Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 31 Disember 2010

Surat khabar tak laku

Jualan surat khabar terus menurun ... wakakak !!


KUALA LUMPUR, Dec 31 — Newspaper circulation in the country maintained its downward slide this year as readers continue to shun hard news in government-controlled titles for more sensationalist tabloids.


Circulation of local media mainstays — The Star, New Straits Times, Utusan Malaysia and Berita Harian — has fallen over the past five years, in some cases dramatically so. Scandal sheets, however, remain largely popular and in some cases far outselling more traditional rags which helped advertising expenditure grow 22 per cent to RM3.5 billion for the first half of 2010.[ lagi ]

------------------------------------
Tu pasal nak tipu tak pandai ..
Cikgu aku pesan .. "Kalau nak tipu, biar tipu betul betul, kalau tipu main main, baik tak payah tipu"..

Wakaka !!! ... Di paksa menipu atau memang penipu. Politikkan surat khabar .. wwakakaka !!!
Ada bagus nya jadi Pengarah filem Hollywood dan Bollywood .. Betul betul tipu sampai boleh jadi kaya ..

Dosa buka aurat mana yang lebih berat?

youth convension  111210 teo  nie ching

Aurat-Aurat Yang Dimaafkan? (Mesti Lihat!!)

Anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching (Gambar) yang dihurung kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras, hari ini meminta satu senarai pantang larang disediakan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat DAP itu berkata, ini kerana, hampir 30 tahun tinggal di Malaysia, berdasarkan pelbagai persoalan sekitar umat Islam dan bukan Islam, beliau menjadi semakin keliru.

"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?" soalnya bertalu-talu.

"Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua warga bukan Muslim negara ini?" tegasnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, selepas kontroversi memasuki surau di Kajang Ramadan lalu, Teo didakwa masuk ke perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat dan melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid.

Memetik sebuah blog, harian berbahasa Melayu itu dilapor mempersoal sama ada Islam yang diperjuangkan PAS di Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain, seperti Kelantan yang mengasingkan kaunter bayaran berlainan jantina.

Blog tersebut, Ruang Bicara Faisal juga dilaporkan menyindir sama ada tahun depan mungkin masjid itu boleh menganjurkan pesta tari-menari dalam kawasannya sebagai sebahagian acara sambutan Maal Hijrah.

Teo: Utusan tak layak beri ajaran agama

Menulis di laman Facebook beliau hari ini, Teo berkata, walaupun Najib memberikan pelbagai saranan kepada media dalam sebuah konvensyen akhbar Cina pada 20 Disember, dalam masa yang sama, Utusan "memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya."

"Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme, tetapi adakah perdana menteri ataupun menteri dalam negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?" katanya.

Mempertahankan tindakannya, Teo yang juga pembantu setiausaha publisiti DAP menjelaskan, tindakannya menyertai program masjid itu bertujuan merapatkan hubungan antara komuniti.

"Sudah banyak kali saya lihat orang bukan Islam menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di perkarangan masjid. Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput?"

"Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?" soalnya.

Mengambil peluang itu, beliau mengkritik Utusan yang didakwanya hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama.

"Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun Umno kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak layak untuk memberi ajaran agama Islam," kata anggota parlimen muda itu. - mkini

mufti

Kepada Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri, Menteri Agama, Mufti-mufti dan ulama muda tarbus, ingin saya bertanya sebuah persoalan bagi menambahkan ilmu pengetahuan yang serba-serbinya lemah ini.

Soalannya berbunyi - Adakah etika pemakaian seperti di bawah boleh dimaafkan ?


Ini bersukan boleh dimaafkan... ?
Ini juga mungkin boleh dimaafkan... ?
Ini alasan pekerjaan, boleh jadi dimaafkan...?

Ini artis, jadi ia boleh dimaafkan kerana menjalankan tanggungjawab...?

Ini boleh sudah tentu boleh dimaafkan, kerana dosa 'tersebut' boleh dikambus dengan pahala bacaan Al-Quran itu ?

Ini boleh dimaafkan, dan menjadi contoh terbaik...





.
Tetapi yang ini langsung tidak boleh dimaafkan kerana telah mencemar perkarangan masjid! Kalau perempuan berbaju putih itu orang Islam, sudah tentu hukuman berat menanti beliau sepertimana yang berlaku kepada orang-orang Islam yang lain...

Bulan Disember dan Natal

“Ustaz, apa hukumnya saya beli patung Santa Claus?” seorang pelajar bertanya selepas saya menghabiskan kuliah Hadith 40 malam itu.

Clinical Science Institute, NUI Galway, makmur dengan kehadiran pelajar Perubatan yang suka belajar agama.

“Err, kenapa awak nak beli patung tu?” saya menyoal kembali.

“Alaa, cutelah ustaz. Rasa sayang kalau tak beli. Murah-murah pula tu” jawab beliau.

“Emm, saya rasa kita letak tepi sekejap bab hukum tu. Cuma bayangkan begini. Katakanlah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang ziarah ke rumah awak. Masa baginda duduk di ruang tamu, awak nak letak tak patung Santa Claus tu di situ? Atau awak nak sembunyikan?” saya mencuba ‘rawatan’ alternatif.

Pelajar yang bertanya, dan rakan-rakan yang lain ketawa.

“Hah, nak beli lagi ke?” sergah Masri kepada pelajar tersebut.

“Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]

Ya, tak usahlah jauh sangat mencari hukum. Panduan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu pun sudah memadai. Kalau sesuatu yang mahu kita lakukan itu mendatangkan resah kepada diri, dan kalau boleh jangan ada sesiapa pun yang tahu, Insya Allah, DOSA jualah namanya perbuatan itu.

DISEMBER DI BARAT

Sepi di pagi Krismas di Belfast, boleh membunuh insan yang hidup dalam putus asa

Berada di Ireland pada bulan Disember, menjadikan kita keliru.

Sambutan Krismas bukan sebarangan. Kalau di Belfast, Galway dan Dublin, seawal 1 Disember, jalan-jalan utama sudah cantik dihias. Jualan murah di semua pasar raya. Santa Claus dan rusa-rusanya berada di mana-mana. Siapa yang tidak teruja?

Semuanya Krismas. Santa Claus, hadiah, membeli belah dan kad kredit!

MERRY KUFUR!

Tetapi saya tidak rasa ada iman di sebalik perayaan Krismas. Tidak ada unsur-unsur yang mengajak penganut Kristian, baik Katholik mahu pun Protestan, untuk mendekatkan diri kepada ‘tuhan’ mereka, kepada Jesus Christ. Krismas adalah pesta, kegembiraan dan keseronokan, serta kekecewaan dan kemurungan untuk homeless community.

Erti Krismas bagi orang Kristian, adalah terlalu jauh dari Tuhan, Isa dan Bible. Unsur pesta dan kewajipan berkumpul bersama keluarga, mendominasi suasana yang menyelubungi Krismas.

Kerana itulah, Sheikh Abd Rahim Green semasa berceramah di Masjid Dublin, kecewa dengan sikap umat Islam yang sibuk mahu mengucapkan Happy Christmas kepada orang Kristian.

“Kamu tahu apa ertinya ia kepada kami, para revert yang dahulu Kristian kini Islam? Apabila kamu mengucapkan Happy Christmas kepada mereka, yang kami dengar hanyalah Happy Kufur, Happy Syirik!” kata beliau.

TERBALIK

“Hairan ana, kalau kat Malaysia orang muda penuh berkumpul di stesyen bas dan keretapi untuk balik kampung. Tapi di sini, orang tua-tua pula yang penuh di stesyen untuk ke rumah anak-anak” saya mengadu kepada Nasreel, rakan serumah di London.

Kaget dengan pemandangan orang tua-tua beratur menaiki keretapi di stesyen Paddington menuju ke barat England.

“Biasa la ustaz. Londoners la katakan!” jawabnya sambil tersenyum.

Pemandangan di Heathrow juga tidak banyak berbeza. Ibu bapa mendamba diri ke rumah anak-anak.

KESYAHDUAN BUKAN KERANA AGAMA

Krismas juga menjadi hari derita bagi mereka yang tidak berkeluarga. Kadang-kadang saya sedih melihat keadaan diri mereka yang merayau dan merempat di lorong-lorong Belfast. Tidur entah ke mana, makan tak tahu cerita. Kebanyakkan melepaskan masalah hidup dengan ketagihan. Ketagih arak, atau dadah, atau seks… entahlah.

Namun ramai golongan homeless yang membunuh diri di musim Kristmas. Christmas Carol yang didendangkan, seperti irama neraka yang membunuh jiwa. Mereka tiada keluarga untuk dituju. Sepi dan keseorangan menghabiskan sisa-sisa hidup yang tiada makna. Perasaan mereka mungkin seperti perasaan sesetengah kita ketika mendengar Takbir di Hari Raya. Sedih… dengan kesedihan yang tidak datang dari iman.

KRISMAS DAN RAYA

Kadang-kadang saya terfikir, nasib Krismas dan Hari Raya tidak banyak berbeza. Kedua-duanya ditunggu oleh penganut agama masing-masing, tetapi bukan untuk membesarkan Tuhan. Krismas dan Hari Raya hanyalah sebuah pesta tahunan. Krismas dan Hari Raya adalah hari syahdu bukan pada muhasabah diri yang berdosa atau perpisahan dengan Ramadan yang meragut hari-hari keampunan. Krismas dan Hari Raya hanyalah hari rindu warga kota menebus dosa meninggalkan kekeluargaan dan persaudaraan selama ini.

Tangisan bukan tangisan iman. Senyum ketawa tiada kena mengena dengan Tuhan. Sama ada Kristian dengan Krismasnya, atau Muslim dengan Hari Rayanya, agama sudah diadatkan.

KRISMAS DI MALAYSIA

Saya jelek melihat warga kota di KL menyibukkan diri dengan Krismas. Wajah cekodok pisang bertopi Santa. Mata kecil Timur ber’ho ho ho’ di pasar-pasar raya. Apa yang diimport ke masyarakat kita sempena Krismas, bukanlah kesedaran untuk menghayati agama, tetapi kemiskinan jati diri warga kita yang terlalu kemaruk untuk menjadi Barat.

Apabila menonton NTV7 dan 8TV, saya semakin jelek dengan gelagat ‘orang-orang urban‘ yang terdesak untuk menjadi Barat. Desperado!

Inilah hasil didikan Barat, seperti yang dimahukan oleh Thomas Babington Macaulay, pegawai pendidikan British yang merangka sistem pendidikan untuk negara-negara jajahan seperti India. Apa yang beliau mahukan ialah “Indian in blood and colour, with English in taste“.

Di Malaysia, kita ada ramai Melayu yang berdarah dan warna Melayu, Cina yang berdarah cina dan warna Cina, serta India yang berdarah India dan berwarna India, tetapi mempunyai selera pemikiran dan perasaan Barat. Golongan ini, sama ada yang mem’perang’kan rambut atau tidak, tidak pernah diterima sebagai Barat oleh Barat. Hanya mereka sahaja yang tergila-gilakan Barat. Membodohkan diri seolah-olah malu dirujuk sebagai Timur, sebagai Islam.

Malah saya fikir, keghairahan orang Malaysia hari ini untuk meninggalkan Islam dan beralih kepada agama Kristian, bukanlah kerana yakin dan penuh iman kepada syariat Bible. Tetapi gejala murtad yang berlaku adalah berpunca daripada usaha melepaskan diri dari ikatan agama, agar tidak dihukum dosa ketika menjamah arak dan zina. Mengapa? Kerana agama Kristian didakyahkan sebagai agama accomodative yang menawarkan pengampunan, yang memberikan ‘harapan’, sedangkan pelaku dosa itu, misalnya penzina, di mata Islam, adalah sasaran lontaran rejam batu dan sebatan.

Pada saya, gejala murtad dan pesta Krismas, adalah rentetan pseudo-religion dan bukannya agama sebenar. Gejala Muslim murtad adalah gelombang pemergian kelompok ini kepada pseudo-religion. Ia tidak meninggikan syiar Kristian, tetapi hanya alasan untuk bebas dari agama dan Tuhan.

Malaysia dan perangainya melahirkan hamba hiburan dan pesta. Orang-orangnya mahu memalsukan semua agama dari soal iman dan pencarian terhadap hakikat kebenaran, kepada adat resam dan budaya semata-mata, adat resam yang tiada kena mengena dengan Timur, tiada kena mengena dengan Islam.


Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya kamu akan menurut langkah orang terdahulu dari kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah bila mereka masuk lubang biawak sekali pun kamu turut menurutnya. Para sahabat bertanya: Adakah yang dituruti itu Yahudi dan Nasrani? Rasulullah lantas menjawab, siapa lagi kalau tidak mereka itu. [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Laporan akhbar METRO Ramadhan 1429 ini, mencapai kemuncak apabila anak Muslim berbangsa Melayu, berpuasa dan berbuka puasa dengan arak! [Laporan 1] [Laporan 2]

Inilah beban derita, berfikir tentang agama manusia di akhir zaman.

Blog Pas Sembrong kena Hacked (Klik)


Rasa kesal bila buka blog dah kena ceroboh. Blog tu bukanlah popular sangat berbanding dengan blog dari blogger otai. Apakah dalamnya terdapat entri yang menyakitkan hati mereka? Sepatutnya dalam dunia siber ni kita lebih terbuka akan pendapat dan pandangan orang lain walaupun tidak sehaluan dengan pendirian kita.

Semacam ada kebencian bagi pihak yang menceroboh dengan memaparkan bendera Malaysia (kononnya berbintang lima) kita dibakar. Kitakan serumpun dan sedulur (bersaudara), rata-ratanya muslim, adalah tak manis hal kecil pasal bolasepak dijadikan sebab untuk membangkitkan rasa kebencian sesama kita.

Selasa, 2 November 2010

AWAS, bahaya sosej

Klik untuk besarkan

Apakah sosej di Malaysia pun dibuat dari benda haram seperti darah, daging babi beserta komponen dalamannya?

Kajian Universiti Harvard menunjukkan penyakit jantung dan diabetes akan mudah terkena kepada penggemar sosej.

Selasa, 27 Julai 2010

Makan gaji VS bekerja sendiri



Tahukah anda lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan makan gaji. Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat tersebut. Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka.

Antara kebaikan kerja makan gaji:-

• Memperoleh gaji secara tetap setiap bulan
• Mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya
• Kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai
• Berpeluang mendapat bonus tahunan
• Peluang kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya

Selain makan gaji, ada yang menjalankan perniagaan, sama ada kecil, sederhana atau besar. Perniagaan kecil-kecilan adalah seperti menjual nasi lemak, cendol atau goreng pisang di gerai-gerai. (Awas! Walaupun dipanggil perniagaan kecil-kecilan, jangan pandang rendah terhadap mereka kerana pendapatan mereka berkemungkinan jauh lebih besar dari gaji bulanan anda!)

Perniagaan yang bersaiz kecil, jika diusahakan dengan betul akan membuahkan hasil yang lumayan dan mampu berkembang menjadi sebuah konglomerat yang besar dan disegani. Perniagaan yang melibatkan ratusan ringgit pada mulanya boleh mencapai nilai jutaan ringgit. Sebagai contoh, lihat sahaja Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang bermula sebagai peniaga pasar dan akhirnya mencapai status antara orang terkaya di Malaysia.

Antara kebaikan menjalankan bisnes ialah:-

• Jika bisnes maju, hasil pendapatan boleh mencecah angka yang jauh lebih lumayan daripada kerja makan gaji.
• Bisnes maju yang dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang cekap boleh dijalankan dengan penglibatan minimum oleh pemilik bisnes tersebut. (boleh goyang kaki)
• Tiada kerenah birokrasi untuk mendapat cuti atau naik pangkat.
• Boleh membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.
• Berpeluang untuk menjadi jutawan dan merasai Kebebasan Kewangan dan Kebebasan Masa.

Apa-apapun, keputusan sama ada nak makan gaji atau buat bisnes bergantung kepada anda sendiri. Bisnes kena bermula dengan minat. Sekiranya anda langsung tiada minat dalam bisnes, saya cadangkan anda makan gaji lagi bagus… Kepada yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan, saya nasihatkan anda bertanyakan dulu dari orang yang pakar dalam bisnes tersebut. “Belajar dari yang Pakar” atau “Belajar Dari Pengalaman…” Orang yang berjaya dalam bisnes ialah orang yang jatuh dan terus bangun semula… Sekian dari saya…

Pendedahan Kebebasan Perniagaan Yang Sebenar

Saban hari kita melihat sudah ramai rakan-rakan yang lain terlibat dengan perniagaan konvensional. Paling menyeronokkan individu ini memiliki kuasa "kebebasan" sepenuhnya terhadap perniagaan tersebut. Menjadi pemilik perniagaan hakikatnya jauh berbeza dengan bekerja sendiri. Kata orang kitalah 'Taukey'.

Matlamat utama saya ialah ingin menjadikan Tuan dan Cik Puan seorang usahawan atau pemilik perniagaan. Sebagai pemilik perniagaan Tuan dan Cik Puan bukan sahaja mempunyai kuasa "kebebasan" 100% malahan mempunyai potensi kewangan yang tidak terhad! Selamat berjaya dan semoga berani untuk menceburi bisnes yang menjadikan kita usahawan yang memiliki perniagaan sendiri.

Hilang pening ketika membaca dari kanan



Foto Akhbar Utusan Melayu yang telah pupus

Pakar-pakar yang mengkaji ruang angkasa telah menjumpai sebuah planet yang dinamakan Planet X atau NIBIRU yang mempunyai pusingan dalam dua orbit. Dua belas buah planet dalam galaksi Bima Sakti mempunyai satu orbit sahaja sedangkan planet ini (yang ke12) mempunyai dua orbit. Memang dia ganjil dari yang lain. Bukan itu sahaja. Untuk pengetahuan kita semua bahawa semua planet berpusing mengikut pusingan lawan jam. Sama seperti pusingan jemaah haji di Makkah al Muqarammah mengelilingi Kaabah. Tetapi keganjilan Planet Nibiru ialah berpusing mengikut pusingan jam.

Pernah tak, bila naik kenderaan bergerak, kita membaca dan tak sampai beberapa perenggan pun dah rasa pening? Khususnya naik kereta. Saya sendiri memang mengalami masalah tu bila membaca dalam kereta yang sedang bergerak. Baca tak sampai seminit pun kepala akan mula pening dan lambat nak hilang rasa pening tu.

2 minggu yang lalu saya ke Penang. Singgah di sebuah kedai jual borong kitab dan Al-Quran, bila beli banyak, dapat percuma buku kecil bertulisan jawi. Teruja dengan kandungan buku tu, naik je kereta, terus baca..

Baca, baca, baca dan baca lagi sampai hampir separuh buku tu. Tetiba terpikir , eh.. tak pening pulak kepala ni. Pelik, tak macam biasa. Andaian saya sendiri agaknya kerana buku yang saya baca itu bertulisan jawi. Bezanya dengan tulisan rumi bukan sahaja jenis tulisan, tetapi cara bacaan. Tulisan jawi dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan rumi yang dibaca dan ditulis dari kiri ke kanan.

Bila berlaku hal ni, saya teringat salah satu wawancara di televisyen dengan seorang chef tersohor(saya lupa nama dia). Beliau memberi beberapa petua, dan antaranya kalau membancuh atau mengacau adunan, beliau nasihatkan supaya mengacau mengikut putaran arah lawan jam@ikut pusingan kaabah. Adunan akan lebih cepat sebati.

Nampak tak kaitan disini? Apa yang saya fikirkan dan nak jelaskan ialah fitrah pusingan/aturan sebenar manusia adalah seperti mana kaabah di Tanah Suci tu kita perlu tawaf/keliling. Bukankah dari kanan ke kiri pusingannya@ pusingan arah lawan jam.

Mungkin inilah sebabnya bila saya membaca tulisan jawi, kepala saya tidak perlu melawan pusingan arah tawaf kaabah. Tapi sebaliknya bila baca tulisan rumi.

Cuba kita perhatikan pula kenapa Al-Quran dibaca dari kanan ke kiri? Lihat juga bahasa Jepun yang juga mengamalkan bacaan dari kanan ke kiri. Tadi saya ada google cara tulisan Jepun di baca, dan terjumpa satu artikel di satu blog yang menceritakan mengenai Al-Quran dan Otak Kanan.

Artikel yang menarik dalam bahasa Indonesia. Mengupas mengenai Al-Quran dan kesan ke atas otak kanan. Pasti ramai juga mengetahui, tulisan rumi kita yang diamalkan sekarang hasil dari penjajah juga kan.

Panjang lagi kalau nak huraikan mengenai ini. Mungkin di lain entry pula. Tajuk asal entry ni sebenarnya hanya nak cerita pengalaman saya membaca tanpa rasa pening bila naik kereta.

Prof Dr Nohisyam kaji pusingan lawan jam


Prof. Dr Nohisyam

Merujuk kepada prinsip keabadian tenaga, tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan namun ia boleh dipindahkan. Dalam proses transformasi, sebahagian tenaga ditukar menjadi haba bagi mengekalkan keseimbangannya. Haba yang terhasil perlu disebarkan melalui proses seperti pancaran atau radiasi dan sebahagiannya ditukar menjadi tenaga.

Tubuh manusia yang terdiri lebih daripada 50 trilion sel membentuk kesempurnaan suatu kehidupan dengan berbagai tingkah dan geraklaku. Kesemuanya memerlukan tenaga dan sumber terbesar bagi tenaga ialah tenaga yang dihasilkan melalui proses ATP di dalam air selular. Tenaga yang bersih dijana daripada tubuh yang sihat meminimakan sebarang bentuk bahan buangan yang berlebihan keracunan dan normal umpamanya nafas yang segar, urin bersih dan tidak berbau sehinggalah najis yang normal.

CVT memperkenalkan jam QuantumXcel sebagai satu-satunya rekaan sebagai medium yang menggunakan mekanisma pusingan arah ke kanan (lawan arah jam biasa) dan rakaman getaran tenaga magnetik daripada sumber suci dan murni yang mampu mengimbangi berbagai tahap ketidakseimbangan tubuh. Ia secara bio-fizik berupaya menyerap tenaga haba dan dengan pantas mengubah tenaga kepada 8-14 nanometer jarak gelombang bio-fizik yang boleh meningkatkan aktiviti molekular bagi molekul air di dalam organ tubuh. Ini amat berkesan untuk fungsi metabolisma tubuh, melancarkan sistem peredaran darah malah sehingga merangsang sistem imun, antibodi dan hormon seseorang yang mewakili tahap semangat, emosi dan minda.

Dengan menggunakan bahan daripada tungsten, bahan yang dikenalpasti mempunyai kaitan dengan sebatian kalsium dan ini ia amat relevan dengan rahsia tulang. Tungsten adalah 19.3 kali lebih berat daripada air pada jumlah isipadu yang sama maka ini memberi suatu signifikan kepada jisim yang mempunyai berat dalam frekuensi merah hati.

Sinar Ultra Violet adalah satu-satunya tenaga semula jadi yang mampu diserap oleh tubuh manusia menerusi tisu kulit sebelum menukarnya kepada vitamin D. Jadi tenaga kosmik pada spektrum tertentu hanya boleh diserap melalui medium/bahantara lain.

Melalui keupayaan dan kesan magnetik pada jam QuantumXcel, gelombang magnetik berukuran 3-14 nanometer secara bio-fizik dapat dihasilkan. Ujian R&D membuktikan tenaga ini berkeupayaan menyusun struktur molekul air (cecair tubuh – darah) kepada juzuk (molekul) yang lebih kecil, yang meningkatkan fungsi bio-kimia dalam berbagai aktiviti berkaitan air di dalam tubuh sehingga mendorong fungsi metabolik pada semua unsur hidup.

Ciri-ciri Tenaga QuantumXcel

* Gelombang dalam skala gema, dengan kecepatan melalui medium berkali-kali ganda berbanding melalui udara
* Gelombang yang bergerak ke semua arah
* Juga diertikan sebagai gelombang mekanikal yang mengisi segala ruang
* Dipindahkan dari satu zarah ke zarah yang lain tanpa mengalami kehilangan tenaga, malah semakin kuat
* Semakin jauh jarak yang perlu diambil, semakin cepat malah tiada nilai halaju dapat diukur
* Getaran yang terakam dalam sesuatu objek merupakan getaran asli sebagai rakaman memori atau maklumat asal
* Mampu melakukan pembetulan dengan sendirinya apabila ada gangguan dari luar
* Meningkatkan magnetisma tubuh dengan rangsangan sistem deria dalam mengesan berbagai bentuk maklumat dari luar
* Membentuk struktur kristal cecair tubuh (darah)
* Meningkatkan tekanan di sekitar tubuh bagi mengawal dan mengimbangi aura/cahaya pelindung diri
* Melerai radiasi bebas dengan frekuensi tinggi (>20Hz)
* Meningkatkan tahap tenaga sel-sel tubuh pada ukuran yang paling seimbang
* Melindungi DNA melalui pengukuhan ikatan kovalen hydrogen yang memegang DNA (Maksudnya : Maklumat asal tubuh tersimpan secara kekal dan harmoni)
* Menyingkirkan keracunan di dalam sel-sel secara detoksifikasi
* Melancarkan aliran elektrik melalui darah sebelum ditukar menjadi tenaga gema
* Memperbaiki dan memantapkan fungsi hipotalamus

Manfaat Yang Diperolehi:

* Membersihkan darah daripada ion-ion positif berlebihan daripada radiasi luar yang terperangkap
* Meningkatkan fungsi sistem imun, antibodi dan hormon tubuh
* Merangsang daya tumpuan
* Mengekalkan potensi diri yang optima
* Mengimbangi kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan
* Mengawal depresi/tekanan perasaan
* Meningkatkan daya vital/semangat
* Mengawal, mengimbangi, mencegah dan merawat kanser

Tingkatkan Tenaganya Berkali-kali Ganda

Redha – Ikhlas – Sabar – Tenang dengan konsisten diiringi kepercayaan yang sepenuhnya kepada Maha Pencipta akan meningkatkan lagi tenaga QuantumXcel berkali-kali ganda.

Penggunaan Jam QuantumXcel

* Bagi lelaki – di pergelangan tangan kanan.
* Bagi wanita – di pergelangan tangan kir

Rekaan jam QuantumXcel bukan sekadar untuk mengukur waktu, tetapi amat besar manfaat kepada pemakainya. Apabila anda melihat pergerakan jarum jam dalam gerakan ke kanan, persepsi anda akan mengalami suatu daya/kesan magnetisma pertama yang dikawal oleh hipotalamus. Isyarat yang diterima akan dihantar ke kelenjar pineal untuk rangsangan tenaga vital yang amat penting untuk sistem imun tubuh. Bagaimana pun, kesan atau impak bukanlah dapat dilihat secara terus melainkan dengan arahan-arahan tertentu yang diterima dan diproses oleh otak sebelum memberikan isyarat kepada bahagian yang lain untuk tindakan (respons).

Kelebihan pusingan lawan jam (Khusus untuk Aura Sir)


Di antara kebaikan anti clockwise adalah :

Pergerakkan ke Kanan adalah pergerakkan semulajadi alam. Dalam agama Islam, semua perkara yang baik di sunatkan dimulakan dengan sebelah kanan. Dalam Quran, golongan yang akan dimasukkan kedalam syurga dipanggil 'As-habul Yamin' atau golongan Kanan.

Pergerakkan tawaf adalah pergerakkan ke kanan. Elektron yang mengelilingi nucleus dalam atom juga bergerak ke kanan. Kanan melambangkan kebaikan sejagat.

Jam Ke Kanan menggunakan konsep ke Kanan ini bagi mengembalikan keseimbangan fikiran dan peredaran darah dalam tubuh secara semulajadi.
Kelebihan dan khasiat Jam Tangan Ke Kanan

* Sebagai pengimbang semulajadi setiap detik/saat
* Menjadikan fikiran lebih tenang dengan penghantaran
mesej tenaga secara tetap dan sekata
* Membantu mengawal rentak jantung
* Mengharmonikan sistem kesemua kelenjar
* Memenuhi falsafah hukum 7 kuasa menguasai tenaga

Mengukuhkan 7 Keadaan

* Kebenaran mengatasi Kesilapan
* Kelajuan mengatasi Kelewatan
* Kemudahan mengatasi Rintangan
* Kestabilan mengatasi Kucar-kacir
* Kekuatan mengatasi Kelemahan
* Keuntungan mengatasi Kerugian
* Kejayaan mengatasi Kegagalan

Isnin, 12 Julai 2010

Tahniah mencapai hajat jadi BIOMASTER


Salam perjuangan,

Syabas kepada Ustaz Ahmad Selamat Jono dari Madrasah Al-Masriyah kerana berjaya mencapai status BIOMASTER (BM) pada 10 Julai 2010 yang lalu.

Sudah bermacam jenis perniagaan, termasuk dari berbagai jenama MLM telah diceburi oleh beliau, tetapi beliau yakin dengan Bioshop kerana kualiti produknya dan sistem pelan perniagaannya yang mudah dan membantu usahawan kecil seperti beliau.

Beliau yang bertugas sebagai guru di Madrasah Al-Masriyah Simpang Renggam Johor berharap dapat meluaskan jaringan perniagaan ini demi untuk menambah pendapatan sampingan, al-maklumlah sekolah agama rakyat ni tidak seperti sekolah bantuan kerajaan, yang mana sumber kewangan, tenaga guru dan kakitangannya di sini sangat terhad dan perlukan banyak sumbangan luar, pengorbanan dan kesabaran. "Doakan saya berjaya dalam perniagaan ini." Katanya.

Semoga diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus berusaha menaja dan menjual produk Bioshop dengan jualan dan tajaan yang lebih banyak di masa akan datang.

Selamat Maju Jaya

Rabu, 30 Jun 2010

Tahniah kerana naik jadi BIOMASTER (BM)


Salam perjuangan,

Sekalung tahniah kepada Ustazah Mastura Ahmat dan Siti Hajar Basiran kerana berjaya menjadi BIOMASTER (BM), tak sampai dua bulan dengan bermula sebagai BIOAGEN (BA) seterusnya menjadi BIOdISTRIBUTOR (Bd) dan masuk akhir bulan Jun 2010 berjaya mencapai sasaran menjadi BM.

Semoga kedatangan Rejab, Syaaban dan Ramadan yang mulia akan merancakkan lagi usaha dan ikhtiar untuk meraih ganjaran pahala yang besar di bulan berkat ini dengan memperkenalkan produk halal lagi baik ini kepada masyarakat.

Ini juga adalah perjuangan jihad melalui ekonomi melawan ekonomi kapitalis yang mencengkam rakyat dengan produk yang diragui keHalalannya dan bukan dari yang sama bersyahadah dengan kita apatah lagi produk yang mempunyai saham dari yahudi laknatullah.

Tahniah dan syabas!

Penyembelih ayam tak tahu mengucap syahadah


KUALA LUMPUR: Seorang penyembelih ayam warga asing yang mendakwa dirinya beragama Islam tiba-tiba gagap dan terketar-ketar apabila diminta mengucap dua kalimah syahadah dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa jabatan dan agensi di sebuah pusat penyembelihan ayam, di sini, awal pagi semalam.

Tindak tanduknya yang mencurigakan menimbulkan persoalan sama ada ayam disembelihnya halal dimakan umat Islam.

Dalam operasi itu sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan dan pegawai Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan mengejut di beberapa lokasi yang menjadi pusat penyembelihan ayam sekitar ibu kota.

Sumber berkata, operasi terlebih dulu disasarkan kepada kilang penyembelihan dan pemprosesan ayam di Segambut yang didapati mengikut syarat dan kaedah penyembelihan ditetapkan oleh syarak.

Menurutnya, pihak berkuasa yang berpuas hati dengan aspek penyelenggaraan kilang terbabit kemudian menuju pula ke pusat penyembelihan ayam sekitar Pasar Pudu.

“Ketika pemeriksaan dilakukan itu, pegawai agama yang terbabit sengaja ‘menemuduga’ beberapa pekerja asing yang ditemui sebelum seorang daripada mereka gagal mengucap bagi membuktikan dia penganut Islam.

“Lelaki terbabit didapati sukar mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan yang turut disertai peserta program Iman Muda Astro Oasis turut ke kawasan penyembelihan ayam di Pasar Chow Kit, yang kerap mencetuskan kegusaran berikutan tahap kebersihannya mengecewakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan ayam disembelih diselenggarakan di premis yang tidak sempurna selain keadaan lantai kotor dan berlumut.

“Pegawai agama yang menjalankan pemeriksaan secara rambang turut tidak berpuas hati apabila seekor daripada puluhan ayam yang disembelih tidak mengikut hukum syarak berikutan urat pada leher tidak terputus sepenuhnya,” katanya.

Malah, lebih menjijikkan apabila ada ayam yang disembelih dibiar berteraburan di lantai bertakung yang dibimbangi boleh merebakkan kuman.

“Agak mengejutkan apabila seorang pekerja pusat penyembelihan secara selamba memijak ayam yang siap diproses, namun dibiarkan di lantai. Perbuatan terbabit mendukacitakan berikutan pekerja terbabit seolah-olah tidak mementingkan soal kebersihan.

“Berikutan itu pegawai Jabatan Kesihatan bertindak mengeluarkan kompaun terhadap pemilik premis terbabit atas kesalahan tidak mematuhi syarat kebersihan ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, operasi pemeriksaan pusat penyembelihan ayam terbabit bukan kali pertama dilakukan pihak Jawi dan Jakim, namun peniaga dan pemilik pusat pemerosesan ayam seolah-olah tidak menganggapnya penting, terutama aspek kebersihan.

Khamis, 24 Jun 2010

Skim printis akan tamat pada 30 Julai 2010

Salam perjuangan,

Info terkini, Skim Printis Boishop Corporation Sdn Bhd akan tamat pada 30 Jun 2010. Selepas dari terikh tersebut skim atau pelan perniagaan Bioshop akan mengikut tahap sebagimana yang tertera dalam buku panduan sebagaimana biasa.

Segera, jangan lupa untuk mendaftar sebagai ahli keluarga Bioshop dengan menghubungi saya secepat mungkin.

Masa itu kilasan pedang, siapa cepat dia dapat.

Ikhlas dari Hamdankiai BM dan semua ahli kumpulan.

Jumaat, 21 Mei 2010

Non Muslim kuasai barang halal, dimana kita?


Bukan bumiputera monopoli industri halal

Arkib Utusan

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Sejumlah 80 peratus pengusaha industri halal di negara ini dimonopoli oleh bukan bumiputera berikutan potensi besar dalam bidang tersebut.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Halal Industri Development Corporations Sdn. Bhd. (HDC), Datuk Jamil Bidin berkata, penyertaan kaum bumiputera dalam bidang itu ketika ini masih rendah iaitu sekitar 20 peratus.

“Hasrat HDC adalah untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang ini supaya seimbang dengan bukan bumiputera.

“Industri halal amat luas, bukan tertumpu pada produk makanan sahaja, malah ia merangkumi perdagangan, produk pengguna, kosmetik, bahan kecantikan, kesihatan, produk herba dan farmaseutikal,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan program ‘Juara Halal’ di sini hari ini.

Menurut beliau, sejumlah 90 peratus pengusaha yang terlibat dalam industri ini terdiri daripada industri kecil dan sederhana.

Masalah itu telah menyekat peluasan pasaran, khususnya di luar negara yang pada umumnya memiliki peraturan ketat berhubung kelulusan kemasukan produk-produk terutama produk makanan dan farmaseutikal.

“ Sijil ‘Halal’ kita amat diyakini oleh masyarakat global terutamanya di Asia Barat berbanding sijil halal negara lain seperti Thailand.

“ Namun begitu, produk halal Malaysia kurang ditemui di luar negara,” kata beliau.

Jelasnya, perkara itu berlaku kerana pengusaha-pengusaha tempatan terdiri daripada IKS dan kurang mendapat pendedahan daripada segi pengembangan kewangan serta pemasaran.

“HDC dengan kerjasama kerajaan negeri akan mengadakan pameran dan bengkel di seluruh negara bagi memberi kesedaran dan pendedahan mengenai potensi industri halal,” kata Jamil.

Sehubungan itu, HDC hari ini melancarkan program ‘Juara Halal 2007’ sebagai usaha untuk mengasah dan merangsang penyertaan dalam industri tersebut.

“ HDC akan memilih dan mengiktiraf jenama dan syarikat produk halal terbaik, justeru menaikkan reputasinya di peringkat global.

“Program ini juga dibuat untuk menghargai syarikat-syarikat halal yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam mempromosi produk dan perkhidmatan halal serta mempunyai potensi pengembangan perniagaan di luar negara,” tambahnya.

Syarikat yang terpilih dalam program Juara Halal akan mendapat manfaat dari segi akses kepada pelbagai geran kerajaan, insentif dan pinjaman pengembangan perniagaan, katanya.

Menurut Jamil, HDC juga melaksanakan program padanan perniagaan, di mana syarikat-syarikat akan diperkenalkan dengan rakan kongsi luar negara seperti dari Thailand, China, Bosnia, Uruguay dan Brunei.

Produk orang Islam, melayu, lagi suci tapi tak boleh dapat logo Halal?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Seorang pengusaha produk makanan ringan secara kecil-kecilan dari Felda Suharto, Kuala Kubu, Selangor mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengamalkan diskriminasi terhadap bumiputera dalam isu pemberian logo halal.

Mohd Rufie Waris dalam aduannya kepada Harakah dan Harakahdaily berkata, beliau yang sudah 20 tahun melibatkan diri dalam bidang itu belum mendapat logo Halal daripada Jakim walaupun sudah berkali-kali memohon.

Lebih menimbulkan masalah apabila bermula awal tahun ini, produk beliau yang dipasarkan di hentian rehat (R&R) arah utara dan selatan tidak boleh lagi diterima peniaga di situ kerana tidak mempunyai logo halal.

Ekoran itu, beliau memberitahu, golongan ibu tunggal yang bergantung kepada perusahaan beliau untuk mendapatkan pendapatan sudah hilang sumber pendapatan.

Mohd Rufie menjalankan perusahaan makanan ringan tersebut dengan cara membeli bahan mentah dan ianya akan diproses oleh beberapa ibu tunggal di kawasan tersebut.

Apabila siap diproses, Mohd Rufie akan mengambilnya dari rumah ke rumah untuk dipasarkan ke kedai runcit di kawasan sekitar dan juga R&R bermula R&R Rawang sehingga ke R&R Bukit Merah bagi laluan utara dan R&R Sungai Buluh sehingga R&R Pagoh bagi laluan selatan.

Namun, bermula Januari tahun ini, produk makanan yang diusahakan tidak lagi diterima peniaga di R&R atas arahan pihak pentadbiran PLUS.

Ujarnya, beliau dimaklumkan peniaga di situ, mereka akan didenda RM10,000 untuk setiap satu barang yang tidak mempunyai logo halal.

"Isunya sekarang ini saya tidak boleh memasarkan barangan saya dan sumber pendapatan untuk ibu tunggal sudah tidak ada. Masalahnya hanya kerana tidak ada logo halal," katanya yang hadir sendiri ke pejabat Harakahdaily hari ini.

Apa yang dikesalkan beliau apabila Jakim seolah-olah meminggirkan golongan pengusaha kecil seperti beliau apabila memberi alasan produk beliau tidak layak menerima logo halal kerana tidak diusahakan secara industri.

Perkara itu ujarnya, dinyatakan sendiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Abdul Hamid Mohamed Salleh sewaktu Mohd Rufie bertemu beliau pada Mac lepas.

"Pada 13 Mas lepas saya pergi berjumpa sendiri dengan Abdul Hamid di pejabat Jakim. Saya buat aduan dan tanya kenapa saya tidak boleh dapat logo halal. Beliau kata sebab saya tidak ikut prosedur. Saya tidak masuk dalam industri, kilang pun tidak ada. Beliau kata kalau usahakan di rumah, memang tidak dapat logo halal.

"Saya bukan emosional tapi saya adalah pembayar cukai. Saya meniaga sudah 20 tahun. Bukan 20 hari. Saya pun membantu ibu tunggal. Ke mana lagi saya nak mengadu?Siapa yang akan bela nasib bumiputera?,".soalnya.

Menurutnya juga, ramai kawan-kawannya yang mengalami nasib yang sama tetapi tidak berani untuk membuat aduan.

"Saya bercakap bukan untuk saya seorang. Banyak pengusaha bumiputera yang mengalami nasib yang sama.Kalau di Selangor ini ada dalam 70 orang pengusaha yang tidak dapat pohon logo halal," ujarnya

Sehubungan itu, beliau merayu agar Kerajaan khususnya Jakim prihatin dengan nasib pengusaha kecil seperti mereka, bukan hanya memberikan logo halal kepada pengusaha yang sudah maju sahaja.

"Saya merayu dan menyerulah bagi pihak kawan-kawan saya,supaya Kerajaan turut membantu peniga dan pengusaha yang baru hendak meningkat naik," katanya.

Ahad, 9 Mei 2010

Gel Herba Serbaguna SMARTGEL



Smart Gel adalah pruduk eksklusif yang dihasilkan melalui nano teknologi.

Ia memiliki kepelbagaian fungsi yang boleh digunakan oleh semua peringkat umur dengan kesan yang menakjubkan dan harga yang sederhana.


RM45.00

ALAT KELAMIN (WANITA / LELAKI)
1.Mengencang / Menguat otot faraj (vagina)/ payudara
2.Mengecut / Merapat dinding saluran vagina
3.Menarik keluar punca berkaitan penyakit kelamin
4.Membantu mengatasi masalah keputihan
5.Membantu melindungi jangkitan bakteria pada alat kelamin (Lelaki / Wanita)
6.Menghindari bau yang tidak diingini (Lelaki / Wanita)
7.Mengharumkan alat kelamin 8. Membantu mengekalkan keanjalan kulit luar alat kelamin

Cara Penggunaan:
•Sapukan Smart Gel ke dalam vagina 2 inci.
•Untuk lelaki hanya sapu pada alat kelamin.
•Tidak perlu dibilas

Dapatkan peramping serbaguna BIOTRIM


Losyen Herba 1001 Guna Dengan Aromaterapi

Natural Contour Lotion

Aromatherapy

RM19.00

Kegunaan -


‘BioTrim’ adalah losyen ‘trimmer’ hebat yang serbaguna. Fungsi utamanya adalah sebagai losyen trim badan. Losyen ini dapatmembantu mencantikkan bentuk badan dan mengembalikan bentuk asal badan pengguna. Diperkaya dengan aromaterapi untuk keharuman tubuh sepanjang hari dan menenangkan minda.

Ramuan -

Diperkaya dengan adunan ekstrak herba asli iaitu Methyl Salicylate, Menthol, Piper Betel, Citrus Hystrix, Peppermint, Melaleuca Alternifolia dan Essential Oils.

Cara Guna -

Basuh dan keringkan permukaan kulit yang hendak disapukan. Gunakan losyen Bio Trim dan sapukan losyen itu ke bahagian badan yang diingini. Urutkan dan gosokkan losyen sehingga kesat. Ulangi proses di atas untuk 3 kali sehari agar dapat hasilan yang menakjubkan.

BioTrim adalah satu ‘Produk Halal’ esklusif dari Bioshop Corporation. Produk ini selamat digunakan seharian untuk semua peringkat umur. Losyen ini BEBAS dari lemak haiwan dan bahan kimia yang memudaratkan.

Diluluskan oleh KKM - MAL 05081493K

Isnin, 3 Mei 2010

Taklimat Bioshop di KLUANG

Kluang : 2 Mei 2010 Satu taklimat mengenai kepentingan mengguna barangan yang diyakini halal lagi baik (mengikut makanan sunnah)telah berjaya diadakan di wisma Al-Umm, Jalan Penghulu Kassim, Kluang.

Tuan rumah yang juga pemilik bangunan tiga tingkat tersebut, Tuan Haji Faudzi Bin Jalil, yang juga seorang kontraktor, telah sudi membenarkan kami mengadakan taklimat di bangunan beliau dan beliau sendiri pada malam itu terus menjadi ahli dan berhajat untuk membangun bersama Bioshop. Produk pertama pilihan beliau ialah Bioflush.

Sdr Shamsudin Jaafar dan Cikgu Haji Abd Karim selaku Ahli Lembaga Pengarah Bioshop turut sama hadir dan memeberi penerangan mengenai latar belakang syarikat, peluang maju bersama Bioshop dan cara-cara menguna dan keistimewaan barangan Bioshop. Turut hadir leader dari Pontian, Sdr Supyan dan rakan-rakan seperjuangan.

Jumaat, 23 April 2010

Perkahwinan terbilang


Kehebatan dan khasiat habatuss sauda atau biji hitam atau jintan hitam tidak perlu dipertikaikan lagi ditambah pula dengan madu yang manis sebagai penyempuh segala penyakit.

KETERANGAN:


BIOBARAKAH adalah campuran ubat daripada Habbatus Sauda’ dan madu. Jalinan 2 ubat istimewa ini diistilah sebagai Perkahwinan Terbilang (The Supreme Marriage) yang mana diyakini akan membawa kedua-dua khasiat ubat tersebut untuk kesihatan & kesejahteraan manusia di dunia ini.

CARA PENGAMBILAN:
Badan sihat : Minggu Pertama, 1 sudu besar madu asli, minggu kedua dan seterusnya 1 sudu kecil BIOBARAKAH.

Sekiranya hendak mengambil ubat herba atau ubat doktor sila jarakkan masa selama 4 jam.

Kurang Sihat : Minggu Pertama dan seterusnya BIOBARAKAH 1 sudu kecil + air suam. Sekiranya sudah sihat tidak perlu tambah dosej.

Perempuan Hamil yang kurang sihat mula makan setelah hamil 4 bulan

dapatkannya sekarang. Hubungi Hamdan kiai 013-7185278

Rabu, 21 April 2010

Penyakit bermula dari perut


Dapatkan segera Kapsul BioFlush (80 capsuls x 500 mg)
RM35
BIOFLUSH (80 capsuls x 500 mg)

WM RM 35.00

EM RM 38.00

KHASIAT

Kapsul BioFlush yang berkhasiat ini disediakan khusus sebagai agen semulajadi pemulihan kesihatan tubuh badan dan penawar kepada pelbagai penyakit yang berpunca daripada perut.

CARA PENGAMBILAN

Guna samaada sebelum atau selepas makan.

Dewasa : 4-8 kapsul sekali sehari

Kanak-kanak : 2-4 kapsul sekali sehari

Selepas pulih : 2-3 kapsul sekali sehari

KEISTIMEWAAN

1. Tiada bahan kimia, tiada pantang larang, dan kesan sampingan
2. Menghancur dan membuang lemak, lender-lendir serta kotoran dalam perut.
3. Membakar dan membuang lebihan kolestrol dari dalam urat saraf.
4. Mengurang dan mengawal berat badan yang berlebihan.
5. Membersih dan melegakan salur pernafasan.
6. Membersih alat kelamin dan melawaskan pembuangan air.
7. Melegakan sakit / sesak nafas dan dada kerana merokok dan sebagainya.
8. Membuang angin tersumbat dari urat saraf.
9. Membuang lebihan gula dalam darah.
10. Melegakan migraine, semput dan senggugut.
11. Menghilangkan bau busuk badan, mulut, dan pernafasan.
12. Mengatasi pelbagai jenis penyakit dari perut.
13. Menghilangkan jerawat.
14. Merangsang pengeluaran peluh dan menambah kesihatan tubuh badan.

PERINGATAN

1. Jangan bimbang jika kerap buang air.
2. Tidak digalakkan buat ibu mengandung.
3. Selepas proses pemulihan barulah gunakan penambahan pemakanan atau ubatan yang lain.
4. Dilarang makan ketika sakit perut, muntah atau mabuk.
5. Jauhi dari kanak-kanak
6. Simpan di tempat kering dan sejuk di bawah suhu 30darjah C.

Selasa, 20 April 2010

Mengapa Mesti Memilih BIOSHOP

14 Sebab MENGAPA anda telah menyertai organisasi Muslim BEBMARTABAT TINGGI TERUNGGUL di Malaysia. ...BIOSHOP!!

1. Produk-produk Halal dan Baik (HALAALAN TOIYYIBAN)
2. Peluang memanfaatkan Herba TERSOHOR MELAYU
-Sireh sebagai Herba Warisan
-Sireh sebagai Herba Tertua di dunia
-Sireh sebagai satu-satunya Herba dengan sifat ANTIBIOTIK di Nusantara
-Sireh sebagai Herba Kesihatan dan Kecantikan TERUNGGUL !

3. Peluang menyertai Organisasi dan Produk 100% Muslim (Bukan labelnya sahaja).
4. Peluang menikmati peratus (%) Tertinggi di Malaysia.
5. Peluang menyertai produk berasaskan BioTeknologi.
6. Peluang mengguna/ memasarkan Barangan Berkualiti dan Berkhasiat Tinggi (Tiada Kesan Sampingan).
7. Peluang memasarkan produk-produk yang Terbukti Berkesan
(wujud pelanggan setia).
8. Peluang mengguna dan memasarkan produk-produk dengan harga
sederhana (mudah berniaga).
9. Peluang bersama jenama yang telah terkenal / established 6 tahun
(pengguna tersedia).
10. Peluang bersama organisasi yang memiliki misi perjuangan.... Tidak kewangan semata-mata (moga-moga diberkati).
11. Peluang memasarkan produk y&ngpelbagdL Pasaran tidak terhad....
12. Peluang menyertai industri HALAL. Pasaran sangat luas / Dara.
13. Peluang mencipta pendapatan 5 angka sebulan.
14. Peluang menjadi USahttWUn bukan sekadar Agen.

SARANAN:
ANDA DISARAN MENCARI SYARIKAT MUSLIM LAIN YANG MEMILIKI KELEBIHAN - KELEBIHAN DIATAS DIBANDING BIOSHOP, LALUAN KEJAYAAN TELAH TERSEDIA...!!!

Isnin, 19 April 2010

Kata-kata aluan dari pengasas


Sekapur Sireh Seulas Pinang

Dari Pengurusan BIOSHOP CORPORATION (Syarikat Bersekutu BIOSIRIH)

5 tahun lalu tatkala Biosirih Cosmetics memperkenalkan produk pertamanya, (sekarang BioTrim) tidak seorang pun termasuk saya, menduga kita mampu hampir 40 barisan barangan Muslim 100% yang mencakupi Kosmetik, Tradisional dan Penambahan Pemakanan.


100 % MUSLIM TERUNGGUL

Sesungguhnya dengan yakin BioSirih boleh diiktiraf sebagai syarikat Muslim TERUNGGUL di Malaysia yang berjaya mewujudkan produk-produk 100% MUSLIM dan telah diterima oleh semua lapisan masyarakat.


PRODUK BERCAKAP

Bersyukur kepada Illahi kerana telah memimpin kita semua untuk mengeluarkan produk-produk yang berkualiti tinggi dan BERKESAN. Dengan berpegang kepada falsafah "Produk Bercakap" inilah barangan BioSirih telah diterima dengan baik sekali dari kalangan pengguna yang terus menerus mengguna produk dan mewar-warkan kepada orang lain.


KURANG KOS IKLAN... LEBIH % UNTUK ANDA

Walaupun BioSirih mengamalkan dasar "IKLAN TERHAD' di media massa namun rata-rata masyarakat pengguna telah mengenali BioSirih malahan telah melampaui sempadan Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand. Dengan rasa rendah hati kami bersyukur BioSirih juga telah dikunjungi / dihubungi oleh wakil / usahawan daripada beberapa Negara Asean, Timur Tengah, China dan Eropah untuk mengimpotnya ke negara masing-masing.
Semua ini adalah hasil daripada "Produk Bercakap" dan menawarkan Peratus / keuntungan yang TINGGI kepada usahawan-usahawan BioSirih walaupun kurang dari segi pengiklanan. Kami Percaya 'IKLAN MULUT KE MULUT' itu lebih berkesan dan berjangka panjang daripada iklan cara biasa.


JANGAN SIA-SIAKAN PELUANG...!!!

Nasihat jujur saya untuk anda ialah Janganlah lepaskan Peluang sepanjang hayat ini... Peluang mengguna dan memasarkan produk-produk Halal yang diproses sendiri oleh Muslim 100%. Memurnikan Aqidah dan mengukuhkan ekonomi adalah JIHAD TERBESAR UMMAH SEPANJANG ZAMAN.... Apatah lagi hari ini PENGGUNA SEDANG DAHAGAKAN PRODUK YANG BENAR-BENAR HALAL

TAHNIAH!... bagi yang telah berjaya. Bagi yang masih belum mencapai tahap yang memuaskan anda masih belum terlambat.... Peluang masih secerah dahulu.... Masyarakat pengguna yang sedang kehausan Produk Halal menanti anda! Jangan berhenti menyeru mereka kembali kepada yang Halal dan Baik... Dengan yakin Percayalah yang HALAL DAN BATE ITU HANYA PRODUK YANG DIHASILKAN OLEH GOLONGAN YANG BERSYAHADATH!

Ayuh !!! Hunuskan segala kekuatan dengan DOA dan IKHTIAR yang tak kenal lelah dan jemu bersama BioSirih untuk merealisasikan IMPIAN MURNI KITA !!!

Sheikh Paiman Salleh, Pengarah Urusan BioSirih Cosmetics

Petugas PRK Hulu Selangor mahukan Biocafe


Hulu Selangor : Bertugas di pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor pasti meletihkan dan memenatkan. Tak kira siang atau malam, petugas parti mesti memastikan maklumat yang berguna sampai kepada sasaran iaitu pengundi.

Masing-masing berkempen untuk memenangkan calon parti yang yang dipilih. Sebagai seorang muslim saya mestilah tak mahu melepaskan peluang untuk menyokong calon dari kalangan Islam dan dari bangsa melayu yang mewakili Pakatan, tak kan nak pilih Hindu.

Untuk menghilangkan rasa letih, mengantuk dan lesu, maklumlah terpaksa berjaga malam, dapatkan kopi Biocafe keluaran bermutu tinggi dari Bioshop Corporation. Bahan adunan dari kurma merah, kismis, buah tin dan kopi arab membuatkan kita rasa sihat, bersedia dan bertenaga.

Tak perlu tambah gula dan susu sebab ia sudah diadun secukup rasa. Perut yang kosong, tak ada masalah kerana kopi Biocefe ini tak memedihkan perut kita. Dapatkannya sekarang. Hubungi saya segera 013-7185278.

Ahad, 18 April 2010

Latar Belakang Syarikat

BIOSHOP CORPORATION SDN BHD

Bioshop Corporation Sdn Bhd telah diperbadankan dengan modal berbayar RM500,000 modal diluluskan dengan status 100% Bumiputera.

MISI & VISI

Bioshop memiliki Misi & Visi yang melangkaui batas perniagaan semata-mata. Ia memiliki MIsi & Visi yang istimewa. Antaranya untuk:

1. Menyahut seruan Kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu mengurangkan jurang ekonomi antara kaum di Negra ini yang telah bermula sejak tahun 1971.

2. Memasarkan produk-produk “Halal lagi Baik” khususnya bagi pengguna Muslim yang ketandusan produk tersebut.

3. Membantu golongan IKS Bumiputera memasarkan produk-produk mereka di pasaran terbuka tempatan/antarabangsa kerana sejak lebih 30 tahun pengalaman kami menunjukkan golongan ini terus menderita dihimpit masalah pemasaran yang ‘kritikal.’

4. Membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada golongan yang kurang berkelayakan atau kemampuan terutama di kawasan luar Bandar.

5. Melalui ‘Program Pembangunan Insan’ dan latihan yang disediakan sudah pasti ramai yang akan lebih mampu berdikari untuk Berjaya dalam membangunkan ekonomi tanpa mengharapkan bantuan Kerajaan atau subsidi.

6. Mewujudkan seberapa banyak ‘KEDAI BIOSHOP’ di setiap kawasan DUN/PARLIMEN di seluruh negeri yang diterajui oleh ‘Pembekal’ yang telah melayakkan diri.

7. Menerusi Program ‘Pasar Tani Organik’ (PTO) Bioshop berhasrat bekerjasama dengan Jabatan Pertanian dan pihak berkuasa tempatan untuk mewujudkan pasar tani mingguan di setiap kedai Bioshop kawasan bagi menjual dan memasarkan hasil pertanian organic secara terus dari petani yang bebas racun kimia yang memudaratkan kesihatan dan dikelolakan sendiri oleh Ahli/Pengedar Bioshop.

8. Melalui ‘Program Kumpulan Sasar’ (PKS) Bioshop dijangka akan dapat memainkan peranannya tersendiri bagi:

· Menurangkan taraf kemiskinan rakyat

· Mengurangkan masalah pengangguran graduan

· Mengurangkan beban ibu tunggal Negara

· Mengurangkan masalah pemulihan bekas penagih dadah

· Menawarkan peluang pekerjaan/perniagaan bagi bekas tentera/polis/kakitangan Kerajaan.

Dengan pertolongan dan pimpinan Allah S.W.T. Bioshop akan terus mengungguli slogan MIsi dan Visinya BERNIAGA UNTUK BERKHIDMAT…

MENGAPA BIOSHOP JADI PILIHAN?

1. Bioshop HANYA memasarkan produk –produk HALAL dan BAIK SAHAJA (berasaskan Syari’at dan kesihatan)

2. Bioshop meamstikan produk dijual dengan HARGA SEDERHANA dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat walaupun BERKHASIAT DAN BERKUALITI TINGGI (Pengguna didahulukan)

3. Bioshop mengamalkan PELAN NIAGA Konvensional yang BERDAYA TAHAN dan ADIL tanpa ‘jerangkap-jerangkap samar’ yang mengelirukan. (Pengedar diutamakan)

4. Bioshop mengamalkan kaedah pembahagian Bonus dan Imbuhan yang Adil & TELUS untuk semua peringkat dengan syarat-syarat mudah tanpa unsure-unsur tekanan dan paksaan. (Berniaga dengan tenang)

5. Bioshop tidak memerlukan pembabitan modal kewangan yang tinggi yang menyebabkan terbabit dengan hutang yang memudaratkan pengedar-pengedarnya.

6. Bioshop menawarkan peluang niaga yang luas sehingga ke tahap Penaja & Pembekal produk-produk yang dipasarkan.

7. Keunikan Bioshop ialah semua pengedar yang terlibat berpotensi menjadi ‘Rakan NIaga’ demi sukses bersama.

8. Bioshop BUKAN ‘PELAN KAYA SEGERA’ bagi ‘Si Jahil’ menjadi Mangsa dan ‘Si Tamak’ sebagai Pemangsa.

9. Bioshop adalah ‘Pelan Niaga’ yang berlandaskan kepada KEYAKINAN, KERAJINAN & KETEKUNAN yang berkekalan demi kejayaan bersama dan semua.

10. Bioshop mementingkan ILMU! Latihan Profesional secara berterusan diberi kepada semua pangkat oleh jurulatuh-jurulatih yang berwibawa yang mencakupi Motivasi/Pembangunan Insan, Kejurujuan, Pelan Niaga, Jurusan Kecantikan/Kesihatan alternative dan sebagainya.

11. Bioshop YAKIN! Bagi rakyat Malaysia yang inginkan medan membangun ekonomi yang ampuh lagi berintergriti dengan modal RM yang terhad dan pengalaman yang sedikit namun memiliki cita-cita yang tinggi dan sanggup merealisasikannya…

BIOSHOP ADALAH PILIHAN ANDA…!

“Bioshop Corporation Sdn Bhd adalah sebuah syarikat 100% Bumiputera (Muslim) yang memasarkan HANYA produk-produk HALAL dan BAIK untuk semua pengguna, tidak kira Muslim atau non-Muslim di Malaysia dan di seluruh dunia…!”

Anda bertuah kerana anda adalah PERINTIS kepada syarikat jualan langsung kami, sekiranya anda mendaftar sebelum pelancarannya pada bulan Jun nanti. Apa tunggu lagi… Jom daftar sekarang! ;)

Berminat untuk menjadi ‘ahli keluarga’ Bioshop?

Hubungi ;

Hamdan Bin Hj. Basiran 013-7185278,

Siti Hajar Binti Hj. Basiran 019-3863233, u_ayyash@yahoo.com, Facebook: Ummu Ayyash