Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label Ahli Saf Bawah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ahli Saf Bawah. Papar semua catatan

Khamis, 10 Januari 2013

Kalau Di Malaysia jadi Mursi & Ismail Al-Hafiz


Presiden Mesir dan Perdana Menteri Palestin Gaza lahir dari gerakan Ikhwan Muslimin kedua-duanya hafal 30 juz Al-Quran

Hafiz (penghafal Al-Quran) dan juga pemimpin negara. Itulah dua gelaran yang disandang oleh Mohammed Mursi dan Ismail Haniya.

Mursi tercatat sebagai Presiden Mesir pertama yang hafal Al-Quran.Beliau yang mempunyai nama lengkap Mohammed Mursi Issa Ayyat ini bersama isteri dan seluruh ahli keluarganya adalah penghafal Alquran.

Mursi menjadi Presiden ke-5 Mesir sejak 30 Jun 2012 yang lalu. Mursi menjadi Anggota Parlimen di Majlis Rakyat Mesir pada penggal tahun 2000-2005 dan seorang tokoh terkemuka di Ikhwanul Muslimin.

Sejak 30 April 2011, beliau menjabat jawatan Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang didirikan oleh Ikhwanul Muslimin setelah Revolusi Mesir 2011. Beliau dipilih sebagai calon presiden dari FJP pada pilihan raya umum presiden Mei-Jun 2012 yang lalu.

Pada 24 Jun 2012, Lembaga Pemilihan Umum Mesir mengumumkan bahawa Mursi memenangi pilihan raya umum Presiden dengan mengalahkan Ahmed Shafik, Perdana Menteri terakhir di bawah kekuasaan Hosni Mubarak.

Selain Mursi, pemimpin dunia yang juga penghafal Al-Quran adalah Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya. Bahkan anaknya yang bernama Aid berjaya menyempurnakan hafalan Al-Quran dalam 35 hari dan memperoleh gelaran mumtaz (sempurna).

Baik Mursi mahupun Haniya memiliki akar yang sama, iaitu Ikhwanul Muslimin.

Mursi mewakili sayap politik Ikhwan di Mesir melalui Parti Kebebasan dan Keadilan. Sedangkan Haniya adalah pemimpin Hamas yang didirikan oleh Syaikh Ahmad Yassin sebagai pemimpin perjuangan Ikhwanul Muslimin di Palestin. -HalimIslam

Jumaat, 9 November 2012

Pendekatan PAS Kelantan & Johor Sama?


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan mengalu-alukan rancangan PAS Johor untuk 'menjohorkan' PAS di negeri itu.

Bagi mereka, ianya bersesuaian dengan ‘mood’  pelbagai lapisan masyarakat terhadap perjuangan parti itu yang dilihat semakin hebat.

Ketua Dewan Pemudanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (gambar), ketika ditemui selepas mesyuarat Dewan Harian dewan berkenaan memberitahu, rakyat akan lebih mudah memahami dasar dan matlamat perjuangan PAS menerusi cara itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berhubung program baru parti itu yang mahu menjohorkan PAS di negeri itu.
 
pendekatan yang sama

PAS di Kelantan juga mengambil pendekatan yang sama iaitu mendekati rakyat negeri itu melalui program sosiobudaya mereka untuk memenangi hati mereka.

Ia termasuklah menjadikan kesukaan rakyat Kelantan sebagai program PAS termasuklah dikir barat, bola sepak, memperkasakan makanan tradisi Kelantan termasuk budu dan sebagainya.

Dr Mahfodz ketika memberikan ucaptama dalam Konvensyen PAS Johor Ahad lepas menggariskan program 'menjohorkan' PAS di negeri itu.

Pendekatan tujuh perkara itu bertujuan untuk membolehkan PAS dapat masuk ke dalam sosiobudaya rakyat Johor sehingga ke akarnya.

Antara nama penting dalam tradisi Johor adalah majlis yasinan, marhaban, berzanji, merewang, memakai songkok tinggi, nasi embeng, laksa Johor dan sebagainya.

(Peserta konvensyen PAS Johor makan nasi dalam talam antara program 'menjohorkan' PAS di negeri itu)

PAS Johor juga mengkaji untuk mengaitkan PAS dengan tarian tradisional Johor iaitu kuda kepang dan zapin serta muzik ghazal asalkan tidak bertentangan dengan Islam.


Mendapat sambutan



“Lebih membanggakan kita mana-mana program Pakatan Rakyat yang dianjurkan di negeri ini mendapat sambutan rakyat termasuk jualan meja untuk makan malam baru-baru ini.

“Untuk itu PAS perlu memperlengkapkan diri untuk menerima keluarga besar yang bakal menyertai parti itu,”ujar Abdul Latif ketika menyokong cadangan Johor itu.

, Abdul Latif turut mencadangkan program memasyarakatkan PAS di setiap negeri termasuk di Kelantan perlu digerakkan dengan lebih agresif.

“PAS dilihat bukan hanya sebuah wadah perjuangan Islam, sebaliknya membawa masyarakat ke arah keharmonian dan kasih sayang,”ujarnya. -Hrkh
   
PRSB : Gaya orang PAS dengan kopiah putih sudah menjadi budaya dan identiti, malah ramai Pak Imam dan Pak Haji kalangan tegar Umno pun selesa dengan pakaian ala PAS, nampak lebih islamik dan dapat pahala kerana ia pakaian sunnah.
 
Di Johor, kalau di kampung anak muda tak mau langsung pakai kopiah, lebih-lebih lagi warna putih, takut dan ditakut-takutkan kalau hadir majlis kenduri Yasinan nanti kena baca doa... 
 
Inilah doktrin Umno yang ditanam dalam kepala mereka bahawa hanya yang dah pergi haji sahaja yang boleh pakai kopiah putih. 
 
Jadi sampai usia pencenlah songkok hitam baldu yang dah jadi kuning yang mereka pakai. Dah macam lepat buruk kata Allayarham A R Tompel kepada A K Jalani Kengkang  Do Re Mi


Selasa, 31 Julai 2012

Artis Dulu Seksi Sekarang Akhawat Diana Amir Rajin Ikut Usrah



Diana manfaat Ramadan dengan ibadah

Kali pertama menyambut Ramadan selepas berhijrah tahun lalu pastinya memberi kelainan kepada pelakon cantik dan manis, Diana Amir.

Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim berkata, berbanding tahun sebelumnya, tahun ini dia dapat merasakan lebih ketenangan ketika menunaikan ibadah puasa.

"Jika dibandingkan dengan sebelum ini, memang ketara perbezaannya. Malah, nikmat berpuasa lebih dirasai kerana saya benar-benar memberikan perhatian kepadanya sahaja.

"Lagi pun dahulu bagi saya, berpuasa hanya menahan makan daripada lapar dan dahaga. Tetapi kini, saya sedar bulan ini memberikan seribu satu fadilat dan kelebihan,
" katanya kepada Zass.

Jelas anak kelahiran Birmingham, England ini juga, dikesempatan yang ada, dia tidak ketinggalan melakukan pelbagai ibadah seperti melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan.

"Alhamdulillah, biasanya saya sering menerima undangan untuk memberikan ceramah mengenai hijrah di hari-hari biasa, tetapi di bulan Ramadan, saya tetap diberi peluang untuk berkongsi pengalaman," katanya.

Pada masa sama, akui Diana, tahun ini dia turut berhasrat memenuhi solat Tarawih.

"Kalau dulu saya tidak peka dengan ibadat yang perlu dilakukan ketika bulan Ramadan, tetapi tahun ini saya tidak mahu mengulanginya lagi.

"Biarlah saya yang dahulu menjadi satu kenangan dan pengalaman. Kerana terlalu asyik mengejar tugas sebagai pelakon, saya mengabaikan tanggungjawab terhadap solat wajib dan solat Tarawih,"
katanya.

Tolak tawaran seni

Lari dari kebiasaannya, Diana juga mengambil peluang berehat sepenuhnya daripada karier seninya.

"Bulan ini merupakan bulan terbaik untuk muhasabah dan mendidik diri, sebab itulah sepanjang menjalani ibadah puasa, saya tidak menerima sebarang tawaran lakonan.

"Bagi saya biarlah perhatian diberikan kepada aktiviti keagamaan sahaja. Lagi pun, bulan-bulan lain kita sudah sibuk bekerja," kata pelakon filem 7 Petala Cinta ini.

Bagaimanapun, jelas Diana, dia tidak menolak sekiranya menerima undangan bagi aktiviti kebajikan seperti berbuka puasa bersama golongan memerlukan dan anak yatim.

"Program kebajikan juga adalah cara kita mendekatkan diri dengan Allah SWT. Selain dapat menggembirakan insan yang kurang bernasib baik, kita juga dapat membuka mata serta hati golongan lain untuk turut bersama dalam program ini.

"Saya yakin sebagai selebriti adakala apa yang dilakukan oleh kita menjadi ikutan. Dan biarlah, apa yang diikut itu adalah ke arah kebaikan," ujarnya yang berpeluang mengerjakan umrah buat kali pertama pada Jun lalu.

Selain itu, Diana turut meluangkan masa sebanyak tiga kali seminggu untuk menghadiri kelas agama dan usrah.

Berbuka dengan keluarga

Bercerita menu pilihannya di bulan puasa, Diana berkata, dia tidak kisah untuk menikmati apa saja juadah ketika berbuka dan bersahur.

"Walaupun menetap bersama kawan-kawan tetapi saya akan pulang ke rumah emak di Puchong untuk berbuka bersama mereka.

"Jadi apa sahaja yang dimasak oleh emak, saya akan makan. Antara menu kegemaran saya seperti Masak Lemak Cili Padi dan Ayam Goreng Berempah," ujarnya.

Sehingga kini, Diana berkata, dia masih belum berkesempatan berkunjung ke bazar Ramadan.

"Saya jarang pergi ke bazar sementelah lagi emak sudah memasak banyak makanan di rumah. Selain boleh mendatangkan pembaziran, rasanya lebih baik saya bersederhana sahaja," kata anak keempat daripada tujuh beradik ini.

Dalam perkembangan lain, Diana bakal muncul dengan filem terbarunya September ini yang berjudul Assalamualaikum Cinta, bergandingan bersama aktor, Kamal Adli.

Menerusi filem itu, Diana memainkan peranan sebagai anak kepada seorang ustaz yang membantu Kamal Adli (seorang selebriti), untuk mendalami ilmu agama. -SH

Khamis, 26 Julai 2012

Ramadan Pesta Ibadat Paling Meriah di Planet Bumi


Gambar Sambutan Bulan Ramadan 2012 Di Seluruh Dunia

Sudah 5 hari kita berada dalam bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan barakah dan keampunan daripada Tuhan. Tahukah anda, kita di Malaysia sebenarnya menyambut ketibaan ramadan dan berpuasa lebih lambat daripada negara-negara Islam lain di dunia ini. Jadi apa kata kita lihat beberapa keping gambar sambutan bulan ramadan yang berjaya dirakamkan. Check it out!


Membaca Al-Quran menjadi amalan rutin dalam bulan Ramadan 1 hari 1 juzuk Al-Quran itu biasa bagi pak sheikh ni
Bazar Ramadan yang meriah dan berkat
Jalanraya jadi tempat solat, meriahnya pemandangan ini sehingga menitiskan air mata...subhanallah

Jumaat, 20 Julai 2012

Inspektor Aliza Gerak Khas Masuk Parti Bulan

 



SAH!!! Abby Abadi yang memakai abaya menyerahkan borang jadi ahli PAS seumur hidup kepada TG Nik Aziz

Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan baru sahaja mengisytihar kemasukan ke dalam PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebentar tadi di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri.

Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.

Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukannya dalam filem tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya.

Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan isu debat yang dimulakannya sendiri. Abby Abadi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita. “Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH. Apa-apa pun kita rakamkan syabas kepada Abby Abadi dan kita alu-alukan beliau di dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia ini.

i.

Serah borang dihadapan ribuan hadirin, takbir!!!
Abby kelihatan manis dengan selendang sedang menulis borang PAS masa itu juga

Ahad, 15 Julai 2012

Jumaat, 13 Julai 2012

Tanda Syukur : Dr Mursi Solat Subuh Di Masjidil Haram Mekah (video)


PSB : Dalam video ditulis solat Fajar tetapi sebenarnya solat subuh  Presiden Mesir baru Al-Akh Dr Muhammad Mursi, padat sungguh jadual beliau, tak rehat semenjak dipilih dan diamanahkan sebagai presiden.

Nota : SEBAHAGIAN ulama berpendapat perbezaan antara solat Fajar dan solat Subuh hanyalah daripada segi bahasa. Bagi solat sunat sebelum subuh disebut solat Fajar dan solat wajib disebut solat Subuh.

Ada di sesetengah tempat seperti di Asia Barat, solat Subuh disebut solat dua rakaat fajar.

 Mengenai solat Fajar yang disebut dalam hadis daif, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Dua rakaat Fajar adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.”

Khamis, 12 Julai 2012

Syaaban kian melabuhkan tirai, Ramadan lagi 8 hari



Tak lama lagi bertemu Ramadan

Tak sedar Ramadan bakal muncul
delapan hari lagi menyusul
aku tak sabar menunggu termakbul
bertemu bulan berkat hilanglah sugul

Tak mahu aku lepaskan
bulan ini kena sabar dari makan
siang hari dilarang teguk minuman
banyakkan baca Al Quran

Tak lama lagi bertemu Ramadan
ini bulan ujian dan cubaan
bulan jihad dan pengorbanan 
tinggalkan bulan Syaaban
aku mesti buat persiapan
tarbiyah diri dengan ibadat dan amalan
menghadapi kezaliman UmnoBN
menangkan Parti Bulan bersama Pakatan

Takbir!

PSB 2.26 am 22 Syaaban 1433

Ahad, 8 Julai 2012

Saya Tutup Aurat - Polis Muslimah Sweden

Donna Eljammal yang berusia 26 tahun, merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung. Demikian dilaporkan Metro Se, Rabu (7 / 12).

Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis jauh sebelum dirinya memakai tudung. "Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain sehingga boleh bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer," katanya.

Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi mungkin, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, pasca beberapa perdebatan. Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara multikultural dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza, kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan pemahaman.

"Saya membesar di Piteå kecil dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di lapas (Lembaga Pemasyarakatan), saya adalah orang pertama yang memakai tudung. Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadi," jelasnya.

Eljammal tidak berfikir untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian daripada dirinya dan boleh melakukan segala sesuatu dengan tudung, sehingga dia melihat tidak ada gunanya untuk membukanya.

Lagi gambar-gambar Donna Eljammal, polis wanita Islam pertama bertudung di Sweden. -unikversiti




Menjadi Muslim Tidak Boleh Separuh, Saya Solat Lima Waktu - Henry

Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.

“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.

Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.

“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”

Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat.

“Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry. -halimislam





Arsenal muslim player Thierry Henry became a imam (Muslim Prayer) Just he is praying with some little players in the field.

Jumaat, 6 Julai 2012

Apa Hukum Guna Zakat Untuk Beli Karpet Masjid


Menyalurkan zakat untuk pembangunan masjid sehingga dapat digunakan untuk mengagungkan nama Allah, berdzikir kepada-Nya, menegakkan syiar-syiar-Nya, menunaikan shalat, serta menyampaikan pelajaran-pelajaran dan nasihat-nasihat, maka hal ini termasuk yang diperselisihkan para ulama dahulu maupun sekarang. Apakah yang demikian itu dapat dianggap sebagai “fi sabilillah” sehingga termasuk salah satu dari delapan sasaran zakat sebagaimana yang dinashkan di dalam Al-Qur’anul Karim dalam surat at-Taubah:

“Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berutang, untuk jalan Allah, dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (QS. at-Taubah: 60)

Ataukah kata “sabilillah itu artinya terbatas pada “jihad” saja sebagaimana yang dipahami oleh jumhur?
Saya telah menjelaskan masalah ini secara terinci di dalam kitab saya Fiqih az-Zakah, dan di sini tidaklah saya uraikan lagi masalah tersebut.

Dalam buku itu saya memperkuat pendapat jumhur ulama, dengan memperluas pengertian “jihad” (perjuangan) yang meliputi perjuangan bersenjata (inilah yang lebih cepat ditangkap oleh pikiran), jihad ideologi (pemikiran), jihad tarbawi (pendidikan), jihad da’wi (dakwah), jihad dieni (perjuangan agama), dan lain-lainnya.

Kesemuanya untuk memelihara eksistensi Islam dan menjaga serta melindungi kepribadian Islam dari serangan musuh yang hendak mencabut Islam dari akar-akarnya, baik serangan itu berasal dari salibisme, misionarisme, marxisme, komunisme, atau dari Free Masonry dan Zionisme, maupun dari antek dan agen-agen mereka yang berupa gerakan-gerakan sempalan Islam semacam Bahaiyah, Qadianiyah, dan Bathiniyah (Kebatinan), serta kaum sekuler yang terus-menerus menyerukan sekularisasi di dunia Arab dan dunia Islam.

Berdasarkan hal ini maka saya katakan bahwa negara-negara kaya yang pemerintahnya dan kementerian wakafnya mampu mendirikan masjid-masjid yang diperlukan oleh umat, seperti negara-negara Teluk, maka tidak seyogianya zakat di sana digunakan untuk membangun masjid. Sebab negara-negara seperti ini sudah tidak memerlukan zakat untuk hal ini, selain itu masih ada sasaran-sasaran lain yang disepakati pendistribusiannya yang tidak ada penyandang dananya baik dari uang zakat maupun selain zakat.

negara kaya - negara miskin

Membangun sebuah masjid di kawasan Teluk biayanya cukup digunakan untuk membangun sepuluh atau lebih masjid di negara-negara muslim yang miskin yang padat penduduknya, sehingga satu masjid saja dapat menampung puluhan ribu orang. Dari sini saya merasa mantap memperbolehkan menggunakan zakat untuk membangun masjid di negara-negara miskin yang sedang menghadapi serangan Kristenisasi, komunisme, Zionisme, Qadianiyah, Bathiniyah, dan lain-lainnya. Bahkan kadang-kadang mendistribusikan zakat untuk keperluan ini – dalam kondisi seperti ini – lebih utama daripada didistribusikan untuk yang lain.
Alasan saya memperbolehkan hal ini ada dua macam:

Pertama, mereka adalah kaum yang fakir, yang harus dicukupi kebutuhan pokoknya sebagai manusia sehingga dapat hidup layak dan terhormat sebagai layaknya manusia muslim. Sedangkan masjid itu merupakan kebutuhan asasi bagi jamaah muslimah.

Apabila mereka tidak memiliki dana untuk mendirikan masjid, baik dana dari pemerintah maupun dari sumbangan pribadi atau dari para dermawan, maka tidak ada larangan di negara tersebut untuk mendirikan masjid dengan menggunakan uang zakat. Bahkan masjid itu wajib didirikan dengannya sehingga tidak ada kaum muslim yang hidup tanpa mempunyai masjid.

Sebagaimana setiap orang muslim membutuhkan makan dan minum untuk kelangsungan kehidupan jasmaninya, maka jamaah muslimah juga membutuhkan masjid untuk menjaga kelangsungan kehidupan rohani dan iman mereka.

Karena itu, program pertama yang dilaksanakan Nabi SAW setelah hijrah ke Madinah ialah mendirikan Masjid Nabawi yang mulia yang menjadi pusat kegiatan Islam pada zaman itu.

Kedua, masjid di negara-negara yang sedang menghadapi bahaya perang ideologi (ghazwul fikri) atau yang berada di bawah pengaruhnya, maka masjid tersebut bukanlah semata-mata tempat ibadah, melainkan juga sekaligus sebagai markas perjuangan dan benteng untuk membela keluhuran Islam dan melindungi syakhshiyah islamiyah.

Adapun dalil yang lebih mendekati hal ini ialah peranan masjid dalam membangkitkan harakah umat Islam di Palestina yang diistilahkan dengan intifadhah (menurut bahasa berarti mengguncang/ menggoyang; Pentj.) yang pada awal kehadirannya dikenal dengan sebutan “Intifadhah al masajid.” Kemudian oleh media informasi diubah menjadi “Intifadhah al-Hijarah” batu-batu karena takut dihubungkan dengan Islam yang penyebutannya itu dapat menggetarkan bangsa Yahudi dan orang-orang yang ada di belakangnya.

Kesimpulan

Menyalurkan zakat untuk pembangunan masjid dalam kondisi seperti itu termasuk infak zakat fi sabilillah demi menjunjung tinggi kalimat-Nya serta membela agama dan umat-Nya. Dan setiap infak harta untuk semua kegiatan demi menjunjung tinggi kalimat (agama) Allah tergolong fi sabilillah (di jalan Allah).
Wa billahit taufiq.

Maraji’: Yusuf Qaradhawi, Fatwa-Fatwa Kontemporer

rujukan ikhwan 

PSB : Di Johor Malaysia terdapat banyak Pusat Pengumpulan Zakat, lebih lagi musim hampir Ramadan ini, amil pergi ke pelusuk tempat melaksanakan kempen bayar zakat, buka kaunter di pasaraya, di bazar Ramadan dan di masjid. Cantik bunyinya... tetapi tak banyak atau hampir tak nampak pula, Pusat Pengagihan Zakat? di kampung ana ramai orang fakir, miskin, mak janda, balu dan orang sakit terpaksa mengeluarkan zakat fitrah saban tahun tetapi tidak pula dapat bahagian zakat terssebut... tanya amil merangkap imam pun dia tak mahu jawab, senyap... bila masa wang kutipan itu diagihkan, senarainya penerimanya, statusnya... tak tahu... bukan kerja aku kata amil, kerja aku kutip, kumpul zakat bukan agih.... pelik bukan... mana telusnya... jangan sampai nanti hilang kepercayaan rakyat tak mahu bayar zakat sudah...





Khamis, 5 Julai 2012

Kesabaran Akh Ikhwan Muslimin didikan Al-Banna membuahkan hasil

 

Fareed Abb Al Ahaleq, 97, was personal secretary to Hassan Al Banna,
the founder of the Muslim Brotherhood assassinated in 1949.
Fareed Abb Al Khaleq, 97, adalah setiausaha peribadi kepada Imam As-Syahid Hassan Al Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin yang syahid pada tahun 1949.
 
KAHERAH - Pada usia mencecah 97, Fareed Abd al Khaleq adalah salah seorang yang paling veteran yang dijemput ke Universiti Kaherah untuk mendengar sendiri ucapan sulung Presiden Mesir Dr Mohammed Morsi yang baru di pilih Sabtu lalu.


Setiausaha peribadi kepada pengasas pergerakan Islam Ikhwan Muslimin Hassan al Banna, Syeikh al Khaleq berkata pemilihan Dr Morsi ini adalah satu kemuncak impian Ikhwan Muslimin walaupun beliau mengakui Dr Morsi perlu berkongsi kuasa dengan majlis pemerintah tentera (SCAF) yang mentadbir dengan tidak sepenuhnya mengikut aturan parlimen atau cuba mengekalkan perlembagaan yang sedia ada, Al Khaleq tahu bahawa Mesir masih lagi jauh dari negara bercirikan Khalifah Islamiyah  sebagimana impian yang dinyatakan oleh mentornya (Al-Banna).


Bagi Khaleq, ia tidak menjadi masalah kerana sekurang-kurangnya bermula hari ini, beliau berkata, Mesir berada dalam perjalanan yang betul menuju matlamat. Beliau yang melalui perjuangan dakwah yang begitu panjang sekali adalah generasi yang ditarbiyah sendiri oleh Al-Banna yang melahirkan ahli jamaah yang mempunyai kesabaran yang paling tinggi dalam usaha mencapai penguasaan dakwah dan membentuk masyarakat dengan kebangkitan kesedaran Islam dengan cara selamat bukan melalui kekerasan. 


Ia bermula dari memanam benih kesedaran Islam, disemai, disiram dan di baja, akhirnya berbuah, sabar dulu... sehingga buah tadi benar ranum dan masak lalu inilah masanya untuk dipetik dan menggembirakan semua orang yang memakannaya. 

Rujuk sumber berita ni 

Selasa, 3 Julai 2012

'First Lady Of Egypt' tidak ada dalam kamus Najla



Najla Mahmood @ Ummu Ahmed

Iklan Rosmah Sebagai 1st Lady Of Malaysia Di Akhbar New York Times Yang DiBayar Dengan Wang Rakyat!!
Isteri Presiden Mesir Mohamed Mursi, Najla Mahmud, menolak digelar sebagai 'first lady of Egypt'. Gelaran itu menurutnya hanya berlaku untuk Jihan Sadat dan Suzan Mubarak.

Ia lebih suka disebut sebagai Ummu Ahmed. Menurutnya, Islam mengajar bahawa Presiden Mesir seterusnya adalah pelayan Mesir nombor satu, maka bermakna bahawa dirinya adalah merupakan pelayan wanita Mesir nombor satu.

Oleh sebab itu, Najla dengan tegas menyatakan, tidak ada istilah 'first lady of Egypt' dalam kamusnya. "Islam tidak membezakan antara satu wanita dengan yang lain. Kita adalah orang Mesir semua dan kita harus bersatu untuk bangsa kita," katanya. Nayla mengatakan, dia lebih suka dipanggil "Ummu Ahmed" (ibu dari Ahmed) yang merujuk pada anak tertuanya atau "Hajjah," sebutan bagi wanita muslimah yang telah menyelesaikan ibadah haji ke tanah suci.

 "Dan jika sekarang saya harus mempunyai sebutan, maka biarkanlah saya menjadi 'pelayan pertama Mesir'." Jilbab Mahmoud telah menjadi agenda perdebatan yang mendedahkan di Mesir ketika ia akan menjadi ibu negara. "Kita semua adalah satu, untuk kemajuan negeri tercinta." Setelah suaminya dengan rasmi terpilih, Najla melakukan lawatan rasmi ke kediaman bonda Mahmud Sulaiman, seorang yang gugur sebagai syahid dalam peristiwa revolusi 25 Januari lalu.

Ahad, 1 Julai 2012

Ana Tak Pakai baju Kalis Peluru - Mursi

Peristiwa bersejarah kembali terjadi di Medan Tahrir, kali ini adalah kehadiran presiden baru Mesir pilihan rakyat, Dr. Muhammad Mursi, pada hari Jumaat lalu 29 Jun 2012.

Pesiden hadir menemui jutaan rakyat di Tahrir Square kerana dengan perjuangan merekalah dirinya terpilih menjadi presiden Mesir pasca revolusi 25 Januari 2011. Kerana itu beliau akan bekerja dengan bersungguh-sungguh sesuai dengan keinginan rakyat Mesir dan melaksanakan tuntutan-tuntutan mereka.

Beliau menyokong usaha untuk meneruskan revolusi di jalan-jalan di seluruh Mesir akan tetapi dengan jalan damai yang tidak mengganggu produktiviti dan kerja masyarakat. Beliau juga menegaskan bahawa semua institusi pemerintahan akan bekerja untuk mewujudkan tuntutan revolusi.

Di awal ucapannya beliau menyampaikan penghormatan kepada mereka yang tercedera dan keluarga para syuhada revolusi dan beliau kembali menegaskan komitmennya untuk mewujudkan hak-hak para syuhada dan mereka yang tercedera.

“Rakyat Mesir, askar, polis, pemerintah dan tokoh Mesir baik di dalam dan di luar Mesir mendengarkan seruan kamu semua; “Seruan, Tidak ada kekuasaan di atas kekuasaan rakyat ini”

Ketika beliau hendak meninggalkan panggung di Tahrir Square dan mendekati para aktivis revolusi beliau menyeru: “Kalian semua adalah pemilik kekuasaan. Kalian beri kekuasaan itu kepada siapa saja yang kalian kehendaki dan begitu juga kalian cabut kekuasaan itu dari siapa saja yang kalian kehendaki.”

Presiden baru Mesir ini juga berjanji akan membebaskan semua tahanan politik dan menyelesaikan keadilan untuk orang awam dengan pihak tentera yang selama ini sering terjadi. Beliau juga berjanji mulai hari esok beliau akan bekerja dengan sepenuh kekuatan untuk membebaskan tahanan politik, termasuk yang menjadi prioriti adalah, Syaikh Umar Abdur Rahman yang di penjara di AS semenjak tahun tujuh puluhan silam.

Beliau juga menyinggung bahwa dirinya tidak takut dengan siapapun kecuali hanya takut kepada Allah swt. “Saya datang ke sini tidak memakai baju anti peluru. Kerana saya yakin kepada Allah dan kepada kalian semua. Tidak ada yang berhak ditakuti kecuali hanya Allah swt.”

Gambar Presiden Baru Mesir yang secara tiba-tiba meleraikan pimpinan tangan anggota tentera yang menjadi "perisainya" bagi melindungi keselamatannya sambil mengatakan bahawa beliau tidak memerlukan pertolongan sesiapa kerana yakin dengan pertolongan Allah dan Perisainya adalah Allah SWT dan hidup matinya telah ditentukan oleh Allah swt... Allahu Akbar!!!Prayer time on Tuesday as Tahrir square is again filled with 
protesters, this time supporters of Mohammed Mursi. (AAP)
Prayer time on Tuesday as Tahrir square is again filled with protesters, this time supporters of Mohammed Mursi. (AAP)
T


Rabu, 27 Jun 2012

Pelakon Lt Adnan Jumpa Tok Guru

Pelakon Hairie Othman yang baru mengumumkan menyertai PAS mengunjungi Tok Guru Mursyidul Am di hotel penginapan Tok Guru di Shah Alam hari ini.

Jelas terpancar wajah ceria dan gembira Hairie apabila dapat bertemu dan mencium tangan Tok Guru yang disanjungi kawan dan lawan.

Hairie baru-baru ini mengumumkan menyertai PAS dan akan menyerahkan borang keahlian PAS pada satu program 6 Julai akan datang

Selasa, 26 Jun 2012

Isteri Presiden Mesir Bertudung Labuh

 

Nama isteri beliau adalah Najla Mahmud. Dilahirkan pada tahun 1962 di desa Ain Syams, timur Kaherah. Setelah berkahwin, dia ikut suaminya tinggal di Amerika Syarikat ketika suaminya hendak menyelesaikan program doktor falsafahnya di sana. Kini keduanya menetap di Kaherah. Wawancara Ukhti Najla

Rabu, 23 Mei 2012

Kebaikan dan Keburukan Tuisyen


 
Tuisyen sudah menjadi semacam wajib bagi murid sekolah di Malaysia, rasanya macam tak sempurna jika anak-anak kita tidak dihantar ke tuisyen tidak kira samada di sekolah ataupun di pusat tuisyen swasta. Malah ramai di kalangan ibubapa yang terlalu menekan anak masing-masing dengan memaksa supaya anak tadi mendapat keputusan akademik yang cemerlang.

Antara kebaikan tuisyen ialah
  1. Dapat memahami dengan lebih baik matapelajaran yang lemah dengan bantuan guru tuisyen.
  2. Boleh membuat banyak latih tubi
  3. Banyak masa lebih ditumpukan kepada belajar dari bermain
  4. Bertemu rakan yang sama tujuan dan boleh bekerjasama dalam 'study group'
  5. Soalan spot untuk peperiksaan

Manakala antara keburukan tuisyen ialah
  1. Masa tuisyen yang terlalu panjang selepas sekolah, meletihkan murid siang sudah ke sekolah, petang tuisyen, malam tuisyen lagi..
  2. Tak ada masa untuk membuat kerja sekolah yang disuruh siapkan oleh guru sekolah
  3. Tuisyen kadangkala tidak mengikut sukatan matapelajaran, masa musim peperiksaan pertengahan tahun pun ada tuisyen, lain subjek pula diajar pada malam tersebut, sepatutnya subjek mestilah sesuai dengan jadual peperiksaan
  4. Kos yuran yang tinggi terpaksa ditanggung ibubapa
  5. Tiada masa mengaji Al-Quran 
  6. Ibubapa terpaksa menghantar dan mengambil anak pada sebelah malam merencatkan jadual harian ibubapa
  7. Risiko keselamatan anak terutama waktu malam 
  8. Risiko kecewa apabila tidak mencapai keputusan cemerlang dan tidak dapat masuk asrama penuh
Akhir kata, sebagai ibubapa kita rancanglah sebaiknya, masa cuti ajaklah anak bersiar-siar mengelakkan kebosanan, jangan kita cari helah melepaskan diri dari bergaul bersama anak, kesian anak kita, siang di jaga oleh guru sekolah, petang dijaga oleh guru kelas tambahan, malam dijaga oleh guru tuisyen, soalnya bila masa kita bersama anak?


PSB

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru Dari PSB

Kepada semua guru dari guru Pasti, Taska, sehingga ke Guru Besar, dari Ustaz dan Ustazah sampai ke Murabbi, dari pensyarah meningkat ke Profesor, diucapkan Selamat Hari Guru.

Dalam keadaan berbagai cabaran dalam mendidik pelajar zaman sekarang yang terjal, tak sama pelajar zaman dulu, macam-macam kes dari buli sehingga ke ugut guru dan berbagai masalah sosial maka janganlah kita lupa jasa dan pengorbanan guru semua.

Esok rehat bagi sekolah yang meraikan Hari Guru setelah sepanjang minggu menghadapi peperiksaan pertengahan tahun...









Kepada guru yang bertungkus lumus menyediakan soalan dalaman, cetak, stepler dan susun harap bersabar dan selepas ni nak menanda pula, masuk markah dan nilaikan prestasi, masuk dalam kad penyata, serahkan kepada ibu bapa semasa hari terbuka.... memang amat meletihkan.

Moga usaha keras ini mendapat pahala dan ganjaran yang besar mendidik dan mentarbiyah generasi baru Islam dan menuju masyarakat madani.

PSB 

Selasa, 15 Mei 2012

Cara Buka Akaun Semasa Pertubuhan

Buku Perlembagaan PAS (Pindaan 
2011)
Alhamdulillah dapat juga membuka akaun semasa untuk PAS Kawasan Sembrong, tujuan tak lain tak bukan untuk memudahkan urusan kewangan dengan berbagai pihak seperti pihak bank, perhubungan negeri, penyumbang atau penderma serta megelakkan dari berlaku salahguna wang jemaah.

Sebagai Jamaah Islam kenalah buka akaun dalam bank yang patuh syariah, supaya berkat. Elakkan dari buka di bank riba. Allah dan rasul perangi orang yang amalkan riba tetapi tak semestinya bank Islam sahaja kerana kebanyakan bank lain di Malaysia ada dilengkapi dengan sistem kewangan Islam yang menepati kehendak syariah.

Antara syarat yang Bank Islam minta ialah
1. Minit menyuarat hasrat membuka akaun semasa,
2. Surat permohonan membuka akaun dengan nama-nama penama,
3. Sijil Pndaftaran Pertubuhan salinan dan yang asli kena bawa sekali sebagai bukti
4. Buku Perlembagaan PAS

Pastikan penama tidak disenaraihitamkan (blacklist) oleh bank bagi mengelakkan sebarang kesulitan,

Nanti kena isi borang-borang,  ketiga-tiga penama isi maklumat dan tandatangan penama sehingga selesai.

Isnyaallah kami akan paparkan nombor akaunnya sedikit masa lagi.

Kepada semua penyumbang dan penderma dari kalangan ahli dan penyokong serta para simpatis, kami mengucapkan jazakallah khairan kathira, syukran jazilan. Moga amal tuan di beri ganjaran pahala Jihad di Jalan Allah. Amin..

PSB

Jumaat, 11 Mei 2012

Kibaran Purnama di mana-mana


Lokasi : Jalan Semangat 13 Taman Sri Lambak Kluang

Sebelum pasang bendera buatlah solat hajat supaya bendera sentiasa cemerlang kibarannya, bulat penuh, tak kuncup atau tak terbelit di tiang, sedap mata memandang, menjadi perhatian kanak-kanak dan orang dewasa mahupun dari kalangan musuh.

Orang yang lalu lalang pasti terpesona. Bagi ahli PAS mesti besar dan kembang semangatnya bila melihat kibarannya. Orang bukan Islam akan teringat-ingat sampai waktu membuang undi... moga digerakkan hatinya memilih Islam.

PSB