Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 2 Mei 2012

Pemandu Kereta Polis Bohong?

 

Benarkah Benarkah Pemandu Kereta Polis SOGO Tidak Sedarkan Diri?

Mengikut pemandu kereta polis di SOGO yang telah melanggar lebih lima orang peserta BERSIH dalam satu temuramah:
Dengan kata lain, mengikut kenyataan Mohammad Kamil Paimin itu:
1.0 Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri sewaktu merempuh
2.0 Kepala nya tercedera sehingga berdarah
3.0 Beliau telah berdarah begitu banyak sehingga tidak sedarkan diri
Video yang dirujuk oleh Tulang Besi boleh dilihat di sini.
 Mari kita nilai kenyataan Mohammad Kamil Paiman ini:
1.0 Gambar di bawah menunjukkan Mohd Kamil dalam keadaan sedar dan boleh keluar sendiri dari kereta tanpa perlu diangkat oleh orang ramai. Kiranya benar dia tidak sedarkan diri, sudah tentu dia perlu diangkat keluar dari kereta:

KLIK IMEJ

2.0 Kalau benar kepala beliau berdarah, sudah tentu baju dan tengkuk Mohammad Kamil dipenuhi darah. Tapi, gambar di bawah menunjukkan yang sebaliknya: 
KLIK IMEJ 
3.0 Gambar di bawah menunjukkan bahagian belakang kepala Muhammad Kamil. Jelas, tiada kesan darah atau luka seperti yang didakwa oleh beliau: 
KLIK IMEJ
Dengan kata lain, segala dakwaan Mohd Kamil Paiman sehari selepas kejadian itu tidak dapat disokong dari video kejadian yang dapat ditonton oleh semua rakyat Malaysia. 
Dari video tersebut, Mohammad Kamil didapati dalam keadaan sedar, tidak cedera dan tidak berdarah.
Bagi TB Mohammad Kamil Paiman telah berbohong.
Adakah Mohammad Kamil Paiman telah diberi skrip untuk diungkapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Skrip yang mengandungi 1001 pembohongan dan penipuan.
 Syukurlah ini zaman Youtube dan Facebook.  Segala pembohongan terdedah dengan mudah.
KERETA TERSEBUT TELAH DIPANDU DENGAN CARA BAHAYA
Mengikut seorang kawan Tulang Besi yang berada di tempat kejadian, kereta polis tersebut dipukul dan ditendang kerana telah dibawa laju dalam keadaan jalan di depan SOGO itu dipenuhi manusia. 
Sebelum itu, banyak kereta polis lain yang melalui kawasan SOGO itu namun tidak dikacau oleh para peserta BERSIH.
Dengan kata lain, kalau kereta tersebut dipandu oleh Anwar Ibrahim sendiri pun pasti akan dikenakan tindakan yang sama. 
Tujuan mereka mahu pemandu kereta tersebut memperlahankan kereta beliau dan berhenti membahayakan para pejalan kaki.
TB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan