimun yang selama ini menjadi rujukan gerakan Islam dunia pun mestilah berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bimbang kita semakin memperbanyakkan musuh (termasuk musuh dalam jamaah kononya tak tulin perjuangannya) tetapi dalam masa yang sama telah mengurangkan kawan dalam jamaah PAS ini, bagaimana nak menang kalau asyik menaruh sangka buruk terhadap saudara sendiri.
Harap tak akan ada lagi muktamar selepas ini membincangkan Ulama lawan Profesional, dulu almarhum Ust Fadzil Noor dah bahas dengan lumat isu ini sehingga akhirnya muncullah istilah " Memprofesionalkan Ulama dan Mengulamakkan Profesional"
Isnin, 29 Oktober 2012
Pelajar Mati Ditumbuk Menunjukkan Kegagalan Sistem Pendidikan
Muhyiddin Ucap Takziah
Pelajar Mati
Ditumbuk
28 Oktober 2012
Tan Sri Muhyiddin Yassin
ALOR GAJAH - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada ibu pelajar sekolah, K. Saravanan yang meninggal dunia selepas dipercayai ditumbuk dua pelajar dalam pergaduhan pada Rabu lepas.
Ucapan takziah tersebut disampaikan Setiausaha Politik Menteri Pelajaran itu, Datuk Mohd Nardin Awang yang menziarahi keluarga mendiang di Taman Rumbia Setia di sini, hari ini.
Mohd Nardin berkata, Muhyiddin turut melahirkan rasa kesal dengan insiden tersebut dan memberi jaminan mereka yang terlibat dalam kejadian itu akan diambil tindakan mengikut undang-undang.
"Beliau (Muhyiddin) berharap keluarga mendiang bersabar dan dapat melalui situasi ini dengan baik," katanya kepada pemberita. Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi Muhyiddin kepada ibu Saravanan, N. Malar, 34.
Sementara itu, Mohd Nardin berkata, ibu tunggal itu masih berada dalam keadaan tertekan selepas kehilangan satu-satunya anaknya.
Katanya pekerja kilang itu juga memohon agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya berhubung kejadian itu.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang, 24 Oktober lepas, Saravanan, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang maut dipercayai ditumbuk dua lagi pelajar dalam satu pergaduhan di perhentian bas Pulau Sebang dekat sini.
Kedua-dua pelajar terlibat telah ditahan polis pada 6 petang hari sama bagi membantu siasatan. - Bernama
Ahad, 21 Oktober 2012
MCA Hina Islam, UMNO Hanya Mampu Membisu

Lepas ini siapa yang berhajat nak beli telefon Blueberry CSL pasti fikir banyak kali bila teringat Chua Soi Lek
Dari kenyataan2 pemimpin MCA, bolehlah kita seneraikan beberapa penghinaan Islam yang dilakukan MCA dalam dua tiga hari ini:
1.0 Hukum hudud/syariah akan menyebabkan 1.2 juta rakyat Malaysia kehilangan kerja
2.0 Perjalan hukum hudud/syariah akan membawa Malaysia ke zaman kegelapan (Dark Ages)
3.0 Penghinaan kepada hukum menutup aurat
4.0 Penghinaan terhadap hudud dilakukan oleh seorang pelakon porno
5.0 Penghinaan terhadap ulama Islam oleh seorang pelakon porno
6.0 Mempermain sistem politik Islam dan melabelkan politik Islam sebagai jumud Keseluruhan organisasi UMNO berdiam diri apabila hukum Allah SWT dimomokkan serta dipermainkan oleh rakan rapat UMNO ini.
Sepertinya UMNO sudah mengetahui MCA akan menyerang hukum Islam seperti ini dan redha dengan penghinaan2 ini. Kalau dilihat rekod pemimpin2 UMNO sendiri sebelum ini pun apa kurangnya?
Pemimpin2 UMNO sendiri pun cukup mudah mempersenda hukum Allah SWT. Kalau ahli2 UMNO terus menerus menyokong UMNO dan BN selepas ini, eloklah mereka berhenti mengaku Islam.
TB
PRSB : Sah UmnoBN memang tolak Islam dan kekal mahu berpegang teguh kepada akidah sekular dulu kini selamanya...
Siapa Suruh Dia Serang Nik Aziz? Umno Bingung
| Harakahdaily, | 21 Okt 2012 |
“Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.
Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.
Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai agamawan.
“MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh Nik Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini. Video yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik Aziz sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan,” kata sumber itu lagi.
Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam.
“Undi bukan Islam dah hilang. MCA berkata apapun tiada guna. Tapi sekarang MCA sedang menghalau undi Melayu kepada PAS. Orang Umno seperti saya pun terasa tidak tergamak untuk mengundi MCA, malah terasa kesian kat PAS.
“Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz tanpa berkata apa-apa. Betullah, hanya syaitan yang dikenali yang sanggup membiarkan keadaan sedemikian berlaku,” tambah beliau.
Ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, sumber dalaman itu memberitahu Harakahdaily, Pakatan Rakyat kini di depan dengan simple majority seperti yang dikatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
“Tapi selepas bom Chua dan MCA, Najib rasanya terpaksa saja meneruskan lakonan ini dan bertukar serangan kepada DAP. MCA serang PAS tak akan diberi liputan di berita bahasa Melayu, Umno pula serang DAP tidak diliputi di berita bahasa Cina. Perang di Facebook dan internet rasanya boleh diucapkan selamat tinggal,” kata beliau
PRSB : Umno boleh main sentimen perkauman dan agama selama ini, tak pelik kalau MCA juga guna isu mencetuskan sentimen agama... kalau yang cakap ni non muslim samada orang Cina atau India dari DAP atau PKR dah lama kena tangkap ISA... atau kena belasah dengan Perkasa... harap DPP buatlah sesuatu.
Khamis, 11 Oktober 2012
Pakar Sejarah British Bingung Digertak Hanippa
Saksi
Utusan 'diasak' berhubung Islam & komunisme
Saksi pakar yang dipanggil Utusan Malaysia dalam saman sivil terhadapnya oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu 'diasak' berhubung kesimpulannya bahawa Mat Indera seorang komunis.
Peguam Hanipa Maidin mempersoalkan kewibawaan maklumat yang dibekalkan oleh pensyarah kanan yang berpangkalan di United Kingdom itu Karl Hack (gambar) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam.
Maklumat Hack semata-mata berasaskan kenyataan Mat Indera kepada polis ketika ditahan di penjara.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyaman akhbar Umno itu kerana menyiarkan beberapa laporan berhubung ucapannya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.
Beliau mendakwa laporan itu menggambarkannya sebagai penyokong komunisme, yang tabu dalam masyarakat Islam, ketika menyentuh peristiwa serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong.
Hack dicabar sama ada termasuk dalam bidangnya untuk menentukan ideologi Mat Indera tanpa pengetahuan penuh tentang Islam atau kedudukannya terhadap komunisme.
"Mat Indera memiliki satu ciri khas, dia selalu membaca Quran. Kamu perlu memahami Islam sebelum membuat kesimpulannya bahawa dia seorang komunis," kata Hanipa ketika menyoal balas Hack.
"Kamu tentu sedar bahawa British sangat menentang Parti Komunis Malaya (PKM)? Itu pada tahun 1950-an, bilakah jadi salah untuk sertai komunis?" soal Hanipa.
"Kenyataannya (Mat Indera) mungkin diputar kerana ia daripada polis. (Adakah kamu tahu) bagaimana kenyataan itu boleh keluar? Dia diperdaya untuk menyerahkan diri kepada polis?" tanya peguam.
Melihat Hack bingung dengan perkara itu, Hakim Zakaria Sam berkata, peguam hanya mahu bertanya: "Adakah kenyataan polis itu boleh dipercayai?" -mk
Saksi pakar yang dipanggil Utusan Malaysia dalam saman sivil terhadapnya oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu 'diasak' berhubung kesimpulannya bahawa Mat Indera seorang komunis.
Peguam Hanipa Maidin mempersoalkan kewibawaan maklumat yang dibekalkan oleh pensyarah kanan yang berpangkalan di United Kingdom itu Karl Hack (gambar) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam.
Maklumat Hack semata-mata berasaskan kenyataan Mat Indera kepada polis ketika ditahan di penjara.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyaman akhbar Umno itu kerana menyiarkan beberapa laporan berhubung ucapannya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.
Beliau mendakwa laporan itu menggambarkannya sebagai penyokong komunisme, yang tabu dalam masyarakat Islam, ketika menyentuh peristiwa serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong.
Hack dicabar sama ada termasuk dalam bidangnya untuk menentukan ideologi Mat Indera tanpa pengetahuan penuh tentang Islam atau kedudukannya terhadap komunisme.
"Mat Indera memiliki satu ciri khas, dia selalu membaca Quran. Kamu perlu memahami Islam sebelum membuat kesimpulannya bahawa dia seorang komunis," kata Hanipa ketika menyoal balas Hack.
"Kamu tentu sedar bahawa British sangat menentang Parti Komunis Malaya (PKM)? Itu pada tahun 1950-an, bilakah jadi salah untuk sertai komunis?" soal Hanipa.
"Kenyataannya (Mat Indera) mungkin diputar kerana ia daripada polis. (Adakah kamu tahu) bagaimana kenyataan itu boleh keluar? Dia diperdaya untuk menyerahkan diri kepada polis?" tanya peguam.
Melihat Hack bingung dengan perkara itu, Hakim Zakaria Sam berkata, peguam hanya mahu bertanya: "Adakah kenyataan polis itu boleh dipercayai?" -mk
Kes Mat Indera: Utusan import pakar dari England
TASEK GELUGOR: Utusan Malaysia mengimpot pakar sejarah dari England semata- mata ingin membuktikan bahawa Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mengatakan Mat Indera bukan komunis adalah tidak benar.
Mohamad yang diwakili peguam Hanipa Maidin ketika perbicaraan semalam bertegas mengatakan Mat Indera pejuang Melayu yang kental demi mempertahankan tanah air daripada cengkaman British.
Kelmarin dan semalam merupakan pemulaan pembicaraan kes saman sivil Haji Mohamad Sabu terhadap Utusan Malaysia yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Saman itu berkaitan tindakan akhbar itu yang didakwa menuduhnya menyokong komunis ekoran kenyataannya yang mendakwa Mat Indera bukan komunis ketika menentang pemerintahan British semasa peristiwa Bukit Kepong.
Kenyataan itu dikeluarkannya dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.
Sementara itu Malaysiakini melaporkan, peguam Hanipa Maidin mempersoalkan kewibawaan maklumat yang dibekalkan saksi pakar Karl Hack itu yang menyimpulkan bahawa Mat Indera seorang komunis.
Maklumat Hack semata-mata berasaskan kenyataan Mat Indera kepada polis ketika ditahan di penjara.
Hack dicabar Hanipa sama ada termasuk dalam bidangnya untuk menentukan ideologi Mat Indera tanpa pengetahuan penuh tentang Islam atau kedudukannya terhadap komunisme.
Ketika berceramah merasmikan cawangan baru PAS di Taman Sena Indah semalam pula, Mohamad berkata Utusan sanggup bebelanja besar dan mengimpot pakar dari luar untuk berdepan dengannya di mahkamah.
"Untuk membuktikan Mat Indera Komunis bagi menafikan kenyataan saya, Utusan Malaysia sanggup berbelanja besar membawa pakar dari England.
"Entah berapa kos pula mereka tanggung penerbangan, penginapan dan makan minum ketika di sini, " katanya.
Kes beliau akan disambung semula di mahkamah sama pada 15 hingga 18 Oktober ini.
Selasa, 9 Oktober 2012
Paderi Sokong PAS Sama Seperti Di Mesir Gereja Koptik Sokong FJP
Kota Kinabalu: Pernahkah anda terfikir, kempen calon PAS bakal digerakkan sepenuhnya oleh orang Kristian dan dia bukan penganut biasa tetapi pastor? Tetapi inilah yang berlaku di Sabah sekarang. Bakal calon PAS di DUN Pitas, Kudat digerakkan sepenuhnya oleh pendokong Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Ia diketuai oleh Otou @ Francis Singoron, seorang pemimpin agama Kristian bertaraf pastor.
Beliau dibantu oleh dua orang kuatnya yang bekerja siang malam untuk memenangkan bakal calon PAS di situ.
Ondon Mangajil, 58, dan Rakilin Mahuda @ Melvin adalah dua penggerak DHPP Pitas yang membantu Francis.
Kedua-dua mereka juga beragama Kristian.
Francis mengaku, beliau menyertai DHPP kerana sikap yang diambil oleh PAS yang tidak mengenepikan orang bukan Islam dan sanggup bekerjasama.
Beliau yakin, bersama dengan PAS, tidak akan berlaku persengketaan antara agama dan dapat berjalan dengan baik.
Di DUN Pitas, 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian.
Rakilin Mahuda @ Melvin sebelum ini tinggal di Kelana Jaya, Selangor. Namun untuk mempastikan PAS menang di Pitas, beliau telah pulang ke Pitas, tempat lahir dan tinggal beliau sebelum ini.
"Saya akan terus bekerja sehingga pilihan raya akan datang bagi memenangkan calon," kata Melvin yang sebelum ini pernah aktif dalam PKR di Kelana Jaya.
Antara isu penting yang dijadikan isu oleh lawan PAS di sini adalah hukum Hudud dan penggerak DHPP inilah yang menerangkan kedudukan sebenarnya.
"Saya sangat senang bekerja dalam PAS kerana di sini saya lihat tolak ansur, keseimbangan dan kebaikan hati pemimpinnya di semua peringkat.
"Rakan-rakan saya dalam PAS dari bawah hingga ke atas melayan saya dengan sama. Bila pilihan raya hampir, sebagai orang Pitas, saya pulang dan bekerja untuk memenangkan PAS," kata Melvin yang sudah 22 tahun tinggal di Selangor.
Ondon pula dilihat paling faham tentang pilihan raya antara mereka.
"Pitas ini dari segi saisnya lebih besar dari Perlis. Ini menyusahkan kita," kata Ondon kepada Harakahdaily.
Ondon juga menyifatkan isu tanah adalah isu utama di sini dan bakal menyatukan penduduk Pitas untuk menyokong PAS.
Ondon sangat memuji peranan yang dimainkan oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS terutama dalam isu nama Allah sehingga berjaya meredakan salah tanggap orang Kristian.
Calon PAS?
Francis, Melvin dan Ondon bergerak membantu seorang aktivis PAS Pitas iaitu Puan Dausieh Queck yang disebut-sebut bakal menjadi calon Pakatan di sini.
Dausieh adalah penggerak Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) yang banyak memperjuangkan isu wanita Islam di Malaysia khasnya di Sabah.
Beliau mula mendekati politik sejak tahun 2006 lagi dengan mengikuti aktiviti PKR di Kota Belud.
Namun pada tahun 2011, Dausieh menyertai PAS dan disebut-sebut bakal menjadi calon PAS di sini.
Beliau mula mengenali Ondon sejak tahun 2006 lagi namun mula mengenali Francis pada tahun 2008 apabila beliau turut membantu kempen PKR di Pitas.
"Saya mengenali Melvin agak lama namun apabila PAS diputuskan bertanding di Pitas, saya meminta dia balik ke sini sejak tahun lalu lagi bagi membantu kami," beritahu Dausieh.
Dengan empat tenaga utama Pitas inilah PAS bergerak hampir setiap masa menemui pengundi sehingga ke peringkat mereka yakin akan menang.
"Saya lihat peluangnya amat besar untuk menang dengan bantuan Allah ekoran dari pergerakan kita dan masyarakat yang ada," beritahu Dausieh.
Ini kerana, jentera yang komited di samping kejayaan mereka membentuk suasana penyatuan dari semua pihak samada di kalangan parti-parti dalam Pakatan dan juga hubungan antara agama.
Namun, halangan utama mereka kini adalah kewangan. Ini kerana, apabila masa ditumpukan sepenuhnya untuk menang, mereka terpaksa tinggalkan pelerjaan untuk mendapat wang hatta untuk kehidupan mereka sendiri.
Cabaran mendekati pengundi dikawasan pendalaman merupakan kekangan utama kerana hanya pendekatan TURUN TERUS KEPADA PENGUNDI sahaja merupakan pendekatan yang terbaik.
Maka halangan masuk kependalaman memerlukan kos yang tinggi, tetapi membawa keluar pengundi lebih tinggi lagi kosnya.
Dana PAS Kawasan yang amat terhad juga menjadi kekangan untuk melaksanakan gerak kerja dengan jayanya.
Program bantuan kebajikan kepada rakyat amat sukar dilaksanakan.
Keperluan pengangkutan menjadi keutamaam kerana kebanyakkan jalanraya yang ada hanya boleh dilalui pacuan 4 roda sahaja.
Sehubungan itu, kepada mana-mana pihak yang sudi membantu PAS di Pitas ini, anda boleh memberikan sumbangan terus ke akaun Parti Islam Semalaysia kawasan Kudat 1690020154073 Ambank Islamic atau terus ke akaun bendahari MTD Pitas, Muhd Ruslan Azahari 162263156276 Maybank
ww.republika.co.id/berita/internasional/timur-tengah/12/06/28/m6bq8m-mursi-janji-libatkan-gereja-koptik-dalam-pemerintahan
Mursi dan Gereja Koptik
Isnin, 8 Oktober 2012
Selatan Filipina Di Ambang Keamanan, Autonomi Kepada MILF
Perjanjian itu akan menyaksikan penubuhan sebuah kawasan baru semi-autonomi Islam di wilayah selatan Filipina yang kaya dengan sumber Mindanao, yang 12-seribu-kuat Barisan Pembebasan Islam Moro menganggap sebagai tanah air nenek moyang mereka.
Dalam ucapan nasional televisyen, Presiden Benigno Aquino berkata perjanjian rangka kerja itu membuka jalan bagi keamanan akhir dan berkekalan di Mindanao dan membawa bekas semua kumpulan puak pemisah ke dalam lipatan.
MILF telah memuji kejayaan yang telah dicapai dalam pusingan terbaru rundingan damai di Malaysia yang berakhir pada hari Sabtu, sebagai permulaan keamanan.
Kedua-dua pihak mengatakan berhasrat untuk perjanjian damai akhir sebelum hujung panjang Aquino dalam pertengahan 2016, tetapi juga mengatakan halangan utama perlu diatasi, termasuk kelulusan oleh pungutan suara, yang tidak menentu dalam negara rasminya beragama Katolik.Sumber Rasmi
Rabu, 26 September 2012
Khalid Samad Menang Saman Fitnah Adun Umno
Lihat Foto Fitnah
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan
hari ini sebulat suara menolak rayuan Exco Kerajaan Negeri Perak dan
juga ADUN Sungai Rapat, Perak, Hamidah Osman dengan kos bagi
mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang diberikan
pada 1 Jun yang lalu.
Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Hakim Datuk Ramly Haji Ali, Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Anantham Kasinather memutuskan bahawa mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa bagi mendengar kes tort.
Pada 1 Jun yang lalu Hakim Datuk Haji Zainal Azman telah menolak permohonan Hamidah bagi membatalkan saman Khalid Samad ke atas beliau atas tulisan yang mengandungi tuduhan fitnah ke atas Khalid Samad di blog Hamidah http://hamidahosman.blogspot.com pada atau sekitar Januari 2010
Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Hakim Datuk Ramly Haji Ali, Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Anantham Kasinather memutuskan bahawa mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa bagi mendengar kes tort.
Pada 1 Jun yang lalu Hakim Datuk Haji Zainal Azman telah menolak permohonan Hamidah bagi membatalkan saman Khalid Samad ke atas beliau atas tulisan yang mengandungi tuduhan fitnah ke atas Khalid Samad di blog Hamidah http://hamidahosman.blogspot.com pada atau sekitar Januari 2010
Antara lain di dalam blognya,
Hamidah menyiarkan gambar super imposed Khalid Samad sebagaimana
sebelah.
Dan beliau juga menulis antara lain “Golongan yang menyokong pengunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian mengantikan perkataan ‘God’ kepada didalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh disudut hatinya dengan keputusan mahkamah ini.”
Beliau juga menulis “Sekalung tahniah buat parti PAS kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam di negara ini."
Atas tulisan beliau di blog tersebut Khalid telah melalui peguamnya, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates memfailkan writ saman ke atas Hamidah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kausa tindakan fitnah.
Pada pendengaran rayuan hari ini Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarrizam Haron dari Tetuan Hafarizam Wan & Aishah Mubarak.
Dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 dan 21 November 2012
Dan beliau juga menulis antara lain “Golongan yang menyokong pengunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian mengantikan perkataan ‘God’ kepada didalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh disudut hatinya dengan keputusan mahkamah ini.”
Beliau juga menulis “Sekalung tahniah buat parti PAS kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam di negara ini."
Atas tulisan beliau di blog tersebut Khalid telah melalui peguamnya, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates memfailkan writ saman ke atas Hamidah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kausa tindakan fitnah.
Pada pendengaran rayuan hari ini Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarrizam Haron dari Tetuan Hafarizam Wan & Aishah Mubarak.
Dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 dan 21 November 2012
Langgan:
Catatan (Atom)






