Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label kluang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kluang. Papar semua catatan

Selasa, 5 Februari 2013

Jaga-jaga! Bangunan Hospital Kluang Berkualiti Rendah

Hospital Baru Kluang (Gambar Lama) yang bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar Parlimen Kluang, Sembrong, Simpang Renggam dan Air Hitam tetapi awas malang tidak berbau?

Projek Pembinaan Hospital Kluang, Johor (Laporan Audit)
KKM telah menandatangani perjanjian projek pembinaan Hospital Kluang, Johor berkapasiti 256 unit katil dengan Kluang Health Care Sdn. Bhd. (Kluang HC) bagi menggantikan hospital sedia ada. 
Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina. Ketua Setiausaha Kementerian telah bertindak sebagai Pengarah Projek manakala Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan dilantik sebagai Wakil Pengarah Projek. 
Projek ini telah siap dibina pada 12 Oktober 2011 dan mula beroperasi pada 30 Disember 2011. Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan projek pembinaan Hospital Kluang adalah kurang memuaskan
Kelemahan yang ditemui seperti berikut: 
  1. Pelantikan perunding yang tidak teratur sehingga mengambil masa 66 bulan.
  2. Yuran profesional perunding terlebih dinyatakan sejumlah RM0.74 juta dan RM0.62 juta telah dibayar.
  3. Bayaran perunding sejumlah RM0.75 juta dibayar sebelum kontrak ditandatangani.
  4. Asas kelulusan bagi Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) 2 dan EOT 3 adalah diragui.
  5. Kerja pembinaan yang berkualiti rendah.
  6. Perolehan 385 peralatan import bernilai RM11.64 juta telah dibuat tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri walaupun nilai perolehan yang diimport melebihi RM50,000.
Ulasan saya : Setiusaha pastinya orang yang paling berkredibiliti. Tapi, projek ini diselia oleh KSU KKM, namun masih punyai kesalahan yang sepatutnya tidak berlaku seperti ayaran sebelum tandatangan dan pembelian tanpa kelulusan. Kerugian minima RM 2.11 juta

Hospital Kluang Kini Dikenali Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom 
KLUANG: Penduduk daerah Kluang pada Rabu secara rasmi menerima hospital baharu dikenali sebagai Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, sempena nama bonda Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata hospital bernilai RM390 juta itu mula beroperasi 30 Disember tahun lepas, bagi menggantikan hospital lama berusia 80 tahun yang tidak mampu lagi menampung keperluan penduduk.

"Hospital baharu ini dibina di atas tapak seluas 16 hektar dan terletak kira-kira lapan kilometer dari hospital lama dan merupakan satu projek reka dan bina dengan dilengkapi 268 katil serta 220 unit kuarters untuk kediaman pelbagai kategori anggotanya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian hospital itu di sini. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Majlis perasmian hospital itu disempurnakan Enche' Besar Hajjah Khalsom Abdullah. Turut berangkat ke majlis tersebut Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Liow berkata hospital baharu itu mempunyai 798 anggota kesihatan terdiri daripada bahagian klinikal, sokongan klinikal dan sokongan bukan klinikal.

Hospital itu terdiri daripada dua blok bangunan utama yang menyediakan perkhimdatan sekunder dilengkapi dengan perkhidmatan teknikal, sokongan klinikal dan bukan klinikal.

Antara perkhidmatan yang ada di hospital baharu itu ialah unit rawatan pesakit luar yang meliputi klinik pakar, rehabilitasi dan hemodialisis; bahagian rawatan pesakit dalam termasuk unit ortopedik, unit pembedahan mulut dan pediatrik.

"Saya percaya yakin dan percaya dengan wujudnya hospital baharu ini status kesihatan penduduk Kluang akan terus meningkat, ditambah lagi dengan adanya kemudahan yang lebih canggih serta anggota kesihatan yang terlatih dan berdedikasi," katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan juga amat gembira kerana mendapat pekenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar untuk membuat pengisytiharan nama hospital itu kepada nama baharu iaitu Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom. -BERNAMA

PRSB : Inilah akibatnya bila projek dilaksanakan secara runding terus, terus masuk poket kroni, menyalahgunakan kuasa, membazirkan duit rakyat, lepas tu buat main cincai sahaja, dengan bahan binaan yang tak mengikut spec dan bermutu rendah ia pasti mengundang bahaya kepada kakitangan dan pesakit... 

Sumber 


Isnin, 31 Disember 2012

Beg Sekolah Untuk Pelajar


Rabu, 26 Disember 2012

Program Back To School di Kluang

Hj Sarif & Ustaz Hamdan

Hamdan Basiran menyampaikan sumbangan Back To School
Uniform sekolah & begProses memilih barang keperluan penting persekolahan

Pilih kasutMemilih kasut berjenama

Alhamdulillah semalam IKRAM Kluang telah mengadakan program Back to School di Dewan Seminar MARDI Kluang.

Program dimulai dengan ucapan oleh YDP Kluang, Hj Sarif Mohyin dan diikuti dengan persembahan multimedia.

Tarbiyatul Aulad 

Akh Hamdan Basiran telah menyampaikan tazkirah 'Tarbiyatul Aulad'.

Penerima sumbangan seramai 25 orang telah memilih 8 jenis barangan yang disediakan pembekal.

Antara barangan yang disumbang ialah uniform sekolah lelaki dan perempuan berjenama, beg galas Kronos Italy, kasut GA Blue, setokin, tudung dan tali pinggang.

 Tuan Haji Sarif telah berusaha mencari pembekal yang boleh memberi diskaun harga yang rendah kepada kami walaupun barangan yang disediakan ialah yang bermutu tinggi dan berkualiti.

Kos bagi seorang pelajar hanyalah RM80 sahaja. Penerima-penerima adalah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah yang tinggal di Taman Sri Lambak, kuarters MARDI (Ladang ARB) dan sekitarnya.

Majlis diakhiri dengan jamuan nasi ayam Faizal Kaslan.

Hashimy SU Kluang

Jumaat, 6 Januari 2012

Pendaftaran Pelajar PASTI Kawasan Sembrong masih terbuka


Kluang : Pendaftaran Pelajar baru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Sembrong masih lagi terbuka kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Pra Sekolah berasaskan Islam.

Segeralah mendaftar di mana-mana cawangan Pasti Kawasan Sembrong terdiri dari PASTI Seri Impian di Taman Seri Impian Kluang, dan PASTI Al-Hikmah di Taman Sri Lambak, Kluang. Tempat agak terhad dan jika permintaan bertambah pihak kami akan menbuat jadual 2 sesi persekolahan di sebelah pagi dan petang.

Kami menyediakan guru yang terlatih, sistem kurikulum Pra Sekolah Islamik terbaik, peperiksaan serentak seluruh negara, modul cepat membaca untuk 4, 5 dan 6 tahun, aktiviti ko-korikulum sukan sehingga peringkat kebangsaan, Buku teks standard dan uniform disediakan.

Lepasan PASTI tidak mempunyai masalah untuk meneruskan pelajaran di mana-mana Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama dan Sekolah Swasta. Malahan respon dari guru darjah satu mengatakan bekas pelajar PASTI sudah mahir membaca, menulis, mengira, menghafal surah pendek dalam Al-Quran dan doa-doa lazim.

Keterangan lanjut sila hubungi Cikgu Sutinah 0137108776 (Pasti Al-Hikmah T6) dan Cikgu Fazilah 0197320993 (PASTI Taman Seri Impian)

PS : Jom Daftar

Rabu, 26 Januari 2011

Hujan lebat sehari akibatkan banjir

Segamat, Keluang Di Landa Banjir


Johor Bharu, 26 Jan — Hujan yang turun sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, hari ini. Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim, berkata sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

“Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis, turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air. Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya.

Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air. Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini. “Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya

Rabu, 19 Januari 2011

Guru mengeluh jalanraya sesak

Kesesakan Di SMK.Jalan Kota Tinggi,Kluang






Memulakan sesi persekolahan yang sudah memasuki minggu ke-2....

Memulakan langkah-langkah ke sekolah dengan "nawaitu" hendak mencari dan mencurahkan ilmu...

Memulakan hari-hari persekolahan dengan penuh kegusaran....

Setiap hari...keadaan jalan masuk ke sekolah sudah menjadi sesak...

Sesak dengan pembinaan jalanraya...baru... seiring dengan pembinaan "hospital" yang hampir siap.....

Sesak dengan kenderaan yang bertali arus...

Semakin hari semakin sesak...laluan ke sekolah...

Keadaan ini sering menimbulkan kerisauan di hati...hati-hati menjadi walang dengan kesesakan...

Namun..perjuangan untuk menuntut dan mencurahkan ilmu...mesti diteruskan...

Semoga kesesakan ini dapat diatasi dengan secepat mungkin....

Isnin, 3 Mei 2010

Taklimat Bioshop di KLUANG

Kluang : 2 Mei 2010 Satu taklimat mengenai kepentingan mengguna barangan yang diyakini halal lagi baik (mengikut makanan sunnah)telah berjaya diadakan di wisma Al-Umm, Jalan Penghulu Kassim, Kluang.

Tuan rumah yang juga pemilik bangunan tiga tingkat tersebut, Tuan Haji Faudzi Bin Jalil, yang juga seorang kontraktor, telah sudi membenarkan kami mengadakan taklimat di bangunan beliau dan beliau sendiri pada malam itu terus menjadi ahli dan berhajat untuk membangun bersama Bioshop. Produk pertama pilihan beliau ialah Bioflush.

Sdr Shamsudin Jaafar dan Cikgu Haji Abd Karim selaku Ahli Lembaga Pengarah Bioshop turut sama hadir dan memeberi penerangan mengenai latar belakang syarikat, peluang maju bersama Bioshop dan cara-cara menguna dan keistimewaan barangan Bioshop. Turut hadir leader dari Pontian, Sdr Supyan dan rakan-rakan seperjuangan.