Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 3 Mei 2012

Alih Isu Bersih Kepada Azmin

Mereka UmnoBN kecundang dalam isu bersih, lakonan Polis terbongkar satu persatu, ' konangan' kata orang Jawa, terbukti rakyat berbondong2 turun ke KL mendesak SPR bersihkan sistem pilihanraya.

Sepatutnya biarkan rakyat berhimpuun aman, tetapi sebagai induk kepada SPR (sebut komponen UmnoBN) mereka terpaksa guna DBKL, Polis untuk menghalang, yang kita tuntut berubah ialah SPR, tapi UmnoBn yang perasan lalu bertindak luarbiasa.

Baik di warung, sekolah, masjid, isu bersih menjadi arus perdana, masing2 menunggu2, yang tak ikut serta mencari2 cerita sebenar di sebalik apa yang dipaparkan oleh tv3 dan utusan serta akhbar kerajaan.

Makin lama semakin jelas maklumat yang dapat dierolehi dari sumber sebenar. kalau berterusan begini, bisa hancur UmnoBn, rakyat akan tolak media perdana yang terbukti menipu macam gambar si munafik polis yang pagi kononnya belasah polis trafik (baca smackdown sebab cuma lakonan, kalau tendang betul2 dah patah rusuk polis trafik tu), sebelah petang tangkap pendemo pula.

3 hari selepas Bersih berlalu akhirnya cerita Azmin pun muncul bagi menutup isu. Apakah rakyat percaya berita ini? peduli apa dosa fitnah (dari sumber langsung tak boleh pakai blog papagomol), asalkan rakyat tak bincang isu bersih, mungkin begitulah kata mereka...

PSB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan