Mengapa mesti salahkan kerajaan Selangor bila projek pembangunan (baca projek Umnobn) tidak dapat disiapkan akibat kekurangan air, mengadu kepada Sultan, ingat Baginda tak tahu siapa yang main wayang dalam hal ini.
Semuanya berpunca dari agensi Kerajaan Selangor yang namanya Syabas (baca Cawangan Lubuk Emas UmnoBn), Puas dan yang sewaktu dengannya, sepatutnya dah kalah PRU12 lepaskan kepentingan Umnobn tu tapi degil masih sedap nak rasa gaji buta, akhirnya menyusahkan rakyat.
Ujar beliau, penstrukturan itu
diperuntukan oleh Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) yang
membolehkan kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air.
“Kita
amat hargai pandangan Sultan Selangor yang mengambil berat perkembangan
yang berlaku di negeri ini dan setiap teguran oleh Baginda akan
dijadikan panduan untuk meningkatkan keberkesanan urus tadbir negeri.
“Maka kita mendesak Kerajaan Persekutuan
mengambil teguran Sultan dan laksanakan penstrukturan semula ini,”
katanya.
Semalam, Baginda mengingatkan kerajaan negeri supaya
tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan
negeri itu.
Sebelum ini kerajaan negeri menawarkan penyelesaian
arbitrasi antarabangsa untuk memberi keadilan kepada semua pihak dan
sepatutnya syarikat konsesi tidak mempunyai masalah untuk terima tawaran
kerana ia munasabah.
Dalam pada itu, exco negeri Dr Xavier
Jayakumar pula berkata kerajaan negeri turut memperuntukkan perbelanjaan
sehingga RM5 juta bagi mengatasi masalah banjir.
Tiga kawasan
tadahan air yang terjejas teruk itu ialah Sungai Teluk Gadong, Aur dan
Puluh. -FMT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan