Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Memaparkan catatan dengan label akanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akanan. Papar semua catatan

Jumaat, 9 November 2012

Asal Songkok Dari India ke Brunei, Kopiah Warisan Nabi



Sejarah Kopiah 

Dalam Islam, kopiah atau Kufi atau juga dikenali sebagai ketayap merujuk kepada sejenis penutup kepala. Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, dan memakai kopiah adalah salah satu cara yang mudah.

 Ia adalah sunat dan juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Selalu juga pemakaian kopiah dikenakan di dalam lilitan serban, iaitu dengan cara melilitkan serban pada kopiah.

Menurut Imam Sayuti Rahimahullah bahawa yang dipakai oleh Nabi SAW dan sahabat RA di bawah serban ialah al-Qalansuah atau kopiah.

Oleh kerana ia adalah satu sunnah, pemakaian kopiah merupakan amalan yang meluas yang terdapat di kesemua negara-negara Islam.

Dengan ini, pemakaian kopiah adalah berbeza dengan penutup kepala yang lain seperti songkok, bandana, topi dan penutup kepala yang lain yang hanyalah dianggap sunat, tetapi bukannya satu sunnah.

Lagi Mengenai Kopiah

Sejarah Songkok

Sukarno memakai songkok
Terdapat berbagai-bagai andaian mengenai asal songkok. Ada yang berpendapat songkok itu berasal dari India dan Pakistan dan di popularkan oleh orang Indonesia yang berugama Islam dalam bentuk ‘tarbus’ atau fez yang dipakai di Ottoman Turki.

Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi terkenal menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam melayu. Songkok mula menjadi antara pakaian pengikat kepala di dalam dunia peradaban Melayu nusantara sewal abad ke 20 kerana lebih selesa berbanding setanjak, semutar dan tengkolok.

Lagi Mengenai Songkok

Khamis, 31 Mac 2011

SPAH jimatkan air

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mewartakan 17 tasik, kolam dan bekas lombong di seluruh negeri itu untuk dijadikan sumber air tambahan, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong.

Beliau berkata, tujuan pewartaan ini adalah untuk menyediakan sumber air tambahan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air sekiranya berlaku kemarau atau krisis air di negeri itu.

“Persampelan tahap kualitinya telah dilakukan supaya boleh digunakan pada waktu kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Keadilan Daily hari ini.

Menurut Elizabeth, Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) juga telah digalakkan pengunaannya di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

Malah, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melalui Damansara Jaya Residents and Owners Association (DJROA) adalah di antara pihak yang telah memulakan sistem SPAH ini, yang dilancarkan pada 6 November lalu.

Jelas beliau, sistem SPAH ini juga telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Petaling Jaya, di mana kegunaan utama sistem ini adalah untuk menghasilkan ‘eco enzim’, menyiram tanaman dan pokok-pokok hiasan di sekolah, membekalkan air kepada dua kolam ikan hiasan dan digunakan untuk pembersihan secara berkala.

Beliau berkata, melalui penggunaan sistem itu, ia secara tidak langsung mendidik kesedaran tentang kepentingan penjimatan air kepada orang awam.

“Kerajaan Negeri mengesyorkan PBT lain untuk mengikut contoh MBPJ, khususnya dalam penggunaan sistem SPAH,” kata Elizabeth yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.

Elizabeth berkata, pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sendiri akan mempergiatkan promosi penggunaan sistem SPAH pada tahun ini bersama dengan beberapa pihak.

Tambah beliau, buat masa ini, projek dan program yang dijalankan adalah masih di tahap penilaian dan akan dikembangkan lagi berserta penambahbaikan.

Sehubungan itu, pelbagai kempen dan program yang selari dengan pelaksanaan konservasi air ini dianjur kerajaan negeri bagi memupuk budaya penjimatan air serta kesedaran pengguna terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air.

Program tersebut dimulakan dengan Sambutan Hari Air Sedunia 2011 pada 2 April ini disusuli dengan Program Pemuliharaan Sumber Air Melalui Kitar Semula Sisa Minyak Masak.

Selain itu, Program Qua-Qua LUAS pula mendedahkan peserta dengan faktor-faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai, seterusnya diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengukur kualiti air sungai secara kimia dan biologi.

Menurut Elizabeth lagi, Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Pengguna juga akan menjalankan kempen kesedaran jimat air pada tahun ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10190