Oleh: amkns
"MUAR 7 Mei 2012 -
Penyakit tibi yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dipanggil Mycobacterium tuberculosis telah meragut 53 nyawa sejak awal tahun ini hingga kelmarin di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, hingga kelmarin sebanyak 563 kes dicatatkan dengan 91 peratus adalah pesakit baru dan 52 peratus menghidap tibi berjangkit.
Menurutnya, daerah Johor Bahru mencatat rekod tertinggi dengan 246 kes diikuti Muar (91), Batu Pahat (56), Kluang (33), Kulaijaya (32), Segamat (32), Kota Tinggi (25), Pontian (20), Ledang (19) dan Mersing (9).
"Perkembangan terbaru ini agak serius apabila dua pesakit tibi di daerah Muar meninggal dunia kelmarin," katanya semasa ditemui selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 213 penerima di Sungai Balang di sini kelmarin.
PSB : Tadika di Johor di serang wabak kuku dan mulut, TB menyerang orang dewasa pula, lepas ini apa pulak penyakit... mohon perlindungan Allah dari penyakit dan wabak khususnya wabak menolak Islam.
Tibi
meningkat ketara di Johor
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan