Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 7 Mei 2012

Himpunan Tanah Johor Berjaya Walaupun Disekat



Polis Trafik Halang Kenderaan Masuk Plaza Angsana

Johor Bahru : Pengunjung yang hendak membali belah di Plaza Angsana terpaksa membatalkan hasrat  pada hari Sabtu lalu  bermula sebelah petang selepas PDRM menghalang semua laluan masuk bagi kenderaan samada kereta, lori, bas atau motosikal ke Plaza Angsana.

Ada juga kelihatan beberapa lelaki sasa berpakaian serba hitam ala komando swat turut serta bersama Polis Trafik di laluan masuk tersebut. Tidak dapat dipastikan pasukan apakah itu dan dengar khabar mungkin dari Askar Timbalan Setia atau JMF.

Mungkin alasan yang diberikan ialah tidak mahu dan tidak suka sekiranya Himpunan Tanah Rakyat yang berlangsung di tempat letak kereta Plaza Angsana anjuran Pakatan Rakyat berjaya mengumpul ramai hadirin.

Kon dan blok sekatan terdapat di pintu masuk plaza dan bangunan Hasil menyebabkan kesesakan lalulintas dan amat menyusahkan pengguna yang berhasrat membeli belah bersama keluarga sempena cuti hujung minggu.

Ana tiba bersama keluarga lebih kurang pukul 2.15petang hendak terus masuk bersama kenderaan lain yang sesak tetapi dilencongkan terus ke jalan menuju Kempas.

Niat jahat untuk menggagalkan perhimpunan ini dari mendapat kunjungan hadirin adalah silap kerana  tujuan himpunan ini adalah untuk membela masalah tanah yang membelenggu rakyat Johor.

Sekiranya kita berdiam diri,  ianya mungkin menjadi ancaman bahaya kepada rakyat yang kehilangan hak dan tertipu dan mengelami kerugian dengan berbagai karenah birokrasi Pejabat Tanah di setiap daerah.

Tetapi bagi kerajaan UmnoBN ianya bakal menjadi ancaman bahaya kepada kepimpinan ala kapitalis mereka akibat keGAGALan mereka menagani kes ini dan selama ini mereka angkuh dengan kuasa yang mereka perolehi lalu senang-senang menindas rakyat marhaen.

Ana fikir sekiranya laluan masuk tidak dihalang mungkin himpunan ini akan menjadi himpunan terbesar dalam sejarah pakatan rakyat di Johor.

Rakyat tak mahu ditipu kali ini, Melayu, Cina dan India bersatu untuk menentang kezaliman UmnoBN dan bangun menegak keadilan selaras dengan tuntutan Islam, 'amar maaruf nahi mungkar.'
Ramai yang rela meletak kenderaan jauh dan terpaksa berjalan kaki ke tapak himpunan bagi menyatakan tuntutan rakyat supaya kerajaan pimpinan MB Ghani Othman segera menyelesaikan kemelut masalah tanah yang terdapat dimerata-rata Johor.
PSB
Ribuan Sertai Himpunan Tanah Johor
JOHOR BAHRU: Himpunan Tanah Rakyat (Tanah) yang diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru semalam berjaya menarik kehadiran ribuan rakyat khususnya dari negeri Johor dan juga dari seluruh negara.

Program yang bermula kira-kira jam 2 petang itu berjalan lancar tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana pihak.

Menurut Setiausaha Tanah, Suhaizan Bin Kaiat, himpunan semalam diadakan sebagai menyatakan solidariti dari penduduk negeri Johor yang banyak menghadapi masalah tanah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Johor dibawah pimpinan Datuk Abdul Ghani Othman selaku Menteri Besar Johor.
"Kita menganjurkan himpunan hari ini untuk membantu rakyat negeri Johor terutamanya yang banyak dizalimi atas isu tanah. Mesej yang ingin disampaikan jelas bahawa kerajaan negeri Johor harus segera menyelesaikan tuntutan yang diminta oleh Tanah untuk dilaksanakan.

"Kehadiran ribuan rakyat hari ini menghantar mesej yang cukup jelas kepada Menteri Besar Johor agar menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh penduduk negeri ini. Kita bawakan mangsa-mangsa yang dizalimi untuk mereka memberi mesej kepada kerajaan negeri agar mendengar rintihan mereka," katanya semasa berucap memulakan himpunan tersebut semalam.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dalam ucapannya turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan membantu penduduk negeri ini menyelesaikan masalah tanah yang dihadapi.

"Saya dan pimpinan Pakatan Rakyat berjanji kepada penduduk negeri Johor bahawa kami akan membantu penduduk negeri ini menyelesaikan masalah tanah yang mereka hadapi.

"Kami akan turun selepas ini ke segenap penjuru negeri Johor untuk mendengar rintihan rakyat seterusnya membantu rakyat menyelesaikan masalah rakyat berkenaan isu tanah ini," tegas beliau.
mencabar pimpinan Umno BN agar bersemuka dengan beliau di negeri Johor secara anak jantan.

Terdahulu, himpunan Tanah semalam turut membuat 10 tuntutan untuk diserahkan kepada Menteri Besar Johor.

Tuntutan itu antara lain mahu kerajaan Johor menuntut semula Pulau Batu Puteh, siasat penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, hentikan pengurniaan tanah KPRJ/kroni, rampas tanah penyeleweng serta selamatkan tanah rizab Melayu.

Selain itu mereka juga mahu kerajaan negeri mewartakan tanah rizab orang asal, memastikan ketelusan pengurniaan tanah, pemilik tanah miliki ekuiti projek mega, selesaikan projek rumah terbengkalai dan hentikan manipulasi dan kurangkan birokrasi. -Hrkh





http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/392394_10150750572267312_303331692311_10014851_1018121352_n.jpg




http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/578982_10150749648472312_303331692311_10014671_187757286_n.jpg




http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/545986_406391072727351_197667700266357_1212494_1594834896_n.jpg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan