Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan
pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di
bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah,
2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan
cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh
menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak
itu berkata,
"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku.
Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun.
Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.
Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga."
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal
dan berkata:
"Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu
membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring
dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu
tidak akan bersedih."
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya
daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat
tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
"Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang
lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi
atau malaikat."
*** Al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua
penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan