Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label hiburan Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan Islam. Papar semua catatan

Isnin, 4 Februari 2013

Fenomena Ustaz Azhar Idrus Diakui TV3


Akhirnya kebenaran itu tetapmenang dan mengatasi kebatilan.

Jika sebelum ini fenomena Ustadz Azhar Idrus cuba disembunyi dan dinafikan oleh media massa arus perdana, tetapi tiba-tiba malam tadi, ada slot berita di dalam Buletin Utama TV3 untuk Ustadz Azhar Idrus.

Malah pembaca berita TV3 turut menyebut Wacana yang diadakan di Stadium Darul Makmur Kuantan itu dihadiri oleh 100,000 orang terutama anak muda. Rasanya ini kali pertama TV3 menyebut angka yang betul di dalam laporannya untuk aktiviti dan majlis yang bukan dianjurkan UMNO-BN.

Saksikan beritanya:

Sabtu, 2 Februari 2013

Ulamak Muda Masuk Umno VS Artis Masuk PAS

Ulama' muda Umno Fathul Bari dan artis yang menyertai Pas Abby Abadi

Oleh Subky Latif

Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.

Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato’ Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.

Quraisy VS Yahudi

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran Allah.

DSAI serah sumbangan kpd Hamas disertai Afldin Aqsa Sharif

Dalam satu majlis yang serba ringkas sempena kunjungan wakil Hamas di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat, Tropicana, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan bernilai USD700,000 ( RM2.2JUTA) kepada wakil pimpinan Hamas.

Tujuan tersebut adalah bagi pembinaan Masjid An-Nour Al-Muhammadi di Gaza, Palestin.


Menariknya turut serta adalah seorang seorang Ahli UMNO yang merupakan Pelakon dan juga Pelawak terkenal tanah air Afdlin Shauki.

Afdlin Shauki, dilaporkan pada 3 Januari 2012 telah menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO.. sila baca laporannya di ( SINI )

Afdlin juga sebelum menyertai UMNO telah menyindir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam satu sketsa Maharaja Lawak Mega 2011,  sila lihat video di ( SINI )

Apakah selepas ini selebriti Afdlin Shauki sebagai akan diambil tindakan oleh UMNO kerana hadir sama dalam upacara yang bersejarahyang melibatkan musuh UMNO no 1 iaitu Anwar Ibrahim ini?

Bersamalah kita nantikannya...

Sementara itu The Malaysian Insider melaporkan..

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dianggap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu langkah baik diambil Putrajaya tetapi mempersoalkan mengapa terpaksa menunggu begitu lama untuk mengiktiraf Hamas sebagai sebuah pemerintah yang sah di Palestin.

Menurut Anwar, berbeza dengan Pakatan Rakyat yang sudah lama mengiktiraf Hamas sebagai sebuah organisasi sah, langkah kerajaan Malaysia baru-baru ini lambat dan tidak mencerminkan keikhlasan sebenar oleh Najib.

“Saya tidak bersetuju dengan orang ramai yang mengatakan langkah Najib tersebut sebagai gimik politik sebelum pilihan raya,” kata Anwar.

“Sokongan kami kepada Hamas adalah sejak dahulu lagi, bersama-sama PAS. Berbeza dengan kerajaan Malaysia, kami tidak iktiraf mereka selepas Mac 2008.”

Walau bagaimanapun, ketua pembangkang itu masih mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin dan memujinya sebagai langkah baik.

“Namun, saya mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin walaupun ia adalah yang kali pertama dalam sejarah pentabdiran negara,” tambah Anwar meraikan kedatangan pemimpin utama Hamas di ibu pejabat PKR pagi tadi.

Ahad, 6 Januari 2013

Dakwah Ustaz Azhar Idrus Ditiru Zizan (Video)


 Heboh dikataka Zizan meniru gaya dan cara Ust Azhar Idrus dirancangan Raja Lawak.Bagaimana pula respon Ust Azhar ? Berikut komen Ust Azhar di Facebook.Untuk besarkan KLIK IMEJ :







Saksikan video aksi Zizan di Rancangan Raja Lawak yang dikatakan meniru gaya Ust Azhar :

Jumaat, 28 Disember 2012

Saya Sebak Jumpa Tok Guru : Diana

KOTA BHARU: Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi. Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.
Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya  apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.
“Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…” ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.
Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.
“Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua,” ujarnya.
Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.
Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz.
“Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut,” ujarnya.
Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian.
Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.
“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari,” ujarnya ketika ditemui.
Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.
Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak ‘kasar’.
Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan ‘penghijrahan’ kini. ~harakahdaily

Selasa, 4 Disember 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor Meriah


Lautan rakyat Johor kelmarin membanjiri Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam kelmarin.

Walaupun pada awalnya disebelah petang terdapat sedikit hujan, namun kehadiran luar biasa ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.

Program pada sebelah malamnya bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang membawa agenda perjuangan hak rakyat.

Antaranya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

Turut berucap menyemarakkan lagi himpunan kebangkitan rakyat malam tadi ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tuan Haji Muhammad Sabu yang merupakan Timbalan Presedin PAS.

Mereka telah memberi ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan - tuduhan songsang yang dikemukakan oleh Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu.




Oleh : Umar /nusajayakini
Main sentimen Melayu tapi tanah dipijak milik ‘Umno’ – Anwar

BATU PAHAT 3 Dis: Orang Melayu usah terpedaya dengan jarum politik Umno yang cuba menyalakan api perkauman melalui bait-bait lagu ‘Warisan’.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata lagu ‘popular’ Biro Tata Negara (BTN) sengaja diputar pada Perhimpunan Agung Umno untuk meraih simpati orang Melayu.

“Menyanyi lagu ‘anak kecil main api. Kemudian, (ada bait lagu) ‘tanah dipijak milik orang”. Milik orang mana? Milik pemimpin Umno!

“Cuba tanya. Berapa harta Daim (Zainuddin). Berapa harta Najib Razak. Berapa harta keluarga Dr Mahathir?

“Kemudian mahu cakap soal Melayu. Ini cakap pembohong dan penjilat,” katanya depan lebih 15,000 rakyat pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat, Johor kelmarin.

Umno memperalat bait-bait lagu itu untuk dimomok kepada perwakilan parti itu hingga ada mereka menyangka hak Melayu terhakis jika Pakatan memerintah.

Sedangkan, kekayaan negara dibolot segelintir pemimpin Umno dan kroni mereka.

Anwar kesal kerana Umno sejak Perhimpunan Agung 1998 hingga kini hanya memaki dan memfitnah beliau tetapi mengabai isu dasar untuk kepentingan negara.

“Sampai sekarang maki saya. Kenapa tak bincang ekonomi, kenapa tak kritik isu kontrak, balak dan tanah yang hilang? Mana Pemuda Umno?

“Kamu fitnahlah banyak mana pun. Sekarang Umno sudah jadi parti yang tak relevan, yang hidup dalam penafian. Kasihan…” sindir Anwar.

Jumaat, 21 September 2012

Jamuan Raya Rakyat dan Ceramah Rafizi, Nik Nazmi, Dayangku Intan dan Ustaz Azlisham di Sembrong

  • Rafizi Ramli




Jamuan Raya Rakyat dan ceramah handalan seperti Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR, YB Nik Nazmi, Dayangku Intan yang merupakan penyanyi terkenal 80an tanahair dengan lagu hits duetnya bersama Jay Jay " Mawar Pudar Warna" dan Ustaz Azlisham Azhar Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Johor.

Tarikh : 21 September 2012 Jumaat (esok)
Masa : 8.30 malam (Jamuan) - 12.00 tengah malam
Tempat : Depan Pejabat PKR Cabang Sembrong, Batu 4 Jalan Mersing, Kluang
Semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama dijemput hadir

Anjuran Pakatan Rakyat Sembrong

Khamis, 30 Ogos 2012

Duit-Duit Hutangku Membukit : Saham Peneroka

Saham FGV: Rupa-rupanya Peneroka Kena Bayar!!!

"Entah kenapa, tiba-tiba ada dividen interim sebanyak RM400 kepada semua peneroka hasil daripada keuntungan penyenaraian saham FGV.

Betul ke tidak? Macam nak kejar undi. Baru senarai dah boleh bagi dividen. Interim tu nak bagi kelabu sikit. Untung sangat ni!!


Satu lagi, 800 unit saham [tak sampai satu lot pun] yang diriuhkan peneroka akan dapat, rupa-rupanya kena bayar!!! Felda dan Najib ada sediakan pinjaman tanpa faedah lagi. Nganga lagi peneroka kali ini, sesak nafas ditipu Najib.

Kalau tak ada duit, kalau tak mahu pinjam, melepaslah saham tersebut. Lagi sekali peneroka nganga…

Peneroka akan berhutang sampai liang lahadlah kalau begitu!! 





PRSB : Teringat lirik lagu Duit-duit nyanyian M. Nasir Kumpulan Kembara

Lirik Lagu Duit - Kembara

Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Duit! Duit!

Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit (Bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca semua duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal

Duit! (4x)
Duit, duit beli duit
Duit! (4x)
Duit, buat beli cinta

Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Duit! Duit!

Duit! (4x)
Duit, duit beli duit
Duit! (4x)
Duit, buat beli cinta

Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tersepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri

Duit! Duit!
Lirik Lagu Duit - Kembara @ Lirikami



SiniKini.com"

Rabu, 29 Ogos 2012

Apa yang tidak kena pada kartun Spongebob sampai diharamkan?

 
Kartun SpongeBob Squarepants merbahaya untuk Kanak-kanak

Sebilangan kartun dan filem kanak-kanak dianggap berbahaya dan dalam jangka panjang ia boleh merosakkan mental generasi muda. Untuk itulah kini kerajaan Ukraine sedang serius menilai beberapa filem kartun dan kemungkinan besar akan melarang penayangannya.

SpongeBob Squarepants, kartun yang berkisah tentang kehidupan lucu di dasar laut, termasuk dalam senarai kartun dan filem anak-anak yang akan dilarang tayang itu.

Kajian perihal ini dilakukan oleh Suruhanjaya Nasional Ahli untukPerlindungan Moral Awam Ukraine. Dalam laporan yang dikeluarkan Suruhanjaya itu baru-baru ini, ahli psikologi Irina Medvédeva mengatakan bahawa kartun-kartun itu membuatkan kanak-kanak Ukraine yang berusia 3-5 tahun jadi kerap berkelakuan pelik dan tidak pada tempatnya.
Selanjutnya Baca SINI

"(Mereka) menarik-narik muka dan membuat lelucon di depan orang dewasa yang tidak mereka kenal, ketawa dengan keras dan mengulangi ayat-ayat yang tidak masuk akal tanpa rasa segan dan malu sedikitpun," kata Medvédeva dalam laporan itu seperti dipetik Yahoo! News .

Akhbar Ukraínskaya Pravda hari Khamis lalu melaporkan, selain SpongeBob Squarepants, beberapa tayangan kanak-kanak lain yang akan dihentikan itu termasuk Family Guy, Futurama, Pokemon, The Simpsons, dan Teletubbies. Semuanya dianggap bertujuan merosakkan keluarga dan mempromosikan ubat-ubatan terlarang dan hal-hal berbahaya yang lain.
"

Selasa, 31 Julai 2012

Henpon Pak Imam Asyik Bercinta?


BlackBerry Bold 9900.jpg

Pak Imam Sedang Hangat Bercinta ?

Saya telefon seorang Pak Imam ada hal sikit. Tak berjawab panggilan tu, mungkin pak imam sedang sibuk.

Wahhh....bila saya telefon, nada dail dia ada lagu cinta. Lebih kurang beginilah...

"Embun pun takkan mampu, menjunjung sekuntummm.....bunga yang layuuuu pada musim luruhhh.... Yang dulu tak pernahhh disinar suria, temu kebahgiaan, dalam perpisahannnnn......"

Wahhh.. pak imam ni, lagu cintan tu. Sedang bercinta ke pak imam ni ?

baik sangka
Tapi tak lah, bergurau jer pak imam. Kita sangka baik saja, ramai orang sekarang termasuk pak imam tak pandai sangat pasal telefon ni. Apa yang dah ada kat telefon tu, itu jer le yang dipakainya.

Ada juga yang cuma pandai telefon dan jawab saja, laain-lain tak pandai. Mungkin juga anak pak imam tu yang masukkan ataupun perkhidmatan telefon tu yang masukkan. Bukanlah pak imam sedang bercinta.
PSB : Ramai yang masih takut nak godek henpon terutama warga emas, sebenarnya bukan sahaja henpon , juga peralatan elektronik yang lain tetapi ramai juga yang mahir dan cekap balas sms, biasanya smsnya panjang dan tak ada shortform, itu sebab agaknya orang dulu budi bahasanya bagus dan sopan.
  

Artis Dulu Seksi Sekarang Akhawat Diana Amir Rajin Ikut Usrah



Diana manfaat Ramadan dengan ibadah

Kali pertama menyambut Ramadan selepas berhijrah tahun lalu pastinya memberi kelainan kepada pelakon cantik dan manis, Diana Amir.

Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim berkata, berbanding tahun sebelumnya, tahun ini dia dapat merasakan lebih ketenangan ketika menunaikan ibadah puasa.

"Jika dibandingkan dengan sebelum ini, memang ketara perbezaannya. Malah, nikmat berpuasa lebih dirasai kerana saya benar-benar memberikan perhatian kepadanya sahaja.

"Lagi pun dahulu bagi saya, berpuasa hanya menahan makan daripada lapar dan dahaga. Tetapi kini, saya sedar bulan ini memberikan seribu satu fadilat dan kelebihan,
" katanya kepada Zass.

Jelas anak kelahiran Birmingham, England ini juga, dikesempatan yang ada, dia tidak ketinggalan melakukan pelbagai ibadah seperti melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan.

"Alhamdulillah, biasanya saya sering menerima undangan untuk memberikan ceramah mengenai hijrah di hari-hari biasa, tetapi di bulan Ramadan, saya tetap diberi peluang untuk berkongsi pengalaman," katanya.

Pada masa sama, akui Diana, tahun ini dia turut berhasrat memenuhi solat Tarawih.

"Kalau dulu saya tidak peka dengan ibadat yang perlu dilakukan ketika bulan Ramadan, tetapi tahun ini saya tidak mahu mengulanginya lagi.

"Biarlah saya yang dahulu menjadi satu kenangan dan pengalaman. Kerana terlalu asyik mengejar tugas sebagai pelakon, saya mengabaikan tanggungjawab terhadap solat wajib dan solat Tarawih,"
katanya.

Tolak tawaran seni

Lari dari kebiasaannya, Diana juga mengambil peluang berehat sepenuhnya daripada karier seninya.

"Bulan ini merupakan bulan terbaik untuk muhasabah dan mendidik diri, sebab itulah sepanjang menjalani ibadah puasa, saya tidak menerima sebarang tawaran lakonan.

"Bagi saya biarlah perhatian diberikan kepada aktiviti keagamaan sahaja. Lagi pun, bulan-bulan lain kita sudah sibuk bekerja," kata pelakon filem 7 Petala Cinta ini.

Bagaimanapun, jelas Diana, dia tidak menolak sekiranya menerima undangan bagi aktiviti kebajikan seperti berbuka puasa bersama golongan memerlukan dan anak yatim.

"Program kebajikan juga adalah cara kita mendekatkan diri dengan Allah SWT. Selain dapat menggembirakan insan yang kurang bernasib baik, kita juga dapat membuka mata serta hati golongan lain untuk turut bersama dalam program ini.

"Saya yakin sebagai selebriti adakala apa yang dilakukan oleh kita menjadi ikutan. Dan biarlah, apa yang diikut itu adalah ke arah kebaikan," ujarnya yang berpeluang mengerjakan umrah buat kali pertama pada Jun lalu.

Selain itu, Diana turut meluangkan masa sebanyak tiga kali seminggu untuk menghadiri kelas agama dan usrah.

Berbuka dengan keluarga

Bercerita menu pilihannya di bulan puasa, Diana berkata, dia tidak kisah untuk menikmati apa saja juadah ketika berbuka dan bersahur.

"Walaupun menetap bersama kawan-kawan tetapi saya akan pulang ke rumah emak di Puchong untuk berbuka bersama mereka.

"Jadi apa sahaja yang dimasak oleh emak, saya akan makan. Antara menu kegemaran saya seperti Masak Lemak Cili Padi dan Ayam Goreng Berempah," ujarnya.

Sehingga kini, Diana berkata, dia masih belum berkesempatan berkunjung ke bazar Ramadan.

"Saya jarang pergi ke bazar sementelah lagi emak sudah memasak banyak makanan di rumah. Selain boleh mendatangkan pembaziran, rasanya lebih baik saya bersederhana sahaja," kata anak keempat daripada tujuh beradik ini.

Dalam perkembangan lain, Diana bakal muncul dengan filem terbarunya September ini yang berjudul Assalamualaikum Cinta, bergandingan bersama aktor, Kamal Adli.

Menerusi filem itu, Diana memainkan peranan sebagai anak kepada seorang ustaz yang membantu Kamal Adli (seorang selebriti), untuk mendalami ilmu agama. -SH

Ahad, 15 Julai 2012

Artis Dulu Puteri Umno sekarang PAS


Noryn Aziz, selebriti & penyanyi R&B dan Jazz. Dari seorang Puteri Umno kini berada dipentas PAS. Semoga istiqamah dlm hijrah anda. Lepas nih ramai le puok Umno dok songgeh -fb Ust Saiful Bahari


PSB : Zaman kebangkitan artis sokong perjuangan Islam, mereka sedia untuk ditarbiyah oleh ulama Pas.


Khamis, 12 Julai 2012

Syaaban kian melabuhkan tirai, Ramadan lagi 8 hari



Tak lama lagi bertemu Ramadan

Tak sedar Ramadan bakal muncul
delapan hari lagi menyusul
aku tak sabar menunggu termakbul
bertemu bulan berkat hilanglah sugul

Tak mahu aku lepaskan
bulan ini kena sabar dari makan
siang hari dilarang teguk minuman
banyakkan baca Al Quran

Tak lama lagi bertemu Ramadan
ini bulan ujian dan cubaan
bulan jihad dan pengorbanan 
tinggalkan bulan Syaaban
aku mesti buat persiapan
tarbiyah diri dengan ibadat dan amalan
menghadapi kezaliman UmnoBN
menangkan Parti Bulan bersama Pakatan

Takbir!

PSB 2.26 am 22 Syaaban 1433

Selasa, 3 Julai 2012

Penyanyi Jefrydin bakal masuk Pakatan?


Penyanyi Jefrydin Terima Surat Hakmilik Tanah Dari Kerajaan Selangor Setelah 10 Tahun Menanti
Penyanyi pop yeh yeh, Datuk Jefrydin Imbrom Soekaman, adalah antara 20 penerima surat hakmilik tanah daripada Kerajaan Selangor di Kampung Melayu Subang Tambahan di sini hari ini.

Beliau yang menetap di kampung tersebut sejak 1996 mengucapkan rasa syukur kerana impiannya bagi memiliki hak kepada tanah yang diduduki akhirnya tercapai.

“Saya berasa syukur dan gembira kerana menunggu lebih 10 tahun dan akhirnya ia menjadi kenyataan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin akan masalah ini serta meluluskan permohonan saya. Sebelum ini saya pernah memohon beberapa kali sejak 1999 tetapi gagal,” kata penyanyi 65 tahun yang popular dengan lagu “Kenanganku”.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Penduduk kampung tersebut di sini hari ini.Majlis penyerahan itu disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dihadiri Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Rodziah Ismail, serta ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim.


Seorang lagi penerima, Che Nah Salleh, 60, berkata pemberian hakmilik itu adalah bukti Kerajaan Negeri amat mengambil berat akan kebajikan rakyat di Selangor.Pesara kakitangan kerajaan itu pernah membuat permohonan hakmilik pada zaman pentadbiran Umno-BN tetapi keputusannya menghampakan.“Selepas 2008 barulah segalanya berubah dan akhirnya masalah ini dapat diselesaikan.

Memang saya gembira dengan anugerah ini,” kata ibu tunggal lima anak yang kematian suami pada 1981 itu.Sementara itu, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri mendapati masih ramai penduduk di sesuatu kawasan penempatan di Selangor yang masih tidak dapat hakmilik.

.Ini kerana mereka adalah terdiri dari penduduk yang telah mendiami kawasan perumahan tersebut dalam tempoh yang lama.“Oleh sebab itu Kerajaan Negeri telah meminta Pegawai Daerah dan Pejabat Tanah untuk menyelesaikan masalah ini.Walaupun masanya agak lama untuk selesai, iaitu lebih dari setahun, tetapi saya rasa bila sudah diselesaikan, ia memberikan ketentuan kepada pemiliknya,” katanya. -(selangorku)

PSB : Mula-mula berterimakasih kepada kerajaan Selangor, lepas itu Insyaallah masuk PR, kalau tak masuk pun dapat bantu menerangkan kebaikan PR pun sudah kira baik, tak perlu paksa diri.

Di Johor peminat pop yeh2 masih ramai yang tegar UmnoBn, selalu berkaraoke dalam majlis kenduri kahwin, apakah mereka akan nyanyi lagi kenanganku ini...

Di Kluang peminat Dayangku Intan dari kalangan UmnoBn pun ramai yang dah mula cair dengan pakatan...alhamdulilah.

Ahad, 1 Julai 2012

Sekular menyebabkan Artis Masuk PAS?



Kunjungan hormat Abby Abadi ke pejabat Tok Guru
Alhamdulillah, ramai artis berhijrah

PETALING JAYA: “Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan,” kata Abby Abadi. Beliau merupakan seorang lagi artis yang dibuka pintu hatinya untuk menerima pancaran cahaya hidayah daripada Allah SWT.

“Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen …..tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya.

“Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah,” katanya ketika berceramah di atas pentas PAS di Kuala Kedah baru-baru ini.

Kelmarin Hairie Othman, pelakon filem Leftenan Adnan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat pada majlis Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Johor di Johor Baharu.

Nampaknya semakin ramai golongan artis dilanda gelombang kebangkitan Islam dewasa ini dan kembali insaf untuk mempelajari ilmu- ilmu agama bagi mendekatkan diri kepada Allah.

Di antara mereka ialah selebriti seperti Bob Lokman, penyanyi Aishah, pelawak Leman Raja Lawak, Sham Kamikaze dan Raja Dangdut Iwan Syahman yang kembali ke pangkal jalan dan mengenal siapa diri mereka sendiri dalam erti kata yang sebenarnya.


Insaf

Kebanyakan artis yang telah insaf memilih pentas PAS untuk menceritakan pengalaman mereka dan ingin bersama-sama berjuang untuk menegakkan kalimah Allah melalui parti Islam itu.

Artis seperti Abby Abadi sedar bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

Perjuangan PAS yang mengadunkan kerja-kerja dakwah untuk melaksanakan hukum Allah dan pada masa yang sama melibatkan diri dengan aktiviti politik adalah bersesuaian dengan jiwanya.

Apatah lagi PAS dipimpin oleh para ulama’ seperti Nik Aziz dan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi, lebih-lebih lagi mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran dan kenegaraan menurut acuan Islam.

Kini mereka melihat parti Umno sebagai sebuah parti sekuler, perkauman, memisahkan agama dan politik dan ahli-ahlinya semakin jauh daripada Islam berdasarkan peristiwa dan insiden yang berlaku mutakhir ini.

Budaya rasuah, samseng, adu dumba, memfitnah, video lucah, senaman buntut dan berbagai penyelewengan dalam Umno selama ini adalah tidak lagi dipandang sesuai dan relevan pada masa ini.

Sebaliknya mereka melihat PAS sebagai sebuah parti yang bukan sahaja mampu menyekat gejala sosial dan keruntuhan moral terutama di kalangan anak muda dan remaja hari ini tetapi sentiasa berusaha untuk mendaulatkan Islam.

Dekatkan diri dengan Allah

Dalam gerakerja dan aktiviti PAS, terdapat pengajian ilmu agama, usrah, tamrin, halaqah termasuk penganjuran ibadat-ibadat khusus seperti solat berjemah, berdoa, bermunajat yang bertujuan untuk mendapat pengampunan dan mendekatkan diri kepada Allah.

Memandangkan terdapatnya perbezaan yang ketara ini di antara Umno dan PAS maka ramai artis mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan PAS yang menerima Al Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan yang tertinggi seperti tercatat dalam perlembagaan PAS.

Sesungguhnya para artis ini telah menyahut seruan Allah seperti firmanNya dalam ayat 11 dari Surah Ar-Raad, yang selalu kita dengar, yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri sendiri.”

Penghijrahan beramai-ramai artis juga membuktikan bahawa perjuangan PAS selama ini berada pada landasan yang betul dan benar dan sekaligus menolak tohmahan Umno yang masih berpegang dengan fahaman kuno bahawa agama dan politik tidak boleh bercampur.

Abby Abadi merupakan contoh seorang artis yang memahami hakikat bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

Alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah….. -FM

Rabu, 20 Jun 2012

Percuma malah lebih hebat dari Astro

Dekoder TV Impian dijual bermula Isnin ini

Salmiyah Harun, 19 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Rakyat negeri Selangor boleh mendapatkan dekoder TV Impian yang akan mula dijual pada Isnin minggu depan dengan harga RM499.

Menurut Penyelaras TV Impian Ir. Izham Hashim, TV Impian tidak mengenakan sebarang caj sampai bila-bila malah para pelanggan hanya membayar untuk harga dekoder sahaja.

"Yang penting kena sediakan internet untuk penyambungan. Apa yang lebih hebat siaran tidak akan ada sebarang gangguan. Kalah Astro," katanya kepada Harakahdaily.

Apa yang lain dari yang lain mengenai TV Impian ini, Izham berkata sumber yang diperoleh adalah dari pelbagai sumber rakyat.

"Sebab itu kita namakan TV Impian, di belakang semua rakyat yang terlibat. TV ini sebagai platform untuk rakyat terlibat sama ada dari segi ide, gambar atau video," katanya.

Sebanyak lima saluran televisyen disediakan iaitu saluran satu akan memuatkan saluran berita dan ulasan, Saluran dua akan menyiarkan siri dokumentari seperti Lynas, Bersih, siasatan rakyat, saluran tiga lebih kepada ilmu pengetahuan seperti debat, ceramah kuliah Azhar Idrus, saluran berbentuk hiburan dan filem-filem yang sihat dan saluran lima lebih kepada aneka bahasa dan etnik Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan.

Katanya, Kerajaan Selangor telah menempah 1000 unit dekoder untuk diagihkan di seluruh negeri itu.

Bagaimanapun, katanya pusat operasi TV Impian adalah di alam maya dan lebih 30 sukarelawan di seluruh Malaysia akan terlibat dalam operasi saluran ini.

TV ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk mendapat maklumat tepat yang tidak disiarkan media kerajaan. Bersaing untuk pilih pemimpin yang betul.

Justeru katanya orang ramai yang mahu mendapatkan dekoder TV Impian boleh berhubung dengan Isma Ali di talian 0192825716 atau emelkan kepada impiantv2012@gmail.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan stesen TV berasaskan internet dan sekaligus mengajak semua ahlinya bersaing untuk mengajak rakyat memilih pemimpin yang betul.

Pelancaran stesen TV Impian itu dibuat beliau di majlis penutup Himpunan Hijau Menuju Putrajaya 1 peringkat negeri Selangor.

Isnin, 11 Jun 2012

Al Fatihah kepada penyanyi bersuara emas

 

 

Tiada lagi alunan mendayu Cinta Hampa mahupun Oh Di Mana daripada Sam berikutan kematian vokalis utama kumpulan D’lloyd itu, pagi semalam.

Sam, yang nama sebenarnya Syamsuar Hashim, 64, mengidap penyakit jantung dan kanser paru-paru yang dirahsiakan selama ini, menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Cempaka Putih, Jakarta, Indonesia, sekitar jam 9.15 pagi waktu Malaysia.

Berita kematian Allahyarham dimaklumkan kepada Metro Ahad oleh sahabatnya, komposer Richard Kyoto yang turut menziarahi jenazah Sam di kediaman kakaknya sebelum dikebumikan di Tanah Kuasir, Jakarta. Richard, komposer lagu Kasih, menyifatkan sahabatnya itu seorang yang memendam rasa kerana di sebalik wajahnya yang sentiasa senyum, ramai di kalangan ahli keluarga, teman dan peminat tidak menyedari penyakit kanser paru-paru Allahyarham sudah di peringkat serius.

“Saya terkejut apabila diberitahu penyakit kanser Allahyarham sudah sampai tahap empat. Hairannya bila bertemu, beliau tidak pernah menceritakan perihal penyakitnya itu. Sedih saya mengenangkannya tetapi bersyukur dapat menziarahi jenazahnya,” katanya.

Kumpulan D’lloyd turut dianggotai Bartje Van Houten selaku pemain gitar dan ketua kumpulan, Yuhanny Fatmarida Susilo, Chairul Daud, Candra Casmala dan Ucep Tekol. Lagu lain dipopularkan D'lloyd seperti Keagungan Tuhan, Oh Tak Mungkin dan Semalam Di Malaysia.

Di kalangan anggota D’lloyd, Sam dilihat agak misteri kerana statusnya yang hidup membujang. Bagaimanapun, kata Richard, seingatnya Allahyarham pernah berkahwin dengan seorang perempuan Singapura tetapi jodoh tidak panjang dan mereka juga tidak dikurniakan zuriat.

D’lloyd yang ditubuhkan pada 1969, antara kumpulan muzik berpengaruh di rantau ini pada era 1970-an, julung kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 1978 di Stadium Negara. Sekitar awal 1990-an, Harian Metro membawa D’lloyd untuk satu persembahan khas manakala konsert terakhir D'lloyd di sini, pada 6 hingga 8 Mei tahun lalu di Istana Budaya melalui persembahan Semalam Di Malaysia, bergandingan dengan Datuk Ahmad Jais.

Ketika sidang akhbar, Sam membuatkan pihak media terharu apabila dia tiba-tiba sebak hingga mengalirkan air mata. Kesedihan itu diperjelaskan Sam betapa jiwanya tersentuh mengenang walau sudah setengah abad peminat di Malaysia masih mengagumi D’lloyd.

Apa yang pasti air mata Sam itu, petanda salam perpisahan kepada peminat Malaysia untuk tidak bertemu kembali. -MA
 
PSB juga minat dengan kemerduan suara emas Abg Sam, moga rohnya mendapat keampunan dan bersama orang beriman.

Jumaat, 4 Mei 2012

Al Fatihah Kepada Sdr Husni Mohd Rawi (Bob Kuman)


Pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang ini.

Menurut jirannya, Razali, buat masa ini jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti.

Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.

Pada 18 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

Tuan Guru Presiden Ziarah Bob Kuman

PETALING JAYA, 18 April: “Dapat juga saya jumpa Tok Guru,” kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.

Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

“Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.

Jumaat, 27 April 2012

Ustaz Abdullah Husin Berceramah Maulid Rasul di Felda Ulu Belitong








Malam ini 26 April 2012 Khamis diadakan sambutan Maulid Rasul Peringkat Cawangan Felda Ulu Belitong bermula 9.00 malam di rumah saudara Ridzuan.

Walaupun halaman rumah beliau penuh dengan anak pokok semaian sawit yang akan ditanam di kebunnya, ianya tidak menghalang beliau berani mengadakan sambutan ini di rumah beliau. Kebenaran polis pun dah ada apa nak takut. Tahniah kepada beliau seisi keluarga.

Ustaz penceramah berpidato selama 1 jam menerangkan keistimewaan Rasulullah SAW dan mengapa Rasulullah tidak berjuang atas dasar bangsa arab dan dikaitkan dengan Umno yang berjuang atas dasar perkauman assabiyah yang sempit. Itulah beza besar PAS dengan Umno.

Nak ulas isu felda yang rencam yang sememagnya peneroka tanah rancangan ini sebenarnya dah masak, baik isu akidah dan perjuangan didedahkan agar walau apapun isu isu yang melanda, bila kefahaman jelas mengenai agama maka isu lain dah tak laku.

Kita tahu undi felda tegar kearah mereka dan amat sukar untuk ditembusi tetapi kita masih ada harapan dengan pertolongan Allah, usaha dan doa tak mustahil PAS boleh kalau tak menang peti undi di felda pun tak apa asalkan dapat mengurangkan majoriti peti undi di felda pun dah kira lumayan.

Insyallah 4000 pengundi cina  di Dun Kahang boleh menampung undi di felda. Sempat Ustaz mendendangkan 2 buah nasyid. boleh tahan suara ustaz. 

Jamuan nasi lemak ayam goreng sungguh menyelerakan, ada juga pisang goreng dan ubi rebus cicah sambal tumis...ngences.