Rabu, 8 Jun 2011
Program bersama Hj Suhaimi Said
Felda Ulu Dengar, Kluang, Program penerangan mengenai kemelut warga felda telah berjaya diadakan di sini dengan kehadiran Hj Suhaimi Said Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal bersama Sdr Zabidie setiausaha Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) di rumah Wak Amat pada hari Isnin yang lalu.
Turut diedarkan borang penyertaan memohon menjadi Peneroka Felda kepada generasi ke2 bagi mendapatkan hak menduduki tanah rancangan baru. Alhamdulillah program berjalan lancar walaupun ana letih baru balik muktamar tak hilang lagi. Pagi tu singgah di Seremban rumah kanda dan terus balik Johor bersama keluarga. Ana tiba di Ulu Dengar, program dah nak selesai.
Tahniah kepada ayahanda tuan rumah dan sahabat warga yang berani bersatu menuntut hak. Peneroka di Kahang barat, Kahang timur dan Ulu Dengar turut hadir.
"Segala tuntutan guaman mesti disertai sekurang-kurangnya 100 orang barulah berbaloi, kena usahakan mendapat respon dari seramai mungkin peneroka...kata Haji Suhaimi Said yang juga seorang peguam dan bayak memenangi kes berkaitan peneroka baru-baru ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan