Rakyat Dipukul kerana Undang2 Kecil DBKL
Nama undang-undang tersebut adalah :
"Undang Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka)(Wilayah Persekutuan) 1992"
Undang-Undang ini lebih rendah tarafnya dari segi kepentingan berbanding
undang-undang lalulintas. Ertinya, kalau undang2 lalulintas pun, kita
hanya disaman sahaja, undang2 ini sepatutnya hukumannnya tidak lebih
dari saman.
Tapi terbukti pada 28 April 2012, demi melaksanakan undang-undang kecil
ini, mereka sanggup menendang, menyepak, memukul, menembak gas serta
menangkap rakyat Malaysia.
Dengan kata lain, di satu waktu rakyat dilayan kejam kerana melanggar
sebuah undang-undang kecil. Di waktu lain penari2 bogel didenda RM25
kerana melanggar undang-undang kecil jugak.
Hairan Malaysia ni. Pelik bin ajaib sungguh.
Hakikatnya, sesiapa puntiada hak menghalang rakyat berjalan ke Dataran
Merdeka kerana selepas jam 2 ptg, perhimpunan BERSIH telah pun tamat.
Tidak timbul samada Azmin atau Anwar yang menyuruh atau tidak halangan
dibuka.
Pada hemat Tulang Besi, tindakan keras terhadap peserta BERSIH itu
bukannya untuk menguatkuasa undang-undang tetapi adalah atas arahan yang
datang dari atas semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan