Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 11 Jun 2011

Rotan dan saf semasa solat jumaat




Solat jumaat di Masjid Nurul Iman Taman Sri Lambak ada 2 perkara yang menarik dan boleh dijadikan iktibar, pertama ada tukang jaga budak bising bawa rotan panjang kehulu-kehilir, misai garang macam RSM tentera, budak yang bising (orang tua pun ada juga yang bising) akan dirotan serta-merta, budak takut dan diam tapi semua tersengih-sengih macam mengejek-ngejek...

Perkara ini atas inisiatif sendiri atau memang arahan JK pengurusan masjid tak pulak ana ketahui, alhamdulillah budak senyap tapi rasanya si tukang bawa rotan tadi susah nak menghayati penyampaian khatib sebab sebok jaga budak bising.

Yang dibimbangkan ialah budak yang kena rotan terus tak datang masjid di masa akan datang dan diteruskan hingga ke dewasa dengan bertindak menjauhkan diri dari rumah Allah SWT. Kita nak menggalakkan masyarakat datang masjid tetapi rupa-rupanya sebaliknya. wallaualam

Kedua, solat jumaat dibelakang pakcik tua yang agak uzur yang tak mahu ikut saf yang betul, dia sembahyang dibelakang garis saf, akibatnya jemaah saf belakang susah nak sujud... tapi baik sangka saja sebab pakcik ini solat sebelah pintu dekat penjuru dinding mungkin takut tumbang jadi pilih lokasi tersebut yang kalau tumbang boleh sandar kat dinding.

Al maklum, kita pun bakal tua, pakcik ni nak datang masjid dalam uzur pun dah kira baik. Cadangkan waris pakcik ni bawa kerusi portoble supaya boleh solat secara duduk pun ok juga. Tak ganggu saf dan tak pitam bila sujud...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan