Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 22 Jun 2011

Ops Komando Turki vs Marin Israel


hanzarbosnia
Turki telah melancarkan suatu operasi rahsia yang amat sulit bagi memburu dan membunuh komander tentera Israel yang bertanggungjawab terhadap kematian rakyat Turki dalam tragedi serangan Mavi Marmara. Pasukan komando Turki itu berjaya menyusup masuk dengan merempuh sekatan askar Israel dan berjaya membunuh beberapa orang askar regim Israel. Komander tersebut yang mendapat kecederaan di mata digegaskan ke hospital dengan risiko kehilangan sebelah matanya akibat cedera ditembak oleh pasukan komando Turki tersebut.

Demikianlah sebahagian sinopsis filem "Valley of The Wolves : Palestin" yang dilakonkan berdasarkan peristiwa-peristiwa sebenar, meskipun hakikatnya, pemimpin negara-negara Islam adalah terlampau bacul dan pengecut dalam menangani isu Palestin. Nampaknya, para penggiat seni Turki dari sebuah negara sekular lebih berani daripada sesetengah pemimpin negara Islam yang hanya berani melaungkan slogan kosong dan penuh retorik selain berebut dan berlagak untuk menjadi hero. Meskipun kisah tersebut hanyalah sekadar khayalan, namun keberanian penerbit filem itu membelasah dan melanyak askar Israel yang sombong dan angkuh mampu menawarkan sedikit kegembiraan bagi umat Islam yang sentiasa inginkan Palestin terbebas dari cengkaman Yahudi.

Medium filem digunakan dengan baik untuk menyampaikan mesej bahawa rakyat Palestin sedang dizalimi oleh satu bangsa yang amat zalim dan kejam. Perjalanan ceritanya mungkin sekadar fiksyen, namun kezaliman regim Israel yang ditunjukkan diambil daripada beberapa babak kezaliman regim Yahudi keatas penduduk Islam Palestin. Kisah pembunuhan anggota keluarga para pejuang, kisah merobohkan rumah penduduk, kisah tiadanya hak asasi manusia merupakan sebahagian babak sebenar yang disembunyikan media-media barat dari sampai ke pengetahuan umat Islam.

Perasaan cinta kepada saudara sesama Islam dan gerakan kebangkitan Islam sudah mula dirasakan di Turki melalui Parti AKP. Parti Islam tersebut terpaksa menanggalkan label Islam disebabkan pengawasan ketat regim tentera pendokong sekular yang bersedia merampas kuasa pada bila-bila masa sekiranya dasar Islam diamalkan secara terbuka oleh pemerintah. Dalam keterbatasan tersebut, AKP berjaya menyemai nilai-nilai Islam dengan lahirnya golongan penggiat seni yang memperjuangkan suara-suara Islam yang tertindas di serata dunia seperti filem "Valley of The Wolves : Palestin" ini.

Jika dibandingkan Turki yang secara rasminya sebagai sebuah negara sekular dan Malaysia yang diisytiharkan sebagai negara Islam, ternyata ianya amat menyedihkan. Orang Melayu disajikan filem-filem lucah manakala penerbit filem Melayu lebih gemar menerbitkan filem-filem bertemakan homoseksual, hantu tahyul, komedi slapstik, serta samseng yang langsung tidak mempunyai apa-apa yang dapat dibanggakan dikalangan negara Islam yang lain. Atau mungkin kita juga mempunyai satu filem yang boleh dibangga-banggakan dan dikenali diperingkat antarabangsa, iaitu filem lucah mirip DSAI yang menyebabkannya sentiasa diulang tayang di berita-berita TV dan memenuhi dada-dada akhbar sebagai tanda kebanggaan filem buatan Malaysia.
-tranungkite-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan