Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 14 Mei 2012

Menunggu Bubar Parlimen Esok?

Katanya esok akan dibubarkan Perlimen Malaysia oleh Najib Razak yang akan diumumkan pada pukul 11 pagi, entahlah ana tak berani jamin. Sebagai orang Islam kita mesti sebut ,Insyaallah, semuanya dengan izin Allah.

Ada yang terlalu yakin akan diumumkan pembubaran esok termasuk suratkhabar perdana, malahan orang Pas dan pakatan yang selalu memenuhi warung Yakop di Bus Stand Simpang Renggam termasuk Razak tokey sayur pun dah berdebat bila masa akan bubar, ada pro dan kontra...

Kalau ikut firasat salah sorang bekas pimpinan pemuda di Batu Pahat beliau yakin Najib tak berani bubar tahun ini, tetap mempertahankan pendapatnya akan berlaku PRU13 tahun hadapan.tengoklah katanya...

Masih banyak yanng belum selesai pada ana, duit Felda dari RM15 ribu deposit kononnya dapat RM5 ribu pun bukan tunai, masing-masing hampa bila balik dari Jengka 8 masa pengumuman Najib, belum pegang pun duit tu, malah bau duit pun belum...

Tuntutan bersih pun satu pun belum ditunaikan, cuma dakwat kekal sahaja, yang lain seperti membersihkan daftar pemilih masih ditakuk lama, kerajaan Selangor kata selagi tak bersih kami tak mahu bubar Dun!..

Malam ni Najib di England tengok bola, esok sempat atau tidak beliau mengadap YDP Agong mohon bubar... apapun bubar atau tangguh lagi bukan menjadi pasal kepada kita untuk terus berjuang dari duduk rehat.

Jom  kita ramai-ramai solat hajat mohon dipermudahkan kerja kita dan semoga digerakan hati pengundi untuk mengundi Pakatan dan ana yakin kemenangan menghampiri kita...INSYAALLAH




Tiada ulasan:

Catat Ulasan