Memaparkan catatan dengan label krisis makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label krisis makanan. Papar semua catatan
Sabtu, 9 Februari 2013
Jumaat, 1 Februari 2013
10 Jenama Kapitalis Terkenal Akan Merudum?
kajian 24/7 Wall Street.com
menyenaraikan A&W merupakan antara 10 jenama yang bakal hilang pada
tahun ini.
KUALA LUMPUR 3 Jan. - Rangkaian restoran makanan segera, A&W milik Yum! sebuah syarikat gergasi berpangkalan di Amerika Syarikat, merupakan antara jenama paling berpengaruh yang bakal hilang daripada pasaran dunia tahun ini.
Kajian yang dilakukan oleh 24/7 Wall Street. com menyenaraikan A&W merupakan antara 10 jenama yang bakal hilang pada tahun ini bersama-sama jenama-jenama tersohor lain yang turut disenaraikan di Bursa Saham New York.
Jenama-jenama lain ialah Sears, Sony Pictures, American Apparel, Nokia, Saab, Soap Opera Digest, Sony Ericsson, MySpace dan Kellogg's Corn Pops.
Yum! yang turut menguasai kepentingan KFC, telah bertekad untuk menjual A&W sejak Januari tahun lalu, tetapi tiada pembeli atau pihak berminat untuk memiliki jenama rangkaian makanan segera itu.
Rangkaian makanan segera itu diasaskan pada tahun 1919 telah berkembang pada kadar yang amat pantas.
Selepas peperangan dunia kedua, 450 francais telah dibuka dan ia merupakan pengasas kepada kaedah jualan secara pandu lalu.
A&W memulakan jualan minumannya dalam versi tin pada tahun 1971, yang kini dimiliki oleh Dr. Pepper/Snapple.
Berdasarkan perkiraan semasa, perniagaan restoran A&W adalah terlalu kecil dan tidak berdaya maju kerana mempunyai 322 cawangan di Amerika Syarikat (AS) dan 317 cawangan di luar AS sehingga akhir tahun lalu di mana kesemuanya dikendalikan secara francais termasuk yang dimiliki KUB Malaysia Bhd. (KUB).
Bagaimanapun, KUB ketika dihubungi berkata, sekiranya benar jenama itu bakal hilang dari pasaran dunia, ia tidak memberi kesan secara langsung kepada pemegang hak itu di Malaysia.
Sebagai perbandingan, Yum! yang turut memiliki KFC, mempunyai 5,055 cawangan di AS dan 11,798 cawangan di serata dunia, malah dua jenama rangkaian makanan segera terbesar lain turut memiliki cawangan yang banyak.
Subway, yang terkenal dengan rangkaian sandwich memiliki 35,000 lokasi di seluruh dunia dan juga McDonald's yang hampir memiliki jumlah yang sama.
Berdasarkan perkiraan yang ada, A&W tidak memiliki keupayaan untuk memasarkan jenama tersebut berbanding pesaingnya yang sudah lama bertapak, begitu juga mengatasi jenama-jenama baru lain seperti Burger King.
Berikutan kekangan itu, A&W juga tidak berupaya untuk mengendalikan pembelian makanan secara pukal, logistik dan pengangkutan berbanding pesaing-pesaing yang beberapa kali ganda besarnya.
Menurut 24/7 Wall Street. com, 10 jenama yang akan hilang itu dikaji menerusi beberapa pendekatan yang diambil di dalam memutuskan jenama mana yang akan hilang dari pasaran.
Kriteria utama yang diambil bagi menentukan kehilangan jenama itu adalah kejatuhan mendadak di dalam jualan selain mengalami kerugian yang besar.
Turut menyumbang kepada faktor kehilangan tersebut adalah pendedahan syarikat induk bahawa jenama itu mungkin mencari jalan keluar dari perniagaan asal dan kenaikan mendadak kos yang secara tidak langsung menyumbang kepada kenaikan harga.
Selain itu, 24/7 Wall Street turut menyenaraikan beberapa kriteria lain yang menyumbang kepada kehilangan jenama tersebut di pasaran seperti syarikat-syarikat yang akan dijual, syarikat-syarikat yang jatuh bangkrap, firma yang kehilangan majoriti besar para pelanggannya atau syarikat yang beroperasi dengan kejatuhan pasaran saham.
"Jika 10 jenama yang disenaraikan termasuk di dalam masalah-masalah yang disenaraikan itu, kebarangkalian atau satu persepuluh pasti akan hilang berdasarkan dari kajian kami dalam tempoh 18 bulan," kata laman web itu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm#ixzz2Ja61j8BA
© Utusan Melayu (M) Bhd
PRSB : Syarikat tersohor pun boleh jatuh walaupun telah mengecap kejayaan yang gemilang, tetapi itu dulu, sekarang lain, kalau tak mahu berubah, tak pandai menukar mengikut kehendak rakyat, gaya mewah, angkuh macam Amat Mazlan, pastinya bakal tersungkur! Sama juga dengan parti UmnoBn yang akan ikut serta...
Selasa, 29 Januari 2013
Cikgu Tak Akan Maafkan Hishamudin?
Rumah yang sepatutnya siap 2004 di Taman Sri Lambak sampai sekarang masih gagal untuk siap, pemaju tak pernah ditangkap untuk dibicarakan, Ahli Parlimen Sembrong sebenarnya kamu GAGAL
Sungguh jelek pemandangan yang boleh dilihat setiap kali nak ke sekolah, nampak projek rumah sendiri yang semakin semak samun. Sebahagian yang dah siap tak pernah dapat CF sebenar pula, yang ada CF sementara...porah
KLUANG: Menteri Dalam Negeri dan Sembrong MP Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mendedahkan bahawa calon-calon untuk dua kerusi negeri dan satu kerusi parlimen di kawasan Parlimen Sembrong akan mempertahankan kedudukan mereka dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata bahawa beliau akan bertanding dalam pilihan raya untuk mengekalkan tempat beliau sebagai Sembrong MP, manakala Datuk Hoo Seong Chang dan R. Vidyanathan akan melakukan perkara yang sama untuk Paloh dan Kahang kerusi negeri masing-masing.
"Orang dalam Sembrong tahu bahawa kita telah dilakukan tugas dan perkhidmatan kami denganbaik.(Perasan..Pigidah)
"Mereka harus terus menyokong dan mengundi bagi kami bertiga untuk memberi kita peluang untuk pergi," katanya dalam satu sidang akhbar di sini Sabtu.
Hishammuddin menghadiri bahagian pilihan raya Sembrong penyelarasan mesyuarat di bangunan MCA Paloh.
Khamis, 17 Januari 2013
Gomoman VS Johoman, Siapa lebih miskin?
Pendedahan dibuat oleh Presiden Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas bahawa orang Melayu di Johor paling miskin mungkin tidak menjadi kudis gatal kepada pemimpin Umno Johor. Baik Abdul Ghani Othman, Muhyiddin Yassin apa lagi Ahmad Maslan, fakta itu tidak penting buat mereka asalkan saja mereka senang dan kaya raya.
Kenapa saya kata begitu, sebab masalah kemiskinan dan keterhimpitan orang Melayu Johor ini bukan perkara baru, ia bukan berlaku sehari dua ini. Ia mulai merebak sejak zaman Muhyiddin Yassin menjadi MB Johor lagi. Ketika itu kerajaan Johor meluluskan dasar orang luar boleh memiliki tanah di Johor seberapa banyak yang mereka ingin. Dasar tanah Johor sangat rapuh berbanding dengan dasar tanah Kelantan yang ketat dan istimewa.
Muhyiddin sendiri menjadi dalang dalam membenarkan tanah-tanah rezab Melayu sekitar Johor dibangunkan kemudian dijual kepad orang asing, Singapura. Perpindahan beliau ke pusat menjadi menteri dan meninggalkan tampuk Johor salah satu faktornya ialah kelemahan dasar pentadbiran di bawahnya yang menyebabkan Johor banyak hilang tanah.
Pembangunan yang dikemukakan Muhyiddin memang untuk membantu mengembangkan ekonomi orang Johor. Tetapi matlamat itu tidak tercapai dan ia semacam ia tergadai apabila projek baik perumahan, gedung perniagaan yang dibangunkan nilai pasarannya tinggi menyebabkan orang Melayu tidak mampu memilikinya.
Akhirnya kesan dari itu bagi mengelakkan lambakan dan kebekuan aset, maka hartanah itu dibuka untuk dibeli oleh warga asing khasnya rakyat Singapura. Hari ini sudah lebih dari lima gedung perniagaan besar di Johor Bahru sudah bertukar tangan daripada "Mahmood Iskandar" kepada "Mah Hong Kong."
Demikin juga dengan rumah kediaman yang kononnya dibangunkan untuk orang Melayu atau rakyat Johor sudah menjadi milik orang asing. Salah satu ialah pembangunan di sekitar Danga Bay.
Singapura
PAS Johor yang kini sedang menunjukkan ghairah untuk memerintah Johor mungkin ada angka-angka mengenai berapa jumlah rumah, kedai dan berbagai premis yang menjadi milik Singapura. Kalau rajin anda boleh berdiri di Tambak Johor (cross way) kira sendiri berapa banyak kereta plat Singapura yang pagi-pagi sudah keluar ke Singapura atau duduk petang kira berapa banyak kereta plat Singapura masuk ke Johor untuk tidur dan membuat anak di Johor.
Mereka itu adalah rakyat Singapura yang mendapat manfaat dari dasar tanah dan pembangunan Johor.
Syed Ali juga membayangkan kadar atau jumlah kemiksinan orang Johor akan bertambah dengan ramainya orang asing datang ke kawasan pembangunan baru Iskandar Malaysia. Menurutnya 80% tanah di zon pembangunan Johor Selatan itu (Iskandar) adalah milik orang asing.
Menurutnya lagi pada tahun 1800 orang Melayu Johor paling kaya tetapi hari ini menjadi paling miskin. Tidak mustahil mungkin dalam tidak sampai 100 tahun lagi semua tanah di Johor baru akan menjadi milik orang asing. Johor akan menjadi Palestin yang terpaksa berpawah hidup dengan orang asing seperti mana rakyat Palestin berpawah tanah dengan Israel.
Melayu Kelantan lebih kaya
Paling merujakan dan ini paling tidak disenangi oleh Umno ekoran pendedahan Syed Ali itu apabila beliau menyebut, orang Melayu di Kelantan lebih kaya dari di Johor. Beliau memberi contoh kekuatan (nilai ringgit) orang Kelantan mereka boleh membeli rumah sehingga bernilai RM200,000. Nilai rumah yang sama besar di Johor mencecah RM1.5 juta.
Songsang
Pendedahan Presiden DPMM itu menjelaskan bahawa dasar pembangunan di Kelantan lebih praktikal dalam memelihara hartanah orang Melayu serta memberi pembangunan kepada rakyat. Hakikat ini tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun kecuali Ahmad Maslan akan menafikan dengan sekeras-kerasnya seperti aksinya membela Felda walaupun saham FGVH ternyata merudum tetapi dia masih mengatakan saham itu naik kerana kaedah ukuran Mat Maslan ialah dari bawah ke atas. Songsang.
Perbandingan dibuat Syed Ali ini menjelaskan bahawa PAS yang menjadi pemerintah Kelantan ternyata lebih prihatin dan bersifat membela tanah air - al wataniah. Jadi terbuktilah kini bahawa Umno hanya pandai mendendangkan lagu 'anak kecil main api' tetapi tidak tahu bagaimana hendak memadamkan api yang sedang membakar hartanah Melayu di Johor.
Generasi Melayu Johor harus sedar apa yang
berlaku itu, bahawa Umno bukan boat penyelamat lagi. Jangan
anggap pendedahan Syed Ali itu hanya sekadar hendak menimbulkan
kebimbangan Johor terus akan hanyut kalau kedatangan orang asing
bertambah ramai ke negeri itu. Saya tidak fikir dia hendak bermain
politik dengan kenyataan itu mahu menggambarkan kalau Pakatan Rakyat
menang di Johor, bilangan orang asing akan bertambah dan Melayu Johor
akan terhimpit.Tidak. Generasi baru dan lama di Johor kena memberi keyakinan dan peluang kepada Pakatan Rakyat yang kini sedang dibimbing oleh Salahuddin Ayub bersama rakan-rakanya Suhaizan Kayat, Mazlan Aliman dan rakan-rakannya. Menghayati dan bandingkan dasar pemerintah yang bakal dilakukan sekiranya mereka menang. Yang pastinya PR tidak sesekali akan mengguna pakai sistem pentadbiran digunakan pakai Umno sejak 56 tahun lalau kerana ia ternyata gagal. PR akan tinggal sistem itu sebab ia korup. Sistem atau dasar PR sudah tentu akan mengelakkan rakyat Johor khasnya Melayu terus terjelus dalam lubang maut bikinan Umno.
Apa yang didedahkan oleh Syed Ali itu juga sekaligus menempelak perdana menteri Ha Najib Razak yang begitu arif mengenai perangkaan, di mana sebelum ini mengatakan Kelantan sebagai negeri termiskin. Apakah dengan keadaan Johor yang rakyatnya disahkan sendiri oleh rakyatnya (Syed Ali) yang termiskin itu tidak memungkinkan yang rakyat termiskin adalah negeri sepupu Najib itu sendiri?
Najib kena perbetulkan fakta itu manakala rakyat Johor kena perbetulkan pemerintah. Pastikan sistem rintahan digunakan pakai Umno terbuang dari Johor barulah rakyat Johor akan terkeluar dari zon paling miskin yang dibimbangi itu. -
http://msomelayu.blogspot.com
Label:
akidah,
ancaman bahaya,
felda,
johor,
kapitalis,
Kelantan Serambi Mekah,
kemelut ekonomi,
kezaliman,
krisis makanan,
rasuah,
tipu rakyat,
Tok Guru Nik Aziz,
UmnoBN tolak Islam
Isnin, 31 Disember 2012
Tragedi Tanah Runtuh Puncak Setiawangsa VS Jom Heboh
Tembok yang kukuh boleh rebak dan retak, deretan rumah mewah jenis banglo mengalami kemusnahan dan menggelogsor.
Puncak ini sudah tidak selamat untuk didiami, malahan kawasan bawah yang berhampiran juga diancam bahaya.
Hujan lebat yang turun tidak henti-henti adalah fenomena biasa musim tengkujuh yang kerapkali mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di Malaysia.
Tak sangka tembok kongkrit yang kukuh dan kebanyakkan rumah di puncak ini yang telah dibina seawal 1987 atau 25 tahun yang lalu tiada sebarang masalah tetapi kali ini sebaliknya.
Antara rumah orang kenamaan (baca kaya) yang terlibat dalam tragedi ini ialah Datuk Seri Dr
Jamaludin Jarjis & Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan lebih kurang 30 buah banglo lain yang anggaran harga sebuah rumah banglo ini mencecah jutaan ringgit.
Mujur setakat ini tiada melibatkan kematian.
Tapi tak sedar kita dan tak mahu insaf, disaat orang lain ditimpa musibah seperti banjir dan tanah runtuh, ada yang masih seronok membuat pesta hiburan yang melalai dan melekakan seperti Konsert Jom Heboh TV3 di Stadium Bukit Jalil.
|
Beg Sekolah Untuk Pelajar
Saudara Onn dan Azman memakaikan beg galas
Majlis sumbangan beg sekolah telah berjaya diadakan di Taman Seri Lambak, Paloh dan Felda Kahang Timur pada Sabtu 29 Disember 2012 yang lalu.
Diharap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban ibubapa bagi menghadapi sesi persekolahan baru 2013.
Setakat ini sebanyak 65 set beg galas telah diagih-agihkan dan insyaallah akan ditambah lagi di masa akan datang kerana banyak permintaan dari keluarga yang memerlukannya.
Sebelum ini kerjasama dengan NGO yang prihatin juga telah berjaya menyerahkan set pakaian, beg dan kasut kepada pelajar yang memerlukan dalam program Back To School. Sumber
Rabu, 26 Disember 2012
Pemuda Ini Bertarung Nyawa Selamatkan Diri dan Motosikal Kesayangan
Dibawa arus... Seorang pemuda Khairi Said,
27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila
nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di
Kampung Tasik di Setiu, Terengganu, Selasa
Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke
tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di
kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu.
Kejadian berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada dikawasan itu yang menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa.
Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu.
Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal. Foto ihsan: BERNAMA
berusaha menyelamatkan motosikal dari arus deras
Kejadian berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada dikawasan itu yang menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa.
Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu.
Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal. Foto ihsan: BERNAMA
berusaha menyelamatkan motosikal dari arus deras
Rabu, 14 November 2012
Krisis Air Di Negeri Najib Meruncing, Menyusahkan Rakyat Nak Berak Dan Kencing
42 hari tanpa bekalan air
Temerloh - Seramai 250 penduduk Kampung Teris, dekat sini, mengalami masalah terputus bekalan air selama 42 hari.
Penduduk, Zulkifli Mahmud, 48, berkata, masalah tersebut sudah dilaporkan kepada pihak berkenaan namun hingga kini masalah paip pecah itu masih belum dibaiki.
Menurutnya, penduduk terutama yang tinggal di kawasan tinggi tidak mendapat bekalan air dan itu menimbulkan masalah kepada penduduk untuk mencuci pinggan mangkuk, membasuh pakaian, mandi, solat dan sebagainya.
“Air sungai pula jauh terletak kira-kira lima kilometer dan kami tidak akan mengambil air sungai itu kerana ia tercemar dengan aktiviti pertanian.
“Untuk mendapatkan bekalan air bersih kami beramai-ramai terpaksa berkongsi mengambil air di tiga perigi milik penduduk kampung ini. Itulah air yang selamat untuk kami gunakan,” katanya kepada Sinar Harian.
Seorang lagi penduduk, Mohd Syuhadi Shamsuddin, 28, berkata, air di kawasan paip pecah itu terbiar begitu sahaja mengalir masuk ke dalam paya berdekatan tanpa dibaiki dan ia sangat membazir serta merugikan kerana penduduk tidak dapat menggunakan air bersih itu.
Menurutnya, apa yang lebih menimbulkan kemarahan penduduk apabila bil air mereka turut melambung kerana terpaksa menanggung kos air yang tidak digunakan mereka.
“Kampung ini kerap mengalami masalah paip pecah. Sebelum ini terdapat dua paip pecah dan pihak berkenaan membaiki salah satunya. Namun, paip di kawasan ini tidak dibaiki menyebabkan penduduk tidak dapat bekalan air yang sempurna,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd Hashim Mahusin berkata, pihaknya sudah melaporkan masalah itu kepada pihak berkenaan.
Bagaimanapun katanya, pihak berkenaan memberitahu mereka tidak dapat melepaskan air dalam tekanan yang kuat kerana akan berlaku banyak paip pecah.
“Kalau itu masalahnya sampai bila penduduk di sini akan terus mengalami masalah terputus bekalan air.
Saya juga sudah pergi ke pejabat Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Temerloh untuk melaporkan masalah itu.
“Kami di sini bukan membayar bil air tetapi bil angin. Ini kerana angin lebih banyak daripada air dan ia membebankan penduduk,” katanya.
PRSB : Bayangkan sekarang musim cuti sekolah, banyak kenduri kahwin, air tak ada, tentu tuan rumah malu dan menyusahkan rakyat. Minta Najib atasi segera....jangan tunggu lama-lama nanti bau hancing merata-rata
Sabtu, 3 November 2012
Tulah Menyerang Afganistan, Malapetaka Terpanjang Amerika
Para perajurit AS pulang kembali dari Vietnam selepas 103 bulan pertempuran. Sokongan awam terhadap perang ini turun drastik seiring jumlah korban tewas yang terus meningkat, seperti yang juga berlaku di Vietnam.
Lebih daripada setengah orang Amerika sekarang percaya bahawa pertempuran di Afghanistan sangat tidak sepadan dengan bayaran yang sudah dikeluarkan. Pada tahun 1961, Presiden AS yang baru dipilih, John F. Kennedy, menghantar 100 penasihat ketenteraan yang pertama bersama dengan satu unit khas dengan 400 tentera ke Vietnam.
Pada tahun berikutnya, AS menambah jumlah tenteranya di Vietnam menjadi 11.000 tentera. Pada tarikh 2 Ogos 1964, dua kapal pesiar Amerika di tembaki oleh kapal-kapal rondaan Vietnam Utara di Teluk Tonkin.
PRSB : Sekarang Amerika yang dasarnya untuk menjajah cara moden dunia melalui ekonomi kapitalis dan budaya hedonismenya sedang menghadapi sakarat berdepan dengan tentera Allah yang terdiri dari angin, air yang bertukar menjadi taufan mega dasyat Sandy...ekonomi jatuh, hutang bertrillion-trillion dan malapetaka memusnahkan hartabenda...
Lebih Banyak Mayat Ditemui Akibat Taufan Super Sandy
A National Guard truck drives through high water on
Newark Street in Hoboken, New Jersey in the wake of superstorm Sandy.
(Craig Ruttle, AP)
Berita Selanjutnya
PAS, DAP Sudah Lama Menderita Kerana Kezaliman Mahathir
Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui dalam memoirnya, "Doktor Umum" (2012), bahawa Operasi Lalang, Oktober 1987 "menjadi titik hitam dalam sejarah pentadbiran Malaysia dan sepanjang tempoh saya menjadi Perdana Menteri".
Mahathir, yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, turut menarik balik lesen penerbitan tiga akhbar berpengaruh, dalam tiga bahasa utama, The Star (muka depannya pada hari pertama tangkapan yang membawa kepada pengharamannya, simple tapi menarik dan mudah diingati), Sin Chew Jit Poh dan Watan, atas alasan menyemarakkan api perkauman (yang sebenarnya didalangi Umno-MCA).
Serentak dengan itu, majlis ceramah politik tidak dibenarkan dan Malaysia bagaikan bertukar menjadi sebuah "negara polis".
Saya, yang baru memulakan kerjaya -- pada Mac 1987 -- sebagai pemberita Harakah (dan turut terbabit dalam edisi sulungnya) di bawah tunjuk ajar tokoh wartawan tersohor, Subky Abd Latiff, merasai sendiri situasi sulit cemas-takut sehingga setiap orang gelisah menjangkakan mereka juga boleh diserkup bila-bila masa.
Mendengar nama-nama tahanan yang tidak begitu dikenali dicekup dari hari ke hari (tangkapan tidak dibuat serentak tapi berperingkat-peringkat) membuatkan hampir semua yang pernah "berseteru" dengan pemerintah gerun dan merasakan gerak-geri mereka diintip serta menjadi target.
Bakal disumbat
Bersama hampir 20 rakan serumah yang masih bujang di Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kami menanti khabar dengan penuh debar tahanan-tahanan baru yang bakal disumbat. Sepuluh hari sebelum itu, pada 18 Oktober, kejadian amuk Prebet Adam menggunakan senjata M16 di Chow Kit dan Kg Baru mengemparkan tanahair, selain merancakkan lagi pasaran berita angin terutama mengaitkan dengan isu-isu perkauman.
Umno pula memukul gendang mahu mengadakan perhimpunan raksasa sebagai tindak balas terhadap isu-isu pendidikan Cina. Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai beraksi garang memanipulasinya. DAP, MCA dan Gerakan digambarkan bersatu menangani isu berkenaan.
Kebetulan saya baru saja menyiapkan satu makalah khas mengenai Peristiwa Memali, diusahakan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat, yang juga menerbitkan Harakah, dengan judul "Percikan Darah Syuhada".
Saya bermalam di kampung penuh bersejarah itu, dan mendapat layanan istimewa penduduk setempat, kunjungan kedua saya selepas menziarahinya dua bulan selepas tragedi berdarah pada hujung 1985.
Bimbang turut sama menjadi mangsa ISA yang menggila, helaian pertama majalah tanpa permit itu, terpaksa digunting dan dibuang sebelum diedarkan, dengan penuh hati-hati. Memang benar-benar terasa suasana takut, risau dan penuh curiga.
Tidak pencetak berani
Saya juga merakamkan getar Ops Lalang dalam makalah one-off, berjudul "Demokrasi Zaman Mahathir", diusahakan syarikat sendiri, Penerbitan Pemuda. Tidak pencetak berani mengambil risiko menyebabkan saya -- yang berhutang modal pembelian kertas -- berpindah-randah mencari rakan-rakan yang bersimpati.
Bayangkan, proses binding makalah berkenaan dijalankan di rumah sewa secara manual, dengan bantuan lebih 12 rakan-rakan!
Tragedi penahanan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membabitkan lebih 100 aktivis masyarakat, pemimpin parti politik, penggerak pertubuhan alam sekitar dan tokoh pendidikan Cina itu kerap dikaitkan dengan "era kediktatoran melalui undang-undang" Mahathir.
Antara tokoh-tokoh yang dikurung ialah Mohamad Sabu, Ustaz Halim Arshat, Khalid Samad, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Dr Chandra Muzaffar, Dr Nasir Hashim dan Dr Kua Kia Soong.
Ramai lagi tahanan yang tidak pernah dikenali menjadikan Ops Lalang itu bagaikan lembaga hitam yang cukup menakutkan.
Kini genap 25 tahun
Hujung November lalu, genap 25 tahun peristiwa itu berlalu. Biarpun jelas ia sarat dengan motif politik, terutama bagi menyelamatkan kedudukannya yang cukup terancam, termasuk cabaran dalaman Umno yang begitu sengit dan tajam, namun hingga kini, Mahathir masih cuba untuk merasionalkan tindakan zalimnya itu dengan daleh-daleh longgar.
Beliau juga dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa bersalahnya terhadap satu lagi aksi brutalnya, iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan dua Hakim Mahkamah Agung serta satu kempen terancang untuk memusnahkan kebebasan badan kehakiman.
Sampai saat ini, kewibawaan dan integriti hakim-hakim di Malaysia tetap dipersoal, manakala cabang eksekutif masih dilihat campur tangan dalam kes-kes kritikal mahkamah.
PAS, DAP saling mengenal di Kamunting
Apa pun, saya tertarik dengan komentar beberapa pemimpin kanan DAP, khususnya Lim Guan Eng, terhadap episod gelita suku abad yang lalu itu: "Pemimpin PAS dan DAP mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan Umno untuk memomokkan masyarakat bukan Melayu tentang PAS dan masyarakat Melayu tentang DAP.
"Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti itu pada hari ini."
Ya, isu dan krisis yang menyelubungi Umno waktu itu begitu kritikal dan cukup dahsyat sekali. Cabaran Tengku Razaleigh bersama Musa Hitam pada April 1987, yang kemudiannya membawa kes ke mahkamah, sehingga Hakim Harun Hashim tida pilihan lain dan "terpaksa" mengharamkan Umno (atas kemahuan Presidennya, Mahathir sendiri) seterusnya mengakibatkan Tun Salleh dipecat bagi mengelak keputusan Mahkamah Agung yang boleh "menjahanamkan" kerjaya politik Mahathir.
Bagaimanapun, disebabkan parti-parti pembangkang, khususnya PAS dan DAP, gagal membentuk persefahaman politik dan seringkali bercanggah pendapat -- meskipun mempunyai tujuan murni yang sama -- elit Umno telah menyambar kesempatan itu untuk terus bertakhta, merampok harta rakyat dan mencuri khazanah negara.
Dalam keadaan serba sulit diasak segenap penjuru itu, Mahathir terselamatkan disebabkan saingan politiknya turut berpecah.
Laluan bentuk kerajaan alternatif dirintis
Azab di Kamunting 25 tahun lalu itu rupanya cukup berbaloi. Kesengsaraan dipisahkan daripada anak isteri memang pedih tetapi ia berupaya mendekatkan diri sesama pejuang keadilan, daripada pelbagai kumpulan dan berjaya meletakkan asas persefahaman yang kukuh serta mantap untuk satu proses agak panjang membebaskan negara daripada cengkaman sebuah parti dominan.
Pengalaman di saat sukar itu mahal harganya. Pemimpin muda DAP, Liew Chin Tong, yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera, merumuskan: "Keakraban yang terbentuk dalam kesusahan akan berterusan mengukuhkan pergerakan bagi mendirikan Malaysia yang baru dan lebih baik untuk semua."
Mohamad Sabu yang dikurung satu kawasan dengan Guan Eng mengingati "detik-detik manis" itu: "Kami yang duduk bersama-sama di Kamunting berpeluang bertukar pandangan mengenai pendirian parti masing-masing terhadap isu-isu rejim Mahathir. Ini termasuklah prinsip DAP yang tidak menolak usaha membantu Bumiputera miskin sebaliknya menentang kecenderungan nasionalisme Melayu yang dieksploitasi hanya untuk mengkayakan pemimpin dan kroni Melayu tertentu sahaja."
Ketika budaya politik baru -- yang menolak sentimen perkauman dan memandang tinggi isu-isu good governance -- makin tumbuh subur di kalangan rakyat Malaysia, Umno dan kerabatnya dalam BN seperti MCA masih ghairah memainkan lagu lama bagi melaga-lagakan parti pembangkang.
Pelbagai jerat cuba dipasang, misalnya melalui kontroversi Hudud mutakhir ini, namun banyak pihak yakin, persefahaman PAS-DAP yang menempuh jalan berliku dan onak berduri tidak semudah itu dapat digoyang.
Perangkap Umno-MCA hanya akan memakan tuan sendiri!
Membilang hari-hari akhir
Umno-BN yang hampir kehilangan kuasa dan mungkin membilang hari-hari akhirnya masih tidak berputus asa untuk mengadu-domba parti-parti dalam Pakatan, khususnya PAS dan DAP.
Jika kedua-dua parti pembangkang yang berkongsi kepedihan dan keperitan panjang itu dapat dipisahkan, seperti Barisan Alternatif pernah dihancurkan selepas pilihan raya 1999, ekoran isu Negara Islam, nescaya Najib tidak ragu-ragu lagi untuk menghadap Agong bagi membubarkan Parlimen.
Ops Lalang 1987 merakamkan sejarah hitam yang pastinya terus menganggu hari-hari tua Mahathir, namun ia menjadi penyambung ikatan berpanjangan buat PAS dan DAP melakarkan sejarah gemilang dalam PRU13 nanti, dibantu KeADILan, dengan teraju utamanya, Anwar Ibrahim, yang turut menerima pendidikan terbaik, bukan saja dari Kamunting di usia mudanya tetapi juga mendekam dalam lokap dan penjara. -Ahmad Lutfi Othman
Label:
ancaman bahaya,
barang NAIK,
Dosa,
haram lagi memudaratkan,
kapitalis,
kemelut ekonomi,
kezaliman,
krisis makanan,
krisisekolah,
kuasa,
mangsa,
Perkauman,
tipu rakyat,
UmnoBN tolak Islam
Menteri Rasuah Ni 2 X 5 Kak Ijat, Pencen Lagi Baik
Jadi seperti Shahrizat, nasihat Rafizi
kepada Nazri
Rafizi Ramli hari ini mencabar Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk
bersikap “gentleman” dan mengikut jejak langkah rakan Kabinet, Datuk
Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan mengambil cuti berikutan dengan
hubungannya dengan peniaga balak Sabah, Michael Chia.
Menurut Rafizi, satu laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Nazri dan keluarganya pada Isnin ini, dengan tuduhan Chia memberi anak menteri tersebut kenderaan mewah bagi membebaskan dirinya dari tuduhan rasuah.
“Saya rasa ia hanya memalukan pada Nazri jika Shahrizat dilihat lebih berani dan bertanggungjawab.
“Jadi jika dia (Nazri) seorang pemimpin, jadi seorang “gentleman” dan ikut jejak Shahrizat, ambil cuti sementara siasatan sedang dibuat,” kata pengarah strategi PKR itu di sidang media hari ini, kali kedua semenjak semalam.
Chia baru-baru ini dibersihkan namanya dari tuduhan rasuah melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman selepas badan pencegahan rasuah Hong Kong mendapati beliau cuba untuk menyeludup wang ke Malaysia, adalah “dana politik” untuk Umno Sabah dan bukan wang peribadi Musa.
Rafizi memberitahu Nazri, yang baru-baru ini menggelarkan dirinya sendiri sebagai “menteri undang-undang nombor satu”, mungkin akan didapati bersalah kerana beliau adalah menteri yang memberitahu Parlimen bahawa Musa telah dibebaskan dari tuduhan rasuah.
Dengan mengumumkan Musa bebas dari tuduhan rasuah, Rafizi menambah, Nazri secara tidak langsung membebaskan Chia juga, walaupun gagal mengemukakan siasatan kepada kedua-dua individu berikut, sama ada dari SPRM atau dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC).
“Jika apa yang kami katakan tidak benar, dedahkan semuanya, Nazri, Jabatan Peguam Negara dan SPRM, semua harus dedahkan kertas siasatan mereka bahawa mereka mendakwa Chia tidak melakukan kesalahan tersebut,” kata Rafizi lagi.
“Kami tidak akan hanya ikut kata Nazri bulat-bulat, kami juga mengalami pengalaman yang sama sebelum ini semasa kes NFC. Kita mesti buktikan bahawa ICAC telah membersihkan Chia, dari Hong Kong sendiri.
” Rafizi tidak bersetuju dengan kenyataan Nazri semalam bahawa tidak ada perselisihan kepentingan apabila anaknya menggunakan Hummer milik Chia, dengan mengatakan Nazri mempunyai pengaruh yang kuat dalam Parlimen.
“Dengan kenyataannya di Parlimen, yang membersihkan nama Chia ke atas pertuduhan tersebut, ia membawa pengaruh dalam kenyataannya, lebih dari SPRM sendiri,” katanya lagi.
Dengan Nazri mengisytiharkan kes Musa-Chia telah ditutup, ia bagaimanapun tidak ada kenyataan dari SPRM atau ICAC.
Apabila ditanya tentang tuduhan Rafizi semalam, Nazri semalam tidak menafikan atau mengatakan bahawa anaknya menggunakan Hummer milik Chia, sebaliknya beliau berkata tidak ada salahnya jika ianya betul.
Menteri senior itu juga berkata tidak perselisihan kepentingan dalam hal ini, dan mengatakan beliau tidak menyiasat atau membersihkan nama Chia dalam kes rasuah itu.
“Keterangan Nazri tidak masuk akal langsung, dan saya lebih ‘gentleman’ dari dia kerana saya berani memilih jalan ini dan bersuara, dan tidak berlindung di sebalik imuniti ahli Parlimen.
“Dan saya rela untuk dihadapkan ke mahkamah,” kata Rafizi yang kini menghadapi dua kes dalam pendedahannya terhadap NFC — kerana tuduhan fitnah Shahrizat, dan melanggar undang-undang bank.
Pada awal sidang media, Rafizi memaparkan tujuh video pengintipan sebagai bukti tambahan dengan video semalam yang menunjukkan keluarga Nedim menggunakan kenderaan mewah Chia.
Video itu menunjukkan perjalanan Hummer tersebut dari kediaman kondominium mewah di Damansara Heights itu, di mana Nedim dan keluarganya dikatakan tinggal di rumah tersebut.
Rafizi juga menunjukkan dalam video tersebut kereta Audi hijau, yang didakwa dipandu oleh Nedim, dan Toyota Vellfire hitam yang dipandu oleh isterinya.
Menurut Rafizi, kenderaan Hummer tersebut selalunya digunakan oleh pemandu peribadi keluarga dan pengawal peribadi mereka dan digunakan untuk kenderaan ‘menyimpan barang’.
Bagaimanapun, tidak ada satu video memaparkan Nedim atau ahli keluarganya. -TMI
Menurut Rafizi, satu laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Nazri dan keluarganya pada Isnin ini, dengan tuduhan Chia memberi anak menteri tersebut kenderaan mewah bagi membebaskan dirinya dari tuduhan rasuah.
“Saya rasa ia hanya memalukan pada Nazri jika Shahrizat dilihat lebih berani dan bertanggungjawab.
“Jadi jika dia (Nazri) seorang pemimpin, jadi seorang “gentleman” dan ikut jejak Shahrizat, ambil cuti sementara siasatan sedang dibuat,” kata pengarah strategi PKR itu di sidang media hari ini, kali kedua semenjak semalam.
Chia baru-baru ini dibersihkan namanya dari tuduhan rasuah melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman selepas badan pencegahan rasuah Hong Kong mendapati beliau cuba untuk menyeludup wang ke Malaysia, adalah “dana politik” untuk Umno Sabah dan bukan wang peribadi Musa.
Rafizi memberitahu Nazri, yang baru-baru ini menggelarkan dirinya sendiri sebagai “menteri undang-undang nombor satu”, mungkin akan didapati bersalah kerana beliau adalah menteri yang memberitahu Parlimen bahawa Musa telah dibebaskan dari tuduhan rasuah.
Dengan mengumumkan Musa bebas dari tuduhan rasuah, Rafizi menambah, Nazri secara tidak langsung membebaskan Chia juga, walaupun gagal mengemukakan siasatan kepada kedua-dua individu berikut, sama ada dari SPRM atau dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC).
“Jika apa yang kami katakan tidak benar, dedahkan semuanya, Nazri, Jabatan Peguam Negara dan SPRM, semua harus dedahkan kertas siasatan mereka bahawa mereka mendakwa Chia tidak melakukan kesalahan tersebut,” kata Rafizi lagi.
“Kami tidak akan hanya ikut kata Nazri bulat-bulat, kami juga mengalami pengalaman yang sama sebelum ini semasa kes NFC. Kita mesti buktikan bahawa ICAC telah membersihkan Chia, dari Hong Kong sendiri.
” Rafizi tidak bersetuju dengan kenyataan Nazri semalam bahawa tidak ada perselisihan kepentingan apabila anaknya menggunakan Hummer milik Chia, dengan mengatakan Nazri mempunyai pengaruh yang kuat dalam Parlimen.
“Dengan kenyataannya di Parlimen, yang membersihkan nama Chia ke atas pertuduhan tersebut, ia membawa pengaruh dalam kenyataannya, lebih dari SPRM sendiri,” katanya lagi.
Dengan Nazri mengisytiharkan kes Musa-Chia telah ditutup, ia bagaimanapun tidak ada kenyataan dari SPRM atau ICAC.
Apabila ditanya tentang tuduhan Rafizi semalam, Nazri semalam tidak menafikan atau mengatakan bahawa anaknya menggunakan Hummer milik Chia, sebaliknya beliau berkata tidak ada salahnya jika ianya betul.
Menteri senior itu juga berkata tidak perselisihan kepentingan dalam hal ini, dan mengatakan beliau tidak menyiasat atau membersihkan nama Chia dalam kes rasuah itu.
“Keterangan Nazri tidak masuk akal langsung, dan saya lebih ‘gentleman’ dari dia kerana saya berani memilih jalan ini dan bersuara, dan tidak berlindung di sebalik imuniti ahli Parlimen.
“Dan saya rela untuk dihadapkan ke mahkamah,” kata Rafizi yang kini menghadapi dua kes dalam pendedahannya terhadap NFC — kerana tuduhan fitnah Shahrizat, dan melanggar undang-undang bank.
Pada awal sidang media, Rafizi memaparkan tujuh video pengintipan sebagai bukti tambahan dengan video semalam yang menunjukkan keluarga Nedim menggunakan kenderaan mewah Chia.
Video itu menunjukkan perjalanan Hummer tersebut dari kediaman kondominium mewah di Damansara Heights itu, di mana Nedim dan keluarganya dikatakan tinggal di rumah tersebut.
Rafizi juga menunjukkan dalam video tersebut kereta Audi hijau, yang didakwa dipandu oleh Nedim, dan Toyota Vellfire hitam yang dipandu oleh isterinya.
Menurut Rafizi, kenderaan Hummer tersebut selalunya digunakan oleh pemandu peribadi keluarga dan pengawal peribadi mereka dan digunakan untuk kenderaan ‘menyimpan barang’.
Bagaimanapun, tidak ada satu video memaparkan Nedim atau ahli keluarganya. -TMI
Rafizi: Nazri Perlu Bercuti Hingga Selesai Di Siasat SPRM PETALING JAYA, 2 NOV – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz bercuti buat sementara waktu dari jawatannya sementara menunggu sisatan SPRM berhubung dakwaan keluarganya mendapat habuan dari ahli perniagaan, Michael Chia.
Saranan ini dibuat Rafizi ekoran Nazri Aziz lantang mengkritik Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang pernah dikaitkan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) dan menyaksikan penglibatan keluarganya.
“Mengambil kira pendekatan yang telahpun diambil oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak bila berdepan dengan seorang menteri yang dituduh di dalam rasuah yang melibatkan keluarga beliau seperti mana kes NFC dan Datuk Seri Shahrizat Jalil, maka wajarlah Datuk Seri Nazri Aziz bercuti dari jawatan beliau sementara menunggu siasatan dijalankan untuk membersihkan nama beliau,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Rafizi juga turut merujuk Akta SPRM 2009 Bahagian IV, (Kesalahan dan Penalti) kesalahan menerima rasuah yang menakrifkan pelakuan rasuah mengikut Seksyen 16(a) dan 16(B). Seksyen 16(a) menetapkan bahawa perlakuan rasuah dikira berlaku walaupun suapan itu diterima oleh orang lain dan manfaatnya dinikmati orang lain. Seksyen 16(B) menguatkan lagi dakwaan yang didedahkan PKR dengan menetapkan bahawa perlakuan rasuah dikira berlaku walaupun tiada suapan sebenar yang diterima.
Kenyataan Rafizi tersebut ekoran pendedahan beliau berhubung dakwaan penggunaan kereta mewah Hummer dengan nombor pendaftaran WNX 9776 milik Michael Chia oleh Nedim Nazri Aziz dan keluarganya. Ahli perniagaan Michael Chia telah didakwa dikaitkan dengan dengan pendedahan mengenai wang berjumlah RM40 juta yang dipercayai mempunyai kaitan ‘rapat’ dan ‘mempunyai hubungan baik’dengan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Umno Sabah.
Menurut Rafizi lagi, beliau menyambut baik reaksi pantas yang dibuat Nazri meskipun banyak menghamburkan kata nista terhadapnya yang bersifat peribadi. Beliau yang sebelum ini seorang akauntan berkata, beliau tidak mahu terlibat dalam pertelingkahan peribadi dengan sesiapa sebaliknya memberikan fokus kepada persoalan rasuah dan salahguna kuasa yang mungkin berlaku.
Sehubungan itu, PKR akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegaha Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin hadapan pada jam 3 petang.
Sebelum ini, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang turut menggesa kerajaan agar sebuah suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung “sumbangan politik” RM40 juta yang juga dikaitkan dengan Michael Chia.
Label:
ancaman bahaya,
Dosa,
haram lagi memudaratkan,
jalanraya,
kapitalis,
kemelut ekonomi,
kezaliman,
krisis makanan,
kuasa,
mangsa,
Perkauman,
rasuah,
tipu rakyat,
UmnoBN tolak Islam
Selasa, 30 Oktober 2012
Uncle Sam Dilanda Badai
This stretch of New York City's Battery Park saw flooding Monday
morning. In the background is the Statue of Liberty.
Rabu, 24 Oktober 2012
MISC Sedut Darah Buruh Paksa Jepun & Warisnya
Berkatalah dengan penuh mengharap Presiden Persatuan Bekas dan Warisan Buruh Paksa Ke Burma "Kami hanya menunggu masa saja. InsyaAllah, pampasan itu akan dibayar oleh kerajaan Jepun tidak lama lagi."
"Jika segala-galanya berjalan lancar, buruh paksa atau waris mereka dijangka mendapat durian runtuh hasil perjuangan persatuan ini,'' katanya.
"Ayah pernah mengeluh kepada saya dulu. Walaupun kerap kali menghadiri mesyuarat, namun, dia masih belum sempat merasa wang pampasan yang dijanjikan oleh pihak yang berkenaan.
"Ayah cakap, kalau dapat duit tu, kami tak akan hidup susah lagi," kata Mariam anak kepada seorang Buruh paksa yang kini sudah uzur dan tak mampu menguruskan dirinya lagi.. (baca di SINI )
Harapan yang mereka letakkan setinggi langit terhadap Kerajaan UMNO/BN supaya membayar kepada mereka pampasan itu kini mungkin tinggal harapan.
Ini kerana manusia-manusia yang diamanahkan untuk menyerahkan wang pampasan tersebut telah menggunakannya seolah-olah wang tersebut milik mak bapak mereka..
Bayaran pampasan yang telah dipersetujui antara Kerajaan Malaysia dan Jepun pada 21 Sept 1967.. tersebut telah digunakan bagi membiayai penubuhan Malaysia International Shipping Corporation...
Itu pampasan yang dipersetujui pada 1967.. bagaimana pula dengan tuntutan Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 yang telah berbincang dengan Kerajaan Jepun di Narita pada Disember 2005?
Dengar cerita ianya telah dibayar (sila baca di SINI ) kemana pula ia menghilang agaknya..
PRSB : Ramai dah meninggal dunia tak merasa langsung pampasan dari kerajaan Jepun
Balik-balik dalam filem nak salahkan Jepun macam dalam filem Sargent Hassan sedangkan yang salah adalah UmnoBn yang menerima pampasan tapi pecah amanah dan curang tehadap pekerja dan waris buruh paksa
Selasa, 16 Oktober 2012
Napa tak tangkap saja menteri yg kementeriannya bangkrap (Mindef, IWK, Rapid KL, KK Luar Bandar & Wilayah, UiTM)
Laporan Audit 1
Mindef bayar RM3.2b untuk kuarters 'tak memuaskan'
Laporan Ketua Audit Negara yang dikemukakan ke Parlimen hari ini mendapati kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan.
Kos untuk 38 projek tersebut – melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.
Laporan itu menyebut, hanya satu daripada projek yang diaudit itu, yang merupaan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-9, dianugerahkan melalui tender terbuka manakala bakinya melalui rundingan terus, tender terhad atau dengan sebut harga.
Enam daripada projek ini terletak di Lembah Klang dan dianugerahkan kepada Syarikat USL – satu kerjasama di antara Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Sdn Bhd.
Menurut laporan tersebut, USL didapati "tidak berpengalaman" dan pegawai teknikal syarikat itu pula "kurang kompeten" untuk menyiapkan projek tersebut. -mk
Laporan Audit 2
Indah Water rugi hampir RM1 bilion – Audit
KUALA LUMPUR 15 Oktober: Syarikat pembentungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) mengalami kerugian terkumpul secara berterusan sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM888.1 juta, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dibentang hari ini.
“Kes kecurian di loji olahan kumbahan melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM25.40 juta, air kumbahan tidak dirawat mengikut standard ditetapkan, kerosakan struktur loji serta pelanggaran standard efluen melibatkan fi lesen berjumlah RM1.554 bilion.
“Prestasi kewangan IWK kurang memuaskan. Syarikat tidak mampu menjana keuntungan dan terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasinya,” tulis laporan tersebut.
Justeru, prestasi syarikat pembetungan nasional itu ditandakan sebagai ‘kurang memuaskan’ dalam laporan tersebut.
“Setakat 31 Disember 2011, IWK hanya berjaya membangunkan sistem pembentungan negara ke satu tahap lebih baik selepas 17 tahun mengendalikannya.
“Projek tidak dirancang dengan teliti. Sijil Perakuan Siap Kerja dikeluarkan bagi projek yang komponen utamanya gagal dalam pengujian dan pentauliahan,” jelas laporan berkenaan. -KD
Laporan Audit 3
Audit tegur kerugian Rapid KL RM300 juta
KUALA LUMPUR 15 Oktober: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) mencatat kerugian terkumpul sehingga 31 Disember 2010 berjumlah RM293.82 juta, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011.
“Prestasi kewangan RapidKL kurang memuaskan di mana syarikat mengalami kerugian pada 2008 dan 2010, walaupun mencatat keuntungan pada 2009.
“Bilangan bas sedia guna bagi empat model iaitu Dong Feng 120, Iveco, Dong Feng 75 dan King Long Suzhou hanya mencapai kurang 50 peratus daripada keseluruhan bas sebenar,” jelas laporan itu.
LKAN 2011 turut menegur kelemahan pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipan RapidKL yang kurang memuaskan, manakala peratusan bas boleh beroperasi tidak mencapai 100 peratus.
RapidKL ditubuhkan pada 26 Julai 2004 dengan modal berbayar RM300 juta. Pada Jun 2009, Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengambil alih RapidKL daripada Menteri Kewangan Incorporated dengan pegangan ekuiti 100 peratus.
RapidKL juga adalah pengendali sistem tren transit aliran Ampang dan Kelana Jaya serta pengangkutan bas di Kuala Lumpur dan sebahagian di Lembah Klang. -KD
Laporan Audit 4
Projek jalan raya di Sarawak bermasalah, kata Ketua Audit Negara
KUALA LUMPUR, 15 Okt — Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini di parlimen mendapati projek membina dan menaik taraf jalan luar bandar di negeri Sarawak bermasalah malahan terdapat juga projek yang disifatkan sebagai “projek sakit” dan perlu diberikan perhatian.
“Sebanyak 101 projek bernilai RM437.57 juta yang disiapkan adalah tidak memuaskan, manakala 38 projek (37.6%) bernilai RM178.94 juta telah mengalami kelewatan antara 15 hingga 242 hari daripada jadual asal.
Sebanyak 13 projek sakit (17.6%) bernilai RM229.27 juta daripada 74 projek kerana kelewatan menepati jadual patut siap sebanyak 20%,” tulis laporan tersebut.
Lebih memeranjatkan, laporan itu juga mendapati projek pembinaan jalan yang telah siap tidak mengikut spesifikasi kontrak dan kualiti pembinaan jalan, keselamatan dan keselesaan jalan tidak memuaskan pengguna jalan raya hasil daripada maklum balas yang diperoleh.
“Kebanyakkan projek yang tidak mengikut piawaian tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah seperti jalan terlalu berbukit, turapan bitumen nipis, jalan tidak rata, jalan cepat rosak dan berlubang.
“Di samping itu, lawatan oleh pihak audit juga mendapati tiga projek (satu di Miri, dua di Samarahan) pembinaan jalan baru dan naik taraf jalan sedia ada bernilai RM 28.75 juta tidak memasukkan keperluan membina culvert dan jambatan yang sesuai dalam skop kerja kontrak.
“Selain itu, semakan pihak audit terhadap 25 sampel projek telah mengenalpasti tiga projek bernilai RM22.54 juta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti ketebalan road base aggregate dan premix,” tulis laporan tersebut.
Bagi tempoh tahun 2006 hingga 2011, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) telah diluluskan peruntukan untuk melaksanakan 175 projek dengan nilai asal kontrak berjumlah RM1.727 bilion.
Daripada 175 projek ini, sebanyak 146 projek bernilai RM1.104 bilion dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKRS) manakala sebanyak 29 projek lagi bernilai RM622.84 juta dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPSS).
Bagi menangani dan mengelak daripada mengulangi masalah sama, pihak audit telah mengesyorkan kepada KKLW supaya lebih teliti dan menyeluruh dalam setiap projek pembinaan jalan baru atau naik taraf supaya projek berjalan dengan lancar tanpa gangguan.
Pihak audit juga menegur JKRS selaku agensi pelaksanaan projek ini perlu merancang secara holistik supaya objektifnya tercapai dan memberi nilai wang serta hasilnya kepada pengguna, memastikan setiap projek menepati spesifikasi, standard dan kualiti yang ditetapkan dan seterusnya boleh memberi keselesaan kepada pengguna dan memantau pelaksanaan projek dengan memastikan kawalan kualiti dilakukan sepanjang proses pembinaan sehingga Certificate of Practical Completion (CPC) dikeluarkan. -TMI
Laporan Audit 5
Pensyarah sementara UiTM dilantik tanpa bukti tamat pengajian
Semakan audit mendapati 15 penerima biasiswa - yang terdiri daripada seorang peringkat PhD dan 14 peringkat sarjana - telah dilantik sebagai pensyarah sementara Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2003 hingga 2009 tanpa bukti mengemukakan bukti telah tamat pengajian.
Mereka telah dilantik berdasarkan Borang Melapor Diri Bagi Pemegang Biasiswa TPM, demikian menurut laporan maklum balas daripada Perbendaharaan Malaysia ke atas isu-isu utama dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti badan berkanun persekutuan serta pengurusan syarikat subsidiari bagi tahun 2011.
"Mengikut borang tersebut 15 penerima biasiswa itu menyatakan telah menamatkan pengajian tetapi masih belum menerima keputusan rasmi daripada Universiti berkaitan.
"Pelantikan ini adalah bertentangan dengan prosedur pelantikan pensyarah sementara kerana tidak mengemukakan bukti tamat pengajian," kata laporan tersebut.
Katanya, ini disebabkan Borang Melapor Diri Bagi Pemegang Biasiswa TPM tidak menghendaki sesalinan skrol, transkrip atau pengesahan universiti tempat pengajian dikemukakan bersama sebagai bukti tamat pengajian.
"Oleh itu semua 15 pensyarah sementara ini telah berkhidmat selama dua hingga lapan tahun tetapi tidak dapat diserap ke jawatan tetap.
"Pada pendapat Audit, UiTM hendaklah mengambil tindakan proaktif dengan menghubungi Universiti berkaitan bagi memastikan 15 pensyarah sementara tersebut telah tamat pengajian dengan jayanya," kata laporan tersebut.
Selain itu, tambahnya, UiTM perlu memastikan semua penerima biasiswa TPM mengemukakan bukti tamat pengajian dengan jayanya semasa melaporkan diri.
"UiTM memaklumkan pemegang biasiswa bertanggungjawab memberitahu UiTM jika ada perubahan status Ijazah sepertimana perkara 10 (d) dalam Memorandum Syarat-Syarat Tawaran Biasiswa.
"Selain itu, Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staf (Induk) pada 27/02/2012 telah membuat keputusan pemegang biasiswa TPM yang melaporkan diri selepas tamat tempoh pengajian tanpa mengemukakan salinan surat Senat bagi pengesahan tamat pengajian, tidak akan dilantik ke jawatan pensyarah," kata laporan itu lagi.
Menurut laporan itu, semakan Audit mendapati JPSM (Jabatan Pembangunan Sumber Manusia) dan JPbSM tidak mempunyai prosedur kerja yang lengkap untuk pengurusan biasiswa TPM.
"Ini menyebabkan pengurusan biasiswa TPM tidak dapat diurus dengan teratur. Selain itu, Pejabat PUU tidak mempunyai prosedur kerja terperinci berkenaan tempoh masa dan kekerapan bagi pengeluaran notis serta surat peringatan," tambahnya.
Sementara itu, tambahnya, semakan lanjut terhadap 48 fail pemegang biasiswa TPM yang pecah kontrak di Pejabat PUU mendapati ia tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini, kata laporan itu lagi.
Menurutnya, proses kerja yang tidak lengkap menyebabkan tindakan undang-undang dan susulan sukar diambil kerana didapati lima fail tiada dokumen asal perjanjian dan surat tawaran. 30 fail tiada dokumen asal perjanjian dan kesemua 48 fail itu tiada kertas minit dan senarai semak kandungan.
Sementara itu, dalam jawapannya, UiTM memaklumkan mengenai penambahbaikan terhadap memorandum baru biasiswa dengan memasukkan klausa tambahan iaitu pegawai hendaklah mengemukakan surat Senat/surat pengesahan universiti tempat pengajian semasa atau selepas melaporkan diri sebagai bukti tamat pengajian.
UiTM juga telah memberi maklumbalas pada 25 Jun 2012 berdasarkan surat daripada Jabatan Audit Negara bertarikh 14 Jun 2012 mengenai Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2011.
Dalam surat tersebut, UiTM memohon para 10.4.4.1 -“JPSM dan JPbSM tidak mempunyai prosedur kerja yang lengkap dengan pengurusan biasiswa TPM. Ini menyebabkan pengurusan biasiswa TPM tidak dapat diurus dengan teratur” digugurkan kerana JPSM tidak terlibat dengan pengurusan biasiswa TPM, hanya melibatkan urusan pelantikan TPM sebagai pensyarah.
JPbSM pula, jelas UiTM, mempunyai prosedur kerja yang lengkap dan terperinci melibatkan pengurusan biasiswa sepertimana yang telah dilampirkan selepas mesyuarat 'exit conference' pada 27 April 2012.
"PUU dalam proses merangka prosedur kerja yang lengkap melibatkan urusan mengambil tindakan undang-undang ke atas tindakan pecah kontrak.
"Bagi proses tindakan undang-undang, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia hanya mengemukakan salinan dokumen berkaitan untuk tindakan pihak PUU," jelas UiTM. -mk
Ulasan GB
Dengan pujian Audit Negara terhadap pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan dan dengan kepincangan-kepincangan yang dinyatakan di atas, maka sudah sewajarnya kerajaan Barisan Nasional ditukarkan kepada Pakatan Rakyat.
Samada suka atau tidak suka, namun itulah hakikatnya. Hukum kebenaran dan keadilan akhirnya mengambil tempatnya - mendedahkan siapa yang terlebih baik di dalam mengurus-tadbir negara.
Sekalipun BN dengan segala medianya cuba untuk memburuk-burukkan reputasi dan prestasi negeri-begeri dibawah Pakatan Rakyat, namun perkara yang benar tidak boleh ditutup dan disembunyikan.
Penipuan-penipuan media massa untuk menunjukkan kehodohan Pakatan Rakyat kononnya akhirnya menikam mereka kembali.
Dengan laporan audit terbaru ini, langkah Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin hampir dan semakin pasti.
klik untuk baca
Rabu, 10 Oktober 2012
Mahathir Bina Monumen Punca Perpecahan Melayu
Shah Alam: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lebih mementingkan pembinaan monumen hebat dan bersejarah di zaman pentadbirannya didakwa menjadi punca negara hilang daya saing dalam pelbagai bidang berikutan kemerosotan moral di kalangan rakyat.
Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil berkata pembinaan monumen yang dikatakan menjadikan negara lebih maju dan moden berkisar dari segi pembangunan fizikal dan material semata-mata.
Katanya, amalan sebegitu yang lebih diutamakan Dr Mahathir menyebabkan negara pada masakini menghadapi masalah moral yang kritikal di samping sistem pentadbiran negara dibelenggu gejala rasuah berleluasa.
Menurutnya, pembangunan insan diabaikan menjadi punca umat Melayu beragama Islam hilang jati diri serta tahap kerohanian runtuh dan lemah.
“Di zaman Dr Mahathir dulu apa dipentingkan ialah pembinaan monumen-monumen yang dibanggakan hingga apa dikatakan dengan slogan seperti “Bersih, Cekap dan Amanah”, “Malaysia Boleh” dan yang lain tinggal slogan sahaja.
“Apa ditinggalkan ialah pembangunan dan pembentukan insan yang merupakan asas kekuatan umat Melayu Islam,” katanya dalam Bengkel Bedah Buku “Islam & Melayu” hasil karyanya di Universiti Selangor (Unisel) di sini semalam.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali dalam ucapan perasmiannya berkata, program diadakan itu adalah program yang mengupas satu isu yang amat penting di kalangan orang Melayu beragama Islam di negara ini.
Beliau berkata, pihak penganjur wajar dipuji kerana mengadakannya dan membincangkan persoalan itu secara ilmiah dan berfakta.
“Jati diri Melayu sama juga dengan jati diri bangsa lain, harus dipertahankan dengan masing-masing punya kelebihan dan kelainan.
Bagi bangsa Melayu tentunya Islam menjadi paksi jati diri mereka,” katanya.
Turut hadir, Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad; Dekan Fakulti Perniagaan Unisel, Profesor Dr Mohd Fuad Salleh; Penasihat Editor Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali.
PRSB : Dia kemaruk kebendaan seperti membina bangunan besar-besar dan bersifat angkuh ala Firaun dalam masa yang sama tidak menumpukan usaha membina sumber manusia mendidik menjadi insan mulia, maka orang yang cerdik seperti DSAI dianggap musuh.
Lalu berpecahlah sebahagian orang melayu sehingga hari ini menolak UmnoBN.. memang dia ni tak pandai jaga hati orang Melayu, tak reti jaga agama Islam, tak pandai ambil hati Sultan... tak pelik sebab wataknya ala Firaun
Selasa, 9 Oktober 2012
Timbalan PM Tak Reti Nombor
Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang sebelum ini mendakwa
pentadbiran negeri di bawah Umno-BN adalah ‘terbaik’ berbanding Pakatan
Rakyat.
Sebaliknya, Abdul Khalid berkata di bawah pimpinan Pakatan, ekonomi dan pembangunan negeri menjadi semakin baik serta maju berbanding Umno-BN.
Ini dibuktikan dengan simpanan rizab negeri yang meningkat setiap tahun, masalah rumah terbengkalai yang diselamatkan, hutang syarikat Talam yang dikutip dan hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat.
“Beliau (Muhyiddin) cakap PR memerintah Selangor tidak baik maknanya beliau tidak pandai baca angka.
“Kalau beliau terus menjadi Timbalan Perdana Menteri, nampaknya teruklah negara kita,” sindir Abdul Khalid dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Kuala Selangor, di Ijok di sini semalam.
Katanya, di bawah Umno-BN hanya RM 100 juta diagihkan kepada rakyat dan ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan yang mengagihkan RM 700 juta.
“Pada 2005 hingga 2007, harta selangor dulu hanya empat peratus, tetapi PR kerja keras untuk dapatkan kembali dengan menyelesaikan banyak masalah yang ditinggalkan Umno-BN, contohnya hutang talam dan projek perumahan terbengkalai.
“Kalau beliau kata Selangor tidak baik atau bagus bawah PR, maka bawah Umno-BN lagi tidak baik,” katanya.
Jelasnya, Selangor merupakan negeri yang paling banyak sumbangannya kepada negara.
“Pada 2008, ekonomi Malaysia bertumbuh tujuh peratus manakala Selangor sebanyak sembilan peratus.
“Manakala pada 2009, ekonomi negara jatuh sehingga tiga peratus dan Selangor hanya jatuh kepada satu peratus. Kalau beliau masih kata tidak baik, saya tidak tahulah,” katanya.
Ulasan GB
Sebaliknya, Abdul Khalid berkata di bawah pimpinan Pakatan, ekonomi dan pembangunan negeri menjadi semakin baik serta maju berbanding Umno-BN.
Ini dibuktikan dengan simpanan rizab negeri yang meningkat setiap tahun, masalah rumah terbengkalai yang diselamatkan, hutang syarikat Talam yang dikutip dan hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat.
“Beliau (Muhyiddin) cakap PR memerintah Selangor tidak baik maknanya beliau tidak pandai baca angka.
“Kalau beliau terus menjadi Timbalan Perdana Menteri, nampaknya teruklah negara kita,” sindir Abdul Khalid dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Kuala Selangor, di Ijok di sini semalam.
Katanya, di bawah Umno-BN hanya RM 100 juta diagihkan kepada rakyat dan ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan yang mengagihkan RM 700 juta.
“Pada 2005 hingga 2007, harta selangor dulu hanya empat peratus, tetapi PR kerja keras untuk dapatkan kembali dengan menyelesaikan banyak masalah yang ditinggalkan Umno-BN, contohnya hutang talam dan projek perumahan terbengkalai.
“Kalau beliau kata Selangor tidak baik atau bagus bawah PR, maka bawah Umno-BN lagi tidak baik,” katanya.
Jelasnya, Selangor merupakan negeri yang paling banyak sumbangannya kepada negara.
“Pada 2008, ekonomi Malaysia bertumbuh tujuh peratus manakala Selangor sebanyak sembilan peratus.
“Manakala pada 2009, ekonomi negara jatuh sehingga tiga peratus dan Selangor hanya jatuh kepada satu peratus. Kalau beliau masih kata tidak baik, saya tidak tahulah,” katanya.
Ulasan GB
Sabtu, 29 September 2012
Menggula-gulakan Rakyat Dengan Menaikkan Harga Gula 20sen
Datuk Seri Najib Razak menawarkan “gula-gula” dalam Bajet 2013 hari ini, menggunakan RM3 bilion wang pembayar cukai untuk pemberian wang tunai kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3, 000 dan bonus 1.5 bulan untuk 1.4 juta penjawat awam dalam apa yang dilihat sebagai bajet pilihan raya sebelum pilihan raya akan datang, perlu diadakan menjelang pertengahan 2013.
Perdana menteri yang juga menteri kewangan juga memberikan RM250 bagi yang belum berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000, yang membentuk seramai 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pelajar-pelajar sekolah juga akan mendapat RM100 setiap seorang dari Putrajaya tahun depan manakala RM1.2 bilion telah diperuntukkan untuk golongan tua, kanak-kanak, pekerja kurang upaya dan mereka yang mempunyai penyakit kronik di bawah Program Kebajikan 1Malaysia.
Najib juga mengurangkan satu peratus cukai pendapatan bagi yang berpendapatan RM50,000 pendapatan bercukai setahun, menyediakan bantuan kecil kepada 1.2 juta pembayar cukai dalam negara yang mempunyai rakyat seramai 28 juta.
Gula naik harga dengan memotong subsidi
Tetapi Barisan Nasional (BN) memotong subsidi gula sebanyak 20 sen/kg, meninggalkan subsidi sekarang pada 34 sen/kg, menurunkan bil subsidi gula kepada RM278 juta pada harga semasa. Najib sebut penyelarasan (baca naik) harga gula atas alasan sakit kencing manis.
Kerajaan juga akan membelanjakan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit perumahan untuk mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000.
Antara beberapa tajuk lain rancangan perbelanjaan kerajaan seperti:—
- RM500 juta akan diperuntukkan untuk projek Kehidupan Sungai bagi membaikpulih Sungai Klang
- RM 9 billion untuk Mass Rapid Transit (MRT)
- RM 200 juta untuk Dana Industri Halal
- RM 1 billion untuk perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) Bumiputera
- Pencen minimum ditingkatkan dari RM720 ke RM820 bagi yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun
- RM38.7 billion untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan tambahan RM 500 juta untuk melatih guru bagi subjek penting seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik
- Geran dan insentif untuk memulakan tadika dan pusat jagaan kanak-kanak dengan RM1.2 billion peruntukan bagi pembangunan pendidikan pra sekolah
- RM1billion untuk membaik pulih sekolah
RM400 juta untuk sekolah kebangsaan dan RM100 juta untuk sekolah Cina, Tamil, agama, berasrama penuh dan MRSM
- “Skim Rumah Pertama Saya” had pendapatan bagi pinjaman individu meningkat dari RM3, 000 hingga RM5, 000 sebulan, dan sehingga RM10, 000 bagi pinjaman bersama pasangan berkahwin.
- Had bagi pengecualian duti setem bagi rumah dinaikkan daripada RM350, 000 hingga RM400, 000. Pengecualian ini juga diperluaskan sehingga Disember 2014
- Cukai keuntungan hartanah meningkat daripada 10 peratus kepada 15 peratus untuk hartanah yang dijual dalam tempoh dua tahun dari tarikh pembelian, dan daripada 5 peratus hingga 10 peratus bagi hartanah yang dijual antara dua dan lima tahun.
- Nilai Baucer Buku 1 Malaysia untuk pelajar meningkat daripada RM200 kepada RM250.
- Pelepasan cukai untuk pendidikan tinggi meningkat daripada RM4, 000 kepada RM6, 000.
- Pelepasan cukai dua kali ganda bagi Skim Simpanan Pendidikan Negara, daripada RM3, 000 kepada RM6, 000.
- Dua puluh peratus diskaun ke atas pembayaran penuh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara 1 Oktober 2012 dan 30 September, 2013.
- Sepuluh peratus diskaun ke atas ansuran pembayaran balik tetap pinjaman PTPTN.
-FELDA akan membina 20,000 unit perumahan bernilai RM1.5 bilion di 5,000 ekar tanah FELDA.
Pembangkang sambut sinis Bajet
Pembangkang hari ini menyambut sinis pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Berikut petikan beberapa pemimpin utama pembangkang berhubung pembentangan sebentar tadi:
Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang
Belanjawan biasanya memberikan unjuran berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik.
Kedua-dua ini nampak tak disentuh sangat tapi nampak beberapa gimik politik yang agak keterlaluan.
Tentunya ada beberapa isu kita boleh jawab umpamanya disentuh tentang perumahan yang besar tetapi tidak pernah dicapai seperti kita harapkan."
Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang Jelas bajet ini bajet pilihan raya kerana ia tidak mengambil kira keadaan fiskal atau keadaan kewangan negara.
Kalau kita lihat belanja tahun lepas ia telah lebih belanja RM20 bilion, Kalau kita lihat. Hutang naik 456 bilion tahun lepas kepada 502 bilion untuk akhir tahun ini.
Jadi jelas ia bajet pilihan raya untuk beli undi tapi kita harap bukan sekadar beli undi tapi menjadikan kroni-kroni kaya sahaja.
Kita lihat di sini yang dapat manfaat kroni-kroni dengan projek yang dijanjikan.
Kita lihat kalau tahun depan Pakatan menang ini mungkin akan buat kita lebih susah lagi.
Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor
Ia (belanjawan) masih berkisar soal isu makro dan bukan isu-isu berkaitan rakyat.
Salahuddin Ayub, naib presiden PAS
Asas kekuatan ekonomi tidak disentuh secara kukuh dalam bajet kali ini.
Banyak fokus yang menjurus kepada pemberian undi.
Kena kembali kepada asas dan pecahkan sistem monopoli.
"Bajet yang sangat jelas menjurus kepada pemberian undi yang tidak dapat dielakkan ekoran terlalu banyak pengumuman pemberian tunai.
"Bajet Pakatan lebih bersifat fundamental dan punya objektif yang kukuh untuk menyelesaikan masalah rakyat jika memilih Pakatan.
Datuk Mahfuz Omar, naib presiden PAS
Ini bajet panik kerajaan kerana ia berasaskan pemberian yang diumumkan dan di akhirnya memang menyeru harapan rakyat supaya bagi peluang kepada Umno-BN sekali lagi.
Kerajaan panik dengan gelombang kebangkitan rakyat. Bajet yang tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi.
Ada lagi unsur ketirisan dan nak kayakan kroni bukan untuk rakyat.
Dengan hutang negara telah mencecah RM476billion hutang negara, kerajaan masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara.
Anthony Loke, ketua Pemuda DAP
Ia untuk membeli pengundi dari pelbagai sektor. Gula-gula paling jelas ialah rebat pembelian telefon pintar RM200. Ia jelas mensasarkan pengundi pertama kali.
Begitu juga dengan baucar dan sebagainya.
Penjawat awam dengan bonus sebulan setengah, Ini pertama kali bonus untuk penjawat awam naik kepada sebulan setengah.
Tujuannya untuk mendapatkan sokongan kelompok ini dalam pilihan raya.
Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor)
Jelas bahawa bajet PM seolah-olah tidak mengambil latar belakang fizikal dan hanya disusun untuk mendapatkan undi.
Ini kita sudah jangkakan.
Perbelanjaan sepatutnya bertanggungjawab dan ini berlaku sebaliknya.
Segala pemberian one-off bermakna Najib hanya mahukan undi untuk pilihan raya umum.
Ringkasnya, walaupun bajet PM dan belanjawan Pakatan bersifat popular dan populis - opular untuk memenuhi kesejahteraan rakyat - populis hanya memberikan beban pada rakyat.
Jumaat, 21 September 2012
Tun M Belasah Hishammuddin, Polis

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bersetuju bahawa keadaan di jalanan di Malaysia hari ini lebih berbahaya dan melabelkannya sebagai “fenomena baru” yang perlu diselesaikan oleh kerajaan dengan membelanjakan lebih banyak pruntukkan.
Perdana menteri (PM) paling lama memerintah itu mengatakan sudah dapat dilaksanakan di mana orang ramai bergantung seratus peratus kepada polis untuk mencegah jenayah walaupun beliau mengiktiraf langkah kerajaan untuk menambah anggota keselamatan untuk menjamin keselamatan keadaan jalanan.
“Saya rasa isu keselamatan adalah masalah di Malaysia sekarang Akan tetapi kita perlu ada kajian terperinci untuk mendapat kepastian tentang itu.
“Kita perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk berhadapan dengan sesuatu yang sudah menjadi “fenomena baru,” kata beliau semasa sesi soal jawab di Forum CEO 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana.
Pihak berkuasa telah bekerja keras untuk melawan persepsi negatif orang ramai terhadap kadar jenayah di negara ini, yang telah banyak dipengaruhi oleh pertukaran cerita-cerita seram berterusan mengenai serangan, rompakan dan penculikan di internet.
Ahli parlimen pembangkang dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil juga telah mempertikaikan statistik jenayah yang dikeluarkan secara meluas oleh pihak polis dan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) — mendakwa bahawa data telah dimanipulasi untuk memberikan gambaran palsu bahawa kadar jenayah telah menurun.
Akan tetapi pihak berkuasa telah mempertahankan statistik mereka, yang mereka katakan menunjukkan kadar jenayah menurun, menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada 20 negara paling aman di dunia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI).
Menteri dalam negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menuduh parti-parti pembangkang mengambil kesempatan daripada isu-isu yang membimbangkan rakyat Malaysia, terutamanya kadar jenayah, disebabkan pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Tetapi Dr Mahathir mencadangkan bahawa ketakutan orang ramai terhadap jenayah bukanlah tidak berasas, dengan merujuk kepada peningkatan kawasan kejiranan yang memasang pondok pengawal untuk meningkatkan keselamatan.
“Ya, saya fikir kita mempunyai keselamatan yang kurang sekarang,” katanya.
“Kami mempunyai perkembangan kawasan kejiranan berpagar yang memagar ke seluruh kawasan perumahan kerana kita takut seseorang datang dan merompak atau memecah masuk ke dalam rumah kita.
“Saya tinggal di kawasan berpagar tetapi masih terdapat agak banyak rompakan,” katanya.
Dr Mahathir mencadangkan bahawa masalah ini berpunca daripada bilangan tinggi pekerja asing yang bekerja dalam industri pembinaan atau lain-lain bidang yang berpendapatan rendah dan berbahaya.
Beliau berkata bahawa pekerja-pekerja ini boleh melakukan jenayah kecil sebagai satu bentuk “masa lalu” untuk membantu mendapatkan lebih banyak wang saku.
“Kita amat bergantung kepada buruh asing.
Rakyat kita tidak akan bekerja di tapak pembinaan dan sebab itu kita memerlukan mereka dan kontraktor kita suka buruh asing kerana mereka bekerja sangat keras dan sanggup bekerja lebih masa jika anda membayar mereka,” katanya.
“Ini adalah sesuatu yang kita perlu belajar untuk menanganinya,” tambah beliau. -TMI
PRSB Nota
Pertama mereka (baca UmnoBn) tolak hudud yang menyebabkkan penjenayah bermaharajalela.
Kedua Jenayah banyak maka banyaklah projek mereka, dasar kapitalis jenayah dijadikan lubuk mengaut keuntungan contoh dari segi upah pengawal keselamatan, pembelian CCTV, pembelian lampu spotlight, pagar pejalan kaki elak ragut, sistem kunci dan lain-lain yang mendatangkan hasil lumayan kepada kroni mereka.
Ketiga musuh Hishammuddin sebenar ialah Mukhiz Mahathir yang akan naik menggantikan Muhyiddin jadi TPM
Sabtu, 18 Ogos 2012
Bahana Rumah Akhir Zaman
Rumah bagai syurga
Penghuninya memenuhkan ruang masa dengan solat berjemaah, tadarus Quran, membaca Maaturat, baca hadis, baca sirah, menutup aurat, rasa kasih sayang yang erat walaupun rumahnya kecil, sempit dan tiada perabot baru.
Rumah bagai Hotel
Penuh dengan hiasan mewah, langsir fesyen terkini, perabot jati impot, ada lobi, penghuninya menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit dengan menghiaskan rumah sehingga sanggup berhutang dan bergolok bergadai peduli apa asalkan dapat memenuhi citarasa nafsu.
Paling suka kalau ada orang datang bertandang di hari raya atau kumpulan marhaban memuji-muji kecantikan hiasan dalaman dan luaran rumah mereka.
Rumah bagai Panggung Wayang
Sesak dengan TV leper skrin paling besar dan kelengkapan sistem teater, tempat duduk semua menghadap skrin TV, siaran Astro menjadi menu wajib.
Anak beranak sanak saudara yang bertandang dihidangkan dengan cerita DVD terkini filem luar negeri kerana itu lebih penting dari juadah makanan.
Ada juga permainan PS terbaru untuk anak cucu kononnya.
Tak membazirkah langgan Astro setiap bulan sedangkan di negeri Johor ini siaran Singapore dan Indonesia boleh ke udara dengan jelas guna aerial jenis tulang ikan saja.
Nak sedapkan hati konon katanya " Alah untuk anak cucu tengok" padahal dia yang mengadap TV saban hari dengan penuh nafsu...
Mana satukan rumah saudara?
Rumah pertama selamat dunia akhirat
Rumah ke dua bakal dibelengu hutang, huru hara suami isteri
Rumah ke tiga merosakan akhlak dan peribadi dari datuk, nenek, anak dan cucu...hancus.
PRSB
Langgan:
Catatan (Atom)













