Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 12 Jun 2011

Rintihan keluarga pengantin


Merata masyarakat kita sekarang ni mengadakan majlis kenduri kahwin terutama di musim cuti sekolah. Tak kira apa bangsa, semuanya mengambil kesempatan semasa cuti sekolah...bagusnya kerana sanak saudara boleh berkumpul mengeratkan silaturahim.

Kemelut ekonomi yang melanda tidak menghalang untuk mengadakan jamuan besar-besaran raja sehari, tak salah asalkan jangan membazir dan berbangga-bangga. Yang salah ialah majlis bercampur dengan karaoke memekakkan telinga dan bersanding atas pelamin rekaan lelaki lembut yang makan harga ribu2 dengan imej dedah aurat dan pakaian yang menjolok mata. Mana ada keberkatan!!!

Ada mak bapak pengantin yang mengadu belanja persiapan kahwin melonjak 2 kali ganda bajetnya sekarang, ayam muda mahal, (tak kan nak pakai ayam pencen, nanti tercabut gigi palsu), basmati, lada dan rempah ratus semuanya naik. Bajet RM10K tu dah memang cukup-cukup saja. Dapat pulangan RM6K pun dah ok... Lebih malang ada yang menyumbang dengan sampul kosong...akibat kegawatan ekonomi.

Orang yang bagi sampul kosong tu, nanti jika dia buat kerja kahwin, kalau orang balas balik dengan sampul kosong juga baru padan muka dia.

Nak cari orang rewang dan penanggah pun susah sekarang ni, guna katering memang mudah tapi kalau ada pakatan kampung dan bayar yuran buat apa guna katering, tapi memang entah kenapa pemuda pemudi sekaranag tak suka rewang, akhirnya saudara mara yang datang yang kena bantu termasuk cuci pinggan mangkuk.

Majlis mendirikan masjid dapat mengelak dari godaan nafsu sehingga melakukan maksiat terlanjur (Zina) mesti dielakkan, al-maklum muda-mudi zaman sekarang terlalu terdedah dengan bahan media yang boleh merosakkan dan melemahkan iman kalau tak dijaga. Mak bapa jangan biarkan anak-anak menggatal, cepat respon kalau dah ada jodohnya.

PS : Tahniah kepada YB Salahudin Ayub yang baru dapat menantu. Ikhlas dari PAS Kawasan Sembrong

1 ulasan:

  1. salam..
    tahniah pada para pengantin
    baru serta mak ayah yang mendapat
    menantu sempena musim cuti sekolah ini..
    semoga bertambah umat nabi Mohammad SAW

    BalasPadam