Hari Selasa ni bermula 1 Rejab, adalah malam 1 Rejab.
Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.
Jadi, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.
Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari hari ini.
Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.
Sekilas :
Pengertian Rejab
Rejab
bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang
dibesarkan atau dimuliakan.
Masyarakat jahiliyyah
menamakan bulan ini dengan bulan Rejab mereka memuliakan dan menghormati
bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi
umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan
peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa
Isra’ dan Mi’raj.
Antara
peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :
1.
Hijrah Pertama
Hijrah
ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan
tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman
kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang
mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu
Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan
hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di
samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun
langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke
Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah
s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah
dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2.
Isra’ dan Mi’raj
Isra’
dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke
Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t
untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .
Dalam
menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’
mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian mengatakan pada 17
RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada 29 Ramadhan, ada
yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain
daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak
ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak
disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat
perselisihan pendapat ulama’.
3.Perang
Tabuk
Tabuk
adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung
Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak
berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana
takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup
menghadapi pelbagai kesukaran.
4.
Pembebasan Baitul-Maqdis
Baitulmaqdis
telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman
pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman
pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan
demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci
Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera
Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan
kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah
menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat,
27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan
Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama
Israel.
5.
Lahirnya Imam As-Syafie r.a
Nama
sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di
Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab.
Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam
dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan
Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab
Al-Umm.
p/s : Jom puasa sunat +
istighfar + solat taubat + Solat hajat .. semoga amalan kita diterima,
dosa kita diampun & doa kita dimakbulkan. Rebutlah peluang keemasan
ini segera ! =
Tiada ulasan:
Catat Ulasan